Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Persandingan RM12 juta
- Aznil Nawawi Perlu Jaga Stamina Sepanjang Ramadan
- Lakonan serius tinggal kesan
- Tajaan Perkahwinan Norman, Memey Bernilai RM12 Juta
- Rosma, Khai Ulang Alik Ke Pulau Pinang Kerana Pelajar
- 'Merisik Khabar' Edisi Ramadan Bantu Orang Ramai
- Peminat Diundang Sambut David Archuleta Isnin Ini
- Incubus Dedah Rahsia Bertahan 20 Tahun
- Taura Taufani (The Lima) Giat Promosi 'Single' Terbaru
- Belaian bidan gebu
- Dihentak isteri dengan lesung
- 2 sahabat dihukum mati
- Norman & Memey undang Abby ke majlis perkahwinan
- Celaru jantina semakin menular
- Chef, kerjaya menyeronokkan
- Beza umur bukan halangan
- Ronda SRS tengah malam
- Akhirnya Kutemui Cinta-Mu...
- Keesaan Allah dalam surah al-Ikhlas
- BTS meriah dengan fesyen
- Keasyikan Capetown
- Pelengkap percutian di Lost World
- Yang menanti di dasar laut
- Fiesta Belia raikan belia harapan
- Jee tidak kisah
| Posted: 22 Jul 2011 07:38 PM PDT SEPADAN...perkahwinan Norman dan Memey bakal menjadi 'Wedding Of The Year'. KUALA LUMPUR: "Sukar untuk saya ucapkan dengan kata-kata kerana memang tidak sangka majlis resepsi kami di Kuala Lumpur nanti diangkat sebagai 'Wedding Of The Year'. "Sebenarnya, saya dan Memey menjangkakan majlis perkahwinan yang sederhana saja selepas pelbagai ujian dilalui dalam hubungan kami sebelum ini. "Apapun, saya sangat bersyukur dengan penghargaan Rafflesia The Pearl Centre selaku penaja utama dengan penaja lain sekali gus menganggapnya sebagai rezeki dari Tuhan," kata pelakon Norman Hakim.
"Pada mulanya sukar untuk saya mempercayai semua ini kerana ia berlaku tanpa dijangka," katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur di sini, semalam. Majlis resepsi Norman dan Memey akan berlangsung di di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September ini.
"Memey juga bakal menggayakan dua kasut rekaan eksklusif Jimmy Choo yang berharga lebih RM300,000 setiap satu dan ia satu-satunya rekaan yang dicipta di dunia. Selain itu, Memey bakal menggayakan dua set perhiasan jenama Rafflesia iaitu anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara bernilai RM5.6 juta yang setiap satu berharga RM2.8 juta.
| ||
| Aznil Nawawi Perlu Jaga Stamina Sepanjang Ramadan Posted: 22 Jul 2011 07:36 PM PDT Aznil bakal menjayakan teater muzikal The Secret Life of Nora.KUALA LUMPUR Pengacara Aznil Nawawi mengakui aktivitinya sepanjang bulan Ramadan terlalu sibuk kerana dia perlu menjalanui latihan teater The Secret Life of Nora (TSLN). Jelas Aznil, dia akan memulakan latihan stamina bagi memastikan mampu memberi saingan kepada pelakon luar negara yang diimport bagi menjayakan teater tersebut. "Sepanjang bulan Ramadan nanti saya sudah mulakan latihan terutamanya dari segi menjaga stamina. "Kalau ketika konsert Horey-Horey saya terpaksa melakukan senaman dengan berlari, jaga pemakanan dan jaga tidur, inikan pula teater yang dipentaskan selama seminggu. "Lagi pula saya tidak mahu kalah dengan pelakon yang diimport itu dan mahu tunjukkan bahawa saya lebih hebat daripada dia," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Program Merisik Khabar Edisi Ramadhan di sini, Jumaat. Teater muzikal ini juga bakal menampilkan pengarah dan penulis teater dari England iaitu Steven Dexter sebagai pengarah. Aznil bakal membawakan watak antagonis bernama Jay dalam teater yang akan dipentaskan pada September depan. "Ini merupakan teater kedua saya, sebelum ini saya pernah menjayakan teater Ali Baba di Istana Budaya empat tahun lalu. "Sebelum ini ada juga tawaran berlakon teater seperti teater Gamat dan beberapa lagi tapi terpaksa ditolak kerana masa yang tidak mengizinkan," tuturnya. Kata Aznil lagi, dia menerima tawaran daripada Efiniti Vision Sdn Bhd berikutan peluang berlakon di samping produksi dan pelakon-pelakon yang hebat. "Saya terima tawaran berlakon dalam teater ini kerana ingin merasakan pengalaman yang berbeza. "Saya tidak pernah belajar tentang teater, jadi saya ambil peluang ini untuk belajar dan bekerja dengan orang-orang yang pakar dalam bidang ini. "Semasa bengkel pembacaan skrip lalu, saya sudah dapat rasakan kelainannya," jelas Aznil. Dalam perkembangan lain, Aznil juga bakal menjalankan program Merisik Khabar Edisi Ramadhan dan menjadi duta kepada barangan kemas Habib Jewel sempena Hari Raya Aidilfitri ini. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 07:36 PM PDT JUE EVANS...azam sambung belajar. BANYAK pihak seakan meragui kemampuan Juliana Sophie Johari Evans atau Jue Evans, 22, melakonkan watak mencabar. Balik-balik karakter yang dibawakan hanya gadis cantik dan watak yang ringan. Bagaimanapun, persepsi itu mula berubah selepas menyaksikan lakonannya menerusi drama Kasih Ke Syurga terbitan Opera Klasik yang disiar menerusi slot Cerekarama sempena Hari Bapa, Jun lalu. Menerusi watak Kasih dalam drama arahan Rashid Sibir ini, Jue tidak bersolek cantik dan bermain dengan emosi apabila didera secara mental dan dibelasah kekasihnya Wan (lakonan Talha) selepas mengandungkan anak terlarang hasil hubungan cinta mereka.
| ||
| Tajaan Perkahwinan Norman, Memey Bernilai RM12 Juta Posted: 22 Jul 2011 07:34 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Pasangan Norman Hakim,35, dan Memey Suhaiza, 23, bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan bernilai RM12 juta pada 28 September ini di Hotel Crown Plaza Mutiara di sini yang ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia. Menurut wakil Rafflesia selaku perancang perkahwinan pasangan itu, Bill Bora, sebanyak enam penaja yang akan bekerjasama dengan Rafflesia iaitu Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza, Naz(pereka pelamin dan dewan) dan Prof. Datuk Jimmy Choo. "Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu). "Bagi persalinan gaun, kami memberi peluang kepada semua pereka fesyen tempatan untuk menghantar rekaan masing-masing dan pihak Rafflesia akan memilih yang terbaik di mana rekaan tersebut mestilah berpadanan dengan mutiara yang dipadankan itu," katanya pada sidang akhbar penajaan perkahwinan Norman dan Memey di Hotel Crown Plaza, di sini, Jumaat. Tambah Bill, tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan New York Look dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti. Lebih menarik lagi beberapa selebriti antarabangsa turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut dan perkahwinan ini mungkin boleh dianggap sebagai 'Wedding of The Year'. Norman dan Memey bakal bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan pada keesokan harinya, resepsi di rumah pihak perempuan akan diadakan. Kata Norman, pada mulanya, dia dan Memey bercadang ingin membuat sebuah majlis sahaja di Kota Tinggi dan tidak sangka pula menerima tawaran penajaan untuk resepsi kedua yang begitu besar. "Sebenarnya kami rasa sangat kerdil apabila menerima tajaan daripada pihak yang bukannya calang-calang orang. Maklumlah, siapalah kami jika dibandingkan dengan selebriti tersohor yang lain. "Rasa seperti berada di alam fantasi pun ada juga. Tetapi saya anggap tajaan berkenaan adalah rezeki kami dan saya percaya sepanjang kontroversi yang kami lalui sebelum ini ada hikmahnya," ujarnya. Bagaimanapun Norman tidak menganggap ia sebagai sebuah perkahwinan 'perniagaan' apabila mereka ditaja sepenuhnya pada majlis resepsi kedua itu. Ditanya pula adakah dia akan menjemput bekas isterinya, Abby Abadi, kata Norman dia semestinya akan menjemput ibu kepada tiga orang anaknya itu iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim, 9, dan Maria Danisha Hakim,3. "Sudah pasti saya akan menjemput Abby. Lagipun, dia sudah pun menghantar ucapan tahniah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)," katanya. | ||
| Rosma, Khai Ulang Alik Ke Pulau Pinang Kerana Pelajar Posted: 22 Jul 2011 07:33 PM PDT Khai dan Rosma bahagia melayari rumah tangga mereka dan dikurniakan seorang cahaya mata.PETALING JAYA: Demi memberikan terapi kepada para pelajar pasangan suami isteri iaitu penyanyi Rosma dan Khai sanggup berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang menempatkan pusat pengajian Alliance University College of Medical Sciences (AUCMS). Khai berkata, sebagai duta AUCMS bersama-sama isterinya dan beberapa artis lain, mereka ditugaskan untuk melakukan pelbagai aktiviti melibatkan pelajar di situ. "Setiap bulan, kami akan sentiasa berulang-alik ke AUCMS di Kepala Batas, Pulau Pinang kerana kerja kami adalah melibatkan diri bersama-sama pelajar dengan pelbagai aktiviti seperti teater dan sukan. "Kami telah melibatkan diri sebagai duta AUCMS sejak Jun lalu untuk kontrak selama setahun," kata Khai kepada mStar Online. Artis lain yang turut terlibat adalah penyanyi Salima, Aliff Razali, Lan (Kristal) serta pelakon, Zuraini Kassim. Tambahnya: "Kami akan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti kokurikulum melibatkan para pelajar sepanjang bulan Ramadan ini." Sementara itu, Rosma yang masih aktif menyanyi akan membuat persembahan nyanyian di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam selama 26 hari pada bulan Ramadan ini. "Kerjaya nyanyian saya masih berjalan seperti biasa dan sedang merakam lagu Hari Raya dengan kawan-kawan lain yang bernaung di bawah syarikat pengurusan World Event Management Sdn Bhd iaitu Khai, Lan (Kristal), Aliff, Salima dan Zuraini. "Selain itu, saya merakamkan lagu duet dengan suami saya untuk dimuatkan dalam album tersebut," katanya yang pernah muncul dalam album raya berjudul Lebaran Ilahi Aidilfitri yang diterbitkan pada tahun lalu. Selain itu, dia yang sibuk menguruskan anak lelakinya berusia dua tahun baru sahaja merakamkan program Mari Berdansa Aidilfitri yang akan disiarkan pada Hari Raya Kedua, 31 Ogos, pukul 5 petang di Astro Ria (saluran 104). Program ini menggabungkan pasangan-pasangan bekas peserta Sehati Berdansa dan Mari Menari yang bersaing gerak tari dengan alunan lagu hari raya bagi merebut gelaran juara. Pasangan yang memenangi program tersebut menerima hadiah RM5,000 untuk didermakan kepada badan kebajikan yang diwakili masing-masing dan hadiah percutian tiga hari dua malam ke Tanjung Rhu Resort, Langkawi. | ||
| 'Merisik Khabar' Edisi Ramadan Bantu Orang Ramai Posted: 22 Jul 2011 07:32 PM PDT Program Merisik Khabar Edisi Ramadhan ini ditaja oleh Revive Isotonik dan Pepsi, serta Pemanis.KUALA LUMPUR: Stesen radio Era FM sekali lagi menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan melalui segmen Merisik Khabar Edisi Ramadan sempena kedatangan Ramadan yang bakal menjelma. Program dengan kerjasama Revive Isotonik dan Pepsi itu akan memaparkan sebanyak 20 buah kisah yang menyentuh hati bermula 1 Jun ini. Menurut Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, program Merisik Khabar Edisi Ramadan ini diteruskan berikutan sambutan memberangsangkan yang diterima pada tahun lepas. "Sambutan yang menggalakkan pada tahun lepas telah menyuntik semangat kami untuk meneruskan usaha murni ini buat kali kedua. "Kami akan cuba meneruskan momentum tersebut pada tahun ini dengan membantu lebih ramai pendengar kami di luar sana yang benar-benar memerlukan sokongan kita agar mereka juga tidak ketinggalan untuk turut berkongsi kegembiraan Hari Raya Aidilfitri," ujarnya di sini, Jumaat. Turut hadir penyampai-penyampai stesen radio itu dan Hitz FM termasuklah Aznil Nawawi, Haniff, Ray, Dina JJ dan Ean. Program tersebut akan dilaksanakan dalam salah satu segmen dalam Riuh Pagi ERA yang dikendalikan oleh Aznil Nawawi, Ray dan Haniff. Ia ke udara pada setiap Isnin hingga Jumaat selama empat jam bermula pukul 6 pagi. Bantuan yang disalurkan bukan sahaja dalam bentuk kewangan, malah dalam bentuk sokongan moral dan rohani mengikut keperluan sesebuah kes. Sekiranya individu tertentu bersetuju dengan tawaran yang diberikan, pasukan Merisik Khabar akan terus bertindak dan mencuba sedaya upaya menyelesaikan permasalahan mereka. Revive Isotonik dan Pepsi selaku penaja utama program ini akan menyalurkan 10 sen daripada jualan setiap botol 1.5 liter Revive Isotonik atau Pepsi ke tabung Merisik Khabar dan wang tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan amal. Kempen kali ini turut disokong oleh Hitz FM, Morning Crew JJ & Ean yang akan turut bersama-sama mempromosikan program tersebut. Dalam pada itu, beberapa majlis berbuka puasa bakal dianjurkan untuk menggalakkan orang ramai turut membuat sumbangan melalui pembelian minuman Revive Isotonik dan Pepsi di pasar raya Giant terpilih. | ||
| Peminat Diundang Sambut David Archuleta Isnin Ini Posted: 22 Jul 2011 07:31 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Peminat-peminat juara program American Idol musim ketujuh, David Archuleta diundang untuk menyambut kedatangan penyanyi berusia 21 tahun itu pada Isnin ini. Archuleta dijangka tiba pukul 12.50 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kedatangannya ke sini adalah bersempena dengan konsert David Archuleta Live In Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada Selasa depan pukul 8 malam di Stadium Negara, di sini. Sebaik tiba, Archuleta bakal muncul di Fahrenheit 88 pada Isnin ini bermula pukul 8 malam untuk sesi autograf bersama peminat. Pada acara tersebut, penyanyi lagu Crush ini hanya akan menurunkan autograf pada tiket konsert yang dibeli untuk sesi berkenaan sahaja. Tiket-tiket berharga RM300 (tempat duduk VIP), RM230 dan RM190 (tempat duduk bernombor) serta RM150 dan RM90 (tempat duduk bebas) masih boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my (Ticket Charge) dan www.airasiaredtix.com (AirAsia RedTix). Selain itu, tiket-tiket VVIP yang terhad dan istimewa juga boleh didapati. Tiket-tiket tersebut melayakkan peminat mendapat tempat duduk terbaik, sehelai kemeja T, gambar autograf, sekeping poster, album edisi khas The Asian Tour Edition of The Other Side Of Down dan berpeluang untuk turut serta dalam sesi Sound Check Party bersama penyanyi itu. Bagi menghangatkan lagi kemunculan Archuleta, album edisi khas berjudul The Asian Tour Edition of The Other Side Of Down yang merangkumi pek cakera padat (CD) dan cakera digital versatil (DVD) kini berada di pasaran dengan harga RM49.90. Penyanyi dari Utah, Amerika Syarikat ini muncul dengan album pertamanya, David Archuleta (2008) yang menampilkan lagu-lagu popular carta termasuk Crush, A Little Too Not Over You and Touch My Hand. Album terbarunya, The Other Side of Down yang dipasarkan sejak Oktober tahun lalu pula memiliki lagu-lagu popular seperti Something Bout Love dan Elevator. Populariti Archuleta di Malaysia terbukti menerusi penjualan album-albumnya yang mencecah platinum sebanyak 19,000 unit. Kunjungan sulung penyanyi itu di Bandar Sunway pada April 2009 berjaya menawan lebih 5,000 peminat. Dalam pada itu, penyanyi tempatan yang juga naib juara Astro Star Quest 2008 iaitu Hao Ren akan diberi peluang untuk membuka tirai konsert tersebut. | ||
| Incubus Dedah Rahsia Bertahan 20 Tahun Posted: 22 Jul 2011 07:30 PM PDT IncubusKUALA LUMPUR: Kumpulan Incubus berkata antara faktor yang menyebabkan mereka terus bertahan selama 20 tahun disebabkan perjuangan muzik mereka tanpa terikat dengan senario muzik perdana. "Mungkin antara faktor yang membuatkan kami terus bertahan adalah kerana penawaran muzik yang diberikan kepada peminat. "Selama 20 tahun dalam bidang ini, kami tidak pernah terikat atau terperangkap dalam arus perdana yang serba mencabar dan glamor ini. "Sebaliknya, Incubus berjuang di atas trek sendiri dan di luar lingkungan muzik perdana yang penuh cabaran itu," kata pemain gitarnya, Mike Einziger yang ditemui pada sesi temu ramah di Hotel Doubletree by Hilton, di sini, Jumaat. Tambahnya, mereka cukup bertuah kerana terus bertahan dan mampu berkarya sehingga ke hari ini walaupun berada dalam arus muzik yang berbeza dan penuh mencabar. "Kalau diperhatikan, senario muzik semasa telah berubah dengan drastik dan berbeza sejak lima tahun lalu. "Pengaruh kemajuan teknologi dan selera muzik telah banyak mengubah landskap muzik. "Sepanjang 20 tahun berada di dalam industri muzik, kami telah melihat banyak kumpulan dan artis yang popular pada lima atau 10 tahun lalu kini telah tiada lagi," katanya. Menjelang konsert Incubus Live in Kuala Lumpur 2011 di Stadium Negara pada malam Sabtu, Incubus mengakui tidak sabar untuk menampilkan persembahan sebaik mungkin untuk peminat di sini. "Kami tahu para peminat sudah tidak sabar untuk melihat aksi kami selepas beberapa tahun menyepi. "Kami berjanji untuk mempersembahkan sebuah konsert yang hebat dan sebaik mungkin pada malam esok (malam ini)," kata pemain "turntable", Chris Kilmore. Kunjungan kali ketiga mereka ke sini adalah bersempena dengan kemunculan album studio ketujuh iaitu If Not Now, When? Album yang memuatkan 11 trek itu berada di pasaran sejak 12 Julai lalu. Sejak ditubuhkan pada 1991, kumpulan yang dianggotai oleh Brandon Boyd (vokal), Mike Einziger (gitar), Jose Pasillas (dram), Ben Kenney (bass) dan Chris Kilmore (turntable/keyboard) itu sudah menjual lebih 13 juta unit album di seluruh dunia. Berasal dari Calabasas, California, Amerika Syarikat, Incubus mula memberikan impak selepas kemunculan lagu-lagu seperti Pardon Me, Stellar dan Drive yang dipetik dari album ketiga, Make Yourself. Album keempat mereka iaitu Morning View (2001) menampilkan lagu-lagu hit seperti Wish You Were Here, Nice to Know You dan Warning. Album studio kelima A Crow Left of the Murder yang dipasarkan pada 2004 menampilkan lagu hit Megalomaniac. Album studio keenam iaitu Light Grenades muncul di tangga pertama dalam carta Billboard 200 walaupun penjualan yang sedikit menurun. Sepanjang berehat selama dua tahun bermula 2009, kumpulan ini sempat tampil dengan album kompilasi Monuments and Melodies yang memuatkan lagu-lagu popular mereka. Layari www.enjoyincubus.com untuk maklumat lanjut tentang aktiviti terbaru Incubus. Incubus Live in Kuala Lumpur 2011 dianjurkan oleh Pineapple Concerts dengan kerjasama Tune Talk Mobile Prepaid. | ||
| Taura Taufani (The Lima) Giat Promosi 'Single' Terbaru Posted: 22 Jul 2011 07:27 PM PDT Taura TaufaniJAKARTA: Salah seorang ahli kumpulan The Lima, Taura Tuafany yang kini sibuk dengan pementasan teater muzikal Laskar Pelangi mengakui tidak dapat menjalankan persembahan teater tersebut di luar dari Jakarta. Jelasnya, dia mahu menumpukan perhatian dalam mempromosikan "single" terbarunya berjudul Ku Akui. "Hanya persembahan di Jakarta sahaja saya boleh ikut tetapi kalau di luar saya sudah beritahu awal-awal tidak boleh. "Saya mahu beri perhatian terhadap promosi "single" terbaru saya," ujarnya seperti dipetik Kapanlagi.com. Juara program realiti GengStarz terbitan TV3 ini memberitahu sudah bergerak secara sendiri kerana dua lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Boni dan Arief sudah memilih kerjaya masing-masing. Katanya lagi, dia juga bakal mempromosikan "single" tersebut di Malaysia tidak lama lagi. "Saya ingin promosi "single" ini di sini dahulu kerana masa saya banyak dihabiskna di Indonesia berbanding di Malaysia. "Lagi pula di sana, saya disokong oleh orang-orang Indonesia jadi lebih baik dilakukan di sini dahulu. "Insya-Allah saya akan ke sana kerana di Malaysia saya sudah mempunyai syarikat ralaman yang akan mengerakkan promosi," katanya yang bakal keluar dengan mini album tidak lama lagi. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 07:26 PM PDT KUALA LUMPUR: "Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan," kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional. Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.
Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.
Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.
Tanpa berselindung, Su mengakui kegiatan memberikan khidmat urut batin akhirnya menyebabkan dia tergelincir lebih jauh apabila turut memberikan khidmat seks kepada lelaki.
| ||
| Posted: 22 Jul 2011 07:25 PM PDT AMPANG: Berang kerana dimarah suami, seorang wanita bertindak ganas apabila membelasah lelaki berkenaan sehingga retak hidung, selain lebam pada muka dan badan. Difahamkan, dalam kejadian malam kelmarin, wanita berusia lewat 20-an itu menyerang suaminya berusia 32 tahun menggunakan senduk, lesung batu dan batu pengasah pisau. Wanita itu juga hilang pertimbangan apabila bukan saja memukul suaminya, malah turut memijak dan mencekik anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun ketika kanak-kanak itu cuba menghalang dia daripada terus menyerang suaminya yang sudah cedera.
| ||
| Posted: 22 Jul 2011 06:06 PM PDT KE TALI GANTUNG...Mohd Za'ba (baju merah) dan Musa dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam. SHAH ALAM: Seorang penjual kuih dan rakannya, peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar hampir lima kilogram (kg) ganja berhampiran taman permainan di Petaling Jaya, dekat sini, dua tahun lalu. Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Za'ba Abdul Talib, 25, dan Musa Maarof, 43, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong.
Ini membawa kepada penahanan kedua-dua tertuduh di tempat kejadian.
| ||
| Norman & Memey undang Abby ke majlis perkahwinan Posted: 22 Jul 2011 06:04 PM PDT
| ||
| Celaru jantina semakin menular Posted: 22 Jul 2011 06:03 PM PDT
SEJAK zaman awal para nabi lagi, telah diceritakan tentang manusia yang suka melakukan hubungan sesama jenis (jantina). Hakikatnya, gejala itu tidak pernah pudar walaupun selepas kaum Nabi Lut dimusnahkan. Golongan gay, lesbian, pondan, mak nyah, pengkid dan bermacam-macam lagi gelaran untuk 'cinta' sejenis ini semakin menular berikutan menyalin budaya kuning Barat yang menghalalkan apa sahaja amalan kononnya atas dasar hak 'peribadi individu' dan 'hak asasi manusia'. Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi gejala sedemikian sama ada melalui pengaruh media Barat, kawan yang 'terlalu kebaratan' ataupun berikutan masalah psikologi dan hormon. Gejala kecelaruan jantina di negara ini dikesan semakin ketara sejak era disko dan hippies di Amerika Syarikat (AS) sekitar 1970-an lagi tetapi paling nyata sejak awal 1990-an. Antara kemuncaknya adalah perkahwinan dua wanita pada 1990-an yang mana keluarga pengantin perempuan dikatakan ditipu 'pengantin lelaki'. Wanita yang menyamar sebagai pengantin lelaki itu bukan sahaja berjaya mengaburi mata para hadirin dan tok kadi sendiri malah, didakwa menggunakan alat kemaluan tiruan pada malam pertama bersama 'isteri'. Wanita yang menyamar itu akhirnya tertangkap dan kemudian dihantar untuk menjalani pemulihan psikologi serta diberi pendidikan agama. Dengan liputan meluas media terhadap kisah golongan celaru jantina ini, semakin banyak kes dibongkar kepada umum, sama ada cinta antara lelaki atau sesama wanita. Selang ke abad baru, satu lagi kes menarik perhatian rakyat dan dunia berlaku iaitu apabila Mohammed Fazdil Min Bahari atau lebih dikenali sebagai Fatine, 36, mengahwini seorang warga Britain, Ian Young, 30, pada penghujung 2009. Walaupun perhatian umat Islam lebih tertumpu kepada pegangan agama Fatine yang berkahwin secara sivil dengan Young, dunia hanya melihat kepada kebimbangan mak nyah itu dikenakan tindakan jika dihantar pulang ke Malaysia. Fatine yang mengambil hormon wanita sejak berumur 17 tahun akhirnya meninggalkan 'suaminya' itu pada April lalu atas alasan kecewa kerana tidak dilayan dengan baik sementara Young mendakwa ditinggalkan selepas menghabiskan 12,000 pound sterling (RM60,000) untuk membolehkan pasangannya itu tinggal di United Kingdom. Berbanding Fatine yang tidak menjalani pembedahan menukar jantina, kes membabitkan Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, lebih unik kerana ia bukan sahaja melibatkan penukaran jantina tetapi juga memohon untuk menukar nama secara rasmi pada MyKad di mahkamah. Selepas hampir dua tahun hidup dengan 'alat kelamin baru', permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz ditolak Mahkamah Tinggi Terengganu awal minggu ini. Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon tidak menepati empat faktor yang menyokong permohonan berkenaan iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin wanita, kewujudan organ dalaman wanita serta memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita. Sebaliknya, Mohd. Ashraf Hafiz dikatakan hanya memiliki satu daripada empat faktor itu iaitu fizikal dan psikologi seorang wanita sementara hakim turut bersetuju dengan hujahan bahawa permohonan tersebut tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen. Tambahan pula, kata hakim, tiada peruntukan undang-undang negara ini yang membenarkan mana-mana pemohon untuk menukar atau mengubah status gender seks mereka dalam MyKad atau dokumen pengenalan diri yang lain. Mohd. Ashraf Hafiz melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC). Laporan akhbar sebelum ini melaporkan Mohd. Ashraf Hafiz berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran sementara peguamnya, Horley Isaacs mendakwa anak guamnya itu mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian. Mohd. Ashraf Hafiz yang tidak hadir pada hari penghakiman sebelum itu, hadir pada 25 Mei lalu dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu ketika penetapan tarikh. Hakikatnya, masalah kecelaruan jantina bukan sesuatu yang baru di Malaysia dan masalah ini dilihat tidak akan hilang begitu sahaja. Bilangan kes nyata semakin meningkat dengan beberapa kajian di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) juga menunjukkan 'pelapis' golongan itu semakin ramai dengan rata-rata daripada mereka adalah terdiri daripada anak-anak Melayu. Walaupun tiada peruntukan undang-undang yang wujud ketika ini dapat mengekang gaya hidup songsang itu, namun kerajaan telah menegaskan negara ini tidak mengiktiraf hak individu yang menukar jantina termasuk perkahwinan sejenis. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 06:03 PM PDT
Pada minggu ini, Gaya Chef membawa pembaca ke dapur Tanzini yang terletak di Hotel G-Tower, Kuala Lumpur. Dapur tersebut diketuai oleh Chef Eksekutif, Johnny Fua Chia Tau yang merupakan salah seorang individu yang menjadikan hobi atau memasak sebagai kerjaya tetap. Chef Johnny berkata, dalam sesebuah jurusan pengajian, para graduan perlu melihat peluang dan nilai-nilai komersial yang terdapat padanya. "Tidak semua hobi memberi keuntungan dari segi kewangan tetapi hobi yang menjadi kerjaya merupakan sesuatu yang boleh menjadi sumber pendapatan kepada kita," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Mendengar kisahnya bermula sebagai tukang masak biasa sehingga mencapai ke tahap Chef Eksekutif katanya, untuk mencapai kejayaan melalui hobi seperti mana yang dilakukannya memang agak mudah tetapi untuk mengaplikasikan dalam kehidupan seharian tidak semudah yang disangkakan. "Kita perlu ada sasaran untuk berjaya. Kalau kita ikut sasaran tersebut dari mula hingga ke akhir sudah tentu kita boleh dapatkan apa yang kita mahukan. "Contohnya selepas saya menamatkan pengajian, saya letakkan sasaran untuk menjadi seorang chef kerana minat terhadap kerjaya tersebut. Jika saya berhenti separuh jalan, sudah tentu saya tidak dapat mengecapi kejayaan seperti hari ini. "Setelah 15 tahun berada dalam bidang ini, hasilnya sasaran saya berjaya ditepati berkat kesabaran dan pengorbanan," jelasnya yang merupakan pakar kepada masakan kontemporari moden Itali dan Perancis. Beliau berkata, memasak merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan banyak yang perlu dipelajari. "Kerja saya seumpama hobi yang saya gemari. Sebab itu saya seronok bekerja dalam bidang perhotelan. "Dalam waktu bekerja, pelbagai pengalaman saya pelajari dan antaranya ialah untuk menerokai kebolehan diri sendiri dan cara-cara untuk bergaul dengan orang ramai. "Bekerja sebagai chef tidak semestinya kita hanya memasak tapi kadang kala saya pun kena bermesra dengan pelanggan," ujarnya. Menurutnya, gabungan dua kebolehan yang pernah dipelajarinya di peringkat universiti iaitu bidang arkitek dan kulinari banyak membantu tugas-tugas hariannya. "Sebelum bekerja dalam bidang ini, saya belajar dalam jurusan Seni Reka Bina. "Bagi saya, cara terbaik buat seorang chef ialah untuk mencari identiti sendiri dan saya menggabungkan kebolehan mereka dalam bidang masakan. "Masakan yang enak datangnya dari hati yang ikhlas. Jika chef itu masak mengikut perasaan, sudah tentu masakan itu akan gagal menambat hati pelanggan," katanya. Baginya, seni kulinari dalam bidang masakan amat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan lagi. "Sebab itu, saya sangat mengutamakan dari segi penyampaian kerana ia mainkan peranan yang sangat penting. "Apabila sesuatu makanan dihidangkan, mata pengunjung akan menyukai masakan itu jika mereka berminat dengan penyampaian tersebut. "Dalam bidang masakan, jika pelanggan menyukai rupa bentuk masakan itu maknanya sebanyak 50 peratus chef itu telah berjaya menambat hati pelanggan dari segi pemahaman diet yang menyihatkan," jelasnya. Tambahnya, oleh sebab itu, sebelum beliau menyediakan sesuatu menu masakan, Chef Johnny akan melakarkan terlebih dahulu rupa bentuk penyampaian yang akan dihidangkan bersama keenakan resipi tersebut. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 06:02 PM PDT
PERCINTAAN mereka tidak sehebat pasangan lain. Pasangan ini tidak pernah 'bergayut' berjam-jam di telefon, apatah lagi keluar menghabiskan masa bersama. Bagi Datuk Paduka Dr. Siti Aminah Ramli, 46, dan Wan Azwan Shah Wan Zaki, 32, walaupun mereka tidak mengalami detik-detik kemanisan bercinta sebelum diijab kabul, kehidupan mereka kini tetap bahagia seperti pasangan lain. Menurut Siti Aminah yang merupakan pengasas produk penjagaan kulit dan muka Reena's Cosmetics, beliau tidak menyangka dipertemukan jodoh lagi, memandangkan dia sebelum ini berstatus ibu tunggal. Mungkin sudah tertulis, jodohnya kali ini dengan seorang jejaka lebih muda. "Saya tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga lagi. Yalah, saya sibuk menguruskan perniagaan.Tetapi sudah jodoh, saya terima," ujarnya ketika ditemui S2 di kediamannya di Shah Alam, baru-baru ini. Bercerita mengenai pertemuan dengan suaminya, jelas ibu dua cahaya mata ini, ia terjadi ketika berada di Holiday Villa, London. Suaminya yang ketika itu menetap di England terserempak dengannya di hotel tersebut tetapi Siti Aminah tidak perasan kehadiran suaminya. Selepas kejadian itu, suaminya berusaha mendapatkan nombor telefonnya. Suaminya sanggup menyamar hendak menjadi stokis produknya semata-mata hendak berbual dengannya. Bermula dari situlah, mereka kerap berhubung walaupun setelah Siti Aminah kembali ke tanah air. Bukan mudah untuk mendekati Siti Aminah kerana menurut anak kelahiran Sekinchan, Selangor ini, pada mulanya dia tidak sukakan suaminya apatah lagi menjawab panggilan dianggap tidak penting. "Suami saya tidak berputus asa menelefon saya. Di awal perkenalan, saya terus terang tidak begitu menggemari perangainya, apatah lagi anggapan saya ketika itu dia masih kebudak-budakan. "Bagaimanapun, setelah melihat kesungguhannya, saya terima lamarannya," katanya ketawa. Suaminya, Wan Azwan ketika diminta mengulas kisah mereka, katanya,dia sememangnya suka kepada wanita yang berusia. Ini kerana kebanyakan semua teman perempuannya berumur lebih tua daripada dirinya. "Hendak berkawan dengan Siti Aminah bukanlah satu perkara yang mudah. Pada awalnya dia tidak mahu melayan saya, tetapi saya terus menelefonnya. "Tetapi bagi saya, ia merupakan satu cabaran selain saya betul-betul suka padanya. "Bayangkan, perhubungan kami pernah terputus dua tahun tetapi dalam masa yang sama, saya tidak pernah melupakannya," katanya. Akhirnya setelah pelbagai halangan dan rintangan dihadapi, penghujung tahun lalu pasangan ini mengambil keputusan untuk bernikah. Mereka telah dinikahkan pada 1 Januari lalu dan Siti Aminah menganggap keputusannya tepat. Turut merestui adalah kedua-dua anak Siti Aminah. Ketika membuat keputusan itu, dia tidak pernah terfikir dirinya lebih berkuasa walaupun umurnya lebih tua daripada suaminya. Malah, ulas Siti Aminah, dia tetap menghormati suaminya seperti pasangan lain, malah turut berbincang bersama sekiranya masing-masing mempunyai masalah. Bagi Siti Aminah dan Wan Azwan, mereka cuba melengkapi antara satu sama lain di samping memahami perwatakan masing-masing. Pasangan ini tidak menafikan kebenaran pepatah, 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri'. Bagaimanapun bagi pasangan ini jika timbul salah faham, ia akan ditangani dengan cara profesional melalui perbincangan suami isteri. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 06:01 PM PDT
SELALUNYA menjelang tengah malam pasti merupakan noktah kepada rutin harian seseorang individu mencari rezeki. Pada waktu inilah semua ahli keluarga berkumpul dan berehat di rumah masing-masing sebelum menyambung semula tugas dan aktiviti keesokan harinya. Namun bagi sesetengah individu, detik 12 malam menandakan bermulanya 'kerja' mereka. Malah 'kerja sukarela' yang dilakukan bukan saja memaksa mereka mengorbankan waktu rehat tetapi mendedahkan kepada pelbagai risiko dan bahaya. Namun, itulah hakikatnya tugas ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Teluk Villa, Putatan, Kota Kinabalu. Tujuan mereka hanya satu iaitu memastikan keselamatan dan keamanan penduduk setempat. Ahli SRS yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Teluk Villa, Ahmad Mahmod berkata, skim rondaan itu dilakukan dengan kerjasama pihak polis dan juga Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). "Ini bagi memastikan keamanan kawasan yang sebelum ini terdedah kepada pelbagai anasir jahat dan kegiatan jenayah. "Alhamdulillah kewujudannya dapat mengurangkan kadar jenayah khususnya kes-kes pecah rumah di kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Pada masa ini, terdapat 22 penduduk di kawasan itu yang secara sukarela menjadi ahli SRS, dengan dibekalkan pelbagai kemudahan seperti kad kuasa, pakaian seragam, lampu picit dan sebagainya. Rondaan dilakukan secara berkumpulan mengandungi lima orang, dengan ditempatkan di beberapa kawasan strategik sehingga awal pagi. Semua ahli akan berkumpul di pondok SRS yang disediakan sebelum dan selepas melakukan rondaan untuk berbincang bagi memastikan rondaan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Seorang ahli SRS, Arinin Panding yang juga bekas pegawai polis berkata, selain melakukan rondaan, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan selepas pukul 12 tengah malam. Tambahnya, pihaknya juga tidak membenarkan mana-mana individu berada di taman permainan dan memancing di kawasan perumahan melebihi waktu itu. Dalam pada itu, Sumira Hassan, 38, yang juga seorang ahli Rela berkata, selepas melakukan rondaan, mereka juga akan menulis laporan di kotak aduan polis yang diletakkan di pintu pagar rumah salah seorang penduduk. Laporan berkenaan penting bagi memastikan pihak polis dapat melakukan pemantauan terhadap tahap keselamatan di kawasan itu dari semasa ke semasa. Mengenai kebarangkalian risiko tinggi yang bakal dihadapi, beliau berkata, pihaknya menyedari pelbagai bahaya termasuk kemungkinan diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. "Bagaimanapun ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus melakukan rondaan, malah saya yakin dengan latihan yang diberi oleh Rela, dapat memastikan kami melaksanakan tugas dengan baik," katanya. Sementara itu seorang guru, Abdul Malik Abdul Rauf, 45, berkata, pekerjaan hariannya sebagai seorang pendidik tidak menghalangnya untuk sama-sama melakukan rondaan. "Meskipun bekerja pada siang hari, ia tidak mematahkan semangat saya untuk meronda kerana merasakannya adalah satu tanggungjawab menjaga keamanan kawasan ini,"katanya. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 05:59 PM PDT Catatan itu berbunyi begini, "… duduklah saya di sudut rumahnya itu berfikir apa yang hendak saya lakukan. Nak peluk Islam, hati berbelah bagi. Kalau tak masuk Islam pula, ustaz itu tak mahu ajar saya mengaji. Kalau tak mengaji, nanti kena pukul dengan ayah. Saya dalam dilema. "Akhirnya setelah 15 minit berfikir, saya ambil keputusan untuk ikut arahan ustaz itu. Lebih baik peluk Islam daripada kena marah dengan ayah. Ustaz itu ajar saya mengucap... Asyhadualla ilahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammadar Rasulullah… "Sejurus habis mengucap, bagaikan ada sesuatu diturunkan Allah pada saya. Allah cabut segala kerisauan, kekusutan dan kebimbangan daripada hati dan fikiran saya. Fikiran saya jadi lapang, hati saya terlalu tenang, satu perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum itu. Alhamdulillah, mungkin inilah cinta dan hidayah Allah pada saya. Ketika itu juga saya bertekad akan mempelajari Islam sepenuhnya. Saya akan cari sendiri pengetahuan tentang Islam walaupun tiada orang yang mahu mengajarinya." Begitulah detik awal kemasukan penyanyi nasyid terkenal, Nazrey Johani, ke dalam agama Islam, kira-kira 30 tahun lalu. Mungkin sebahagian daripada kita tahu, Nazrey adalah saudara baru, namun kebanyakan kita tidak tahu bahawa beliau memeluk Islam akibat dipaksa oleh bapanya. Rupa-rupanya Nazrey memeluk Islam kerana takut dipukul oleh bapanya itu, yang asalnya adalah penganut taat kepada agama mereka. Rupa-rupanya juga, selepas menjadi saudara baru, Nazrey sanggup berjalan kaki lebih satu kilometer untuk bersolat dan belajar mengaji di masjid. Kemudian, Nazrey korbankan masa bermainnya dan dalam masa enam bulan sahaja, sudah mampu membaca al-Quran, jauh mengatasi kawan-kawan sebayanya yang memang beragama Islam. Menarik juga untuk diketahui, hampir setahun Nazrey dan kawan-kawan sekolahnya 'mempermainkan' guru mereka dengan memakai seluar panjang bagi menutup aurat, yang ketika itu tidak dibenarkan pemakaiannya. Akhirnya berkat usaha mereka, pentadbiran sekolah terpaksa 'mengalah' dan pemakaian seluar panjang dibenarkan di sekolah berkenaan. Anda tidak akan mengetahui kisah menarik ini jika tidak membaca Akhirnya Kutemui Cinta-Mu… lalu aku pun memeluk Islam, sebuah produksi majalah Al Islam. Selain kisah di atas, buku tersebut turut mencatatkan kisah-kisah menarik zaman Nazrey sewaktu masih bersama kumpulan Raihan, hinggakan ada lelaki 'mat saleh' yang memeluk Islam dengan menyanyikan lirik syahadah dalam lagu 'Puji-pujian'. Kini, Nazrey sedang mencari dana untuk membina maahad tahfiz di kampung halamannya, Ranau, Sabah. Begitulah gigihnya Nazrey selepas memeluk Islam. Buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu merupakan buku terbaharu terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. yang dilancarkan pada 29 Jun lalu. Ia menghimpunkan hampir 30 kisah saudara-saudara baru yang memilih Islam sebagai agama baru mereka. Selain Nazrey, ia turut menyiarkan cerita pengislaman tokoh-tokoh terkenal seperti pelakon Susan Manen, Johan Abdullah dan Farid Amirul, Iman Wan (pencipta lagu), Satilah Abdullah (ibu penyanyi, Ning Baizura) serta pendakwah terkemuka, Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Ustaz Mohd. Farhan Abdullah, Ustaz Abdul Latif Satharan Abdullah, Farhan Tee Abdullah dan Divesh Kumar Danial Kakulal (wartawan penyiaran stesen TV Alhijrah). Sesiapa sahaja yang membaca buku ini pasti akan berasa insaf dengan dugaan dan pengalaman getir yang dilalui oleh saudara-saudara baru ini. Sebagai contoh, bagaimana Susan Manen terpaksa berdepan dengan halangan keluarga, sokongan bapa yang terlebih dahulu memeluk Islam dan kejadian-kejadian aneh yang makin mendekatkan dirinya kepada agama ini. Pembaca juga akan berasa hiba dan sebak membaca kisah bagaimana Farid Amirul (memegang watak Inspektor Lim dalam siri TV Gerak Khas) yang menangis sebaik terdengar seruan azan serta membaca surah al-Kauthar dan ad-Dhuha. Kisah pengislaman Ustaz Muhammad Fitri dan Ustaz Farhan pula amat mendebarkan. Rupa-rupanya, sejak dia dilahirkan lagi, ayah Fitri sudah memberitahu isterinya bahawa apabila besar nanti, dia akan menukar nama bapanya itu kepada Abdullah. Ternyata firasat tersebut menjadi kenyataan. Walaupun Fitri dididik sehingga menjadi pendakwah besar dalam agama mereka, namun akhirnya beliau memilih Islam selepas melihat kebenaran agama ini. Lalu nama bapanya ditukar kepada Abdullah! Sanggupkah anda ditembak hanya kerana Islam? Itulah ujian yang dilalui oleh Ustaz Mohd. Farhan, bekas seorang pendakwah sebuah agama lain di Sabah. Dia bukan sahaja dihalau, malah ditembak dengan senapang patah oleh bapanya kerana memeluk Islam. Tetapi tiada siapa menduga, selepas Farhan menamatkan pengajian tahfiz, semua anggota keluarganya dengan mudah turut memeluk Islam. Tidak terkecuali adalah bapanya sendiri yang asalnya merupakan nazir kepada 15 rumah ibadat di Sabah. Apa yang menarik, melalui buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu juga Ustaz Farhan menceritakan mimpi menginsafkan yang dialaminya hingga menyebabkan hatinya terbuka memilih Islam. Juga bagaimana bapanya tiba-tiba muntah dengan banyaknya selepas meminum air yang telah dibacakan surah Yasin. Pernahkah anda dengar kisah pengislaman pemain bolasepak Perancis, Frank Ribery, Lauren Booth (adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair), Alexander Litvinenko (bekas perisik Rusia), Loon dan Everlast (penyanyi rap), A. R. Rahman (pencipta lagu Bollywood dan pemenang anugerah Oscar), Diam's (penyanyi rap wanita Perancis), Mike Tyson (juara tinju dunia), Jermaine Jackson (abang kepada Michael Jackson) dan Johann Wolfgang von Goethe (penulis terkenal abad ke 18 Jerman)? Persoalan benarkah Michael Jackson sudah memeluk Islam turut dijawab oleh Jermaine. Dapatkan buku ini dan anda akan ralit membacanya. Apa yang menjadikan Akhirnya Kutemui Cinta-Mu ini lebih mantap dan istimewa ialah kerana kisah-kisah tadi diperkukuhkan dengan fakta serta statistik perkembangan terkini Islam di seluruh dunia. Semua ini membangkitkan rasa bangga kepada agama. Akhirnya Kutemui Cinta-Mu jadi menarik kerana ia dipersembahkan dengan cara yang mudah, ringan serta dekat dengan hati pembaca. Bahasanya santai. Buku ini bersifat terus terang. Ia tidak menyembunyikan kritikan-kritikan tegas serta panas terhadap masyarakat Islam dan pihak-pihak tertentu yang membiarkan saudara-saudara baru terkontang-kanting. Ringkasnya, ia merupakan buku istimewa yang membangkitkan perasaan megah kita terhadap Islam. Dengan harga cuma RM12.90, buku Akhirnya Kutemui Cinta-Mu terlalu murah kalau dibandingkan dengan ketebalannya 212 halaman serta kisah-kisah eksklusif yang dipersembahkannya. Sila dapatkan buku ini di kedai-kedai buku dan majalah berhampiran atau hubungi Bahagian Pemasaran Utusan di 03-89243843 (Hajina) dan 03-89243837 (Siti Rozaida). | ||
| Keesaan Allah dalam surah al-Ikhlas Posted: 22 Jul 2011 05:58 PM PDT Dinukilkan di sini sebahagian pendapat dan penegasan Ibn Qayyim al-Jauziyah menerusi kitabnya Hidayatul Hayari fi Ajwibatil Yahud wa al-Nasara terhadap ciri-ciri Allah bagi agama Islam berbanding Kristian sebagai menjelaskan lagi perbezaan maksud lafaz Allah bagi kedua-dua agama ini. * Sesungguhnya Allah SWT adalah satu, tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya, tidak ada bandingan yang setara dengan-Nya, tidak ada pengawal, tidak ada penasihat, tidak ada penolong dan tidak ada pemberi syafaat kecuali dengan izin-Nya. * Dia tidak mempunyai bapa, anak, keturunan, isteri dan tidak mempunyai kesamaan dengan selain-Nya. * Dia Maha Kaya dengan zat-Nya, tidak makan, tidak minum dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk. * Zat-Nya tidak bersatu dengan makhluk-Nya dan tiada makhluk yang menyatu ke dalam zat-Nya. * Dia Maha Ada, tidak pernah hilang dan tidak pernah mewakilkan urusan kerajaan-Nya kepada selain dari-Nya. * Dia Maha Sempurna dan hanya Dia yang memiliki kesempurnaan. Firman Allah SWT: Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Abu Su'ud dalam tafsirnya berkata: Nama Allah diulangi sehingga dua kali, iaitu pada ayat pertama dan ayat kedua dengan menjelaskan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah tempat pergantungan semua makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Pada ayat yang pertama ditegaskan tentang keEsaan-Nya, untuk menjelaskan betapa bersih-Nya Allah dari berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa Dialah tempat bergantung segala makhluk, dan jelaslah bahawa pada-Nya terkumpul segala sifat kesempurnaan. Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaan-Nya, tidak pernah berkurang. Berkenaan perkataan al-Samad, ada banyak tafsiran, antaranya: * Al-Samad yang tiada rongga padanya seperti pendapat al-Hasan, Ikrimah, al-Dahhak dan Ibn Jubair. * Yang tidak makan dan minum seperti pendapat al-Sya'bi. * Yang kekal tanpa binasa seperti pendapat Qatadah. * Tidak beranak dan tidak diperanakkan seperti pendapat Muhammad bin Ka'ab. * Segala manusia memohon hajat kepada-Nya seperti pendapat Ibn Abbas. * Ia adalah penghulu yang bersifat Maha Tinggi seperti kata Abu Wa'il dan Sufyan. * Ia bersifat sempurna yang tiada cacat celanya seperti pendapat Muqatil. * Ia adalah tempat segala hajat dan pertolongan, seperti kata al-Suddi. 8 Ia terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu seperti kata Abu Hurairah. 8 Ia boleh melakukan apa sahaja dan menghukum mengikut kehendaknya. Al-Maraghi berkata: Allah SWT yang menjadikan tumpuan semua hamba dan mereka menghadapkan diri kepada-Nya untuk menyelesaikan kepentingan mereka tanpa perantaraan dan penolong. Dengan demikian, ketentuan ini membatalkan kepercayaan kaum Musyrikin Arab yang mempercayai adanya perantara dan penolong juga membanteras kepercayaan penganut agama lain yang bawa pemimpin agama mereka itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan kerana menerima perantaraan bagi orang lain untuk mencapai apa yang mereka cari. Ini disebabkan mereka selalu kembali kepada perantaraan-perantaraan itu baik selama hidup mahupun setelah meninggal dunia. Mereka berdiri di sisi kubur-kubur itu dengan penuh khusyuk dan tunduk sebagaimana tunduknya mereka kepada Allah SWT bahkan lebih daripada itu. Firman Allah SWT: Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia. Mengikut Dr. Said Abdul Azim dalam bukunya Qul Ya Ahlal Kitab Lastum 'Ala Syai' menyebut berkenaan usul yang disepakati ini: * Bahawa Allah bersifat qadim, wahdaniyyah tanpa sekutu pada kerajaan-Nya. * Bahawa Dia tiada bapa, tiada seumpama-Nya, tiada isteri dan tiada menyamai dengan sekelian makhluk-Nya. * Bahawa Dia Maha Kaya dengan zat-Nya, tidak makan dan minum serta tidak berhajat kepada makhluk. * Bahawa Dia tidak berubah dan tidak menerima kebinasaan seperti tua, sakit, mengantuk, tidur, lupa, takut, dukacita dan lain-lain. * Bahawa Dia tidak serupa sesuatupun daripada makhluk, sama ada pada zat, sifat dan perbuatan-Nya. * Bahawa Dia tidak mengambil tempat pada sesuatupun daripada makhluk-Nya. * Bahawa Dia lebih agung daripada sesuatu, lebih besar daripada sesuatu dan Maha Tinggi daripada sesuatu. * Bahawa Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. * Bahawa Dia Maha Mengetahui dengan setiap sesuatu sama ada tersembunyi atau yang terang. * Bahawa Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. * Bahawa Dia Maha Penyaksi yang tiada ghaib sesuatupun daripada-Nya. * Bahawa Dia bersifat abadi lagi kekal selama-lamanya. * Bahawa Dia berkata-kata sama ada arahan atau larangan. * Bahawa Dia Maha Benar pada janji dan khabar-Nya. * Bahawa Dia bersifat samad yang semua makhluk berhajat kepada-Nya. * Bahawa Dia bersifat Maha Suci, Maha Sejahtera yang terlepas daripada sebarang aib dan kekurangan. * Bahawa Dia bersifat Maha Sempurna dengan kesempurnaan yang mutlak. * Bahawa Dia Maha Adil yang sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Nya. Ibn Qayyim berkata: "Ini adalah perkara yang disepakati oleh semua Kitab dan Rasul dan ia sebagai satu ketetapan yang tidak harus datang syariat yang menyalahinya. Begitu juga yang dikhabarkan oleh Nabi SAW menyalahinya pada asal, sedangkan golongan penyembah salib meninggalkan konsep triniti semuanya di samping berpegang dengan perkara yang menjadi syubhah daripada makna dan yang mujmal daripada lafaz". Fadilat surah al-Ikhlas Ibn al-Qayyim di dalam Zad al-Ma'ad menukilkan: Nabi SAW selalu membaca pada solat sunat Fajar dan solat witir surah al-Ikhlas dan surah al-Kafirun. Ini kerana kedua-dua surah ini mengumpulkan tauhid ilmu dan amal, tauhid makrifat dan iradat, tauhid iktikad dan tujuan. Surah al-Ikhlas mengandungi tauhid iktikad dan makrifat dan apa yang wajib dipandang tetap teguh pada Allah menurut akal murni, iaitu Esa dan tunggal. Dia adalah pergantungan yang tetap, yang pada-Nya terkumpul segala sifat kesempurnaan, dan tidak pernah berkurangan dari segi mana pun. Dia ternafi daripada beranak dan diperanakkan, kerana jika keduanya itu ada, Dia tidak jadi pergantungan lagi dan KeEsaannya tidak bersih lagi. Dan nafi atau tiadanya kufu', tandingan, bandingan dan gandingan adalah menafikan penyerupaan, perumpamaan ataupun pandangan lain. Oleh kerana itulah, surah ini mengandungi segala kesempurnaan bagi Allah dan menafikan segala kekurangan. Inilah dia pokok tauhid menurut ilmiah dan menurut akidah, yang melepaskan orang yang berpegang teguh kepadanya daripada kesesatan dan mempersekutukan. Dinyatakan di sini beberapa fadilat surah al-Ikhlas, antaranya: * Daripada Abu Sa'd, ada seorang yang mendengar seorang lelaki membaca surah al-Ikhlas dengan berulang kali. Pada keesokannya, ia datang menemui Nabi SAW lalu ia menyebutkan cerita itu kepada beliau seolah-olah ia merasa surah itu sangat sedikit. Lalu Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Demi jiwaku ditangan-Nya, sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Quran". * Ibn Abbas r.a berkata: Surah al-Zalzalah sama nilainya dengan separuh al-Quran. Surah al-Ikhlas sama dengan sepertiga al-Quran. (riwayat al-Hakim) * Dari Aisyah r.anha bahawa Nabi SAW pada suatu ketika telah mengirim pasukan tentera. Panglima tentera tersebut setiap kali solat yang dibacanya kuat akan menutup bacaan dengan surah al-Ikhlas. Apabila pulang hal tersebut dikhabarkan kepada Nabi SAW. Lantas Baginda suruh bertanya sebabnya. Panglima tersebut menjawab: Itu adalah sifat Allah SWT yang bersifat Rahman dan saya amat suka membacanya. Mendengar keterangan tersebut, Baginda bersabda: Katakanlah kepadanya, bahwa Allah reda kepadanya. * Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Aku menemui Rasulullah SAW, tiba-tiba Baginda mendengar seorang lelaki membaca surah Ikhlas. Lantas Baginda bersabda: Wajiblah. Aku bertanya apakah yang wajib itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: masuk syurga. Surah ini memuatkan penolakan musyrikin dengan segala bentuknya. Allah SWT mengingkari zat-Nya mempunyai sifat memerlukan kepada yang lain dengan firman-Nya. Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa mentauhidkan Allah dan makrifah dengan-Nya. Amin. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 05:56 PM PDT
HEBAT dan mempersonakan. Meriah dengan pelbagai jenis aneka fesyen. Mungkin itu gambaran yang sesuai bagi menggambarkan Malam Gala sempena pertunjukan fesyen Bold, Trendy and Stylish (BTS) yang diadakan di ruang utama, pusat beli belah Times Square di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menghimpunkan lebih 17 jenis jenama terkenal membuatkan mata terpesona dengan kehebatan yang ditonjolkan melalui pertunjukan itu. Majlis itu bagi meraikan para pelanggan yang kini menikmati potongan harga sehingga 31 Ogos ini. Peragaan fesyen dimulakan dengan koleksi Bossini yang menampilkan baju-baju kasual yang dipadankan dengan beg tangan membuatkan si pemakai kelihatan ringkas bersahaja. Begitu juga dengan koleksi terbaru Carlo Rino, tidak ketinggalan menampilkan himpunan koleksi beg tangan serta kasut menawan dan menambat hati. Jenama yang terkenal dengan kualiti pembuatan beg kulit, kasut, dompet dan aksesori lain itu cuba menakluk hati penggemar fesyen terutama golongan muda dengan rekaan inovatif dan lebih eksklusif. Koleksi terbaru itu didatangkan dalam warna ceria mengikut aliran cita rasa fesyen terkini. Bagi setiap pemilihan fesyen-fesyen warna tropikal yang terang dan bercetak bunga-bungaan, koleksi Tropicana Life mempamerkan rekaan longgar santai sesuai untuk anak muda yang mementingkan gaya dan personaliti digabungkan dengan warna terang dan aksesori ringkas menyempurnakan lagi penampilan. Bagi jenama Bossini, menampilkan baju-baju ringkas membuatkan kelihatan ringkas kepada si pemakai tidak kira untuk lelaki mahupun untuk wanita. Semuanya kelihatan ringkas tetapi masih dilihat tetap bergaya. Bagi si jejaka dengan pentingkan gaya kemas, licin dan ringkas. Memadai dengan baju T jenama polo yang dipadan dengan seluar paras lutut daripada fabrik benang kapas untuk gaya santai. Koleksi ini menawarkan rekaan yang ringkas yang sesuai untuk dipadankan pada minggu yang kelihatan relaks dan santai. Untuk koleksi yang lebih bergaya, Kitschen tidak ketinggalan memberi yang terbaik kepada peminatnya. Selain mengetengahkan rekaan pakaian kasual yang tampak lebih anggun, ia turut mengutamakan keselesaan kepada si pemakai. Bukan hanya menepati tema, rekaan Michelle kali ini menumpukan gabungan dua unsur iaitu dengan rona segar dan memikat serta warna-warna terang dan ceria yang tidak keterlaluan. Selain menggunakan fabrik kapas dan linen yang lebih ringan dan selesa, ia juga mampu mengubah gaya daripada formal kepada kasual ataupun santai dan menyeronokkan. Sebagai pencetus aliran dalam gaya mewah, sungguhpun polos menjadi inti pati koleksi, padanan rona yang tepat mampu membangkitkan gaya hebat si gadis. Tampak ringkas dan sesuai dengan gadis bertubuh tinggi lampai, gaun polos paras lutut misalnya, bukan sahaja sesuai untuk ke majlis rasmi malah ia kelihatan menyerlah jika di gaya ke majlis minum petang. Bagi mereka yang berani dan mahukan kelainan, gaun paras lutut himpunan kali ini mengetengahkan fabrik bermotif abstrak yang pasti mampu menaikkan seri si pemakai apatah lagi jika bijak menyesuaikan solekan dan majlis dihadiri. Sehalus buatannya, Michelle bukan menjanjikan kemewahan semata-mata sebaliknya kepuasan si gadis dalam bergaya. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 05:55 PM PDT
Tarikan utama termasuk tanjung tinggi Cape Point, Tebingan Cape Town, Taman Botanik Kirstenbosch, Pulau Robben dan destinasi tersohor, Table Mountain yang terletak tidak jauh dari pusat bandar. Tanpa perlu mengembara jauh, kunjungan ke tempat-tempat menarik boleh dilakukan dengan mendapatkan pakej lawatan berpandu atau dengan menyewa sendiri kenderaan. Pilihan penginapan di Cape Town pula boleh didapati daripada barisan hotel lima bintang hinggalah asrama backpackers yang murah. Kebanyakannya juga menyediakan penginapan dengan pemandangan yang menarik. Selain keindahan bentuk muka bumi di daratan, kota kedua paling padat di negara itu juga dikenali dengan keunikan 'menu' yang menanti di perairannya seperti lokasi melihat ikan paus, selaman jerung di dalam sangkar dan penguin. Bagi yang tiba di Cape Town, tarikan pertama yang mungkin disedari adalah Table Mountain yang juga merupakan tarikan utama di situ. Bahkan, percutian di Cape Town tidak lengkap jika tidak menjejakkan kaki ke puncaknya. Gunung setinggi 1,086 meter yang mengadap Teluk Afrika itu dinamakan Table Mountain kerana puncak yang rata dan berbentuk seperti sebuah meja. Sama sekali berbeza dengan mana-mana gunung yang ada di dunia. Penara yang diapit oleh Devil's Peak dan Lion's Head itu menghasilkan landskap Cape Town yang menakjubkan. Bukan itu sahaja, kawasan di sekitar teluk itu juga merupakan antara kawasan kota paling hampir dengan biodiversiti alam yang tidak terusik. Ketika cuaca dingin, puncak gunung akan diselubungi gumpulan awan yang kelihatan seolah-olah hamparan kain pengalas meja. Meskipun boleh dilihat dari pelbagai sudut kota, kunjungan ke puncak lebih bererti. Bagi yang ingin mencabar diri, laluan mendaki menawarkan lebih daripada 300 laluan bermula dari kategori mudah hingga ke pendakian tahap profesional. Rekreasi itu mengambil masa antara dua hingga tiga jam, bergantung kepada stamina. Untuk perjalanan lebih mudah, puncak Table Mountain boleh dikunjungi dengan menaiki kereta kabel dari Jalan Tafelberg. Puncak rata atau penara seluas tiga kilometer itu menyajikan panorama Teluk Afrika yang menampakkan Table Bay dan Pulau Robben. Pulau Robben yang terletak di sebelah utara pula merupakan satu lagi tarikan yang tidak ingin dilepaskan pelawat jika ke Cape Town. Bukan pulau biasa, ia adalah tembok besi yang pernah mengurung bekas Presiden Demokratik Afrika Selatan, Nelson Mandela. Terpisah sejauh 12 kilometer dari daratan, bekas penjara yang dikawal ketat itu kini menempatkan muzium kemerdekaan. Pelawat boleh menyelami keperitan hidup banduan di sel-sel besi, bilik penghukuman dan sebuah lombong tempat banduan dikerahkan tenaga. Pulau Robbern yang menjadi simbol kemenangan rakyat Afrika Selatan menumbangkan dasar apartheid diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia (Kebudayaan) oleh UNESCO pada 1999. Selain itu, Cape Town juga mempunyai tarikan yang mewarnai corak kehidupan masyarakat dan budayanya. Malay Cape merupakan penempatan masyarakat Melayu di tengah-tengah Cape Town yang bertapak di negara itu sejak lebih 300 tahun yang lalu. Kebanyakan daripada mereka adalah Melayu dari Indonesia yang dilarikan oleh penjajah Belanda. Pada masa kini, dianggarkan terdapat 160,000 Melayu Cape Town yang mendiami kawasan Signal Hill. Lokasi seterusnya adalah Cape Point atau Cape of Hope yang terletak kira-kira 80 kilometer dari pusat bandar. Ia berbaloi dan amat mententeramkan. Cape Point merupakan antara kawasan tebing laut tertinggi di dunia. Ia kini dihiasi rumah api dan sebuah pelantar tinjau yang cukup untuk membuatkan anda gayat. Seperti nama ketiganya (Cape of Storm), ketenangan di situ kadang-kala menyajikan kehebatan gelora laut yang menggulung ombak berpuluh-puluh meter tingginya. Selain udara segarnya, tarikan alam di situ termasuk kepelbagaian flora dan fauna yang tidak ditemui di tempat lain seperti monyet Chacma, kuda belang Cape Mountain dan lebih 250 spesies burung. Memadai dengan keindahan alam? keunikan tarikan di Cape Town pastinya tidak lengkap tanpa mendekati dua haiwan terbesar di perairannya. Cape Town sememangnya dikenali dengan tarikan lokasi melihat paus seperti yang ada di Cape Whale Coast. Setiap tahun antara Jun hingga November, beratus-ratus paus akan tiba di perairan Cape Whale Coast untuk melarikan diri daripada kesejukan Laut Antartik. Pengalaman melihat libasan ekor dan lompatan gergasi di permukaan laut itu boleh dikunjungi dengan pemanduan dari Cape Town. Masih tidak mencabar? Rasakan geledak adrenalin dengan sesuatu yang lebih ekstrem iaitu selaman jerung dalam sangkar yang juga merupakan tarikan popular di Afrika Selatan. Diasingkan dengan kurungan besi, rasailah debaran berdepan dengan haiwan pemangsa sepanjang lima hingga 10 meter itu. Meskipun jerung kelihatan sepanjang tahun, masa terbaik adalah antara Mei hingga Oktober. Beberapa kawasan yang menawarkan kegilaan itu termasuk Gansbaai dan Mossel Bay, kira-kira dua jam dari Cape Town. Selain itu, pelancong ke Cape Town juga boleh mendekati koloni penguin Afrika di Pantai Boulders, salah satu pantai yang paling terpelihara di situ. Jika tidak berpeluang ke Pantai Boulders, kawasan Tebingan Cape Town juga mempunyai tarikan alam marin di Two Oceans Aquarium yang dipenuhi lebih 3,000 spesies laut. Alamilah Cape Town. | ||
| Pelengkap percutian di Lost World Posted: 22 Jul 2011 05:54 PM PDT
BAGI yang gemarkan aktiviti air, destinasi yang wajib dikunjungi sekiranya berkunjung ke bandar raya Ipoh adalah resort taman tema air, The Lost World of Tambun. Taman yang dibuka pada November 2004 itu bukan sahaja memberi keseronokan kepada pengunjung malah 'melarikan' seketika pengunjung daripada hiruk pikuk kesibukan kota. Di taman tema ini, pengunjung berpeluang mandi-manda di pantai buatan dan kolam air panas semula jadi serta berhibur dengan pelbagai jenis permainan seperti Perak Parade, Dragon Slight, Adventure Ahoy dan Buccaneer Boats. Selain itu, menyaksikan binatang liar seperti harimau spesies Bengal dan Siberia di Tiger Valley serta melihat sendiri haiwan ini diberi makan dan berinteraksi dengan penjaganya. Justeru, bagi mereka yang mahu mengabadikan percutian di taman tema ini dan dalam masa yang sama tercari-cari penginapan yang sesuai, Lost World Hotel sedia menanti kunjungan anda. Hotel berkonsepkan moden dan kontemporari itu merupakan lokasi ideal. Harga ditawarkan agak berpatutan dan sesuai bagi mereka yang mementingkan bajet tetapi tidak berkompromi dengan keselesaan yang ditawarkan. Hotel yang dibuka pada 28 April 2011 itu menyediakan 134 bilik dan 20 pangsa puri di dua blok berasingan. Menyediakan empat jenis bilik dengan harga permulaan RM190 hingga RM620, pengunjung pasti berpuas hati dengan dekorasi dan pemandangan menghijau. Setiap kadar sewa di hotel ini disertakan sarapan pagi dan tiket masuk ke Lost World Hot Spring dan spa yang dibuka malam. Antara bilik yang boleh dipilih adalah Exotic Room, Classical Room, Deluxe Suite dan Premier Suite yang setiap satu menawarkan keistimewaannya tersendiri. Bagi yang gemarkan suasana 'sunyi', sudah pasti Premier Suite menjadi pilihan. Berada bersendirian di 'sayap' hujung bangunan tersebut, ia pasti menjanjikan keselesaan. Menjengah ke dalam ruang bilik, ia cukup menenangkan. Susun atur perabotnya ringkas, namun kemas di setiap penjuru. Tingkap besar di tepi bilik memberi lebih ruang pencahayaan. Setiap bilik turut dilengkapi kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung seperti penghawa dingin, televisyen, kerusi dan sofa. Menurut Pengurus Besarnya, Calvin Ho, hotel tersebut dibina bagi memberi keselesaan dan memudahkan para pengunjung yang datang ke taman tema tersebut. Katanya, jika sebelum ini pengunjung yang datang perlu mencari penginapan yang jauh dari taman tema tersebut, kini segala-galanya lebih mudah apabila mereka hanya perlu berjalan kaki untuk ke hotel penginapan tersebut. Selain itu, beliau menjelaskan, bagi penggemar eko pelancongan pula, ia merupakan tempat yang bersesuaian kerana menawarkan pelbagai aktiviti seperti meneroka hutan, kawasan batu kapur dan gua. Bagi mereka yang ingin membuat tempahan bilik, boleh terus menghubungi Lost World Hotel di talian 05-5408888 atau e-mel di lostworldhotel@sunway.com.my. Urusan daftar masuk dan keluar boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana ia beroperasi 24 jam sehari. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 05:53 PM PDT ![]() SELAM skuba mendidik manusia lebih menghargai khazanah marin. SETIAP tahun kira-kira 18,000 penyelam baru direkrut di negara ini menjadikan jumlah penyelam berdaftar kini dianggarkan seramai 120,000 orang. Peningkatan tahun demi tahun itu jelas membuktikan populariti dan sambutan terhadap rekreasi selam skuba. Bagi yang bukan penyelam, ramai masih tertanya-tanya apakah keseronokan yang menanti mereka di dasar laut dan apa pula kelebihan menjadi seorang penyelam. Keistimewaannya jelas. Memiliki nyawa 'kedua' membolehkan mereka (penyelam) meneroka dunia di bawah permukaan air yang selama ini cukup asing bagi manusia. Tarikannya adalah keindahan terumbu karang dan segala penghuninya. Kehidupan laut menyajikan seribu satu keanehan pada pancaindera manusia. Malah peluang menikmati keharmonian alam yang sunyi tanpa bunyi itu juga adalah terapi terbaik untuk 'memutuskan' diri daripada beban dan masalah. Dasar laut yang dipenuhi batu karang berwarna-warni sememangnya cukup menghiburkan. Bagi penyelam baru keindahan seperti itu adalah pencetus keseronokan dan harus juga berwaspada kerana ia mungkin membawa kepada ketagihan. Pada selaman peringkat permulaan, kedalaman mungkin dilakukan tidak melebihi 10 meter. Pada paras itu, pancaran cahaya yang menerangi terumbu biasanya memberi penyelam jarak penglihatan yang cukup baik. Melintas riang di depan mata adalah ikan-ikan yang selama ini hanya dilihat di pasar. Namun melihat sendiri hidupan yang berenang bebas di habitat asal itu tentulah sesuatu yang sama sekali berbeza. Kumpulan jenahak yang bersinar dengan kulit merah dan kuning adalah antara perarakan yang sering memeriahkan terumbu karang. Ikan bayan (parrotfish) juga antara yang paling menyerlah manakala spesies lain yang banyak ditemui pada kedalaman itu termasuk buntal, kerisi dan ikan kunyit. Namun selam skuba bukanlah sekadar kepuasan melihat kerana banyak perkara yang harus dipelajari penyelam untuk memastikan selaman dilakukan dengan selamat. Selain itu, skuba juga mendedahkan penyelam dengan pelbagai perkara baru. Daripada proses pembelajaran yang berterusan itulah datang keseronokan. Buktinya, penyelam biasanya mengenali lebih banyak hidupan di laut berbanding di darat. Proses menghafal dan merekod dilakukan melalui sesi pengenalan ikan (fish ID) setiap kali selepas menyelam. Kadang-kala pembelajaran itu melibatkan perkara yang cukup mudah namun tidak pernah diambil peduli. Misalnya batu karang yang kelihatan seperti tumbuhan jarang diketahui bahawa ia sebenarnya adalah binatang. Sesetengahnya pula sangat sensitif kepada ancaman. Oleh itu sebagai penyelam yang beretika, tiada sentuhan dibenarkan kerana himpunan karang itulah yang menyediakan lebih daripada separuh sumber makanan laut kepada kita. Namun apa guna membelanjakan RM1,500 untuk sekeping sijil (selam skuba laut terbuka) jika hanya melihat benda yang sama boleh dilihat penyelam snorkel. Tutup hidung dan hembus nafas untuk turun ke paras lebih dalam. Pada kedalaman melebihi 10 meter tekanan mula bermain di telinga dan kadang-kala sangat menyakitkan. Untuk mengintai apa yang ada di dasar, penyelam disyorkan menguasai teknik apungan bagi mengelak diri daripada melanggar batu karang yang hanya tumbuh beberapa sentimeter setahun. Imbuhan yang menanti di dasar adalah spesies-spesies lebih besar seperti ikan merah, gelama, kerapu dan pari. Jika bernasib baik, penyelam mungkin dikejutkan dengan kibaran pari yang biasanya berselindung di celah-celah batu. Di antara spesies pari yang menjadi idaman untuk dilihat penyelam termasuk pari manta dan pari helang (eagleray) yang semakin sukar ditemui di perairan negara ini. Namun bukan semua yang cantik itu selamat untuk dihampiri. Di laut, penyelam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari ikan jebung (titan triggerfish) yang boleh menyerang dengan patukan bertubi-tubi. Dikatakan patukan empat batang gigi yang bercerakah keluar dari mulutnya cukup untuk memecahkan cermin topeng selam. Oleh itu, berwaspadalah dengan sekeliling sepanjang masa. Selain titan triggerfish, belut laut (moray eel) juga antara spesies jinak yang mungkin memberi ancaman. Ia jarang menyerang manusia tetapi berlaku beberapa kemalangan di mana tangan penyelam tembus akibat digigit. Itulah sebahagian daripada cabaran dan risiko yang menanti penyelam. Jika selaman dilakukan dengan mematuhi peraturan, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Untuk penguasaan teknik yang lebih baik, penyelam mungkin mahu menaikkan taraf sijil ke peringkat lanjutan yang membolehkan mereka melakukan selaman sehingga 30 meter, selaman waktu malam dan selaman navigasi. Apa perlunya? Ia bukan sahaja meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab malah menjanjikan pengalaman yang lebih mencabar. Melakukan selaman malam misalnya memperlihatkan kegelapan laut yang kelam tanpa cahaya. Kehidupannya lebih 'perlahan' dengan ikan-ikan yang lebih jinak. Ia juga menjadi waktu terbaik untuk mengintai spesies-spesies yang tidak kelihatan pada waktu siang seperti sotong, ketam dan udang. Dengan menggunakan lampu suluh, penyelam bergerak mengikut arahan ketua selaman. Selain atmosfera yang gelap, penyelam juga diperkenalkan dengan isyarat tangan yang berbeza berbanding isyarat yang digunakan pada siang hari. Apa lagi? Dengan kebenaran untuk turun sehingga 30 meter, penyelam juga berpeluang melakukan eksplorasi ke lokasi kapal karam. Di kawasan itu, rupa bentuk spesies yang ditemui mungkin lebih mengejutkan. Stonefish, lionfish, frogfish dan robust pipefish adalah sebahagian daripada spesies yang banyak menghuni kerangka-kerangka kapal di perairan negara ini. Selain itu, ikan cencaru dan bawal telinga gajah (batfish) juga mudah ditemui di perairan negara ini. Namun pertemuan dengan semua spesies itu bukanlah sesuatu yang boleh dicapai pada satu selaman. Ia juga bukanlah 'pertemuan kemuncak' bagi penyelam. Pertemuan yang lebih bermakna adalah ikan yu paus yang membesar sehingga berpuluh meter panjang dan sekumpulan yu kepala tukul yang hanya boleh ditemui di lokasi selam eksotik seperti di Pulau Sipadan dan Terumbu Layang-Layang di Sabah. Dua lokasi tersebut pula biasanya melibatkan selaman dalam sehingga melebihi paras 30 meter. 'Perhiasannya' pula adalah kawanan ikan seperti demuduk (trevally), gerepoh (GT), aji-aji (amberjack) dan alu-alu (barracuda) yang berenang secara berpusar seperti puting beliung. Selepas 'bosan' dengan spesies -spesies besar dan mencuba pelbagai kategori selaman, penyelam mungkin mahu beralih kepada selaman makro untuk mengintai spesies-spesies halus. Di negara ini, Pulau Mabul, Sabah memberi peluang kepada penyelam untuk melihat pelbagai spesies halus seperti kuda laut Denise yang mempunyai saiz hanya beberapa milimeter, ulat laut (nudybranch) dan pelbagai lagi. Namun seperti juga kategori selaman lain, cabaran selaman makro terletak pada kesukaran mengesan spesies-spesies halus yang cukup pakar dalam teknik penyamaran. Selamat menyelam. | ||
| Fiesta Belia raikan belia harapan Posted: 22 Jul 2011 05:52 PM PDT
BELIA merupakan penggerak perubahan dan mencorakkan hala tuju perjalanan negara pada masa akan datang. Sehubungan itu, belia pada hari ini perlu diperkukuh dengan kemantapan budaya dan ketinggian nilai-nilai kehidupan agar generasi pada masa hadapan mampu untuk menghadapi cabaran sezaman. Melihatkan kepentingan golongan tersebut terhadap negara, Fiesta Belia 1Malaysia bakal meraikan mereka dengan pelbagai acara menarik bermula hari ini (Sabtu) hingga esok. Fiesta selama dua hari itu bakal memberikan keutamaan dan dorongan semangat kepada mereka untuk memajukan Malaysia setanding dengan negara lain. Buat mereka yang berminat untuk menyertai acara-acara yang diadakan sepanjang tempoh tersebut bolehlah mengunjungi Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), di Ibu Pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Serdang, Selangor. Fiesta Belia 1Malaysia anjuran Worldwide Far East Bhd. (WFEB) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia adalah bagi meraikan golongan belia di negara ini. Selain itu, Fiesta itu turut bermatlamat untuk mendedahkan pelbagai aktiviti yang diminati golongan remaja, belia dan masyarakat awam dalam memastikan masa mereka diisi dengan sebaik yang mungkin. Secara tidak langsung, program seperti itu juga merapatkan lagi perpaduan di antara kaum, melahirkan remaja yang sihat dan menerapkan budaya bersukan dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi. Malah program tersebut turut membantu usahawan mempromosikan barangan, menaikkan serta memartabatkan golongan belia. Dalam pada itu, fiesta tersebut akan bermula tepat pukul 7.30 pagi dengan tiga acara iaitu tarian santai, pertandingan memancing dan walk hunt. Pada pukul 9 pagi hingga 1 petang pula akan diadakan acara street soccer, uji bakat Worldwide Star dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Pada pukul 2.30 hingga 4 petang, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal merasmikan Perhimpunan dan Gagasan Pemimpin Belia 1Malaysia. Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi memeriahkan majlis. Manakala acara pertandingan audio lighting, tarian shuffle, menghias kek cawan dan pertandingan gusti lengan pula akan mengambil tempat kemudian. Pada keesokkan harinya (24 Julai), kesemua belia dijemput untuk menyertai acara larian amal yang bakal bermula pada pukul 8 pagi. Pada pukul 9 pagi hingga 4.30 petang pula, acara pameran kereta mini, super bike dan RC drift akan menjadi tumpuan utama bersama dengan persembahan silap mata oleh badut yang pastinya menghiburkan setiap pengunjung. Fiesta tersebut akan diakhiri dengan acara mini konsert Fiesta Belia yang bakal bermula pada pukul 9 hingga 11 malam. Maklumat lanjut mengenai Fiesta Belia 1Malaysia boleh diperoleh melalui laman www.event@worldwidefareast.com atau hubungi talian 03-84330204. | ||
| Posted: 22 Jul 2011 05:51 PM PDT ![]() JEE bersama artis lain turut menari tarian selamat datang bersama Orang Asli sewaktu tiba di Belum Rainforest Resort Pulau Banding. SETELAH sekian lama tidak bertemu penyanyi Fauziah Latiff, 41, baru-baru ini S3 berpeluang berjumpa dengannya ketika menyertai rombongan Artis Pencinta Alam (APA) di Pulau Banding, Gerik, Perak. Fauziah atau Jee yang memandu sendiri ke sana dengan ditemani pembantu peribadi, masih ramah seperti dahulu dan semasa tiga hari di sana, pelbagai cerita menarik dikongsi bersama. Walaupun Jee disenarai sebagai artis kelas A, namun dia tidak pernah meletakkan dirinya sebegitu. Sebaliknya, populariti yang diraih sejak tahun 1980-an tidak pernah disalah guna. Baginya, artis baru atau lama, semuanya sama dan disebabkan itulah Jee ramah dengan semua artis sepanjang program tersebut berlangsung. Bercerita mengenai hutan, Jee berkata, dia sudah biasa masuk hutan kerana itu adalah sebahagian daripada aktivitinya, malah sebelum ini dia pernah pergi ke perkampungan Orang Asli. Kata Jee, menyusuri hutan memberi ketenangan kerana banyak flora dan fauna yang boleh dikenali dan kehijauan sekitar menyejukkan pemandangannya. "Kalau tak biasa masuk hutan, memanglah rasa letih tapi kalau dah selalu rasa seronok pula. Setakat pacat atau nyamuk itu biasalah. Kalau tak nak di'serang' oleh binatang itu, kita buatlah persiapan awal dengan menggunakan penghindar serangga. "Kita nak masuk hutan kenalah buat cara masuk hutan. Tidak perlulah nak melaram sakan. Apa yang penting, pakaian kita sesuai dengan aktiviti agar tidak membebankan diri. Lagi satu kita kenalah jaga adab masuk hutan dan dengar kata ketua," jelasnya. Menurut Jee, selain menghayati keindahan alam semesta, dia juga gemar merakam khazanah alam menerusi lensa kameranya untuk ditatapi ketika waktu senggang. Katanya, baik hutan atau lautan, masing-masing ada keistimewaan tersendiri yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. " Setiap kali melihat kebesaran-Nya, diri terasa insaf," akuinya terus terang. Jelasnya, bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar, Jee sering juga membawa anak-anak, Jeffry Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11, mengikuti kegiatannya. Menurutnya, orang ramai perlu ada rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar kerana khazanah alam merupakan harta tidak ternilai yang bakal diwarisi oleh generasi akan datang. "Sayang kalau kita tidak menjaga alam sekitar kerana inilah yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita. Begitu juga dengan khazanah laut, seperti batu karang, kalau tidak dipelihara susah untuk kita jumpa lagi," katanya yang merupakan duta Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral). Sedia buat kebajikan Ketika berada di perkampungan Orang Asli, Sungai Tiang, Pulau Banding, Jee tanpa rasa kekok, leka melayan kanak-kanak yang sedang belajar di i-Play Toy Library yang diperkenalkan oleh Yayasan Emkay untuk anak-anak Orang Asli menimba ilmu. Jee yang pernah mengikut rombongan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestine tahun lalu berkata, kanak-kanak biar apa bangsa atau keturunan adalah zuriat yang perlu diberi perhatian. "Tiap kali melihat kanak-kanak, hati mudah tersentuh mungkin kerana Jee ini seorang ibu. Cuba bayangkan kalau anak-anak kita pula yang berada di tempat mereka. "Waktu Jee pergi ke Gaza, perasaan sedih tidak dapat dibendung kerana kanak-kanak di sana terpaksa hidup dalam serba kekurangan. Jadi pada yang ada anak, janganlah dipersiakan masa depan mereka," katanya. Justeru itulah, kata Jee jika ada mana-mana persatuan yang mengundangnya untuk turut serta dalam aktivti kebajikan, dia tidak menolak. "Dalam hidupnya, kita perlu bertolak ansur dan berfikiran positif. Jangan bangga diri dengan apa yang ada kerana semua itu hanya pinjaman dan tak rugi kalau kita berkawan dengan ramai orang," katanya jujur. Soal jodoh Bila ditanya tentang pasangan hidup, Jee yang sudah lama hidup menyendiri itu berkata, dia malas untuk memikirkan soal itu dan lebih senang menyerahkannya kepada takdir. Katanya, walaupun tanpa suami disisi, hidupnya tetap ceria kerana sentiasa diselubungi dengan gelak tawa dua orang puteranya. "Keutamaan sekarang adalah anak-anak kerana mereka adalah permata hati Jee. Malah Jee gembira dan bersyukur dengan apa yang Jee ada sekarang ini. "Selain anak-anak yang semakin membesar, hidup Jee juga dikelilingi ramai rakan-rakan yang sehaluan, terutamanya mereka yang bergiat dalam aktiviti motosikal berkuasa tinggi dan menyelam," katanya. Lalu apabila S3 mengusik Jee, tiadakah mana-mana ahli persatuan tersebut yang cuba rapat dengannya? Dengan selamba, Jee menjawab, " Kita dalam kumpulan begitu macam adik-beradik. Tak ada nak bercinta-cinta kerana hubungan sebagai kawan lebih seronok." Bagaimanapun, Jee tidak menolak jika takdir menemukannya jodoh dengan mana-mana ahli persatuan tersebut. Jee yang mendapat pujian kerana lakonannya dalam drama bersiri Gelora Di Hati Sara berkata, buat masa ini dia berhenti berlakon. "Ke mana sahaja Jee pergi mesti ada yang bertanya tidak berlakon lagi ke? Terima kasihlah kerana menyokong Jee tapi buat masa ini tidaklah. "Kalau menyanyi, masih lagi. Kalau orang undang, Jee pergilah. Kalau tidak, Jee sibuk dengan aktiviti beginilah," terangnya. Mengenangkan Jee yang suka dengan aktiviti lasak, S3 pun bertanya, tidakkah dia ingin menyertai program Amazing Race seperti yang dilakukan oleh Ida Nerina dulu. Kata duta produk kecantikan SK-II itu, dia memang ada impian untuk menyertai program itu bagi menguji ketahanan diri tapi apabila memikirkan ada aktiviti yang memerlukan para peserta menjamah 'makanan' luas biasa, terus niatnya terbantut. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Terkejut dan teruja, itu perasan yang dialami oleh pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza menjelang majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung September ini.














0 ulasan:
Catat Ulasan