Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Almy Nadia Bertongkat, Patah Jari Kaki
- Dapat hidayah selepas umrah
- Tikam, kelar mentua
- Anugerah hargai Salih, 4 isteri
- Kisah Cinta Nasha Aziz Ibarat 'Lampu Merah'
- Suami isteri hancur
- 'Pemuzik Bebas Tak Boleh Ikut 'Kepala' Sendiri' - Pesawat
- Zul Yahya Belajar Ilmu Silap Mata
- Jemaah solat dalam gelap
- Belum pasti No 1
- Rabbani Tolak Tuduhan Tidak Setaraf Dengan Artis Baru
- Robiah banyak cipta sejarah
- Luna Maya Mahu Berbuka Puasa Dengan Ariel
- Lefthanded Buat Kemunculan Semula
- Bukan sekadar stesen bas
- 40 selebriti memperagakan Blue Kebaya
- Memang saya tertekan...Saida
- Nasha Aziz mengakui sukar jaga kanak-kanak
- Sibuk elak Dafi merayau-rayau
- Selera Indochina di Palm Garden
- Sanggup berhabis untuk coklat
- Umpama pengembaraan rohani bagi pengunjung
- MSU cipta rekod tendangan seni tanpa henti
- Menghitung hari menjelang Oktober
- Terus setia bersama MTV Asia
| Almy Nadia Bertongkat, Patah Jari Kaki Posted: 21 Jul 2011 07:39 PM PDT Almy NadiaKUALA LUMPUR: Pelakon Almy Nadia Aminuddin Shah, 25, mengalami kecederaan apabila jari manis kaki kanannya patah akibat tersadung pada pintu di rumah keluarganya di Pulau Pinang, Sabtu lalu. Menurut Almy, dia sama sekali tidak menyangka bahawa kecederaan jari kakinya yang disangka terseliuh pada awalnya itu adalah kecederaan yang serius. "Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Kaki saya hanya tersadung pada pintu dan saya sangka ia hanya terseliuh. "Saya hanya pergi ke klinik dan malas hendak ke hospital untuk membuat pemeriksaan x-ray walaupun telah disuruh oleh orang tua saya. "Malah, selepas kejadian itu, saya masih boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti keluar makan dengan keluarga, memandu kereta dan beli barang," katanya kepada mStar Online. Tambah Almy, kedegilannya yang enggan membuat pemeriksaan x-ray itu telah mengakibatkan kecederaan kakinya bertambah serius dan membengkak sehingga menyukarkan pergerakan. "Bayangkanlah, selepas insiden itu, saya boleh pulang ke Kuala Lumpur dan sambung berlakon seperti biasa walaupun kaki saya terasa sakit. "Pada Selasa lalu, kecederaan bertambah serius apabila kaki yang bengkak itu terlanggar pula kerusi sehingga memaksa saya melakukan pemeriksaan x-ray di hospital yang kebetulan berdekatan dengan lokasi penggambaran drama. "Selepas pemeriksaan, doktor sahkan jari kaki saya memang patah. Kecederaan itu sudah melarat ke seluruh bahagian kaki sehingga mengakibatkan jangkitan pula," katanya. Bagaimanapun, demi komitmen drama bersiri Maahad Al-Amin arahan Raja Ahmad Alauddin yang sedang berlangsung kini, Almy enggan bercuti panjang dan sanggup berulang-alik ke lokasi penggambaran dengan bertongkat. "Sakitnya memang Tuhan saja yang tahu tetapi saya tidak mahu bercuti panjang kerana ia akan menjejaskan jadual penggambaran drama itu. "Esok atau lusa saya akan kembali ke lokasi penggambaran semula walaupun kaki berbalut dengan simen dan berjalan dengan menggunakan tongkat," katanya. Dalam pada itu, aktres drama Jangan Bunuh Matahariku ini sempat diusik tentang status sebenar hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz yang dikhabarkan sudah berakhir. Jawab Almy: "Saya tidak mahu komen apa-apa kerana tidak mahu membesar-besarkan hal itu. Hakikatnya, hanya kami saja tahu cerita sebenar. "Memang hubungan kami renggang sekarang dan jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Namun, kami masih berhubung dan tidak sampai ke tahap putus." Mendengarkan reaksi tersebut, Almy terus diasak adakah dia cuba menyembunyikan cerita sebenar tentang status hubungan mereka? Beritahunya, selepas pelbagai kontroversi tentang hubungan mereka diperkatakan kebelakangan ini, dia sudah malas untuk memberikan sebarang komen atau terlibat dengan kemelut tersebut. "Saya malas hendak fikir sebab itu saya tak kuasa hendak beri apa-apa komen ketika pihak media mencari saya berkenaan cerita Fizz bermain kayu tiga dan sebagainya. "Saya tidak mahu dianggap artis yang bodoh kerana sibuk bercerita dan terbabit dalam kancah kontroversi yang tidak memberikan manfaat. "Tidak semua cerita kita boleh kongsi kepada umum, biarlah saya saja yang tahu," katanya mengakhiri perbualan. | ||
| Posted: 21 Jul 2011 07:36 PM PDT ANGGUN...bergaya dengan gaun rekaan Ezuwan. RESAM manusia, setiap tindakan atau perkara baik sering disalah erti masyarakat walaupun pada dasarnya niat melakukan perubahan ke arah kebaikan. Barang kali itulah yang dilalui pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim, 29, selepas tampil dengan imej bertudung. Irma berimej sedemikian selepas pulang menunaikan umrah sejak 28 Februari lalu. Irma berharap perubahannya itu tidak disalah erti segelintir masyarakat.
Kesannya, timbul pelbagai kata-kata sinis mengenai imej dibawa. Ada yang menganggap tindakannya itu disebabkan putus cinta dan ada pula beranggapan dirinya menagih simpati serta mencari publisiti.Biar apapun tanggapan masyarakat, Irma tabah mengharungi dugaan dan tetap dengan pendiriannya. | ||
| Posted: 21 Jul 2011 07:35 PM PDT LAHAD DATU: Berang kerana isteri yang 'bersembunyi' dua hari di rumah bapanya tidak mahu pulang, seorang lelaki mengelar pinggang dan menikam dada bapa mentuanya sehingga mati selepas mangsa menghalang suspek bertemu isterinya. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Cenderawasih di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin. Sebelum kejadian, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah Sius Gradius, 39, bagi menjemput isterinya yang sudah dua hari meninggalkan rumah selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.
| ||
| Anugerah hargai Salih, 4 isteri Posted: 21 Jul 2011 07:33 PM PDT SALIH...bersyukur dan berterima kasih KOTA BHARU: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh Kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam. Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam. Wan Ubaidah berkata, anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.
"Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kita belum kenal pasti lagi jenis anugerah akan diberikan. | ||
| Kisah Cinta Nasha Aziz Ibarat 'Lampu Merah' Posted: 21 Jul 2011 07:33 PM PDT Nasha Aziz.PETALING JAYA: Pelakon Nasha Aziz menjelaskan perjalanan cintanya terlalu banyak rintangan berbanding pasangan lain kerana ia sering tidak menjadi. Kata Nasha, kalau disebut soal cinta dalam dirinya, ia umpama lebih banyak "lampu merah" berbanding "lampu hijau". "Sebagai orang yang bercinta atau berada dalam sesebuah hubungan itu, kita tentu mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk menuju ke peringkat seterusnya. Tetapi sayang, perjalanan cinta saya terlalu banyak rintangan iaitu lampu merah lebih banyak berbanding lampu hijau," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Drama Supermak, di sini, Rabu lalu. Ditanya tentang hubungan cintanya dengan Nur Iman Tang s yang dikatakan telah berakhir, Nasha enggan mengulas panjang dan menganggap perkara tersebut hanya khabar angin. "Sebagai seornag Islam, hubungan saya dengan dia tidak pernah putus," jelasnya yang enggan mengesahkan khabar angin tersebut. Sementara itu Nasha Aziz menjelaskan 2011 merupakan tahun bertuah baginya kerana mendapat tawaran berlakon dengan skrip yang berkualiti dan karakter yang bagus. Dia yang bakal muncul dalam drama bersiri Supermakbermula 25 Julai ini mengakui memilih skrip yang mempunyai sesuatu karakter yang berlainan daripada kebiasaan. "Alhamdulillah tahun ini saya banyak mendapat tawaran yang mempunyai skrip dan karakter yang bagus-bagus dan kuat. "Saya akui memang sekarang saya memilih dalam pelbagai segi terhadap sesuatu tawaran seperti skrip, kreativiti dan karakter sesuatu watak. "Saya berada dalam industri ini bukan kerana ingin menjadi kaya tetapi kerana kepuasan dalam bidang ini dan sebab itu juga saya tidak malu untuk pergi uji bakat drama Supermak kerana ia berbeza daripada watak biasa," ujarnya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengarah drama tersebut Prem Anand Pillai dan barisan pelakon seperti Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako dan Syawal. Sementara itu, Nasha berkata drama Supermak ini menuntutnya melakonkan watak aksi luar biasa yang belum pernah dilakonkan sebelum ini. "Saya sudah biasa memegang watak-watak tentang kisah hidup sebenar yang dilalui oleh orang biasa, jadi saya ingin cuba menjadi luar biasa iaitu watak Superhero. "Bagaimanapun tahap yang paling mencabar ialah berlakon bersama kanak-kanak kecil yang menjadi anak saya, kita terpaksa mengikut "mood" dia untuk berlakon," jelasnya. Selain itu, ditanya tentang persiapan bulan Ramadan yang bakal menjelma, kata Nasha, dia agak sedih kerana terpaksa melakukan penggambaran drama tersebut sepanjang bulan berkenaan. "Sudah lima tahun saya tidak mengambil sebarang tawaran ketika bulan Ramadan bagi menumpukan kepada amal ibadah tapi tidak untuk tahun ini kerana terpaksa menghabiskan penggambaran untuk drama ini," jelasnya. | ||
| Posted: 21 Jul 2011 07:31 PM PDT NGERI...mayat dua warga Indonesia yang digilis pelbagai kenderaan, pagi semalam. KUALA KUBU BAHRU: Menyayat hati apabila tubuh sepasang suami isteri hancur selepas digilis pelbagai kenderaan sebaik motosikal ditunggangi mereka terbabas ke tengah jalan sebelum terjatuh di atas jalan di Kilometer 425 Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur di sini, pagi semalam. Kejadian tragis kira-kira jam 5.50 pagi itu menyebabkan arah lebuh raya dari kedua-dua arah sesak manakala cebisan daging daripada tubuh kedua-dua mangsa bertaburan di atas jalan. Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Hadi, 32, dan Diana, 30, kedua-duanya warga Indonesia, meninggal dunia di tempat kejadian selepas digilis pelbagai kenderaan dan diseret sejauh 10 meter berdasarkan kesan darah di tempat kejadian. Selepas terjatuh dari motosikal, kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat bangun untuk menyelamatkan diri menyebabkan mereka dirempuh kenderaan lain.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke arah ibu kota. Keadaan yang ketika itu masih gelap menyebabkan pemandu kenderaan tidak menyangka objek tengah jalan yang dilanggar mereka adalah tubuh manusia. | ||
| 'Pemuzik Bebas Tak Boleh Ikut 'Kepala' Sendiri' - Pesawat Posted: 21 Jul 2011 07:30 PM PDT Kumpulan Pesawat mengakui kepentingan media dan publisiti yang memberikan impak positif pada perkembangan karier mereka.PETALING JAYA: Kumpulan Pesawat menasihati penyanyi dan pemuzik bebas yang terbawa-bawa ideologi tidak mementingkan publisiti agar bersikap lebih realistik. Kata pemain dramnya, Kudux, fahaman begitu adalah kurang bersesuaian dengan senario muzik tempatan yang kecil dan terhad ini. "Memang tidak dinafikan sebagai pejuang muzik bebas, masing-masing ada ideologi sendiri yang tidak begitu mempedulikan aspek publisiti dan pihak media. "Bagaimanapun, mereka perlu sedar industri muzik kita adalah kecil dan terhad, tidak seperti di luar. "Kalau di luar, pemuzik bebas boleh ikut "kepala" masing-masing tetapi tetap boleh jual album dan dikenali ramai namun keadaan itu berbeza di Malaysia," katanya yang ditemui di Menara Star, di sini, baru-baru ini. Vokalisnya, Jipie yang turut mempunyai fahaman sedemikian sebelum ini berkata, pemuzik bebas yang mahu serius dalam arus perdana perlu lebih fleksibel dan terbuka demi kebaikan mereka untuk tempoh jangka panjang. "Kami juga pernah berfikir kenapa perlukan publisiti dan media sedangkan selama ini kami bergerak bebas dan berdikari untuk memperjuangkan muzik. "Selepas menyedari impak positif pada penjenamaan Pesawat yang makin meluas hari ini, memang kami tidak dinafikan kepentingan publisiti dan media. "Cuma, biarlah kami dikenali ramai kerana perjuangan muzik yang diketengahkan dan bukannya atas kontroversi yang bukan-bukan," katanya. Pesawat dianggotai oleh (dari kiri) Nizam, Danial, Jipie, Kudux dan Mann mahu terbang tinggi dalam industri muzik.Menyentuh tentang perkembangan terbaru, kumpulan yang baru saja melancarkan album sulung berjudul Take Off ini berkata, mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk muncul di arus perdana kerana belum bersedia untuk mengharungi industri muzik sebelum ini. "Kalau diikutkan sejak 2007 lagi, lagu Mirage sudah popular di kalangan peminat dan carta-carta radio. "Kami juga pernah mendapat kepercayaan saluran Channel V untuk melancarkan klip video lagu itu di atas kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). "Hanya selepas 2008, baru kami bersedia untuk serius dalam bidang ini dan mula menghasilkan lagu-lagu untuk album ini," katanya yang membelanjakan kos penerbitan sebanyak RM30 ribu untuk album berkenaan. Kumpulan Pesawat yang ditubuhkan pada 2005 itu dianggotai oleh Jipie, 30 (vokal), Kudux, 36 (dram), Nizam, 30 (gitar), Mann, 30 (bass) dan Danial, 30 (synthesizer). Album yang memuatkan 14 lagu termasuk 1 trek tersembunyi itu akan diedar dan dijual di seluruh kedai serbaneka 7-Eleven di sekitar tanah air. Sebagai rangka promosi, Pesawat akan mengadakan persembahan di CT Cafe City Plaza, Johor Bahru pada 23 Julai dan Yes Flagship Store, Lot 10 (30 Julai). | ||
| Zul Yahya Belajar Ilmu Silap Mata Posted: 21 Jul 2011 07:29 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon Zul Yahya mengakui teruja apabila ditawarkan watak antagonis bernama Bashar dalam drama Supermak yang bakal bersiaran pada Ahad ini. Dia yang sering membawa watak aksi dan komedi itu memberitahu sanggup membeli peralatan-peralatan tertentu dan belajar ilmu silap mata bagi menghidupkan karakter tersebut. "Saya teruja sangat apabila membaca skrip Supermak ini, memang saya idamkan untuk memegang watak jahat kerana sebelum ini hanya diberikan watak budak baik, naif dan watak komedi sahaja. "Bagi watak Bashar ini, saya sendiri yang buat kajian terutamanya belajar bermain silap mata daripada buku dan orang-orang yang pandai tentang ilmu itu serta mencari sendiri peralatan-peralatan yang sesuai dengan karakter saya," jelasnya ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Supermak, di sini, Rabu lalu. Tambah Zul, dia tidak meniru mana-mana karakter televisyen sebelum ini bagi memainkan watak tersebut. "Saya buat karakter saya sendiri dan tidak mahu meniru mana-mana watak dalam filem atau drama televisyen yang ada sebelum ini. "Saya yakin peminat saya terutamanya kanak-kanak akan menyukai watak ini," tuturnya. Dalam drama adiwira tersebut Zul memegang watak Bashar iaitu musuh tradisi keturunan suku kaum Amy (Nasha Aziz) dan menganggu ketenteraman awam termasuk keluarga Amy. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zul memberitahu dia baru sahaja menimang cahaya mata ketiga sebulan lalu. Dia juga sibuk membantu perniagaan baru yang diuruskan isterinya. | ||
| Posted: 21 Jul 2011 07:27 PM PDT GELAP...jemaah surau menunaikan solat Isyak dengan lampu gasolin. KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 umat Islam terpaksa menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam keadaan gelap selepas bekalan elektrik yang disalurkan ke Surau Al Mu'min Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini diputuskan tanpa notis petang semalam. Difahamkan, kebiasaannya lebih daripada 50 jemaah akan menunaikan solat di surau berkenaan malah setiap hari Khamis pada waktu malam, bacaan Yasin akan diadakan tetapi semuanya tergendala akibat ketiadaan bekalan elektrik.
"Berdasarkan notis berkenaan, kami diberi tempoh sehingga 31 Julai depan untuk melunaskan tunggakan berjumlah RM1,299.73 itu tetapi mereka sudah memutuskan bekalannya lebih awal sehingga mengganggu ibadah kira-kira 800 umat Islam di kawasan ini," katanya kepada Harian Metro, semalam.
Menurutnya, kawasan perumahan yang mempunyai 116 unit rumah teres dua tingkat itu hampir 100 peratus dihuni masyarakat beragama Islam.
| ||
| Posted: 21 Jul 2011 07:13 PM PDT David de Gea ALEX Ferguson melontarkan amaran terhadap bintang muda yang baru dibelinya, David de Gea bahawa dia belum terjamin sebagai penjaga gol pilihan utama di Manchester United. Pemain Sepanyol itu menyertai United dari Atletico Madrid selepas beraksi buat Sepanyol pada Kejohanan B-21 Eropah dan dijangka mengisi kekoso�ngan ditinggalkan oleh Edwin van der Sar yang bersara hujung musim lalu. Namun dengan kehadiran Anders Lindegaard Januari lalu dan pemain muda,
| ||
| Rabbani Tolak Tuduhan Tidak Setaraf Dengan Artis Baru Posted: 21 Jul 2011 07:12 PM PDT Rabbani menganjurkan Konsert Ana For Gaza diadakan secara percuma di Stadium Kajang pada 30 Julai ini, pukul 8.30 malam. PETALING JAYA: Kumpulan Rabbani menolak tuduhan kononnya dikatakan tidak setaraf untuk bersama artis-artis baru yang menyebabkan mereka dilihat kurang muncul di persembahan-persembahan tertentu. Menurut Azadan Abd Aziz, salah seorang anggota Rabbani, pemilihan artis untuk mengadakan persembahan atau bergabung dalam sesebuah acara itu dilakukan oleh pihak penaja konsert. "Kami memilih kelompok artis yang sama seperti artis nasyid untuk melakukan persembahan secara bersama kerana lebih mudah untuk menjayakan sesuatu konsert itu. "Lagipun, kebiasaannya dalam perbincangan pemilihan artis, kami akan utamakan permintaan pihak penaja dan mengikut cadangan mereka," katanya semasa sidang media Konsert Ana For Gaza dan berbuka puasa bersama Rabbani di Hotel Singgahsana, di sini. Jelas Azadan lagi, mereka terbuka untuk menerima sesiapa sahaja tidak mengira artis lama atau artis baru asalkan mampu menarik ramai penonton ke sesebuah konsert. Seperti sebelum ini, Rabbani sekali lagi bergandingan dengan barisan artis yang sama iaitu penyanyi Aishah, kumpulan Saujana, kumpulan Nowseeheart, penceramah Datuk Siti Norbahyah Mahmud dan Datuk Dr Ibrahim Ghaffar. "Kalau boleh kami mahu menghimpunkan ramai artis dan mengajak kelompok artis pop, rock dan nasyid. "Tetapi untuk konsert kali ini kita gabungkan artis nasyid untuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa Gaza," ujar Azadan lagi. Konsert anjuran Rabbani Productions Sdn Bhd dan Ana Edar Sdn Bhd itu diadakan secara percuma di Stadium Kajang pada 30 Julai ini, pukul 8.30 malam. Sempena dengan pengumuman Rabbani sebagai Duta produk Ana Edar Sdn Bhd, turut diadakan majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu susu kambing segera Power Goat.Biarpun diadakan secara percuma, sepanjang persembahan ini berlangsung, tabung-tabung bagi mengutip dana bantuan ke Gaza akan diedarkan di kalangan penonton yang hadir pada malam itu. "Saya yakin dengan adanya persembahan percuma, penyertaan konsert ini akan lebih mendapat sambutan daripada penonton kerana dalam satu konsert amal yang diadakan sebelum ini pernah dihadiri lebih 15,000 penonton dan mengumpul RM40,000," tuturnya. Selain nyanyian, konsert yang berlangsung selama dua jam itu akan mempersembahkan sketsa, deklamasi puisi dan sajak serta penceritaan pengalaman dan perasaan para sukarelawan misi bantuan keamanan ke Gaza yang diserang rejim Zionis baru-baru ini. Turut diadakan adalah Karnival Ana For Gaza pada 29, 30 dan 31 Julai mulai pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah malam di tempat yang sama. Pelbagai acara yang diadakan oleh penganjur seperti gerai jualan, forum perdana, pertandingan nasyid piala Rabbani, pertandingan mewarna, pertandingan azan, pidato, paint ball, spell it right dan pertandingan menembak. Sempena dengan pengumuman Rabbani sebagai Duta produk Ana Edar Sdn Bhd, turut diadakan majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu susu kambing segera Power Goat. Dalam pada itu, Rabbani turut mengajak orang ramai untuk berbuka puasa di Dewan Putri, Hotel Singgahsana sepanjang bulan Ramadan ini. Selain Rabbani, artis jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Raihan, Inteam, Saujana dan Nowseeheart. Harga seorang adalah RM65 untuk dewasa, 30 peratus diskaun untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dan warga emas. Bagi setiap lima orang pengunjung bakal mendapat satu baucar berbuka puasa percuma. Diskaun 50 peratus turut diberikan kepada pengunjung yang hadir pada 1,2 dan 3 Ramadan. Untuk tempahan, hubungi 03-79562100. | ||
| Posted: 21 Jul 2011 07:02 PM PDT IKHLAS...sebagai ketua, Robiah bukan saja tegas malah berhemah melayan kakitangan bawahannya. DIA duduk di hadapan penulis dengan senyuman terukir di bibir. Walaupun sudah berumur 57 tahun, penampilannya langsung tidak menggambarkan usia. Masih bertenaga, kelihatan muda dan ceria. Malah, sesiapa juga yang pernah bertemu dengannya pasti mengakui wanita ini mudah didekati serta lembut tutur katanya sehingga membuatkan penulis terasa begitu 'dekat' dengannya.
| ||
| Luna Maya Mahu Berbuka Puasa Dengan Ariel Posted: 21 Jul 2011 07:01 PM PDT Luna Maya.JAKARTA: Pelakon dan pengacara Luna Maya berharap dapat berjumpa dan berbuka puasa bersama kekasihnya bekas vokalis Peterpan, Ariel yang kini masih menjalani hukuman penjara. Tambah Luna, dia masih tidak tahu sama ada berkesempatan untuk berbuka atau tidak memandangkan waktu lawatan yang berbeza pada Ramadan ini. "Saya tidak tahu dapat berbuka puasa atau tidak pada Ramadan ini bersamanya kerana dia sudah ditukarkan ke penjara lain dan waktu lawatannya juga berbeza pada bulan Ramadan. "Tapi saya berharap dan berdoa agar berpeluang untuk berbuka dengannya Ramadan ini," tuturnya seperti dipetik Kapanlagi.com. Bercerita tentang sambutan hari raya Aidilfitri juga, Luna masih belum mempunyai sebarang rancangan untuk meraikannya bersama Ariel. "Saya tidak tahu lagi dan belum merancang tentang berkumpul pada Aidilfitri, tapi memang harapannya untuk bersama dia. Namun kini dia sedang menjalani hukuman," ujarnya. | ||
| Lefthanded Buat Kemunculan Semula Posted: 21 Jul 2011 06:59 PM PDT ![]() SHAH ALAM: Selepas 15 tahun berdiam diri, kumpulan Lefthanded kembali menggegarkan persada seni muzik tempatan semula bermula tahun ini. Menurut vokalisnya, Nash atau Nashrudin Elias, sebagai langkah permulaan, Lefthanded yang terdiri daripada empat orang termasuklah Man Kidal (Abdul Rahman Mahmood), Man Dayak (Rahman Othman) dan Yan (Amran Marsiman) bakal mengadakan konsert pada bulan Disember depan. "Sudah tiba masanya untuk Lefthanded muncul kembali dan rasanya peminat-peminat sedang menunggu persembahan konsert ini. "Bagaimanapun ia bukan mudah untuk dilaksanakan kerana sudah lama kami senyap, tetapi bersyukur kerana barisan pemuzik kami terdiri daripada golongan profesional dan ia sedikit sebanyak memudahkan perancangan konsert kami," katanya. ![]() Dalam pada itu, beberapa buah kumpulan seperti May dan XPDC akan menjadi penyanyi undangan pada konsert itu nanti. Tambah Nash, walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali,mereka tidak merasakan ia satu kerugian kerana menganggap kemunculan itu sebagai takdir yang telah ditentukan Ilahi. "Menyertai industri muzik tempatan memerlukan semangat yang kuat tambah pula graf kedudukan seseorang penyanyi itu ada kalanya naik dan turun. "Oleh itu, sepanjang 15 tahun ini, kami sibuk dengan keluarga dan pada masa yang sama mengukuhkan ekonomi masing-masing. Dan seperti biasa, masalah untuk mendapatkan penaja juga merupakan salah satu punca. Justeru itu, kali ini kami tampil dengan semangat dan keyakinan yang baru," ujarnya. Untuk persiapan awal konsert itu, kumpulan itu akan merakamkan sebanyak dua buah lagu baru menjelang bulan puasa nanti sebagai buah tangan baru kepada para peminat. Sementara itu, Lefthanded juga bakal muncul bersama-sama kumpulan XPDC dan May menerusi program "3 Gegaran" bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 4 September depan, pukul 5 petang. | ||
| Posted: 21 Jul 2011 06:36 PM PDT SEJARAH...warga kota menunaikan solat Jumaat buat pertama kali di Surau Jumaat Al-Hidayah di Hentian Puduraya pada 8 Julai lalu. KUALA LUMPUR: Selepas dibuka pada 1976, surau di Hentian Puduraya di sini yang sekian lama berkhidmat sebagai tempat umat Islam beribadat terutama penumpang bas, kini berubah wajah. Dengan perubahan drastik hampir '360 darjah', surau terbabit kini diiktiraf sebagai surau ke-71 yang dibenar melakukan ibadat solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Pengurus Besar Kanan Perancangan Korporat dan Strategik, Uda Holdings Berhad, Mohd Kamaruddin Abdul Manan berkata, pengiktirafan itu signifikan kepada pihaknya dan pengurusan Hentian Puduraya dalam usaha menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada umat Islam yang menggunakan kemudahan terminal berkenaan.
Pekerja syarikat bas, Zainol Zain Yusof, 47, berkata, dia amat gembira dengan penaiktarafan surau itu kerana kini dia tidak perlu lagi tergesa-gesa ke Masjid Jamek yang hampir satu kilometer dari hentian bas berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat.
| ||
| 40 selebriti memperagakan Blue Kebaya Posted: 21 Jul 2011 06:34 PM PDT
| ||
| Posted: 21 Jul 2011 06:32 PM PDT
| ||
| Nasha Aziz mengakui sukar jaga kanak-kanak Posted: 21 Jul 2011 06:31 PM PDT
| ||
| Posted: 21 Jul 2011 06:27 PM PDT
| ||
| Selera Indochina di Palm Garden Posted: 21 Jul 2011 06:27 PM PDT
MENJENGAH kali pertama ke kafe moden yang terletak di aras bawah, Hotel Palm Garden, Putrajaya, boleh membuatkan sesiapa pun dilanda cinta pandang pertama. Suasananya yang santai dengan sentuhan eksklusif membuatkan pengunjung berasa tenang dan selesa. Biarpun ia menjadi tumpuan ramai, Palm Cafe tidak kelihatan kerana konsep tata hias yang lapang dan ruangnya sederhana luas . Cita rasa sajiannya pula tersendiri, enak, mewah dan kreatif. Ia boleh dilihat pada setiap hidangan koktail melatari bahagian hadapan kaunter kafe ini. Terkini kafe tersebut sedang menawarkan sajian cita rasa Indochina yang sememangnya menjadi kegemaran warga kota sepanjang musi. Penuh dengan rempah-ratus serta ramuannya yang tersendiri, promosi masakan Indochina menemui pengunjung untuk makan malam secara bufet. Sempena promosi tersebut, pelbagai menu yang menarik meliputi masakan tradisional dari Laos, Kemboja, China dan Vietnam. Apa yang pasti, masakan Thailand adalah pedas dan banyak menggunakan serai serta limau. Penggunaan perasa tambahan lain seperti sos ikan, gula merah, kelapa, cili itu sememangnya memberi rasa yang berbeza dengan masakan biasa di rumah. Bermula daripada salad hingga ke sup, makanan panas dan menu pencuci mulut, pasti ada saja yang ingin dirasa. Menggunakan bahan-bahan berkualiti, kebanyakan menu itu adalah mengikut kegemaran warga kota masa kini. Ini termasuklah menu Som Tam (salad betik hijau), Yam Nuen (salad daging pedas), Tom Yam Goong (tom yam makanan laut) dan banyak lagi. Selain itu anda juga boleh merasai resipi lain seperti sup isi ketam dan asparagus ala- Soup Vietnam dan sup nanas Vietnam seta Pho Bo atau mi daging Vietnam yang menjadi kegemaran warga kota. Pho Bo ialah daging segar yang dibakar dan dicampur dengan pelbagai bahan bagi menambahkan keenakan rasanya. Dagingnya yang lembut membuka selera terutama kepada penggemar masakan daging. Tidak lengkap rasanya, jika tidak dihidangkan dengan pelbagai aneka minuman sedap dan pencuci mulut. Antaranya Suong Sa Hat Luu, Banh Khoai Mi (kek ubi ala Vietnam) dan Banh Chuoi Wuong (kek pisang kelapa)) dan sebagainya. Anda boleh menikmati hidangan tersebut dengan harga RM 58++ seorang dan promosi dijangka berakhir pada 31 Julai ini. | ||
| Posted: 21 Jul 2011 06:26 PM PDT
INDUSTRI coklat buatan tangan semakin bersemarak dengan kemunculan ramai usahawan kecil yang kebanyakannya adalah golongan suri rumah. Senario ini berlaku kerana aktiviti ini mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan buat pengusahanya. Salah seorang pengusaha coklat yang ditemui baru-baru ini tidak menyangkal dakwaan tersebut. Malah disebabkan permintaan terlalu banyak, dia sanggup menghadapi risiko dengan berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian perniagaan coklatnya yang diusahakan secara dalam talian. Siti Zahrah Mat Zain, 36, pada mulanya hanya menjalankan perniagaan secara sampingan sejak dua tahun lalu. Perniagaan coklat yang diusahakan bukan sekadar coklat yang dibungkus biasa seperti yang berada di pasaran hari ini. Sebaliknya coklat yang dihasilkan Siti Zahrah mempunyai pelbagai reka bentuk menarik, pelbagai perisa serta dalam adunan warna-warna yang cantik. Disebabkan itulah coklat buatan Siti Zahrah kerap ditempah tidak kira untuk majlis keraian, hari jadi, hantaran kahwin mahupun majlis-majlis rasmi. Apa yang menarik, Siti Zahrah atau lebih mesra dengan sapaan Arah tidak mempunyai sebarang pengetahuan d dalam bidang pembuatan coklat. Oleh kerana minat yang terlalu mendalam serta mempunyai semangat untuk sama-sama memeriahkan lagi dunia perniagaan, akhirnya dengan menghadiri beberapa kursus anjuran Lembaga Koko Negara serta rujukan sendiri, dia berjaya memasarkan produk coklatnya di bawah Arahchocolate & Bakery melalui blognya www.arahchocolate.blogspot.com "Pembuatan coklat bukanlah satu perkara yang sukar tambahan apabila sudah mempunyai asasnya. "Daripada situ saya semakin berminat untuk mencuba menghasilkan pelbagai reka bentuk dan mula belajar cara mengadunkan warna bagi menjadikan ia lebih menarik. "Dan tanpa disangka, apa yang dipasarkan melalui blog mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Alhamdulillah, hari ini coklat yang dihasilkan semakin mendapat tempat di kalangan peminat-peminat coklat,'' ujarnya. Hari ini, jika berpeluang melayari blog Siti Zaharah, anda dapat melihat sendiri pelbagai reka bentuk coklat buatan tangan di mana hasilnya memang cukup menarik dan terdapat juga reka bentuk yang begitu mengagumkan. Antara reka bentuk coklat yang ditampilkan ialah kotak atau bekas dengan pelbagai bentuk yang dilengkapi penutup, masjid, kumbang (lady bird), strawberi, bentuk hati dan bunga. Tambah menarik, coklat-coklat tersebut dihasilkan dengan pelbagai warna-warna yang menarik dalam usaha 'menghidupkan' coklat yang dihasilkan. Hari ini, coklat yang dihasilkan Siti Zaharah bukan sahaja bertambah dari hari ke sehari tetapi ia meliputi tempahan dari seluruh negara. Menyedari akan sambutan yang di luar jangkaan, dia mengembangkan lagi pembuatan coklatnya dengan mencipta kelainan seperti menghasilkan coklat-coklat yang berinti biskut atau kekacang. Dalam masa yang sama, Siti Zaharah turut mempelbagaikan reka bentuk coklat yang dihasilkan agar ia kelihatan unik. Untuk itu, dia sanggup berhabis duit untuk mendapatkan acuan dari luar negara agar pelanggannya tidak jemu. Siti Zaharah yang juga berkemahiran membuat kek cawan memberitahu, coklat yang dihasilkannya dijual serendah harga RM1 dan ada yang mencapai beratus ringgit bergantung pada reka bentuk dan saiznya. Selain menerima tempahan untuk pelbagai majlis dan perayaan, Arah turut membuka kelas belajar membuat coklat kepada sesiapa yang berminat. Bagi mereka yang berminat sama ada untuk menempah coklat ataupun menghadiri kelas membuat coklat, anda boleh layari blognya atau hubunginya di talian 013-3692824. | ||
| Umpama pengembaraan rohani bagi pengunjung Posted: 21 Jul 2011 06:23 PM PDT
"RAMAI pengunjung yang tidak semena-mena terduduk dan mengalir air mata saat mereka menghabiskan masa mengunjungi ke pameran ini. "Mungkin selama ini kita hanya membaca sahaja akan perjalanan hidup Rasulullah tetapi kali ini mereka mula mengerti perjalanan itu apabila berpeluang berada dekat dengan segala bahan sejarah yang pernah dimiliki dan mendapat sentuhan daripada Rasulullah sendiri," kata Pegawai Galeri Taman Kesenian Islam, Yayasan Restu Malaysia, Shah Alam Selangor, Zarina Mahusin. Tidak dinafikan apabila air mata mula tergenang, sebaik sahaja memasuki ruang pameran yang dimulakan dengan latar suasana di dalam gua di Pameran Pedang Rasulullah SAW & Sahabat r.a dan Replika Kediaman Rasulullah SAW, di Taman Kesenian Islam ini. Ia seolah-olah gambaran malaikat Jibrail yang sedang mengajar baginda di Gua Hira' untuk membaca ayat pertama yang diturunkan iaitu surah al-Alaq. Ini diikuti segala macam informasi mengenai sejarah al-Quran, usaha penyebaran dan dakwah dari zaman Rasulullah sehingga ke hari ini dan diikuti bacaan-bacaan al-Quran, semua ini ada memberikan impak yang besar di hati! Pengerusi Yayasan Restu Malaysia, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata, pameran yang julung-julung kali diadakan ini adalah usaha berterusan yayasan yang bukan sahaja bagi memartabatkan al-Quran tetapi membawakan realiti sebenar sejarah kepada umat Islam. "Al-Quran tetap selama-lamanya adalah satu realiti dan kebenaran sebagai Kalam Allah tetapi kali ini dengan adanya pelbagai realiti yang lainnya, akan membuatkan kita tersentak sedar dan akhirnya kita akan kembali semula kepada al-Quran," katanya. Idea mengadakan pameran ini yang menelan kos yang sangat tinggi ketika Abdul Latif mengadakan perbincangan dengan perwakilan dari kerajaan Brunei Darussalam. "Mereka datang ke sini untuk mendapatkan khidmat yayasan bagi menulis semula al-Quran untuk Mushaf Brunei. "Mereka mahukan orang Melayu Islam untuk menghasilkan mushaf ini dan dalam pada itu mereka juga sedang merancang untuk mengadakan pameran khazanah Islam seperti ini di Brunei. "Ini memberi saya idea walaupun saya terpaksa bertindak selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menanggung kos bagi menjayakan pameran ini," katanya. Konsep atau tema pameran ini benar-benar mengajak para pengunjung agar kembali kepada sejarah perjalanan hidup baginda Nabi Muhammad dengan melihat sendiri pelbagai khazanah yang dipakai, diguna dan dimiliki oleh Rasulullah. Dimulakan dengan segmen yang berlatarkan gua dengan persembahan menggunakan sistem tiga dimensi termasuk kemunculan ayat-ayat al-Quran di dinding gua. Sangat sederhana Diikuti galeri koleksi senjata pedang dan busur panah milik Rasulullah dan para sahabat, koleksi senjata di Alam Melayu Nusantara, koleksi pelbagai jenis al-Quran lama, yang asli dan disalin semula sambil diiringi dengan bantuan audio dan penerangan oleh pegawai galeri. Semua ini merupakan satu pengembaraan bersifat rohani. Ditambah peluang menjejak kaki di replika rumah atau kediaman Rasulullah dengan kedudukan ruang tamu, ruang solat, kamar puteri baginda, Fatimah Az Zahra dan kamar Rasulullah sendiri. Semuanya mengembalikan kesedaran kita kepada perjuangan dan pengorbanan Rasulullah terhadap kita selama ini "Baginda mempamerkan kehidupan yang sangat sederhana walaupun baginda adalah pemimpin yang sangat agung dan mampu mengecap pelbagai nikmat hidup, tetapi yang dipilih oleh baginda hanyalah sebuah kehidupan yang tiada bezanya seperti orang kebiasaan yang lain," kata Abdul Latiff. Maka menjadi satu permulaan yang sangat baik untuk kita mengunjungi Taman Kesenian Islam yang terletak bersebelahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor ini sebagai satu cara kita menyambut kehadiran bulan mubarak, bulan Ramadan tidak lama lagi. Pasti akan tersemat satu semangat dan keazaman yang sangat tinggi bagi menjadikan Ramadan kali ini bulan ibadat yang paling baik dan berkualiti setelah kita berpeluang 'mendekati' sendiri Rasulullah itu di pameran ini! | ||
| MSU cipta rekod tendangan seni tanpa henti Posted: 21 Jul 2011 06:19 PM PDT ![]() Pelajar-pelajar Universiti Sains dan Pengurusan bersorak gembira selepas berjaya memecah rekod dalam Malaysia Book Of Records bagi acara Tendangan Seni Mempertahankan Diri Tanpa Henti Selama 24 Jam di Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 21 Julai - Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) sekali lagi menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBR) apabila mencipta rekod baru untuk program Tendangan Seni Mempertahankan Diri Tanpa Henti Selama 24 Jam. Program bermula pukul 10 pagi semalam disertai kira-kira 520 pelajar dari pelbagai jurusan yang menyertai Kelab Gayung Patani, Seni Silat Gayung Malaysia, Silat Cekak Hanafi dan Taekwondo berjaya merekodkan 611,888 tendangan. Jumlah terbaru itu mengatasi rekod yang dipegang oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang sebelum ini mencatat rekod tendangan sebanyak 109,945 kali. Pengarah program, Abdul Qayyum Mahamod berkata, kesemua peserta mengambil masa kira-kira seminggu untuk menjalani latihan kecergasan di pusat gimnasium MSU sebelum program bermula. Beliau berkata, sepanjang sesi latihan dan program diadakan, Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah ditugaskan untuk memantau kesihatan semua peserta. "Pada program ini, peserta perlu membuat tendangan tanpa henti secara bergilir-gilir selama 24 jam bagi mencapai sasaran sebanyak 350,000 tendangan dan memecahkan rekod sebelum ini iaitu 109,945. "Sebagai simbolik, setiap tendangan itu merupakan luahan rasa kebencian pelajar terhadap elemen negatif yang sinonim dikaitkan dengan remaja seperti pengagihan dadah, pembuangan bayi, merokok, buli dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Wakil MBR, Myra Dzaman telah menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Naib Presiden Komunikasi Korporat MSU, Rosli Yusof. Abdul Qayyum turut memberitahu, program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Pahlawan pada Julai lalu. "Selain acara itu, kami turut mengadakan aktiviti sampingan bersama pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Bomba dan Penyelamat serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," ujarnya. | ||
| Menghitung hari menjelang Oktober Posted: 21 Jul 2011 06:19 PM PDT
MENGENALI Yasmin Hani atau lebih mesra disapa Hani ini, dia lebih selesa untuk bercerita tentang dunia seninya berbanding mencanangkan kisah peribadi. Yang pasti, Hani mempunyai pendiriannya sendiri apabila membicarakan soal peribadi. Tidak mahu orang akan mencebik dan mengata, kata Hani. Seperti mana lazimnya, kalau bertemu dengan Hani, dia memang tidak kenal erti duduk diam. Ada sahaja cerita yang mahu dikongsi dengan pihak media. Seperti lazimnya, apabila berpeluang duduk bersembang dengan Hani, pelbagai pertanyaan akan dilontarkan kepada wanita kacukan Melayu-Inggeris ini. Ada cerita yang diberi lampu hijau oleh Hani untuk ditulis manakala selebihnya, adalah untuk pendengaran telinga sendiri sahaja atau dalam istilah etika kewartawanan, off the record. Dan, mengenali Hani, dia memang cukup terbuka dalam memberikan jawapannya dan ini termasuklah perkhabaran tentang perkahwinannya bersama buah hati tersayang, Sha'arin Mohammed Razali, 41. Barangkali hubungan cintanya dengan jejaka kacak berusia 41 tahun itu bukan lagi satu rahsia bagi sesetengah pihak. Dalam erti kata lain, ia adalah rahsia terbuka (open secret). Selepas lebih setahun menyulam cinta bersama Sha'arin, Hani secara terus-terang memberitahu dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama buah hatinya itu sekitar pertengahan bulan Oktober ini. "Tetapi, saya mahu meminta maaf kepada semua pihak bahawa majlis perkahwinan saya akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja. "Saya hanya akan menjemput mereka yang rapat dengan saya sahaja bagi meraikan hari bersejarah itu. Majlis saya itu cukup ringkas apabila kami hanya akan bernikah dan bersanding sahaja. Malah, tiada juga majlis pertunangan," katanya tanpa selindung. Hani ditemui usai majlis pelancaran drama bersiri, Wasiat di Cathay Cineleisure, The Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menyambung bicara, Hani menjelaskan memang dia mahu mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang kecil namun meriah dengan kehadiran mereka yang memainkan peranan penting dalam kehidupannya. "Saya tidak perlu mengikut trend seperti orang lain. Masing-masing ada hak dan cita rasa untuk mengadakan majlis yang mereka idamkan. Begitu juga dengan diri saya. "Buat apa kalau mengadakan majlis besar-besaran tetapi hanya akan mengundang kata-kata yang kurang manis serta dilabelkan sebagai mahu menunjuk-nunjuk. "Saya tidak mahu menjadi seperti itu. Adalah lebih afdal apabila menghadiri mana-mana majlis perkahwinan untuk mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin. Itulah yang saya mahukan daripada semua orang untuk mendoakan kesejahteraan hidup saya dan bakal suami," kata pemilik nama penuh Yasmin Hani Richardson Ismail Richardson ini penuh jujur. Dalam usianya yang sudah mencecah 32 tahun itu, kata Hani, dia memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Baginya, untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang baik ia tidak akan datang dengan sendirinya melainkan perlu menempuhi alam perkahwinan itu bagi merasai sendiri pengalaman tersebut. "Bagaimana kita hendak merasai pengalaman itu seandainya kita sendiri tidak melaluinya. Semua ini adalah proses pembelajaran dan kita tidak akan menjadi bagus hanya dalam sehari," ujarnya lagi. Mengimbas kenangan perkenalan mereka, Hani memberitahu dia memang sudah lama mengenali Sha'arin sewaktu jejaka kacak itu masih lagi bekerja di Astro. Namun, pada ketika itu, mereka hanya saling bertegur sapa seperti rakan setugas yang lain sehinggalah bibit cinta mula timbul lebih setahun yang lalu. Selama tempoh mengenali Sha'arin yang juga merupakan abang kepada pengacara dan pelakon Qi Razali itu, Hani menyifatkan buah hatinya itu sebagai seorang yang cukup memahami. Malah kata Hani, ada sikap dan sifat yang dimilikinya tiada dalam diri Sha'arin dan begitulah juga sebaliknya lalu berjaya mencipta keserasian antara mereka dalam melayari dunia percintaan. "Sehinggakan ada ahli keluarganya sendiri tidak tahu bahawa dia memiliki sifat-sifat tersembunyi yang mana hanya saya sahaja yang tahun," kata Hani yang merupakan adik kepada bekas pelakon filem Penyair Malam, Yasmin Suraya ini sambil ketawa. Walaupun sudah berkahwin nanti, Hani memberitahu dia akan meneruskan kariernya dan mendapat sokongan penuh daripada Sha'arin. Rindu jadi pengacara ANAK jati Kuala Lumpur ini mula menempa populariti sebagai artis apabila bakatnya mula meraih perhatian menerusi program hiburan, Muzik @ Ria terbitan Astro, beberapa tahun lalu. Siapa yang dapat lupa tanda pengenalan Hani menerusi program itu, Wacha! sehingga dia sendiri digelar dengan panggilan itu. "Jujurnya, memang saya cukup merindui dunia pengacaraan. Kalau diberi peluang mengacarakan Muzik@Ria lagi sekali pun, saya tidak kisah untuk melakukannya. "Namun, dalam masa yang sama, saya mahu menongkah arus dan mencabar diri saya sendiri untuk menjadi pengacara bagi program lain. "Salah satunya adalah sebuah program bual bicara seperti The Oprah Winfrey Show yang bukan hanya memberi maklumat dan mesej berguna kepada masyarakat tetapi juga beramal menerusi program itu. "Bukan itu sahaja, saya juga mahu menjadi hos untuk sebuah program berbentuk pelancongan dan rekreasi. Tetapi, saya tidak mahu menjadi hos yang sudah kerap ditonton di televisyen. "Saya mahu menjadi hos program yang dapat melakukan pelbagai aktiviti dan sukan ekstrem kerana saya percaya bahawa saya mampu melakukannya," kata Hani yang dilahirkan pada 11 Jun 1979 ini yang pernah mengacarakan program realiti, Keynote, tahun lalu. | ||
| Posted: 21 Jul 2011 05:25 PM PDT
WALAUPUN sudah 13 tahun menjadi hos untuk MTV Asia, nampaknya Greg Uttsada Panichkul atau lebih dikenali sebagai Utt terus selesa dengan saluran hiburan itu. Di kala teman-teman seperjuangannya yang lain sudah meninggalkan saluran yang cukup digemari ramai itu, namun, Utt mempunyai alasan sendiri mengapa dia mahu kekal dengan MTV Asia. Bukan tidak pernah dia mendapat tawaran lumayan daripada stesen lain, tetapi Utt memberitahu MTV Asia memiliki nilai sentimental sendiri untuk ditinggalkan. "Saya cukup sedar rakan-rakan saya yang lain semuanya sudah hidup berkeluarga dan membawa haluan masing-masing. "Saya juga tidak menafikan bahawa saya memang merindui kawan-kawan saya itu. Tetapi saya sudah mencintai bidang ini dan memang sukar untuk saya meninggalkannya. "Selagi saya terdaya melakukannya, saya akan tetap bersama MTV Asia. Bagi saya, saluran ini adalah `universiti' tempat saya menimba pengalaman sebagai seorang pengacara," kata Utt tanpa selindung dalam satu pertemuan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini. Kehadiran Utt untuk sekian kalinya ke negara ini adalah untuk melunaskan tanggungjawabnya pengacara MTV World Stage Live In Malaysia yang akan berlangsung di i-City, Shah Alam, Selangor pada 24 Julai ini. Sekadar menyingkap sejarahnya sebagai hos MTV Asia sejak tahun 1998, Utt boleh dianggap sebagai 'adik bongsu' kepada beberapa pengacara sebelumnya seperti Sarah Sechan, Mike Kasem, Nadya Hutagalung, Jamie Aditya dan Sonia Couling. Namun, selepas mereka meninggalkan saluran itu, hanya Utt sahaja pengacara asal yang terus kekal sehingga ke hari ini bersama beberapa orang pengacara baru lain. "Saya boleh dikatakan agak bertuah kerana saya sudah merasai zaman kegemilangan MTV Asia yang bukan hanya terletak kepada kehebatan pengacaranya sahaja. "Tetapi juga kepada kandungan dan format program sebelum teknologi baru mengambil alih segala-galanya. "Dan, sekarang saya melalui fasa baru dalam dunia pengacaraan dan saya berpeluang menyaksikan transformasi itu dalam dunia pengacaraan kini," kata jejaka kacukan Thailand-Amerika Syarikat ini sambil mengukir senyuman. Walaupun memberitahu dia akan terus kekal bersama MTV Asia selagi termampu, namun, itu bukan bermakna Utt tidak memikirkan masa depannya. Sejak tiga tahun lalu, dia bersama beberapa orang rakan kongsinya telah menubuhkan syarikat pengurusan acara dan pengurusan artis, Seven95ive Artistes yang merupakan sebuah syarikat yang memiliki reputasi cemerlang di Singapura. "Semuanya adalah sebagai persediaan apabila mungkin satu hari nanti khidmat saya sudah tidak diperlukan sebagai pengacara MTV Asia (ketawa)," katanya penuh optimis. Menyentuh sedikit tentang transformasi kandungan MTV Asia ketika ini, ujar Utt, saluran itu tidak lagi menayangkan program berbentuk hiburan semata-mata. Sebaliknya, mereka turut menayangkan program berbentuk khidmat masyarakat dan ia juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial MTV Asia kepada masyarakat. Minat Pop Shuvit MENYENTUH tentang MTV World Stage Live In Malaysia pula, Utt mengakui dia cukup teruja untuk mengacarakan konsert yang ditunggu-tunggu itu. Walaupun pernah menjadi hos untuk acara yang serupa beberapa kali sebelum ini, namun, Utt tetap tidak dapat menyembunyikan perasaan gementarnya. Untuk tahun ini, Utt memberitahu dia akan cuba yang terbaik untuk menyuntik semangat penonton. Dalam masa yang sama, anak kelahiran California, Amerika Syarikat ini juga melahirkan keinginan yang meluap-kuap untuk melihat aksi kumpulan rap dan hip hop tempatan, Pop Shuvit di pentas itu. "Bagi saya, mereka mempunyai tenaga yang sangat luar biasa di atas pentas. Saya pasti mereka akan memberikan persembahan yang hebat pada malam itu nanti. "Bukan sekadar memuji tetapi saya percaya dengan kehebatan bakat-bakat dari rantau ini yang mampu setanding dengan artis antarabangsa," katanya lagi. Selain Pop Shuvit, MTV World Stage Live In Malaysia turut menampilkan dua kumpulan muzik dari Amerika Syarikat, 30 Second To Mars dan Neon Trees selain kumpulan kelahiran Korea Selatan, Beast. Bagi mereka yang mahu berinteraksi dan mengenali Utt dengan lebih lanjut bolehlah melayari akaun Twitter miliknya, @uttsada dan juga di laman sosial Facebook iaitu facebook.com/uttpage. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















"Bohonglah kalau saya kata saya tak rasa tertekan dengan apa yang sedang saya lalui sekarang." Demikian akui Saida yang kini menjadi perhatian pasal masalah rumah tangga yang belum selesai selepas beberapa kali naik turun mahkamah.


Lama menyepi daripada pentas lakonan, bukan bermakna wanita popular dan berbakat besar ini tidak mahu lagi berkecimpung dalam dunia drama mahupun filem. Mengakui masih belum mahu melabuhkan tirai lakonan, dia sebenar terlalu sibuk dengan dunia peragaan.
Sejak berdikari dan bergerak sendiri merintis kerjaya seni, rezeki Gadaffi Ismail Sabri atau 














0 ulasan:
Catat Ulasan