Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- ‘Ambil nyawa kami dulu’
- Intan Sarafina Hamil Anak Ke-2
- Nash Ajak Muhasabah Diri Dengan ‘Anugerah Ramadan’
- Tinggal bayi atas but kereta
- Bakat TV: Pemain Kulintangan Menang RM30,000
- Masih buntu
- Tilu & Monoloque Antara 25 Pemuzik Di Festival Anak Muda
- Rihanna Tak Seberani Lady Gaga
- Avril Lavigne Tak Mahu Dedah Tubuh
- Mengapa hanya saya?
- Mengenali keris dari dekat
- Imej putih dari The Great Gate
- Program perantis automatif janji peluang kerjaya
- Flying Squad Jabatan Hutan
- Pembalakan haram didalangi rangkaian sindiket
- Seludup dadah guna kurier
- Sanggup abai gaji selesa
- Laris di seberang
- Pilih bakat, bukan sahabat
- Hibur peminat setia
- Jawablah!: 'Bila masa saya dera anak?'
- Kurang seram
- Petrofac mahu ambil alih saham RNZ
- Konsep wasatiyyah dalam ekonomi Islam
- Lepasan IDIP tubuh alumni dakwah
| Posted: 19 Jul 2011 07:53 PM PDT MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah. KUALA TERENGGANU: "Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini," kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin. Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.
"Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami," katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.
Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.
Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.
| ||
| Intan Sarafina Hamil Anak Ke-2 Posted: 19 Jul 2011 07:51 PM PDT Intan Sarafina bahagia bersama-sama anak dan suaminya.PETALING JAYA: Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya telah mencecah hampir lima bulan. Disebabkan hamil dan komitmen dengan keluarga membuatkan Intan semakin menyepi dalam industri seni tanah air. "Alhamdulillah, saya mengandung anak kedua yang kini bakal memasuki usia lima bulan. "Saya rasa sudah tiba masanya untuk menambah cahaya mata memandangkan anak pertama saya, Megat Evan Raez sudah berusia setahun lapan bulan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa. Kata pelakon drama "Suara Hati" ini, kemungkinan bayi yang akan lahir itu adalah lelaki. "Alhamdulillah, bayi dalam kandungan ini berada dalam kandungan sihat dan saya tidak mengalami alahan. "Saya hanya menjalani aktiviti harian seperti biasa cuma kurang masa untuk aktif kembali dalam karier seni," jelasnya. Tambahnya lagi: "Selain sibuk menguruskan rumah tangga, saya juga sibuk membantu suami menguruskan perniagaannya secara kecil-kecilan." Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli hampir tiga tahun lalu. | ||
| Nash Ajak Muhasabah Diri Dengan ‘Anugerah Ramadan’ Posted: 19 Jul 2011 07:49 PM PDT Nash meraikan perkahwinan anaknya, Fareena Nasha dengan pasangan pada Sabtu lalu di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Turut serta adalah bekas isterinya, Hayati.PETALING JAYA: Penyanyi Nash (Lefthanded) atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 51, mengajak peminat bermuhasabah diri apabila dia menampilkan "single" terbarunya berjudul Anugerah Ramadan yang bakal muncul sebelum bulan Ramadan ini. Lagu yang diterbitkan oleh Hijjaz Records itu dicipta sepenuhnya oleh Isman dari kumpulan Hijjaz. "Selepas lebih lima tahun tidak menghasilkan lagu baru, kali ini saya bakal muncul dengan lagu "Anugerah Ramadan" yang lebih menjurus kepada muhasabah diri dan mengingatkan kita kepada Allah. "Biasanya jarang penyanyi tempatan yang tampil dengan lagu khusus untuk bulan Ramadan kerana pada saya bulan itu paling menginsafkan diri berbanding bulan Syawal," katanya kepada mStar Online. Tambahnya: "Jadi, saya mengambil inisiatif ini atas pelawaan daripada kumpulan Hijjaz. Dalam bulan Ramadan ini, kita digalakkan bermaaf-maafan dan bertaubat serta menjaga amalan yang baik." ![]() Pada 15 Julai lalu, Nash baru sahaja menerima menantu apabila anak sulungnya, Fareena Nasha, 23, dinikahkan dengan A Rahman Fauzi, 26, di Masjid Negeri Shah Alam. Nash yang menikahkan sendiri pasangan tersebut akui terharu memandangkan dia berjaya membesarkan anaknya dan menunaikan tanggungjawab sebagai bapa tunggal selepas berpisah dengan isteri pertamanya. "Saya rasa terharu kerana anak saya sudah besar dan syukur alhamdulillah kerana segala-galanya berjalan dengan lancar. "Saya rasa seperti sudah lepas tanggungjawab apabila dia sudah berkahwin dan mendoakan mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat," katanya yang melangsungkan majlis resepsi perkahwinan anaknya itu di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu lalu. Bagaimanapun, Nash memohon maaf kepada rakan-rakannya yang tidak dijemput kerana tidak mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka. "Saya seronok dapat bertemu dengan kawan-kawan lama dan ramai juga yang datang pada hari itu tetapi saya mohon maaf kerana ada juga yang terlepas pandang dan mungkin tidak dijemput disebabkan saya tidak mempunyai nombor telefon dan alamat mereka. "Pada mulanya saya bercadang untuk menjemput rakan-rakan dan saudara-mara terdekat sahaja tetapi tidak sangka pula 5,000 orang yang datang pada hari itu," ujarnya dalam majlis yang turut dihadiri oleh bekas isterinya, Hayati Mohamad Yusof, 46. Menyelit sedikit tentang kehidupan peribadi Nash, dia yang pernah gagal dua kali dalam perkahwinan tidak menolak jodoh sekiranya diizinkan Allah. "Saya bersyukur dengan kehidupan ini yang harus diteruskan walau apa pun yang berlaku dan saya tetap akan berusaha untuk mencari rezeki demi membesarkan dua lagi anak yang masih tinggal bersama-sama saya," katanya. | ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:47 PM PDT SELAMAT...Inspektor Haslinda Ahmad memangku bayi dibuang ibu sambil diperhatikan Muhammad. KOTA TINGGI: Panik apabila terpaksa melahirkan anak luar nikahnya sebelum sempat sampai di hospital, seorang wanita sekadar melahirkan bayi itu di ladang kelapa sawit Felda Air Tawar 3 di sini, sebelum meninggalkan bayi itu di atas but kereta penduduk kampung. Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi pada 14 Julai lalu dan terdahulu, wanita berusia 20 tahun itu dalam perjalanan dari Pengerang ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk melahirkan anak ditemani teman lelakinya berusia 25 tahun.
"Akibat panik selepas melahirkan anak luar nikah, pasangan itu berpatah semula ke Pengerang dan meninggalkan bayi masih bertali pusat itu atas kereta penduduk Felda Sungai Mas, kira-kira 30 kilometer dari Felda Air Tawar 3.
Menurutnya, penemuan itu menggemparkan penduduk tanah rancangan berkenaan dan sehari selepas kejadian, wanita terbabit tampil menjenguk bayinya itu di hospital.
"Wanita berasal dari Felda Tunggal serta teman lelakinya berasal dari Kampung Teluk Empang di sini, kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut.
| ||
| Bakat TV: Pemain Kulintangan Menang RM30,000 Posted: 19 Jul 2011 07:45 PM PDT Razali berjaya membawa pulang wang tunai keseluruhan sebanyak RM30,000 setelah menjuarai Bakat TV dan memenangi kategori Bakat TV Paling Popular di Angkasapuri, Kuala Lumpur, Selasa.KUALA LUMPUR: Pemain kulintangan berasal dari Sabah, Razali Abd Rahman, 26, menjuarai program Bakat TV peringkat akhir menerusi bakat solo muzik yang disiarkan secara langsung di TV1 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, malam Selasa. Hadiah juara meliputi wang tunai RM20,000 beserta trofi, barangan Figos dan sijil. Selain itu, Razali turut memenangi kategori Bakat Paling Popular dan menerima wang tunai RM10,000 sekaligus membawa pulang wang keseluruhan RM30,000. Sementara tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Putera (vokal) yang membawa pulang wang tunai RM15,000 beserta trofi, barangan Figos dan sijil manakala tempat ketiga diraih oleh Warisan Seni Negeri Sembilan (kumpulan tari) yang mendapat wang tunai RM10,000 bersama trofi, barangan Figos dan sijil. Saguhati pula menerima wang tunai RM5,000 bersama trofi, barangan Figos dan sijil yang diberikan kepada Mustar-E (vokal), No Noise (kumpulan muzik), Stop Reverse Crew (kumpulan muzik), Christopher Aban (solo muzik) dan Fariz Hilmi (silap mata). Kelincahan Razali bermain kulintangan begitu memukau penonton.Bagi Razali, kemenangan ini bukan yang pertama kali baginya kerana sebelum ini dia pernah menjuarai Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Road To Hollywood di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2010 dan minggu lalu di Festival Muzik Rainforest di Sarawak. "Pada mulanya saya tidak menyangka bakal memenangi program ini. Yang penting saya dapat menyampaikan hasrat saya untuk membawa alat muzik tradisi ini dikenali di seluruh Malaysia. "Dengan hadiah kemenangan ini, saya berhasrat untuk menghasilkan set kulintangan yang baru untuk digunakan oleh anak-anak Sabah yang mahu belajar cara bermain alat muzik ini," katanya dalam satu sidang media. Selain itu, dia yang baru menamatkan pengajiannya dalam kursus Diploma Seni Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) ini turut merancang untuk menyambung pengajiannya dengan menggunakan wang kemenangan itu. "Kulintangan dibuat daripada dua jenis iaitu besi atau tembaga. Apa yang saya dapati, harga set kulintangan yang berkualiti mencecah RM5,000. Kumpulan Putera juga menunjukkan persembahan yang mantap dan mendapat pujian juri."Saya juga mahu menggunakan wang kemenangan ini untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Selain itu, saya bercadang untuk membuat album pelbagai konsep muzik tradisional," ujarnya lagi yang bermain alat muzik ini sejak berusia 10 tahun. Menurutnya, alat muzik yang digunakan untuk memasuki program itu dibuat sendiri olehnya pada tahun 1998. Katanya lagi, dia ingin memperjuangkan muzik kulintangan ini memandangkan ia kurang dikenali di negara ini jika dibandingkan dengan muzik lain seperti gambus dan akordion yang sudah dikenali ramai. Kumpulan Warisan Seni Negeri Sembilan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan itu."Jika ada peluang, saya sudah lama bercita-cita untuk mengiringi persembahan Datuk Siti Nurhaliza menyanyikan lagu berentak Irama Malaysia dengan menggunakan alat muzik kulintangan," katanya yang biasa bermain kulintangan mengikut muzik lagu Nirmala dan Kurik Kundi nyanyian penyanyi tersohor negara itu. Bakat Razali diwarisi oleh keluarganya yang juga mempunyai kepakaran bermain alat muzik tetapi menurutnya, muzik kulintangan itu dipelajari sendiri sejak kecil atas minatnya terhadap muzik tersebut. Kulintangan merupakan alat muzik tradisional yang paling popular di Sabah terutama di kalangan kaum Bajau dan Kadazan-Dusun. Alat muzik tersebut terdiri daripada lapan hingga sembilan atau lebih gong kecil dalam satu set. | ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:42 PM PDT KERJA KERAS...anggota tentera dan bomba yang terbabit dalam operasi buru buaya. SARATOK: Kelibat seekor buaya didakwa sebesar Perodua Myvi dikatakan antara 60 reptilia ganas di Sungai Sebelak di sini, yang menjadi buruan pihak berkuasa dalam operasi besar-besaran memasuki hari kedua, semalam. Penduduk dikatakan terserempak dengan buaya itu yang muncul di permukaan air selepas membaham seorang penduduk berusia 40-an di Kampung Emplam, dua bulan lalu.
Operasi yang bermula kira-kira jam 1.30 tengah hari, tertumpu di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat persembunyian reptilia terbabit namun gagal memberi sebarang petunjuk.
"Kami terkejut apabila melihat buaya dianggarkan sebesar Perodua Myvi timbul di permukaan air secara tiba-tiba sebelum berenang semula perlahan-lahan ke dasar sungai.
"Kami percaya buaya itu membaham beberapa penduduk dan dua bulan lalu ia muncul sambil menunjukkan mangsa yang dibaham sebelum menghilangkan diri dalam air," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. | ||
| Tilu & Monoloque Antara 25 Pemuzik Di Festival Anak Muda Posted: 19 Jul 2011 07:41 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Dua puluh lima pemuzik bakal menghiburkan pengunjung di Festival Anak Muda 2011: Rock The Youth : Meraya & Memperkasa. Festival ini bakal dianjurkan di Kompleks 3K, Jalan SS13/1, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada Sabtu ini. Ia akan bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam. Antara artis yang terlibat adalah Amirah Ali, Couple, Liyana Fizi, Monoloque dan Tilu. Objektif festival ini diadakan adalah menarik anak muda untuk berhibur sambil memupuk kesedaran terhadap isu-isu sosial dan politik melalui program persembahan, bengkel dan forum. Pelbagai program yang telah diatur termasuk konsert muzik, sidang anak muda, pesta NGO, bengkel oleh NGO, bazar anak muda, pasar buku, filem pendek dan pendaftaran pengundi. Rock The Youth merupakan inisiatif Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor atau Gen-S dengan kerjasama Komuniti Frinjan sempena Hari Belia Antarabangsa. Festival ini dianjurkan secara percuma. | ||
| Rihanna Tak Seberani Lady Gaga Posted: 19 Jul 2011 07:38 PM PDT RihannaKEBELAKANGAN ini, imej pakaian Rihanna sering menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi tentang sisi seksi yang ditampilkannya. Bagaimanapun, Rihanna mengakui dia belum mempunyai keberanian seperti penyanyi Born This Way, Lady Gaga. Rihanna mengakui bahawa gemar berpakaian yang boleh menimbulkan kontroversi sama seperti Gaga tetapi tidak bererti dia bersedia mengenakan kostum aneh termasuklah cara pemakaian Gaga yang memakai kostum daging pada majlis MTV VMA 2010. "Apa yang ditampilkan oleh Gaga sangat mengagumkan tetapi saya tidak mampu melakukannya. "Pemakaian saya di pentas sama sahaja seperti pemakaian saya ketika beriadah. Rasanya, saya belum ada keberanian untuk tampil dengan kostum gelembung atau yang diperbuat daripada daging," kata penyanyi California King Bed. | ||
| Avril Lavigne Tak Mahu Dedah Tubuh Posted: 19 Jul 2011 07:37 PM PDT Avril LavigneWALAUPUN sama-sama memulakan karier nyanyian pada usia remaja, namun satu perkara tentang penyanyi Avril Lavigne berbanding Britney Spears dan Christina Aguilera, dia tidak pernah mendedahkan tubuhnya seperti yang dilakukan oleh kedua artis itu. Sepanjang sedekad pembabitannya dalam bidang nyanyian, Avril mengakui dirinya masih setia dengan pakaian ala "skaterboy" walaupun sudah menjadi ibu kepada seorang anak. "Pada awal kerjaya saya, ramai yang menganggap saya akan mengikut jejak langkah Britney dan Aguilera dengan mendedahkan tubuh tanpa seurat benang tetapi mereka silap. "Saya tidak akan melakukan perkara itu dan tidak bersetuju tentang bagaimana cara seorang penyanyi wanita tampil dengan imej seksi apabila berada di kemuncak populariti. Saya ada gaya yang tersendiri," katanya. Bagaimanapun, Avril berkata sejak bergelar ibu, imejnya semakin berubah dengan pemakaian yang lebih feminin. "Saya kini sudah boleh memakai kasut tinggi, seluar denim ketat dan gaun di mana saya tidak memakainya sepuluh tahun dahulu," selorohnya. | ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:35 PM PDT ANJOU...ada rakan artis turut kutuk. DIAM tidak diam, sudah lima tahun Zarina Anjoulie Lavocah atau Anjou bergelar artis. Bagaimanapun, yang sinonim dan diingati mengenai gadis berusia 24 tahun ini ialah kontroversi yang sering dicetuskan dalam dunia seni. Sayang, apabila bakat seni�nya tenggelam dek cerita-cerita negatif yang sering dilemparkan.
Pun begitu, gadis kacukan Melayu, Iran dan Inggeris ini tidak hipokrit apabila bercakap dan tidak mengalah apabila muncul semula berlakon drama Gerak Khas, Roda-Roda KL dan Maisarah. Bakatnya juga diintai pengarah filem apabila berlakon filem Lagenda Budak Setan bersama Farid Kamil, Lisa Surihani dan Fazura. Dia juga berlakon filem Chantek arahan Pierre Andre. Terbaru, Anjou membintangi drama bersiri Kampus berkonsep muzikal seperti Glee arahan Yusmal Ghazali. Bertemunya di lokasi penggambaran Kampus di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) baru--baru ini, dia bersama pelakon lain gigih melakonkan wataknya untuk drama siaran RTM itu. Diajukan soalan panas mengenai popularitinya berdasarkan bakat atau kontroversi, Anjou mempunyai pandangannya sendiri. Satu persatu persoalan berkenaan dihuraikan bagi meminta pengertian ramai. "Nama saya sudah ada dalam industri dan orang kenal saya kalau disebut. Contohnya, dulu orang tahu Anak Pontianak ialah saya. Sekarang keadaan sudah berubah apabila orang sudah mengenali saya dengan nama sendiri. "Mengenai kontroversi yang berlaku, saya hairan kenapa saya sering dijadikan sasaran untuk dikaitkan dengan perkara negatif. "Sedangkan, kalau dilihat banyak lagi artis yang tampil dengan imej seksi, tapi kenapa asyik-asyik saya yang menjadi sasaran kecaman? "Ada lagi sesetengah artis yang teruk pergi kelab malam, tapi kenapa media tak nampak mereka? Saya sebenarnya hairan, tak cukup lagikah lima tahun saya asyik kena hentam? Saya sudah minta maaf terhadap apa yang berlaku. Kalau berdiam diri, dikata bersalah pula," tegasnya. Mungkin, tempias kontroversi dulu terpalit sehingga kini apabila Anjou seakan-akan tidak disukai. Bagaimanapun, dia secara baik meminta pihak media tidak memainkan lagi isu berkenaan. Katanya, cukup-cukuplah berbuat begitu kerana dia kini sudah matang dan sudah banyak berubah dalam hidup. "Saya perhatikan kontroversi yang ditulis ialah kisah lama yang dikorek semula. Saya agak kecewa dengan sesetengah media yang mainkan isu ini kerana menampakkan seolah-olah masyarakat bencikan saya. "Sebenarnya, dari pengalaman saya menyertai promosi Jom Heboh dan banyak lagi program, mereka tetap datang mendekati saya tanpa perasaan jelik. "Sebenarnya banyak peminat saya terdiri dari kalangan orang kampung. Mereka yang mengikuti twitter saya banyak golongan kakak-kakak, yang bertudung dan berkahwin. "Saya tak bermaksud nak kata dunia artis ini teruk. Tapi seperti saya katakan tadi, saya lebih rela jadi diri sendiri dari sesetengah pelakon yang tipu peminat dengan berbuat baik di depan, tapi lain di belakang lain. Saya tak pandai menipu. "Namun memang ada sesetengah artis memang baik dan saya hormati mereka. Apa yang buat saya bengang, ada juga rakan artis yang kutuk saya macam-macam sedangkan perangai mereka pun teruk," katanya berterus-terang. Seiring dengan perkembangan usia, matlamat Anjou dalam lakonan kini hanyalah sebagai hobi sampingan dan bukan lagi keutamaan seperti dulu. Dia menyedari hakikat bahawa kemilau lakonan tidak kekal lama berbanding karier lain yang lebih menjamin masa depan. "Saya berlakon sekarang hanya untuk melepaskan gian. Lakonan untuk mengubat rindu dan taklah terlalu fikirkan sangat tawaran. "Dulu lainlah kerana siapa yang tak suka populariti dan orang kenal kalau ke mana-mana. Sekarang saya sedar pentingnya pelajaran sebagai jaminan masa depan dan buat keputusan belajar undang-undang di sebuah kolej swasta. "Kalau saya tak aktif berlakon pun, tiada ruginya kerana orang sudah kenal saya. Walaupun penuh dengan kontroversi sekurang-kurangnya cara itu buat saya dapat mengenali ramai wakil media. Boleh dikatakan saya sudah kecapi banyak kepuasan peribadi dan tak menyesal dengan keputusan yang dibuat," katanya. Mengenai pembabitan dalam drama Kampus, Anjou menjelaskan dia dihubungi pihak produksi Shooting Star Media Sdn Bhd yang menawarkan tawaran berlakon sebagai Amy. "Awalnya saya nak tolak, tetapi mereka pujuk supaya berlakon kerana nampak kesesuaiannya dengan saya. Saya juga sedia terima tawaran kerana mereka faham situasi saya yang perlu bahagikan masa dengan pelajaran. "Saya bawa buku ke lokasi dan apabila ada kelapangan saya akan menelaah pelajaran. Saya suka dengan toleransi yang ditunjukkan pengarahnya. "Sesetengah produksi tak faham keadaan saya, jadi saya terpaksa tolak tawaran mereka. Begitu juga, saya pun rasa bersalah kalau ambil 'job' berlakon, tetapi tak dapat bagi tumpuan sepenuhnya terhadap watak yang dibawakan. "Dalam Kampus, saya bergandingan dengan pelakon Lisa dan Aishah. Kami kononnya diva kerana ambil jurusan teater di Aswara dan berasakan lagi hebat berbanding jurusan lain. "Ini kali pertama saya bawa watak nakal kerana sebelum ini bawa watak jahat dan pengkid. Watak Amy adalah perencah dalam drama ini dan kalau peminat meluat tandanya saya berjaya melakonkannya. "Menariknya saya juga kena menari dan menyanyi dan ini sesuatu yang sangat mengujakan. Lagu yang dinyanyikan ialah Jelingan Manja dan Aku Benci yang dipopularkan oleh KRU. "Saya sukakan variasi dalam lakonan dan selepas ini teringin melakonkan watak gadis solehah. "Saya berbuat begini kerana nak cabar kemampuan diri sendiri. Watak baik orang ingat senang nak bawa, tetapi susah juga sebenarnya kerana kena bermain dengan emosi," katanya. Anjou mengakui sepanjang pembabitannya, dia jarang rapat dengan sesama artis kecuali yang tertentu. Justeru, dia tidak pernah terjebak dengan cinta lokasi. "Memang ramai juga yang nakal ajak saya bercinta, tapi hati saya sudah ditakluki seorang jejaka kacak. Saya setia pada yang satu dan kami merancang nak kahwin tahun depan," katanya yang sudah lebih setahun mengenali jejaka itu. | ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:33 PM PDT Ab Majid... Golongan muda tidak lagi menghargai barangan antik seperti keris. BERDASARKAN sejarah, keris telah wujud dan digunakan sejak abad ke-9 dan penggunaan keris cukup sinonim dengan masyarakat Melayu dan di seluruh nusantara. Selain digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri pada ketika itu ia juga dianggap oleh sesetengah pihak memiliki kuasa magik dan perlu dihormati. Keris memiliki pelbagai bentuk mengikut kawasan seperti Bali, Sumatera, Madura, Pattani, Bugis dan Jawa selain mempunyai keistimewaan tersendiri dan kebiasaannya ia terletak pada bilah yang berlekuk dan ada di antaranya yang berbilah lurus. Yang Di Pertua Persatuan Senipurba Nusantara Selangor (Purba), Ab Majid Bujang ketika ditemui Mingguan mStar berkata, di Malaysia keistimewaan keris boleh dilihat melalui tiga jenis mata bilahnya iaitu panjang tegak, lok (berlekuk-lekuk) dan hukum (bilah yang lebih panjang). Keris baru yang diberi nafas baru dari segi ukirannya.Sebilah keris terdiri daripada beberapa bahagian, antaranya gagang (pegangan), wilah (mata keris), warangka (sarung keris) sebagai asas pembuatannya. Gagang keris ini mempunyai pelbagai motif yang bentuknya menyerupai patung dewa, patung pedande, patung raksaka, patung penari, pertapa, hutan dan ada yang diukir dengan emas dan batu permata. Warangka keris umumnya diperbuat daripada kayu jati, cendana, timoho, dan kemuning namun jarang sarung keris yang terbuat dari bahan logam dapat ditemui. Dalam pada itu, Ab Majid berkata, berlainan ketika zaman dahulu, peranan keris pada hari ini sudah berubah dan semakin dilupakan oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Menurutnya, keris pada zaman dahulu adalah satu lambang kebesaran dan status kepada pemilik. Antara koleksi pending dalam simpanan Ab Majid.Misalnya, keris tanjung (keris kuasa) hanya digunakan oleh para panglima manakala keris anak alang diberikan kepada ketua kampung atau penghulu. "Itu adalah antara keistimewaan keris kerana setiap satunya mempunyai karakter dan lambang kepada pemilik mengikut jenis-jenisnya. Namun pada hari ini keistimewaan itu semakin dilupakan terutamanya di kalangan golongan muda," ujarnya. Mempunyai pelbagai koleksi keris dan ada di antaranya sudah mencecah usia hampir 200 tahun, Ab Majid memberitahu, kebanyakan keris yang dijual pada hari ini adalah palsu dan tidak dibuat mengikut acuan dan teknik sebenar. Bagaimanapun beliau tidak menafikan kewujudan keris baru pada hari ini masih mengikut teknik pembuatan asal dan hanya mengubah beberapa bahagian bagi memberikan nafas baru kepada pembuatan keris. Menjual keris Tidak mahu membiarkan pelanggan yang berminat dengan keris tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab, Ab Majid mengambil inisiatif untuk menjual sendiri keris asli kepada para pelanggan yang ingin memilikinya. Merantau sehingga ke negara seberang untuk mendapatkan keris yang berkualiti tinggi, Ab Majid memberitahu kerja mencari keris yang berkualiti tinggi memberikannya satu kepuasan demi memartabatkan budaya Melayu itu sendiri. Katanya, dia juga turut menerima tempahan daripada pelanggan yang inginkan keris baru dan akan menghantar sendiri kepada pembuat keris terbaik untuk menghasilkannya. "Ramai yang berminat dengan keris tetapi sering tertipu dengan penjual yang menjual keris yang berkualiti rendah kepada mereka dan saya terpanggil untuk membantu mereka yang ingin memiliki keris berkualiti tinggi," katanya yang memiliki lebih 200 bilah keris dalam simpanannya. Selain menjual keris kepada orang perseorangan, Ab Majid juga turut membuka sebuah gerai khas di pasar lambak Amcorp Mall, Petaling Jaya kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan keris. "Adakalanya mereka datang bukan sahaja untuk membeli keris tetapi bertukar-tukar pandangan mengenai keris dalam simpanan mereka dan ingin mendapatkan tip bagi memastikan keris berada dalam keadaan baik," ujarnya. Purba adakan aktiviti pemahaman mengenai keris Koleksi keris Ab Majid.Bercakap mengenai Purba, Ab Majid memberitahu setiap bulan pihak persatuan akan mengadakan satu sesi pemahaman mengenai apa itu keris dan pengendalian yang betul kepada ahli dan orang luar yang berminat dengan senjata keris. Menurutnya sambutan daripada orang ramai terhadap sesi itu cukup menggalakkan dan menjadi bukti bahawa masih ramai yang berminat dengan keris dan ingin mempelajari mengenainya. "Ramai yang menunjukkan minat terhadap keris tetapi tidak mempunyai pemahaman yang betul mengenainya dan atas dasar itu juga pihak Purba mengadakan sesi ini khusus untuk mereka memahami mengenai etika dan adab mengendalikan keris," ujarnya yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam pengendalian keris. Berusaha untuk mengembalikan semula rasa bangga dan keterlibatan terhadap seni masyarakat berbilang kaum pada masa akan datang, Ab Majid berkata, Purba berharap kegemilangan zaman lampau dapat dijadikan sebagai perangsang bagi menuju masa depan. Gagang keris yang pelbagai bentuk. "Kita berhasrat untuk melihat setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebilah keris di dalam rumah mereka yang bukan sahaja sebagai senjata tetapi lambang ingatan kepada barangan antik yang semakin dilupakan oleh kebanyakan kita," ujarnya. Selain itu katanya, Purba ditubuhkan sebagai wadah untuk penggemar-penggemar barangan antik berkumpul di bawah satu payung dan dapat bertukar-tukar pandangan, barangan dan sebagainya. Katanya lagi, dengan adanya persatuan seperti ini kegiatan menyelamatkan warisan negara dapat dilakukan bersama sekaligus generasi baru dapat menghayati kegemilangan masa lampau. Bercerita lanjut mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Purba, Ab Majid memberitahu pihaknya telah dijemput oleh Universiti Malaya untuk mengadakan pameran keris di Muzium Asia universiti itu dalam masa terdekat. Menurutnya, pameran sedemikian dapat memberi input kepada penuntut mengenai keistimewaan keris dan fakta yang tidak diketahui oleh mereka selama ini. "Pameran sebegini memberi ruang kepada golongan muda untuk mengenali sejarah keris dan sebelum ini juga kita sering melakukan pameran di Muzium Negara bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan pelancong asing. "Melalui pameran sebegini dapat mengingatkan mereka mengenai sejarah dan sekali gus memupuk minat mereka terhadap barang antik seperti keris," katanya. Memasang hasrat untuk melihat setiap rumah di negara ini menyimpan sekurang-kurangnya sebilah keris, Ab Majid berkata, selain sebagai tujuan menjaga keselamatan, ia juga sebagai usaha memastikan generasi akan datang dapat mengenali senjata itu yang cukup penting dalam sejarah negara ini. | ||
| Imej putih dari The Great Gate Posted: 19 Jul 2011 07:32 PM PDT Taj Mahal tanda cinta agung Maharaja Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal.MUNGKIN menghabiskan masa dengan tidur kerana keletihan menyebabkan perjalanan kereta api dari New Delhi ke Agra dirasakan begitu singkat. Walaupun tidak sebesar Stesen Keretapi New Delhi namun Stesen Agra Cant sesak dan terdapat penumpang bergelimpangan menunggu ketibaan keretapi api berikutnya. Berehat selama tiga jam di Hotel Jaypee Palace dan diikuti dengan menikmati makan tengah hari, rombongan diteruskan untuk melihat salah satu keajaiban dunia. Pintu utama Taj Mahal.Bayangan penulis mengenai tarikan Agra kembali menerawang di benak fikiran tentang kisah cinta agung seorang maharaja kepada isterinya. Ia bagaimanapun terganggu apabila riuhnya sekumpulan anak muda di luar bas rombongan yang berhenti di hadapan kaunter tiket ke Taj Mahal. Mereka sebenarnya merupakan rakyat tempatan yang mencari rezeki dengan menjual pelbagai cenderamata dan kraf tangan kepada para pelancong. Menunggu bas pelancong dan mengikut pelawat asing dengan pelbagai cara dan pujukan untuk meraih perhatian sudah menjadi kelaziman bagi golongan itu. Salah satu menara di sudut Taj Mahal.Penulis teringat antara dialog tipikal mereka; "Sir, after you see the Taj Mahal, please come and look for me. My name is (nama mereka). I wait for you sir." (Tuan, nanti selepas lihat Taj Mahal, sila datang dan cari saya. Nama saya (nama mereka). Saya akan tunggu tuan). Memutih dari jauh Jarak antara kaunter tiket dan pintu masuk ke Taj Mahal sejauh 1 kilometer dan penulis bersama rombongan menaiki trem. Di pintu masuk Barat terdapat laluan yang memisahkan antara pelawat tempatan dan pelawat asing serta lelaki dan perempuan untuk pemeriksaan keselamatan. Aksi pengunjung merakam kenangan di Taj Mahal.Saat paling indah bagi penulis apabila melihat imej Taj Mahal memutih dari jauh sewaktu menyusuri ruang di dalam pintu gerbang The Great Gate yang gelap. Melepasi ruang itu kemudiannya menyebabkan penulis menarik nafas lega dan bersyukur kerana dapat menyaksikan sendiri Taj Mahal di hadapan mata. Itulah simbol cinta abadi Maharaja Mughal Shah Jahan terhadap isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia sejurus melahirkan anak mereka yang ke-14. Taj Mahal dibina selama 22 tahun dari tahun 1631 sehingga 1653 melibatkan tenaga kerja seramai lebih 20,000 orang. The Great Gate pintu masuk ke Taj Mahal.Di sini ramai pula yang menawarkan diri sebagai jurugambar profesional yang memberi khidmat fotografi termasuk mencetaknya pada kadar segera. Salah seorang daripada mereka tampil ke hadapan sambil mengeluarkan album gambar dari dalam beg sebagai portfolio yang memperlihatkan hasil kerjanya. Ada gambar yang melompat, berdiri di atas bangku malah terdapat juga gambar yang menunjukkan reaksi seolah-olah mengangkat kubah Taj Mahal. Jauh lebih kecil Sebelum memasuki pintu utama Taj Mahal, setiap pelawat perlu mengikut laluan yang mengelilingi monumen itu dan terdapat Sungai Yamuna di belakangnya. Ruang dalam Taj Mahal jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang dilihat dari luar namun ia mungkin disebabkan oleh bahagian lain tidak dibuka untuk orang awam. Di dalamnya begitu gelap dan hanya diterangi oleh cahaya matahari dari pintu masuk dan beberapa bahagian yang sememangnya direka untuk pencahayaan semula jadi. Imej Taj Mahal dari dalam The Great Gate.Walaupun keadaan begitu gelap tetapi penulis masih dapat melihat di sebalik pagar yang berukiran di tengah-tengah itu terdapat makam Shah Jahan dan Mumtaz. Taj Mahal turut dihiasi dengan pelbagai corak flora dan jika dilihat secara teliti ia bukan lukisan sebaliknya adalah kepingan marmar yang digabung dan 'ditanam' di dinding untuk menjadikannya sebagai satu kelopak bunga. Keindahan itu menyebabkan mitos mengenai Shah Jahan telah memotong tangan pengukir dan arkiteknya supaya mereka tidak akan mencipta atau membina monumen lain yang sama cantik atau lebih cantik daripada Taj Mahal. Penulis mengakui tersergamnya Taj Mahal begitu indah namun pasti lebih menarik sekiranya dapat melihat kecantikannya lebih menyerlah pada waktu fajar atau senja. Cuaca panas membahang pada suhu kira-kira 40 darjah selsius di Agra ketika itu menyebabkan bekalan air mineral yang dibawa masuk tidak mencukupi. Riak wajah masing-masing jelas menggambarkan kepenatan dan kehausan namun berbayar dengan pengalaman menjejakkan kaki ke Taj Mahal yang mengujakan. | ||
| Program perantis automatif janji peluang kerjaya Posted: 19 Jul 2011 07:31 PM PDT Tan Choon Kwee. TIADA apa yang diimpikan oleh seseorang pelajar pendidikan tinggi selain jaminan untuk mendapat pekerjaan yang baik selepas menamatkan pengajian dan seterusnya mengatur langkah membina masa hadapan. Bagi sesebuah organisasi pula, mereka mahukan pekerja yang mahir dan mampu menimba ilmu baru secara berterusan untuk kebaikan dan perkembangan organisasi mahupun pekerja itu sendiri secara kolektif. Automotive Mechatronic Training (AMT) yang dilaksanakan Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd merupakan satu contoh program pembangunan modal insan yang menepati kehendak kedua-dua pihak ini. Program ini mulanya diperkenalkan oleh Daimler AG (kini Daimler Benz AG) pada 1984 selepas syarikat asal Mercedes-Benz Malaysia itu menyedari bahawa negara mengalami defisit pasaran tenaga dalam bidang kerja automotif terutamanya yang mahir dan berkelayakan sedangkan industri automotif pada masa itu sedang berkembang pesat. Justeru, AMT diwujudkan dan menjadi program pertama seumpamanya di negara ini yang dijalankan oleh syarikat automotif. Bermula sebagai program perantis selama dua tahun, durasinya ditambah kepada tiga tahun kerana teknologi automotif di seluruh dunia dan di Malaysia terbukti semakin bertambah maju malah pelbagai sistem dan program mula diperkenalkan. Menurut Pengurus Latihan program, Tan Choon Kwee program perantis yang bernaung di bawah Apprentice Training Centre Mercedes-Benz Malaysia (ATC) ini memfokuskan kepada konsep menyampaikan ilmu berterusan yang diperlukan modal insannya. Latihan praktikal dan teori AMT diiringi oleh jurulatih yang berpengalaman dan berkelayakan.Program ini lebih menekankan kepada pengajian dalam bentuk interaktif, kerja berkumpulan dan kemahiran mengatur kendiri untuk membentuk satu karakter dan sikap positif terhadap para pelatih melalui latihan teori dan praktikal yang setaraf dengan pengajian mekatronik di Eropah. "Selama tiga tahun, mereka akan mempelajari teori dan praktikal tentang teknologi automotif terutamanya mengenai model-model kereta keluaran Mercedes-Benz sendiri," kata Tan kepada Mingguan mStar ketika ditemui di bangunan ATC, Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini. Selama tempoh pengajian itu, semua pelatih yang bertuah akan dibiayai yuran pengajian mereka dengan beberapa syarat yang ditetapkan oleh pengurusan ATC. Selepas mengenali dan mahir tentang setiap butiran mekanikal dan elektronik kereta buatan Jerman ini, para pelatih yang berjaya menamatkan program akan bergelar juruteknik yang bertauliah dengan diberikan sijil kelayakan automotif mekatronik, sijil Internal Mercedes Benz dan sijil Juruteknik Penyelenggaraan (CMT) yang diperakui dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Mereka kemudian mula mengorak langkah dalam kerjaya masing-masing dengan berkhidmat selama tiga tahun bersama pengedar kereta yang membiayai yuran pengajian mereka. "Setiap tahun kami menerima hampir 1,000 permohonan daripada para remaja yang berminat memasuki program perantis ini. Kami memilih calon pelatih dari setiap negeri yang berpontesi untuk mewakili pengedar sah di setiap negeri masing-masing. Pelatih program Automotive Mechatronic Training harus mempelajari setiap aspek teknikal kereta keluaran Mercedes-Benz."Namun hanya 28 pemohon sahaja yang terpilih selepas calon-calon itu menjalani ujian dan sesi temuduga yang dijalankan ATC," kata Tan. Menurutnya lagi, ATC kini hanya mengambil seramai 28 orang pelatih AMT setahun dan tidak merancang untuk menambah jumlah itu kerana percaya bahawa kualiti pelatih yang dilatih adalah lebih penting berbanding kuantiti yang diambil dalam menjalani program yang insentif ini. "Program AMT bukan sahaja memberi peluang kepada pelatihnya menjadi juruteknik bertauliah, malah ia sebenarnya membuka peluang kerjaya yang lebih banyak kepada mereka seperti bidang operasi dan jualan dalam industri automotif," katanya. | ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:30 PM PDT ![]() JIKA pembalak haram atau penjenayah hutan ingat mereka boleh mencuri balak atau hasil-hasil hutan di luar waktu kerja seperti tengah malam, fikir kembali. Modus operandi mereka mungkin menjerat diri sendiri kerana kini berdepan dengan risiko ditahan pihak berkuasa pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ini ekoran inisiatif Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menubuhkan Flying Squad hutan yang bertanggungjawab mengawasi hutan sepanjang masa malah 24/7. Pengarah Penguatkuasaan Hutan, Jabatan Perhutanan, Zahari Ibrahim berkata, pihaknya menerusi Flying Squad hutan bersedia 24 jam setiap hari untuk dikerahkan ke mana-mana lokasi bagi menyiasat aduan diterima serta maklumat dalaman yang diperolehi. Hampir sama seperti Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Flying Squad renjer hutan wajib berkumpul dalam tempoh sejam di lokasi yang ditetapkan oleh komandan mereka sebelum bergerak ke tempat kejadian. Komandan mereka antara lain terdiri daripada Pengarah Penguatkuasaan Hutan, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Ketua Seksyen. ![]() Jelas Zahari, Flying Squad ialah salah satu pasukan penguatkuasaan yang ditubuhkan di ibu pejabat dan setiap negeri untuk memastikan hutan tidak diceroboh dan dirampas hasil-hasil secara sewenang-wenangnya. Katanya, setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu unit Flying Squad yang dilengkapi kenderaan pacuan empat roda jenis Land Rover. Flying Squad turut mendapatkan perkhidmatan helikopter malah menggunakan sampan atau bot untuk sampai ke kawasan terbabit dalam keadaan khas tertentu. Satu operasi memeriksa lori kayu balak di Gerik, Perak baru-baru ini."Setiap unit dianggotai lima orang termasuk renjer dan pengawas hutan yang kesemuanya berpakaian seragam," katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini. Pasukan Pengkuatkuasaan tidak sama dengan Flying Squad Bagi mereka yang terbiasa dengan kehidupan di dalam dan pinggiran hutan, kelibat anggota renjer hutan membuat rondaan, sekatan dan serbuan adalah pemandangan biasa. Adakah pasukan penguatkuasaan sama dengan Flying Squad? Zahari menjelaskan, terdapat satu garis pemisah halus antara pasukan penguatkuasaan dan Flying Squad. Flying Squad dibentuk daripada anggota pasukan penguatkuasaan yang digilir-gilirkan. Mereka yang dipilih menganggotai Flying Squad akan menjalankan tugasan tersebut selama seminggu sebelum disusuli kumpulan lain. Zahari memberitahu, buat masa ini, setiap negeri mempunyai enam pasukan penguatkuasaan dan satu pasukan Flying Squad. Katanya, seramai 240 anggota penguat kuasa bekerja sepenuh masa sementara mereka yang bertugas secara sambilan terlibat dalam kerja-kerja pembangunan dan operasi hutan. Salah sebuah jentolak yang digunakan untuk membalak secara haram di salah sebuah hutan di Johor.Mengenai cabaran utama yang dihadapi oleh Flying Squad, Zahari berkata, mereka berdepan dengan ancaman bunuh dan diserang oleh tonto serta penduduk tempatan sendiri. Katanya, pembalak haram itu mengupah pendatang asing untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab. "Mereka bersenjata dan berani mati semata-mata untuk mencuri kayu gaharu yang bernilai tinggi serta produk hidupan liar seperti kulit harimau," katanya. Sehubungan itu, Zahari berkata, ahli-ahli pasukan biasanya mendapatkan khidmat iringan polis atau tentera untuk tujuan keselamatan semasa menjalankan operasi. Bukannya mereka tidak bersenjata, tetapi tidak dilatih untuk berada dalam "attack mode", katanya. "Sekiranya boleh, mereka tidak sanggup berdepan dengan situasi genting sebegitu. Oleh itu, mereka meminta bantuan pasukan keselamatan. Kadang-kala, orang kampung atau orang asli sendiri mengugut bunuh anggota kami," ujarnya. Sementara itu, mengenai peranan Bahagian Penguatkuasaan di ibu pejabat JP, Zahari memberitahu, bahagian tersebut bertanggungjawab terhadap perlaksanaan dan pemantauan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan hutan. Katanya, ia turut memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada Jabatan Perhutanan Negeri bagi perkara-perkara berkaitan dengan aduan, pengumpulan maklumat dan siasatan mengenai kes-kes kesalahan hutan. Flying squad Jabatan Perhutanan Malaysia menjalankan operasi di Jeli-Grik pada tahun lalu.Dalam pada itu, Zahari menyeru semua pihak supaya mengiktiraf sumbangan pegawai dan renjer hutan serta Flying Squad dalam menjaga hutan hujan tropika negara ini. "Masyarakat mesti ingat usaha untuk mengawal pembalakan haram bukanlah mudah... Sebenarnya ia memerlukan usaha yang banyak daripada pelbagai pihak. Maka sewajarnya mereka diberi pengiktirafan," katanya. Sejak dulu hingga sekarang, Malaysia masih dilitupi kawasan hutan sebanyak 50 peratus. Panjang sempadan hutan menurut Zahari, adalah lebih panjang sempadan pantai Semenanjung Malaysia. Justeru katanya, tugasan menjaga hutan negara adalah sukar lebih-lebih lagi dengan anggota yang terhad. Beliau menyifatkan golongan tersebut adalah benteng terakhir untuk menjaga khazanah hutan negara.Fakta-fakta bahagian penguatkuasaan hutan, ibu pejabat jabatan perhutanan > Bahagian Penguatkuasaan Hutan mempunyai 44 anggota dari seksyen pencegahan, risikan, forensik dan unit pentadbiran. > Bahagian ini ditubuhkan sejak 2002 dan melalui proses penstrukturan semula pada 2009, dengan pegawai ditempatkan di negeri-negeri untuk menjalankan kerja-kerja siasatan. > Dua hingga tiga orang Penolong Pegawai Hutan berpangkat G27 dan ke atas akan dihantar ke setiap negeri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai penyiasat. > Mereka akan memantau kes-kes pembalakan haram dan kesalahan hutan seperti melanggar Akta Perhutanan Negara. Antaranya, mengambil hasil hutan tanpa kebenaran, memasuki hutan simpan kekal tanpa kebenaran, menduduki kawasan hutan tertentu tanpa kebenaran serta memiliki hasil-hasil hutan tanpa lesen / membayar cukai. > Kuasa penguatkuasaan terletak di bawah negeri, iaitu Jabatan Perhutanan Negeri. Pegawai penyiasat tersebut akan melapor dan merujuk kepada Pengarah Perhutanan Negeri masing-masing. > Ibu pejabat akan membuat laporan dan statistik selain membuat pemeriksaan secara rambang serta memastikan prosedur di setiap negeri adalah seragam. Selain itu, ia memperbaiki sebarang kelemahan pada operasi dan membaiki prosedur operasi standard (SOP). | ||
| Pembalakan haram didalangi rangkaian sindiket Posted: 19 Jul 2011 07:28 PM PDT Mereka ada 'kaki' di merata tempat tetapi pada kebanyakan masa Renjer juga berjaya menjejaki dan menangkap mereka... Datuk Razani Ujang.JABATAN Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984. Ini termasuklah menguatkuasakan undang-undang dan mencegah hasil hutan Semenanjung Malaysia daripada dibawa keluar secara haram serta mencegah kegiatan pembalakan haram. Dalam pertemuan eksklusif dengan Mingguan mStar, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Razani Ujang telah menceritakan modus operandi sindiket pembalakan haram serta taktik yang mereka gunakan untuk mengelak daripada ditangkap kepada ROZAID A. RAHMAN & AU YEONG HOW. Boleh Datuk jelaskan serba sedikit apakah yang dimaksudkan dengan hasil hutan. DATUK RAZANI: Dalam akta, apa yang dimaksudkan dengan hasil hutan ialah apa yang terkandung di dalam hutan simpan seperti kayu-kayan, balak dan sebagainya. Malah ramai yang tidak tahu bahawa tahi kelawar (guano) sekali pun adalah terkandung dalam kategori hasil hutan. Hendak mengeluarkannya memerlukan lesen terlebih dahulu. Begitu juga dengan balak. Balak ialah hasil hutan simpan, hutan tanah milik dan hutan kerajaan. Bagi hutan tanah milik, kayu balak adalah milik pemilik tanah itu. Tetapi dia memerlukan lesen untuk memindahkan balak dari kawasan tersebut. Untuk tujuan apa, tak kiralah... mungkin untuk jualan atau untuk buang sekali pun, masih memerlukan permit atau lesen. Ini dipanggil lesen memindah (Removable Licence). Kalau nak jual, pun perlukan permit tersebut. Apakah tujuan kerajaan buat peraturan ini? Untuk mengawal pergerakan hasil itu sendiri dan pelesenan itu adalah untuk kutipan hasil. Untuk tanah milik, kita tak kutip premium sebaliknya kita cuma kutip cukai sahaja. Sebaik sahaja pemilik tanah itu memindahkan balak atau kayu yang ditebang dari tanahnya, kita kutip cukai (royalti). Dia tidak perlu membayar premium. Tapi kalau hutan simpan/tanah kerajaan, kalau seseorang pelesen itu mahu keluarkan balak, dia perlu bayar premium. Dan modus operandinya ialah kalau hutan simpan dan tanah kerajaan, Exco Kerajaan Negeri perlu terlebih dahulu memberikan kelulusan dan dalam kes-kes tertentu ia adalah di bawah kuasa Menteri Besar. Jadi kuasa pengarah hutan mengikut Akta, cuma boleh meluluskan lesen untuk tanah milik sahaja. ![]() Tanah milik tidak besar, cuma satu atau dua ekar sahaja. Kalau orang memohon hendak mengeluarkan balak, pengarah hanya boleh luluskan selepas mendapat kebenaran daripada Exco Kerajaan Negeri atau Menteri Besar. Pandangan secara menyeluruh mengenai kecurian hasil hutan di Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, peratusan pengeluaran balak daripada kegiatan pembalakan haram adalah terlalu kecil dan langsung tidak siknifikan jika dibandingkan jumlah isipadu pengeluaran kayu balak sebenar. Berasaskan kepada Perangkaan Perhutanan Semenanjung Malaysia, peratusan isipadu pengeluaran kayu balak haram adalah dalam lingkungan 0.03% hingga 0.23% dalam tempoh tahun 2005 hingga 2008 jika dibandingkan dengan isipadu pengeluaran kayu balak sebenar bagi tahun berkaitan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Modus operandi sindiket mengenai kecurian hasil hutan. Adakah fenomena ini serius? Hasil risikan dan siasatan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mendapati bahawa modus operandi sebahagian besar pembalakan haram menjurus kepada pembalakan haram yang didalangi oleh rangkaian sindiket (organised syndicate). Modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan menunjukkan perancangan yang tersusun, berani dan menggunakan perkhidmatan "tonto", komunikasi canggih dan taktik "diversion". Taktik ini lazimnya digunakan dalam kes pembalakan haram di mana semasa pegawai Jabatan Perhutanan membuat kerja-kerja penguatkuasaan dan penyitaan jentera-jentera, mereka dihalang oleh pihak tertentu yang berpengaruh dengan cara membawa senjata api dalam keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa pihak itu bertujuan atau akan menggunakan senjata api untuk apa-apa tujuan yang salah. Berdasarkan seksyen 33, Akta Senjata 1960 (Akta 206), perbuatan pihak tersebut merupakan suatu kesalahan. Secara amnya, Jabatan Perhutanan Semenjung Malaysia telah mengenalpasti bahawa sindiket-sindiket pembalakan haram menggunakan strategi berikut: > Mengetahui dan mempunyai maklumat yang tepat mengenai kedudukan persempadanan Hutan Simpanan Kekal dan Tanah Kerajaan /Tanah Berimilik; ![]() > Meletak jentera jentera di luar kawasan Hutan Simpanan Kekal supaya tidak dikaitkan dengan pencerobohan Hutan Simpanan Kekal; > Mengetahui lokasi-lokasi strategik menebang pokok yang bernilai serta bermutu tinggi; > Mengetahui jalan pengeluaran untuk digunakan bagi mengeluarkan balak; > Mengupah "tonto" untuk mengawasi pergerakan kakitangan Jabatan dan > Mempunyai jalinan perhubungan (networking) yang baik dengan segelintir pengusaha kilang-kilang kerja kayu yang sanggup menerima kayu-kayu balak haram. Bagaimana pencuri balak ini tahu kedudukan pokok yang bernilai tinggi dan sempadan kawasan ini? Satu perkara yang pasti ialah pencuri-pencuri balak ini bukan sebarangan orang dan mereka tahu apa yang mereka lakukan. Dalam perkataan yang lain mereka kenal pokok mana yang berharga dan ada nilai komersial. Malah mereka menggunakan satelit untuk mengenalpasti kawasan. Mereka buat kerja pada waktu malam di tengah-tengah hutan dan keluarkan balak pun pada waktu malam juga. Inilah masalah kita... malah ada kekangan dari segi keselamatan juga. Walaupun kita ada bekalkan senjata kepada renjer tetapi tidak memadai. ![]() Tetapi dalam pindaan pada akta yang sedang kita lakukan sekarang, kita memohon dimasukkan peruntukan yang membenarkan renjer kita membawa senjata api pada bila-bila masa dan menggunakannya apabila perlu. Saya juga telah arahkan renjer-renjer kita, jangan buat operasi menggunakan sebuah kenderaan. Mesti guna dua buah kenderaan supaya jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, sebuah kenderaan lagi boleh keluar mendapatkan bantuan. Secara umumnya saya boleh katakan aktiviti dan pergerakan sindiket ini agak tersusun, mereka tahu dan mengenali pergerakan kita luar dan dalam dan mereka menggunakan tonto untuk menjejaki operasi kita. Maksud Datuk, ada kerja orang dalamkah? Saya pun tidak nafikan orang dalam (Jabatan Perhutanan) turut main peranan. Yang pasti, sindiket ini semua ada maklumat yang mereka perlukan untuk mencuri balak. Mereka mesti ada 'kaki'. Sebagaimana kita buat rondaan, mereka pun lakukan rondaan. Sudah tentu kita juga tidak menafikan industri itu sendiri turut berperanan dalam soal pembalakan haram. Mereka perlukan bekalan. Kalau ada permintaan sudah tentu ada penawaran. Sebab itulah operasi kita turut meliputi kilang-kilang kayu dan papan di seluruh negara. Setiap kayu yang dibawa keluar dari hutan ada lognya. Kita cek sama ada log yang ada di kilang sama atau tidak dengan log kita. Tapi operasi seperti ini bukan mudah. Kita tidak berupaya meronda 24 jam. Jadi saya ingin memuji pegawai dan kakitangan saya kerana mereka bekerja tidak kira waktu siang atau malam dalam hutan dan tepi jalan untuk membanteras pembalakan haram. Kami cuba lakukan yang terbaik di sebalik semua kekangan ini. Statistik Tangkapan, Rampasan Kompaun dan Gantirugi, Rampasan Mesin dan Jentera Berat: Daripada tahun 2006 sehingga 2009, seramai 144 orang telah ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan pembalakan haram, manakala banyak 226 unit mesin dan jentera berat telah dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan. Kutipan kompaun dan gantirugi yang telah dikenakan kepada pesalah dan pencuri hutan dalam tempoh berkenaan adalah sejumlah RM11.2 juta. Bilangan tangkapan, rampasan kompaun dan gantirugi, rampasan mesin dan jentera berat yang melibatkan kes pembalakan haram dari tahun 2006 hingga 2009 adalah seperti Jadual 2: Tindakan dan hukuman mengikut Akta Perhutanan Negara di atas kesalahan-kesalahan hutan: Tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung untuk membanteras pembalakan haram antaranya : a. Penubuhan pasukan flying squad di peringkat Ibu Pejabat dan negeri serta pasukan penguatkuasa hutan di peringkat daerah bagi mempertingkatkan rondaan ke kawasan Hutan Simpanan Kekal dan Tanah Kerajaan. b. Aktiviti pemantauan dilaksanakan ke atas setiap kawasan lesen pengusahasilan hutan dengan menggunakan borang MS ISO 9001:2000 yang perlu dilengkapkan bagi mematuhi Piawaian Pelaksanaan dalam pelaksanaan Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I). Setiap kawasan lesen pengusahasilan hutan juga telah mengamalkan penggunaan kod warna untuk papan tanda yang dipasang di setiap lesen dengan maklumat tertentu seperti nombor lesen, nama kontraktor, tempoh kuatkuasa lesen bagi kawasan pembalakan dalam Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan atau Tanah Beri Milik. c. Mengukuh dan memperkemaskan lagi pelaksanaan Akta Perhutanan Negara 1984 di semua negeri di Semenanjung Malaysia di mana Jabatan Perhutanan Semenanjung Malysia telah mengambil inisiatif untuk menyeragamkan kadar-kadar kompaun dan ganti rugi bagi kesalahan hutan. Dalam hubungan ini, satu pekeliling telah diedarkan pada tahun 2006 dan berkuatkuasa 15 Julai 2006 sebagai panduan untuk menetapkan kadar kompaun dan ganti rugi. d. Memberikan galakan kepada pemberi maklumat untuk kes kesalahan hutan dengan menyediakan peruntukan ganjaran wang tunai sebagai insentif kepada pemberi maklumat. e. Melaksanakan projek kerjasama dengan Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) bertujuan meningkatkan penggunaan remote sensing dalam sektor perhutanan terutama untuk mengesan aktiviti pembalakan haram. f. Bagi memantapkan lagi pengetahuan pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Negeri bagi tujuan penguatkuasaan, penyiasatan serta pendakwaan kes, kursus dan latihan dengan kerjasama Institut Latihan Kehakiman dan Pendakwaan (ILKAP) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diadakan secara berterusan. | ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:23 PM PDT RAMPAS...Govinden (dua dari kanan) menunjukkan dadah serta alat bungkusan dadah yang dirampas. SEPANG: Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa kini menggunakan Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyeludup dadah ke negara ini kerana dikatakan lebih mudah dan murah. Taktik dikesan semakin meningkat sejak kebelakangan ini, malah sehingga 18 Julai lalu sebanyak 15 rampasan direkodkan, membabitkan kira-kira 64 kilogram (kg) dadah terutama jenis sintetik termasuk syabu, ketamin, eramin 5, ganja dan heroin dengan nilai RM5.62 juta. Berbanding tahun lalu, hanya ada 25 kes rampasan berjumlah 75.7kg dadah bernilai RM11.9 juta, manakala pada 2009, 17 kes dilaporkan, membabitkan 167kg pelbagai jenis dadah bernilai RM23.94 juta.
| ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:23 PM PDT CERIA...Azlina membantu fasilitator memberi penerangan mengenai isu keselamatan rekreasi kepada peserta Hari Keluarga Warga Pekak Kuala Lumpur di Hutan Lipur Sg Gabai, Ahad lalu. SEGALA persiapan sudah dilakukan, malah si pengantin perempuan juga sudah bersedia untuk diijabkabulkan bersama kekasih hatinya. Di sebalik rasa teruja untuk bergelar isteri, bakal suami–nya pula kelihatan resah dan berusaha sebaik mungkin untuk menyembunyikan rasa tidak selesa di hadapan tetamu. Secara kasarnya, tiada cacat celanya majlis itu cuma kemunculan seorang wanita lewat 40-an yang duduk di sebelah kadi nyata meninggalkan tanda tanya di kalangan hadirin.
| ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:10 PM PDT Natasha Hudson MELIHAT wajah dan bakat, khidmat Natasha Hudson untuk terus mewarnai dunia seni Indonesia masih didamba apatah lagi tahun lalu sebanyak tiga drama bersiri sempat dibintangi aktres berdarah kacukan Melayu-Australia itu. "Dunia hiburan Indonesia cukup luas. Sepanjang 10 bulan di sana, saya sempat berlakon untuk tiga produksi bersiri. Banyak pengalaman saya lalui, malah ramai rakan produksi meminta saya datang semula. "Cuma apabila memikirkan anak selain tawaran di negara sendiri, saya terpaksa menolak biarpun pernah terniat untuk terus mencuba nasib di tempat orang," katanya sambil tersenyum. Adakah kecewa dengan senario industri seni tempatan? Katanya, bukan soal berkenaan sebaliknya kesejahteraan serta kebajikan anak tunggal menjadi keutamaan yang tiada kompromi. Kongsi model dan aktres yang baru mencecah 28 tahun itu, awalnya memang dia membawa Nessa ke Jakarta, namun berikutan sesuatu sebab, pada bulan kedua dia sudah dihantar pulang untuk dijaga keluarga. Hanya panggilan telefon serta gambar menjadi pengubat rindu malah Natasha juga kerap pulang semata-mata mahu bertemu si buah hati walaupun agak lelah berulang alik begitu. "Cadangan awal memang ingin anak di sisi sepanjang memenuhi tawaran di sana tetapi barangkali faktor cuaca mengakibatkan kesihatannya tidak menentu. Jalan paling baik membawanya pulang semula ke Kuala Lumpur. "Boleh dikatakan, saya berulang alik antara Jakarta dan Kuala Lumpur. Selepas menyelesaikan tiga drama bersiri, saya berkira-kira mahu kembali semula kerana ramai rakan lama yang mengajukan tawaran. Apa pun bukan dalam tempoh terdekat ini," katanya yang lebih dulu bergerak sebagai model di Jakarta. Lakonannya menerusi produksi Indonesia ini dapat diikuti dalam Antara Benua, Cinta & Air Mata serta Melodi Hati yang turut disiarkan menerusi stesen televisyen di negara ini. Akuinya lagi peluang untuk artis tempatan mencuba nasib di negara itu terbuka luas namun cukai yang tinggi dikenakan kepada orang luar membuatkan dirinya juga terpaksa berfikir dua kali. Tambah aktres yang merangkul gelaran Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu, langkah berkenaan juga dilaksanakan untuk melindungi kebajikan penggiat industri mereka. "Suka atau tidak kita kena ikut peraturan yang diperketatkan demi kepentingan rakyat mereka, khususnya pekerja industri hiburan. Sebenarnya banyak faktor lain yang membuatkan saya terus 'melekat' di tanah tumpah darah sendiri," katanya penuh bermakna. Akhirnya dapat watak komedi NYATA rezeki ibu tunggal itu terus meriah apabila tetap menjadi buruan penerbit, termasuk baru menyelesaikan penggambaran dua drama komedi yang disifatkan peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan. Menyifatkan Antara Keju & Belacan serta Perang Celup sebagai eksperimen untuk memenuhi peranan yang selama ini dirasakan cukup sukar untuk diperoleh, iaitu watak komedi. "Boleh dikatakan sepanjang tempoh berlakon penerbit seakan takut untuk memberikan saya watak komedi. Apabila diajukan tawaran ini, saya tidak berfikir dua kali kerana skripnya juga bagus iaitu berkisar wanita Melayu yang lebih kebaratan daripada Mat Saleh sendiri. "Saya mengambil watak Jennifer Aniston dalam sitkom Friends sebagai rujukan. Tidak perlu berlebih-lebih kerana hanya menerusi lontaran dialog serta aksi bersahaja mampu mencuit hati penonton," katanya. Bakal tampil di layar perak semula dalam filem genre aksi, Halilintar arahan sutradara baru, pelakon yang bakal bergelar penyanyi rakaman itu juga akan turun ke lokasi filem pendek arahan Brendan Lee. Mengulas mengenai hasrat merealisasikan album selepas perancangan dulu terbengkalai dek timbulnya isu bersama syarikat rakaman, ulasnya, impian berkenaan bakal direalisasikan sedikit masa lagi. "Saya bertuah dikelilingi ramai insan berbakat malah setakat ini tiga lagu sudah dirakamkan yang juga gubahan rakan karib termasuk DJ Fuzz dengan tajuk Jika Boleh Ku Gubah Dunia, Selamanya dan Destinasi. "Memang banyak cabaran perlu ditempuhi selain kos yang perlu ditanggung sendiri. Namun saya puas dan jika tiada aral melintang single dikeluarkan dulu sebelum disusuli album mini," katanya. Lagu duet bersama Juliana Evans juga sudah disempurnakan, malah istimewanya ia dirakamkan khusus untuk musim Aidilfitri, cuma judulnya saja masih dalam perbincangan. Berharap perjalanan dalam kedua-dua bidang ini dipermudahkanNya, dedah wanita cekal itu, tanpa minat mendalam tidak mungkin dirinya mampu menepis segala rintangan yang membolehkannya terus berdiri gagah. PROFIL NAMA SEBENAR: Natasha Liana Hudson TARIKH LAHIR: 9 September 1982 TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak PENDIDIKAN: Sarjana rekaan grafik di The One Academy, Sunway dan Performing Arts School, Chicago PROFESION: Model, pengacara, pelakon dan penulis buku PROGRAM TV: Fesyen TV, Girls Club, Kediaman Idaman ANTARA DRAMA: Pei Pan, Rahsia Cemara, Duyong Aridinata, Emily, Cinta, Pengantin Untuk Dijual, Sultan Alauddin TEATER: Teater Muzikal Ibu Zain, Gamat FILEM: Dayang, Chermin, Sumolah dan Tipu Kanan Tipu Kiri PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 | ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:08 PM PDT Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimi Saifuddin SELEPAS hampir sedekad bergelar pelakon, bahkan kredibilitinya sebagai anak wayang terbukti dengan pencapaian sebagai Pelakon Lelaki Terbaik yang diraih pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 lalu, kini Bront Palarae menapak selangkah lagi ke hadapan apabila mula berjinak-jinak di dalam dunia pengarahan. Bagi Bront pula, dikelilingi barisan tenaga kerja dan pelakon yang berbakat membuatkan dia bersemangat untuk menyudahkan filem pertamanya yang berkonsepkan komedi, berjudul 3 Rasa. Buah tangan pertama terbitan syarikatnya, Otto Films, baru saja selesai menjalani penggambaran selama 20 hari. Antara artis yang membarisi filem berkenaan ialah Sharifah Amani, Along Eyzendy, Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Radhi Khalid, Dira Abu Zahar, Sabri Yunus, Nadia Aqilla dan ramai lagi. Memilih Amani sebagai bintang utama, Bront ketika dihubungi berkata, Amani menjadi pilihannya kerana bakat besar dimiliki pelakon genit itu. Bront menolak andaian dia memilih anak gadis Fatimah Abu Bakar itu atas dasar persahabatan yang sudah lama terjalin. Kedua-duanya pernah mencuri hati peminat menerusi drama bersiri popular, SinDarEla dan Rona Roni Makaroni. "Pemilihan pelakon untuk filem ini dibuat melihatkan kepada bakat mereka, bukan atas dasar persahabatan. Sebelum menghasilkan skrip lagi saya sudah membayangkan Amani kerana dia seorang pelakon yang bagus. Lagipun sebelum ini dia pernah membawakan watak komedi romantik," ujarnya. Menurut pemuda berusia 32 tahun ini, filem sulung arahannya itu ialah sebuah persembahan yang menggabungkan elemen komedi, percintaan dan pengembaraan. "Saya memilih genre komedi kerana saya mahu penonton pergi menonton dengan gembira. Saya bimbang jika orang tidak sukakan filem ini, kerana itu saya memilih komedi kerana genre itu senang diterima dan diminati ramai. "Filem 3 Rasa mengisahkan tiga watak utama iaitu Amani dengan kisah percintaan romantiknya, Mak Mah dengan kisah perjalanannya dari kampung ke Kuala Lumpur yang penuh dengan pelbagai cerita serta Azad yang memegang watak pekerja dari India yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dalam meniti hidupnya di Kuala Lumpur," kata anak seni berasal dari Alor Star ini. Berbeza daripada filem Cinta DENGAN gabungan beberapa cerita berlainan dalam sebuah filem, berkemungkinan ada peminat yang menganggap judul terbabit mengambil formula filem arahan Kabir Bhatia, Cinta, yang diterbitkan pada 2006. "Mungkin orang akan mengaitkan filem ini dengan filem Cinta, tetapi apa yang saya boleh katakan, persembahannya mungkin sama tetapi jalan ceritanya adalah berbeza," kata Bront yang menulis skrip filem ini bersama dua lagi rakannya, Sheikh Munasar dan Rozi Izma. Tambah Bront lagi, skrip 3 Rasa yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, yang akan mengangkat kisah kehidupan di ibu kota metropolitan itu, disiapkan dalam tempoh hampir setahun. Oleh kerana ditangani pengkarya muda dan baru, Bront berkata apa yang boleh dijanjikan ialah sebuah filem komedi yang segar. Bagaimanapun katanya, 3 Rasa berkemungkinan mempunyai persamaan dengan filem komedi lain kerana konsepnya sama. "Walaupun idea dalam 3 Rasa segar kerana skripnya dihasilkan tiga penulis berbeza, tetapi filem ini tidaklah sampai ke tahap lain dari yang lain. Saya banyak bekerja dengan abang Mamat Khalid, Osman Ali, jadi mungkin sedikit sebanyak pengalaman bekerja dengan mereka mempengaruhi arah tuju saya dalam dunia pengarahan. Bagaimanapun saya anggap semua ini sebagai satu proses pembelajaran," katanya mengenai filem yang dijangka menemui penonton pada awal tahun depan itu. | ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:06 PM PDT Aizat SELEPAS konsertnya di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching, baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat di sana, dengan kehadiran kira-kira 3,000 peminat, kini Aizat Amdan akan turun menghiburkan penyokong setianya di Kota Kinabalu pula. Penyanyi berbakat berusia 22 tahun ini berhasrat untuk memperkenalkan hasil karya muziknya dengan lebih dekat lagi kepada peminat di sekitar Sabah menerusi persembahan secara langsung terbabit. Berlainan daripada konsert pertamanya itu, selain daripada mendendangkan barisan lagu daripada album dan single popularnya, Aizat juga akan mendendangkan beberapa lagu nyanyian artis yang diminatinya. Tentunya peminat tertunggu-tunggu corak persembahan Aizat apabila menyampaikan lagu popular artis lain. Sementara itu, sebagai tarikan tambahan, Aizat juga mengundang dua artis hip hop popular tanah air, Altimet dan DJ Fuzz, mengadakan persembahan bersamanya, manakala untuk persembahan pembukaan, kepercayaan diberikan kepada artis naungan KGE, Amir Jahari, dan artis dari Sabah, Jimmy Palikat. Bagi peminat di Sabah yang sudah sekian lama mengidamkan persembahan secara langsung dari Aizat, usah melepaskan peluang keemasan ini. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan tiket di Suria Futsal, Jesselton Point, BB Café dan KDCA, Penampang, serta secara atas talian di www.mall.aizatamdan.com, dengan harga RM35 dan RM50. Pada masa sama, di samping berhibur, pengunjung juga dapat beramal, di mana RM5 daripada jualan setiap tiket akan disalurkan ke Tabung Harapan Malaysia, hasil kerjasama KGE dengan pihak Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia. | ||
| Jawablah!: 'Bila masa saya dera anak?' Posted: 19 Jul 2011 07:05 PM PDT Rebecca, suami dan anak-anak. SEBOLEH mungkin dia tidak mahu lagi menjawab isu yang satu ini. Bukan tidak mahu bekerjasama ataupun mahu berlagak sombong kepada media, namun jelas pelakon yang sering dikaitkan dengan imej seksi, Rebecca Nur Islam berkata, tidak ada apa yang perlu diulas memandangkan dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang didakwa oleh beberapa pihak, baru-baru ini. Sambil menegaskan bahawa penjelasannya itu adalah komen terakhir daripadanya, kata Rebecca, sebagai seorang yang berfikiran waras, tidak mungkin baginya untuk bertindak kejam terhadap dua anak tirinya itu. Malah tegas Rebecca, dakwaan dia seorang ibu tiri kejam ternyata bertentangan dengan sifat semula jadinya yang begitu menyukai dan menyayangi kanak-kanak. Hip: Rebecca didakwa seorang ibu tiri yang kejam apabila dikaitkan dengan kes mendera anak tiri. Sila komen. Rebecca: Saya sebenarnya tidak mahu mengulas perkara ini. Keengganan saya berbuat demikian adalah kerana ia tidak pernah berlaku. Sebelum ini pun ada beberapa wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan hal serupa. Bukan saya nak berlagak ataupun tidak mahu memberikan kerjasama, tetapi saya tak mahu isu ini berpanjangan. Jika saya jawab nanti, pasti akan ada cerita susulan. Sebagai seorang artis, saya sendiri memang sedia maklum akan impaknya jika saya menjawab pertanyaan ini. Lagipun, suami saya sendiri meminta saya supaya tidak memberikan sebarang komen jika ada yang bertanyakan hal berkenaan. Hip: Tapi, tentunya masyarakat di luar sana menantikan reaksi Rebecca berhubung isu ini. Rebecca: Apabila saya menjawab isu ini, bererti saya akan meletakkan diri saya dalam penilaian masyarakat. Contohnya, jika saya menafikan segala tuduhan itu pun, orang tetap akan menganggap saya memang melakukan penderaan seperti didakwa. Disebabkan itulah, saya tidak mahu membuat sebarang penjelasan. Tapi supaya masyarakat tidak terus menghukum saya atas kesalahan yang tidak pernah saya lakukan, biarlah saya jelaskan terlebih dulu rutin kehidupan kami sejak saya mendirikan rumah tangga tujuh bulan lalu. Anak-anak tiri saya memang tinggal bersama saya. Waktu pagi, sudah menjadi kebiasaan untuk saya dan suami menghantar mereka ke sekolah. Petang pula, mereka akan pulang bersama suami. Begitulah seterusnya kecuali hari Sabtu dan Ahad. Pada hujung minggu, mereka biasanya akan pergi ke rumah ibu mereka. Jadi, saya nak bertanya pada mereka yang mengatakan saya mendera anak tiri saya itu, bila masanya saya nak dera mereka? Takkanlah saya nak dera mereka waktu bapa mereka ada di rumah. Hilang akalkah saya? Hip: Bagaimana hubungan Rebecca dan anak tiri? Rebecca: Saya kenal mereka bukan hanya selepas berumah tangga. Selama tiga tahun berkenalan dengan Azam, sepanjang tempoh itu juga saya mengenali anak-anak tiri saya itu. Sejujurnya, tiada istilah anak tiri dalam kamus kehidupan saya. Saya anggap mereka semua seperti anak saya sendiri. Kami sering tidur bersama. Kalau anda nak tahu, saya juga mandikan anak perempuan saya itu, walaupun kalau nak diikutkan, dia mampu untuk mandi sendiri. Kami berdua juga sering berkongsi cerita perihal orang perempuan. Anak sulung saya itu pula, memang seronok kalau saya hantar dia ke sekolah. Katanya, dia rasa glamor sekejap bila ramai kawan sekolahnya memuji-muji saya. Kalaulah saya ibu tiri kejam, bukan begitu cara saya melayan mereka. Hip: Rebecca rasa, adakah isu ini disebarkan atas dasar niat untuk memburukkan imej Rebecca? Rebecca: Hati manusia tak siapa yang tahu. Kalau boleh, saya tak mahu menuduh sesiapa. Mungkin orang yang membuat cerita ini tidak senang melihat kebahagiaan rumah tangga kami. Jadi, disebabkan itulah dia sanggup membuat cerita yang bukan-bukan supaya kebahagiaan kami tergugat. Saya sedar, apabila saya berkata begini, mungkin akan ada yang mengatakan saya perasan kerana menganggap ada yang cemburu, tapi perkara itu tidak mustahil. Bagi saya gosip ini sangat keterlaluan kerana ia memang menjejaskan imej saya sebagai seorang wanita merangkap ibu. Sebelum ini, saya hanya digosipkan sebab seksi. Itu saja. Hip: Jadi apa tindakan Rebecca selepas ini? Rebecca: Apa yang pasti, saya tidak mahu melayan gosip seperti ini. Saya harap, inilah penjelasan terakhir daripada saya. Saya malas nak cerita perkara yang sama berulang kali. Buat mereka yang menyebarkan cerita tidak betul ini, terima kasih saya ucapkan kerana menambahkan pahala buat saya. Cukup-cukuplah buat fitnah! Hentikanlah perbuatan yang sia-sia itu kerana ia tidak menjejaskan langsung kebahagiaan rumah tangga kami. | ||
| Posted: 19 Jul 2011 07:04 PM PDT PELAKON utama filem Flat 3A, Intan Ladyana dan Adey Syafrien. JIKA dilihat dari segi tajuk dan sedutan filem Flat 3A, ia berjaya menerbitkan rasa seram dan ketakutan kepada penonton. Namun hakikatnya, filem terbabit tidak seperti yang digambarkan. Begitupun, walau kelemahan dan kekurangan dapat dikesan pada jalan ceritanya, usaha si pengarah, Azahari Zain, menampilkan barisan pelakon baru dalam dalam filem seram ketiganya selepas Mantra dan Santau, seharusnya dipuji. Paling tidak, mereka diberikan pendedahan sebelum tampil sebagai bakat pelapis kepada pelakon sedia ada ketika ini. Berbanding beberapa muka baru, kelebihan menjadi milik Intan Ladyana yang berjaya menonjol sedikit sebanyak lakonan meyakinkan, seterusnya membantu pelakon baru terbabit untuk berusaha menjayakan watak dengan lebih berkesan. Apapun, filem ini berkisar mengenai Fiqah lakonan Intan, seorang gadis kilang yang mengandungkan anak teman lelakinya, Anas (Adey Syafrien). Lelaki terbabit seorang yang tamak sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam bagi membunuh bapanya sendiri. Anas yang bersekongkol dengan dukun Kang Suman (Zaidi Omar) bagi membolot harta bapanya itu kemudian bertindak membunuh dukun terbabit. Kes kehilangan seorang kanak-kanak bernama Fatin (Syazana Firas) ada kaitan dengan ilmu hitam Kang Suman bagi memenuhi impian Anas. Akibatnya roh Fatin yang menghantui flat terbabit membongkar penemuan mayat kanak-kanak itu yang ditanam di dalam rumah Kang Suman. Tidak berpuas hati dengan sikap rakus Anas, anak Kang Suman, Ratna (Shasha Zurazie) yang juga rakan serumah Fiqah menyeru roh bapanya sendiri bagi membalas kejahatan yang dilakukan Anas. Filem yang membabitkan kos RM1.7 juta itu turut dibantu oleh Ery Zukhairi, Khaty Azian, Majidah, Zila Bakarin dan Syima Anuar, dan menjengah ke pawagam bermula 14 Julai lalu. Bagi Azahari, filem terbabit mempunyai kelainannya tersendiri di mana dia cuba memaparkan kejadian yang berlaku di dalam kelompok masyarakat kini. "Mantera dan ayat Al-Quran yang digunakan itu adalah benar dan apa yang dibacakan itu mendapat kelulusan daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Mantera yang digunakan juga adalah yang sebenar. Ia diambil dari negara seberang, tetapi kita cuma baca separuh saja. Setiap penggunaan mantera itu ada penawarnya dan ia diperakui keberkesanannya," katanya. Meskipun penggambaran filem terbabit dijalankan di sebuah flat di Kampung Medan, Petaling Jaya, namun kesukarannya tetap dirasai kerana dilakukan di sebuah rumah kosong yang ditinggalkan sekian lama. Malah, penggunaan lintah dalam babak yang dipaparkan juga dikatakan ada kaitan dengan ilmu hitam, bagi memberikan gambaran yang lebih tepat. "Menghasilkan cerita seram sentiasa menjadi cabaran besar bagi saya kerana saya takut pada bayang-bayang, tetapi saya berpuas hati dengan hasilnya," jelasnya. Lakukan sendiri babak aksi ENAM bulan terbabit dalam bidang lakonan, dengan tiga filem menyaksikannya diberikan peranan pembantu, Flat 3A muncul judul pertama buat Adey Syafrien memegang watak utama. Namanya sebelum ini turut menghiasi beberapa drama tempatan seperti Siti Kelembai, Kasih Aleeya, Ana Lu'Lu dan terbaru, Impian Raya Emelyn. "Alhamdulillah, peluang saya dalam bidang lakonan semakin terbuka luas. Sehingga kini sudah lapan drama saya bintangi dan kebanyakannya bersama produksi kak Sheila Rusly. "Saya suka watak lasak seperti aksi bergaduh sebab saya ada kemahiran seni mempertahankan diri, sebab itu aksi gaduh dalam filem ini adalah aksi saya sendiri," kata Adey, 23. Malah, aksinya yang ditolak dari tingkat lima dalam filem ini juga ialah lakonannya sendiri, namun kecederaan yang pernah dihadapinya sebelum ini mengehadkan aksinya itu. "Saya boleh buat aksi lasak dan lebih mencabar, tetapi benda yang paling saya takut ialah apabila berdepan dengan lintah. Saya memang fobia dengan lintah," akuinya jujur. | ||
| Petrofac mahu ambil alih saham RNZ Posted: 19 Jul 2011 06:58 PM PDT ANTARA projek pembangunan telaga minyak laut dalam di Malaysia iaitu Kikeh yang terletak di perairan Sabah. PETROFAC Ltd, gergasi kejuruteraan minyak dan gas Britain sedang berunding untuk mengambil alih sebahagian besar kepentingan dalam RNZ Integrated (M) Sdn Bhd, iaitu sebuah daripada enam syarikat kejuruteraan berlesen luar pesisir utama PETRONAS. "Bersandarkan perkembangan berkenaan, syarikat Britain itu sedang menyusun strategi untuk meningkatkan lagi jangkauan pembabitannya dalam industri minyak dan gas di Malaysia dengan mengambil alih syarikat tempatan berpotensi, dengan RNZ menjadi sasaran pengambilalihan itu. "Rundingan membabitkan kedua-dua pihak (Petrofac dan RNZ Integrated) sedang berlangsung dan difahamkan gergasi kejuruteraan minyak dan gas Britain itu berminat mengambil alih 50 peratus kepentingan dalam RNZ Integrated. "Bagaimanapun semuanya masih lagi pada peringkat awal dan belum ada sebarang perjanjian dimuktamadkan," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur. RNZ Integrated yang diterajui Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Rozali Ahmad, bagaimanapun gagal dihubungi bagi mengulas perkembangan itu. Sumber itu berkata, Petrofac berminat dengan RNZ kerana syarikat milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan pada 1994 itu mempunyai reputasi baik hasil kejayaannya melaksanakan pelbagai projek di Malaysia, Sudan, India, Vietnam, Turkmenistan, Iran dan Qatar. Antara projek utama syarikat itu adalah projek pembangunan bersepadu Sumandak Selatan, luar pantai Sabah; projek pembangunan Bunga Tulip A, sempadan Malaysia-Vietnam; projek pembangunan minyak Pelabuhan Tanjong Langsat, Johor; projek pembangunan Lembangan Muglad dan projek terminal marin Bashayer 2, Sudan serta projek pembangunan Monopod, India. Sebagai kontraktor utama PETRONAS, RNZ Integrated turut memiliki kelebihan kerana memperoleh pensijilan ISO9001 bagi penyediaan perkhidmatan kejuruteraan, reka bentuk, bantuan pemerolehan dan pengurusan projek bagi pembangunan dan pengubahsuaian kemudahan pengeluaran, pemasangan dan proses minyak dan gas. | ||
| Konsep wasatiyyah dalam ekonomi Islam Posted: 19 Jul 2011 06:57 PM PDT
WASATIYYAH adalah salah satu daripada ciri-ciri keistimewaan Islam dan merupakan satu tanda kebaikan yang ada pada agama itu sendiri. Wasatiyyah boleh dirujuk sebagai pertengahan, sederhana dan tidak melampau. Islam merupakan agama wahyu yang bersifat wasatiyyah. Manhaj wasatiyyah yang ada pada Islam menurut Al-Qaradawi merupakan kaedah terbaik yang telah menjadikan dakwah Islam berkembang dan menyinarkan cahayanya ke seantero alam. Sifat ini jugalah menjadikan Islam satu cara hidup yang sentiasa relevan melangkaui batasan masa mahupun sempadan geografi. Allah SWT juga menerusi firman-Nya menobatkan umat Islam sebagai umat yang memiliki sifat wasatiyyah. Firman-Nya yang bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang pertengahan (umat pilihan dan adil) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad SAW) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (al-Baqarah: 143) Islam diturunkan oleh Allah SWT untuk mengatur kehidupan manusia agar mencapai hasanah di dunia dan juga hasanah di akhirat. Daripada sudut ekonomi yang berpaksikan kepada nilai sejagat, Islam telah membuktikan kepada dunia bahawa Islam mampu membina peradaban yang maju dari sudut kebendaan tetapi terikat dengan akhlak yang mulia. Islam berjaya menyediakan satu landasan yang sempurna dalam menguruskan sumber alam yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk kebaikan dan keperluan umat manusia. Islam meletakkan kekayaan itu sebagai satu amanah Allah yang perlu dijaga dengan baik dan digunakan untuk mencapai keredaan Allah. Untuk lebih memahami maksud sifat wasatiyyah ini maka sudah pasti ia dapat dilihat pada peribadi Rasulullah. Baginda adalah contoh terbaik yang telah menterjemahkan sifat ini secara praktikal tiada siapa pun yang boleh mempertikaikannya. Sifat sederhananya baginda telah dirakamkan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).… (al-Fath-29) Para sahabat bersifat tegas terhadap orang-orang kafir dan berlemah-lembut dan berkasih-sayang sesama mereka. Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya. (Muntafaq 'Alaih) Sederhananya baginda, sekalipun menjadi ketua negara namun Rasulullah adalah orang yang pertama sekali merasakan lapar di saat umat menderita kelaparan dan yang terakhir sekali merasakan kenyang di saat mereka dalam kemakmuran. Aisyah berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah kenyang sepanjang tiga hari berturut-turut. Kalau seandainya kami mahu, pasti kami kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain daripada dirinya (sendiri). (riwayat Baihaqi)." Abu Hurairah berkata: Rasulullah keluar dari dunia (wafat) dan beliau belum pernah kenyang dari roti gandum. (riwayat Bukhari dan Tirmidzi) Rasulullah menolak untuk mengambil alas tidur yang enak (empuk) dan bantal beliau terbuat dari kulit pohon. Baginda juga tidur atas tikar sampai membekas di lambungnya. Baginda wafat dengan mengenakan pakaian yang sudah lusuh dan sarung yang kasar. Demikian juga Abu Bakar, Umar dan Ali hingga Umar pernah berkata: "Saya dengan harta ini tidak lain kecuali seperti wali anak yatim. Jika saya sudah cukup, maka saya berhati-hati, tetapi jika saya memerlukannya maka saya memakannya dengan makruf (baik)." Cara hidup Baginda inilah telah dijadikan sebagai asas ciri-ciri sasatiyyah dalam aktiviti ekonomi Islam, sederhana dan seimbang diantara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Disamping itu, sederhana dalam ekonomi dari kaca mata Islam ialah meletakkan dasarnya kepada Al-Quran dan al-sunah, tidak menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal. Allah melarang keras memakan harta dengan cara yang batil. Ia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah ( tipu, judi dan sebagainya ), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang di lakukan secara suka sama suka di antara kamu. (al-Nisa': 29) Seterusnya, termasuk dalam lingkungan wasatiyyah juga apabila manusia itu menyedari bahawa tugasnya adalah sebagai khalifah untuk membangun dan menguruskan dunia ini dengan acuan yang ditetapkan oleh Allah. Sentiasa menyedari bahawa seluruh yang ada di alam semesta ini seperti langit, bumi serta sumber alam yang ada padanya, bahkan harta kekayaan yang dikurniakan oleh Allah. Manusia selaku khalifahnya hanya diberi amanah untuk menguruskannya sahaja sedangkan pemilik mutlaknya adalah Allah SWT. Ia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Allah jua lah yang menguasai alam langit dan bumi dan segala yang ada padanya;dan Dialah jua yang amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Maaidah: 120) Di bawah sifat sasatiyyah ini juga konsep persaudaraan amat penting. Umat Islam itu bersaudara bukan bermusuh. Jika konsep persaudaraan mampu di wujudkan, maka ekonomi umat Islam tidak akan dikuasai oleh orang kafir. Akan tetapi realitinya tidak demikian. Umat Islam masih rapuh, banyak penyakit terkeji di dalam diri mereka seperti iri hati, menghasut, ingin melihat saudaranya susah, memfitnah dan sebagainya. Allah SWT menggambarkan mereka ini umpama seorang perempuan yang menguraikan benang yang sudah diikat dengan kuat lalu menjadi cerai-berai kembali. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh, dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya ( untuk mencabuli perjanjian yang telah di meteraikan ) sesama kamu, di sebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu, dan ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya. (an-Nahl: 92) Islam menjamin kejayaan yang hakiki kepada umatnya. Untuk maju dan berdaya saing ramuan kejayaan generasi awal Islam perlu dihidupkan semula. Ia seperti yang pernah diungkapkan oleh Imam Malik bahawa tidak akan baik umat akhir zaman melainkan mereka mengambil cara bagaimana generasi awal Islam membina kejayaan mereka. | ||
| Lepasan IDIP tubuh alumni dakwah Posted: 19 Jul 2011 06:57 PM PDT
BARU-baru ini, bekas-bekas Pelajar Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) (IDIP) mengadakan Ijtimak dan Muzakarah Alumni IDIP di Kem Bina At-Taqwa, Jalan Bukit Changgang, Dengkil, Selangor pada Jun lalu. Pengelola Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (Mampu), Suariza Hidayah Muhammad berkata, IDIP adalah institut pendidikan sepenuh masa yang ditubuhkan oleh Perkim khusus bagi membimbing dan melatih saudara Muslim. Katanya, pusat pengajian yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu dibina untuk melahirkan mubaligh yang boleh menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam. "Ia juga bagi membentuk saudara Muslim menjadi Muslim yang memahami serta menghayati Islam sebagai satu cara hidup melalui satu cara pendidikan yang berteraskan ilmu dan berpaksikan tauhid," katanya. Suariza yang juga Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial berkata, program itu diadakan bagi menemukan semula bekas pelajar selepas sekian lama tidak berjumpa. Ia menghimpunkan 70 bekas penuntut IDIP saudara Muslim pelbagai kaum iaitu India, Cina, Kadazan, Iban, Orang Asli, Siam, Filipina, Kemboja dari Sabah, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Perhubungan yang rapat masih terjalin di kalangan mereka. Masing-masing mempunyai cerita tersendiri untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat setelah berbelas tahun meninggalkan pusat pengajian dan mempunyai kerjaya sendiri. Kehadiran dari seluruh pelosok negara menunjukkan komitmen mereka yang tinggi dalam mengembangkan ajaran Islam. Mereka melaksanakan tugas dakwah masing-masing yang telah dipelajari suatu ketika dahulu dan kini direalisasikan. Pada majlis itu, turut ditubuhkan Jawatankuasa Alumni IDIP dengan pelantikan Muhammad Busu sebagai Pengersui; Timbalan Pengerusi, Mohd Saiful Hafiz Abdullah; Setiausaha, Che Mohd. Noor Lee Abdullah Lee; Bendahari, Mohd. Firdaus Tamil Maran Abdullah dan 10 ahli jawatan kuasa kecil. Jawatan kuasa tersebut akan didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di mana objektif utamanya adalah menggembleng tenaga, kepakaran dan kemahiran untuk membantu melaksanakan serta meluaskan kerja-kerja dakwah yang bakal dirancang. Terdapat juga slot rancangan dan pelan tindakan membantu agensi-agensi Islam Malaysia dalam berdakwah kepada masyarakat bukan Islam serta memberi pendidikan Islam kepada saudara Muslim. Mohd. Farid Ravi Abdullah yang juga bekas pelajar IDIP merangkap Ahli Majlis Kebangsaan Perkim turut menyampaikan amanat dan pesanan mengenai kaedah melahirkan para profesional Muslim dalam kalangan saudara Muslim yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani bagi meneruskan usaha penyebaran Islam di kalangan masyarakat mereka sendiri. Selain itu, ceramah motivasi disampaikan oleh bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz bagi menambahkan keyakinan dan semangat peserta dalam melakukan kerja-kerja dakwah. Turut diadakan tahlil arwah kepada bekas-bekas guru IDIP yang telah kembali ke rahmatullah serta pengisian kuliah subuh dan tazkirah maghrib. Program itu dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua Perkim Kebangsaan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Arifin Suhaimi Ariffin dalam ucapannya gembira kerana kejayaan mengumpulkan bekas-bekas pelajar IDIP dan meneruskan legasi dakwah Perkim yang berteraskan perpaduan dan keharmonian. Katanya, IDIP akan dinaik taraf sebagai Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang tidak mengenepikan dasar dan fokus utama IDIP. Langkah menaik taraf daripada sijil kepada diploma itu bersesuaian dengan keperluan pendidikan semasa. "Ini tidak bermakna sistem meritokrasi dilaksanakan secara keseluruhan, tetapi ia bersesuaian dengan keperluan pendidikan agama kepada saudara Muslim berteraskan modul pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan kepada saudara Muslim bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan praktikal yang akan dilalui oleh pelajar IDIP," katanya yang juga Pengerusi IDIP. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









































0 ulasan:
Catat Ulasan