Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Yasmin Hani Sahkan Bakal Kahwin Shahrin (Black Rose)
- Reka angpau anda sendiri!
- Arrora Salwa Bukan Seorang Janda
- Dian Sastrowardoyo Dapat Bayi Lelaki
- Aeril cabar diri berlakon teater
- Yasmin Hani & Sha'arin Nikah Oktober Ini
- Siti dan Faizal Tahir menjadi bualan selepas APM2011
- Karamat para sahabat
- Idea unik arkitek Muslim PAM
- Belajar haji semasa muda
- Nukilan seni Shuryani
- SMK Tengku Mahmud, Besut juara Speech Choir
- SMK Ismail Petra muncul juara dua kategori tarian
- Faizah, Ahmad Farhan pelajar terbaik Darul Quran
- Apendiks ibarat bom jangka
- Kolesterol tidak mengira saiz badan
- Niat Siti tidak pernah padam
- Dina kuasai pentas Dreamgirls
- Muzik FM sasar 1.25 juta pendengar
- Mahu tawan peminat tempatan dan antarabangsa
- Ganjaran kesetiaan pemegang kad Visa
- Samsung kuasai pasaran monitor
- Volvo sasar jual 1,800 unit kenderaan
- Ashraf kempunan jadi Aleesha
- Parut pada wajah Lin makin teruk
| Yasmin Hani Sahkan Bakal Kahwin Shahrin (Black Rose) Posted: 18 Jul 2011 07:45 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon Yasmin Hani, 32, mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung Oktober ini dengan bekas pemain dram Black Rose yang juga bekas suami kepada pelakon Ida Nerina iaitu Shahrin Razali. Jelas Yasmin Hani atau lebih mesra dipanggil Hani, majlis yang akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang itu akan diadakan secara kecil-kecilan dan untuk ahli keluarga terdekat sahaja. "Saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Oktober dan majlis tersebut akan diadakan secara kecil kecilan yang akan dihadiri oleh rakan terdekat dan ahli keluarga. "Segala persiapan perkahwinan, Insya-Allah sudah siap dan hanya tinggal beberapa perkara tentang peraturan perkahwinan yang masih belum selesai, "Saya hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama di Duchess Place, Jalan Ampang," katanya yang ditemui di Majlis Pra-Tonton drama terbaru Astro Prima, di sini, Isnin. Tambah Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang adalah masa yang paling tepat, malah dia menganggap kehadiran Shahrin bagaikan melengkapi lagi kehidupannya. "Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain. "Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga," katanya. Ditanya tentang kelebihan Shahrin di mata pengacara Beat TV ini, Hani berkata Shahrin seorang lelaki yang penyayang dan kelakar. "Dia seorang yang susah untuk difahami, kadang-kadang keluarga dia sendiri tidak tahu perangai dia. "Kami banyak berkongsi minat yang sama seperti muzik dan laut, manakala banyak sifat-sifat kami yang saling melengkapi," katanya. Sementara itu, bercerita tentang perancangan selepas berkahwin, Hani berkata dia masih terus bekerja seperti biasa dalam industri ini. | ||
| Posted: 18 Jul 2011 07:43 PM PDT NUR HAFMA...sediakan sampul wang raya ikut rekaan pelanggan. DAHULU sekitar 70-an dan 80-an pada zaman emak dan nenek kita, apabila mahu memberi sedekah atau sumbangan berbentuk wang kepada seseorang, mereka menggunakan sampul surat. Ketika menghadiri kenduri-kendara, sampul surat terus digunakan dan pengamalannya ketika itu sangat popular. Orang yang menyerahkan wang tanpa sampul surat dianggap tidak beradab. Sekitar penghujung 80-an, 90-an dan sehingga kini, satu arah aliran mula muncul dalam masyarakat secara keseluruhannya.
| ||
| Arrora Salwa Bukan Seorang Janda Posted: 18 Jul 2011 07:42 PM PDT Arrora SalwaPETALING JAYA: Penyanyi Arrora Salwa menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya pernah berkahwin dan kini berstatus janda. Dia juga menafikan lagu popularnya yang berjudul Ahmad itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehidupan masa lalunya. "Saya tidak pernah berkahwin terutamanya dengan VIP seperti yang khabarkan, saya tidak tahu bagaimana berita itu tersebar. "Lagu tersebut yang dikatakan mempunyai kena mengena dengan lelaki dalam hidup saya juga sebenarnya hanyalah sekadar nyanyian sahaja," ujarnya. Arrora menjelaskan dakwaan dan khabar angin mengatakan dirinya merahsiakan status sebagai seorang janda. Gosip tersebut turut mengatakan bahawa dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang VIP ketika bekerja sebagai anggota polis. Bagaimanapun, jelas wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Lans koperal dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini, dia lebih suka mendiamkan diri dari terus melatah. "Sebenarnya saya tidak mahu beri sebarang respons tentang gosip itu, biarlah orang mahu cakap apa sahaja sebab saya bukan jenis yang suka melenting dan besarkan cerita," ujarnya. Ketika ditanya tentang keputusannya meninggalkan kerjaya dalam bidang kepolisan, Arrora berkata dia tekad bagi mencari kepuasan dalam kerjayanya. "Saya menjadi polis lebih 7 tahun kerana ia adalah permintaan daripada keluarga, manakala saya tidak dapat kepuasan seperti yang saya inginkan. "Kemudian saya tekad untuk berada dalam bidang ini, bagi saya kita akan dapat apa yang kita mahukan jika kita tahu matlamat sebenar kita berada di sini," ujarnya yang kini sedang berjinak-jinak dalam bidang lakonan televisyen. | ||
| Dian Sastrowardoyo Dapat Bayi Lelaki Posted: 18 Jul 2011 07:05 PM PDT Dian Sastro bersama anak lelakinya yang baru dilahirkan pada Ahad lalu.JAKARTA: Pelakon popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 17 Julai lalu pada Ahad lalu pukul 3 petang di Rumah Sakit YPK Menteng, Jakarta Pusat. Seperti dipetik Inilah.com, pengurus pelakon tersebut, Wisnu telah mengirimkan kenyataan kepada media berkenaan maklumat bayi tersebut. Bayi lelaki yang diberi nama Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo telah dilahirkan dalam keadaan normal dan seberat 8.03 kilogram. Dalam surat tersebut juga, Dian melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan kehidupannya sekarang. "Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh Allah SWT dan sangat bahagia atas kelahiran putera pertama kami. "Alhamdulillah selama saya mengandung dan proses bersalin semuanya berjalan dengan lancar," tulisnya. Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing. "Kami akan sentiasa menjadikan keluarga sebagai keutamaan biarpun kami sibuk dengan kerjaya kami, kami berjanji untuk menjadi orang tua yang baik untuk anak kami. "Buat masa ini saya masih berehat dan pemulihan, maka tiada sesi bertemu media," tambahnya. | ||
| Aeril cabar diri berlakon teater Posted: 18 Jul 2011 07:03 PM PDT
| ||
| Yasmin Hani & Sha'arin Nikah Oktober Ini Posted: 18 Jul 2011 07:02 PM PDT
| ||
| Siti dan Faizal Tahir menjadi bualan selepas APM2011 Posted: 18 Jul 2011 06:52 PM PDT Ramai sudah menyaksikan Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) yang berlangsung di Max Pavillion Singapura malam jumaat lalu. Memulakan siaran seawal jam 8.30 malam,anugerah yang menghimpunkan bakat dan pemuzik-pemuzik tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura, dan Indonesia ini menutup tirainya sekitar jam 12 malam. Tidak banyak boleh dibanggakan apabila mahu merumuskan keseluruhan majlis yang berlangsung lebih tiga jam ini, namun satu tepukkan harus diberi kerana usaha mereka untuk menghargai pemuzik-pemuzik ini tetap ada biarpun serba kekurangan. Jom kita ikuti sedikit corat-coret yang berlaku disepanjang APM2011 berlangsung: 1) Di Malaysia, ramai yang mempersoalkan, mengapa persembahan penyanyi popular negara, Faizal tahir begitu teruk sedangkan lelaki itu adalah salah seorang penyanyi yang paling bijak dan kreatif dalam mencari kelainan sewaktu menjayakan sebarang persembahan. 2) Ulang kali penyanyi yang membuat persembahan menaiki pentas. Misalnya, Siti Nurhaliza, biarpun sudah menyampaikan lagu bersama Melly Goeslow dan Jaclyn, tetapi muncul semula beberapa minit kemudian dengan menyanyikan lagu terbaru beliau, begitu juga Jaclyn victor dan beberapa orang penyanyi lain. Ia kelihatan seperti kucar kacir. 3) Pentas kelihatan begitu kosong, dan tidak se'gah' pentas-pentas anugerah yang lain,dan ia jelas berbeza dengan APM tahun-tahun yang lepas. 4) Tidak ramai artis yang hadir, terutamanya artis dari Indonesia. Trofi mereka diambil oleh wakil-wakil mereka yang hadir pada malam itu. 5) Ada yang mendakwa,APM kali ini telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu, sehingga menyebabkan beberapa persembahan artis dilihat begitu teruk. 6) Biarpun ramai yang kurang mengemari Didie Alias dan pakaiannya yang kelihatan agak teruk sewaktu mengendalikan majlis ini, namun perlu diakui Didie Alias mampu mewarnai majlis dari terus kelihatan kusam dan terlalu serius. 7) Siti Nurhaliza diumumkan sebagai Artis Serantau Paling Popular Selama Sedekad dan namanya juga diumumkan tidak lagi bertanding di tahun-tahun hadapan untuk kategori Artis Serantau Paling Popular. Ramai yang mempertikaikan perkara itu kerana Siti masih lagi berkarya dalam industri ini, jadi tidak wajar beliau di ketepikan. Namun, segala keputusan telah pun di tetapkan oleh pihak APM. Senarai pemenang-pemenang pada malam itu: BEST VOCAL (NEW MALE ARTISTE) APM 2011 VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI) Anugerah Planet Muzik 2011 Sandhy Sondoro, Bunga Mimpi BEST VOCAL (NEW FEMALE ARTISTE) APM 2011 VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA) Anugerah Planet Muzik 2011 Amanda Imani, Selamilah Cinta BEST VOCAL (NEW DUO/GROUP) APM 2011 VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU) Anugerah Planet Muzik 2011 Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet, Kalau Berpacaran BEST COLLABORATION APM 2011 KOLABORASI TERBAIK Anugerah Planet Muzik Sayang, Dayang Nurfaizah & Marcell, Komposer: Omar K, Penulis Lirik: Nuur Iman BEST MALE ARTISTE APM 2011 ARTIS LELAKI TERBAIK Anugerah Planet Muzik Faizal Tahir, Adrenalin BEST FEMALE ARTISTE APM 2011 ARTIS WANITA TERBAIK Anugerah Planet Muzik 4. Rossa, Harmoni Jalinan Nada & Cerita BEST DUO/GROUP APM 2011 DUO/KUMPULAN TERBAIK Anugerah Planet Muzik 2011 3 Suara – Jaclyn, Ning & Shila, 3 Suara BEST ALBUM APM 2011 ALBUM TERBAIK Anugerah Planet Muzik 2011 Energi, Kotak BEST SONG (SINGAPORE) APM 2011 LAGU TERBAIK SINGAPURA Anugerah Planet Muzik 2011 Lagu Teman, The Lion Story feat. Zahidah, Komposer: Haramain Osman, Penulis Lirik: Haramain Osman BEST SONG (MALAYSIA) APM 2011 LAGU TERBAIK MALAYSIA Anugerah Planet Muzik 2011 Awan Nano, Hafiz, Komposer: M Nasir, Penulis Lirik: Buddhi Hekayat BEST SONG (INDONESIA) APM 2011 LAGU TERBAIK INDONESIA Anugerah Planet Muzik 2011 Cintailah Aku Sepenuh Hati, Ari Lasso, Komposer: Sandy Canester & Pay, Penulis Lirik: Ari Lasso MOST POPULAR SINGAPORE ARTISTE APM 2011 ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR Anugerah Planet Muzik 2011 Hady Mirza MOST POPULAR SINGAPORE SONG APM 2011 LAGU SINGAPURA PALING POPULAR LP1: Angkasa, Hady Mirza MOST POPULAR REGIONAL ARTISTE APM 2011 ARTIS SERANTAU PALING POPULAR Anugerah Planet Muzik 2011 Hady Mirza MOST POPULAR REGIONAL SONG APM 2011 LAGU SERANTAU PALING POPULAR Anugerah Planet Muzik 2011 Angkasa, Hady Mirza Anugerah Khas Planet Muzik Melly Goeslow Artis Serantau Paling Popular Selama Sedekad Dato' Siti Nurhaliza ![]() Faizal Tahir antara yang menjadi perbualan selepas tamat APM2011 Tidak banyak boleh dibanggakan apabila mahu merumuskan keseluruhan majlis yang berlangsung lebih tiga jam ini, namun satu tepukkan harus diberi kerana usaha mereka untuk menghargai pemuzik-pemuzik ini tetap ada biarpun serba kekurangan. Jom kita ikuti sedikit corat-coret yang berlaku disepanjang APM2011 berlangsung: 1) Di Malaysia, ramai yang mempersoalkan, mengapa persembahan penyanyi popular negara, Faizal tahir begitu teruk sedangkan lelaki itu adalah salah seorang penyanyi yang paling bijak dan kreatif dalam mencari kelainan sewaktu menjayakan sebarang persembahan. 2) Ulang kali penyanyi yang membuat persembahan menaiki pentas. Misalnya, Siti Nurhaliza, biarpun sudah menyampaikan lagu bersama Melly Goeslow dan Jaclyn, tetapi muncul semula beberapa minit kemudian dengan menyanyikan lagu terbaru beliau, begitu juga Jaclyn victor dan beberapa orang penyanyi lain. Ia kelihatan seperti kucar kacir. 3) Pentas kelihatan begitu kosong, dan tidak se'gah' pentas-pentas anugerah yang lain,dan ia jelas berbeza dengan APM tahun-tahun yang lepas. 4) Tidak ramai artis yang hadir, terutamanya artis dari Indonesia. Trofi mereka diambil oleh wakil-wakil mereka yang hadir pada malam itu. 5) Ada yang mendakwa,APM kali ini telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu, sehingga menyebabkan beberapa persembahan artis dilihat begitu teruk terutamanya Faizal Tahir. 6) Biarpun ramai yang kurang mengemari Didie Alias dan pakaiannya yang kelihatan agak teruk sewaktu mengendalikan majlis ini, namun perlu diakui Didie Alias mampu mewarnai majlis dari terus kelihatan kusam dan terlalu serius. 7) Siti Nurhaliza diumumkan sebagai Artis Serantau Paling Popular Selama Sedekad dan namanya juga diumumkan tidak lagi bertanding di tahun-tahun hadapan untuk kategori Artis Serantau Paling Popular. Ramai yang mempertikaikan perkara itu kerana Siti masih lagi berkarya dalam industri ini, jadi tidak wajar beliau di ketepikan. Namun, segala keputusan telah pun di tetapkan oleh pihak APM.
![]() Tahniah SIti Nurhaliza! Senarai pemenang-pemenang pada malam itu: VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI) Sandhy Sondoro, Bunga Mimpi VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA) Amanda Imani, Selamilah Cinta
VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU) Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet, Kalau Berpacaran KOLABORASI TERBAIK Sayang, Dayang Nurfaizah & Marcell, Komposer: Omar K, Penulis Lirik: Nuur Iman ARTIS LELAKI TERBAIK Faizal Tahir, Adrenalin
ARTIS WANITA TERBAIK 4. Rossa, Harmoni Jalinan Nada & Cerita
DUO/KUMPULAN TERBAIK 3 Suara – Jaclyn, Ning & Shila, 3 Suara
ALBUM TERBAIK Energi, Kotak
LAGU TERBAIK SINGAPURA Lagu Teman, The Lion Story feat. Zahidah, Komposer: Haramain Osman, Penulis Lirik: Haramain Osman
LAGU TERBAIK MALAYSIA Awan Nano, Hafiz, Komposer: M Nasir, Penulis Lirik: Buddhi Hekayat LAGU TERBAIK INDONESIA Cintailah Aku Sepenuh Hati, Ari Lasso, Komposer: Sandy Canester & Pay, Penulis Lirik: Ari Lasso ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR Hady Mirza
LAGU SINGAPURA PALING POPULAR LP1: Angkasa, Hady Mirza
ARTIS SERANTAU PALING POPULAR Hady Mirza
LAGU SERANTAU PALING POPULAR Angkasa, Hady Mirza
ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK Melly Goeslow
ARTIS SERANTAU PALING POPULAR SELAMA SEDEKAD Dato' Siti Nurhaliza | ||
| Posted: 18 Jul 2011 06:51 PM PDT
KEISTIMEWAAN Rasulullah SAW dan karamat para wali adalah jenis yang sama dari aspek hukum dan naqal (periwayatannya), yakni kita tidak perlu bersikap ketat dan tegas dalam meriwayatkannya sebagaimana yang dilakukan dalam soal hukum halal dan haram. Keistimewaan dan karamat hanya berkisar di sekitar manaqib (biografi) seseorang dan kelebihannya. Oleh sebab itu, pendirian Sheikh Ibnu Taimiyyah mengenai karamat para wali, sama dengan pendiriannya tentang keistimewaan Nabi Muhammad. Bahkan, beliau juga mengutip dan menaqalkan di dalam kitab-kitabnya, sejumlah contoh karamat para wali dan perkara-perkara yang mencarik adat yang pernah terjadi pada permulaan Islam (zaman sahabat r.a). Jika kita mengkaji tentang darjat hadis-hadis yang menyebut mengenai perkara tersebut, sanad-sanad dan jalan-jalan penetapannya, nescaya kita akan mendapati antara hadis-hadis itu ada yang sahih, hasan dan daif; dan ada pula yang maqbul (diterima) dan mardud (ditolak) bahkan, ada pula yang munkar dan syaz (ganjil). Kesemua darjat hadis seperti itu, diterima dalam bab ini. Antaranya, perkataan Ibnu Taimiyyah mengenai karamat sebahagian sahabat. 1) Ummu Aiman pernah keluar untuk berhijrah. Dia berangkat tanpa membawa sebarang bekalan, bahkan tanpa membawa air. Dia hampir mati kerana kehausan. Tetapi, ketika waktu berbuka dan dia berpuasa dalam perjalanannya, dia mendengar suara di atas kepalanya. Ketika mengangkat kepala, dia melihat ada sebuah timba tergantung. Dia pun minum sampai kenyang. Setelah kejadian itu, dia tidak pernah kehausan lagi sepanjang hayatnya. 2) Safinah, pembantu Rasulullah SAW, memberitahu kepada seekor singa bahawa dia adalah utusan Rasulullah SAW. Safinah r.a kemudian berjalan dengan ditemani oleh singa tersebut hingga sampai ke destinasinya. 3) Al-Bara' ibn Malik termasuk orang yang jika bersumpah atas nama Allah, sumpahnya (doanya) sering dimakbulkan. Ketika berhadapan dengan peperangan yang begitu menekan kaum Muslimin, mereka kerap mengatakan: "Wahai Bara'! Bersumpahlah dengan nama Tuhanmu! (Mintalah kepada Tuhanmu!)". Maka, dia pun mengucapkan: "Wahai Tuhan! Aku bersumpah dengan (nama)Mu, supaya Engkau mengurniakan kemenangan kepada kita." Musuh pun akhirnya kalah. Ketika Peperangan Qadisiyah, dia berkata: "Aku bersumpah kepada-Mu, wahai Tuhanku, kerana Engkau telah memberikan bahu-bahu mereka kepada kita (kemenangan), maka jadikanlah aku orang yang pertama syahid." Maka mereka pun akhirnya 'memberikan bahu mereka' (menyerah kalah), dan Al-Bara' akhirnya gugur sebagai syahid. 4) Khalid ibn Walid, pahlawan kaum Muslimin yang terkenal, telah mengepung benteng musuh yang kukuh. Maka mereka berkata: "Kita tidak akan masuk Islam kecuali jika kamu berani meminum racun". Khalid pun meminumnya. Ternyata, racun itu tidak memudaratkannya. 5) Ketika mengutus pasukan tentera, Umar ibn al Khattab melantik seorang lelaki bernama Sariyah sebagai pemimpin. Ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar, tiba-tiba dia berteriak dari mimbar seraya berkata: "Wahai Sariyah! (Pergilah menuju ke) gunung! Wahai Sariyah! Gunung!" Maka pada suatu hari, pemimpin tentera itu menemui Umar dan bertanya kepadanya. Dia berkata: "Wahai Amir al Mukminin! Ketika kita bertempur dengan musuh, kita telah dikalahkan. Tiba-tiba ada suatu suara yang kuat berteriak "Wahai Sariyah! (Pergilah menuju ke) gunung!" Lalu kita berlindung di balik gunung. Ternyata, Allah telah mengalahkan mereka (musuh-musuh)." 6) Perkara istimewa juga terjadi kepada al-'Ala' ibn al-Hadhrami. Beliau adalah gabenor Rasulullah yang dihantar untuk memerintah Bahrain. Dalam doanya, antara lain dia mengatakan: "Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui! Wahai Tuhan Yang Maha Penyantun! Wahai Tuhan Yang Maha Tinggi! Wahai Tuhan Yang Maha Agung!" Maka Allah memperkenankan doanya. Dia juga pernah memohon kepada Allah agar diberikan air supaya dapat berwuduk ketika mereka kehabisan air dan sebagai pengairan untuk orang-orang selepas mereka. Ternyata doanya dikabulkan Allah. Bahkan, dia juga pernah berdoa kepada Allah ketika mereka perlu menyeberangi lautan, tetapi tidak dapat melaluinya bersama kuda mereka. Berkat doanya, mereka akhirnya dapat menyeberangi lautan itu. Bahkan, mereka berjalan di atas air, dan tidak ada satu pelana pun yang dibasahi air. Dia juga pernah berdoa supaya orang tidak melihat jasadnya jika dia mati dan ternyata mereka tidak menemui jasadnya dalam liang lahad. 7) Hal yang istimewa juga terjadi kepada Abu Muslim al Khaulani yang pernah dilemparkan ke dalam api. Abu Muslim dicari oleh al-Aswad al-'Unsiy yang pernah mengaku menjadi nabi. Al-Aswad berkata kepadanya: "Apakah engkau menyaksikan bahawa aku adalah Rasulullah?" Abu Muslim menjawab: "Aku tidak mendengar (hal itu)". Al-Aswad bertanya lagi: "Apakah engkau bersaksi bahawa Muhammad utusan Allah?" Dia menjawab: "Ya." Lalu al-Aswad memerintahkan supaya dinyalakan api yang besar, kemudian Abu Muslim dilemparkan ke dalamnya. Anehnya, mereka mendapati Abu Muslim bersolat dalam api yang marak itu. Api itu menjadi dingin dan menyelamatkannya. Dia juga pernah datang ke Madinah setelah kewafatan Nabi Muhammad. Umar ibn al Khattab mendudukkannya antara beliau dan Abu Bakar al Siddiq kepadanya. Saidina Umar berkata: "Segala puji bagi Allah yang masih belum mematikan aku sehingga aku sempat melihat di antara umat Muhammad orang yang Dia perlakukan seperti yang pernah dilakukan-Nya terhadap Nabi Ibrahim Khalil Allah." 8) Sa'id ibn al Musayyib pada masa pertelingkahan di antara penduduk Madinah dan tentera Yazid ibn Muawiyah tahun 63 Hijrah, mendengar azan dari makam Rasulullah pada waktu-waktu solat, padahal masjid kosong dan tiada sesiapa selain dia di dalamnya. 9) 'Amru ibn Uqbah ibn Farqad pernah melakukan solat ketika cuaca panas terik, lalu awan menaunginya. Dia juga pernah dilindungi oleh singa ketika menggembala kuda sahabat-sahabatnya. 10) Mutrif ibn Abdullah ibn al-Syikhkhir apabila memasuki rumahnya, perkakas rumahnya bertasbih bersamanya. Dia pernah berjalan bersama sahabatnya di dalam kegelapan malam. Maka, mereka disuluh cahaya yang terpancar daripada hujung cemetinya. Inilah antara karamat para sahabat r.a yang dinukilkan oleh Ibnu Taimiyyah di dalam al-Fatawa al-Kubra. (Jilid 11, ms. 281). Kita menyebutnya di sini kerana Ibnu Taymiyyah adalah antara tokoh yang sering diidolakan oleh aliran yang menjadikan khususiyyat Nabi SAW ataupun keramat para auliya' punca sikap menuduh sesat sesama Islam. | ||
| Posted: 18 Jul 2011 06:51 PM PDT
KEINDAHAN itu adalah seni. Meskipun seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, tetapi ia dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa. Seiring itu, Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, manakala Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan yang sesuai dengan fitrah manusia. Sementara itu, menurut Ibnu Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yang merupakan lambang atau manifestasi daripada sesuatu tamadun. Melalui seni bina, keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya dapat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Bidang seni bina di negara ini juga tidak kurang hebatnya. Sumbangan arkitek tempatan yang berbakat bukan sahaja menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan pelbagai reka bentuk dan cita rasa binaan, malah tidak kurang juga pengiktirafan yang diperoleh daripada masyarakat luar. Malah, sambutan menggalakkan yang diperoleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) yang disokong Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pada penyertaan julung kali di 12th International Architecture Exhibition of Venice Biennale 2010 yang berlangsung tahun lalu di Venice, Itali, sekurang-kurangnya menjadi pengukur bahawa reka bentuk seni bina Malaysia juga berkualiti dan semakin mendapat pengiktirafan dunia. "Sepanjang tempoh 10 minggu pameran berlangsung iaitu dari 29 Ogos hingga 21 November tahun lalu, Malaysian Pavillion telah menarik lebih 44,000 pengunjung dari serata dunia. "Malah, pihak kita sendiri tidak menyangka dengan respons positif yang diperoleh ahli PAM sendiri. Apatah lagi, penyertaan ke pameran paling berprestij ini adalah menerusi jemputan pihak penganjur sahaja. "Pada pameran itu, Malaysia telah menghimpunkan 21 syarikat dalam industri seni bina bersama 37 model pembinaan dalam pelbagai kategori masing-masing," kata Presiden PAM, Boon Che Wee. Sejak itu PAM turut menerima undangan mengadakan pameran di Amerika Selatan, Eropah dan negara Timur Tengah. Malah, akui Che Wee lagi, ada antara para arkitek yang mengikuti pameran berkenaan turut menerima undangan secara individu menyertai pameran peringkat antarabangsa yang lain serta mana-mana pertandingan. "Tamat siri pameran di Muzium Negara iaitu pada Ahad lepas, pameran ini akan meneruskan jelajah pamerannya ke Tokyo pada September akan datang ini. "Pihak PAM amat berterima kasih kepada Matrade yang sekali lagi akan meneruskan sokongan di Tokyo pula. Pameran ini bersempena dengan Kongres Seni Bina Dunia (World Congress of Architecture) dengan kolaborasi Universiti Meiji Tokyo, Jepun" kata Che Wee, baru-baru ini. Mega, Utusan Malaysia menemubual tiga ahli PAM yang turut serta dalam pameran tersebut, bertanyakan serba sedikit perihal hasil seni bina mereka masing-masing. Sarly Adre Sarkum dari BDA Architects Sdn. Bhd., menegaskan sebenarnya sebagai seorang arkitek Islam, mereka mempunyai tanggungjawab sebagai untuk memperbaiki segala-galanya dan sekali gus berperanan sebagai pengubat kepada bumi. Hakikatnya, konsep Islam itu, kata Sarly, telah lama diiktiraf oleh Barat kerana ia sebenarnya berusaha untuk mengilhamkan satu idea yang baik dan semua orang ada tanggungjawab untuk membuat kebaikan dan bukan mendapatkan keuntungan semata-mata. "Saya membawa dua idea dan salah satu daripadanya pernah menang hingga ke peringkat akhir yang diberi nama h02 Scraper yang diilhamkan pada tahun 2009 untuk Pertandingan Evolo Skyscraper di New York. "Ia sebenarnya lebih kepada konsep hijau, keprihatinan kepada alam semula jadi dan isu pelbagai pencemaran yang berlaku di dunia ini. "Konsepnya mudah. Kebiasaannya orang bina bangunan di atas tanah, tetapi kali ini kita menjangkakan pada masa akan datang tidak mustahil ke semua tanah telah dipergunakan semaksimum mungkin. "Jadi, kita cuba terbalikkan bangunan tersebut dengan membinanya di dalam laut di mana ia memang tahan menampung tekanan air," jelasnya yang tidak menyangka respons positif yang mengatakan projeknya antara hasil seni bina yang paling popular pada penyertaan di Itali. Tambah Sarly, hasil ilham itu juga tercetus daripada jangkaan para saintis yang meramalkan bahawa pada tahun 2080 akan terjadi banjir besar, di mana dunia akan tenggelam. Sementara itu, pada projeknya yang kedua pula, kata Sarly, ia adalah satu cadangan sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, Selangor. Selalunya di Malaysia, satu-satu projek seperti pusat membeli-belah akan mengundang pelbagai masalah pencemaran seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya. "Jadi, kita mengilhamkan sebuah pusat membeli-belah yang berkaitan dengan bentuk daun kerana di dalam daun ada formula matematiknya. Jadi, kita gunakan formula matematik itu untuk dapatkan peredarannya. "Bangunan ini tidak terlalu tinggi yang mana ia meliputi kondo, pejabat, pusat membeli-belah, taman rekreasi, masjid, hotel dan tempat letak kereta. "Dari bahagian atas, kita tidak akan nampak apa-apa, tetapi pada bahagian bawah ia adalah sebuah kota yang hidup," katanya berharap agar idea itu diterima. Sementara itu, bagi Saifuddin Ahmad dari SNO Architects Sdn. Bhd., beliau telah mengilhamkan sebuah model bangunan kerajaan yang sebenar, cuma ia belum dibina. "Saya telah serapkan elemen kemampanan dan elemen karakter nasional. Walaupun identiti Malaysia itu tidak ada lagi, tapi apa yang telah saya tunjukkan dalam bangunan itu adalah interpretasi saya, apa yang sepatutnya ada dalam bangunan-bangunan di Malaysia ini. "Di samping itu, aspek yang perlu diambil kira adalah iklim tropika negara ini, yang mana bangunan kita sepatutnya serasi dengan cuaca sebegini. Daripada situ, kita serapkan satu identiti yang baru tetapi tidaklah sehingga menjadikan satu seni bina yang rojak," jelas Saifuddin. Beliau turut merasakan negara perlu ada sebuah bangunan yang apabila dilihat orang sudah dapat mengagak itu adalah identiti Malaysia. Daripada segi keserasian dengan persekitaran pula, Saifuddin cuba mengilhamkan shine shading yang bermotifkan corak songket. Shine Shading adalah elemen untuk menahan sinaran matahari cuma ditambah nilai dengan motif tempatan iaitu dari seni songket. "Ada ruang lapang, selain untuk jalan kaki ia juga melindungi daripada sinaran matahari dan hujan. "Begitu juga courtyard yang bertujuan pengudaraan dan pencahayaan. Kesemua ini adalah elemen-elemen yang sesuai untuk negara beriklim tropikal. "Juga, pada setiap bangunan ini ada kekisi yang bertujuan untuk pengudaraan, tetapi dibuat dengan interpretasi moden yang diserapkan dengan elemen kebudayaan dan ia berfungsi. "Jadi, kita tidak mahu menghasilkan bangunan yang cantik semata-mata tetapi ia berfungsi dan ada tujuan setiap satunya. Saya rasa bangunan ini unik kerana ia telah menyerapkan beberapa kriteria yang saya cuba pamerkan dari segi penggunaan, moden, antarabangsa tetapi pada masa sama, ia bercirikan tempatan," kata Saifuddin yang juga Timbalan Presiden PAM. Ujar beliau, sebenarnya Malaysia masih dalam proses ke arah itu. Bangunan Dayabumi misalnya, antara bangunan yang ada identiti sendiri. Seni bina Minangkabau pula, katanya, bukan melambangkan identiti Malaysia sepenuhnya kerana kalau dikaji ia identiti dari Minangkabau, Sumatera. "Begitu juga suatu ketika dahulu, yang mana bumbung seni bina masjid semua macam Masjid Negara. Malah, kita lihat pada segelintir bangunan selepas merdeka dan keseluruhan tahun 1960-an, kita masih mencari identiti. Manakala dalam tahun 80-an, 90-an, kita ingin mendapatkan identiti antarabangsa dan ia mudah ditemui di Lembah Klang. Sayangnya, bangunan sebegini mungkin boleh ada di mana-mana. "Banyak interpretasi sama ada kita punya identiti bangunan yang ada, sama ada identiti Muslim kerana kita sebuah negara Islam dan ada juga identiti nasional yang mungkin lebih kepada kemelayuan. "Bagi saya, identiti nasional perlu ada elemen sebuah negara majmuk dan sudah merdeka lebih 50 tahun," katanya. Arkitek wanita yang sempat berkongsi idea seni bina beliau, Khairiah Noordin dari Arkitek Karya Budi Sdn. Bhd. menjelaskan, konsep yang cuba ditonjolkan adalah kebudayaan Melayu dan kerajaan Melayu. Katanya, jika dilihat seni bina dunia, ada satu imej yang sama sahaja, sebab itulah arkitek Muslim Malaysia cuba dan berusaha menonjolkan ciri-ciri kebudayaan negara dalam seni bina moden. "Jadi, kita cari elemen-elemen kebudayaan kita dan cuba diketengahkan pada hasil kerja kami, imej ini tidak ada di mana-mana negara lain. "Sebenarnya tengkolok satu daripada elemen yang kita gunakan tetapi kita gayakan agar lebih menampakkan kewilayahannya atau negara asalnya," kata Khairiah. Akuinya, model binaan itu memang untuk tujuan komersial agar menjadi satu mercu yang menampakkan seni bina Malaysia. "Pun begitu, kita tidaklah mengambil konsep tengkolok itu secara keseluruhannya cuma sekadar bentuknya sahaja. Selain itu, kita juga menambahkan dengan ciri-ciri songket. "Kita berharap daripada bangunan ini, orang ramai dapat melihat ada unsur kebudayaannya dan bukan bangunan yang biasa," katanya idea model ini telah bermula seawal tahun 2009, tetapi diperhalusi reka bentuknya dari semasa ke semasa. | ||
| Posted: 18 Jul 2011 06:50 PM PDT Semua umat Islam menyedari kewajipan menunaikan haji ke Baitullah bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan dalam perjalanan. Bagaimanapun, disebabkan peraturan atau sistem kuota yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi, maka bilangan jemaah haji setiap tahun dihadkan. Langkah itu bertujuan memastikan semua jemaah haji selesa mengerjakan ibadat tersebut. Sebabnya, jika tidak dihadkan, bilangan jemaah haji setiap tahun pasti meningkat dengan banyaknya sehingga menyukarkan beribadat dengan sempurna. Pada masa yang sama, kuota itu juga memberi masa secukupnya untuk bakal-bakal haji mendalami selok-belok dan hukum hakam berkaitan manasik haji. Sebabnya, haji biarpun mudah disebut, tetapi adalah ibadat yang paling sukar dilaksanakan kerana memerlukan kefahaman secukupnya selain kekuatan fizikal dan mental. Atas kesedaran itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading (SMKBG) di Sungai Pelong, Sungai Buloh, Selangor, memperkenalkan Kursus Simulasi Haji kepada pelajar tingkatan lima sekolah tersebut, 9 Julai lalu. Kursus yang diadakan mulai pukul 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari itu mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai oleh 180 pelajar. Ia dikendalikan dengan kerjasama Tabung Haji (TH), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Ia terbahagi kepada dua iaitu penerangan tentang konsep dan teori ibadat haji yang diterangkan pada sebelah pagi, manakala praktikalnya selama kira-kira dua jam diadakan mulai pukul 11 pagi. Ceramah dan sesi praktikal disampaikan oleh pembimbing haji, Md. Roslan Mohammad Jaafar yang berpengalaman selama 25 tahun dalam urusan haji dan umrah. Turut serta ialah Pengetua SMKBG, Siti Endon Mohamad Dahlan. Antara praktikal yang dilaksanakan adalah memakai ihram bagi lelaki, bergerak dari Mekah ke Muzdalifah sambil bertalbiah, mengutip batu di Mina, melontar jamrah, tahalul, tawaf dan saie. Ketua Unit Pentadbiran TH, Abdul Halim Dolmat memberitahu, kursus itu diadakan untuk ahli Kelab Tabung Haji (Taha) di sekolah-sekolah yang mempunyai akaun simpanan dengan TH. Katanya, selain itu ia juga bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang pelaksanaan ibadat haji agar memudahkan mereka memahami rukun, wajib haji serta pantang larang semasa ihram dan sebagainya. "Ini juga adalah antara usaha mempromosi dan memperkenalkan TH kepada masyarakat terutama kepada golongan pelajar sekolah," katanya kepada Mega, baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKBG, Maznah Redzwan memberitahu, program itu diadakan untuk membantu pelajar lebih memahami pelaksanaan ibadat haji kerana ia termasuk dalam silibus Lambaian Kaabah di tingkatan empat. Katanya, sebelum ini, kursus yang serupa pernah diadakan, tetapi ia tidak melibatkan simulasi haji yang turut membawa sama modul kaabah dan tempat melontar jamrah. "Adalah diharap para pelajar akan dapat memahami dan membayangkan keadaan sebenar di Mekah dengan adanya modul-modul dalam kursus ini," katanya. | ||
| Posted: 18 Jul 2011 06:46 PM PDT
Setiap kali ke luar negara mengikut suami bertugas mahupun bercuti, pasti ada 'buah tangan' yang beliau garap dalam buku catatannya. Terlalu banyak yang dicatat hingga mampu melahirkan dua naskhah istimewa, Flowers of My Heart dan The Other Side of The World , yang merupakan koleksi puisi menceritakan keindahan perjalanan yang dilalui isteri Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datin Seri Shuryani Shuib. Menurut Shuryani, dua buah buku tersebut menampilkan bait-bait puisi indah bersama memoir yang digarap hasil cetusan ideanya sendiri. Idea untuk menghasilkan buku tersebut didorong oleh keinginan untuk berkongsi pengalaman perjalanan yang dilalui. "Dengan membukukan catatan tersebut, saya boleh berkongsi perasaan dan pengalaman yang dilalui. Diharap ia juga boleh menggembirakan orang lain. "Menulis adalah sebahagian daripada minat saya dan saya rasa dengan tulisan ia boleh menjadi cermin kepada diri sendiri," katanya. Malah kata Shuryani, penghasilan buku itu bukan semata-mata untuk kepuasan sendiri tetapi ia juga demi membantu masyarakat. Ini kerana hasil jualan akan disumbangkan kepada Yayasan Semporna bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di Sabah. "Mungkin ini adalah salah satu cara saya untuk membantu golongan yang susah khususnya di kawasan Semporna, Sabah,'' ujarnya pada majlis pelancaran buku tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pelancaran disempurnakan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid. Hadir sama suami Shuryani, Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal. Katanya, dana yang terkumpul hasil daripada jualan buku itu akan disalurkan kepada aktiviti pendidikan yayasan, termasuk pembiayaan pembelajaran selain membantu ibu tunggal, anak yatim serta golongan kurang berkemampuan. "Justeru, sumbangan daripada jualan buku ini mampu secara langsung dapat memperbaiki struktur sosio ekonomi masyarakat Semporna melalui peningkatan taraf pendidikan terutamanya generasi muda," katanya. Buku setebal 88 muka surat itu dijual kepada pembaca pada harga RM100 senaskah. Sementara itu, Mohd. Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, beliau amat mengagumi usaha isterinya itu. Katanya, ia dilakukan bukan untuk dirinya sendiri, tetapi demi penduduk di kawasan yang diwakilinya itu. "Bukan mudah untuk menulis puisi, tetapi isteri saya berjaya mengusahakannya. Saya yakin usaha untuk membantu masyarakat di Semporna ini tidak akan terhenti setakat ini saja," katanya. | ||
| SMK Tengku Mahmud, Besut juara Speech Choir Posted: 18 Jul 2011 06:45 PM PDT ![]() Para pelajar SMK Tengku Mahmud bersorak kegembiraan selepas menjuarai kategori Speech Choir Kumpulan Inspirasi program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU 18 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud 2, Besut menjuarai kategori Speech Choir Kumpulan Aspirasi sempena program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan 2011 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, hari ini. Sekolah itu membawa pulang hadiah wang tunai berserta piala pusingan dan piala iringan selaku johan manakala naib johan disandang oleh SMK Sultan Ismail 2, Kemaman, sementara SMK Padang Negara, Kuala Terengganu di tempat ketiga. Muhammad Amirul Afiq Shafei dari SMK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu pula diumumkan sebagai konduktor terbaik bagi kategori tersebut. Bagi kategori Speech Choir Kumpulan Inspirasi pula, johan disandang oleh SMK Tengku Mahmud, Besut diikuti SM Imtiaz Dungun manakala SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu di tempat ketiga. Konduktor terbaik untuk kategori itu ialah Wan Hazrena Wan Zakaria dari SMK Tengku Mahmud, Besut. Bagi kategori Smart English, SK Gong Kapas muncul sebagai juara manakala naib johan disandang oleh SK Seri Gelugor, Kemaman dan SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang pula di tempat ketiga. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin berangkat ke majlis itu dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang. Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Datuk Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong dan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman. Program kali kedua sejak diperkenalkan tahun lalu itu merupakan anjuran bersama YDSM yang dinaungi baginda dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama UMT. | ||
| SMK Ismail Petra muncul juara dua kategori tarian Posted: 18 Jul 2011 06:43 PM PDT ![]() Pasukan Petra Tari dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra meraikan kejayaan mereka pada Karnival Kebudayaan dan Kesenian Peringkat Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, kelmarin. KOTA BHARU 18 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra muncul johan dua kategori tarian sempena Karnival Kebudayaan dan Kesenian Peringkat Negeri yang berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini, semalam. Kumpulan itu mempersembahkan tarian gabungan zapin, joget riang ria dan inang burung di hutan bagi memenangi kategori Tarian Rampaian Tradisional dan Tarian Zapin Pekajang bagi kategori Tarian Etnik. Guru penyelaras, Muhammad Zaidin Hussin berkata, pasukan tarian yang melibatkan seramai 12 pelajar itu mengadakan latihan sejak sebulan lalu bagi menyertai pertandingan tersebut. Katanya, latihan diadakan dengan kerjasama Jalinan Anak Seni Teater, Tari dan Sastera Kelantan (Jastera) di bawah bimbingan Pengerusinya, Mohd. Zamani Mohd. Zain yang turut mencipta tarian berkenaan. ''Penyertaan dalam pertandingan ini merupakan pendedahan terbaik kepada pelajar dalam menimba pengalaman berguna," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, pelajar dari SMKIP menyertai pertandingan tersebut sejak tahun 2000 dan sebahagian daripada mereka kini aktif dalam aktiviti kebudayaan termasuk di luar Kelantan. ''Ramai daripada mereka terlibat sebagai artis tanah air dan mengharumkan nama Kelantan di Kuala Lumpur, antaranya Nik Nur Syayidah Yazib dan Catriona Ross,'' ujarnya. | ||
| Faizah, Ahmad Farhan pelajar terbaik Darul Quran Posted: 18 Jul 2011 06:42 PM PDT
HULU SELANGOR 18 Julai - Memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajian membolehkan Faizah Mustapha meraih Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Konvokesyen Darul Quran edisi ke-20, dekat sini hari ini. Faizah, 21, yang mengaku pernah berhasrat menyambung pengajian ke luar negara kini benar-benar bersyukur atas keputusannya memilih Darul Quran sebagai platform untuk menjadi seorang hafiz. Berasal dari Kubang Kerian, Kelantan, dia yang aktif dalam kokurikulum berjaya meraih anugerah itu setelah memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.92 mata. "Saya sebenarnya tidak sangka akan menerima anugerah ini dan ia membuatkan saya bertekad untuk lebih berjaya dalam bidang yang saya ceburi nanti. "Syukur atas rezeki yang Allah berikan kepada saya. Ini adalah hadiah untuk ibu bapa saya yang tidak pernah berhenti menyokong dan mendorong saya selama ini," ujarnya. Pemegang Diploma Tahfiz Al- Quran (Qiraat Syariah) ini menjadikan amalan memperbanyakkan doa dan memohon secara terus kepada Allah sebagai resipi kejayaannya. Tambahnya, berkat niat serta kesungguhan mempelajari al-Quran untuk menjadi seorang hafiz, dia berjaya menghafaz kesemua 30 juzuk dalam tempoh setahun setengah berada di Darul Quran. Turut menerima anugerah yang sama, Ahmad Farhan Ahmad, 23, yang memperoleh CGPA 3.86 dalam kursus Diploma Tahfiz Al-Quran. "Kejayaan yang diperoleh ini mungkin hasil berkat niat yang ikhlas untuk menjadi seorang hafiz al-Quran serta kesungguhan menuntut ilmu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. "Saya yakin selagi ada niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu, Insya-Allah segala urusan seharian kita akan dipermudahkan-Nya," katanya. Anak kelahiran Kampung Jawa, Selangor ini, bersyukur serta menghargai anugerah yang diterimanya itu dan menganggap ia suatu amanah yang perlu dipikul untuk membantu masyarakat. Dia yakin kejayaan pasti akan datang sekiranya seseorang itu bersungguh-sungguh berusaha tanpa berputus asa serta menghormati semua orang termasuk ibu bapa dan pensyarah. Ahmad Farhan yang juga aktif dalam kokurikulum khususnya silat cekak Hanafi berharap golongan hafiz akan bersatu untuk berdakwah dan menggalakkan masyarakat mempelajari serta mendalami ilmu al-Quran. Pada majlis konvokesyen berkenaan, seramai 414 graduan menerima sijil dan diploma masing-masing yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha. | ||
| Posted: 18 Jul 2011 06:41 PM PDT
JANGAN salahkan keturunan, gaya hidup mahupun apa yang dimakan apabila tiba-tiba anda didiagnosis dengan penyakit apendiks. Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Peh Kiam Heng, penyakit tersebut ibarat bom jangka yang boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tanpa mengira gaya hidup atau apa jua faktor lain. Jelas beliau, ia sebenarnya bermula dari bahagian abdomen atau perut. "Bila kita makan, makanan akan masuk ke salur pemakanan dari perut ke usus kecil dan akan ke usus besar. "Makanan yang kita kunyah akan dihadam, kemudian dicerna dengan sebaiknya oleh organ penghadaman. "Makanan tersebut akan bertukar menjadi bentuk serbuk dan usus besar menyerap air. Apabila menjadi bentuk ini, ia senang masuk dan sekali gus menyumbat satu ruangan kecil yang diberi nama apendiks," jelasnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini. Menurut beliau, apendiks kalau tersumbat pasti menyebabkan perjalanan dan bekalan darah seseorang terganggu. Apabila terganggu, mudah jangkitan berlaku menyebabkan apendiks tersebut membengkak dan menimbulkan kesakitan. "Apabila bercakap tentang penyakit apendiks, kita sering mencari punca mengapa boleh terkena penyakit ini. Sebenarnya, bukanlah disebabkan tabiat pemakanan, atau genetik. "Sesiapa yang mengalaminya boleh dikategorikan sebagai kurang bernasib baik kerana apendiks bukanlah disebabkan anda seorang pemakan cili padi tegar atau bagi masyarakat Cina tabiat terus berlari lepas makan. "Kesemuanya tidak ada kena mengena. Tiada kajian yang membuktikan perkara tersebut puncanya. Ia memang ibarat bom jangka," jelasnya. Beliau menjelaskan, salah satu simptom sakit apendiks adalah kesakitan pada bahagian sebelah kanan bawah pusat hingga kadang kala menyebabkan pesakit demam, rasa memulas, loya dan muntah-muntah. Namun, ada juga simptom yang tidak klasikal, contohnya perut rasa tidak selesa selepas makan dan berlanjutan hingga berhari-hari. "Ada juga yang terasa kelainan di dalam perut. Namun, pesakit tidak pasti sakit di bahagian mana. "Kalau kes yang sebegini, kita akan tahan pesakit di wad untuk pantau keadaan seterusnya. "Cara diagnosis apendiks adalah mengikut prosedur klinikal sepenuhnya yang mana ia bergantung pada pengalaman doktor memeriksa keadaan pesakit dan ujian darah. "Bila pesakit disyaki menghidap apendiks, biasanya langkah pertama kita akan ambil darah untuk melihat sama ada sel darah putihnya meningkat atau sebaliknya. "Selepas itu barulah kita ambil sampel air kencing. "Memang ada pesakit yang akan bertanya kenapa perlu ambil air kencing. Prosedur ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit secara tepat kerana penyakit kencing kotor juga mempunyai simptom yang sama. "Jadi untuk mengelakkan salah diagnosis dan rawatan sebaiknya, ujian dijalankan terlebih dahulu," ujarnya. Sepanjang bergelar pakar, Dr. Peh mengakui perubahan corak pesakit yang dirujuk kepadanya. "Pesakit zaman ini ramai yang berpendidikan tinggi, mereka rajin mencari maklumat tentang penyakit di Internet. "Seperkara lagi, mereka memang sangat prihatin dengan tahap kesihatan diri masing-masing. Kebanyakan pesakit saya di hospital swasta ini selalunya sudah dirawat di peringkat awal. "Berbeza dengan kebanyakan kes yang saya terima ketika berkhidmat di hospital kerajaan dulu ada di antara kes yang apendiksnya pecah dan terpaksa dirawat di ICU," katanya. Beliau juga meminta pesakit apendiks agar tidak takut dengan pembedahan. "Prosedurnya seperti pembedahan konvensional lain. Namun, kini terdapat cara moden iaitu laparoskopi iaitu potongan kecil dilakukan untuk kamera, manakala dua lubang lagi untuk peralatan umpama guna penyepit untuk menyingkirkan apendiks. "Selepas pembedahan, pesakit biasanya tinggal di wad selama tiga hari," jelasnya. | ||
| Kolesterol tidak mengira saiz badan Posted: 18 Jul 2011 06:37 PM PDT
APABILA bercerita mengenai kolesterol, biasanya hanya mereka yang berbadan gemuk atau berisi dikatakan akan berdepan dengan masalah ini. Bagaimanapun tanggapan itu sebenarnya memang salah. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang. Jadi tidak pelik jika seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah. ''Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh," katanya. Katanya, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L. ''Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,'' katanya. Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal. Mazuin memberitahu, ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok yang merupakan antara pembunuh utama kepada rakyat negara ini. Jelas Mazuin, lebih baik jika menjaga pemakanan setiap hari supaya tahap kolesterol tidak merbahayakan kesihatan. "Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)," katanya. Mazuin menambah, elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (HDL). Katanya, hadkan pengambilan makanan itu kerana ia akan merendahkan kolesterol baik (HDL). "Makanan yang mengandungi lemak tak tepu pula dapat mengurangkan risiko serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL),'' katanya. Bagaimanapun katanya, jika diambil dalam jumlah berlebihan akan meningkatkan berat badan seseorang. Jelas Mazuin antara makanan itu terdiri daripada jenis minyak seperti zaitun, bijan, kacang, jagung, kanola manakala ikan dari jenis salmon, tuna, mackerel, cencaru, tongkol, tenggiri, selain bijian, kekacang dan marjerin tidak tepu (soft). Bagi mengelakkan penggunaan lemak yang berlebihan kata beliau, sebaiknya gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak seperti goreng ikan. ''Gunakan minyak jenis lemak tak tepu jika ingin memasak dengan minyak yang sedikit seperti mengoreng sayur dan sebagainya,'' katanya. Selain itu, katanya elakkan menggunakan menggunakan minyak berulang-kali terutama apabila ia adalah minyak lemak tak tepu. ''Toskan dan keringkan minyak daripada makanan bergoreng dengan menggunakan tisu dapur sebelum dihidangkan,'' katanya. Mazuin memberitahu, elakkan juga penggunaan bahan mencelup tepung kerana ia akan menyerap lebih banyak minyak. Sebaiknya pelbagaikan teknik masakan dalam seminggu iaitu mengukus, membakar, merebu dan sebagainya dan gunakan kuali tidak melekat. Selain itu, gantikan masakan yang menggunakan santan dengan susu rendah lemak. | ||
| Posted: 18 Jul 2011 06:37 PM PDT ![]() SET SimplySiti Vogue Edition (kanan) dan SimplySiti Lovely Edition yang akan berada di pasaran mulai Ogos ini. BUKAN tidak pernah dia berhasrat untuk menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan zaman persekolahannya. Tetapi, kerana kesibukannya dalam mengejar impian menjadi seorang penyanyi yang akhirnya telah meletakkan namanya di puncak tertinggi, maka, hasrat itu terpaksa dilupakan oleh Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Walaupun sudah 16 tahun menjadi seorang penyanyi ternama negara, impian untuk memiliki segulung ijazah tidak pernah padam dari lubuk hati Siti Nurhaliza atau mesra disapa Siti ini. Lantaran itu, penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Kau Kekasihku dan Cindai ini tidak menolak kemungkinan seandainya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, dia pasti akan menerimanya. Namun, kata Siti, semuanya bergantung kepada kelapangan jadualnya kerana seperti yang sedia maklum sentiasa padat dengan pelbagai agenda. Apatah lagi, anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu bukan hanya menggalas tanggungjawab sebagai seorang penghibur, tetapi juga seorang ahli perniagaan. "Selama 16 tahun saya menjadi anak seni, saya akui memang tiada pendidikan formal dalam bidang muzik. Segala-galanya adalah berdasarkan pengamatan dan pemerhatian saya sendiri. "Saya sendiri tidak boleh membaca nota muzik dan apa yang boleh saya katakan, selama saya menyanyi semuanya lahir daripada hati. "Pengalaman dalam tempoh itu juga sebenarnya banyak mengajar saya untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya. "Jika kena pada masanya, saya akan menyambung pengajian di universiti. Sudah pasti jurusan yang menjadi pilihan saya adalah bidang muzik. "Namun, saya serahkan kepada universiti untuk menilai kelayakan saya," jelas Siti tanpa berselindung ketika ditemui pada sidang akhbar sejurus Malam Gala SimplySiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Soalan berkenaan diajukan kepada penyanyi jelita itu selepas kejayaan syarikatnya, SimplySiti menjalinkan kerjasama dengan pihak UiTM dalam menganjurkan karnival dan malam gala tersebut pada 8 dan 9 Julai lalu. Turut hadir Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Mengulas lanjut, Siti memberitahu, dia sendiri ada berbincang dengan pihak UiTM berhubung soal melanjutkan pengajian itu, tetapi masih belum ada kata putus tentangnya. "Semuanya masih dalam perbincangan dan saya sendiri tidak tahu bilakah hasrat saya itu akan menjadi kenyataan. "Semuanya bergantung kepada masa yang sesuai kerana soal pelajaran ini adalah sesuatu yang serius," ujar Siti penuh bersungguh. Jawapan Siti itu dipersetujui oleh Dr. Sahol Hamid yang turut mengakui ada berbincang dengan Siti berhubung soal itu terutama peringkat pengajian yang layak dan sesuai untuk Siti. Dalam masa yang sama, sebagai suami, Khalid memberikan sokongan yang padu seandainya isterinya itu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Puas hati Menyentuh tentang sambutan ulang tahun pertama SimplySiti itu, secara keseluruhannya, Siti begitu puas hati dengan perancangan rapi yang telah diatur oleh pihak UiTM dan SimplySiti dalam melancarkan malam gala tersebut. Biarpun perlu berhadapan dengan suasana tegang kerana perhimpunan haram yang berlangsung di ibu negara pada sebelah siangnya pada hari tersebut, namun, Siti tetap optimis untuk meneruskan karnival dan malam gala yang sudah dirancang sejak berbulan-bulan lamanya. Apa yang penting buat Siti apabila misinya untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM terlaksana. "Alhamdulillah, apa yang saya diberitahu hasil penjualan daripada karnival dan tiket untuk malam gala, SimplySiti berjaya mengumpul hampir RM100,000 untuk tabung tersebut. "Itu membuatkan saya gembira dan cukup puas hati kerana dalam berhibur, kita juga dapat membantu anak-anak bangsa kita dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyambung pengajian. "Daripada menghabiskan masa dengan kerja tidak berfaedah, lebih baik anak-anak muda ini diberi tempat untuk belajar demi kebaikan dan masa depan mereka juga," kata Siti yang mula menempa nama menerusi lagu Jerat Percintaan dan Jawapan Di Persimpangan pada tahun 1996 ini lagi. Hobi baru Siti Selain sibuk dengan perniagaan dan karier seninya, penyanyi berusia 32 tahun itu juga membuka cerita bahawa dia kini mempunyai hobi baru bersama suaminya. Dengan penuh terbuka, Siti memberitahu dia kini gemar menghabiskan masa bersama Khalid dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi jika ada kelapangan. Bergerak secara berkumpulan bersama teman-teman rapat mereka, Siti menjelaskan minat itu mula timbul selepas dia dan suaminya bercuti di Cape Town, Afrika Selatan sekitar Mei lalu. "Sebenarnya, dunia motosikal ini bukanlah asing untuk saya kerana sewaktu remaja, ia adalah kenderaan wajib saya sewaktu di kampung. "Teringat kenangan bersama arwah abah yang sering menghantar dan menjemput saya dari sekolah dengan motor," ujar juara Bintang HMI 1995 ini sambil ketawa kecil. Kerana kecintaan dua insan ini terhadap motosikal berkuasa tinggi, maka gimik pembukaan malam gala tempoh hari memperlihatkan Siti dan Khalid menunggang motosikal mereka masuk ke dalam dewan dengan diiringi oleh pengiring mereka. Jelas Siti, memang pihaknya sengaja tampil dengan gimik sedemikian bagi memberikan kelainan untuk malam gala tersebut. Selepas berbincang dengan Pengurus Acara Malam Gala SimplySiti iaitu Profesor Madya A. Razak Mohaideen, akhirnya semua pihak bersetuju untuk menampilkan gimik pembukaan yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton pada malam itu. Malam gala itu juga menyaksikan Siti melancarkan dua produk terbaru SimplySiti iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition. Dua produk baru ini boleh didapati di hampir 300 premis di seluruh negara termasuk di Brunei yang boleh dimiliki dengan harga RM59.90 dan RM69.90 bagi setiap set yang merangkumi gincu, pembayang mata dan pemerah pipi. | ||
| Posted: 18 Jul 2011 06:36 PM PDT
BAGI mereka yang hadir menonton malam pratonton teater muzikalDreamgirls di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu, pasti akan bersetuju dengan kenyataan bahawa Dina Nadzir merupakan bintang yang paling menyerlah pada malam itu. Sehinggakan bintang dari Broadway, New York, Amerika Syarikat yang diimport untuk teater itu, Kris Coleman juga ditenggelamkan oleh Dina yang mendapat tepukan gemuruh malam itu. Memang tidak dinafikan, watak Effie White oleh Dina dalam pementasan itu merupakan watak yang bukan mudah dibawakan. Apatah lagi, untuk peminat Dreamgirls, watak berkenaan sudah dibentuk dengan kemas oleh Jennifer Hudson yang menzahirkan Effie White dengan cukup cemerlang dalam versi filemnya. Memang tidak adil untuk membandingkan Jennifer dan Dina tetapi sebagai seorang yang begitu hijau dalam dunia teater muzikal, Dina berjaya membuktikan kehebatannya menjayakan watak ikonik itu. Sebagaimana impak besar yang terhasil menerusi lakonan Jennifer, begitulah yang diberikan Dina yang sebelum ini hanyalah pelakon gantian untuk watak itu. Luahan emosi Dina sebagai seorang yang menjadi mangsa diskriminasi hanya kerana tidak memiliki pakej lengkap untuk menjadi penghibur cukup terkesan sehinggakan ada yang mengalir air mata. Lebih-lebih lagi untuk babak penting lagi dramatik sewaktu Effie ditinggalkan selepas dipermainkan oleh kekasihnya, Curtis Taylor Jr. sekali gus melantunkan lagu keramat dalam naskhah Dreamgirls iaitu Am I Telling You I'm Not Going. Bahasa tubuhnya serta lontaran dialog yang jelas juga memancarkan spektrum lakonan Dina sehingga dia berjaya menyakinkan penonton bahawa dia sebenarnya adalah Effie White. Pengalamannya sebagai seorang penyanyi juga banyak membantu Dina untuk tampil berkeyakinan di pentas tanpa kelihatan canggung bersama barisan pelakon lain. Ternyata percaturan Joanna Bassey selaku pengarah dan Broadway Academy sebagai penerbit muzikal ini untuk menaikkan pangkat Dina sebagai pelakon utama tepat sekali. Maaf kalau ada mencebik mahupun terasa dengan pujian ini, tetapi ini adalah fakta dan realiti yang harus diterima. Pujian terhadap Dina bukan dari penulis seorang tetapi juga daripada penonton yang memenuhi setiap ruang dalam panggung untuk menyaksikan malam pratonton itu. Sudah tiba masanya Dina atau nama sebenarnya, Faradina Mohd. Nadzir terus diberi peluang untuk mempamerkan kehebatan bakatnya kepada khalayak yang sebelum ini hanya memandangnya sebelah mata sahaja. Tetap hebat Barisan pelakon Dreamgirls yang lain juga sebenarnya tidak kurang hebat seperti Azura Zainal yang kelihatan begitu sesuai membawakan watak Lorrell Robinson. Pemilihan Cheryl Samad sebagai Deena Jones pula sememangnya menepati karakter yang pernah dibawakan oleh Beyonce Knowles dalam versi filemnya. Namun, memang tidak adil untuk membandingkan Beyonce dan Cheryl tetapi sebagai seorang yang cukup berpengalaman, Cheryl berjaya membentuk Deena dalam acuannya sendiri. Sesuatu yang mengejutkan dan berjaya membuka mata ramai pihak adalah Dafi yang juga memberikan lakonan cemerlang sebagai CC White. Siapa sangka, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu mampu membawakan watak tersebut dengan penuh penghayatan yang sangat mendalam. Berkat latihan dan disiplin yang ketat telah menuai hasil yang cukup lumayan untuk Dafi yang telah menampakkan kematangannya sebagai seorang pelakon dan penyanyi. Pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu langsung tidak kelihatan kekok untuk bersama barisan pelakon lain di atas pentas. Jika ada yang skeptikal dengan bakat Dafi sebelum ini, nampaknya anda perlu membuangnya jauh kerana Dafi membuktikan dia memiliki bakat yang mampu membawanya lebih jauh. Tidak cukup 'mahal' Harus diakui, di awalnya penulis dan beberapa rakan media yang lain meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk melihat 'kemegahan' Dreamgirls di pentas bertaraf dunia. Kemegahan yang dimaksudkan itu lebih tertumpu kepada aspek tata rias, kostum dan juga penataan seni bagi menghidupkan lagi zaman kegemilangan muzik dari era 60-an hingga 70-an. Untuk sebuah muzikal yang mengambil era itu, memang tidak dapat dinafikan elemen-elemen itu memainkan peranan cukup penting dalam menghidupkan perjalanan cerita. Bukan Dreamgirls versi Malaysia ini tidak bagus tetapi perasaan kecewa itu sedikit dirasai apabila melihat ada sesetengah rekaan set pentas dan kostumnya kelihatan tidak begitu 'mahal'. Dari aspek lain pula, tertanya juga mengapakah pementasan itu tidak menggunakan kemudahan di panggung bertaraf dunia itu sepenuhnya. Walhal, Panggung Sari mempunyai panggung bertingkat yang mampu digunakan oleh pihak Broadway Academy untuk mencantikkan lagi pementasan. Mungkin, mereka ada jawapan tersendiri berhubung perkara berkenaan terutama soal kos dan bajet yang pasti menjadi kekangan utama dalam mana-mana pementasan. | ||
| Muzik FM sasar 1.25 juta pendengar Posted: 18 Jul 2011 05:33 PM PDT ![]() Barisan penyampai wanita Muzik FM tampil dengan persembahan istimewa ketika Majlis Minum Petang Sambutan Ulang Tahun Muzik FM Ke-36 di Seri Kembangan, baru-baru ini. SETELAH 36 tahun menyemarakkan dunia muzik tanah air dengan memutarkan lagu-lagu nyanyian artis tempatan tanpa diskriminasi, stesen radio Muzik FM dilihat antara medium hiburan yang paling berpengalaman dalam industri muzik tanah air. Justeru, selaku stesen radio paling senior dalam kalangan stesen-stesen radio lain, sasaran sebanyak 1.25 juta pendengar yang dianggarkan pada tahun depan dilihat begitu realistik. Tambahan pula, keyakinan itu dikuatkan lagi berdasarkan peningkatan jumlah pendengar kepada 1.17 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 1.08 juta tahun lalu. Pada Majlis Minum Petang Sambutan Ulang Tahun Muzik FM ke-36 di Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan, baru-baru ini, Pengurus Muzik FM, Zainal Abidin Asri Abd. Wahid berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program turun padang untuk bertemu pendengar. Katanya, perancangan tersebut amat diperlukan bagi memenangi hati pendengar terutamanya golongan remaja dan dewasa. "Sokongan padu daripada dua golongan tersebut merupakan tulang belakang yang memastikan stesen radio ini boleh bertahan hingga ke hari ini sejak ia ditubuhkan pada 1975. "Tanpa melupakan sokongan daripada golongan lain, program turun padang yang akan diadakan di beberapa lokasi pilihan sebagai terima kasih Muzik FM kepada pendengar. "Dengan cara itu, penyampai Muzik FM boleh melakukan kajian secara terus dengan pendengar mengenai cita rasa mereka terhadap muzik tempatan," katanya. Pada masa yang sama, ujar Zainal Abidin, beberapa usaha dirancang untuk meningkatkan prestasi stesen radio itu. Antaranya menambah baik isi kandungan program bersesuaian dengan tema 'memasyarakatkan' penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini. "Selain menyajikan hiburan dengan memainkan lagu-lagu terkini dan berkualiti, Muzik FM juga sentiasa menyalurkan maklumat semasa kepada pendengar," tambah Zainal Abidin. Dalam pada itu, Zainal Abidin menjelaskan, segmen Rock Selamba yang ke udara pada setiap Isnin hingga Jumaat selama tiga jam merupakan segmen yang mencatatkan peningkatan jumlah pendengar yang memberangsangkan. "Sementara itu, segmen Pilihan Bersama yang disiarkan pada setiap hari pukul 9 malam hingga 1 pagi masih menjadi segmen paling ramai pendengar setakat ini," ujarnya tanpa mendedahkan rating pendengar yang dikendalikan oleh AC Nielsen itu. Majlis yang diadakan secara sederhana itu diserikan dengan persembahan artis seperti Dayang Nurfaizah, Lan Kristal, Naizle dan Iqa Mentor 5 serta dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Ismail. Sejak enam tahun lalu, Muzik FM berjaya merekodkan beberapa kejayaan peribadi termasuklah empat lakaran sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila melakukan siaran tanpa henti selama 25 jam di puncak Menara Kuala Lumpur pada 2005. Selain itu, Muzik FM turut bersiaran tanpa henti selama 50 jam di Tanjung Piai, Pontian, Johor. Para penyampai Muzik FM juga pernah membuat rekod apabila bermain boling di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square selama 33 jam tanpa henti dan menjadi stesen radio pertama yang mempunyai setem korporat edisi terhad. | ||
| Mahu tawan peminat tempatan dan antarabangsa Posted: 18 Jul 2011 05:33 PM PDT ![]() Namun, dalam kalangan peminat muzik arus perdana, Pesawat hanya membuat kemunculan pertama mereka sekitar 2008 dengan 'single' berjudul Mirage pantas mencuri tumpuan. Menamakan muzik sebagai 'indie rock with post-punk edge' yang laju dan kuat bagaikan pesawat, lima anak muda bernama Jipie (vokalis, gitar, piano), Nizam Camel (gitar), Mann (bass), Kudux (dram) dan Danial (syhthesizer) punyai hasrat untuk terbang tinggi dan jauh. Bersesuaian dengan nama kumpulan diinspirasikan daripada keunikan kenderaan udara itu, perjalanan karier lima anak muda ini boleh diumpamakan dengan penerbangan sebuah pesawat. Berlepas dari landasan, kemudian terbang rendah sebelum sedikit demi sedikit membelah awan di puncak tertinggi. Sepanjang tiga tahun, Pesawat melancarkan tujuh 'single' terlebih dahulu iaitu Mirage, 'Excuse Me', Rasional Emosional, Bingit, Mesti Mau, Hitam dan 'Brand New Day'. Dari situ, sedikit demi sedikit Pesawat mula mengumpul peminat sendiri yang diibaratkan sebagai 'penumpang' setia dibawa dalam setiap penerbangan. Kini, Pesawat yakin untuk 'berlepas' sepenuhnya dengan pelancaran album pertama mereka berjudul 'Take Off', memuatkan tujuh 'single' lama dan enam lagu baru iaitu 'Numb', 'Turbulence', Rapuh, Bandar Raya Ibu Kota, 'Jet Lag' dan Menjelang Syawal. Menurut Jipie, kehadiran album penuh itu umpama saksi perjalanan karier Pesawat yang semakin matang dalam menentukan hala tuju muzik mereka. "Rasanya peminat sudah mengenali muzik Pesawat melalui tujuh 'single' sebelum ini, maka kehadiran album ini dengan enam lagu baru adalah sebagai pelengkap kesetiaan mereka. "Album 'Take Off' ini juga istimewa kerana penghasilannya menggunakan titik peluh kami sendiri dan berjaya disiapkan walaupun setiap anggota mempunyai komitmen lain," katanya. Malah, album dwi-bahasa ini juga dianggap sebagai pembuka jalan untuk Pesawat 'terbang' merentasi benua dan menawan peminat di negara lain. "Langkah itu sudah dimulakan apabila kami dijemput membuat persembahan di Festival Music Matters di Hong Kong dan berkongsi pentas dengan ramai artis antarabangsa seperti Jason Mraz. "Selepas ini, kami yakin dapat meluaskan lagi pengaruh di peringkat antarabangsa terutamanya di Eropah," kata Kudux. | ||
| Ganjaran kesetiaan pemegang kad Visa Posted: 18 Jul 2011 05:32 PM PDT ![]() Dengan program kerjasama terbaru ini, Groupon Malaysia akan menyediakan akses secara langsung untuk pakej pembelian kumpulan kepada pemegang kad Visa yang diperoleh daripada laman mikro Visa-Groupon. Ketua Pegawai Eksekutif Groupon Malaysia, Joel Neoh berkata, kerjasama terbaru ini penting Groupon sebagai platform pembelian kolektif nombor satu di Malaysia. "Di samping itu, ia juga membenarkan kami berkembang dengan lebih meluas lagi menerusi jaringan luas pemegang kad Visa seluruh negara. "Kuasa pemasaran sosial semakin pantas dan merupakan saluran utama e-dagang seluruh dunia di mana banyak peniaga mula mencari integrasi untuk model perniagaan mereka," katanya. Menurutnya, Groupon Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dan hubungan perniagaan untuk memberikan pelanggan lebih nilai hebat dan pengalaman terbaik. Pengurus Visa Malaysia, Stuart Tomlinson berkata, dengan kerjasama ini, pemegang kad Visa di Malaysia kini boleh menikmati kemudahan akses istimewa untuk berurusan dengan Groupon Malaysia, hanya menggunakan kad Visa secara dalam talian. "Pelbagai tawaran hebat disediakan bagi setiap pelanggan dari penginapan, restoran dan gaya hidup," katanya. Perkhidmatan terbaru yang ditawarkan ini turut menyediakan pengunjung dengan simpanan bernilai Groupon sehingga 90 peratus daripada harga runcit, serta pakej mingguan istimewa antaranya dari SOHO, Laziz Restaurant, dan The Smokehouse Hotel eksklusif untuk pemegang kad Visa. Sementara itu, sejak mula beroperasi Januari lalu, keahliannya meningkat lebih 450,000 dengan jumlah pembelian voucer 180,000 dan jumlah simpanan pelanggan kira-kira RM25 juta. Peniaga Groupon Malaysia juga bertambah yang merangkumi pelbagai jenis produk dan perkhidmatan di rumah dan industri lain. | ||
| Samsung kuasai pasaran monitor Posted: 18 Jul 2011 05:32 PM PDT ![]() Menurut laporan firma penyelidikan, DisplaySearch, Samsung menguasai pasaran monitor global sebanyak 19 kali berturut-turut sejak suku ketiga 2006. Keadaan itu mewakili 14.6 peratus pasaran monitor paparan kristal cecair (LCD) menjadikan jenama itu ditangga teratas untuk 11 suku berturut-turut bermula suku ketiga 2008. Naib Presiden Kanan Bahagian Jualan dan Pemasaran Paparan, Jeong-Hwan Kim berkata, Samsung sentiasa berusaha menerajui pasaran paparan, terutama 3D LED dan monitor bersaiz besar. "Samsung berada pada kedudukan tertinggi bagi pasaran monitor diod pemancar cahaya (LED) dengan menguasai 18.1 peratus," katanya. | ||
| Volvo sasar jual 1,800 unit kenderaan Posted: 18 Jul 2011 05:29 PM PDT ![]() Pengurus Jualannya, Su Chee Oon berkata, dua varian ini pasti menarik perhatian kerana prestasi dipertingkat dengan beberapa ciri-ciri tambahan menjadikan kenderaan jenis sedan ini hebat, selaras mengekalkan kedudukan tertinggi di kalangan kenderaan buatan Sweden. "Pengenalan dua varian ini dijangka mampu memenuhi sasaran jualan keseluruhan kenderaan Volvo sebanyak 1,800 unit pada tahun ini," katanya. Menurutnya, varian S80 T5 ini bakal menggantikan model S80 2.5T sedia ada kerana bernilai kompetitif mengungguli keseimbangan sebenar sebuah kereta sedan dengan gaya mewah, pintar, berprestasi dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia. Beliau berkata, secara keseluruhan model kenderaan Volvo yang paling laris adalah katogeri kereta kompak utiliti sukan (SUV) model XC 60 dengan jumlah jualan sebanyak 400 unit setahun. | ||
| Posted: 18 Jul 2011 05:28 PM PDT ![]() KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya. Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya. Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach. Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman. "Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat," kata beliau. Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad. "Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan," kata beliau ketika membacakan keputusan itu. Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad. "Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman," ujarnya. | ||
| Parut pada wajah Lin makin teruk Posted: 18 Jul 2011 05:26 PM PDT
HULU TERENGGANU - Keengganan kanak-kanak yang menjadi mangsa simbahan asid oleh bapa sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, untuk memakai topeng tekanan pada wajah telah menyebabkan parut pada mukanya kini menjadi semakin serius. Pada awal tahun ini, Nurul Dahyatul telah menjalani pembedahan pertama untuk mengurangkan kesan parut pada wajahnya namun, kesan parut yang timbul pada wajahnya kian teruk. Malah, perubahan itu turut menjejaskan peluang kanak-kanak itu untuk kembali memperoleh wajah seperti sedia kala. Ibu kanak-kanak itu, Che Ku Huzaimah Che Ku Awang, 29, yang turut bimbang dengan keadaan itu menjelaskan, dia sendiri seperti hilang ikhtiar untuk mendisiplinkan anak kedua dari empat beradik itu untuk memakai topeng tekanan. "Lin (panggilan Nurul Dahyatul Fazlinda) cakap topeng itu menyebabkan muka dia rasa perit dan tidak selesa, sebab itu dia jarang pakai alat itu," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu dekat sini semalam. Kanak-kanak tersebut cedera teruk pada wajah dan badan akibat terkena simbahan asid pada 15 Ogos tahun lalu di rumahnya yang turut mencederakan Che Ku Huzaimah, Muhammad Irfan Firdaus, 3, serta nenek Lin, Minah Omar, 57. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





"Saya tak pernah rasa puas hati dengan apa yang saya buat selama ini. Saya ingin membuat sesuatu yang lebih baik dari semasa ke semasa. Sebab itulah saya memberanikan diri menerima tawaran berlakon Gelanggang Tok Wali.

Kalau sebelum ini, hanya khabar angin sahaja yang bertiup membisikkan tentang hubungan yang terjalin antara pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani bersama bekas pemain drum Black Rose, Sha'arin, kini Yasmin Hani sudah pun membuka mulut tentang perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.























0 ulasan:
Catat Ulasan