Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- ‘Usah buat andaian’
- Ingin tampil berbeza
- Dengarnya... Klip video baru Faizal Tahir melampau?
- Malaysia pusat pengeluaran BlackBerry
- Risiko niaga di bahu jalan
- PM sokong pemulihan Lotus
- Jiwa 'Lelaki' Dalam Diri Adira
- Farah simpan rahsia 6 tahun
- ‘Dr kerabat’ kaki temberang
- Albert, Charlene tidak sehaluan
- Unjur premium RM1b
- Setiap matlamat kesihatan boleh dicapai
- Fasih bahasa Inggeris bukan jaminan dapat kerja
- Sasi The Don Tidak Kecewa Walaupun Kurang Popular
- Dituduh Beli Undi, Jurey Kesal Tuduhan Shuhaimi Baba
- Pasangan Sarah Juarai 'Mari Menari 2'
- Sasha Saidin Amal Makanan Berprotein
- Paula Malai Ali Bahagia Bergelar Ibu
- Adrian Tan Mampu Buang Rasa Malu
- Status Ibu Serlahkan Kewanitaan Alicia Keys
- Tiga langkah elak keracunan makanan
- Transformasi pendidikan teknik, vokasional
- TH Properties sumbang RM36,000 untuk peperiksaan
- Program perubatan Manipal lahirkan pakar
- Pemimpin pelajar UIAM ke Australia
| Posted: 17 Jul 2011 07:33 PM PDT ROZITA...dua kali masuk hospital dalam tempoh sebulan. KUALA TERENGGANU: "Saya tak pernah terfikir sampai ke situ," kata pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 37, yang menyangkal dakwaan dia terkena sihir atau penyakit misteri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dua kali sepanjang bulan lalu. Sehubungan itu, ibu tunggal kepada dua anak itu meminta orang ramai terutama peminatnya tidak membuat sebarang andaian buruk terhadap status kesihatannya dan menjelaskan dia kini sudah pulih. Menurutnya, pada awal Jun lalu, dia dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor kerana mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya sehingga menyebabkan ligamen kakinya terkoyak.
"Pada awalnya saya sangka hanya sakit biasa, tetapi ketika hendak tidur kaki saya semakin sakit dan segera menghubungi abang saya meminta dia menghantar ke hospital.
"Doktor kata ia tidak teruk, tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh," katanya.
"Jika doktor tidak tahu punca penyakit saya memang saya takut juga kerana mungkin ada sebab lain, namun apabila doktor beritahu saya menghidap demam kuning, saya yakin tiada apa yang perlu dibimbangkan. Malah, kini saya sudah sihat dan boleh kembali bekerja," katanya.
| ||
| Posted: 17 Jul 2011 07:25 PM PDT BIARPUN masih baru dalam industri hiburan tempatan, namun bintang kelahiran program TV realiti Mentor, Iqa, ingin menampilkan kelainan dengan karakter tersendiri agar tidak dianggap serupa seperti artis realiti yang lain. Meminati lagu berentak pop rock, penyanyi berusia 25 tahun ini juga menegaskan, meskipun ada yang beranggapan vokalnya kurang sesuai untuk menyanyikan lagu berentak demikian, namun ia bukanlah halangan untuknya menempa nama dalam industri seni. Begitupun, sambil mengaku banyak lagi yang perlu dipelajarinya bagi mengukuhkan namanya dalam industri terbabit, Iqa tidak pernah memilih genre lagu yang diberikan asalkan ia bersesuaian dengan vokalnya. "Sekarang kami sedang sibuk mengumpulkan material untuk album sulung saya dan abang Edry (Edry Abdul Halim) kini giat memilih beberapa lagu untuk dijadikan demo. "Ada lima hingga enam lagu baru akan dimuatkan dalam album itu nanti termasuk satu lagu ciptaan saya sendiri," katanya yang komited dalam usahanya mengembangkan bakat dalam bidang yang diceburinya. Pada ketika dia sedar agak sukar untuk menempa nama dalam industri berkenaan, dek wujudnya persaingan yang semakin sengit di kalangan artis, Iqa yakin dengan bakat yang dimiliki dia dan pihak yang banyak membantunya dari belakang mampu membawa dirinya ke satu tahap membanggakan serta mampu berada sebaris dengan nama-nama besar lain. "Dari awal lagi saya sudah tahu, bidang ini memang mencabar dan memerlukan kesabaran, tetapi saya percaya dengan bakat saya miliki serta sisi lain yang ada pada diri saya, ia mampu meletakkan nama saya di persada seni suara. "Kalau takut untuk ambil risiko, lebih baik saya terus bekerja di tempat lama. Tetapi dengan peluang dan keyakinan yang diberikan abang Edry, membuktikan saya yakin saya juga mampu bertapak dalam bidang ini," katanya. Diletakkan sebagai pilihan kedua Edry di dalam program realiti itu, Iqa percaya pemilihan dirinya adalah satu rahmat di atas bakat yang dimiliki. Oleh yang demikian, Iqa tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan Edry kepadanya walaupun tewas kepada Salma dan Shiha. Meskipun gagal bergelar juara, namun Iqa dilihat lebih menonjol sejak akhir-akhir ini dan banyak peluang yang diterima penyanyi terbabit selepas keluar daripada program itu. Malah, Iqa dilihat cukup beruntung diasuh mentor seperti Edry yang sudah mempunyai perancangan rapi buat gadis berasal dari Ampang, Selangor ini untuk bergelar artis. "Selain single dan album, abang Edry ada perancangan lain untuk saya termasuk aktiviti promosi bersama artis lain di bawah jenama KRU. "Kehidupan saya kini jauh berbeza berbanding dulu dan semakin sibuk dengan undangan persembahan, tetapi saya seronok kerana itu yang saya mahukan sejak dulu lagi," jelasnya. Minat instrumen muzik SEBELUM menyertai Mentor, Iqa atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor ialah seorang vokalis dan pemain bes bersama kumpulannya, Bottle Cap, namun selepas keluar daripada program terbabit Iqa tidak merancang untuk bergerak secara berkumpulan. Biarpun selesa bergerak secara solo, namun Iqa tidak pernah melupakan teman seperjuangannya di dalam band bahkan masih bertemu seperti biasa. "Walaupun saya memilih jalan saya sendiri tetapi mereka masih dengan saya kerana kami sudah lama bersama bergerak dalam satu kumpulan muzik. "Terasa juga nak ada band, tetapi buat masa sekarang saya lebih selesa bergerak secara solo bagi mengukuhkan nama saya di dalam industri ini," jelasnya. Meminati instrumen gitar, dram dan bes, Iqa yang turut menggemari alat muzik keyboard bagaimanapun menegaskan dia tidak berpeluang untuk mempelajari lebih banyak instrumen. Baginya, menjadi artis serba boleh bukan saja memiliki bakat nyanyian, sebaliknya dia menyimpan impian untuk tampil sebagai penyanyi solo yang boleh memainkan pelbagai alatan muzik moden bagi menampilkan kelainan. "Saya belajar main alatan muzik seperti gitar sejak dari sekolah lagi, tetapi semua itu saya belajar secara sendiri. Saya memang tak pernah menghadiri mana-mana kelas muzik. "Sewaktu berada dalam program Mentor, abang Ajai dan Edry banyak membantu saya dalam menguasai alatan muzik sebab saya tak tahu baca nota muzik dan dari situ saya cungkil bakat dalam memainkan alatan muzik," jelasnya. Tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini, Mentor muncul program pertandingan sulung dicuba olehnya dan dia menganggap peluang berharga yang diberikan Edry itu menjadi landasan terbaik untuknya mencipta nama dalam bidang nyanyian. "Saya memang minat abang Edry, jadi apabila saya nampak iklan Mentor di TV, terus saya mencuba nasib dan alhamdulillah saya terpilih sebagai protegenya. "Dia cakap, saya versatil dan memiliki suara yang menarik selain gaya penampilan diri. Saya senang bekerjasama dengannya dan banyak yang saya pelajari sejak bernaung di bawah KRU," katanya. Meskipun ramai artis bernaung di bawah label berkenaan, bagi Iqa, setiap artis mempunyai cara yang berbeza dan tersendiri untuk bergelar penyanyi, malah KRU tidak pernah membanding-bandingkan artis di bawah naungan mereka. | ||
| Dengarnya... Klip video baru Faizal Tahir melampau? Posted: 17 Jul 2011 07:20 PM PDT Akui jejaka prihatin itu, kronologi paparan memang menarik dengan isu haruan makan anak dan sanggup menjual darah daging sendiri ke kancah pelacuran semata-mata tamakkan wang. Cuma dia yang mempunyai dua adik, selain ramai anak buah yang masih di bangku sekolah berasa agak terkilan apabila pada babak penamat ditonjolkan watak gadis lakonan Iqa Mentor membunuh bapanya. Bukan sekadar menikam dan mengelar leher apabila ditonjolkan darah keluar membuak-buak dari bahagian itu, malah pada babak pertengahan jelas menampakkan si gadis sibuk mengasah pisau yang melambangkan simbolik hajatnya. Kata Jay lagi, dia bukan seorang yang jumud, apatah lagi ketika dia menuntut di luar negara, masih ada tapisan terhadap penerbitan seumpama itu. Lagi pun terangnya lagi kalau ikutkan kesesuaian, apa yang ditonjolkan menerusi perbuatan gadis itu lebih kepada pembalasan dendam bukannya karma yang menjurus kepada pembalasan Tuhan. Apabila Cik Normah tengok klip berkenaan menerusi YouTube, barulah Cik Normah dapat berkongsi kebimbangan Jay kerana secara terang-terang menunjukkan cara membunuh, sekalipun didasari sebab musabab yang kukuh mengapa dia terdorong melakukan perbuatan itu. Tidaklah Cik Normah katakan peminat tegar akan mengikuti perbuatan dalam klip video itu tetapi seharusnya mereka yang berkaitan lebih berhati-hati menghasilkan sesuatu penerbitan dan jangan jadikan kreativiti sebagai lesen untuk berkarya. Karma boleh ditonjolkan dalam pelbagai cara atau kerana perbuatan yang dilakukan manusia bukan karma. Atau jika mahu juga menunjukkan konsep salah itu, paparkan secara simbolik. Dalam era serba mencabar ini individu berdepan dengan segala macam tekanan. Bermacam perkara boleh terjadi dengan kes jenayah di mana-mana. Bagi Cik Normah, daripada kita secara tanpa sengaja seakan mahu mengajar sesuatu yang tak elok, lebih baik tonjolkan pengajaran. Harap Faizal Tahir dan pasukannya memahami perkara ini. Kita tahu mereka mahu berkarya namun janganlah melampaui sensitiviti. Sebelum terjadi apa-apa lebih elok kita berwaspada. | ||
| Malaysia pusat pengeluaran BlackBerry Posted: 17 Jul 2011 07:18 PM PDT KAKITANGAN RIM memeriksa produk BlackBerry dihasilkan dari kilangnya di Seberang Perai, Pulau Pinang. MALAYSIA kembali mendapat perhatian pelabur antarabangsa khususnya dalam sektor elektronik apabila pengeluar barisan telefon pintar BlackBerry, Research in Motion (RIM) menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluaran globalnya. Naib Presiden RIM Bagi Malaysia, Thailand dan Vietnam, Dany Bolduc, berkata kemudahan pengeluaran barunya di Seberang Perai, Pulau Pinang itu, adalah bagi menampung peningkatan permintaan telefon pintar BlackBerry di rantau Asia dan seluruh dunia. "Kami secara berterusan mahu meningkatkan keupayaan dalam memenuhi permintaan pelanggan dan secara asasnya, kami yakin pemilihan Malaysia sebagai pusat pengeluaran BlackBerry akan membantu mencapai matlamat itu," katanya menerusi kenyataan ringkas kepada Berita Harian. RIM bagaimanapun tidak mendedahkan nilai pelaburan membuka kemudahan berkenaan. Difahamkan, perkembangan terbaru itu mungkin akan membolehkan pengguna tempatan mendapatkan peralatan berkenaan pada harga lebih berdaya saing berikutan penjimatan dari segi kos pemasangan dan penghantaran. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba, berkata pihaknya berbesar hati kerana Malaysia diletakkan ke dalam strategi pertumbuhan RIM bagi rantau Asia dan menyambut baik keputusan syarikat itu untuk mengeluarkan produknya di negara ini. "Blackberry sinonim dengan mutu. RIM telah membuat keputusan bijak untuk memanfaatkan tenaga kerja berbakat yang ditawarkan oleh Malaysia, justeru ia turut mencerminkan keyakinan RIM terhadap persekitaran perniagaan di Malaysia," katanya. Berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan pasaran Gartner, RIM kini berada di kedudukan keempat dalam pasaran telefon pintar global selepas Nokia, Google dan Apple. Mengikut kaji selidik Gartner itu, RIM menguasai 12.9 peratus pasaran global berdasarkan sistem operasi di belakang Android (Google), Symbian (Nokia) dan iOS (Apple). Sementara itu, International Data Corporation (IDC) pula menganggarkan RIM telah menjual 1.5 juta unit peralatan BlackBerry di Asia pada suku pertama tahun ini, di mana sejak 2004 ia berjaya menjual 8.5 juta unit telefon pintar di rantau berkenaan. Kaji selidik IDC menunjukkan Asia mewakili 11 peratus daripada jualan global RIM pada suku pertama lalu, berbanding lapan peratus untuk keseluruhan tahun lalu. Ia turut mendapati arah aliran penggunaan yang besar di negara seperti Indonesia dan Thailand di mana gabungan penduduknya melebihi 400 juta orang dengan kebanyakan pengguna menggemari fungsi pesanan segera BlackBerry (BBM) yang tidak mengenakan caj penghantaran. RIM juga sudah mula menjual peralatan terbarunya, tablet Playbook di pasaran Malaysia bermula semalam di bawah pakej yang disediakan oleh Maxis Bhd. Difahamkan, RIM sebelum ini merancang untuk menyumber luar sebahagian pengeluarannya ke anak syarikat Flextronics di Seberang Perai. Flextronics yang berpusat di Singapura dengan kehadiran di 30 negara menyediakan perkhidmatan reka bentuk, kejuruteraan pengeluaran kepada beberapa industri termasuk automotif, komputer, perubatan dan telefon mudah alih. | ||
| Posted: 17 Jul 2011 07:16 PM PDT Berniaga di tepi Jalan Kuala Kedah-Yan bahayakan peniaga dan pelanggan. KUALA KEDAH: Seramai 48 peniaga ikan, sayur dan buah-buahan di Tebengau dekat sini berdepan risiko kemalangan apabila berniaga di bahu jalan utama di Kilometer Tujuh Jalan Kuala Kedah-Yan sejak enam tahun lalu. Mereka mendakwa walaupun pernah berlaku beberapa kemalangan kecil, peniaga tidak mempunyai pilihan dan terpaksa beroperasi di situ. Peniaga ikan, Ahmad Sukeri Shuib, 50, berkata mereka terpaksa berniaga di situ kerana tidak mempunyai tempat lain yang sesuai. "Kami sedar risiko yang terpaksa ditanggung kerana berniaga di tepi jalan, tetapi tidak mempunyai lokasi lain yang sesuai untuk berpindah. "Ada pemandu yang tidak menghiraukan orang ramai yang datang membeli-belah di situ dengan memandu laju. "Sehubungan itu, kami berharap pihak berkuasa dapat mencarikan satu lokasi yang lebih sesuai dan selamat untuk membolehkan kami terus berniaga kerana ini adalah mata pencarian kami semua," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mohd Najib Abu Bakar, 35, yang menjual sayur-sayuran berkata, dua tahun lalu pernah berlaku kemalangan apabila sebuah kereta terbabas di kawasan itu tetapi nasib baik ia tidak menyebabkan kecederaan serius. "Jika pihak berkuasa bercadang memindahkan kami ke kawasan lebih selamat, saya mencadangkan lokasinya berhampiran kawasan ini juga kerana mudah dikunjungi orang ramai," katanya. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Mat Lazim Md Isa yang ditemui berkata lokasi itu memang tidak sesuai untuk berniaga kerana ia di bahu jalan utama dan berbahaya. "Kita pernah menasihatkan peniaga mencari lokasi lain yang lebih sesuai. "MBAS berharap peniaga dapat mencari kawasan alternatif supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini," katanya. Penghulu Mukim Tebengau, Zambri Zakaria pula berkata, beliau akan berbincang dengan pegawai di Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar dalam tempoh terdekat untuk mencari lokasi sesuai bagi memindahkan peniaga terbabit. | ||
| Posted: 17 Jul 2011 07:12 PM PDT NAJIB diberi penerangan mengenai model Lotus ketika melawat Ibu Pejabat Lotus Group di United Kingdom, kelmarin. HETHEL, NORFOLK: Datuk Seri Najib Razak memberi sokongan kepada Lotus Group Plc, pengeluar kereta sport yang berpangkalan di United Kingdom, untuk menjayakan pelan pemulihannya supaya kembali muncul sebagai sebuah syarikat yang menguntungkan. Najib berkata, walaupun sebelum ini beliau ragu-ragu terhadap kemampuan syarikat pengeluar kereta sport itu, namun selepas mendengar taklimat mengenai kemajuan syarikat berkenaan, beliau yakin Lotus boleh melakukan peralihan. "Syarikat ini diuruskan oleh tenaga profesional. Saya yakin ia akan berjaya," katanya. Najib yang mengakhiri lawatan rasminya ke United Kingdom, kelmarin, menghabiskan masa separuh hari untuk meninjau pengurusan ibu pejabat dan kilang pengeluaran Lotus di sini. Selain melihat model baru dan operasi kilang, Najib juga dibawa menaiki kereta lumba di litar ujian syarikat itu. "Biarlah saya katakan dengan jujur, bila mendengar rancangan masa depan Lotus, saya ragu khususnya jumlah pelaburan diperlukan. "Hari ini saya nak beri jaminan, kerajaan dan Khazanah sokong pelan memulihkan Lotus," katanya. Khazanah memiliki 43 peratus Proton yang memiliki Lotus. Dalam ucapan ringkasnya, Najib berkata, beliau dapat melihat semangat profesional dan moral yang tinggi di kalangan pengurusan Lotus untuk memajukan syarikat itu walaupun pelan pemulihannya bercita-cita besar. "Dengan pelan dan semangat yang tinggi, saya yakin Lotus boleh melakukannya," katanya. Sejak 15 tahun lalu, Lotus berdepan kerugian dan sedang melaksanakan pelan pemulihan yang memerlukan suntikan pelaburan 400 juta pound (RM1.9 bilion). Pada masa ini, Lotus mempunyai enam model baru yang akan dikeluarkan tidak lama lagi dan bercadang untuk menjadi pengeluar kereta sport bermutu tinggi, tidak lagi tertumpu kepada pasaran khusus seperti sebelumnya. Proton mengambil alih Lotus pada 1996 selepas pemiliknya, Romano Artioli, muflis. Turut hadir, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh; Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed dan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar. Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, Najib akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Rom mulai semalam. Dalam lawatan itu, Perdana Menteri dijadualkan bertemu Pope Benedict XVI dan Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican di Castel Gandolfo, Rom. Najib diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mereka akan disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam. Ia adalah perjumpaan kali kedua seorang Perdana Menteri Malaysia dengan Pope, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengunjungi Pope John Paul pada Jun 2002. Semasa lawatan ke Rom, Najib akan mengambil peluang untuk bercakap mengenai inisiatif ''Pergerakan Sederhana Global", selain meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Takhta Suci, menurut kenyataan itu. | ||
| Jiwa 'Lelaki' Dalam Diri Adira Posted: 17 Jul 2011 07:10 PM PDT Adira belajar untuk menjadi lebih ayu dan lembut sejak bergelar artis.MUNGKIN hanya yang benar-benar rapat dan mengenalinya luar dan dalam saja dapat melihat sisi sebenar penyanyi bertubuh kecil ini. Apa tidaknya, jika dilihat kepada fizikalnya yang genit dan penuh keayuan itu, pasti ramai tidak menduga empunya diri Siti Adira Suhaimi (Adira) ini sebenarnya seorang yang kasar dan lasak. Imbasnya dalam satu pertemuan bersama OopStarz! baru-baru ini, di sebalik kelembutan wajah dan penampilan yang disajikan itu, dia mengakui dirinya seorang yang lasak seperti lelaki pada satu ketika dulu. "Saya adalah anak bongsu dan hanya ada seorang kakak manakala selebihnya adalah enam abang. Saya pula lebih rapat dan banyak menghabiskan banyak dengan abang-abang. "Sejak kecil saya sudah terdedah dengan aktiviti lasak dan kasar. Pelbagai aktiviti lasak yang saya lakukan seperti pernah bergaduh, menangkap ikan, panjat pokok dan macam-macam lagi kerana mengikutkan abang-abang saya. "Sebab itu, perwatakan dan cara saya berfikir lebih cenderung seperti seorang lelaki," katanya. Jelasnya lagi, jika orang melihat pada luaran, ciri-ciri kelelakian itu memang tidak ketara tetapi apabila dia mula dikenali dan diajak berbual, warna sebenarnya akan menjelma. "Kalau orang tidak kenal mereka tidak akan nampak tetapi bagi yang rapat dan mengenali saya, mereka akan dapat melihat ciri-ciri kasar dalam diri saya. "Terus-terang, sehingga hari ini saya sebenarnya lebih selesa bergaul dengan lelaki. Saya mempunyai lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan kerana sikap mereka yang ringkas, terbuka dan tidak rumit," katanya. Berhati-hati ![]() Pada dasarnya, sikap kelakian yang dimiliki gadis berzodiak Virgo ini pasti cukup 'digeruni' dan mahu dijauhi oleh kebanyakan gadis dan wanita lain. Namun, naib juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini pula menganggap karakter itu sebagai satu bonus buatnya. Kata Adira, sepanjang membesar dengan perwatakan sebegitu dia sangat bertuah kerana sikap itu banyak membentuk keperibadian dan pemikirannya yang lebih terbuka, tidak mudah sensitif, tegar dan berdikari. "Saya bersyukur kerana memiliki sikap kasar ini. Walaupun sikap ini tidak manis dan kurang sesuai untuk seorang perempuan tetapi ia memberikan kelebihan. "Saya memang tidak mahu menjadi gadis yang tipikal. Karakter lasak dalam diri ini menjadikan saya lebih kuat, berdikari dan terbuka," katanya. Mungkin dek kematangan diri dan pengaruh persekitaran yang memagari status selebriti yang digalasnya hari ini, Adira bagaimanapun mengakui dia harus bersikap fleksibel dan mengadaptasi perubahan demi kebaikan. "Namun, saya cuba tampil dengan perwatakan yang lebih lembut dan ayu sekarang. Tambahan pula sejak bergelar artis saya perlu lebih berhati-hati agar sikap dan pembawaan diri saya disenangi ramai. "Ia bukan proses yang mudah tetapi saya belajar sedikit demi sedikit untuk menghaluskan mana-mana aspek yang agak kasar sebelum ini," luahnya dalam berseloroh. Kelas komunikasi ![]() Seperkara yang cukup sinonim dengan bakat-bakat berpotensi dari negeri di bawah bayu adalah isu komunikasi. Fakta itu diakui sendiri oleh Adira dan penyanyi lagu Ku Ada Kamu ini juga tidak terlepas daripada konflik tersebut. Apabila diajak berkongsi pandangannya tentang isu komunikasi yang dianggap sebagai faktor yang merencatkan kelancaran proses perkembangan kerjaya artis negeri itu, Adira mengangguk bersetuju. "Kelancaran berkomunikasi dengan bahasa Malaysia yang jelas dan standard adalah faktor penting yang mempengaruhi perkembangan kerjaya seseorang artis. "Saya tidak nafikan, sejak dulu lagi memang ramai bakat seni yang berpotensi dari Sabah sukar untuk berkembang dan mengukuhkan profil kerana faktor komunikasi. "Malah, saya akui turut berdepan masalah itu tetapi atas nama kesungguhan terhadap bidang seni, saya cuba perbaiki kelemahan itu dengan mengambil kelas komunikasi," katanya. Kongsinya lagi, sebagai selebriti yang mahu bertahan selama yang mungkin di dalam industri, dia tidak segan untuk belajar penggunaan bahasa Malaysia yang betul selain gaya pertuturan yang lebih difahami umum. "Mujurlah saya mempunyai ramai kawan di sini yang sentiasa ada untuk membetulkan keadaan jika slanga Sabah terlepas daripada mulut saya apabila berbual atau ditemuramah. "Bukannya apa, saya mahu mengembangkan bakat pada bidang lakonan dan pengacaraan juga. Untuk menceburi bidang tersebut, faktor komunikasi yang lancar dan standard adalah sangat penting. "Sebab itu sehingga hari ini saya masih belajar gaya pertuturan yang betul dan standard bagi memudahkan tujuan komunikasi," katanya menoktahkan bicara dengan sekuntum senyuman. ![]() | ||
| Posted: 17 Jul 2011 07:05 PM PDT ISTERIKU...Johan memberikan ciuman kepada Farah sebagai tanda kasih. RAHSIA percintaan yang berlangsung selama enam tahun disimpan rapi penyanyi dan pengacara, Farah Diana Anuar atau Farah, 26. Sehinggalah tahun lalu dia mula membuka mulut me�ngenai jejaka yang berjaya memenangi hatinya seorang usahawan, Johan Johari, 26, berasal dari Bukit Jambul, Pulau Pinang. Walaupun sudah mengikat tali pertunangan Disember lalu, Farah masih lagi berahsia mengenai Johan yang hanya mahu dikenali dengan panggilan 'J' sebelum ini.
| ||
| Posted: 17 Jul 2011 07:00 PM PDT TERTIPU ...Kim Soong (kanan) dan remaja yang pernah berurusan dengan Dr terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat. KUALA LUMPUR: Bermodalkan gelaran sebagai kerabat diraja, seorang lelaki menggunakan status itu untuk menipu pemilik sebuah syarikat pembinaan kononnya boleh menyediakan modal permulaan bagi projek terbaru mereka. Seorang mangsa yang juga bekas pekerjanya, Hew Kim Soong, 49, berkata lelaki yang dipanggil Dr itu meminta dia menjadi Pegawai Perhubungan Awam (PRO) syarikatnya dengan menjanjikan gaji RM3,000 sebulan.
"Melihat kepada status dan latar belakangnya, saya yakin akan mendapat pekerjaan lebih baik tambahan pula kami hidup berjiran. Ini memudahkan saya berulang-alik ke pejabat yang terletak di rumahnya.
"Hasil daripada siasatan sendiri, saya menemui dua mangsa Dr berkenaan yang mengalami kerugian puluhan ribu ringgit kerana terpedaya dengan janji lelaki itu.
Katanya, selepas menyiasat latar belakang lelaki itu, beberapa penduduk setempat turut mendakwa lelaki itu gemar memancing kanak-kanak dan remaja ke rumahnya sebelum mencabul mangsa.
| ||
| Albert, Charlene tidak sehaluan Posted: 17 Jul 2011 06:52 PM PDT GOSIP...Charlene dikatakan menginap di Hotel Oyster Box secara bersendirian. PUTERA Albert dari Monaco menghadapi kejadian memalukan lagi selepas isteri barunya dikatakan tidur di sebuah hotel berasi�ngan sejauh 16 kilometer dari hotel penginapannya ketika percutian bulan madu mereka. Berita itu menyusul selepas Albert, 53, dan isterinya yang berusia 33 tahun pulang ke kediaman mereka lebih awal daripada percutian di Afrika Selatan supaya dia dapat menjalani ujian DNA sebagai sebahagian syarat tuntutan untuk anak luar nikahnya. Laporan terbaru mengenai anak luar nikah Albert mendorong Charlene, bekas perenang Olimpik cuba melarikan diri dari negara Mediterranean itu sebanyak tiga kali sebelum hari perkahwinan mereka.
| ||
| Posted: 17 Jul 2011 06:51 PM PDT Datuk Hassan Kamil SYARIKAT Takaful Malaysia Bhd (Takaful Malaysia) mengunjur perolehan premium mencecah hampir RM1 bilion tahun ini, melonjak 25 peratus berbanding tahun lalu. Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Hassan Kamil berkata, tahun lalu kumpulan itu merekod premium kira-kira RM750 juta, meningkat 22 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Katanya, tiga produk itu ialah skim perlindungan untuk peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dilancarkan April lalu, produk perlindungan kemalangan peribadi yang dibuat secara usahasama dengan bank dan akan dilancarkan antara Ogos atau September ini.
Selain itu, Hassan berkata, Takaful Malaysia kini mempunyai aset kira-kira RM5 bilion berbanding lebih RM13 bilion yang dimiliki keseluruhan industri.
Ditanya mengenai aktiviti menjelang Ramadan, beliau berkata, syarikat akan menumpukan kepada kerja-kerja membabitkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) antaranya membantu golongan susah dan anak yatim melalui sumbangan yang akan dihulurkan. | ||
| Setiap matlamat kesihatan boleh dicapai Posted: 17 Jul 2011 06:47 PM PDT KAMI BOLEH...ahli pasukan Venus bersorak memberi sokongan moral kepada rakan sepasukan mereka. MEREKA hanya diperuntukkan tujuh minit untuk melengkapkan enam aktiviti ini - melompat papan, mengangkat besi dumbel, melakukan lonjakan kaki (lunges), juak barbel (barbell overhead), menyepak angin serta berbasikal menggunakan mesin pada jarak 200 meter - dan perlu dilakukan antara 10 ke 20 kali bagi hampir setiap aktiviti. Secara kasarnya mungkin tampak mustahil, tetapi ia berjaya dibuktikan 12 peserta Roasters Health Watch 2011 (RHW) yang bertungkus-lumus melengkapkan setiap cabaran ketika saingan akhir di restoran Kenny Rogers Roasters, Berjaya Times Square, minggu lalu. Biarpun pada zahirnya fizikal mereka seakan-akan tidak berupaya untuk meneruskan satu demi satu cabaran, 12 peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan, Mars dan Venus ini tetap bersema�ngat, malah kebanyakan peserta melakukan setiap cabaran itu berulang kali sehingga tamat masa.
| ||
| Fasih bahasa Inggeris bukan jaminan dapat kerja Posted: 17 Jul 2011 06:46 PM PDT BAHASA KOMUNIKASI...kepentingan bahasa sebagai medium komunikasi Melayu memang tidak dapat dinafikan. ANTARA isu hangat masih terus diperkatakan ialah keupayaan pelajar me�nguasai bahasa Inggeris yang dianggap berada di takuk lama dan tidak memberangsangkan. Kegagalan menguasai bahasa itu dianggap bukan saja merencatkan masa depan, malah meletakkan mereka dalam kelompok kelas kedua yang bakal ketinggalan dalam persaingan dunia global. Tidak mahu terus dibelenggu kecaman, pelbagai usaha dilakukan semata-mata mahu memastikan golongan terbabit berjaya menguasai bahasa antarabangsa itu biarpun secara asasnya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik bukan jaminan total memperoleh pekerjaan.
| ||
| Sasi The Don Tidak Kecewa Walaupun Kurang Popular Posted: 17 Jul 2011 06:45 PM PDT Sasi The Don kembali selepas lima tahun tidak mengeluarkan album.KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penerbit lagu, Sasi The Don atau nama sebenarnya Sasidharan Chandran, 33, mengakui tidak berkecil hati atau kecewa walaupun kurang dikenali ramai selepas 11 tahun menceburi bidang nyanyian tanah air. Kata Sasi, walaupun dirinya tidak sepopular mana, dia amat bertuah kerana terus mendapat sokongan daripada peminat setia yang sentiasa menyokong perjuangan muziknya. "Terus-terang, saya tidak pernah bimbang atau risau untuk bergelar penyanyi popular kerana berada pada kedudukan hari ini yang sederhana dan penuh misteri ini lebih mengujakan. 'Selepas 11 tahun menceburi bidang nyanyian saya tahu perjuangan muzik ini dihargai oleh para peminat setia walaupun mungkin jumlahnya tidak seramai mana," kata Sasi yang ditemui usai pelancaran album keempatnya, Don't Panic, It's Just Music di Mist Club, Bangsar, di sini, Ahad. Berkongsi tentang 'kehilangannya' daripada pentas nyanyian selama lima tahun, Sasi berkata, isu pengurusan waktu menjadi faktor yang menyebabkannya menyepi diri seketika. Sasi The Don berduet dengan Jaclyn Victor dalam lagu Tamil berjudul Devathai (Angel)."Kali terakhir saya keluarkan album adalah pada 2006. Ketika itu, saya berdepan konflik untuk menyusun jadual waktu antara kerja tetap di agensi periklanan dan aktiviti seni. "Keadaan itu berlarutan sehingga memaksa saya berhenti kerja pada Jun 2010 untuk menumpukan perhatian pada proses pembikinan album baru. "Selepas setahun, sebaik album ini siap, tidak sangka pula saya dipanggil semula oleh majikan dan kembali bekerja di sana. "Saya gembira dan puas kerana album ini dapat disiapkan dan dalam masa yang sama saya bekerja semula dengan agensi itu," katanya yang menerbitkan album itu dengan kos sebanyak RM120 ribu. Mengulas tentang album keempatnya ini, penyanyi yang pernah berduet dengan lagenda rock Amy Search dalam lagu Suatu Impian sebelum ini berkata, keistimewaan album ini terletak pada konsep, bunyi dan lagu-lagu kolaborasi yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. "Album ini jauh lebih baik dan segar daripada album-album terdahulu. Untuk kali ini, saya berduet dengan Anita Sarawak, Jaclyn Victor, kumpulan Indian Apache, Salam, Rabbit Mac dan Maxi Priest. "Saya yakin album kali ini adalah satu penawaran muzik yang berbeza, lebih berwarna-warni dan matang seiring dengan pengalaman 11 tahun saya sebagai artis," katanya. Album tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir tampil memberikan sokongan pada pelancaran album Sasi The Don.Bersempena dengan pelancaran album itu, Sasi bakal mengadakan dua persembahan Digi Live Sasi The Don Don't Panic, It's Just Music di Fame, Pulau Pinang pada 23 Julai dan Jazz & Blues, Johor Bahru (30 Julai). Peminat yang ingin menyaksikan persembahan itu perlu memuat turun nada pemanggil CallerTunes Digi untuk lagu Devathai (Angel) nyanyian Sasi bersama Jaclyn Victor dengan menaip SASI ke 2016. Peminat akan diberikan dua keping pas masuk untuk menonton persembahan sama ada di Pulau Pinang atau Johor Bahru bergantung pada kesesuaian. Peminat perlu menunjukkan mesej 'Thank You' yang dihantarkan oleh Digi selepas pembelian nada pemanggil itu bagi membolehkan anda memasuki lokasi persembahan berkenaan. | ||
| Dituduh Beli Undi, Jurey Kesal Tuduhan Shuhaimi Baba Posted: 17 Jul 2011 06:44 PM PDT Presiden baru Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff RosliKUALA LUMPUR: Presiden, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang baru, Jurey Latiff Rosli kesal dengan tuduhan Datuk Paduka Shuhaimi Baba yang menuduhnya membeli undi untuk memenangi jawatan tertinggi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Gafim yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Ahad. Jurey berkata, tuduhan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) itu sebagai tindakan yang tidak berasas kerana mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya. "Saya kesal apabila ada pihak mendakwa saya tidak telus dan membeli undi termasuklah membayar RM300 kepada perwakilan tertentu bagi memenangi jawatan itu. Ia satu tuduhan yang tidak benar sama sekali," kata Jurey kepada mStar Online yang ditemui sejurus majlis berkenaan tamat di sini, Ahad. Jurey diminta mengulas surat bantahan yang dihantar oleh Shuhaimi kepada beberapa pihak dalam persatuan yang mengatakan Jurey telah membeli undi untuk memenangi jawatan berkenaan. Selain surat tersebut Shuhaimi turut menghantar surat bagi memaklumkan PFM menarik diri untuk bergabung dalam Gafim yang dilihat ada kaitan dengan pemilihan jawatankuasa baru pada kali ini. Jurey berkata, pemilihannya sebagai Presiden Gafim yang baru adalah berdasarkan kepada keputusan pengundian yang dilakukan oleh kira-kira 50 perwakilan selain atas kapasitinya sebagai presiden dua persatuan lain iaitu Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Majlis Tindakan Industri Kreatif dan Multimedia (Majika). Kata Jurey, dia yakin kemenangannya adalah kerana keyakinan ahli-ahli dalam 11 persatuan yang bergabung dalam Gafim untuk melihatnya menerajui persatuan tersebut selepas penyandangya Ahmad Puad Onah mengumumkan bagi melepaskan jawatan berkenaan. "Ahli-ahli semua yakin dengan kepimpinan saya termasuklah melihat bagaimana kemenangan saya dalam Majika sebelum ini. Atas dasar itulah saya percaya mampu untuk menerajui Gafim sekali gus memenangi pemilihan kali ini," katanya. Ditanya apakah punca tuduhan itu dikeluarkan oleh Shuhaimi, jelas Jurey ia mungkin disebabkan pengarah filem tersebut mahu melihat "orang-orangnya" memegang tampuk tertinggi persatuan itu. Datuk Paduka Shuhaimi BabaKatanya, jika hal itu berlaku, ia satu tindakan yang dianggap tidak adil kerana soal pemilihan terletak kepada tangan perwakilan untuk membuat keputusan. "Ini bukan kali pertama PFM menarik diri dari Gafim. Sebelum ini pun dah pernah tetapi selepas dipijuk mereka masuk balik. Dan kali ini mereka buat perkara yang sama semula," katanya. Sehubungan itu, jelas Jurey dia akan berbincang dengan pihak PFM agar menarik semula keputusan tersebut bagi memastikan hasrat melihat gabungan persatuan seni menjadi kuat akan tercapai. Mengulas mengenai kemenangannya dalam pemilihan kali ini Jurey berkata, dia berhasrat untuk membuat penjenamaan semula Gafim agar imej persatuan yang suram seperti sebelum ini dapat diubah selain ia dapat berfungsi sebagai persatuan yang gah dalam membela masalah-masalah ahli kepada pihak atasan. Langkah pertama katanya adalah menukar logo baru selain meluluskan usul hanya presiden-presiden yang bergabung dalam persatuan itu sahaja layak bertanding jawatan Presiden Gafim pada masa akan datang. Selain PFM yang sudah menarik diri, Gafim dianggotai oleh Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (Fdam), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (Penyiar). Turut serta ialah Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (Papita), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia (Miewa), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dan Persatuan Industri Rakaman India Malaysia (Irim). Berikut ini senarai jawatankuasa baru Gafim bagi tempoh 2011 sehingga 2013: Presiden: Jurey Latiff Rosli Timbalan Presiden: Yoki Chin Naib Presiden: Khir Md. Noor Setiausaha Agung: Yusof Kelana Penolong Setiausaha Agung: Jamil Mutalib Bendahari: Pansha Penolong Bendahari: Kamil Ariffin Pemeriksa Kira-Kira: Abdul Rahim Awang dan Ali Hussin | ||
| Pasangan Sarah Juarai 'Mari Menari 2' Posted: 17 Jul 2011 06:43 PM PDT Pasangan Sarah menjulang trofi dan memenangi wang tunai sebanyak RM150,000 sebagai juara Mari Menari musim kedua di Astro Ria malam Ahad.BUKIT JALIL: Pasangan Sarah muncul juara program tarian Mari Menari musim kedua (MM2) pada peringkat akhir yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, malam Ahad. Pasangan dari Sabah yang dianggotai oleh Sarah Diana Michele Durai, 32, dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, itu mendapat 56 peratus undian penonton. Manakala pasangan Nita akur di tempat kedua selepas mendapat undian 44 peratus pada malam kemuncak yang bertemakan Bollywood, Latin dan Battle (Fusion Dance) itu. Selaku juara, pasangan Sarah membawa pulang hadiah wang tunai RM150 ribu, pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi. ![]() Mengulas tentang kemenangan tersebut, Sarah berkata, dia terkejut dan tidak menyangka akan dipilih sebagai juara memandangkan mereka turut mendapat saingan sengit daripada pasangan Nita. "Kami sangat gembira dan tidak sangka akan menang walaupun mendapat saingan sengit daripada pasangan Nita yang sememangnya bagus. "Terima kasih kepada pihak Astro di atas peluang, para pengundi dan kritikan juri yang sangat membantu sehingga kami bergelar juara," katanya yang merancang untuk meneruskan karier menari. Pasangan Nita pula mendapat pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi. Pada malam akhir, pasangan Sarah mempersembahkan tarian lagu Dhol Baje (Bollywood) dan Papa Americano (Latin). ![]() Pasangan Nita pula tampil dengan tarian lagu Jalwa (Bollywood) dan La Bomba (Latin). Kedua-dua finalis ini berentap dalam tugasan ketiga menerusi lagu KRU, Mahaguru untuk tema Battle (Fusion Dance). Pasangan Sarah berada di bawah kumpulan pereka tari Ray manakala pasangan Nita pula mendapat bimbingan Belalang. Persembahan selingan dijayakan oleh penyanyi Siti Sarah dan suaminya juga pelawak Shuib Sepah yang menyampaikan lagu Seiring Sejalan. Malam kemuncak MM2 yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Lisa Surihani itu diadili oleh Joseph Gonzalez, Harith Iskander, Vanidah Imran dan juri undangan Sofea Jane. Pada aksi separuh akhir malam Sabtu, pasangan Mizi (tempat ketiga) dan Faiz (keempat) masing-masing menerima hadiah pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi. Persaingan musim ini yang bermula sejak 21 Jun lalu berlangsung selama lima minggu pada setiap Sabtu dan Ahad pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104). | ||
| Sasha Saidin Amal Makanan Berprotein Posted: 17 Jul 2011 06:41 PM PDT Sasha Saidin suka menyimpan rambut panjang.UNGKAPAN cantik secara semula jadi biasa kita dengar terutamanya untuk wanita yang kelihatan cantik tanpa perlu mengenakan apa-apa alat solekan. Namun tidak bagi bekas penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin, 35, yang menganggap secantik mana seseorang wanita itu, mereka perlu mengenakan alat solek walaupun sedikit untuk menambahkan keserian wajah. "Pada saya, tiada istilah cantik secara semula jadi kerana jika seseorang itu cantik tetapi tidak mengenakan solekan, dia tetap akan kelihatan pucat. "Kita masih perlu menjaga kecantikan dan terdapat proses di sebalik kecantikan secara semula jadi itu," kata Sasha kepada OopStarz!. Biarpun usianya telah menginjak pertengahan 30-an, penampilan ibu kepada seorang anak ini masih kelihatan menarik. Berkongsi petua menjaga imej diri, kakak kepada pelakon Zain Saidin ini memberitahu setiap wanita perlu menjaga bahagian penting pada wajah mereka iaitu mata. ![]() "Sebagai wanita, kita sentiasa akan dipandang cantik kalau didandan. Kita juga perlu menjaga penampilan agar kelihatan kemas dan bersih. "Saya lebih pentingkan penjagaan pada bahagian mata kerana mata seseorang itu akan kelihatan lesu serta menyebabkan wujudnya lingkaran gelap bawah mata jika tidak dijaga. "Biasanya saya menggunakan timun atau uncang teh yang telah disejukkan untuk diletakkan pada mata bagi mengatasi masalah itu. Saya juga ada menggunakan krim mata yang dibeli daripada seorang kawan dari luar negara," ceritanya panjang lebar. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga dengan Sasha yang turut mewarisi petua daripada ibunya, Siti Aishah Abdullah, 65. Kata Sasha, ibunya sangat mengambil berat tentang kecantikan. "Emak saya semakin menitik berat tentang kecantikan apabila usianya bertambah. Kami dapat menerima hakikat bahawa setiap orang tidak akan nampak muda selama-lamanya tetapi kalau boleh saya nak sentiasa keluhatan segar walaupun sudah berusia lanjut. "Seperti emak saya, apabila semakin berumur, dia nasihatkan saya untuk menggunakan produk tertentu dan bukannya mengambil produk sembarangan. Tetapi tidak bermakna semua produk khusus yang digunakan perlu berjenama dan mahal. Yang penting, produk itu dapat melindungi kulit daripada cahaya matahari," jelasnya. Sapu minyak zaitun ![]() Petua lain yang diamalkan oleh pelakon filem Sama Tak Serupa ini adalah menyapu minyak zaitun dan losen pada anggota badan serta mengamalkan banyak makanan berprotein memandangkan suaminya berasal dari Indonesia. "Saya suka menyimpan rambut panjang. Jadi, saya menyapu rambut dengan minyak zaitun dan perap rambut dengan plastik pembungkus makanan agar minyak itu meresap pada kulit kepala. Hasilnya, rambut menjadi lebih lembut dan mengelakkan keguguran rambut. "Saya juga mengamalkan makanan yang banyak protein jika mahu menurunkan berat badan seperti tempe, ayam, tauhu, putih telur rebus. "Selain itu, saya mengamalkan minum air aloe vera untuk menjadikan kulit lebih berseri-seri. Caranya, potong bahagian tengah pokok aloe vera dan ambil jelinya. Kemudian campur dengan madu atau gula berserta air," ujarnya yang turut berlakon drama Illusi, Misteri Karina, Warkah Buat Atikah dan Nenek Masri ini. | ||
| Paula Malai Ali Bahagia Bergelar Ibu Posted: 17 Jul 2011 06:40 PM PDT Status sebagai ibu baru tidak menyekat Paula untuk kembali aktif dalam pengacaraan.SELINCAH penampilannya, status ibu baru tidak pernah menyekat pengacara televisyen Paula Malai Ali,37, untuk terus aktif. Buktinya, selepas dua bulan melahirkan bayi lelaki sulung bernama Zane pada 23 Februari lalu, hasil perkahwinannya dengan penerbit program The Biggest Loser yang dikenali sebagai Sam tahun lalu, Paula kembali ke arena pengacaraan. Kali ini dengan membuat liputan kejohanan tenis 2011 Wimbledon Championship di Wimbledon, England dari 20 Jun hingga 3 Julai lalu. Menerusi temu bual OopStarz! dengannya baru-baru ini, Paula sempat berkongsi cerita tentang dirinya apabila bergelar ibu, kehidupan semasa dan ketaksuban terhadap sukan tenis. Pengalaman bergelar ibu. Saya sangat teruja dan bahagia dengan pengalaman baru ini. Melihat gelagat dan ragam anak saya Zane membuatkan saya terfikir kenapa harus mengambil masa yang lama untuk bergelar ibu sebelum ini. Pengalaman anda kembali bertugas selepas melahirkan anak. Saya kembali bekerja selepas dua bulan melahirkan Zane tetapi kalau hendak tahu dalam tempoh itu juga saya sudah melakukan beberapa tugas sebagai pengacara majlis. Ia tidak mengejutkan sistem badan saya malah lebih memberangsangkan. Cuma, pada hari pertama bertugas saya sangat terganggu kerana asyik teringatkan Zane dan tidak sabar untuk pulang ke rumah secepat mungkin. Perkara yang paling membahagiakan anda dalam menyaksikan Zane membesar? Melihat personalitinya kian menyerlah saban hari adalah sesuatu yang membahagiakan. Setiap hari dia menjadi semakin responsif terhadap persekitaran. Kini Zane sudah mula ketawa dan mendengus apabila dia gembira atau tidak selesa. Aksi Paula ketika membuat liputan pada kejohanan tenis Wimbledon Championship di England, bulan lalu.Perubahan yang anda lihat dalam diri selepas bergelar ibu. Perubahan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Sejak bergelar ibu, saya mula lupa dan tidak endah tentang waktu tidur malam yang tidak cukup dan perasaan menyayangi seseorang yang tidak pernah saya fikirkan. Kerjaya dan hubungan sosial bersama teman-teman tidak saya abaikan tetapi kesudahannya perasaan untuk pulang ke rumah dan menghabiskan waktu dengan Zane tetap menguasai saya. Bagaimana anda menyusun jadual waktu antara tugas sebagai pengacara, isteri dan ibu? Sejak dulu, saya memang menekankan aspek jadual kerja dan pengurusan waktu. Cuma, kebelakangan ini saya lebih berkompromi kerana setiap keputusan yang hendak dibuat akan dipengaruhi emosi dan Zane. Namun, saya bersyukur kerana kerjaya ini membolehkan saya menghabiskan lebih banyak waktu di rumah dan fleksibel. Kecintaan terhadap tenis. Saya bersekolah asrama di England dan sukan tenis adalah permainan kami ketika di sana. Saya cukup obses apabila dapat bermain tenis dan seronok menontonnya juga. Ia adalah sejenis sukan yang penuh dengan emosi. Perkembangan terbaru anda. Saya akan terus mengendalikan program Ace, F1 dan Engine Block. Dalam pada masa yang sama, saya tetap berharap untuk kembali ke pentas teater. Buat masa ini, saya bahagia menjalani rutin harian sebagai ibu dan memerhatikan anak lelaki saya membesar. Wajah dan aksi Paula boleh ditonton dalam program majalah tenis, Ace yang bersiaran setiap Rabu di STAR Sports (saluran 813). | ||
| Adrian Tan Mampu Buang Rasa Malu Posted: 17 Jul 2011 06:39 PM PDT Adrian TanBIARPUN nama Adrian Tan masih lagi hijau dalam industri hiburan tanah air, namun pemuda berusia 22 tahun ini sudah memasang impian yang besar untuk melebarkan sayap ke luar negara. Walaupun begitu, dia sedar ia bukan sesuatu yang mudah untuk direalisasikan tanpa usaha yang gigih dan ilmu yang luas. Kata Tan, dia kini sedang memasang strategi untuk mencapai matlamat tersebut biarpun terpaksa berusaha keras dan mengorbankan usia remajanya. "Saya memilih untuk berada dalam industri ini, jadi kalau boleh saya mahu mencapai matlamat utama iaitu ke luar negara seperti Hong Kong atau Taiwan. "Tapi saya tahu ia bukan senang kerana memerlukan kerja keras dan mengukuhkan nama saya dalam Malaysia terlebih dahulu sebelum ke tempat orang. "Saya yakin di usia yang masih muda ini saya akan mengambil seberapa banyak peluang yang ada dan tidak mensia-siakannya," kata pelakon utama drama bersiri Time FM ini. Tambah Tan, bukan dia mahu meninggalkan Malaysia apabila sudah berjaya tetapi dia mahu membawa nama Malaysia ke luar negara. "Saya mahu mengharumkan nama negara di luar, tapi bukan bermaksud saya ingin meninggalkan Malaysia dan bekerja di sana. "Kalau boleh saya mahu menimba seberapa banyak ilmu di sana dan bawa balik ke Malaysia," ujarnya yang sedang melakukan penggambaran untuk drama Forget Me Not. Masih menyanyi ![]() Bermula dengan menyertai sebuah program realiti nyanyian Projek Superstar pada tahun 2008, Tan masih lagi aktif dalam bidang nyanyian walaupun rezekinya banyak berpihak kepada bidang lakonan. "Kalau diikutkan saya memang lebih berminat dalam bidang nyanyian tetapi rezeki pula banyak di bidang lakonan. "Tapi saya tidak melupakan terus nyanyian, saya baru sahaja keluar dengan sebuah album, satu daripada lagu tersebut ialah lagu Rimas dari kumpulan The Fabulous Cats yang telah ditukar kepada versi bahasa Cina," katanya. Dalam pada itu, bercerita tentang kali pertama berlakon, Tan akui ia sesuatu yang sangat sukar terutamanya untuk membuang sifat malunya. "Saya seorang yang pemalu, jika berada di pentas untuk menyanyi perasaan malu itu tidak sama seperti berlakon. "Ketika kali pertama berlakon saya memang banyak buat silap sehingga terpaksa diulang beberapa kali. Kadang-kadang dimarahi oleh pengarah. Masa itu juga saya rasa sangat tertekan sehingga ada perasaan tidak mahu berlakon. "Tapi lama kelamaan perkara itu seperti sudah biasa, sekarang saya hanya fikirkan bahawa itu adalah kerja dan perasaan malu perlu dibuang jauh-jauh," ujarnya yang sudah semakin yakin dengan lakonannya. | ||
| Status Ibu Serlahkan Kewanitaan Alicia Keys Posted: 17 Jul 2011 06:31 PM PDT Alicia KeysLONDON: Penyanyi dan komposer Alicia Keys, 30, mengakui naluri kewanitaannya semakin menyerlah dan menguasai diri sejak dia bergelar ibu kepada anak lelakinya Egypt, sembilan bulan yang lalu. Menurut kenyataan isteri kepada penyanyi rap Swiss Beatz itu di portal contactmusic.com, kehidupan sebagai seorang ibu telah memberikannya kepuasan dan kebahagiaan yang berbeza berbanding sebelum ini. "Saya semakin dapat menumpukan lebih perhatian kepada diri sendiri. Bergelar ibu menjadikan diri saya wanita yang berbeza dan lebih matang," katanya. | ||
| Tiga langkah elak keracunan makanan Posted: 17 Jul 2011 06:30 PM PDT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif menganjurkan kempen keselamatan makanan dalam usaha untuk melindungi orang ramai terutamanya murid sekolah rendah daripada bahaya kesihatan berpunca daripada makanan, penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Noraini Mohd. Othman berkata, pihaknya memandang serius isu-isu berkaitan keselamatan makanan yang berlaku di dalam negara. "Pelbagai langkah telah dan sedang diambil oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dalam menjalankan aktiviti promosi keselamatan makanan bagi memberi maklumat dan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat terutamanya murid-murid," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. Sehubungan itu jelasnya, pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan di sekolah antaranya kempen keselamatan makanan "Lihat, Hidu, Rasa" yang disasarkan kepada murid sekolah rendah berumur tujuh hingga 12 tahun. "Tema Lihat, Hidu, Rasa telah dilancarkan pada Ogos 2010 dan kempen yang berterusan ini memperkenalkan tiga langkah mudah untuk mengenali makanan rosak atau basi. "Tingkah laku ini dipilih memandangkan ia amat mudah untuk dilakukan dan tidak melibatkan kos tetapi hanya menggunakan deria yang telah dianugerahkan untuk membuat penilaian sebelum membeli atau mengambil makanan," katanya. Menurut beliau, pemilihan makanan boleh dibuat dengan langkah mudah seperti melihat makanan dari segi berlendir, berbuih, berkulat, berubah warna atau tamat tarikh luputnya. "Langkah kedua ialah dengan menghidu makanan tersebut untuk memastikan tiada bau yang tidak menyenangkan atau berbeza daripada biasa. "Langkah ketiga pula ialah dengan merasa makanan itu bagi mengenal pasti sama ada ia sudah basi atau busuk. "Sekiranya makanan didapati mempunyai ciri-ciri seperti yang tersebut, ini menunjukkan makanan itu telah rosak atau basi dan tidak boleh dimakan," terang beliau. Tambah Noraini lagi, selain memberi kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya-bahaya kesihatan disebabkan makanan yang basi atau rosak, matlamat kempen ini adalah untuk membantu menggalakkan murid memilih makanan yang bersih serta selamat. "Ia juga melatih murid menggunakan kemahiran deria lihat, hidu dan rasa semasa memilih makanan serta mendorong ibu bapa dan guru mengambil perhatian dalam memastikan anak mereka memilih makanan yang bersih dan selamat," jelasnya. Katanya lagi, KKM berharap melalui pendekatan "Lihat, Hidu, Rasa" yang diperkenalkan itu dapat membantu murid-murid mengenal pasti dan mengelak daripada mengambil makanan yang rosak atau basi melalui deria mereka. "Langkah ini seterusnya dapat mengelakkan mereka daripada mengalami keracunan makanan terutamanya ketika di sekolah," ujarnya. Selain itu, KKM juga telah menubuhkan Skuad Germ Buster yang merupakan sebuah van khas yang dilengkapi dengan bahan-bahan pendidikan untuk mengadakan aktiviti di sekolah-sekolah secara terancang. | ||
| Transformasi pendidikan teknik, vokasional Posted: 17 Jul 2011 06:30 PM PDT
TRANSFORMASI dalam pendidikan teknik dan vokasional perlu dilakukan selari untuk melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir menjelang 2015. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab berkata, pelajar perlu mempunyai kemahiran dan menjadikannya sebagai satu peluang kerjaya bergelar usahawan. Menurutnya, pelajar yang mengambil mata pelajaran vokasional (MPV) tidak perlu merasa rendah diri kerana peluang mereka untuk menjana pendapatan begitu terbuka luas. "Bidang pendidikan teknik dan vokasional di negara kita hanya 10 peratus berbanding negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Singapura yang mempunyai antara 40 hingga 60 peratus daripada pelajarnya menguasai kemahiran vokasional," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Teknik dan Vokasional bertemakan Teknik dan Vokasional - 1 Trasformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini. Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Pembangunan BPTV, Wan Aziz Megat Zainun, Penolong Ketua Pengarah Pengurusan Akademik, BPTV, Norrohani Othman, Ketua Unit Teknik dan Vokasional Jabatan Pelajaran Melaka, Karim Tumin dan Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah, Kasim Mohamad. Pada majlis tersebut Ahmad Tajudin turut melawat bengkel katering dan penyajian, bengkel landskap dan bengkel kemahiran hidup. Terdahulu Pengetua SMK Rahmat, Zulkapli Othman dalam ucapannya berkata, beliau melahirkan rasa bangga dan bersyukur dengan kesudian Ahmad Tajuddin merasmikan program tersebut. "Walaupun berdepan kekangan masa namun masih dapat meluangkan masa untuk hadir serta turun padang melihat sendiri keperluan sekolah di bawah bidang teknik dan vokasional," ujarnya. | ||
| TH Properties sumbang RM36,000 untuk peperiksaan Posted: 17 Jul 2011 06:28 PM PDT
Kumpulan Syarikat TH Properties menghulurkan sumbangan sebanyak RM36,000 bagi menjayakan program persediaan menghadapi peperiksaan awam kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks KLIA dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks KLIA di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Pengurus Besar Perkhidmatan Korporatnya, Nur Adlan Taib berkata, sebagai syarikat yang prihatin, TH Properties mengambil berat bukan sahaja pembangunan fizikal seperti perumahan dan jalan raya tetapi juga pembangunan masyarakat setempat. Menurut beliau, sumbangan tersebut merupakan sebahagian inisiatif Educare@Enstek TH Properties yang mensasarkan peningkatan kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar sekolah di persekitaran Bandar Enstek yang dimajukan oleh syarikatnya. "Tanggungjawab sosial ini dizahirkan antara lain melalui program Educare@Enstek selaras dengan gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," katanya. Sumbangan yang disampaikan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kompleks KLIA dan SK Kompleks KLIA itu akan memberi manfaat kepada 750 pelajar di sekolah berkenaan. Wang sumbangan itu akan digunakan untuk mengadakan pelbagai program persediaan kepada calon yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini. | ||
| Program perubatan Manipal lahirkan pakar Posted: 17 Jul 2011 06:28 PM PDT ![]() SEBAHAGIAN daripada pelajar perubatan di Universiti Manipal, India. DI sebuah bangunan usang dalam sebuah perkampungan kecil, 80 orang bakal jururawat tekun belajar di pusat pembelajaran yang sekali gus menjadikan kawasan tersebut iaitu, Manipal di Mangalore, India sebagai sebuah 'bandar doktor'. Perkara itu berlaku 52 tahun dulu. Dr. T. M. A. Pai telah menjadikan kolej kejururawatan yang dibina pada 30 Jun 1953 berkembang sebagai sebuah pusat pendidikan perubatan yang termasyhur. Kolej itu juga mampu membina empayarnya yang tersendiri merangkumi beberapa buah hospital, universiti dan kolej perubatan yang mempunyai dua kampus iaitu di Manipal dan Manglore, ditubuhkan pada 1955. Sejajar dengan perubahan zaman, tidak hairanlah kini Akademi Pendidikan Tinggi Manipal (MAHE) yang diterajui oleh Canselor dan presidennya, Dr. Ramdas Pai, mampu menarik minat para pelajar dari 50 buah negara, terdiri daripada berbilang bangsa serta agama untuk menetap, bekerja dan belajar di situ. MAHE mempunyai dua buah universiti, 24 buah kolej profesional, tujuh buah kampus, 70,000 pelajar dan 200,000 alumni di seluruh dunia. Para pelajarnya datang dari seluruh pelosok India termasuk dari Malaysia. Malah pelajar-pelajar merupakan golongan paling ramai di kolej tersebut. Maka tidak hairanlah sekiranya 90 peratus penduduk di bandar Manipal, Mangalore terdiri daripada golongan pelajar. Namun begitu, kesemua mereka mempunyai tujuan dan maksud yang sama iaitu untuk menimba ilmu supaya dapat berbakti kepada tanah air sendiri. Universiti Manipal (UM) yang menawarkan program berkembar Sarjana Muda Perubatan (MBBS) mengkehendaki para pelajar melanjutkan pelajaran selama dua setengah tahun di Manipal, kemudian meneruskan pengajian dua tahun setengah di Melaka-Manipal Medical College (MMMC) sebelum menamatkan latihan klinikal. Program ini membuka satu lembaran baru bagi pelajar di negara ini untuk melanjutkan pelajaran terutama dalam bidang perubatan. Salah seorang pelajar perubatan dari Malaysia, Mohamad Asyraf Jamilul Nasir berkata, peluang belajar di Universiti Manipal sesuai dengan kedudukan dan tarafnya sebagai salah sebuah kolej perubatan terkemuka di dunia serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di situ. "Semuanya bertaraf antarabangsa. Baik dari segi tenaga pengajar mahupun kemudahan infrastruktur pembelajaran. Malah kolej yang disediakan bertaraf kelas pertama. "Kolej ini turut menyediakan patalogi yang menempatkan kira-kira 2,600 spesimen yang terdiri daripada organ-organ manusia yang telah rosak akibat penyakit" katanya. Menurut Mohamad Asyraf, para pelajar boleh melihat spesimen itu sebagai maklumat tambahan selain mendapat informasi berkaitan sesuatu penyakit daripada perpustakaan yang mengandungi lebih 1,070,000 buah buku. "Penekanan yang konsisten terhadap kualiti pembelajaran turut menjadi faktor pengiktirafan dunia terhadap kualiti pembelajaran pembelajaran perubatan disini. "India terkenal dengan reputasi tenaga pengajar dalam pendidikan asas perubatan dan ini merupakan satu landasan penting bagi setiap pelajar perubatan, inilah kekuatan saya untuk melanjutkan pelajaran di UM, "katanya. Mohamad Asyraf menambah , pelajar yang mengikuti pengajian perubatan di Universiti Manipal juga berpeluang mengikuti latihan serta mendapat pendedahan terbaik dalam bidang perubatan yang dilengkapi dengan peralatan canggih dan diperakui kebanyakan majlis perubatan dunia. Selain itu, katanya, pelajar akan menjalani sesi kelas dan amali anatomi secara efektif kerana bekalan mayat mudah diperolehi di bandar raya berkenaan. | ||
| Pemimpin pelajar UIAM ke Australia Posted: 17 Jul 2011 06:26 PM PDT
USAHA untuk mendedahkan pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan budaya luar negara terus dipergiatkan dalam usaha untuk menjana pemikiran yang lebih kreatif, kritis dan berpandangan jauh serta mewujudkan budaya pengantarabangsaan di kalangan warga kampus di negara ini. Menyedari hakikat itu, baru-baru ini bahagian pembangunan pelajar UIAM menganjurkan program pengantarabangsaan dengan menganjurkan lawatan akademik ke Australia. Bersesuaian dengan moto Taman Ilmu dan Budi dan misinya Keislaman, Integrasi, Pengantarabangsaan dan Kecemerlangan Menyeluruh, pemimpin siswa UIAM perlu mengorak langkah melengkapkan ilmu dan pengetahuan di sebelum melangkah ke dunia kerjaya yang sebenar. Antara objektif lawatan itu ialah mewujudkan platform bagi mengadakan aktiviti, program dan interaksi di peringkat antarabangsa. Sepanjang lawatan akademik itu, antara tempat yang dilawati ialah Universiti La Trobe, Royal Melbourne Institut Of Technology University (Universiti RMIT) dan Universiti Swinburne. Turut dilawati ialah Dewan Malaysia Melbourne dan Sydney serta Pejabat Konsulat Malaysia di New South Wales, Australia. Menurut Pengarah Program, Hazman Sapawi, seramai 13 pelajar yang terdiri daripada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan persatuan terlibat dalam aktiviti itu. "Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar UIAM untuk mengetahui sistem akademik di Australia secara amnya dan secara khususnya. "Kita didedahkan dengan teknologi kejuruteraan dan inovasi di Australia seterusnya melihat perkembangan industri dan institut pengajian dalam konteks ilmiah di negara itu," katanya. Sementara itu, ketika mengadakan lawatan ke pejabat Pejabat Konsulat Malaysia, pelajar juga dapat berinteraksi terus dengan wakil Malaysia dan mengadakan perbincangan mengenai isu-isu semasa yang membabitkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |































0 ulasan:
Catat Ulasan