RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Di mana silapnya?lacatic

Posted: 16 Jul 2011 07:56 PM PDT

extrapix_middle
pix_topright

BENAR kata orang, seorang ibu atau bapa mampu menjaga ramai anak tetapi tidak semestinya budi baik itu dibalas anak mereka apabila dewasa kelak.

Ungkapan itu menggambarkan fenomena membimbangkan anak masa kini - ibu bapa yang meniti usia emas tidak lagi dijaga dan dipedulikan zuriat mereka. Malah ada anak yang berkemampuan dan hidup mewah tergamak menghantar ibu bapa mendiami rumah perlindungan warga tua.


Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Norani Mohd Hashim ketika ditemui berkata, beliau kesal dengan sikap segelintir anak generasi sekarang yang mengabaikan orang tua sebaik dewasa.

"Daripada pemerhatian, kami mendapati jumlah penghuni warga emas di rumah perlindungan ini meningkat saban hari. Situasi ini membuatkan saya terkilan dengan tingkah laku anak zaman sekarang terhadap ibu bapa mereka.


"Lebih membimbangkan, daripada statistik terkini, peratusan tertinggi daripada jumlah penghuni di semua rumah perlindungan warga emas ialah berbangsa Melayu dan beragama Islam.


"Berbanding 10 tahun lalu, bangsa Melayu mencatat tidak sampai lima peratus. Itulah kenyataan pahit yang terpaksa pihak kami telan apabila mengenang sikap anak zaman sekarang," katanya.

Mengapa trend ini berlaku? Di mana silapnya hinggakan anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang dan perhatian tergamak mengabaikan ibu atau bapa apabila dewasa.


Mengikut definisi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), warga emas ialah individu berumur 60 tahun ke atas.

Mereka yang tergolong dalam definisi itu layak mendapat perhatian JKM.


Norani berkata, JKM menyediakan 11 pusat perlindungan seluruh negara membabitkan dua institusi iaitu Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan (RE).


RSK didirikan untuk golongan warga emas mampu mengurus diri serta masih sihat, manakala RE untuk golongan warga emas yang terpaksa bergantung kepada orang lain untuk membantu mereka mengurus diri dan terlantar sakit.


"Penghuni di dua institusi ini daripada pelbagai latar belakang. Tumpuan ialah kepada mereka yang tiada waris dan miskin tetapi sedihnya, ada kes diterima membabitkan anak yang tidak mahu menjaga ibu bapa kerana menyusahkan.


"Ibu bapa sakit memerlukan jagaan rapi dan kos perubatan tinggi antara alasan diberi anak mereka apabila menyerahkan orang tua untuk dijaga pihak JKM. Ada juga kes ibu bapa sukarela datang ke pihak kami memohon perlindungan kerana diabai anak," katanya.


Beliau berkata, konsep terabai bermaksud mereka tidak diberi makan dan minum, malah ketika sakit, anak mereka tidak menjenguk dan membiarkan ibu bapa yang tua tidak mendapat bantuan perubatan.


"Pengabaian bukan saja daripada segi keperluan asas, tetapi tidak memberi perhatian dan kasih sayang juga dianggap sebagai pengabaian kepada ibu bapa mereka.


"Ini kerana warga emas mempunyai emosi sangat sensitif. Kadangkala ciri emosi ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran berkomunikasi dan berbaik dengan anak mahupun menantu. Jadi mereka lebih senang memilih berada di rumah perlindungan," katanya.


Norani berkata, sehingga Jun tahun ini, ada 2,084 penghuni warga emas di seluruh Malaysia iaitu 1,847 di RSK dan 237 di RE.


Katanya, nilai peratusan peningkatan ini dianggap tinggi bagi JKM iaitu peningkatan 13.7 peratus berbanding tahun lalu.


Menurut beliau, JKM menerima kehadiran penghuni lelaki lebih tinggi iaitu 1,247 orang berbanding penghuni wanita hanya 837 orang.


Kajian awal mendapati, punca ramai penghuni lelaki mendiami rumah institusi warga emas kerana sejarah silam hubungan bapa dan anak tidak baik.


Malah segelintir penghuni mendakwa sewaktu muda mereka mengabaikan anak, menyebabkan mereka disingkir daripada keluarga anak masingmasing.


"Bantuan menempatkan warga emas di pusat jagaan JKM bukan bermaksud mengganti peranan anak tetapi sekadar membantu memelihara hak mereka tatkala institusi keluarga gagal menjaga kebajikan ahlinya.


"Sebenarnya JKM turut menyediakan saluran alternatif bagi mereka yang miskin menjaga ibu bapa menerusi bantuan warga emas sebanyak RM300 sebulan. Kami mahu ibu bapa tua menikmati sisa kehidupan masih ada bersama anak menantu dan cucu.


"Bayangkan kita sendiri seperti mereka, sudah pasti kehidupan diingini ialah bersama keluarga sehingga akhir hayat. Bukan kemewahan dan harta benda diharapkan, cuma tempat untuk menumpang kasih diidamkan oleh golongan ini," katanya.

Kegilaan roller coaster

Posted: 16 Jul 2011 07:47 PM PDT


GUNUNG Fuji menjadi latar belakang Takabisha menjadikan pemandangan di situ menakjubkan.


KEBANYAKAN kita tentu tidak lupa keseronokan bermain tarik-tarik upih pinang. Biar pun jalan berliku dan penuh cabaran, namun keseronokan 'meluncur' di atas upih pinang memang tiada tara. Tidak peduli sama ada si tukang tarik upih berpeluh kepenatan atau punggung terhentak batu kerikil, permainan tradisional itu menjadi kegilaan.

Apatah lagi jika upih ditarik menuruni bukit, apa lagi bergemalah jeritan di sana-sini. Risiko luka, melecet atau pun tergolek tolak tepi, yang penting keterujaan dan keseronokan hasil menuruni bukit menggunakan upih pinang dinikmati sepenuhnya.

Tentunya keseronokan meluncur di atas upih pinang atau kelapa tidak mampu dibandingkan dengan pengalaman menaiki roller coaster.

Ada yang menyifatkan menaiki roller coaster umpama meninggalkan jantung di atas dan mengutipnya semula apabila kaki dipijak di tanah. Tidak semudah upih pinang yang ditarik menuruni bukit, roller coaster menawarkan cabaran yang sukar diucapkan dengan kata-kata.

Lupa dan lepaskan segala-galanya untuk beberapa minit, sememangnya menakjubkan meneroka permainan yang pernah digelar mesin menjerit itu memberi kesan kepad banyak orang dengan pelbagai cara.

Malah ada yang merumuskan menaiki roller coaster memberi pengalaman pertama walaupun telah berkali-kali mencubanya.

Roller coaster juga menjadi perangsang adrenalin bagi mereka yang gemarkan cabaran. Semakin curam dan laju roller coaster nilai tarikannya semakin bertambah.

Terbaru Fuji-Q Highland Amusement Park di Yamanash, Japan menawarkan roller coaster yang menakjubkan iaitu meluncur pada kedudukan menurun paling curam - memecahkan rekod Mumbo Jumbo, Flamingo Land di Yokshire, United Kingdom sejak pembinaannya pada Julai 2009.

Dengan kedudukan paling curam 121 darjah dan kelajuan 100 kilometer sejam, tentunya pengalaman selama 122 saat menaiki Takabisha yang bermaksud 'dominan' itu ditunggu- tunggu mereka yang gilakan cabaran.

Tarikan

Menelan belanja USD40 juta, roller coaster tersebut dengan latar belakang gunung Fuji menemui pengunjung Fuji-Q Highland Amusement Park di Yamanash, Jepun kelmarin. Pakej yang ditawarkan sememangnya mampu 'menghentikan' degupan jantung termasuk tujuh twists, terowong gelap dan ketinggian 43 meter - tentunya paling mengkagumkan adalah kecuraman 121 darjah yang bakal disenaraikan dalam Guinness Book of Records.

Bergantung kepada kombinasi graviti dan set motor linear yang dipasang pada 'kereta' yang memuatkan penumpang, jangan terkejut jika kelajuan 100 kilometer sejam menyebabkan anda umpama terawang-awang di udara.

Semestinya, sebaik diiktiraf sebagai roller coaster paling curam, Takabisha mencatatkan angka ke-14 tarikan Fuji-Q yang direkodkan Guinnes Book of Records menjadikan taman tema itu antara yang paling menarik di dunia.

Lebih menarik apabila pengunjung dapat merasai pengalaman 'dilambung' dan 'terjun' sambil menikmati keindahan salji di puncak gunung Fuji. Itupun kalau mata tidak terpejam rapat dek keasyikan atau menahan rasa gayat gara-gara ayunan Takabisha.

Takabisha juga dijangka merampas gelaran roller coaster terpantas daripada Formula Rossa di taman tema Ferrari World, Abu Dhabi.

Sejarah roller coaster

Permainan roller coaster dikatakan bermula dengan luncur ais di Rusia yang dibina pertengahan kurun ke-17 di negara tersebut dengan fokus utama di St. Petersburg pada 1784. Struktur bangunan meluncur itu dibina daripada kayu gergaji yang diselaputi ais setebal beberapa inci di bahagian permukaan. Penumpang akan memanjat tangga di bahagian belakang bukit ais dan meluncur menggunakan papan mengikut ketinggian bukit.

Catatan sejarah bercerita mengenai Catherine The Great (Permaisuri Rusia) yang mengarahkan pembinaan roller coaster, kemudian dinamakan Russian Mountain di Garden of Orienbaum, St. Petersburg pada 1784.

Biar pun lasak, namun roller coaster di zaman awal pembinaannya dibina daripada kayu dengan reka bentuk yang agak terhad. Kini logam menjadi bahan utama roller coaster dengan reka bentuk lebih canggih dan menguji kreativiti malah boleh saja disifatkan sebagai mengundang kegilaan bukan sedikit.

Les Montagnes Russes dan Promendes Ariennness merupakan dua roller coaster terawal dibina di Perancis, Roller coaster ini mempunyai kereta kayu dengan roda yang disambung pada trek kayu.

Tentu ramai yang tidak tahu roller coaster juga pernah digunakan di lombong arang batu. Mauch Chunk Railway mempunyai trek sepanjang 60 kilometer dengan maksimum had laju melebihi 100 batu sejam dibina untuk tujuan tersebut.

La Marcus Thompson dikenali sebagai The Father of The Roller Coaster telah membina roller coaster kayu pertama di dunia dikenali sebagai La Marcus Thompson Switchback Railway. Beliau merupakan orang berpengaruh dalam sejarah pembinaan roller coaster.

Carl Bacon dan Ed Mogan telah membina roller coaster Matterhorn Bobsleds di Disneyland, Anaheim, California menggunakan trek logam berbentuk tabung yang pertama pada tahun 1959.

Bacon juga telah membina roller coaster berbentuk corkscrew di Knots Berry Farm Beunna Park california 1968.

Pada tahun 1990an hypercoaster telah dibina dengan ketinggian melebih 61 meter oleh syarikat Arrow Dynamics of Clearfield yang kemudiannya memonopoli industri hypercoaster.

Pada 1999, sebuah roller coaster dengan ketinggian melebihi 73 meter dengan kelajuan 80kilometer sejam telah dibina di Valencia California.

Kazou Yamada orang pertama membina stand up roller coaster pada 1990-an di Jepun. Penumpang perlu berdiri ketika menaiki roller coaster itu.

Ibarat mendapat ‘nyawa’ kedua

Posted: 16 Jul 2011 07:45 PM PDT

HAMPIR 10 tahun menderita dan kini ibarat mendapat 'nyawa' kedua, tiada apa yang mampu diungkapkan Jamal Mohamad (bukan nama sebenar) melainkan memanjat sejuta kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Sambil membelek-belek bekas lengannya yang lebam akibat terlalu lama menjalani hemodialisis, lelaki berusia 30-an itu tersenyum. Dalam nada berjenaka dia berkata, adakalanya ketika ini dia terasa bosan kerana terlalu banyak lebihan masa.

Manakan tidak, jika dahulu tiga kali setiap minggu dia perlu menjalani dialisis akibat kerosakan kedua-dua buah pinggang. Acara wajib itu sudah sebati dalam diari hidupnya.

Namun semua itu berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya berlaku selepas dia berjaya menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di luar negara.

Menceritakan bagaimana dia mula mengetahui salah satu organ penting dalam tubuh mengalami kerosakan, eksekutif muda itu tunduk sayu. Menurutnya, ketika itu usianya belum mencecah 30 tahun. Sakit kepala teruk yang dialami membuatkan rakan baiknya menyarankan agar dia menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengenalpasti puncanya.

Dia ditahan di hospital namun sepanjang berada dalam wad, doktor tidak memberitahu apa punca kesakitan tersebut.

"Saya hanya tahu daripada majikan yang bertanyakan doktor mengenai penyakit saya. Ketika mendengar khabar itu, saya rasa seperti dunia terhenti seketika," katanya mengingati detik sedih itu.

Umur masih muda, karier pula baru hendak bermula. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Mengapa dia?

Jamal tidak merokok, tidak mengalami penyakit diabetis, darah tinggi atau sebagainya. Dia juga menjalani kehidupan sihat malah semua ahli keluarganya tidak ada sejarah penyakit itu.

Kecewa dan sedih dan sukar digambarkan sering menghantui diri. Penyakit itu juga sedikit sebanyak menjejaskan tanggungjawab kerana perlu kerap menjalani rawatan. Pernah juga dia terfikir untuk berhenti kerja dan pulang ke negeri asalnya, namun itu bukan penyelesaian.

Mujurlah apabila melihat penderitaan orang lain yang lebih teruk, hatinya sedikit terubat.

"Menjalani dialisis mendekatkan saya dengan pesakit dari pelbagai latar. Ada yang terpaksa menanggung kos rawatan sendiri kerana tidak bekerja, ada yang terpaksa menggagahkan diri menaiki bas kerana tidak mahu menyusahkan saudara. Dari situ saya bersyukur, sekurang-kurangnya saya memiliki kerja yang tetap dan ada sedikit simpanan untuk membayar tambang teksi setiap kali pergi menjalani rawatan," katanya.

Melihat kesusahan orang membuatkan dia muhasabah diri. Apa jua musibah yang menimpa dia perlu reda kerana percaya aturan yang Maha Esa itu melebihi segala-galanya.

Transplan

Melalui rakan-rakan yang menjalani dialisis, Jamal mendapat tahu mengenai prosedur transplan di luar negara. Memang kos yang diperlukan sangat tinggi namun dia menganggap harga sebuah 'nyawa' mengatasi segala-galanya.

"Seorang pesakit yang pulih selepas menjalani pemindahan buah pinggang di sana menjadi motivasi untuk saya mengumpul wang dan sentiasa berfikiran positif," katanya.

Jamal sukar menceritakan bagaimana dia berjaya mengharungi perjalanan pergi dan pulang ke tanah air walaupun ketika itu baru seminggu menjalani pembedahan major.

Bayangkan dengan kaki yang membengkak dan bahagian abdomen masih terasa berbisa, penerbangan menaiki kapal terbang lebih kurang lima jam itu dirasakan terlalu lama.

Namun, baginya semangat mengatasi segala-galanya. Apatah lagi pemergian ke sana diiringi ibu tersayang yang sentiasa bersama ketika susah dan senang.

Alhamdulillah, kini selepas tiga bulan menjalani pemindahan buah pinggang, tubuhnya kembali pulih seperti biasa. Jamal bersyukur kerana dia tidak mempunyai komplikasi lain seperti diabetis dan tekanan darah tinggi menjadikan proses pemulihan berjalan dengan cepat.

Kini dia tidak mahu lagi berduka dan memikirkan peristiwa yang telah berlaku. Segala kekuatan dikerah kembali dan apa yang lebih penting segala perancangan yang tergendala akibat kesakitan yang dialami selama ini kembali tersusun.

Walaupun terdapat sedikit kesan sampingan daripada ubat antipenolakan dan steroid yang perlu diambil selepas pembedahan, kata Jamal, kesakitan yang ditanggung ketika dulu lebih hebat lagi.

"Bagi mereka yang mengalami masalah seperti saya, kita kena banyak bersabar dengan dugaan Tuhan. Saya selalu rasa bersyukur bila bangun pagi kerana masih diberi nafas untuk menjalani hidup sehari lagi.

"Kita kena kuat semangat dan jangan mengalah. Kalau terasa sedih atau teramat sakit, saya cuma mampu menangis sendiri dan kemudian akan rasa lega. Ingat satu perkara, Tuhan tak akan menghukum kita selamanya," katanya mengakhiri perbualan.

Kacip Fatimah rangsang hormon

Posted: 16 Jul 2011 07:43 PM PDT

Soalan:
Saya merupakan ibu anak satu dan berumur 32 tahun. Saya juga seorang bekerjaya. Setiap kali pulang daripada kerja dan sampai di rumah saya akan cepat berasa letih. Akibatnya, saya sering menolak setiap kali suami saya mengajak untuk melakukan hubungan kelamin. Kawan-kawan menggalakkan saya meminum jus menambah tenaga dan herba kacip Fatimah. Doktor, adakah rawatan alternatif ini dapat membantu saya?

- Faten, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Puan, terima kasih ke atas persoalan yang diutarakan. Soalan ini amat menarik kerana ia merupakan soalan yang amat praktikal. Ramai di antara wanita kita sekarang yang berkerjaya. Sudah tentu kerana sehari suntuk berkerja dan apabila pulang ke rumah masih ada pelbagai lagi kerja yang perlu dilangsaikan seperti memasak, mengemas rumah, menjaga anak dan sebagainya.

Walaupun sedemikian hendaklah kita semua fahami akan tanggungjawab kita sebagai seorang isteri untuk menjaga suami dari segi nafkah batin juga. Cuba Puan fikirkan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Pemikiran yang tenang adalah amat penting untuk menambahkan tenaga dan meningkatkan nafsu seks bersama suami.

Seseorang suami juga sepatutnya bersama-sama menolong meringankan kerja rumah seperti menolong isteri di dapur, menjaga anak, menjemur dan melipat kain dan sebagainya. Dengan cara ini pemikiran Puan akan lebih tenang dan akan timbul kemesraan bersama suami dan dengan itu Puan akan lebih bertenaga melakukan hubungan kelamin.

Puan mungkin boleh mencuba untuk mengambil produk herba seperti mana yang dinasihatkan oleh kawan-kawan. Memang saya akui herba Kacip Fatimah juga menjadi sasaran wanita yang mengalami kehambaran dalam hubungan seksual.

Jika tidak dirawat, hubungan seks bersama pasangan akan menjadi hambar dan rumah tangga menjadi goyah.

Puan hendaklah mencuba produk herba dari pengeluar yang sah dan yang telah mendapat sijil 'amalan pengilangan yang baik' ('Good Manufacturing Practices' - GMP). Pengeluar ini juga mendapat lesen kelulusan daripada Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukanlah mengambil produk herba ini dari penjual di tepi kaki lima di bandar atau di pasar malam.

Saya sendiri pernah terlibat dalam beberapa kajian saintifik berkenaan herba Kacip Fatimah kepada golongan wanita dalam beberapa tahun yang lepas.

Saya mengharap dengan adanya data-data kajian yang kukuh dan maklumat-maklumat yang didokumentasikan, keberkesanan ubat-ubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit tidak akan dipertikaikan.

Kajian daripada beberapa penyelidik terhadap tikus, menunjukkan ekstrak herba ini, mengandungi bahan bioaktif peptida yang boleh meningkatkan aras hormon tetosteron yang menyamai tongkat Ali. Peningkatan kecil aras hormon testosteron ini boleh meningkatkan aktiviti seksual dan libido (nafsu seks) wanita.

Kajian ini disokong oleh hasil kajian para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menjalankan kajian untuk melihat keberkesanan kacip Fatimah terhadap wanita.

Pengambilan Kacip Fatimah didapati dapat meningkatkan aras hormon testosteron wanita tersebut. Oleh itu, para penyelidik yang terlibat membuat kesimpulan bahawa peningkatan aras hormon ini dapat meningkatkan nafsu seks seseorang wanita.

Daripada penemuan kajian yang dilakukan secara saintifik di atas, dapat ditunjukkan bahawa beberapa amalan dalam perubatan tradisional boleh dijelaskan secara saintifik.

Dengan kata lain, kumpulan penyelidik hari ini telah membuktikan atau mengesahkan apa yang telah diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Hal ini penting untuk memastikan keberkesanan, kualiti dan keselamatan penggunaanya dibuktikan.

Walaubagaimanapun, kajian yang lebih lanjut perlu diteruskan lagi untuk membuktikan keberkesanannya yang lebih hakiki.

Pantiliner jadi masalah

Soalan:

Doktor kini terdapat banyak pantiliner dengan haruman bunga-bungaan semula jadi untuk menangani masalah wanita. Adakah pantiliner ini memberi kesan kepada masalah keputihan wanita? Saya juga ada mendengar ia tidak baik untuk faraj. Benarkah perkara ini doktor?

- Remaja keliru.

Jawapan:

Saya kurang pasti sama ada pantiliner dengan haruman bunga-bungaan semula jadi ini dapat menangani masalah wanita ataupun tidak.

Oleh itu, kajian saintifik yang terperinci perlu dijalankan oleh pihak tertentu bagi membuktikan keberkesanan pantiliner ini di samping aspek keselamatan dan kualiti produk tersebut.

Saya juga tidak dapat memberi komen sama ada ia memberikan kemudaratan ataupun tidak. Adik janganlah mudah terpengaruh dengan kempen atau pernyataan yang dinyatakan oleh syarikat-syarikat pengeluar produk ini.

Saya agak khuatir kerana ada antara syarikat pengeluar produk sebegini menyatakan bahawa produk mereka boleh menghalang wanita daripada pelbagai masalah wanita seperti senggugut, keputihan atau kekuningan, masalah faraj yang berbau, meregulasikan kitaran haid, mengecutkan fibroid, menguatkan rahim, mengeluarkan darah beku di rahim terutamanya selepas bersalin dan keguguran.

Saya menyarankan agar pengeluar produk ini dapat menjalankan kajian saintifik yang menyeluruh sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut. Testimoni daripada pengguna tidaklah mencukupi bagi menyatakan kesahihan keberkesanan produk ini. Saya amat berharap agar semua wanita jangan mudah terpedaya dan perlulah mengkaji pernyataan tersebut. Masalah keputihan adalah proses yang normal yang berlaku secara fisiologikal mengikut kitaran haid dan perubahan hormon. Ia bukanlah disebabkan oleh pantiliner.

Ipar bersorak isteri dicerai

Posted: 16 Jul 2011 07:38 PM PDT

SAYA tidak pernah menyesal bercerai walaupun setelah 20 tahun berkahwin, tetapi apa yang saya sedih permasalahan kami suami isteri turut diracuni oleh ipar duai yang suka mengadu domba, munafik, manis dibibir tetapi suka tikam belakang. Kerana itu nasihat saya kaum wanita hati-hati dengan ipar duai yang "mulut manis."

''Mereka gembira jika permintaan mereka dikabulkan dan hajat ditunaikan. Selepas dapat segalanya, dan terlepas daripada kesusahan, burukkan saya pada suami, dengan niat merobohkan rumahtangga saya,'' cerita Mashanizan dalam e-melnya.

''Namun saya bersyukur dan redha walaupun setelah menjadi ibu tunggal kini, saya masih boleh menguruskan sekolah anak-anak, keluarga, ke pasar di samping bekerja mencari rezeki yang halal. Saya percaya ada hikmah di sebalik perceraian kali kedua ini.

''Dulu bila rujuk semula saya berdoa biarlah jodoh saya hingga ke akhir hayat, tapi siapa boleh melawan takdir. Cuma apa yang saya kesal perilaku ipar duai saya. Kalau dulu punca saya berpisah dengan abang mereka kerana orang ketiga, begitu juga sekarang, tetapi kali ini mereka suka kami bercerai malah sanggup jadi saksi di mahkamah syariah.

''Memang saya minta cerai untuk kedua kalinya, kerana suami saya ada kekasih dan mereka berhajat nak kahwin. Kekasihnya merupakah isteri kedua dan teman sepejabatnya. Saya rela sebab tak ada gunanya mencintai suami yang tidak kasihkan kita, pelbagai alasan dicari mencabar kesabaran saya. Jadi daripada bertengkar lebih baik saya beri dia jalan mudah supaya boleh kahwin. Dan dia setuju.

''Sepatutnya ketika bekas suami saya ada skandal, ipar duai main peranan nasihatkan abang atau adiknya, cari jalan tengah supaya skandal itu diputuskan dan kami boleh berbaik. Malangnya mereka menggalakan kami bercerai. Mereka langsung tidak kesiankan anak-anak saya, walaupun mereka tahu perangai abang mereka yang tak habis-habis buat skandal sejak mula saya kahwin lagi. Kekasihnya saling berganti.

''Dulu dua tahun lepas kahwin dan dapat anak pertama bekas suami dah buat hal. Saya hampir sasau fikirkan nasib. Lepas bertaubat, tiga tahun kemudian lepas dapat anak kedua dia buat hal lagi, kali ini dengan kekasih lamanya. Selama tiga tahun saya terpaksa bergantung dengan ubat tidur bagi menenang jiwa dan fikiran. Nasib baik ada jodoh lagi.

''Tetapi kali keempat selepas 12 tahun dia buat hal lagi saya dah tak boleh sabar. Dia bercinta dengan isteri orang. Saya nekad biarlah kami bercerai, mungkin hidupnya boleh bahagia. Peliknya ada ipar saya yang galakkan abangnya menceraikan saya, kata mereka saya punca abang mereka gila bercinta. Tetapi entah macam mana kami rujuk semula setelah bekas suami tersedar daripada kesilapannya.

''Namun saya bersyukur lagi banyak saya berbelanja untuk anak-anak, berlipat ganda rezeki saya. Malah saya bantu mana-mana ipar yang kesempitan. Saya lakukan atas permintaan mereka. Tapi malangnya budi saya langsung tidak dihargai.

''Pelik perangai bekas suami, dia cepat melenting bila bercakap pasal duit. Sedangkan saya tidak pernah meminta dia beli apa juga perabot dan keperluan dalam rumah. Semua saya beli sendiri. Tetapi dia 'hot' kalau saya beli keperluan dalam rumah tanpa beritahu dia dulu. Sedangkan dia sering tak ada di rumah macam mana nak tanya. Boleh dikatakan semua perabot rumah saya yang beli hasil titik peluh sendiri.

''Isu 'tak hormat suami ini' dijaja merata-rata dan dijadikan alasan utama saya isteri engkar. Hinggakan mereka terlupa bahawa abang mereka tak pernah pedulikan makan minum anak-anak kerana asyik buat skandal yang menjadi isu utama kami bertengkar.

''Kalaupun beli perabot rumah saya menjadi kesalahannya, tetapi mengapa tak jadi salah bila saya hadiahkan bekas ibu mertua dengan televisyen, peti sejuk, sofa, mesin basuh, dan barang kemas? Kenapa tak kata saya tak hormat suami, sedangkan bekas suami saya pun tak tahu apa yang saya hadiahkan pada emaknya. Jahatkah saya?

''Berdosakah saya balik kampungnya jumpa ibunya setiap minggu dan beri duit belanja setiap bulan dari poket saya sendiri? Selain membeli pelbagai barangan keperluannya? Semuanya kerana bekas suami saya tak mahu keluar duit untuk ibunya.

''Jahatkah saya menghadiahkan abang sulungnya dan keluarganya tiket kapal terbang dan melancong ke Langkawi atas perbelanjaan saya? Kerana mereka teringin naik kapal terbang. Salahkah saya membeli pakaian berjenama untuk anak-anak ipar saya selain memberi duit kepada anak buah yang hendak sambung belajar. Semua saya lakukan tanpa pengetahuan bekas suami saya, malah mereka berterima kasih pada saya.

''Ketika saya beri pinjam wang untuk menebus tanah mertua yang dicagarkan ke bank tak ada sesiapa pun kata saya tak hormat suami, ketika itu mereka sesak tak ada duit, dan setelah tanah yang ditebus dijual hampir seratus ribu ringgit dan masing-masing menerima habuan tak ada siapa pun tuduh saya tak hormat suami? Tetapi setelah mereka senang baru timbul cerita tak hormat suami dan saya dijaja seperti isteri durhaka.

''Sedihnya mereka gembira bila saya diceraikan. Malah tuduh bekas suami saya dayus kalau tak ceraikan saya. Sedangkan ketika susah mereka cari saya bukan bekas suami saya. Sikap mereka umpama peribahasa Melayu 'lepas jambatan tongkat dibuang.'

''Kepada Angah saya nak tanya tahukah makna dayus, sedangkan Angah sibuk bermasjidkan padang golf, berimamkan bola golf, belajar agama tak habis, tak pernah ke masjid, tapi tiba-tiba jadi ustaz. Sepatutnya Angah nasihatkan adik Angah itu jadi suami bertanggung jawab jangan gila buat skandal dengan isteri orang!

''Kepada N cuba tanya diri sendiri siapa bayarkan bil hospital ketika anak N sakit? Begitu juga M cuba ingat siapa bawa M sekeluarga bercuti ke Cherating?

''Kepada bekas suami, saya ingin bertanya tak adakah satu pun kebaikan telah saya lakukan untuk keluarga anda boleh anda kenangkan? Sesungguhnya perpisahan ini amat menyakitkan, namun ia indah buat saya kerana hikmahnya membuatkan saya dekat kepada Allah. Saya bersyukur setiap rezeki, nikmat, rahmat dan dugaan yang diberikanNya. Allah Amat Pengasih dan Penyayang.

''Nasihat saya wahai wanita terutama kaum isteri semua berbuat baiklah kepada diri sendiri dan keluarga dahulu, sebelum dicurahkan kepada orang lain,'' demikian nasihat Mashanizan.

Telefon hologram menuju realiti?

Posted: 16 Jul 2011 07:37 PM PDT


TELEFON hologram akan memancarkan imej video 3D untuk membolehkan anda melakukan sidang video.


PERNAH menonton siri televisyen Star Strek? Jika ya, anda mungkin pernah melihat adegan bagaimana krew kapal angkasa tersebut boleh berkomunikasi dengan rakan melalui alat yang membolehkan mereka seakan-akan berada di tempat yang sama.

Teknologi yang dikenali sebagai hologram itu akan memudahkan anda berbual mesra kerana imej video rakan anda akan dipancarkan melalui telefon bimbit anda melalui projektor.

Teknologi ini semakin menghampiri realiti memandangkan kini anda telah boleh melakukan persidangan video di telefon bimbit 3G dan teknologi tiga dimensi (3D) juga semakin maju sehingga begitu banyak digunakan di televisyen rumah.

Sehubungan itu, di masa depan, teknologi skrin boleh dianggap lapuk kerana kebanyakan alat komunikasi akan mempunyai kemampuan memancarkan imej video bergerak berbentuk hologram.

Seorang pereka bentuk, Mac Funamizu misalnya telah mereka reka bentuk konsep Telefon Bimbit Hologram Trou yang menggunakan hologram 3D yang boleh dipancarkan ke kawasan yang kosong.

Projektor kecil yang terdapat pada telefon itu akan memancarkan imej video maya apabila anda menerima panggilan telefon seperti melakukan persidangan video melalui telefon 3G.

Rekaan Funamizu ini juga sangat fleksibel kerana telefon itu boleh diletakkan di pergelangan tangan seperti jam tangan dan panggilan boleh dibuat atau diterima tanpa perlu anda membukanya.

Funamizu juga telah mencipta telefon boleh dipakai Dew yang akan memaparkan teks dalam bentuk 3D.

Telefon itu boleh memaparkan maklumat teks digital seperti waktu, SMS, e-mel dan sebagainya yang dipancarkan daripada telefon dalam bentuk 3D di atas telefon walaupun telefon anda itu tidak mempunyai skrin biasa.

Pengguna yang menggunakan Dew di pergelangan tangan boleh menyimpan segala maklumat mereka dengan mudah untuk digunakan apabila diperlukan seperti SMS, e-mel, nota dan sebagainya.

Sebuah lagi telefon konsep menggunakan teknologi hologram ialah Cobalto yang menunjukkan ciri-ciri futuristik kerana mempunyai paparan imej 3D secara nyata di hadapan anda.

Seperti anda melihat filem 3D, imej di telefon bimbit ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang mana seolah-olah anda di kawasan tersebut.

Sekali lagi pereka untuk telefon hologram ini ialah Funamizu yang yakin prototaip telefon ini boleh dibangunkan dalam masa beberapa tahun sahaja lagi kerana perkembangan teknologi 3D yang semakin canggih masa kini.

Selain itu, sebuah telefon konsep hologram dikenali sebagai Black Hole juga telah direka untuk menjadi salah satu produk keluaran Apple menjelang 2020.

Telefon itu mempunyai bola tetikus di tengah-tengahnya yang membolehkan pengguna mengawal fungsi telefon dan aplikasi dengan hanya menyentuh bayangan di udara.

Telefon kecil itu boleh diletakkan di atas tapak tangan anda atau di atas meja untuk membolehkan ia memancarkan butang-butang aplikasi di udara.

Kejayaan syarikat dari India, Infosys mendaftarkan paten untuk pemancaran 3D resolusi tinggi bagi filem, barangan dan imej melalui peranti bergerak baru-baru ini membuktikan teknologi hologram dan 3D maya sememangnya hampir.

Penganalisis teknologi meramalkan, sebanyak lapan juta unit skrin 3D akan dipasarkan tahun ini terutama yang digunakan di televisyen, panggung wayang dan sebagainya.

Khasiat emas putih untuk kulit

Posted: 16 Jul 2011 07:36 PM PDT


Sabun pembersih wajah yang mengandungi estrak emas putih.


Masalah jerawat, kulit sensitif, kering dan kusam. Tentu sahaja kita menjadi takut mendengarnya.

Bagi wanita yang mementingkan penampilan cantik, antara masalah yang paling ingin dijauhi ialah jerawat .

Sedarkah kita, sekiranya kita gagal mengawal keseimbangan hormon seks dengan sempurna, jerawat yang menjadi perkara biasa kepada wanita, boleh menjadi penyakit kulit yang serius.

Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud 'masa yang paling penting dalam hidup'.

Kajian telah menunjukkan pesakit atau individu yang mengalami masalah jerawat seringkali mempunyai masalah berkaitan harga diri, keyakinan terhadap diri sendiri, pergaulan sosial, kemurungan, kegusaran dan kadar tidak bekerja yang tinggi.

Justeru itu, penting bagi wanita menjaga kesihatan dengan amalan yang betul.

Bagi anda yang masih tercari-cari penawar kepada masalah kulit wajah bermasalah, Dya D'Masha mempunyai jawapannya. Berasaskan ekstrak emas putih, sabun pembersih wajah ini membersih jauh ke dalam kulit sambil mengekalkan pH kulit semula jadi.

Sambil membersihkan kulit wajah, ia mengekalkan kelembapan kulit dan memberi aura. Uniknya, sabun ini berbentuk jongkong dan tahan lebih lama.

Sesuai untuk kulit yang sensitif, ia tidak mengelupaskan kulit.

"Walaupun kesannya agak perlahan, saya berpuas hati kerana dalam dua minggu saya dapati kulit saya mula berubah. Jika dahulu jerawat kecil dan kesan sensitif ada pada wajah saya, ia semakin beransur pulih.

Saya mempunyai masalah kulit sensitif dan jerawat ruam terutama di dahi.

Kini kulit wajah saya sentiasa lembap dan semakin cerah berseri," ujar duta Dya D'Masya, Nas Adila.

Sibuk dengan tugas sebagai artis dan menjaga pusat membasuh kereta miliknya di Shah Alam, Selangor, Nas Adila sudah lama mengharapkan produk kecantikan yang kurang bahan kimia tetapi membantu saya menjaga kulit wajah.

Tambah Nas Adila, kandungan ekstrak batu nilam yang terkandung membuatkan aura wajah semakin terserlah dalam masa beberapa minggu menggunakannya.

Mata sihat & bergaya

Posted: 16 Jul 2011 07:35 PM PDT


SELAIN pelengkap gaya, cermin mata berfungsi untuk melindungi mata daripada cahaya matahari.


GAYA pemakaian cermin mata hitam bukan sesuatu yang asing bagi peminat fesyen. Selain melindungi mata daripada pancaran sinar matahari, ia juga ibarat aksesori yang mesti ada sebagai pelengkap fesyen.

Pembeliannya bukan sekadar suka-suka tetapi perlu serasi dengan raut wajah anda.

Tidak ketinggalan, lambakan cermin mata tiruan di pasar malam mengundang keresahan peniaga cermin mata tulen.

Tahukah anda, walaupun koleksi tersebut dijual dengan harga murah tetapi ia tidak berfungsi dengan baik untuk melindungi mata.

Cermin mata hitam yang berkualiti dapat memelihara mata daripada sinaran ultraviolet (UV) dan infra merah (IR).

Penggunaan aksesori ini bukan sahaja terhad pada waktu siang, malah anda boleh meningkatkan penglihatan pada waktu malam.

Selain nampak bergaya, ia dapat meningkatkan kualiti penglihatan mata . Percaya atau tidak, dengan penggunaan cermin mata hitam pada siang hari dapat meningkatkan kadar penglihatan pada waktu malam. Namun, jangan pula memilih cermin mata hitam yang tidak secocok dengan penampilan dan tidak berkualiti yang mungkin menjejaskan penglihatan. Pilihlah cermin mata mengikut panduan yang betul.

Jika diperhatikan, trend cermin mata hitam kini berbentuk lebih besar dan tidak terikat dengan bentuk bulat. Fesyen ala tahun sekitar 1950-an hingga 1980-an antara gaya yang kembali semula.

M Missoni, misalnya, hadir dengan koleksi yang tampak lebih glamor, menghasilkan pantulan yang bersinar dan rekaan asli pereka mengikut bentuk dan bermutu tingi.

Kanta putih M Missoni juga tampil dengan rekaan cermin mata yang lebih kontemporari dengan rekaan yang inovatif di samping gabungan material yang berkualiti.

Seperti jenama lain, ia juga menampilkan gaya cermin mata hitam yang kontemporari, glamor dan memiliki tarikan retro.

Tidak ketinggalan, koleksi Levi's menghasilkan rekaan imej rock n roll yang lebih elegan dan seksi. Manakala koleksi cermin mata hitam untuk lelaki diilham daripada gaya tahun 1950-an.

Bagi tahun ini , Levi's tampil dengan rekaan sofistikated dan luar biasa tanpa mengabaikan kualiti.

Rangkaian jenama-jenama ini mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk merayakan musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi seperti Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Kebangsaan. Selain terikat dengan pakaian tradisonal, baju kurung, jubah dan baju Melayu yang kini lahir dengan idea lebih kontemporari, cermin mata hitam boleh dijadikan aksesori tambahan yang lebih sofistikated dan elegan serasi dengan peredaran fesyen yang lebih global.

Kenali ciri-ciri wajah sempurna

Posted: 16 Jul 2011 07:33 PM PDT

Soalan yang sering di aju kepada saya adalah: ''Doktor apa yang perlu saya lakukan agar kelihatan lebih cantik, muda dan menarik?''

Selalu kita terbaca bahawa cantik itu bergantung kepada mata yang memandang. Namun mesti ada garis panduan agar mata yang memandang, melihat kita cantik , menarik dan sentiasa awet muda.

Ciri-ciri pada seorang wanita agar kelihatan cantik, feminin dan awet muda:

- Hidung kecil

- Dagu runcing

- Bibir tebal

- Muka simetri

- Kening tinggi

- Kulit bersih

- Tiada kedut

Bermula dengan bahagian bawah muka, terdapat dua perubahan ketara kepada wanita apabila usia mereka meningkat. Pertama, dagu semakin tebal dan bersegi menjadikan seseorang wanita itu kelihatan lebih maskulin. Ini akan menyebabkan wajah hilang sifat kewanitaannya. Kedua, semakin meningkat usia, bibir akan kehilangan tisu atau isi. Perubahan Ini akan menyebabkan bibir kelihatan lebih nipis dan rata. Bibir yang nipis dan rata adalah ciri ciri bibir lelaki (seperti bibir Richard Gere).

Hidung wanita yang muda adalah kecil dan agak leper di hujung nya. Tetapi, semakin berusia wanita itu , saiz hidung dan telinga juga bertambah. Mempunyai hidung dan telinga yang besar adalah agak kurang menarik. Seseorang wanita yang di lahir kan dengan mempunyai hidung lebih kecil akan kelihatan awet muda walaupun usia semakin meningkat.

Akhir sekali , mempunyai mata yang besar dan jelas beserta kening yang tinggi dan melengkung , menyerlahkan lagi wajah seseorang wanita. Berbanding dengan hidung dan telinga, mata berhenti membesar apabila seseorang wanita mencapai usia 16 tahun. Selepas itu saiz mata agak sama sehinggalah usia tua. Oleh itu apabila usia meningkat , walaupun saiz telinga dan hidung semakin besar, saiz mata tetap sama selepas mereka mencapai akil baligh. Lain lain perubahan apabila meningkat usia adalah kelopak mata menjadi semakin jatuh dan kening semakin leper. Perubahan Ini akan menyebabkan mata kelihatan semakin kecil. Oleh itu mempunyai mata yang besar semasa kecil adalah satu kelebihan untuk awet muda.

Lain lain faktor yang boleh menampakkan kita lebih tua adalah mempunyai kulit yang berpigmentasi dan banyak kedut. Oh ya , mempunyai wajah yang tidak simetri juga menyebabkan kita kelihatan agak tidak menarik.

Apabila meningkat usia, kebanyakan kita mudah menjadi gemuk di mana lebihan lemak juga boleh berkumpul di bawah dagu, di rahang dan pipi. Lebihan lemak ini menyebabkan dagu menjadi berlapis, lebih besar dan amat tidak menarik.

Ada sesetengah orang mempunyai otot pipi yang tebal dinamakan otot masseter yang berfungsi untuk mengunyah dan mengetap mulut. Ada individu dilahirkan dengan otot pipi yang tebal tetapi ada juga individu yang suka mengunyah gula getah atau mengetap gigi. Perbuatan ini boleh menyebabkan otot pipi menjadi tebal dan besar. Mempunyai otot masseter yang tebal menampakkan seseorang itu mempunyai dagu yang bersegi

Akhir sekali , semakin usia meningkat , proses penuaan menyebabkan pipi 'jatuh' akibat isi pipi berkurangan dan otot pipi menjadi lemah serta lembik. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan dagu yang runcing berbentuk V, bertukar bentuk tebal dan besar menjadi bentuk U.

Setelah meneliti punca punca wajah seseorang wanita menjadi lebih bersegi dan lebih maskulin , apakah rawatan untuk meruncingkannya?

Sebenarnya dengan kaedah perubatan dan estetik memang ada cara mudah untuk membantu membentuk dagu agar kelihatan lebih bentuk V.

Jika dagu seseorang itu kelihatan lebih berbentuk U dan berlapis akibat peningkatan berat badan, maka mengurangkan berat badan boleh menyerlahkan kembali keruncingan dagu. Namun begitu untuk menghilangkan lemak di badan bukanlah satu perkara yang mudah. Satu teknik laser lipolisis boleh dilakukan di klinik-klinik aesthetic yang boleh membentuk dagu berlemak menjadi lebih runcing dan tidak berlapis. Doktor akan menggunakan sejenis laser untuk mencairkan lemak di bawah dagu. Proses ini sangat mudah dan tidak sakit. Proses mencairkan lemak mengambil masa antara satu dan dua jam bergantung kepada jumlah lemak yang perlu dicairkan. Teknik ini juga boleh menegangkan kulit dan mengelakkan kulit menjadi menggeleber selepas dirawat. Rawatan cara ini sangat selamat dan tiada kesan sampingan. Ramai wanita menyukai teknik ini kerana hasilnya kekal.

Jika dagu seseorang wanita itu kelihatan bersegi kerana mempunyai otot masseter yang tebal , rawatan yang dicadangkan adalah dengan rawatan BTA (Botulinum Toxin A). Dengan rawatan ini , doktor akan membuat beberapa suntikan BTA di kawasan otot masseter bertujuan mengecilkannya. Prosedur ini mengambil masa dalam 10 minit. Kesan pertama boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Dengan suntikan dan sukatan yang betul, dagu akan kelihatan runcing selama empat ke enam bulan. Selepas itu, kesan BTA akan hilang dan suntikan susulan perlu dibuat agar dagu kekal runcing.

Untuk dagu yang bersegi akibat pipi yang jatuh pula, rawatan yang paling sesuai adalah menggunakan teknik "Radio Frequency" . Teknik ini sangat popular di kalangan orang Asia. Namun begitu, ia hanya berkesan jika dagu bersegi disebabkan pipi anda jatuh. Dengan teknik ini , radio frekuensi yang diurut di pipi dan dagu kan merangsang kulit dan otot muka untuk menjadi tegang dan pejal. Selepas beberapa sesi otot pipi dan kulit akan menjadi lebih anjal, tegang dan montok. Secara tidak langsung, proses ini akan menaikkan semula pipi dan menyebabkan dagu lebih runcing. Keberkesanan teknik ini banyak bergantung kepada usia wanita, jenis mesin Radio Frequency dan teknik "mengurut'. Oleh itu, tidak semestinya apa yang berkesan kepada kawan anda, juga akan berkesan kepada anda. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, lakukan rawatan ini di klinik kecantikan, kerana klinik selalunya mempunyai mesin Radio Frequency yang terbukti keberkesanannya dan selamat.

Sekarang ambil cermin muka dan lihat wajah anda. Jika anda mempunyai dagu yang bersegi , mungkin anda boleh mengenal pasti apakah puncanya. Adakah lemak berlebihan? Otot Masseter yang tebal atau pipi yang jatuh? Ada sesetengah orang mempunyai gabungan kesemuanya. Anda tidak perlu takut kerana ketiga-tiga teknik ini tidak merbahaya dan tidak menyebabkan kerosakan pada muka.

Doktor estetik yang berpengalaman akan dapat memberi pandangan dan nasihat sewajarnya agar anda dapat hasil yang diidamkan. Dengan mengenal pasti apakah punca "dagu bersegi" anda, beliau boleh memberi pendapat dan jalan penyelesaian yang sewajar nya.

Oleh itu , anda janganlah hairan jika sahabat anda tiba-tiba berdagu runcing, kerana ia tidak mustahil dan mudah mendapatkannya.

n PENULIS boleh dihubungi di 09-5164777.

Bebas alahan protein asing

Posted: 16 Jul 2011 07:32 PM PDT

ISU pemakanan kanak-kanak semakin galak diperkatakan kebelakangan ini terutamanya melibatkan pelajar sekolah sehingga mendorong kerajaan mengeluarkan pekeliling untuk mencatat jisim indeks tubuh atau body mass index (BMI) di dalam laporan pelajar sekolah di negara kita.

Makanan berkolesterol tinggi seperti roti canai, nasi lemak, makanan dan minuman ringan, jeruk dan sebagainya dicadang supaya tidak lagi dijual di kantin-kantin sekolah dan ditukarkan dengan menu-menu lain yang lebih berkhasiat serta sesuai untuk pemakanan kanak-kanak .

Kita tinggalkan sekejap isu pemakanan ini kerana banyak aspek yang perlu diberi kesedaran termasuk amalan meminum susu iaitu nutrien pertama bagi kanak-kanak.

Hakikatnya, amalan ini amat penting untuk kanak-kanak yang memerlukan susu sebagai tambahan untuk membantu pembesaran minda dan fizikal mereka

Kanak-kanak terutama yang berusia satu tahun ke atas amat memerlukan susu sebagai diet tambahan bagi membantu menyokong perkembangan otak mereka sebelum meningkat dewasa.

Namun di sebalik mendidik anak meminum susu, terdapat keadaan perubatan yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.

Alahan Protein Susu Lembu atau lebih dikenali sebagai CMPA (Cow's Milk Protein Allergy) boleh menjejaskan tumbesaran dan kesihatan kanak-kanak khususnya, walaupun boleh juga terjadi kepada orang dewasa.

CMPA merupakan alahan makanan yang paling kerap dialami oleh kanak-kanak di Asia, menjejaskan tiga daripada 100 bayi.

Berkongsi pengalaman

Dr. Emilia Mohtar ketika berkongsi pengalamannya tentang masalah ini berkata, dia sebagai ibu memang prihatin tentang CMPA.

Kebetulan sejarah keluarganya ada yang menghidap asma dan ekzema membuatkan dia lebih-lebih berhati-hati.

Selepas melahirkan anak sulungnya, Adrian Zydane, 4, dia memberi penyusuan ibu sepenuhnya selama tiga bulan.

Disebabkan kesibukan sebagai doktor perubatan dan kekangan masa Dr Emilia, memberi anaknya susu formula soya untuk memastikan Adrian mendapat nutrien secukupnya.

Selepas Adrian menjangkau usia setahun, Dr. Emilia cuba memberi susu formula lembu tetapi Adrian mengalami CMPA.

"Saya bersyukur kerana alahan yang dialami Adrian tidak serius. Dia cuma muntah dan membuang semula susu lembu yang diminum itu. Selepas dua kali kejadian ini berlaku, saya kemudian kembali memberi dia susu soya sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, dia tidak mengalami masalah kekurangan nutrisi malah dia membesar dengan selera makan yang baik," ujarnya.

CMPA meningkat

Dalam pada itu, Pakar perunding pediatrik, Dr Khoo Keh Bin memberitahu, kes CMPA semakin meningkat dan keadaan ini amat membimbangkan.

Menurut Dr Keh Bin, ibu bapa perlu diberitahu tentang cara-cara mengenal pasti sama ada anak mereka mengalami CMPA supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah perlu untuk menjamin kesihatan anak-anak mereka.

Susu lembu merupakan protein asing pertama yang diperkenalkan kepada kebanyakan bayi. Protein susu lembu terdiri daripada lebih 30 jenis protein sama ada dalam bentuk kasein atau dadih susu.

Sebagai protein asing pertama yang diperkenalkan kepada bayi, lantas tidak hairanlah susu lembu merupakan antara alahan makanan paling umum yang dialami oleh kanak-kanak.

"Insiden alahan makanan merangkumi enam peratus daripada populasi umum. Namun, hanya dua hingga tiga peratus kanak-kanak mengalami CMPA. Kebanyakan bayi menunjukkan petanda CMPA dalam tempoh bulan pertama kehidupan. Antara faktor risikonya termasuklah faktor genetik atau sejarah keluarga, tempoh singkat penyusuan susu ibu secara eksklusif dan pendedahan awal kepada susu lembu," ujarnya.

Kanak-kanak yang mengalami CMPA kebiasaannya mengalami gejala seperti muntah, kembung perut, cirit-birit, ruam kulit dan batuk adalah petanda umum kepada alahan susu protein.

Dalam kes-kes serius, najis berdarah dan sembelit juga akan kelihatan. Terdapat juga situasi di mana berlakunya Anaphylaxis iaitu turunnya tekanan darah dan kegagalan sistem peredaran yang boleh menyebabkan kejutan badan seterusnya masalah cardio-pulmonari jika tidak dirawat.

Alergen susu terdiri daripada banyak pecahan protein yang mengakibatkan tindak balas alahan . Dua komponen utama adalah dadih dan kasein. Kasein adalah susu masam yang terbentuk selepas susu dibiarkan menjadi masam manakala dadih pula merupakan cecair yang ditinggalkan selepas susu masam dipisahkan.

Menurut Dr Keh Bin , terdapat beberapa kaedah diagnosis yang boleh diambil seperti kaji selidik bersama ibu bapa, elimination diet dan ujian cucukan kulit atau ujian darah.

Dalam kaedah elimination diet, ibu bapa akan belajar cara-cara mengenal pasti makanan-makanan tertentu yang menyebabkan alahan pada bayi mereka. Misalnya, pengecualian susu lembu dalam diet bayi boleh digantikan dengan susu soya atau susu lembu ekstensif hidrolisis.

"Apabila simptom-simptom tersebut telah hilang, susu lembu boleh diperkenalkan semula dalam diet bayi anda. Ini untuk melihat sama ada simptom tersebut masih kembali. Kaedah elimination diet bagaimanapun perlu dilakukan menerusi pemantauan doktor atau pakar nutrisi," katanya.

Selain itu, ujian cucukan kulit pula akan melibatkan tusukan atau calaran kulit bayi sebelum meletakkan sejenis bahan alahan ke atas kulit. Sekiranya tompokan merah dan rasa gatal timbul, ini bermakna, anak anda alah kepada bahan tertentu.

Seperkara yang menjadi persoalan ibu bapa ialah, 'Adakah CMPA akan kekal selama-lamanya anak saya'?

"Hanya sebilangan kecil pesakit yang membawa alahan tersebut sepanjang hayat mereka. Tetapi, jika susu lembu dikecualikan terus daripada diet selama dua hingga tiga tahun, kanak-kanak itu mungkin mempunyai peluang untuk bertoleransi dengan susu pada amaun yang lebih kecil lagi. ,"jelas Dr Keh Bin.

Toleransi protein susu lembu

- 9 peratus pada umur 4 tahun

- 42 peratus pada umur 8 tahun

- 80 peratus pada umur 16 tahun

Intolerans laktosa

Dalam pada itu, ibu bapa perlu membezakan antara CMPA yang boleh mengancam nyawa anak-anak dan intolerans laktosa hanya menjejaskan sistem penghadaman dan kurang berbahaya berbanding CMPA.

Dikenali juga sebagai kekurangan laktase, intolerans susu bermaksud anda tidak mampu mencernakan sepenuhnya gula (laktosa) susu dalam produk-produk tenusu yang anda ambil.

Sekalipun ia selalunya tidak mendatangkan bahaya, namun simptom-simptom intolerans laktosa boleh membuatkan anda berasa cukup tidak selesa kerana menjadikan makan minum sesuatu yang mencabar, memerlukan penggantian sesetengah resipi atau mengelak terus makanan tertentu.

Intolerans laktosa terjadi disebabkan oleh masalah kekurangan laktase iaitu sejenis enzime yang dihasilkan oleh lapisan usus kecil manusia.

Laktase berperanan menguraikan laktosa bagi membolehkan ia diserap ke dalam saluran darah anda. Kekurangan laktase mencetuskan masalah dalam pemecahan dan penyerapan gula susu .

Sesetengah orang yang berpendapat bahawa mereka tidak toleran laktosa sebenarnya tidak mempunyai pencernaan laktosa yang rosak. Dan bukan semua orang yang mempunyai tahap laktase rendah adalah intolerans laktosa.

Hanya individu yang rendah kadar laktasenya dan mempamerkan gejala-gejala seperti cirit-birit, loya, kejang perut, kembung dan angin dianggap intolerans laktosa.

Begitu juga dengan intolerans makanan yang tidak sama dengan alahan makanan. Intolerans laktosa tidak melibatkan sistem imun anda seperti alahan dan tidak semestinya memerlukan rejim mengelakkan sepenuhnya produk-produk susu .

Sebaliknya, anda berupaya mengawal gejala-gejala intolerans laktosa melalui pemilihan diet yang lebih berhati-hati - mengehadkan laktosa tanpa meninggalkan kalsium dan mungkin juga dengan pengambilan suplemen.

Pesona pelangi di Suan Phueng

Posted: 16 Jul 2011 07:30 PM PDT


Permandangan sekitar kawasan Suan Pheung, Ratchaburi, Thailand.


APABILA sebut Thailand, segera terlintas di fikiran kita mengenai reputasinya sebagai destinasi pelancongan umpama 'syurga di muka bumi'.

Bagi rakyat Malaysia, gambaran lazim yang mungkin muncul dalam kotak fikiran tentang negara yang kaya dengan senyuman itu ialah pusat hiburan dan kelab-kelab malam di Bangkok.

Pun begitu, kegemilangan syurga di muka bumi bukan setakat tempat istirahat atau berpeleseran pada waktu malam. Thailand sebenarnya menawarkan pelbagai produk pelancongan termasuklah destinasi menarik di sekitar pinggiran kota metropolitan Bangkok.

Salah satu lokasi yang mungkin belum diterokai di kalangan rakyat Malaysia ialah kawasan peranginan Suan Pheung, wilayah Ratchaburi.

Penulis yang baru-baru ini berkesempatan mengunjungi beberapa destinasi pelancongan pinggiran Bangkok nyata kagum dengan keindahan persekitaran di situ.

Terletak di sempadan Thailand-Myanmar, kira-kira 150 kilometer di bahagian barat Bangkok atau dua jam perjalanan melalui jalan darat, ia menyediakan permandangan cukup tenang, harmoni dan romantik.

Suan Phueng dalam bahasa Thai bermaksud taman lebah merupakan salah satu daripada 10 daerah dalam wilayah Ratchaburi.

Sesuai dengan kedudukannya yang dikelilingi banjaran Gunung Tanaosi, lebih daripada 70 buah resort dan homestay milik penduduk setempat menawarkan penginapan yang mendamaikan.

Di samping itu, banyak juga rumah penginapan dibina berasaskan tema kehidupan petani atau peladang ala New Zealand, Mediterranean atau Eropah.

Binaan resort di Suan Pheung menggabungkan ciri-ciri kehijauan semula jadi dan dihiasi dengan padang ragut yang luas. Ia turut dimeriahkan dengan kegiatan perladangan seperti menternak kuda, biri-biri, lembu dan kambing.

Peluang menginap di situ, pastinya mempesona bagi mereka yang inginkan ketenangan atau lari daripada kesibukan kota.

Terdapat pelbagai aktiviti disediakan di Suan Phueng. Antaranya, melawat pusat membuat lilin wangi, mandi air panas, jungle tracking, night walk dan seumpamanya.

Pusat membuat lilin wangi dikenali sebagai Barn Hom Tien. Di situ, para pengunjung berpeluang meninjau cara-cara membuat lilin wangi yang berwarna-warni dan trendy.

Sementara pusat rekreasi air panas Bo Khlueng pula menawarkan persekitaran indah untuk dikunjungi.

Caj yang dikenakan cukup berpatutan iaitu 5 Baht (50 sen) untuk bayaran pintu masuk dan 80 Baht (RM8) untuk berendam air panas bagi setiap pengunjung dewasa serta 50 Baht (RM5) kanak-kanak.

Suhu air panas setiap kolam adalah sekitar 45 hingga 50 darjah celcius.

Bagi mendekatkan orang ramai dengan aktiviti perladangan, mereka yang berkunjung ke daerah Suan Pheung turut berpeluang menjalani kehidupan sebagai petani.

Untuk itu, salah satu resort yang wajib dikunjungi ialah Scenery Resort. Pelbagai aktiviti berasaskan perladangan ditawarkan di situ. Antaranya, menternak biri-biri, acara memanah, kayak ataupun menaiki helikopter bagi menyaksikan pemandangan indah Suan Phueng.

Kunjungan ke Suan Phueng dianggap tidak lengkap sekiranya tidak bermalam di situ. Pelancong boleh memilih menginap di salah satu daripada 70 resort yang menawarkan harga antara 1,200 hingga 4,000 Baht (RM120 hinga RM400) sebilik semalam.

Bagi malam itu, penulis menginap di Nagaya Resort. Bilik-bilik penginapan di resort berkenaan dibina dengan gabungan konsep tropika dan trendy.

Keesokan harinya, penulis bangun di awal pagi untuk menghirup udara nyaman sekitar Nagaya Resort. Nasib memang menyebelahi kerana ketika bersiar-siar di hadapan calet, mata tertancap pada pelangi cantik di kaki langit.

Berjam-jam lamanya penulis menikmati keindahan itu dan sempat mencapai lensa merakam gambar sebagai kenangan. Akhirnya, apabila matahari meninggi dan pelangi hampir hilang dari pandangan, penulis pun berangkat untuk pulang dengan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Semasa dalam perjalanan pulang, penulis sempat singgah di salah sebuah resort di Suan Pheung yang cukup unik. Tempat itu ialah Rock Land Resort @ Suan Phueng Resort.

Kelainan yang terdapat dalam resort tersebut ialah calet-calet yang dibina berkonsepkan animasi kesukaan ramai, Flinstones.

'Yabba-Dabba-Doo!' Setiap chalet di situ dibina dengan watak-watak popular seperti Fred, Barny, Dino, William dan Betty.

Selain reka bentuk menarik dan penuh dengan fantasi, bilik-bilik yang ditawarkan juga menakjubkan. Pengunjung terutama yang membawa bersama anak-anak kecil mereka pasti teruja.

Berdasarkan makluman kakitangan resort, harga yang ditawarkan adalah sekitar 2,000 hingga 4,000 Baht (RM200 hingga RM400) setiap bilik semalam. Resort ini sebenarnya dibuka tidak sampai enam bulan.

Bagi mereka yang tidak menginap di situ, tidak perlu khuatir kerana pihak pengurusan membenarkan orang ramai bersiar-siar dan mengambil gambar di sekitar resort.

Apa pun, bagi penulis, Suan Phueng merupakan satu lagi destinasi yang harus dikunjungi jika berkesempatan melawat Bangkok. Sesungguhnya, ia menawarkan pengalaman menarik dan menakjubkan.

Nubhan buat perangai?

Posted: 16 Jul 2011 07:29 PM PDT




JARANG sekali gosip panas menerpa pemilik nama Ahmad Nubhan Ahmad, 25 , atau Nubhan ini.

Ya, mungkin sahaja kerana penyanyi ini seringkali tampil

dengan imej bersih maka sukar anasir-anasir jahat berbaur kontroversi untuk melekat pada dirinya.

Namun, entah dari mana datangnya, tiba-tiba sahaja Nubhan menerima tohmahan daripada segelintir pihak yang mendakwa dia kini sudah naik tocang.

Dikatakan gagal memberikan kerjasama dengan pengurusnya sendiri sehingga kata sepakat yang dicari sering menemui jalan pertengkaran, Nubhan didakwa semakin sukar dikawal.

Disebabkan itu jugalah Nubhan dilihat sering menukar ganti pengurus. Mengikut rekod, sebelum ini Nubhan pernah diuruskan oleh tiga individu.

Tak pernah melekat lama dengan Nubhan, ketiga-tiga mereka nampaknya terlebih dahulu angkat kaki.

Apa sudah jadi ni? Siapa yang bermasalah? Nubhan atau bekas-bekas pengurusnya?

Tampil menjawab persoalan tersebut, anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini mengaku punya masalah dalam isu ini.

"Biasalah kalau pengurus dan artis bertekak. Semuanya sebab masing-masing ada sasaran sendiri dalam kerja.

"Ya, mungkin kedua-dua pihak sama ada saya dan mereka punya salah sebab manusia memang tak boleh lari dari kesilapan.

"Tapi itu bukan lampu hijau buat saya untuk membenarkan atau menuding jari pada kesalahan orang lain betul tak?

"Cuma saya mahu terangkan bahawa apa yang saya buat semuanya adalah demi kebaikan semua pihak," katanya.

Bagaimanapun akui pelantun lagu Ada Untukmu ini, sepanjang bekerja dengan bekas-bekas pengurus tersebut, dia sedaya upaya menzahirkan yang terbaik meski kadang kala wujudnya salah faham.

Pun begitu, pemenang tempat ketiga program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini berkata, pengunduran ketiga-tiga mereka adalah dalam cara yang baik.

Ketika diminta untuk menghuraikan punca pengunduran bekas, Nubhan lebih senang memilih untuk tidak memberikan komen lanjut berhubung isu.

"Saya tak nak menyakiti atau melukakan hati sesiapa. Saya hanya boleh cakap yang perkara ini terjadi kerana kami tak ada keserasian.

"Saya punya sasaran sendiri dalam menguruskan kerjaya seni saya dan mungkin mereka tak dapat nak memenuhi kehendak saya itu.

"Saya ibaratkan benda ni macam cari jodoh. Kita mestilah mahukan yang terbaik bukan? Nak dapat yang terbaik bukan senang, kena lalui macam-macam rintangan," ujarnya.

Meski begitu, akui Nubhan dia kini sudah punya perancangan untuk mengambil pengurus baru dan perbincangan dengan individu tersebut telah pun dibuat.

Menyesal jadi artis

Hampir empat tahun mencipta nama dalam dunia hiburan, Nubhan tentunya tak terlepas dari ujian getir sebagai anak seni.

Umum pun tahu, bukan mudah untuk menjadi seorang artis kerana ia tidak hanya berlandaskan tiket glamor semata-mata.

Pengalaman seperti menerima bayaran yang tidak setimpal dan sebagainya, pernah dilalui Nubhan dan kata anak muda ini, semua itu berlaku kerana dia masih putih lagi dalam industri.

"Teruja sangat jadi artis sampai semua tawaran pun saya nak 'sapu'. Itu yang berlaku masa mula-mula saya jadi artis, iyalah masih baru. Ilmu apa pun tak ada.

"Bila dah terkena macam-macam perkara, haa..Barulah saya tahu kepayahannya. Pernah juga rasa menyesal jadi artis dan hampir-hampir nak berundur.

"Tapi itu semua pengalaman dan benda-benda beginilah yang menjadikan saya sebagai Nubhan yang sekarang," katanya.

Mengaku segala ujian yang diterimanya dahulu menjadikan dirinya lebih matang, kata Nubhan, ia juga telah membuka matanya untuk keluar dari kepompong.

Saya tidak semurah itu - Watie

Posted: 16 Jul 2011 07:28 PM PDT


Berdoa agar rumah tangga ketiga bersama Joey kekal selamanya.


BBERITA baik yang dikhabarkan oleh pelakon Norwatie Sadali atau mesra dipanggil Watie ini sememangnya sudah dijangka.

Bekas anggota kumpulan Elite ini dilihat matang dan benar-benar serius dengan pilihan hatinya, untuk sama-sama melangkah sekali lagi ke alam perkahwinan.

"Memang betul, saya dan Joey sedang kumpul duit sekarang ini. Nak buat kenduri kahwin lepas raya nanti," kata Watie.

Wanita ini kemudian menyambung, "Kalau boleh kami mahu meraikan hari bahagia sambil bersedekah makan pada tetamu. Nak ajak juga semua kenalan datang memeriahkan majlis kami," bicaranya.

Panahan mata yang menyertai pertemuan di lokasi penggambaran drama berjudul Antara Maghrib & Isyak terbitan Suhan Movies di Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor, Selasa lalu membenarkan kata-katanya.

"Sebenarnya, kami sudah fikir masak-masak tentang perkara ini. Sebagai orang dewasa yang telah menempuhi pelbagai pengalaman hidup dan fasa gelap masing-masing.

"Tak salah kalau kami meneruskan hasrat murni untuk bernikah secara baik. Apatah lagi bila sudah tak punya komitmen dengan orang lain.

" Atas sebab tersebut, tidak ada alasan lain untuk melengah-lengahkan perkara yang baik ini," dedah wanita ini satu persatu.

Itu termasuk menunggu kes perceraian Joey bersama Noraini Nasir yang masih dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Kajang, Selangor itu selesai.

"Kami ada rancangan tersendiri untuk perkahwinan ketiga ini. Antaranya berhajat nak bersanding. Itu adalah impian kami sebab sebelum ini tak diberi peluang untuk duduk di pelaminan. Nak juga merasa debaran raja sehari.

"Secara peribadi saya memang dah tak sabar menunggu hari penting itu. Sebab saya dah cukup bersedia memikul tanggungjawab baru," dedah wanita yang sudah tujuh tahun hidup bersendirian tanpa ditemani insan bergelar suami ini.

Malah apa yang lebih menggembirakan hatinya apabila anak tunggal Watie, Ahmad Afif Daniel, 7, turut merestui hajatnya itu.

Afif begitu ceria selepas mengetahui tentang hubungan mereka dan tak sabar-sabar untuk mendapat ayah baru.

Bukan punca penceraian

Sebenarnya, Watie mengakui bahawa dugaan hidupnya tak pernah berhenti. Sering dihimpit dengan pelbagai cerita kurang manis termasuk cerita kurang enak mengatakan Watie adalah perosak rumah tangga antara Joey dengan Noraini.

"Sebenarnya saya dah tak sanggup lagi nak dengar banyak versi cerita tak betul tentang hubungan kami. Sekali lagi saya menegaskan bahawa saya bukan punca perceraian Joey.

"Saya mengenali Joey dalam keadaan dia tak ada lagi hubungan dengan mana-mana perempuan. Saya sendiri tak sangka boleh jatuh cinta dengan dia selepas berlakon dalam drama Blues Pasar Tani," hujah Watie menyentuh persoalan berkenaan.

Isu duduk serumah

Dalam perkembangan yang berkaitan, Watie turut menafikan bahawa dia pernah duduk serumah dengan Joey. Gosip keterlaluan itu disambut dengan penafian.

"Maaf, saya bukan semurah itu. Cerita tentang perkara ini memang keterlaluan tapi saya masih boleh bersabar. Sebab saya tahu siapa yang menyebarkan gosip ini.

"Yang penting saya dan Joey tahu batas pergaulan kami. Itulah risiko yang perlu diambil bagi pemegang status duda dan janda.

"Sebab itu, saya tetap tak mahu ulas perkara ini. Bimbang juga kenyataan yang saya keluarkan ini boleh menyebabkan ada pihak yang terasa hati," katanya jujur.

Sakit & anak perempuan

Membuka lembaran kesakitan yang dialami Watie sebelum ini menyebabkan pelakon drama Mimpi Sabrina ini mengucap panjang. Rasa syukur kerana penyakit yang dialaminya tidak begitu serius.

Semuanya berlaku usai penggambaran drama berjudul Jangan Hantar Ku Ke Neraka bersama Allahyarham Faizal Yusof penghujung tahun lalu. Apabila Watie terlalu tertekan melakonkan babak antagonis.

Kesan dari itu, seluruh badan kirinya terasa kebas-kebas. Mengganggu keseluruhan aktiviti rutinnya sehingga perlu membuat rawatan akupuntur.

Seiring dengan itu, Watie dikaitkan dengan seorang gadis remaja berusia 14 tahun dari Johor yang mendakwa dirinya adalah 'anak luar nikah' penyanyi tersebut.

"Saya tak mahu komen pasal perkara itu. Biarlah saya menyelesaikan sendiri. Lebih baik saya pendam kebenaran dari memburukkan keadaan.

"Lagi pun, saya sedang dalam proses berubat penyakit kebas ini. Doktor cakap penyakit saya tak serius tapi saya tak boleh dalam keadaan tekanan," ujarnya minta dimengerti.

Pada masa yang sama, Watie menganggap semua dugaan yang menimpa secara bertubi-tubi itu ada hikmahnya. Baginya, Tuhan tidak akan memberi kebahagiaan kepada hambanya secara total. Ia bergantung kepada persediaan dan cara penyelesaian di pihak individu tertentu.

Diana fobia untuk kembali bercinta

Posted: 16 Jul 2011 07:26 PM PDT




JIKA dilihat kepada wataknya sebagai seorang tomboi dalam filem 321 Cinta yang telah ditayangkan di seluruh negara baru-baru ini, mungkin ramai tidak mengetahui isi hati sebenar pelakon cantik ini.

Dengan watak yang dipegangnya itu yang kelihatan agak kasar, mungkin peminat juga turut menjangkakan pelakon ini berperangai serta berwatakan sedemikian dalam kehidupan sehariannya.

Pelakon yang meningkat ketika ini, Diana Amir jika didampingi sebenarnya adalah seorang yang berwatakan lembut serta masih terserlah keayuannya sebagai seorang wanita Melayu.

Walaupun bukan artis baru, namanya tidaklah segah pelakon-pelakon wanita tanah air yang lain seangkatannya, namun ketika ini namanya makin mendapat tempat di hati beberapa pengarah filem.

Terkenal dengan watak tomboi, Diana tidak lari dengan kisah percintaan dengan jejaka idamannya sebelum ini, namun kisah itu hanya menjadi pengalaman ngeri baginya sehinggakan perasaan takut lahir dari nuraninya untuk cuba mencari cinta terbarunya.

Mengakui, dalam kisah percintaan bersama buah hatinya sebelum ini, Diana pernah ditipu oleh lelaki yang disangkakan akan menjadi teman hidup dalam suka atau dukanya itu.

Tidak tahu puncanya sebenar, namun kisah tersebut akan menjadi pengalaman yang membuatkan dirinya lebih matang untuk bercakap mengenai percintaan.

"Saya akui memang saya pernah bercinta sebelum ini, dan dalam percintaan itu juga saya telah ditipu oleh seorang lelaki.

"Apa jenis penipuan itu biarlah menjadi rahsia saya sendiri dan tidak perlulah saya membesar dan mengungkit kembali kisah lama ini," ujar Diana ketika ditanya berkenaan kisah cintanya sebelum ini oleh Pancaindera Rabu lalu.

Penipuan yang dilakukan oleh jejaka tersebut betul-betul membuatkan Diana begitu fobia untuk terus bercinta.

Tambah pelakon manis ini lagi, ketika ini memang dia mempunyai ramai kenalan serta kawan lelaki, namun masih belum ada yang betul-betul istimewa dalam hatinya.

"Saya sebenarnya bukan seorang yang jenis suka memilih, tetapi saya cukup fobia untuk memberi peluang kepada sebarang lelaki, mungkin saya masih takut dengan apa yang pernah berlaku terhadap saya sebelum ini.

"Apa yang saya mahukan biarlah lelaki yang mahu mendampingi saya itu adalah seorang lelaki yang mempunyai masa depan, bijak serta pandai menjaga hati saya serta keluarga saya," kata Diana.

Ketika ini, perkara yang paling penting dalam hidup adalah kerjaya lakonan, kerana baginya ini adalah rezeki yang dikurniakan kepada oleh tuhan.

"Buat masa ini saya nak kumpul duit dahulu, sebenarnya saya ada keinginan untuk memulakan bidang perniagaan.

"Saya begitu meminati bidang perniagaan sejak dulu lagi, dan kemungkinan jika saya memperolehi rezeki yang lebih saya mahu buka perniagaan sendiri bersama rakan dalam bidang fesyen," ujarnya.

Walaupun tidak berbakat untuk melukis serta menjahit namun Diana mengakui mempunyai idea-idea yang bernas bagi menghasilkan satu fesyen yang menarik.

Tambahnya, dengan cara itu dia boleh membantu dengan memberi idea-idea baru seterusnya akan dizahirkan oleh rakan niaganya nanti.

Displin dalam askar wataniah

Menjawab berkenaan penyertaan dalam Askar Wataniah, Diana berkata, penyertaannya itu adalah salah satu perkara yang paling menyeronokkan sepanjang bergelar artis.

Katanya, peluang ini sebenarnya perlu direbut oleh setiap artis negara ini, dan berpendapat peluang ini adalah satu perkara yang terbaik yang pernah dilaluinya.

"Banyak kelebihan yang saya dapat melalui penyertaan saya dalam askar wataniah ini, pelbagai pengalaman baru yang saya perolehi.

"Sebagai seorang anggota askar wataniah, kita telah dididik untuk berdisiplin, ini adalah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita sebagai anak seni.

"Sering kali kita dengar, artis tempatan tidak kira lah pelakon atau penyanyi memang segelintirnya mempunyai masalah disiplin, jadi ini adalah satu platform yang bagus untuk mengatasi perkara tersebut," tegas Diana.

Tambahnya, dengan penyertaan dan kelebihan yang diperoleh ini, satu lagi keinginannya iaitu untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) mungkin akan tercapai suatu hari ini.

Diana yang baru mencecah usia 25 tahun ini juga berkata, setiap artis perlulah merebut peluang untuk menjadi seorang askar wataniah kerana pelbagai keistimewaan serta kelebihan akan dikecapi.

"Saya bersyukur setelah diberi peluang seperti ini, dan saya tidak akan mensia-siakan peluang dan kelebihan yang sudah tersedia ada di hadapan mata ini.

"Jika kita sendiri tidak mencubanya, memang kita tidak mengetahui apa yang ada di sebalik seragam hijau ini," tambahnya.

Kurang sambutan

Dalam pada itu, menjawab berkenaan filem lakonan terbarunya, 321 Cinta yang kurang mendapat perhatian daripada penonton, Diana berkata, filem yang bergenre romantik komedi seperti itu sebenarnya tidak boleh diletakkan sasaran yang terlalu tinggi.

"Walaupun sambutan dari penonton agak dingin, namun saya tetap berpuas hati dengan mutu serta gaya lakonan saya dan saya juga turut mendapat maklum balas yang sangat baik dari mereka.

"Di panggung wayang memang filem itu tidak mendapat sambutan yang menggalakkan, namun dalam bentuk vcd dan di saluran televisyen, saya dapat tahu filem ini mendapat sambutan yang hebat.

"Saya cukup bersyukur sekiranya lakonan saya ini mendapat tempat di hati penonton dan juga peminat, itu adalah satu anugerah yang paling besar bagi saya.

"Berlakon bukanlah satu bidang yang dianggap senang, perkara ini bukan terletak serta mempertaruhkan wajah yang cantik mahupun tampan, tetapi bakat yang ada di dalam hati setiap pelakon itu sendiri," tambahnya lagi.

Katanya, jika diberi pilihan untuk memilih watak, dia lebih suka untuk memegang watak yang beremosi dan watak yang perlu didalami perwatakannya sedalam-dalamnya.

"Saya perlu mengkaji serta mendalami setiap watak yang akan saya lakonkan tidak kira drama mahupun filem, dengan cara ini saya boleh melakukan sesuatu yang lebih baik lagi.

"Sebelum berlakon kajian hendaklah dilakukan secara teliti, ini akan memberi impak yang besar dalam aspek lakonan kita, dan dengan cara ini lakonan kita tidak nampak kaku dan ia juga akan menarik penerimaan penonton untuk menonton lakonan yang kita lakonkan," ulas Diana.

"Selepas ini saya akan sekali lagi memegang watak sebagai tomboi dalam filem terbaru yang dikatakan sekual kepada filem 321 Cinta yang berjudul 'X'.

"Saya akan digandingkan dengan pelakon sama iaitu Pierre Andre, tapi bezanya dalam filem terbaru ini saya adalah isteri kepada Pierre.

"Ternyata, bagi memegang watak tomboi ini memang agak sukar, saya seorang wanita yang berjiwa lembut dan feminim, jadi untuk menukar watak tersebut memang memerlukan satu ketahanan yang kuat," tambah Diana.

Tak suka gosip

Sementara itu, sepanjang perjalanannya sebagai anak seni, Diana juga tidak lari dengan beberapa pengalaman buruk dan yang tidak diingininya, dan perkara yang paling dibenci dan tidak disukainya adalah gosip-gosip liar yang tiada kesahihannya.

"Saya cukup tidak suka jika ada gosip-gosip yang sengaja direka-reka dan perkara ini terus tersebar sebelum usul periksa dilakukan bagi mengetahui kebenaran gosip tersebut terlebih dahulu.

"Apa yang menjadi motivasi bagi saya adalah penghargaan yang diberi oleh peminat, ini adalah satu anugerah dan itu semua sudah memadai bagi saya.

"Semua orang boleh bercakap dan saya tidak mampu untuk menutup kesemua mulut-mulut itu," ringkasnya.

Katanya, jika ada masa terluang, dia akan duduk di rumah dan menonton televisyen untuk melihat teknik serta cara lakonan pelakon-pelakon terkenal yang lain.

Terbaru, Diana akan digabungkan dalam filem terbaru bersama kumpulan pelawak terkenal Senario yang berjudul Senario Ops Pocot yang akan ditayangkan pada 21 Julai ini.

Selain itu, Diana baru sahaja selesai penggambaran filem Tiga Temu Janji arahan Hashim Rejab yang dijadualkan akan bertemu penonton pada tahun hadapan.

Eksklusif: Bakar premis tuntut duit

Posted: 16 Jul 2011 07:25 PM PDT

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran sebuah premis dua tingkat di Taman Perindustrian OUG, Kuala Lumpur, Jun lalu.
ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran sebuah premis dua tingkat di Taman Perindustrian OUG, Kuala Lumpur, Jun lalu.
Pemilik bangunan mahu untung mudah

KUALA LUMPUR: Terdesak atau mahu cari untung mudah mendorong sesetengah pemilik bangunan sanggup membakar premis sendiri, termasuk kediaman semata-mata mahu mendapatkan pampasan insurans daripada serendah puluhan ribu sehingga mencecah jutaan ringgit.
Perbuatan sedemikian dikategorikan sebagai jenayah, iaitu sabotaj dan sengaja memusnahkan harta benda. Berdasarkan perangkaan 2010, sebanyak 3,766 kes kebakaran bangunan dilaporkan dengan 298 daripadanya disyaki mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.

Fiesta Bera - Bukan sekadar hiburan

Posted: 16 Jul 2011 07:23 PM PDT


Barisan artis yang terlibat dalam Konsert Pancaindera bersama Ismail Sabri (lima dari kanan di belakang) .


PERANAN anak seni tidak terbatas pada nyanyian dan lakonan semata-mata. Sebaliknya, ia bercambah dan membiak menjadi penggerak emosi dan minda kepada masyarakat dalam segenap ruang dan peluang.

Inilah yang kelihatan apabila team Pancaindera turun ke Bera, Pahang bagi memeriahkan Fiesta Bera Siri Kedua pada 8 hingga 10 Julai yang lalu. Kunjungan kami bukan sekadar mahu menghiburkan orang di situ tetapi lebih besar misinya.

Bersalut niat murni di hati, 22 artis tampil bertemu orang kampung, peminat dan handai taulan, bukan sahaja menghibur di pentas, tetapi memenuhi diari acara yang begitu padat.

Nah, lihat sahaja pada pengisian acara yang telah diatur oleh pihak penganjur, Biro Kebajikan Parlimen Bera yang rata-ratanya membabitkan tiga komposisi sekaligus iaitu pemimpin, artis dan juga peminat.

Dan selama tiga hari itu, pelbagai aktiviti lain berlangsung dengan jayanya, termasuk acara Forum Perdana, pertandingan nasyid dan alunan azan yang turut disertai ratusan peserta.

Artis kita juga cuba untuk memenuhkan apa sahaja agenda yang telah disusun atur untuk mereka. Semuanya kerana penduduk Bera yang tidak pernah jemu-jemu menyokong kerjaya anak seni ini.

Mungkin pengorbanan ini tidak sebesar mana jika nak dibandingkan dengan hal-hal yang lain, tetapi sekurang-kurangnya Pancaindera yakin kunjungan golongan artis ini mampu memberi senyuman kepada penduduk di sekitar Bera.

Mungkin di kalangan peminat, inilah masa untuk mereka bermesra dengan lebih rapat dengan artis pujaan masing-masing.

Dan di kalangan artis pula, sumbangan kecil mereka di Fiesta Bera ini mampu menjadi tanda terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada peminat yang tak pernah jemu menyokong mereka.Melihat kesungguhan peminat untuk memenuhi setiap aktiviti bersama-sama, ada nada haru kelihatan daripada wajah anak seni yang hadir.

Aktiviti menarik

SELAMA tiga hari acara berlangsung, Tapak Expo, Dataran Majlis Daerah Bera memang menjadi tumpuan. Selain acara jualan dan gerai pameran yang menjadi penambah rezeki kepada golongan peniaga di sini, mereka turut disajikan dengan pelbagai aktiviti lain.

Paling mencuri perhatian sudah pasti pertandingan memasak ikan pating tempoyak bersama artis serba boleh, Jaafar Onn. Kehadiran ramai 'jaguh-jaguh kampung' cukup menyeronokkan apatah lagi mereka dapat menguji kehandalan masing-masing.

Acara seperti pertandingan Ratu Kebaya Mak Dara Pancaindera, pertandingan nasyid, pertandingan karaoke, pertandingan battle of the band, rentap Futsal Kosmo! cukup mendapat sambutan.

Mungkin ada yang menganggap golongan artis kita cukup gah duduk di atas tanpa pernah merasa kesukaran dek populariti yang menyalut tubuh mereka.

Tidak semua artis kita begitu dan dengan adanya peluang turun padang sebegini, ia bagaikan membuka ruang besar buat mereka merasa kepahitan dan kesusahan orang lain.

Berpeluang berkunjung ke rumah Asmah Hussin di Kampung Paya Tateh bersama Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memang cukup dinantikan.

Menitik air mata wanita lebih separuh abad ini menanti sambil menanti kehadiran rombongan kami. Dalam nada yang cukup sayu Asmah tidak dapat menahan kesedihan bila tubuh kecilnya dipeluk Haiza dan Azzarima. Airmata tuanya lebih laju menitis kala penyanyi Faradhiya menghulur tangan mahu bersalaman kala mahu pulang.

Pembaharuan

TIDAK dapat dinafikan sejak sekian lama kami mengadakan acara sebegini, inilah kali pertama Pancaindera berjaya mengumpulkan jumlah artis yang sebegini ramai.

Memang cukup meriah dan di luar jangkaan apabila masih ramai yang mengharapkan peluang untuk muncul dalam acara sebegini besar.

Lantas kelibat penyanyi seperti Faradhiya, Fazli Zainal, Mohd Mentor, Haiza, Azzarima Zawari, Zatty, Razali Hussain cukup mencuri tumpuan. Paling dinanti sudah pasti Datuk Jeffrydin yang menjadi pujaan ramai peminat setianya.

Tidak hanya membawa barisan penyanyi-penyanyi popular tanah air, acara kali ini masih disertai oleh para pelakon. Sudah pasti momentum pada malam itu semakin bertambah dengan kehadiran Intan Ladyana, Tam, Enot Abdullah, Zain Saidin, Shahz Jaszle, Neelofa, Abby Abadi, Zul Ariffin, Jaafar Onn dan Syed Ali.

Berbalik kepada konsert Pancaindera, diacarakan oleh Roslan Shah dan Didie Alias, lebih 20,000 penduduk di pekan Bera dan kawasan sekitar hadir memberi sokongan.

Tema pop yeh yeh yang kami bawakan cukup mendapat sambutan. Biarpun pada malam itu hanya sebahagian sahaja daripada penyanyi kita yang menyanyikan irama 60-an itu, sudah cukup mengubat kerinduan peminat terutamanya apabila Jeffrydin muncul dengan lenggok tarian 'manjanya'. Apa lagi, banyaklah yang tampil ke pentas mahu menjadi penari iringan Jeffrydin. Meriah jadinya suasana dek penangan orang Bera yang terpukau oleh Jeffrydin untuk ke pentas. Bergelek dan menyanyi bersama para peminat bagaikan tiada kesudahan memandangkan cukup sukar untuk melihat bintang besar sepertinya turun padang.

Kepada semua, Pancaindera ucapkan terima kasih. Kalau ada salah dan silap, mohon maaf atas apa yang kurang. Sebagai sebuah akhbar yang sentiasa dekat dengan pembacanya, ruang dan peluang bertemu anda sentiasa kami nantikan dimasa depan. Jumpa lagi!

Gelanggang Tuk Wali masuk istana

Posted: 16 Jul 2011 07:22 PM PDT




BERMULA hanya dengan sebuah pementasan yang kecil, siapa sangka impaknya cukup besar hari ini. Kalau dulu pementasan teater Gelanggang Tuk Wali hanya untuk pementasan kecil di sekolah, tetapi kini naskah itu diangkat ke tempat yang lebih tinggi.

Naskah Gelanggang Tuk Wali yang ditulis oleh Ismail Kassan cukup untuk mengisahkan tentang perjuangan kental seorang guru silat yang mahu mempertahankan warisan budaya bangsanya. Biarpun mendapat tentangan daripada penduduk kampung yang lain, itu langsung tidak mematahkan semangat mereka.

Bukan soal silat yang menjadi taruhan tetapi isu-isu yang menjadi duri dalam daging masyarakat kita seperti mengadu domba, isu hasad dengki dan macam-macam perasaan iri hati diketengahkan untuk memberi pengajaran pada semua.

Mungkin naskah Gelanggang Tuk Wali ini impaknya tidak sebesar teater yang lain. Bukan menidakkan naskah hebat ini tetapi bila melihatkan barisan pelakon baru yang tersenarai, hati terdetik mampukah teater ini berdiri megah di pentas Istana Budaya (IB).

Cukup teruja untuk masuk ke panggung pada 28 hingga 30 Julai ini, Gelanggang Tuk Wali yang dibawakan oleh Beringin Entertainment ini cukup optimis apabila dapat bekerjasama dengan IB, Kelab Teater Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara dan pihak kementerian.

Selain Mazlan Tahir, pelakon lain yang terlibat termasuklah Aeril Zafaril, Umi Kalsom, Syazwan Hashim, Zakaria Yusof, Mohd Azam, Eiz Omea, Atrash, Afiq Muiz, Afian Giman dan ramai lagi.

Syazwan Hashim

"JADI Ripin dalam teater ini memang menguji kemampuan saya. Watak anak murid kesayangan Tuk Wali ini cukup mencabar memandangkan banyak sisi lain yang saya perlu teroka sedikit demi sedikit.

"Nasib baik saya sudah ada pengalaman sebelum ini. Jadi untuk bangunkan watak Ripin ini tidak sesukar mana. Cuma apa yang paling penting saya dapat memuaskan hati semua penonton yang hadir ke IB nanti," ujarnya yang sudah terlibat dalam 10 naskah teater tradisonal.

Afiq Muiz

"SEJUJURNYA saya cukup takut untuk terlibat dalam teater ini. Namun bila difikirkan ini merupakan peluang yang tak boleh dilepaskan oleh saya walaupun bukan watak yang besar.

"Biarlah ini menjadi permulaan buat saya dalam dunia teater. Kalau tidak besar sekalipun saya nak sangat rasa pengalaman menjadi pelakon teater yang diidam ramai itu," ujar finalis Kacak Bergaya 2009 ini.

Afian Giman

"SAYA bawa watak Tuk Imam dalam teater ini. Memang watak yang lain memandangkan Tuk Iman ini penuh dengan hasad dengki dan ada sisi hitam dalam dirinya.

"Banyak perkara yang perlu saya pelajari sebenarnya. Selalu kita tengok imam yang baik tapi kali ini ia cukup lain. Mungkin saya kena kaji watak lebih untuk memberi impak pada peminat yang datang nanti," jelas lelaki 32 tahun ini.

Eiz Omea

"SAYA ni kelam kabut sikit, tapi dalam teater ni saya dapat watak sebagai gadis yang lemah lembut. Memang sangat mencabar buat saya memandangkan itu berlainan karakter dengan diri saya ini.

"Dah tu saya kena belajar silat pula. Alhamdulillah lepas berlatih seminggu saya sudah tahu langkah yang perlu ada. Memang tak hebat mana tapi itu memang cukup berguna buat saya," kata bekas peserta program realiti Anak Wayang ini.

Atrash

"Pengalaman berlakon dalam Gelanggang Tuk Wali ni memang satu peluang yang cukup besar buat saya. Banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang latihan.

"Lagi banyak kita berlatih, lagi banyak ilmu yang kita dapat. Sebab tu saya tidak ada menolak watak kecil atau besar. Yang penting ilmu yang saya dapat," kata Atrash.

Finochio kecewa dengan Singapura

Posted: 16 Jul 2011 07:22 PM PDT


Finochio kesal dilayan kurang mesra di negara sendiri.


DILAYAN seperti anak tiri di negara sendiri.Itu yang berlaku ke atas kumpulan Finochio yang dianggotai oleh trio Fyno (vokalis), Aki (gitar utama) dan Zali (Gitar kedua) yang hadir ke studio Utusan Malaysia baru-baru ini sambil membawa kekecewaan di jiwa masing-masing.

Menurut Fyno selaku ketua kumpulan, biarpun Singapura merupakan sebuah negara yang dilihat berpotensi besar dalam bidang muzik, namun ia terbatas disebabkan oleh beberapa perkara.

Mempunyai belasan tahun pengalaman dalam bidang muzik, Fyno bagaimanapun mengaku, pengalaman dan bakat yang ada bukanlah sesuatu yang boleh dijual di sana.

Menurut Fyno, meski perjuangan muzik mereka cukup menebal, namun seringkali mereka dapati industri hiburan Singapura seolah-olah tidak banyak memainkan peranan untuk membantu pemuzik tempatan seperti mereka.

"Sudah lama kami memantau perkara ini. Kalau artis luar, tanpa cakap banyak mereka akan mudahkan laluan untuk masuk ke negara ini.

"Kalau pemuzik tempatan, jauh sama sekali. Boleh nampak perbezaan layanan itu. Baik dari stesen radio mahupun televisyen, anak tempatan tidak diutamakan.

"Walhal kami pun punya karya muzik yang baik. Kadang-kadang kalau sentuh soal bayaran pun begitu. Kami pun sudah malas nak ungkit benda ni sebab ia tidak akan berkesudahan," katanya.

Melihatkan ketegasan Fyno menyuarakan pandangannya berhubung senario hiburan di Singapura, Pancaindera pantas mengaju pertanyaan apakah Finochio tidak bimbang jika keadaan bertambah tegang dan mereka semakin sukar mencipta nama di tanah kelahiran sendiri?

Tanpa sedikit gusar, kata Fyno, soal kebimbangan atau takut dihentam bukan menjadi isu utama memandangkan mereka berada di pihak yang benar.

"Kami cakap apa yang betul, jadi kami tak kisah kalau orang-orang industri sana nak hentam atau kutuk kami.

"Mereka sepatutnya menolong pemuzik tempatan, tapi balik-balik orang luar yang dirajakan. Bila pula pemuzik tempatan nak naik bukan?" katanya.

Kekesalan yang ditanggung ini juga merupakan punca utama mengapa mereka memulakan langkah untuk mencari tapak di Malaysia.

Membawa genre eksperimental rock, Finochio meletakkan harapan yang tinggi untuk diterima ramai di negara ini menerusi taruhan single berjudul Papa, I Love You.

Menurut Fyno, mereka memilih Malaysia kerana percaya muzik yang dibawa menepati selera pendengar di sini selain mahu mencuba nasib apalagi selepas melihat potensi untuk mengembangkan karier di sini lebih besar.

Bukan itu sahaja, tutur Fyno, hijrah mereka ke Malaysia juga merupakan satu usaha untuk menyemarakkan industri muzik Melayu.

"Kami percaya ada ruang buat kami di sini biarpun tahu persaingan pasti sengit. Apalagi kami ini datangnya dari negara jiran dan di Malaysia juga sudah ada lambakan band tempatan.

"Tapi itu bukan satu penghalang kerana kami juga berdarah Melayu. Muzik yang kami bawa juga ada jiwa Melayu," katanya.

Dalam pada itu, Fyno menolak andaian pihak tertentu yang mengaitkan Finochio cuba menenggelamkan band-band tempatan sementelah kurang mendapat publisiti di negara sendiri.

"Kami tak ada niat nak bersaing dengan mana-mana band atau sebagainya. Soal ada publisiti atau tidak, itu bukan isunya sebab sasaran kami cuma mahu berkongsi produk yang kami ada. Itu sahaja," katanya.

Sementara itu, Finochio juga merancang untuk melebarkan sayap mereka ke Indonesia dan Brunei selepas penaklukan mereka di Malaysia menampakkan hasil yang positif.

Ardeshir sayang Malaysia kerana aman

Posted: 16 Jul 2011 07:21 PM PDT




Wajah-wajah asing semakin ramai di negara ini. Rata-rata anak muda negara negara Timur Tengah dan Asia Barat memilih institusi pengajian tinggi di negara ini untuk meneruskan pengajian. Ardeshir Bangi dari Tehran, Iran seorang daripadanya. Dia baru saja tamat pengajian di salah sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur.

Dia menghabiskan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan hujung tahun lalu dan ketika ini berusaha mencari peluang pekerjaan.

"Seronok berada di negara Malaysia yang aman, kawan-kawan di sini juga baik dan menerima kehadiran orang asing seperti kami. Sifat itulah yang membuatkan pelancong asing rasa selesa dan selamat berada di Malaysia," kata Ardeshir kepada Pancaindera.

Ardeshir datang ke Malaysia pada 2007 untuk menyambung pengajian dan dalam masa yang sama mengintai bidang peragaan.

Dunia peragaan di Malaysia yang semakin berkembang turut membuka peluang kepada orang asing yang sedang belajar atau bekerja di sini. Selain pembabitan mereka untuk tujuan pengiklanan di Malayia, ada juga yang terpilih menjadi model untuk kempen di luar negara.

Jamal Tommy Talents Agency salah sebuah agensi yang aktif membuka peluang kepada wajah-wajah asing di Malaysia.

"Saya juga salah seorang bakat dalam agensi Jamal Tommy. Saya mencuba nasib di sini kerana memiliki sedikit pengalaman peragaan semasa di negara saya," kata Ardeshir yang mengintai peluang untuk iklan cetak atau iklan televisyen.

Ardeshir juga terpanggil untuk berbicara pasal perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dilakukan segelintir masyarakat Malaysia yang menurutnya tidak menghargai keamanan yang sedang dilalui.

"Saya sangat tak setuju dengan perhimpunan minggu lalu. Saya rasa rakyat Malaysia memiliki peluang untuk hidup dalam keamanan dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

"Perhimpunan itu mengingatkan saya dengan situasi masa lalu di Iran. Walaupun saya tidak lahir zaman itu, tapi sejarah mengatakan bahawa kami juga ada kebebasan sebelum berlakunya revolusi.

"Demonstrasi itu kononnya untuk mendapat lebih kebebasan, tapi hakikatnya selepas itu lain pula yang dialami, " kata Ardeshir yang mahu rakyat Malaysia belajar daripada sejarah itu.

Sementara itu, Ardeshir sedang berusaha mencari peluang pekerjaan di Malaysia selepas beberapa bulan tamat pengajian. Usahanya masih gagal kerana ada syarikat yang berasa payah berususan dengan pihak berkaitan.

"Saya sangat cintakan Malaysia. Tapi kalau tak dapat peluang bekerja saya terpaksa meninggalkan negara aman yang saya cintai ini dengan penuh memori indah.

"Pelajar asing tidak boleh bekerja sambil belajar. Pada pendapat saya, kalau peraturan itu dilonggarkan pasti lebih ramai pelajar asing memilih institusi pengajian tinggi di Malaysia," katanya yang sudah lima tahun di Kuala Lumpur.

Animasi anak Malaysia di pentas dunia

Posted: 16 Jul 2011 07:20 PM PDT


Rentetan daripada itu, animasi Re-Entry telah pun mendapat pengiktirafan oleh Naib Presiden STS, Samuel Coniglio sebagai muzik video pelancongan angkasa pertama dunia melalui runut bunyi Ticket to the Moon yang dinyanyikan oleh kumpulan Subculture.


MUNGKIN ramai yang masih belum mengenali pemilik nama Norul Rafidi Zakaria ini. Di sebalik senyum yang tak putus-putus terukir di wajahnya itu, dia menyimpan cerita yang cukup menarik untuk membuatkan sesiapa sahaja buka mata.

Siapa sangka apa yang dikecapi oleh Rafidi cukup besar kesannya. Berpeluang mempersembahkan animasi filem Re-Entry Animated yang bakal ditayangkan di perjumpaan Persatuan Antarabangsa untuk Kemajuan Keselamatan Angkasa Lepas (IAASS) Kelima pada bulan Oktober ini, impiannya kini hanya tinggal selangkah sahaja lagi.

Dalam persidangan yang akan diadakan antara 17 hingga 19 Oktober di Paris itu, Rafidi bakal mempersembahkan filem animasi tiga minit (trailer) berkaitan dengan filem animasi pelancongan angkasa pertama dunia kepada pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Agensi Angkasa Eropah (ESA), Agensi Penerokaan Aero-Angkasa Jepun (JAXA) serta para penerbit dan pengarah dari Hollywood.

Lantas peluang yang ada telah menjadikan Rafidi sebagai anak Malaysia pertama yang diberi peluang mempamerkan animasi sedemikian berdasarkan kandungan komik anime Jepun bertajuk Re-Entry.

Komik tersebut merupakan hasil ciptaan Profesor Dr. Patrick Collin yang juga merupakan pensyarah ekonomi dan sumber tenaga angkasa lepas di Universiti Azabu, Jepun di samping perunding untuk JAXA.

Apa yang terkandung dalam komik tersebut merupakan kisah pelancongan angkasa .

"Berpandukan komik Re-Entry tersebut, saya ambil dan jadikan dia animasi. Pada mulanya, animasi ini dibuat di dalam bentuk dua dimensi atau 2D (untuk watak) dan tiga dimensi atau 3D (untuk objek) selama tiga minit untuk Persatuan Pelancongan Angkasa Lepas - Bahagian Malaysia (STS-MC) untuk dibentangkan di IAASS Keempat di Hunville, Amerika Syarikat pada 19 Mei 2010.

"Banyak perkara yang perlu saya perbaiki melalui trailer pertama itu. Ramai nama-nama besar dunia yang berpendapat ada penambahbaikan dan perician yang boleh saya laksanakan untuk memperbaikinya.

"Rentetan daripada itu, animasi Re-Entry telah pun mendapat pengiktirafan oleh Naib Presiden STS, Samuel Coniglio sebagai muzik video pelancongan angkasa pertama dunia melalui runut bunyi Ticket to the Moon yang dinyanyikan oleh kumpulan Subculture.

"Sehingga hari ini, pasukan saya telah siap membangunkan lebih 70 peratus versi baru animasi Re-Entry untuk dipersembahkan pada bulan Oktober nanti, sepenuhnya dalam bentuk 3D," kata lelaki asal Taiping, Perak ini lagi.

Animasi ini berkonsepkan aksi dan adventure bertemakan masa akan datang di Malaysia di mana pelancongan angkasa telah berkembang pesat dan menjadi salah satu penyumbang ekonomi negara.

Animasi ini mempamerkan bagaimana takjubnya kehidupan pelancong yang datang melawat angkasa seterusnya dapat menginap di hotel angkasa. Pelbagai paparan turut diperlihatkan bagaimana pentingnya bidang industri ini termasuklah mencipta pekerjaan yang baru untuk mereka teroka.

Ini bukan satu angan-angan kosong memandangkan segala-galanya yang penuh dengan pendidikan sains angkasa seterusnya menunjukkan pelbagai ruang yang boleh dicipta dengan konsep dunia pembangunan angkasa lepas tanpa sempadan.

Bercerita mengenai isi kandungan pula, Rafidi menjelaskan animasi tersebut bukan direka secara suka-suka sebaliknya idea tersebut turut datang daripada Presiden STS-MC, Norul Ridzuan yang juga merupakan bekas pengarah Planetarium Negara.

Animasi ini turut diiktiraf sebagai penggerak atau perintis animasi yang berkonsepkan Pelancongan Angkasa pertama dunia oleh Pengasas dan Presiden STS sendiri, John Spencer yang juga adalah Arkitek Angkasa NASA.

Tidak melihat animasi ini sebagai kejayaan peribadi semata-mata, Rafidi cukup mengharapkan agar apa yang diimpikan oleh jutaan penduduk dunia yang mahu menjadi pelancong angkasa akan terlaksana tak lama lagi.

Selaku pengarah dan pemegang hak harta intelek (IP) untuk animasi ini, Rafidi juga telah membuka peluang kepada sekumpulan anak Melayu yang berbakat menyumbang idea ilustrasi untuk Re-Entry Animated.

Dengan kerjasama kelab pengumpul figura CShot, sebuah buku idea dan ilustrasi untuk animasi tersebut bakal dikemukakan pada persidangan IAASS di Paris.Animasi ini juga boleh dijadikan rujukan para pelajar kerana isi kandungnya adalah berdasarkan sains angkasa sebenar yang direalisasikan melalui animasi.

"Persidangan itu juga turut akan dihadiri oleh pelbagai pakar bidang sains angkasa daripada NASA, ESA, JAXA, cerdik pandai daripada universiti seluruh dunia dan juga penggiat serta pembuat filem-filem antarabangsa.

"Banyak perancangan yang telah kita lakukan untuk projek ini. Untuk animasi berkenaan, kita masih menggunakan lagu kumpulan Subculture dan tiga lagi lagu nyanyian Xtrotoyz. Kalau tak ada masalah, projek filem animasi penuh album runut bunyi Re-Entry Animated akan kita lancarkan di Paris selepas persidangan tersebut," kata Rafidi yang cukup berterima kasih apabila akhbar Kumpulan Utusan menjadi media rasmi bagi projek ini.

Animasi Re-Entry merupakan produk Triangle O Sdn. Bhd. yang kini membuka pintu untuk penaja dan pelabur tempatan turut serta dalam projek berkenaan yang dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh dua tahun. Bagi mereka yang berminat turut serta boleh melayari www.re-entry.com.my atau Facebook/Re Entry Animated.

Nadia, masih ada sinar

Posted: 16 Jul 2011 07:18 PM PDT




AGAK-agaknya sampai bila kemelut panas antara pelakon Nadia Mustafar dan si artis ni akan berakhir? Tak payahlah saya sebut nama tersebut kerana semua orang sudah maklum. Saya angkat tabik kepada Nadia kerana dia pandai mengekang dan menangani kemelut ini dengan berdiam diri dalam keadaan tak mengizinkan dia untuk menangkis tuntutan terhadapnya.

Kalau ikutkan kronologi peristiwa tersebut, saya tak masuk mana-mana pihak tapi yang benar tetap benar. Sebab dalam artikel media, Nadia tak menyebut nama insan tersebut cuma sebagai pemiutang. Dia ada hak untuk menyuarakan yang dia nak duitnya itu dan sebagai 'orang makan cili tentunya rasa pedas' akan merasakan kenyataan tersebut dituju kepada dirinya.

Kerana ini mungkin jalan terakhir dipilih Nadia untuk menuntut haknya sebagai pemiutang kerana sipeminjam terlepas pandang akan hutangnya itu. Bagi saya tak payah rasanya perkara ini berlanjutan sampai saman menyaman kerana saya tak nampak ada rasionalnya.

Tetapi harus diingat dunia artis ni kecil saja, lambat-laun bersemuka juga. Kalau kita berhutang dengan orang, langsaikan segera. Saya tidak bercakap untuk mereka sahaja tetapi dalam masa yang sama mahu mengingatkan semua orang juga. Tak perlu rasanya nak beritahu apa akibatnya nanti, sebab saya yakin semua orang tahu perkara tersebut.

Akhir kata, sempena bulan Ramadan al-Mubarak yang akan menjelang tak lama lagi, barbaiklah. Mungkin ia akan jadi titik paling manis dalam kehidupan anda berdua.

Pencinta Kedamaian

Kuantan, Pahang.

Take That alami tragedi

Posted: 16 Jul 2011 07:17 PM PDT




KUMPULAN popular Take That mengalami tragedi ngeri apabila kapal terbang yang mereka naiki disambar petir.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan yang dialami kelima-lima ahli kumpulan tersebut.

Menurut satu laporan, kumpulan yang dianggotai oleh Robbie Williams, Gary Barlow, Mark Owen, Howard Donald dan Jason Orange itu dalam perjalanan ke konsert mereka di Milan, Itali.

Menurut laporan tersebut, situasi ketika kejadian tersebut sangat tegang apabila aliran elektrik berkuasa tinggi menyambar kapal terbang tersebut.

"Ketika memulakan perjalanan cuaca baik dan apabila berada tidak beberapa lama di udara tiba-tiba ada satu cahaya petir yang menyembar kapal terbang itu.

"Situasi sangat tegang kelima-lima anggota Take That kelihatan sangat cemas namun mereka hanya meringkuk di tempat masing-masing sehingga selamat sampai di Milan," katanya.

Jlo kembali jadi juri

WALAUPUN bahang American Idol Musim 10 masih lagi terasa, pihak produksi rancangan popular tersebut sudah menyenaraikan nama-nama selebriti yang bakal dipilih sebagai juri untuk musim akan datang.

Ada khabar angin daripada sumber yang boleh dipercayai memberitahu bahawa ada kemungkinan bahawa penyanyi Jennifer Lopez akan kembali menjadi menyambung tugasannya sebagai juri untuk program realiti hiburan paling popular di Amerika Syarikat itu.

Sedikit-sebanyak, berita ini pasti akan menggembirakan peminat Jennifer Lopez.

Kalau tidak pun, ia akan melegakan peminat American Idol yang sudah pun mula meminati serta menggemari cara, stail dan pendekatan Jennifer sebagai juri.

Malah, Jennifer Lopez juga nampaknya sudah mula berasa yakin dengan keputusannya untuk menjadi juri American Idol bagi musim yang akan datang.

Arnold kembali ke layar perak

Dua bulan selepas menangguhkan kemunculan semula di Hollywood ekoran pendedahan skandal seksnya, bekas gabenor, Arnold Schwarzenegger kini bersedia menjadi tumpuan sekali lagi.

Bekas hero filem aksi yang menjadi ahli politik itu dijadual memulakan penggambaran filem The Last Stand pada September ini.

Sumber berkata, The Last Stand adalah filem era zaman lampau sesuai untuk seorang lelaki 63 tahun yang mempunyai masalah moral.

"Kami sentiasa perlukan seorang ikon untuk filem begitu," katanya kepada sebuah laman sesawang hiburan Hollywood, semalam.

Schwarzenegger menjadi perhatian dunia apabila didapati manjalin hubungan dengan pembantu rumahnya dan menyebabkan wanita terbabit melahirkan anak luar nikah, 13 tahun lalu.

Vivek Oberoi ambil lesen penerbangan

SELEPAS Shahid Kapoor, pelakon tampan Vivek Oberoi pula mengambil kelas penerbangan pesawat ringan.

Tujuan pelakon tersebut mengambil kelas penerbangan tersebut adalah bagi menjayakan satu filem aksinya bersama seorang lagi pelakon hebat bollywood Hrithik Roshan.

Satu sumber berita melaporkan pelakon tersebut mengambil kelas dan lesen kapal terbang tersebut dari sebuah institusi penerbangan di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Leporan tersebut juga menyatakan watak yang akan dipegang oleh pelakon hebat tersebut adalah seperti watak Professor Charles Xavier dslsm filem terkenal X-men.

Filem terbaru lakonan dua pelakon terkenal itu juga turut berkisarkan berkenaan satu kumpulan manusia yang mempunyai kuasa hebat yang digelar 'mutan'.

habis

Rani Mukhjerji dan Aditya Chopra bercinta

PERCINTAAN pasangan pelakon Rani Mukhjerji dan Aditya Chopra memang tidak boleh disembunyikan lagi.

Terbaru, pasangan tersebut dilihat bersama-sama menghadiri majlis sambutan hari jadi rakan artis mereka Hiroo Johar baru-baru ini.

Selepas itu, pasangan tersebut muncul sekali lagi secara bersama dalam beberapa majlis yang dianjurkan oleh rakan-rakan artis yang lain.

Kemesraan mereka berdua memang tidak boleh disangkal lagi, dan mereka berdua mungkin akan mengakhiri zaman solo mereka tidak lama lagi.

Namun begitu kedua-duanya masih tidak mengaku menjalinkan hubungan percintaan apabila para wartawan bertanyakan perkara tersebut dan mereka tidak mahu menghebohkan perkara ini sehinggakan benar-benar perlu berbuat demikian.

Cara elak konflik

Posted: 16 Jul 2011 07:16 PM PDT




Lumrah berada dalam satu pasukan atau kumpulan, perbalahan pasti akan berlaku. Sama ada ia berlaku kerana faktor salah faham atau sengaja dicetuskan, jarang sekali ada kumpulan yang boleh bertahan lama tanpa ada konflik begini.

Bagaimanapun, bagi kumpulan MBLAQ, mereka punya cara tersendiri seandainya terjadi perkara sedemikian.

Menurut Seungho, kebiasaannya, jika berlaku salah faham, mereka akan duduk berbincang sepanjang hari untuk mencari jalan penyelesaian berhubung sesuatu isu.

"Kami semua sudah dewasa dan berkongsi gaya muzik yang sama. Jadi kami jarang sekali bergaduh sesama sendiri.

"Namun, sesekali bila berlakunya perkara begitu, kami akan berbincang mengenainya dan pastikan setiap orang memberikan pandangan masing- masing. Ini cara kami selesaikan masalah.

"Malangnya, kami ni jarang bergaduh. Kalau tak dapat berbincang di waktu siang, kami akan berkonfrontasi sepanjang malam.

Julia Perez berbikini masuk bank

Posted: 16 Jul 2011 07:16 PM PDT




LEPAS satu, satu lagi kontroversi muncul. Nampaknya Julia Perez memang selalu mencari isu untuk mensensasikan diri sendiri.

Terbaru, dia dikhabarkan masuk ke sebuah bank di Bali dengan hanya memakai baju dan seluar dalam .

Kejadian tersebut berlaku ketika Julia sedang bercuti bersama kekasih hatinya Gaston Castano di pulau peranginan itu.

"Saya sebenarnya mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM. Tiba-tiba sahaja elektrik terputus dan kad bank saya itu tertelan dalam mesin.

"Saya panik seketika dan terus bergegas masuk ke dalam bank untuk meminta bantuan," katanya menjelaskan duduk perkara. Tindakan Julia itu ternyata mengundang kejutan ramai.

Tempelak artis tak berdisiplin

Posted: 16 Jul 2011 07:15 PM PDT




BERANGAN hebat dan menyusahkan orang, mungkin itu senario yang sedang berlaku pada segelintir artis baru hari ini. Biarpun kebanyakan mereka memberi seribu satu alasan disebabkan hal yang dah terjadi, tetapi semua itu hanya alasan untuk menutup kesalahan diri.

Isu datang lambat, menyusahkan orang dan bermacam-macam hal lain yang berlaku sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah artis yang bergelar pelakon. Dek kerana kelewatan orang lain tiba ke lokasi, mereka juga terheret sama dalam hal tersebut.

Isu ini bukan isu baru dalam industri kita. Ia tak ubah seperti barah yang merebak dalam diam sedangkan orang lain hanya memandang tanpa melakukan apa-apa. Dan disebabkan hal itu juga ada yang melabel kerja pelakon adalah menunggu.

Bagaikan tidak ada penyelesaian kepada isu ini beberapa pelakon kita pernah mencetuskan kontroversi akibat masalah datang lewat ini. Pelakon Aaron Aziz dan Fizz Fairuz pernah 'mengamuk' dalam Twitter, marahkan pelakon lain yang tiba lewat ke lokasi penggambaran.

Tak cukup dengan itu, pelakon Iqram Dinzly juga pernah dituduh datang lewat sehingga menyebabkan namanya panas. Bukan mahu mencari salah sesiapa, tetapi inilah senario yang berlaku hari ini. Isu biasa tetapi tak pernah ada kesudahan.

Malah, pelakon Nazim Othman juga pernah melakukan perkara yang sama. Meluah perasaan kepada segelintir artis lain yang tak pandai untuk menghormati masa orang lain. Benarkan pelakon kita semakin diva dan menyusahkan orang lain?

"Tidak timbul isu diva atau rasa diri bagus. Bagi saya semua orang kena menghormati masa orang lain kalau nak jadi pelakon yang berdisiplin. Kalau masa orang lain pun dia tak hormat, macam mana nak kekal lama dalam industri.

"Saya tidak mahu dedah apa yang dah berlaku. Kalau boleh saya hanya mahu orang-orang itu tahu erti kesabaran orang lain yang menunggu mereka tiba. Kalau nak kata saya tak sabar, rasanya dah lama saya lari. Dek kerana sabar inilah saya masih ada dalam industri.

"Kalau berlakon tu kita libatkan pasukan yang besar. Kalau 20 orang dah ada tapi hanya menunggu satu pelakon tiba, tak ke memberikan masalah kepada kumpulan yang lagi besar ni. Kalau selalu jadi macam tu, memang tak patut sebenarnya.

"Bukan saya rasa saya bagus sangat sebab datang awal. Tapi kesian tengok orang lain tunggu artis A atau artis B sedangkan mereka sudah tahu jadual masing-masing. Ini yang berlaku dalam industri kita dan soalan saya sampai bila kita kena hadap perkara ini?" jelas Nazim.

Dalam pada itu pelakon yang cukup terkenal dengan drama Begitukah Cinta tidak menafikan yang kerjaya sebagai pelakon memang untuk menunggu. Namun tegasnya lagi, seharusnya tugas pelakon itu menunggu untuk penggambaran dan bukannya menunggu pelakon lain sampai.

Dalam nada yang cukup merendah diri, Nazim berpendapat masalah sebegini tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Setidak-tidaknya perlu ada jalan penyelesaian kepada untuk mereka yang 'bermasalah' ini agar tidak terus menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain.

"Orang lain selalu cakap kerja sebagai pelakon kena menunggu. Ya, memang kerja menunggu dah jadi sebahagian daripada hidup pelakon. Tapi kalau kena menunggu orang lain sampai macam mana pula tu?

"Sebab tu kita kena sedar diri siapa kita. Kalau nama besar sekalipun jangan sesekali kita buat hal dengan orang lain. Kalau nak cakap pasal kecewa dengan perkara ni, terus terang saya cakap saya kecewa dengan sesetengah artis lain yang sering bagi masalah pada keseluruhan pasukan produksi.

"Jangan sesekali pentingkan diri sendiri. Popular macam mana pun kalau disiplin tak ada tak guna juga. Sebab tu saya harap saya tak termasuk dalam mereka yang tak berdisiplin ini. Saya pun tak bagus mana, tapi sekurang-kurangnya saya tak saya tak mahu jadi pembawa masalah pada orang lain," jelas lelaki yang berusia 27 tahun ini lagi.

Bercerita mengenai hal kerjaya pula, tidak dinafikan nama Nazim semakin dikenali ramai dengan pelbagai drama popular yang menghiasi kaca televisyen sejak tiga tahun yang lalu.

Namun dalam usia yang sebegini matang, dia masih lagi disogokkan dengan watak remaja atau sebagai penuntut universiti yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa resah bagi sebilangan besar peminat setia pelakon ini.

Tidak mahu terus dilihat klise, Nazim berpendapat itu merupakan resam bagi orang baru sepertinya. Biarpun dalam hati kecilnya cukup mendambakan watak yang lebih berat dan mencabar, dia akur dengan kehendak orang yang mahu dia menjadi seperti itu dan ini dalam sesebuah karya.

"Pemilihan watak itu cukup penting dalam kerjaya saya. Kalau orang cakap saya memang memilih, terpulang. Kalau watak tu memang tak sesuai dengan saya, untuk apa saya terima?

"Saya pernah tolak tiga tawaran berlakon filem semata-mata kerana watak yang yang ditawarkan tak bersesuaian dengan saya. Bukan soal berlagak atau tak, tapi soal kepuasan itu yang lebih penting.

"Kalau berlakon drama tak ada masalah tapi ini melibatkan filem. Saya ada hala tuju untuk sendiri. Kalau bukan sekarang, insya-Allah pada masa hadapan akan ada peluang itu," kata Nazim yang akan muncul dalam drama Impian Raya Emelyn.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan