RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Bayar RM10 Dapat Tonton 'Nur Kasih The Movie'

Posted: 13 Jul 2011 10:06 PM PDT

PETALING JAYA: Penonton yang tidak berpeluang menonton filem Nur Kasih The Movie di pawagam boleh menonton filem itu di portal video pintar Tonton dengan membayar RM10.

Menerusi portal khas itu, pengguna berpeluang melayari galeri gambar, menonton 'trailer' dan interaksi bersama peminat filem ini menerusi aplikasi pautan laman sosial, Facebook. Semuanya secara eksklusif di www.tonton.com.my/nurkasihthemovie.

Filem arahan Kabir Bhatia ini merupakan kesinambungan siri drama popular, "Nur Kasih" yang pernah mencatat sejumlah 19 juta penonton di kaca televisyen pada dua tahun lalu.

Kemalangan ngeri di padang pasir Jordan menjadi permulaan kepada kisah menyayat hati dalam Nur Kasih The Movie. Kesedihan Aidil (Fizz Fairuz) kerana kematian Alia (Ayu Raudhah) menjadi beban penderitaan emosi dan batin.

Manakala Adam (Remy Ishak) mendapat khabar gembira kerana Nur Amina (Tizz Zaqyah) telah mengandung. Namun amat malang sekali apabila Nur Amina keguguran selepas itu. Adam mula hilang pertimbangan dan berpaling dari ajaran Allah.

Kehadiran Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar. Pasangan Adam dan Nur Amina kemudiannya cuba mencari kedamaian di Jordan tetapi takdir menentukan mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat.

Apakah nasib Adam dan Nur Amina selepas itu?

Stacy & Akim Tak Buat Gimik Jaja Kisah Cinta

Posted: 13 Jul 2011 10:00 PM PDT

Stacy dan Akim

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti iaitu penyanyi Akim AF9 dan Stacy AF6 mengakui tidak berniat menjadikan kisah cinta mereka sebagai gimik semata-mata untuk meraih populariti.

Jelas Stacy, mereka juga tidak terlintas untuk menjaja kisah percintaan tersebut sebagai salah satu bahan untuk diceritakan kepada umum terutamanya peminat.

"Saya dan Akim tidak pernah berniat ke arah itu, tapi memang tidak dinafikan disebabkan hubungan tersebut rezeki kami berdua lebih banyak.

"Tapi secara jujurnya saya dan Akim tidak terfikir langsung tentang menjadikan kisah cinta tersebut sekadar gimik mendapatkan rezeki ataupun meraih populairti,"ujarnya yang ditemui pada rakaman Konsert Raya 1 Malaysia Muzik FM di Restoran Seri Melayu, di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Stacy mengaku apa yang boleh diperkatakan ialah penyanyi lagu "Janji" itu merupakan satu-satunya kawan rapatnya buat masa ini.

"Saya tidak ramai kawan di sini, Akim sahaja yang saya paling rapat dan memahami saya. Tapi untuk meneruskan hubungan ke satu tahap yang lain adalah agak sukar kerana kami masih terlalu muda.

"Tengoklah jika umur saya sudah 25 tahun dan ketika itu dia adalah orang yang benar-benar saya inginkan barulah saya berani untuk bercakap tentang itu dan perjuangkan cinta ini," katanya yang menganggap masih terlalu muda untuk bercinta.

Sementara itu, Stacy mengakui sudah mengenalkan Akim kepada keluarganya.

"Keluarga saya tiada masalah, malah mereka gembira kami berkawan baik, sekurang-kurangnya ada orang mengambil berat tentang saya di sini," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya, Stacy bakal keluar terbarunya pada pertengahan bulan ini.

Dalam album tersebut penyanyi yang terkenal dengan lagu rancak ini bakal mempertaruhkan single ballet berjudul Kisah Dongeng.

"Kisah dongeng merupakan lagu ballet pertama saya, tapi dalam album tersebut juga turut dimuatkan dengan ada empat lagu rancak dan empat lagu ballet.

"Selain itu juga mudah untuk saya membawa lagu tersebut pada majlis-majlis tertentu, selalunya lagu-lagu rancak saya tidak sesuai dengan majlis dan saya terpaksa menyanyi lagu orang lain," ujarnya.

Shiela Abdull Kecewa Kerana Masih Belum Popular

Posted: 13 Jul 2011 09:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Shiela Abdull mengakui agak terkilan dan kecewa kerana masih belum dapat mengilap namanya di pentas seni suara biarpun sudah hampir tiga tahun berada dalam industri seni ini.

Jelas Shiela, dia sedar bukan mudah untuk mencapai impian dan berada sebaris dengan nama-nama yang sudah dikenali, namun dia tidak pernah patah semangat sebaliknya akan terus mencuba.

"Bohonglah kalau kata saya tidak terkilan dengan semua yang terjadi, tapi saya juga faham artis semakin ramai dan bukan mudah untuk meletakkan diri kita di tempat yang selesa.

"Tapi saya tidak anggap perkara tersebut berterusan negatif, saya sudah pun keluar dengan "single" Pengkhianat Cinta dan akan keluar dengan dua lagi "single" baru," ujarnya ketika ditemui di rakaman Konsert Raya 1 Malaysia, di sini, Selasa.

Sedar dengan kerjaya artis yang tidak menentu, Shiela turut terlibat dalam Program Khas Pengajian Luar Kampus (PLK) bagi kursus Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian (PLK) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Saya banyak tumpukan perhatian untuk habiskan masa dengan pengajian terlebih dahulu kerana bagi saya ia adalah untuk masa hadapan yang kita tidak tahu.

"Sekurang-kurangnya apabila tidak berada dalam industri ini, kita boleh bergantung dengan ijazah yang ada," katanya yang pernah popular dengan lagu Mungkinkah ciptaan Adnan Abu Hassan.

Selain itu, ditanya tentang bidang lakonan, kata Shiela dia tidak bersedia untuk menceburi bidang tersebut.

"Ada juga beberapa tawaran berlakon drama tetapi terpaksa ditolak kerana saya memang tidak pandai berlakon,

"Saya malu untuk bercakap di hadapan kamara sambil diperhatikan orang ramai," ujarnya.

Mahu kembali kepada keluarga

Posted: 13 Jul 2011 09:58 PM PDT

pix_middle

KETIKA industri seni masih memperkatakan kontroversi mengenai dirinya, bintang muda yang menyerlah melalui watak bertudung, Nur Fathia Abd Latiff (Fathia), 24, mengambil keputusan untuk bersara buat seketika.

Gadis berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang ini berehat bukan kerana mahu berkahwin malah bukan juga kerana ada kaitan dengan kontroversi yang tercetus ketika penggambaran Stanza Cinta sehingga mencalarkan imejnya.

  • Foto

  • Foto

Katanya, rancangan berehat seketika daripada dunia lakonan diambil kerana Stanza Cinta banyak menggunakan tenaga dan bermain dengan emosi.

"Lagipun, sudah lama saya tidak luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan kawan-kawan. Jadi sepanjang bercuti, saya ingin mendapat�kan semula kehidupan saya sebelum ini.


"Dalam Stanza Cinta, saya memegang watak Amni Sorfina, seorang gadis baik dan beriman. Watak ini mungkin mudah bagi pelakon berpengalaman tetapi bagi pendatang baru seperti saya, ia cukup mencabar.


"Saya perlu menghayati watak dengan mendalam kerana watak Amni sangat berlainan dengan karakter peribadi saya. Kadangkala dalam sehari, ada saja babak air mata perlu dijayakan sedangkan saya seorang yang susah untuk menangis.

"Amni juga meninggalkan kesan mendalam kepada diri saya daripada seorang yang banyak bercakap dan lasak (tomboi), kini perlakuan lebih feminin sampaikan ibu saya sendiri sedar akan perubahan yang berlaku kepada saya," katanya yang mempunyai niat untuk bertudung suatu hari nanti apabila hati sudah sedia untuk berubah.

Mengimbas kontroversi yang melandanya di lokasi Stanza Cinta, Fathia dikatakan membaling telefon bimbitnya ke arah pengarah, Along Kamaruddin ekoran tidak mampu mengendalikan tekanan dihadapi untuk wataknya itu.

Fathia berharap, perkara itu tidak diungkit lagi kerana perbuatan itu tidak disengajakan dan sudah dijelaskan sebelum ini. Malah kata Fathia, dia sendiri sudah meminta maaf kepada Along sebaik kejadian itu berlaku.

"Cerita yang sampai ke pengetahuan media adalah cerita yang sudah ditokok tambah pihak tertentu. Yang penting, saya tahu apa yang berlaku.

"Apapun, saya kena hadapi kontroversi ini dengan tenang selain belajar mempersiapkan diri untuk menghadapi lebih banyak dugaan yang bakal mendatang. Dalam dunia ini bukan semua orang sukakan kita. Bukan semua orang suka tengok kita senyum," katanya.

Anak sulung daripada empat beradik ini mengakui, ibu bapanya sedih mendengar perkhabaran itu namun tidak menghalangnya meneruskan minat berlakon walaupun mereka sebenarnya tidak begitu menggalakkan Fathia terbabit dalam bidang seni.

Fathia sendiri menyakinkan keluarganya yang dia mampu membahagikan waktu antara pelajaran dan kerjaya dengan baik.

Bakal muncul dengan dua filem iaitu Hijab serta Nasi Lemak 2.0 juga sebuah filem untuk pasaran antarabangsa, Fathia berkata, sebaik tamat pengajian dalam jurusan undang-undang dua tahun lagi, dia mahu memberi tumpuan pada kerjaya guaman.

"Lakonan hanyalah sebagai satu minat manakala bidang perundangan adalah sesuatu yang saya cita-citakan sejak dulu. Tetapi jika mempu�nyai peluang merencanakan kedua-duanya, saya pasti akan melakukannya," katanya.

Mengenai kekasih, Fathia mengakui dirinya masih mencari teman yang setia dan berpelajaran. Katanya, dia lebih tertarik jika lelaki itu berpelajaran dan bukan daripada orang berada.

"Pada saya, lelaki berpelajaran lebih menjamin masa depan. Jika dia beriman dan boleh membimbing saya, itu lagi baik. Saya sukakan lelaki yang ringkas dan bersederhana," katanya.


Bertudung hanya untuk lakonan

PESONA dan kecantikan semula jadi milik Nur Fathia Abd Latiff (Fathia), 24, cukup kuat hingga mengundang buah mulut orang. Peluang bertentang empat mata dengan gadis yang mempu�nyai ketinggian mencecah 171 sentimeter, auranya tidak dapat disangkal.

Dia memang cantik dan asli tetapi ketika diminta komennya mengenai hal ini, reaksi Fathia kurang selesa digelar artis wanita cantik Malaysia. Katanya, setiap orang ada keistimewaan dalam diri masing-masing.

"Dalam soal pekerjaan, saya mahu memperoleh tawaran kerana pengarah meyakini bakat saya bukan kerana rupa paras. Begitu juga saya harapkan daripada penonton, menerima saya kerana kemampuan lakonan saya. Terus-terang, saya seorang yang terbuka menerima kritikan asalkan ia teguran membina," katanya.

Seketika pertemuan, banyak perkara yang dibualkan. Antaranya kebimbangan Fathia sekiranya penonton mahupun peminat prejudis terhadap dirinya yang realitinya tidak bertudung.

Sejak terjun ke bidang lakonan, belum pernah satu pun watak dibawakan paparkan rambutnya sebagaimana imej sebenarnya di luar. Justeru, ramai yang beranggapan Fathia bertudung.

"Saya mula masuk industri hiburan ini pun dengan membintangi iklan Sunsilk khusus untuk wanita bertudung. Drama pertama lakonan saya, Nur Kasih arahan Kabir Bhatia juga menuntut saya bertudung.

"Saya percaya peminat boleh menerima diri saya di luar yang tidak bertudung. Kalau terserempak dengan saya di khalayak umum, harap-harap mereka tak terkejut," katanya.

Akui pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, meski selesa melakonkan watak gadis bertudung, dia juga mempunyai keinginan mempelbagaikan lakonan.

Jelas Fathia, dia enggan digelar pelakon 'streotype' dan sedia mencabar kemampuannya dengan menerima watak di luar normal. Watak impian Fathia adalah menjadi hantu atau perempuan yang dirasuk.

"Selain drama, saya mahu mengintai peluang berlakon dalam filem, itupun kalau ada rezeki. Selain berlakon, saya juga minat menyanyi tetapi belum ada ruang tunjukkan bakat. Mungkin ada kesempatan untuk masa akan datang, Insya-Allah," katanya.


PROFIL:

NAMA SEBENAR:
Nur Fathia Abd Latiff
LAHIR: 1 September 1987
ZODIAK: Virgo
ASAL: Ayer Hitam, Pulau Pinang
KELUARGA: Anak sulung daripada empat beradik
KERJAYA: Pelakon, model dan pelajar
CITA-CITA: Peguam/Seniwati yang dihormati
DRAMA: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut, Laila Asyikin, Hani, Mek Kelate, Hani
FILEM: Al Hijab
IKLAN:Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua dan Panasonic

Maria Tunku Sabri Tak Kisah Berbadan Gempal

Posted: 13 Jul 2011 09:53 PM PDT

Maria Tunku Sabri

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri mengakui tidak kisah dengan persepsi masyarakat yang mengaitkan saiz badannya dengan ketaksuban dia terhadap makanan.

Kata pengacara yang kini bergelar penerbit program Sarapan itu, dia tidak takut atau bimbang jika berat badannya bertambah selepas terbabit dengan program makanan popular, Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) sejak 1999.

"Sejak dulu lagi saya tidak pernah ambil hati atau peduli dengan pandangan orang yang mengaitkan saiz badan saya dengan pemakanan.

"Hakikatnya, saya memang seorang pencinta makanan dan tidak pernah takut untuk mencuba pelbagai makanan kerana ia memberikan kepuasan," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Akuinya lagi, walaupun berbadan agak gempal kerana "kuat makan" tetapi perkara itu tidak pernah merunsingkannya kerana tubuh dia masih memiliki potongan dan tidak berdepan masalah untuk berpakaian.

"Walaupun badan saya gempal tapi terus-terang saya masih ada potongan lagi. Ia tidak menyukarkan saya dalam penampilan.

"Hakikatnya, saya tiada masalah untuk menyarung apa juga jenis pakaian di mana kebanyakannya ketat-ketat.

"Tidak pernahlah pula saya memakai pakaian yang longgar hanya kerana berbadan gempal," jelasnya berseloroh.

Dalam perkembangan lain pula, Maria berkata dia bakal mengeluarkan buku terbaru iaitu Jalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri Edisi Ramadan 2011.

Kulit buku Jalan Jalan Cari Makan bersama Maria Tunku Sabri Edisi Ramadhan 2011 yang akan dilancarkan pada 25 Julai ini.

Buku yang menghimpunkan pelbagai lokasi kedai makan dan restoran di sekitar Lembah Klang itu akan dipasarkan bermula Ogos depan.

"Proses untuk menghimpunkan lokasi tempat makan di dalam buku ini tidak sukar kerana sebelum ini saya sememangnya sudah terlibat secara langsung dengan program JJCM selama 12 musim.

"Ternyata saya mendapat kerjasama dan sokongan yang baik daripada pelbagai lokasi makan di sekitar Lembah Klang untuk edisi pertama ini.

"Saya merancang untuk mengeluarkan empat lagi edisi yang merangkumi panduan lokasi makan di Selatan, Timur dan Utara tanah air, selain di Sabah dan Sarawak selepas ini," katanya yang mengambil masa selama satu bulan setengah saja untuk menyiapkan buku tersebut.

Selain panduan lokasi makan, Maria turut menyelitkan resepsi sendiri dan ulasan peribadi terhadap lokasi makan yang dikunjunginya di dalam buku setebal 80 muka surat itu.

"Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk menerbitkan buku yang menjadi panduan lokasi tempat makan di Malaysia. Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan penerbitan buku ini," katanya.

Bagi pemilik lokasi makan di Lembah Klang yang berminat untuk mengiklankan restoran masing-masing yang berharga dari RM50 – RM4,000 boleh menghubungi OCR di talian 011-1213 5350, 03-6730 5750 atau e-mel jjcmmts@gmail.com

Buku Jalan Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri Edisi Ramadhan 2011 diterbitkan oleh OCR dan NMPC Global dan akan dilancarkan pada 25 Julai ini.

Kalah judi pukul isteri

Posted: 13 Jul 2011 09:48 PM PDT

BATU PAHAT: Baru sembilan bulan mengecap nikmat alam perkahwinan namun seorang wanita menganggap dirinya berada dalam neraka dunia kerana bukan sekadar dikurung, malah hanya disajikan biskut kering, roti dan air kosong, manakala tubuhnya teruk dibelasah dengan wayar elektrik oleh suaminya.

Ketika mendedahkan perkara itu mangsa hanya mahu dikenali sebagai Wati, 26, berkata, dia turut diugut dilacurkan suaminya yang juga kaki judi tegar tidak lama selepas mereka bernikah, September tahun lalu.

"Sepanjang berkahwin, saya sentiasa dikurung dan tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarga termasuk ibu. Setiap kali suami kalah berjudi, saya perlu 'menyerahkan' badan untuk didera atau dilibas dengan wayar elektrik.

"Saya meraung dan menangis sekuat hati kerana tidak tahan dengan kesakitan akibat libasan itu, tetapi suami semakin menggila, seluruh badan hinggakan paha, mata, betis cedera. Itulah azab yang saya lalui selama ini," katanya, semalam.


Menurut Wati, kali terakhir dia menjadi mangsa belasahan suaminya yang dikenali sebagai Shahrul, 38, pada awal Jun lalu ketika berada di rumah sewa mereka di Segambut, Kuala Lumpur.

Hampir dua tahun jadi hamba tauke

Posted: 13 Jul 2011 09:43 PM PDT

SERIK...Sutono bersama keluarga menceritakan penderitaan dilalui mereka sepanjang tempoh bekerja di ladang sawit tanpa mendapat bayaran.
SERIK...Sutono bersama keluarga menceritakan penderitaan dilalui mereka sepanjang tempoh bekerja di ladang sawit tanpa mendapat bayaran.

PONTIANAK: Sebuah keluarga empat beranak, termasuk seorang bayi 10 bulan ibarat jatuh ditimpa tangga apabila mereka bukan saja menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, malah turut dilayan sebagai buruh paksa di sebuah ladang sawit di sekitar Sri Aman, Sarawak sejak lebih setahun lalu.

Berasal dari Kampung Pati, Jawa Tengah, Indonesia, keluarga Sutono, 45, menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia yang didalangi individu senegara untuk dibawa ke Sarawak melalui pintu masuk sempadan Indonesia/Malaysia di Tebedu sebagai pekerja ladang kelapa sawit sejak Oktober 2009 tanpa pernah menikmati upah yang sepatut diterima.


Episod malang Sutono dan isterinya, Seri Kuswari,45 serta dua anaknya, Joseph,5, dan Bima,10 bulan, berakhir minggu lalu apabila mereka nekad meredah hutan selama empat hari empat malam dengan berjalan kaki untuk kembali ke negara asal selepas tidak tahan diperlakukan sedemikian oleh majikan.

Menurut Sutono, semuanya bermula apabila dia ditawarkan pekerjaan oleh seorang lelaki yang datang ke kampungnya pada pertengahan 2009 mendakwa mempunyai cara untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik dengan bekerja di Malaysia yang menawarkan gaji lumayan.


"Mereka memberitahu saya akan menerima upah Rp50,000 (RM17) sehari dengan bekerja di ladang kelapa sawit dan boleh membawa anak serta isteri kerana majikan menyediakan tempat tinggal untuk kami.


"Ketika itu isteri saya sedang mengandung enam bulan anak kedua dan saya bersetuju menerima tawaran itu. Dengan membawa Rp2 juta kepada lelaki itu, saya dibawa ke Pontianak menaiki kapal terbang sebelum dihantar ke sempadan Entikong menaiki bas," katanya.

Menurut Sutono, tanpa memiliki dokumen perjalanan termasuk pasport, dia dan keluarganya tidak menghadapi masalah masuk ke Malaysia melalui pintu sempadan itu kerana semuanya diuruskan lelaki terbabit, termasuk pengangkutan ke ladang sawit di mana dia sepatutnya bekerja.


"Apa yang ada di tangan saya ketika itu ialah salinan fotokopi kad pengenalan saja, tetapi kami tidak mempunyai masalah masuk ke Malaysia kerana semuanya diuruskan seorang lelaki tanpa saya dan isteri perlu turun dari kenderaan ketika di pintu masuk sempadan.

"Selepas selesai di pintu sempadan, saya dibawa ke ladang kelapa sawit di sekitar Sri Aman, sebelum memulakan kerja memotong pelepah pada keesokannya, manakala isteri ditugaskan memasak makanan untuk beberapa pekerja lain di tempat kami tinggal itu," katanya.


Katanya, sejak hari pertama bekerja di ladang kelapa sawit berkenaan, dia tidak pernah menerima satu sen upah dan setiap kali persoalan gaji dibangkitkan, dia diugut majikan.


"Setiap kali meminta gaji, saya diugut kononnya akan diserahkan kepada pihak berkuasa yang mana nasib saya didakwa tidak boleh dijangka jika ditangkap kerana tidak memiliki dokumen sah ketika berada di negara ini.


"Oleh kerana takut, saya mendiamkan diri dan hidup diteruskan dengan melakukan kerja tanpa upah di ladang kelapa sawit itu. Bagaimanapun, saya dan pekerja lain diberi makan nasi berlauk ikan masin, telur dan sayur sebanyak tiga kali sehari," katanya.


Menurut Sutono, dia dan keluarga juga tidak pernah keluar dari ladang kerana bimbang ditahan pihak berkuasa, selain ditegah oleh majikannya.


Disebabkan tidak tahan dengan layanan diterima, dia nekad melarikan diri pada waktu malam dengan membawa isteri dan anak yang masih kecil meredah hutan keluar dari 'neraka' itu.


"Kami berjalan kaki empat hari empat malam di dalam hutan. Sepanjang perjalanan itu, makan minum kami dibantu penduduk kampung yang kasihankan melihat anak-anak kelaparan.


"Ada yang memberikan makanan dan wang, ada juga yang membenarkan kami berteduh dan tidur semalaman di anjung rumah mereka.


"Ketika di dalam hutan, kami sering kali berdepan dengan binatang buas dan berbisa, tetapi syukur kami selamat sehingga dapat meneruskan perjalanan sehingga ke sempadan Malaysia-Indonesia," katanya.


Menurut Sutono, selepas meredah hutan selama empat hari empat malam mengikut naluri hatinya, dia akhirnya bertemu dengan seorang penduduk di Entikong yang membantu menghantarnya kepada pihak berkuasa Indonesia sebelum dihantar ke Pusat Pelayanan Terpadu Pembudayaan Perempuan dan Anak di Kota Pontianak pada 7 Julai lalu.


Sementara itu, wakil Yayasan Nanda Dian Nusantara (YNDN) di Pontianak, Devi Suhardoyo, berkata kes Sutono sudah diproses oleh pihak berkuasa negara berkenaan dan keluarga terbabit sudah dihantar pulang ke kampung asalnya.


Katanya, keluarga malang itu adalah sebahagian kes dikendalikan pihaknya berkaitan mangsa pemerdagangan manusia.


"Apa yang berlaku jelas bahawa penyeludupan manusia antara kedua-dua negara berjiran ini dijalankan secara terancang dan sering terlepas daripada kawalan pihak berkuasa," katanya.

Bandar UniFi

Posted: 13 Jul 2011 09:40 PM PDT

METERAI...Zaini (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan SM Faliq di Kuala Lumpur, semalam.
METERAI...Zaini (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan SM Faliq di Kuala Lumpur, semalam.

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) terus meluaskan perkhidmatannya dengan menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pemaju projek bandar UniFi pertama di zon tengah iaitu Naza TTDI dengan peruntukan modal kira-kira RM1 juta dan akan meluaskannya menerusi kerjasama dengan lima pemaju hartanah lain menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden TM Selangor, Datuk Zaini Maatan berkata, jumlah peruntukan untuk membekalkan UniFi lazimnya bergantung kepada premis hartanah terbabit dan paling penting menerusi kerjasama itu pihaknya berjaya mewujudkan Bandar UniFi pertama di zon tengah.


Beliau berkata, TM berada di landasan tepat bagi membekalkan UniFi ke seluruh negara apabila 68 kawasan mempunyai perkhidmatan UniFi terbabit berbanding 78 yang disasarkan pada tahun ini.

"Sebanyak 60 kawasan sekitar Lembah Klang, tiga di Pulau Pinang, empat di Johor dan satu di Kedah. Kami juga berbincang dengan beberapa pemaju lain bagi mewujudkan lebih banyak bandar UniFi di seluruh negara memandangkan kapasiti disediakan adalah untuk menampung kegunaan kira-kira 1.1 juta premis atau kediaman untuk fasa pertama ini.


"Malah, kami mempunyai 110,000 pelanggan UniFi dan percaya pengalaman UniFi dapat dinikmati semua masyarakat kerana tahun ini kami juga akan memberi fokus terhadap kerjasama dengan persatuan industri utama sebagai inisiatif meningkatkan capaian kami termasuk pemaju hartanah," katanya pada majlis menandatangani perjanjian dengan Naza TTDI di Kuala Lumpur, semalam.


Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin, Pengurus Besar, Perancangan dan Pembangunan Produk Naza TTDI, Zaidi Baharudin dan Pengurus Besar SME TM, Mohamad Yusman Ammeran.

Menerusi perjanjian itu, bandar TTDI Alam Impian yang terletak di Seksyen 35, Shah Alam akan menjadi bandar UniFi pertama membabitkan 1,450 unit kediaman pelbagai jenis seperti banglo, rumah berkembar, rumah teres super, town house, apartmen dan unit komersial yang bakal dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) daripada TM.


Zaini berkata, TM juga memulakan usaha sama dengan dua pemaju hartanah tahun lalu iaitu Dynasty View Sdn Bhd untuk projek Seri Austin, Johor Bahru, Mudra Tropika Sdn Bhd (projek Nong Chik Heights, Johor Bahru) dan pada awal tahun ini, dengan Seri Alam Properties Sdn Bhd (Johor Bahru) serta EUPE Kemajuan Sdn Bhd (projek The Somerset dan Cinta Sayang Resort, Kedah).

Sementara itu, SM Faliq berkata, Naza TTDI akan menawarkan semua pembeli unit baru di TTDI Alam Impian dengan langganan UniFi VIP 5Mbps secara percuma bagi tempoh maksimum dua tahun dan akan meluaskannya bagi projek lain pada masa depan.

Dua produk asas jaga rambut

Posted: 13 Jul 2011 09:39 PM PDT

UJI...lakukan ujian rambut di salun atau farmasi bagi menentukan jenis rambut agar mudah memilih syampu yang sesuai.
UJI...lakukan ujian rambut di salun atau farmasi bagi menentukan jenis rambut agar mudah memilih syampu yang sesuai.

RAMBUT yang lebat, halus dan menarik sentiasa menjadi dambaan wanita hinggakan ia dianggap mahkota yang perlu diberi perhatian sepenuhnya.

Rambut turut menerima tempias kesan pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan rambut mula kusam, kering, bercabang dan hilang kilauannya.

  • Foto

    TEKANAN...kelemumur antara masalah utama penjagaan rambut.

  • Foto

    RAWAT...pilih syampu ada pelembap dan jangan bergantung sepenuhnya pada perapi.

  • Foto

    SIHAT...rambut yang menjadi idaman ramai.

Justeru, rawatan demi rawatan perlu dilakukan bagi memastikan rambut kembali sihat dan dalam keadaan terkawal. Ironinya, makin sihat keadaan rambut, makin kempis poket dek terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk rawatan-rawatan itu.

Menurut Dr G Govindarajan, Ketua Saintis di Himalaya, India, situasi itu sebenarnya boleh diatasi jika rambut menerima rawatan awal iaitu membasuh menggunakan syampu serta melembapkan dengan perapi yang sesuai.


"Asas kepada penjagaan rambut ialah menggunakan syampu dan perapi yang benar-benar menepati keperluan rambut serta kulit kepala.


"Dua produk itu bukanlah semata-mata berfungsi sebagai pembersih dan pelembap kerana biasanya kandungan di dalamnya mampu memberi khasiat tambahan kepada rambut," katanya.

Bagaimanapun ramai yang tidak pasti atau faham dalam memilih syampu serta perapi sesuai dengan keadaan rambut lalu membeli syampu kerana tertarik dengan rekaan botol, harumannya dan iklan menarik yang ditonton di media massa.

"Pengetahuan dalam memilih syampu terbaik untuk rambut adalah penting bagi memperoleh serta mengekalkan rambut yang sihat dan cantik. Amat penting untuk menggunakan syampu yang sesuai mengikut jenis rambut anda dan ia tidak bertindak secara efektif jika tersilap memilihnya.

"Syampu dihasilkan untuk menghilangkan kotoran dan minyak di rambut serta menyuburkannya dari dalam. Wujud bermacam syampu yang memberi tumpuan kepada setiap jenis rambut dan kebanyakannya mengandungi protein, vitamin, mineral, minyak pati dan pelbagai bahan semula jadi yang dapat membaiki rambut rosak dan memeliharanya," tegas Govindarajan.

Selain faktor luaran, rambut dan kulit kepala makin kotor apabila sebum iaitu bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar kulit melapisi liang roma dan menutup permukaan helaian rambut.

Sel-sel kulit mati dan pendedahan kepada pencemaran kemudiannya melekat pada sebum. Justeru penggunaan syampu yang sesuai boleh membantu membuang semua kotoran itu dan membuatkan rambut lebih terurus, mudah disikat dan berkilau.

Namun, syampu yang anda gunakan mungkin tidak sesuai dengan orang lain kerana faktor pengeluaran sebum dan jenis kulit kepala yang berbeza.

"Oleh itu, sentiasa pastikan jenis rambut anda terlebih dulu sebelum memilih syampu. Tentukan sama ada ia kering, berminyak, biasa, menggelupas dan tidak bermaya.

"Contohnya jika rambut berminyak, jangan gunakan syampu atau perapi yang direka untuk rambut kering kerana ia tidak akan mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit kepala hingga boleh menyebabkan masalah lain seperti kelemumur, sukar diurus dan hujung rambut yang bercabang.

"Sebaiknya rambut berminyak perlu menggunakan syampu yang lembut dan kurang kandungan minyak di dalam bahan-bahannya. Jika benar-benar berminyak, hadkan penggunaan perapi dan tumpukan penggunaannya pada hujung rambut.

"Elakkan daripada meramas perapi pada kulit kepala kerana ia mampu merangsang pengeluaran lebih banyak minyak semula jadi.

"Bagi jenis kering pula, pilih syampu yang mempunyai tahap pelembap tinggi dengan bahan-bahan seperti minyak zaitun, minyak badam, madu dan kamomil.

"Perapi juga perlu digunakan setiap kali selepas bersyampu kerana ia dapat membekalkan lembapan yang diperlukan rambut jenis ini," katanya.

Tidak dilupakan rambut yang diwarnakan atau sering menjalani rawatan di salun kerana rambut jenis ini lebih mudah rapuh dan tidak bermaya.

Biasanya rambut sebegini memerlukan syampu yang mempunyai tabir suria dan bahan-bahan yang boleh mengekalkan warnanya walaupun kerap dicuci.

Bagi yang mengalami masalah kelemumur, syampu berubat sesuai digunakan terutama yang mengandungi bahan khusus seperti ketoconazole yang bertindak membunuh bakteria pada kulit kepala lalu mengembalikannya ke tahap pH normal.

Bekas Ahli Bomba Australia, Mahu Cipta Nama Di Malaysia

Posted: 13 Jul 2011 09:36 PM PDT

Geofrey aktif berlakon di negara ini.

KUALA LUMPUR: Pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams, 27, yang mencuba nasib dalam bidang lakonan di negara ini akui bersungguh-sungguh melakukan setiap perkara yang diidamkan.

Jika sebelum ini, dia berjaya menguasai bahasa Malaysia sejak 12 tahun lalu. Kini, dia sedang berusaha menjiwai watak Hugh Clifford untuk pementasan teater muzikal Bahaman di Istana Budaya pada 12 hingga 18 Januari 2012.

"Saya perlu membuat rujukan tentang watak ini agar dapat sesuaikan dengan 'gimik' karakter itu sendiri. Selain itu, mungkin saya banyak bermain dengan ekspresi muka.

"Saya mengambil masa untuk mencari maklumat tentang Clifford melalui Internet pada setiap minggu," katanya yang pertama kali berlakon teater secara profesional.

Sebelum ini, dia pernah terlibat dengan pementasan di sekolah. Diperakui jiwanya lebih dekat dengan seni dan budaya.

Untuk menjayakan teater ini, anak ketujuh dari sembilan beradik ini perlu menyanyi dan dijangka dia turut akan menyanyikan lagu dalam bahasa Malaysia.

"Saya hanya akan menyanyi lagu yang diberikan mengikut kemampuan saya walaupun kekasih saya ketawa lucu apabila saya menyanyi," katanya yang sering diberikan watak lelaki kacukan Inggeris.

Antara drama yang pernah dilakonkan termasuklah Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta.

Sementara filem adalah Azura, Haq, Hantu Bonceng dan sebuah filem dengan penyanyi Taiwan, Jay Choy yang terpaksa dirahsiakan judulnya.

Pemuda berasal dari Gold Coast, Australia ini akui sukar untuk membawakan sesuatu watak sehingga terpaksa menahan telinga daripada dimarahi pengarah.

"Semasa mula-mula berlakon tiga tahun lalu, saya rasa susah sangat nak berlakon. Tetapi nasib baik juga ada beberapa pengarah seperti Amy Maziah dan Faizal Ishak yang sudi menolong.

"Demi mendapatkan 'mood' dalam lakonan, saya pernah dimarahi oleh Faizal Ishak dua hingga tiga kali," katanya yang pernah berkhidmat sebagai ahli bomba di negara asalnya.

Namun begitu, dia sudah berhenti kerja dan nekad bergelar pelakon sepenuh masa. Setelah kembali ke Malaysia pada empat tahun lalu, dia menetap di Bangsar.

Sebelum itu, dia mengikut ibunya yang berkahwin buat kali kedua dengan lelaki berketurunan India dari Kedah berhijrah ke negara ini seawal usianya empat tahun.

Kapal Terbang Take That Disambar Petir

Posted: 13 Jul 2011 09:35 PM PDT

Kumpulan Take That

KUMPULAN Inggeris popular Take That berhadapan dengan tragedi ngeri apabila kapal terbang yang mereka naiki disambar petir.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan yang dialami kelima-lima ahli kumpulan tersebut.

Seperti dipetik The Mirror, kumpulan yang dianggotai oleh Robbie Williams, Gary Barlow, Mark Owen, Howard Donald dan Jason Orange itu dalam perjalanan ke konsert mereka di Milan, Itali.

Menurut sumber, situasi ketika kejadian tersebut sangat tegang apabila aliran elektrik berkuasa tinggi menyambar kapal terbang tersebut.

"Ketika memulakan perjalanan cuaca baik dan apabila berada tidak beberapa lama di udara tiba-tiba ada satu cahaya petir yang menyembar kapal terbang itu.

"Situasi sangat tegang kelima-lima anggota Take That kelihatan sangat cemas namun mereka hanya meringkuk di tempat masing-masing sehingga selamat sampai di Milan," katanya.

Tali leher jadi bantal untuk tidur di pejabat

Posted: 13 Jul 2011 09:34 PM PDT

pix_middle

TOKYO: 'Tali leher Nemuri' yang bermakna 'Tali Leher Tidur' dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.

Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.


Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.

Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).


Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan 'mati akibat terlalu kuat bekerja' dicipta.

Populariti 'Geng Surau' Diteruskan Dengan 'Moreh'

Posted: 13 Jul 2011 09:32 PM PDT

Izelan Basar

KUALA LUMPUR: Bagi meneruskan kesinambungan drama Geng Surau yang popular di kalangan penonton, Astro Oasis (saluran 106) menghasilkan drama berjudul Moreh.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, konsep cerita Moreh tidak jauh berbeza daripada Geng Surau walaupun tajuknya berlainan.

"Kita menggunakan tajuk dan para pelakon yang baru agar tidak mengelirukan penonton.

"Bagaimanapun pengisian Moreh lebih kurang sama seperti yang ditonjolkan dalam Geng Surau," katanya sewaktu sidang media pelancaran program Astro sepanjang Ramadan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di sini, Rabu.

Moreh dilakonkan oleh Rusdi Ramli, Ayu Raudhah, Zul Ariffin, Redzuan Hashim, Harun Salim Bachik dan Khaty Fauziah. Ia disiarkan sebanyak 20 episod pada setiap Isnin hingga Khamis, bermula 1 Ogos depan, pukul 7.30 malam.

Drama ini mengisahkan Pak Abu daripada siri Geng Surau yang berpindah dari kampung ke sebuah pangsapuri baru bersama isteri dan anaknya, Duan. Di tempat baru, dia dapati tradisi moreh tidak begitu diamalkan penduduk.

Tambah Izelan: "Selain itu, kami rasa bertuah kerana masih membawakan solat sunat Terawih secara langsung dari Masjidil Haram, Mekah, bacaan tadarus al-Quran dan tazkirah Ramadan menjelang waktu berbuka puasa.

"Kita juga menyiarkan dua buah dokumentari di Astro Oasis berjudul Salam Ramadan - Cina (1 hingga 5 Ogos) dan Salam Ramadan -Turki (8 hingga 12 Ogos, pukul 6 petang). Kedua-duanya akan disiarkan pada pukul 6 petang."

Bagi menyerikan lagi kehadiran Ramadan, Astro Prima (saluran 105) turut mempersembahkan program Geng Mengaji, Deru Ombak, Berselindung Di Sebalik Kaabah, Pintu Sakaratul Maut, Cinta Dari Kaabah dan Pelita Penyuluh Kiblat.

Buat julung kalinya juga, Astro Arena (saluran 801) turut menayangkan sebuah program berjudul Arena Sukan bermula 29 Julai, setiap Jumaat, 11.30 malam yang dihoskan oleh pengulas sukan tersohor negara, Datuk Rahim Razali.

Kembara terakhir Harry Potter

Posted: 13 Jul 2011 09:30 PM PDT

  • Foto

  • Foto


INFO
Judul: Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2
Pelakon: aniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes, Alan Rickman, Michael Gambon, Helena Bonham Carter Pengarah: David YatesPenulis (lakon layar): Steve Kloves
Penulis (novel): J.K Rowling
Genre: Aksi, Pengembaraan, Drama, Fantasi, Misteri
Durasi: 2 jam 10 minit
Tarikh tayangan: Mulai 14 Julai 2011

The Deathly Hallows: Part 2 sajikan hiburan terhebat buat peminat
ANDAINYA dibandingkan dengan tujuh episod sebelum ini, filem terakhir dalam siri pengembaraan fantasi Harry Potter yang diberi judul Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 2 boleh dianggap edisi terbaik dalam francais itu yang pernah menemui penonton.

Bukan saja dilihat lebih kemas dari segi penceritaan, skrip mahupun perkembangan watak yang lebih dirasa, bahkan kesan khasnya terutama dari segi persembahan visual nyata cukup mempesona.

Potter sendiri misalannya, walaupun jika diukur dari segi usia, wataknya digambarkan sebagai seorang remaja, namun kecekalan anak muda itu dalam menghadapi musuh tradisi serta kematangannya berdepan situasi yang cukup mencengkam membuatkan penonton turut berasakan sama evolusi dirinya.

Begitupun, amat sukar dinafikan, di samping kekuatan ceritanya sendiri, elemen paling menarik mengenai filem ini tentu sekali visualnya yang hebat dipaparkan. Babak pertarungan yang dipersembahkan buat peminat siri filem ini sungguh mengagumkan. Saksikan saja babak si pahlawan melarikan diri dari ruang bawah tanah Bank Gringgots bersama seekor naga. Ia sudah semestinya teknik imej janaan komputer (CGI) paling 'cantik' yang pernah ditonjolkan.

Begitu juga penonton akan terpukau menyaksikan babak membabitkan Profesor Snape lakonan Alan Rickman ketika dia berdialog dengan Potter. Adegan itu sesuatu yang pasti lama akan dikenang peminat.

Menerusi memori Snape, dia bertemu dengan ibunya, Lil dan juga bapanya. Dalam perbualan itulah, segala rahsia yang selama ini mempunyai kaitannya dengan Potter akhirnya terbongkar. Segala persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya di kalangan peminat, terjawab sudah semuanya. Sesukar manapun hakikat yang terpaksa dihadapi, sakit atau tidak, semuanya terpaksa ditelan Potter dan babak ini mampu menyentuh hati khalayak.

Antara buku dan filem, ada jurang perbezaannya. Apa yang kurang di dalam novel berkenaan, dibaiki si sutradara, David Yates, menerusi filem. Bukan saja memperbaiki, malah dia turut menjadikan filem itu lebih cantik serta mempunyai jiwa yang mampu menyentuh rasa.

Bagaimanapun, selepas menonton edisi yang diwar-warkan sebagai pengembaraan terakhir ini, mungkin Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 bukanlah penamat mutlak. Tidak mustahil jika dikatakan, ia mampu menjadi permulaan kepada satu lagi perjalanan hidup masyarakat ahli sihir yang berupaya menjerat kesetiaan peminat, pada masa akan datang.

Penutup luar jangkaan

PADA bahagian pertama filem garapan Yates ini, ia memaparkan babak tembakan ke langit selepas Lord Voldermort berjaya mencuri tongkat sihir paling kuat di dunia dari makam si pelindung Potter, Profesor Dumbledore.

Dengan kejayaannya itu, Valdermort menjadi ahli sihir paling hebat dan tidak mampu untuk ditewaskan sesiapa.

Kemudian, dalam kisah selanjutnya, kita dapat menyaksikan amukan tiga remaja, Harry Potter lakonan Daniel Radcliffe, Hermione (Emma Watson) dan Ron Weasley (Rupert Grint) dalam usaha mencari Horcruxes yang mampu menghentikan jejak Voldemort, sekali gus menyelamatkan dunia sihir dan juga Hogwarts daripada terus berada di bawah jajahan takluk Raja Kegelapan.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya, apakah kesudahan filem ini selepas penantian selama sedekad, dengan lapan judul membabitkan 3,000 pelakon dan kru, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada watak yang dicipta oleh J.K Rowling ini.

Selepas menayangkan bahagian pertama penghujung tahun lalu, ramai yang membuat spekulasi mengenai watak Potter. Ada yang mengandaikan dia bakal menemui ajal berdasarkan poster yang disebarkan. Tetapi ada juga yang sangsi dan menganggap kesudahan filem ini pasti berbeza kerana tidak mahu dianggap memberi penamat yang terlalu biasa.

Apapun, usah melulu membuat spekulasi kerana penulis filem ini, Steve Kloves, begitu bijak membuat penutup yang sememangnya tidak disangka-sangka.

Tonton 'Bella Calamidades' Di TV3 Sambil Menang Hadiah

Posted: 13 Jul 2011 09:20 PM PDT

Bella Calamidades menemui penonton TV3 mulai 19 Julai ini.

PETALING JAYA: Selepas rancangan Marimar,mulai 19 Julai ini, giliran telenovela Sepanyol Bella Calamidades yang bermaksud 'si jelita bernasib malang' pula akan muncul menerusi slot Telenovela.

Ia akan bersiaran sebanyak 140 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 3.00 petang.

Sudah terbukti formula telenovela ini telah berjaya menambat hati jutaan para penonton TV3 khususnya kaum hawa menerusi drama-drama hebat dari Asia dan Amerika Latin seperti She-Wolf, The Last Sentinel, Stairway To Heaven, Thank You, Striving For A Sun, Lalola dan Marina. Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang.

Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.

Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya.

Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial.

Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib itu, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya.

Selain kisah menarik Lola, penonton setia TV3 juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik menerusi Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades sepanjang telenovela ini ke udara.

Penonton hanya perlu menaip BELLA dan hantarkan ke 33399 untuk mendaftar sebelum menjawab semua soalan dengan betul selepas setiap episod bagi mengumpul mata.

Uniknya, setiap dua minggu, pihak penganjur akan mengumumkan seorang pemenang yang telah berjaya mengumpulkan mata tertinggi berserta slogan terbaik untuk membawa pulang hadiah menarik seperti televisyen LCD, peti sejuk mini, ketuhar gelombang mikro dan macam-macam lagi.

Selagi ada semangat

Posted: 13 Jul 2011 09:17 PM PDT

pix_gal0
Siti Nurhaliza tidak mahu sekadar boleh menyanyi tapi tak boleh baca nota muzik

"Biarpun sudah berbelas tahun menyanyi, saya sekadar mengalunkan lagu daripada hati sedangkan saya tidak boleh membaca nota muzik. Pengetahuan secara teori ini juga penting untuk masa depan dalam kerjaya muzik namun antara saya serahkan kepada UiTM untuk menilai dulu kelayakan saya."
Itulah antara pengakuan daripada Datuk Siti Nurhaliza mengapa dia berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, selagi dirinya mempunyai semangat dan kemahuan, iltizam untuk belajar tidak pernah pudar tambahan pula ia sangat berguna untuk masa depannya kelak.

"Saya sentiasa menyimpan impian untuk menggenggam ijazah, khususnya dalam jurusan muzik walaupun sudah 16 tahun meninggalkan alam persekolahan," katanya kepada media pada Malam Gala SimplySiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, baru-baru ini.

Siti berkata, dia sudah berbincang dengan pengurusan UiTM, Shah Alam untuk membantu impiannya berjaya dalam pelajaran akan menjadi kenyataan.

Begitupun, akuinya perancangan ke arah itu bukan dalam tahun ini sebaliknya melihat kesesuaian waktu memandangkan buat masa jadual kerjaya seni masih terlalu padat termasuk menjayakan konsert bergerak di Indonesia.
"Segala-galanya masih di peringkat perbincangan kerana pelbagai perkara perlu diambil kira," katanya lagi.

Akuinya lagi, semangat serta kreativiti barisan pelajar yang mencurahkan idea dan keringat demi menyempurnakan sambutan ulang tahun pertama SimplySiti dan Tabung Mengubah Anak Bangsa UiTM semakin membakar semangatnya menuntut ilmu. Tambahan pula penyanyi ini melihat UiTM antara pusat pengajian tinggi yang menjadi perhatiannya apabila melahirkan graduan berkaliber.

Hasrat penghibur tersohor itu juga sudah diajukan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar kepada Dekan fakulti berkaitan tetapi seperti dijelaskan Siti, pihaknya perlu meneliti beberapa perkara terlebih dulu.

"Kami berbesar hati apabila penyanyi popular seperti Siti Nurhaliza menyatakan hasrat melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung ia turut merangsang peminatnya terutama golongan muda lain mengikut jejak langkahnya yang tetap bersemangat menggenggam diploma atau ijazah.

"Bagi kami semangat yang ditonjolkan anak seni seperti Datuk Siti Nurhaliza ini membuktikan usaha serta semangat mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak terhad kepada tahap usia," katanya mengenai ikon dana amal itu.

Album Inggeris pada September depan

DALAM kesibukan merencana jadual kerjaya selain melakukan persediaan sebelum jelajah ke Indonesia bulan ini, Siti Nurhaliza turut berjinak-jinak dengan arena permotoran yang menjadi hobi barunya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Mengakui kecenderungannya menunggang motosikal sudah bercambah sejak zaman remaja lagi namun ia semakin bersemarak sekembalinya pasangan itu daripada percutian di Capetown, Afrika Selatan, Mei lalu.

"Sejak kecil arwah ayah menggunakan motosikal sebagai kenderaan menghantar dan mengambil kami di sekolah. Apabila menginjak remaja saya turut belajar menunggang malah boleh dikatakan di kampung memang motosikal menjadi pengangkutan utama.

"Hobi ini bukan hanya menyeronokkan malah memberi banyak pengalaman baru," katanya.

Mengenai album Inggeris sulungnya, Siti memaklumkan segala proses rakaman sudah disempurnakan lebih sebulan lalu, cuma menanti untuk dilancarkan pada 9 September ini.

Sebagai menghangatkan kemunculan buah tangannya itu, single Falling In Love bakal diperdengarkan dulu kepada khalayak pendengar sebelum album penuh diedarkan di pasaran.

"Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi hip hop popular dari Australia, Bryan B dengan berkonsepkan pop moden. Ia bakal memuatkan 10 dendangan.

"Saya sendiri teruja menanti 9 September nanti. Kalau boleh memang mahu mengeluarkannya secepat mungkin, cuma kami perlu menunggu masa yang paling sesuai. Rasanya lebih elok ia diedarkan selepas hari raya," katanya.

Berkongsi perkembangan SimplySiti, usahawan jelita itu mengakui dalam tempoh setahun banyak peningkatan ditonjolkan membuatkan dia berbangga dengan hasil usaha seluruh pasukan produk kecantikan dan penjagaan wajah itu.

"Kini produk kami boleh didapati di lebih 300 premis kedai selain bakal diedarkan ke Indonesia dan Singapura. Buat masa ini SimplySiti sudah memasuki pasaran di Brunei.

"Pada harga serta kualiti produk antarabangsa, ia dipercayai ramai pengguna membuatkan kami semakin bersemangat menjalankan R&D selain menghasilkan lebih banyak produk baru," katanya lagi yang turut memperkenalkan kit mekap terbaru sempena Syawal.

Pada konsert kira-kira dua jam yang turut mengundang rakan artis lain berkongsi pentas dengannya seperti Amy Search, Ana Raffali dan Aizat, Siti buat pertama kali menyampaikan single terbaru daripada album Inggerisnya berjudul Falling In Love.

Gaya lincah serta kerancakan dendangan penuh rancak itu mengundang sorakan kira-kira 5,000 penonton yang memenuhi Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam.

RM1b bina loji jana kuasa solar

Posted: 13 Jul 2011 09:14 PM PDT

pix_gal0
BCorp rancang bangunkan di Bukit Tagar dengan kerjasama POSCO E&C

BERJAYA Corporation Bhd (BCorp) akan membangunkan sebuah loji jana kuasa solar dengan kapasiti menjana 100 megawatt (MW) tenaga elektrik di Bukit Tagar, Selangor membabitkan pelaburan bernilai kira-kira RM1 bilion.
Ia dirancang dilaksanakannya dengan kerjasama POSCO Engineering & Construction Co Ltd (POSCO E&C), iaitu antara lima syarikat pembinaan terbesar Korea Selatan yang turut mempunyai kepakaran luas dalam sektor teknologi hijau menerusi pembabitannya dalam beberapa projek tenaga boleh diperbaharui dan loji petrokimia.
Penerokaan ke dalam sektor tenaga boleh diperbaharui itu adalah antara langkah BCorp mempelbagaikan lagi sumber pendapatannya, selain bertujuan menampung keperluan sumber tenaga alternatif di negara ini.

Pengerusi BCorp, Tan Sri Vincent Tan, berkata pihaknya sudah menghantar kertas cadangan bagi pembinaan loji kuasa solar itu kepada kerajaan awal tahun ini dan sedang menunggu keputusannya.

"Bagi loji kuasa solar, kita perlukan penetapan harga 'feed-in-tariff' (FiT) yang berdaya maju dan sepadan dengan pelaburan. Setakat ini Tenaga Nasional Bhd (TNB) turut menghasilkan tenaga solar, tetapi dalam jumlah kecil dan kami meninjau peluang menjana kapasiti lebih besar," katanya selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara BCorp dengan POSCO E&C di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau memeterai perjanjian itu bagi pihak BCorp, manakala POSCO E&C diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Chung Dong-Hwa.
Menerusi kerjasama itu, kedua-dua syarikat berkongsi kepakaran serta sumber untuk meneroka dan mengenal pasti peluang perniagaan dalam sektor tradisional.

Ini termasuk pembangunan hartanah, pembinaan infrastruktur selain bidang perniagaan baru seperti tenaga boleh diperbaharui.

Jika menjadi kenyataan, loji yang dirancang dibina oleh BCorp di Bukit Tagar itu akan menjadi loji jana kuasa solar terbesar di negara ini.

Sebelum ini, BCorp menerusi syarikat usaha samanya dengan KUB Malaysia Bhd, iaitu KUB Berjaya Enviro Sdn Bhd, mengendalikan pusat pengurusan sisa pepejal di Bukit Tagar yang dirancangnya dibangunkan sebagai pusat penghasilan tenaga boleh diperbaharui.

BCorp juga menceburi sektor tenaga hijau menerusi pembabitan dalam projek pengurusan kumbahan air dan sisa pepejal di China.

Sementara itu, Tan berkata, kerjasama pertama yang dijalin BCorp dan POSCO E&C adalah projek pembinaan resort kediaman dan komersial, Berjaya Jeju Resort di Korea yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) AS$2.9 bilion (RM8.7 bilion).

"POSCO E&C akan menjadi kontraktor utama fasa pertama Berjaya Jeju Resort yang dimajukan oleh Berjaya Land Bhd. Setakat ini BCorp telah melabur kira-kira AS$30 juta dari segi infrastruktur dan pembelian tanah untuk memajukan projek itu," katanya.

Di Malaysia, POSCO E&C turut membida projek sambungan transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang dan aliran transit massa (MRT) Lembah Klang.

Tan berkata, jika POSCO E&C berjaya dalam bidaan itu, BCorp tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dalam beberapa bahagian projek berskala mega berkenaan.

Pokok diracun jejas pengguna

Posted: 13 Jul 2011 09:12 PM PDT

 Deretan pokok  mereput dipercayai dikikis kulit dan diracun  di Persimpangan FELDA Jengka 2 ke pekan Sungai Jerik.
Deretan pokok mereput dipercayai dikikis kulit dan diracun di Persimpangan FELDA Jengka 2 ke pekan Sungai Jerik.
Penduduk pertikai tindakan pembersihan FELDA Ulu Jempol

BANDAR TUN ABDUL RAZAK: Bahaya. Itulah antara luahan perasaan pengguna Jalan Persimpangan FELDA Jengka 2 ke pekan Sungai Jerik, dekat sini berikutan banyak pokok besar di tepi bahu jalan berkenaan, dipercayai diracun bagi tujuan pembersihan.
Tinjauan edisi Timur mendapati sebelum ini, pokok besar yang terdapat sepanjang jalan berkenaan dikikis kulitnya serta diracun bagi tujuan mematikannya dan kini sudah mula mereput.
Berikutan itu, dahan pokok berkenaan berselerakan di bahu serta tengah jalan sehingga boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Difahamkan tindakan pengurusan FELDA Ulu Jempol mematikan pokok di tepi jalan sejak tiga bulan lalu bertujuan menceriakan jalan berkenaan, namun sebaliknya boleh mengundang pelbagai bahaya.

Sebahagian besar pengguna yang melalui jalan berkenaan diminta lebih berwaspada dan berhati-hati, terutama ketika hujan lebat kerana berdepan risiko dahan atau pokok tumbang sehingga mendatangkan bahaya kepada mereka.

Seorang penduduk yang berulang balik dari bandar Tun Abdul Razak ke Sungai Jerik , Manaf Ahmad, 52, berkata pokok berkenaan sudah mula mereput, sekali gus mendatangkan bahaya kepada orang ramai.
"Saya nyaris ditimpa kemalangan kerana terlanggar dahan kayu yang jatuh merintangi jalan raya di beberapa lokasi ketika musim tengkujuh tidak lama dulu.

"Paling ditakuti ialah ketika menggunakan jalan berkenaan pada waktu malam kerana jarak penglihatan agak terhad," katanya yang meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan termasuk segera menebang pokok berkenaan sebelum ia mendatangkan masalah lain kepada orang ramai.

Ismail Md Resat, 54, berkata tindakan sedemikian juga boleh mengundang pelbagai masalah, termasuk kejadian tanah runtuh dan akan memberi kesan ke atas alam sekitar.

"Pokok di lereng bukit turut berfungsi sebagai penahan tanah daripada dihakis ketika musim hujan, sekali gus mengelak kejadian tanah runtuh.

"Pihak berkuasa perlu memantau dan menasihatkan pemilik tanah tidak melakukan kegiatan yang boleh melonggarkan struktur tanah," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus FELDA Ulu Jempol, Zaidi Khalid, berkata pihaknya menyedari tindakan meracun pokok di tepi jalan berkenaan boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, tetapi terpaksa berbuat demikian tujuan untuk pembersihan.

"Pihak kami sedar bahaya kepada pengguna terutama apabila dahan pokok tumbang dan boleh menyebabkan kemalangan. Oleh itu, kita akan memantau tindakan selanjutnya bagi menjaga kepentingan orang ramai" katanya.

Misi 11 Selebriti Mencintai Alam

Posted: 13 Jul 2011 09:05 PM PDT

Lari dari kesibukkan kota Kuala Lumpur yang pada ketika itu dilanda kesesakkan jalan raya yang teruk dan ditambah pula perhimpunan Bersih yang menghimpunkan ribuan manusia di Kuala Lumpur, ternyata pilihan 11 selebriti yang menyertai program Artis Lestari Di Hutan Belum merupakan pilihan yang bijak.

Membuang segala imosi berkaitan kerja dan hadir membawa satu perasaan sayang dan cinta pada alam semula jadi, Sabhi Saddi, Fauziah Latiff, Eizlyn, Isma Halil, Yasmin Hani, Amanda Imani, Mejar Dr Faiz, Fida, Farah Asyikin, dan miss Malaysia, Nadiene membawa misi sebagai artis pencinta alam ke Pulau Banding bermula 8 hingga 10 Julai yang lalu.

selebriti disambut dengan meriah sekali

"Saya tidak pernah ke Hutan Belum, jadi ini pertama kali saya datang kesini dan selepas ini saya akan menceritakan tentang apa yang saya perolehi disini,"jelas Isma Halil.

"Ini rezeki saya, sebelum ini hanya ada keinginan untuk datang kesini, saya hanya mencari kesedaran pada diri sendiri tentang betapa pentingnya hutan dan spesis-spesis tumbuhan dan haiwan disini,"luah Sabhi Saddi.

Lebih lima jam perjalanan daripada Kuala Lumpur menuju ke Pulau Banding, tidak sedikit pun melemahkan semangat peserta dan artis apatah lagi setibanya di destinasi iaitu Belum Rainforest Resort, para artis dihiburkan dengan persembahan selamat datang daripada sebahagian penduduk orang asli disitu.

Yasmin Hani dan Eizlyn begitu bertenaga mendaki bukit malam itu

Disebelah malamnya pula para artis dan wakil media dibawa menerokai keindahan hutan. Proses mendaki yang mengambil masa lebih kurang setengah jam ini biarpun pada awalnya kelihatan seperti menggerunkan apabila peserta hanya diberi satu lampu suluh setiap orang untuk mendaki, ternyata memberi kenangan menyeronokkan kerana setiap petugas dan kaki tangan yayasan sungguh berhati-hati membawa peserta kedalam hutan selain mejaga seratus peratus keselamatan mereka.

Bagi yang sudah biasa mendaki bukit, seperti Fauziah Latiff dan Eizlyn, sudah pasti aktiviti malam itu sungguh menggembirakan, tetapi untuk mereka yang baru pertama kali mengambil peluang ini, ia sememangnya menjadi pengalaman yang indah.

Hasnol bersama kanak-kanak orang asli

Seperti penyanyi muda, Amanda Imani, dia sama sekali tidak menyangka akan digigit pacat pada malam itu namun, biarpun darah banyak mengalir, ia tetap tidak memutuskan semangat cintakan dalam dirinya kerana keesokkan harinya, Amanda turun ke hutan dengan kelengkapan yang lebih lengkap lagi.

Kesempatan berada di bumi Belum, peserta juga dibawa mendekati penduduk orang asli dengan lebih dekat lagi. Merentasi Tasik Banding, peserta dibawa ke Sungai Tiang untuk melihat usaha Yayasan Emkay pada penduduk orang asli disana.

Sebuah Toy Library diwujudkan dimana kanak-kanak orang asli diberi pendidikan yang lebih baik, selain diajar cara membaca dan mengira dengan lebih sempurna. Mesra dipanggil Auntie Noni, cikgu ini begitu sabar melayan kerenah pelajarnya biarpun terpaksa merentas sungai selama hampir satu jam setengah untuk ke perkampungan ini setiap dua minggu sekali. Melihat kepada kemajuan penduduk disana, ternyata usaha yayasan ini begitu besar ertinya dan wajar dipuji.

artis memanam pokok sebagai kenangan

Artis dan selebriti dihiburkan dengan beberapa persembahan pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak dibawah umur 5 tahun, dan menurut mereka, ini pertama kali mereka melihat kaum orang asli secara dekat.

"Ini kali pertama saya melihat orang asli secara dekat, sebelum ini hanya melihat mereka menerusi televisyen sahaja. Saya memang tak sangka, mereka orang kita, tinggal di Malaysia tetapi wajah mereka seperti orang-orang yang ebrada di Afrika,"jelas Sabhi Saddi yang jelas tidak dapat melupakan kenangan terindah ini.

"Saya melihat kejayaan Yayasan ini dalam membantu anak-anak orang asli, dan melihat cara mereka berkawan, berkomunikasi saya dapat rasakan orang asli dikawasan ini lebih terbela,"luah Eizlyn pula.

stylo Fauziah Latiff mendaki bukit

Selain dibawa kekawasan perkampungan orang asli, artis dan peserta juga menjalani beberapa aktiviti seperti mandi di air terjun dan melihat bunga terbesar di dunia, Reflesia. Kalau sebelum ini tidak ramai yang berkesempatan melihat wajah Reflesia mekar, kali ini para peserta sempat mengambil gambar dan melihat sendiri sifat semulajadi tumbuhan ini.

"Saya memang teruja melihat Reflesia kali ini, sebelum ni saya pernah ke Sarawak dan melihat bunga ini juga, tetapi ia tidak sekembang disini,"jelas Isma Halil.

Keindahan Pulau Banding bukanlah sekadar apa yang diceritakan, malah untuk bercerita mengenainya, sudah tentu tidak akan pernah habis. Keindahan hutan belantara yang masih menjadi khazanah kekal, kesegaran udara yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ditambah dengan kecantik Belum Rainforest Resort ini sudah pasti menjadi faktor utama mengama orang ramai perlu datang dan menyaksikan sendiri harta milik peribadi kita.

antara peserta yang menyertai program ini

Hargai hati elak hepatitis

Posted: 13 Jul 2011 08:43 PM PDT


MOHD. Yusof Ahmad menurunkan tandatangannya sempena Kempen Hepatitis yang diadakan, baru-baru ini.


HEPATITIS satu penyakit yang semakin mengancam nyawa manusia. Di Malaysia sahaja dianggarkan lima peratus daripada penduduknya telah menghidap Hepatitis B kronik dan lebih kurang dua peratus lagi Hepatitis C kronik.

Namun pada peringkat dunia, kedua-dua penyakit itu disenarai sebagai salah satu punca utama kematian yang mana melebihi sejuta kes dicatatkan setiap tahun.

Ia yang juga dikenali sebagai penyakit radang hati biasanya disebabkan jangkitan virus yang boleh merebak melalui perkongsian alat suntikan ubat atau dadah, pisau cukur, berus gigi dan peralatan lain seperti gunting kuku yang dicemari darah.

Selain itu ia juga disebabkan tatu, bertindik telinga atau badan dengan alatan yang tidak disteril, menerima darah tercemar melalui darah sebelum saringan virus hepatitis diperkenalkan.

''Penularan daripada ibu penghidap virus hepatitis diperkenalkan semasa bersalin dan ini adalah cara jangkitan Hepatitis B yang paling biasa,'' katanya.

Sehubungan itu Pakar Perunding Hepatologi, Profesor Dr. Rosmawati Mohamed yang juga Ahli Majlis Eksekutif Gabungan Membasmi Hepatitis Virus di Asia Pasifik (CEVHAP) berkata, setiap orang perlu mengambil tahu mengenai penyakit itu dan tidak sesekali menganggap diri kebal terhadapnya.

''Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa. Oleh itu setiap orang perlu menjalani ujian darah kerana keputusan ini sahaja yang dapat membuktikan seseorang itu menghidap hepatitis atau bebas daripadanya,'' katanya.

Dr. Rosmawati yang mempelopori kempen Hari Hepatitis Sedunia di Malaysia berkata, hepatitis bergelar pembunuh senyap kerana virus itu dapat hidup dalam tubuh selama bertahun-tahun sebelum timbul apa-apa simpton.

''Hari Hepatitis Sedunia akan dirai secara besar-besaran pada tahun ini supaya dapat membantu usaha mengurangkan bebas virus hepatitis,'' katanya pada sidang akhbar Kempen Hepatitis yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru.

Turut hadir Ketua Pengarah Galeri Seni Negara, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Berikutan itu sempena Hari Hepatitis Sedunia bertemakan Kenali Hati Anda, Sedarlah dan Jumpalah Doktor (Know Your Liver, B Aware, C A Doctor) pada 28 Julai ini akan dianjurkan pelbagai kempen di seluruh negara.

Ia bermula dengan pameran solo oleh Bhanu Achan yang bertajuk Variasi 40 yang merupakan koleksi lukisan di sepanjang penglibatannya dalam bidang seni.

Ia akan diadakan di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) dari 4 hingga 17 Julai.

Sebanyak 40 peratus daripada hasil jualan lukisan yang dipamerkan akan disalurkan kepada tabung Hari Hepatitis Sedunia.

''Penglibatan Bhanu amat dihargai kerana dapat menyebarkan maklumat mengenai penyakit ini menerusi seni,'' kata Dr. Rosmawati.

Katanya, menjelang Hari Hepatitis Sedunia, sebanyak 6,000 pesakit yang paling awal mendaftar di laman web rasmi akan dapat menjalani saringan hepatitis B dan C secara percuma di 20 hospital yang turut serta dalam kempen itu di seluruh negara.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendaftar secara online di laman web www.myhepatitisday.com.

''Saringan ini penting kerana hepatitis yang disebabkan virus Hepatitis B dan C merebak terutamanya melalui darah yang terjangkit atau melalui bendalir tubuh,'' katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang berisiko tinggi memang patut menjalani ujian itu.

Beliau memberitahu, acara utama Hari Hepatitis Sedunia akan berlangsung pada 16 dan 17 Julai ini di pusat membeli-belah Sunway Piramid.

Sempena dengan majlis itu diadakan pameran foto montaj, pusat kaunseling untuk pemvaksinan dan pondok ujian hepatitis.

Berkampung di Hutan Belum

Posted: 13 Jul 2011 08:42 PM PDT


Ahmad Azam Shah Abd. Majid (kanan) mengarahkan sesuatu kepada para peserta Cabaran Pengakap Hutan Hujan Malaysia 2011 sewaktu perhimpunan pagi di Kem Tanjung Satu Pulau Banding, Gerik, Perak.


PENDIDIKAN yang baik tidak semestinya dilakukan secara formal seperti yang ditimba dari bilik darjah. Asuhan dan pembelajaran melalui aktiviti luar kadangkala mampu memberi kesan yang lebih mendalam.

Pergerakan pengakap sebagai persatuan beruniform misalnya antara organisasi terawal yang membuktikan keberkesanan pembentukan peribadi melalui bimbingan tidak formal.

Kokurikulum itu terbukti berkesan dalam melengkapkan diri seseorang untuk menjalani kehidupan dengan lebih berkeyakinan, berdaya saing, semangat setiakawan dan bertolak ansur.

Itulah sebahagian daripada nilai-nilai murni yang masih dijunjung dan dipamerkan anggota pengakap yang menyertai Cabaran Hutan Tropika Pengakap Malaysia (MRSC) di Hutan Belum-Temengor, baru-baru ini.

Perhimpunan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak dengan kerjasama Kumpulan Emkay pada Mei lalu disertai oleh 162 ahli Persatuan Pengakap Malaysia dari seluruh negara termasuk perwakilan Pramuka (pengakap) Indonesia.

Program di hutan hujan tertua dunia itu merupakan sebahagian daripada matlamat pergerakan dalam memupuk kesedaran generasi muda pada pemuliharaan alam semula jadi.

MRSC yang disertai ahli pelbagai pangkat berusia antara 18 hingga 25 tahun itu bermula dengan gema bacaan Deklamasi Belum-Temengor yang mengikat janji dengan alam sekelilingnya.

Selepas laungan ikrar mula lenyap, hutan dara berusia 130 juta tahun itu 'diserahkan' kepada ahli persatuan yang cukup sinonim dengan lilitan sapu tangan di leher itu. Selama seminggu, Hutan Belum itu adalah perkampungan baru yang harus dikenali dan dijaga sebaik-baiknya.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Ahmad Azam Shah Abd. Majid berkata, bertemakan Hijaukan Dunia Menerusi Pengakap program melestarikan alam semula jadi itu dibahagikan kepada beberapa bahagian melalui pendedahan yang berbeza.

"Peserta dibahagikan kepada empat 'perkampungan' iaitu Kem Sungai Enam, Kem Sungai Kejar, Kem Tanjung Satu dan Kem Pulau Pendidikan.

"Sepanjang tujuh hari setiap kumpulan akan berpindah dari satu kem ke kem yang lain untuk mengikuti pengisian program yang disediakan,'' katanya.

Menurut Ahmad Azam, pembelajaran dilakukan melalui pendekatan pengalaman sendiri melibatkan deria dengar dan peka, lihat dan pantau, analisis dan siasat.

Pembelajaran di antara setiap kem pula disatukan di atas konsep keakraban hubungan alam dan manusia yang seharusnya sentiasa dijaga.

Pengalaman di Taman Negeri Royal Belum (TNRB) yang terbentang seluas 117,500 hektar itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah, permainan perang, membina rakit buluh, anyaman dan kursus fotografi.

Pengisian ilmu alam diperkayakan lagi dengan penglibatan mereka yang pakar mengenai kandungan dan eko-sistem alam antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pulau Banding, Dr. Daniel Baskaran dan Prof. Mashor Mansor dari Universiti Sains Malaysia.

Terpisah jauh daripada keluarga dan dunia moden, peluang yang ada juga tidak dilepaskan untuk menyemarakkan rukun dan kemahiran pengakap yang mungkin sudah lama tidak dipraktikkan.

Namun begitu, penempatan yang disediakan oleh Emkay tetap menyediakan mereka kemudahan seperti penginapan yang selesa, dapur, dewan makan dan tandas.

Pesuruhjaya Daerah Persatuan Pengakap Malaysia, Batang Padang Perak, Amiruddin Baki Hashim berkata, selain mengenal alam sekitar program itu juga memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran hidup dan berkenalan dengan rakan pengakap dari seluruh negara.

"Melalui perkhemahan ini diharapkan peserta dapat membina sahsiah diri, meningkatkan disiplin serta membina ketahanan diri sebagai rakyat yang berkualiti," katanya.

Bagi Foon Seng Leong, 25, pengisian yang diadun dengan baik sepanjang program bersesuaian dengan semua peringkat umur, membuatkan pengalaman seminggu di hutan itu berlalu dengan pantas.

"Selain aktiviti lasak seperti meredah hutan, aktiviti waktu malam pula dipenuhi dengan kuiz dan ceramah yang ilmiah," kata anggota pengakap dari Ipoh, Perak itu.

Abdullah Yaacob, 20, pula berkata, selain peluang berinteraksi dengan rakan pengakap dari pelbagai kaum, program itu pada masa yang sama membawa mereka lebih dekat dengan haiwan dan alam semula jadi.

"Pengalaman paling berharga di sini adalah peluang melihat gajah di habitat asal dan serangga lantern bug yang merupakan ikon Hutan Belum.

"Sebelum ini saya tidak pernah berminat untuk mengambil tahu mengenai apa yang ada di dalam hutan kita dan apa pula petunjuk bagi setiap spesies," kata pengakap laut yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Lumut.

Selepas perkhemahan di Hutan Belum, peserta dibawa melawat ke Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort iaitu pusat kajian dan pembiakan orang utan yang diuruskan oleh Yayasan Emkay.

MRSC yang julung kali diadakan itu mendapat sokongan dan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Kementerian Pelancongan.

Pandu Puteri berbakti pada alam

Posted: 13 Jul 2011 08:40 PM PDT


Sebahagian anggota Persatuan Pandu Puteri Perak bergotong-rotong menanam anak pokok bakau.


BAK kata pepatah kita tidak mewarisi bumi daripada nenek-moyang kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.

Inilah semangat yang diperlihatkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) anjuran Persatuan Pandu Puteri Perak baru-baru ini.

Sambutan tersebut merupakan salah satu acara utama sempena sambutan Ulang Tahun Ke-90 persatuan negeri tersebut, tahun ini.

Berlandaskan tema Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) WED Hutan: Semula Jadi Untuk Anda, persatuan dengan bantuan Jabatan Perhutanan Perak, mengadakan aktiviti menanam anak pokok bakau di pesisir pantai Taman Paya Bakau Kuala Sepetang, Perak.

Malah, Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) telah tampil menghulurkan sumbangan dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik bagi kanak-kanak generasi akan datang.

Sumbangan MTC juga menunjukkan keprihatinannya terhadap alam sekitar dan kesungguhannya menyokong pemuliharaan alam.

Kira-kira 200 ahli pandu puteri daripada sekolah menengah di seluruh negeri itu menyertai acara tersebut.

Acara disempurnakan perasmiannya oleh Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Nik Mohd. Shah Nik Mustafa dan Pengarah Hal-Ehwal Awam dan Korporat MTC, Siti Syaliza Mustapha.

Raja Nor Mahani berkata, aktiviti menanam pokok bakau memberi ruang kepada Persatuan Pandu Puteri Perak untuk menyumbang kepada pemuliharaan dan penyenggaraan hutan.

Ini katanya, selaras dengan Matlamat Pembangunan Milenium Ke-7 UNDP, iaitu menjamin kelestarian alam sekitar.

"Kita harus mengambil pengajaran daripada bencana tsunami yang melanda pantai barat Semenanjung pada 26 Disember 2004 dan meragut 68 nyawa.

"Walaupun angka ini rendah berbanding dengan negara lain, bencana alam tersebut cukup untuk menyedarkan kita tentang pentingnya mengekalkan alam semula jadi," katanya.

Beliau yang juga Raja Puan Muda Perak berkata, Persatuan Pandu Puteri Perak memilih untuk mengadakan aktiviti menanam anak bakau kerana pokok bakau bertindak sebagai penampan yang mengurangkan kesan ombak besar.

Justeru katanya, menjadi tanggungjawab bersama untuk melindungi penampan semula jadi ini dan memastikan pemuliharaannya.

Sementara itu, Nik Mohd. Shah berkata, pihaknya berharap pelaksanaan program seperti ini dapat membuka mata khususnya masyarakat setempat terhadap isu-isu yang melibatkan perhutanan dan alam sekitar.

Pihaknya sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada usaha 'hijau' berasaskan prinsip Pengurusan Hutan Lestari (SFM) kerana ia merupakan satu-satunya cara mengimbangi keperluan industri kayu dengan pemuliharaan alam sekitar secara sistematik.

Sementara itu anggota pandu puteri yang terlibat turut memuji acara tersebut.

Rata-rata menyifatkan aktiviti seperti itu bukan sahaja menyeronokkan tetapi penuh bermakna dalam menyumbang kepada pemulihan alam sekitar.

Chao Xuan Kuan, dari Sekolah Menengah Convent, Taiping, berasa gembira kerana berpeluang memberikan sumbangan kepada usaha memulihara alam sekitar.

"Saya berharap dapat menyertai lebih banyak aktiviti sedemikian pada masa depan," katanya.

Fatin Nabilah Ahmad dari Kolej Matrikulasi Perak pula berkata, sebelum ini pengalamannya dalam kegiatan luar seperti ini lebih menjurus kepada mempelajari cara mencantas akar pokok dan sebagainya.

"Ini kali pertama saya belajar cara menanam pokok bakau. Prosesnya tidak susah dan ia aktiviti yang menyeronokkan," katanya.

Menurut Fatin Nabilah, aktiviti tersebut amat berguna kerana ia turut mendedahkan tentang kepentingan paya bakau di negara ini.

Dia juga berharap aktiviti seperti ini lebih kerap diadakan dengan membabitkan komuniti yang lebih besar.

"Kita perlu memberitahu masyarakat bahawa hutan paya bakau di negara ini perlu dipulihara demi menjaga kestabilan ekosistem semula jadi," katanya.

Tidak tagih publisiti murah

Posted: 13 Jul 2011 08:39 PM PDT


REMY Ishak terus menjadi buruan peminatnya yang menghadiri majlis pelancaran wangian terbaru Dashing di Pusat Membeli-Belah Alamanda, Putrajaya, baru-baru ini.


POPULARITI anak muda ini memang melangkaui segala-galanya. Hanya dalam tempoh lima tahun saja Remy Ishak sudah mampu menempa kemasyhuran yang jarang sekali dimiliki oleh bakat baru sepertinya.

Dalam sekelip mata, dia dipuja dan menjadi kegilaan ramai yang mengagumi bukan hanya bakat lakonannya tetapi wajah lelaki Melayu tulen yang menjadi penyedap mata para peminatnya.

Semuanya kerana fenomena drama rantaian paling popular, Nur Kasih yang telah meledakkan nama Remy sehingga mampu berdiri setanding dengan aktor ternama negara lain.

Namun, apa yang tidak sedapnya apabila ada dakwaan mengatakan Remy kini bukan lagi seperti dulu. Dalam erti kata lain, jejaka kacak ini sudah mula berubah menjadi seorang yang bongkak, lupa diri dan merasakan dirinya seorang aktor yang hebat.

Bukan itu sahaja, ada angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup ke telinga mengatakan anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini juga telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang cukup eksklusif.

Mendengar segala soalan dengan penuh teliti, Remy menghela nafas panjang sebelum memberikan justifikasi. Barangkali tidak mahu lagi segala kenyataan disalah erti sehingga mengundang kontroversi seperti sebelum ini.

"Jujurnya, saya sendiri segan dengan publisiti. Jauh sekali untuk saya mendabik dada mahupun merasakan diri saya terbaik. Tetapi, kehadiran saya ke dalam industri bukan mahu menagih publisiti semata-mata

"Saya cukup sedar sebagai seorang artis, kisah peribadi dan gosip memang tidak dapat lari untuk diceritakan. Bagi saya, biarlah kisah peribadi itu mendapat liputan berpada-pada.

"Ingin saya jelaskan di sini, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang eksklusif dan menjauhkan diri daripada sebarang publisiti.

"Dalam konteks ini, saya lebih gemar kalau cerita tentang karier saya yang mendapat tempat. Saya percaya seandainya kalau kita memberi hasil kerja yang berkualiti, publisiti akan datang dengan sendirinya," ujar Remy sewaktu menjawab pertanyaan Hits.

Aktor berusia 27 tahun itu berkata demikian dalam satu pertemuan selepas majlis pelancaran haruman terbaru Dashing, Bold dan Edge yang berlangsung di Pusat Membeli-Belah Alamanda, Putrajaya, baru-baru ini.

Menyambung bicara, pelakon yang mula dicungkil bakatnya oleh pengarah Osman Ali ini masih lagi menganggap dia seorang yang mentah dan hijau dalam dunia lakonan.

Katanya, sepanjang lima tahun itu, denai yang dilaluinya tidak sempurna seperti mana yang disangka oleh ramai pihak kerana perlu meredah onak dan duri sebelum tiba ke destinasinya.

Tidak mahu alpa dengan kemasyhuran yang dinikmatinya kini, ada kala kata Remy, dia akan duduk bersendirian di rumah dan cuba muhasabah untuk memperbaiki kelemahan dirinya.

"Saya merangkak dan bermula dari bawah untuk mencari peluang mengembangkan bakat lakonan saya. Hanya pada tahun ketiga sahaja, barulah orang mula memandang bakat saya dan perlahan saya diterima oleh masyarakat.

"Perjalanan saya terlalu jauh dan saya sendiri mahu kekal lama dalam bidang ini. Atas alasan itu, saya harus akui saya perlu menjadi lebih selektif dalam setiap tawaran yang datang kerana tidak mahu dianggap stereotaip," kata pemilik nama penuh Mohammad Zalimei Ishak ini penuh ini bersungguh.

Kenangan Sri Mersing 2

Posted: 13 Jul 2011 08:39 PM PDT


KREW dan barisan pelakon teater Sri Mersing 2 diberikan kata-kata semangat sebelum memulakan latihan di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru, Johor.


Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang hamba mengkuang layu,

Dagang Pak Malau dagang bertempat,

Dagang hamba musafir lalu...

Tentu ramai yang masih ingat bait pantun penuh puitis yang dituturkan oleh pelakon hebat Nordin Ahmad dalam filem Melayu klasik, Sri Mersing.

Dialog popular itu diucapkan oleh Nordin yang mendukung watak Damak dan Allahyarham Sharif Medan yang berlakon sebagai Pak Malau di penghujung cerita tersebut.

Filem terbitan Cathay Keris pada tahun 1961 arahan Allahyarham Salleh Ghani masih memberi kesan sehingga ke hari ini dan dianggap antara filem Melayu terbaik yang pernah dihasilkan.

Hampir 50 tahun berlalu, nostalgia kehebatan filem Sri Mersing akan dibangkitkan semula melalui anak pengarah tersohor itu, Megat Mohd. Noor Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Keno melalui pementasan teater.

Melalui Keno Productions, teater Sri Mersing 2 akan dipentaskan mulai esok, 15 Julai di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru, Johor selama tiga hari berturut-turut.

Selaku penerbit teater Sri Mersing 2, Keno memberitahu, kira-kira 70

peratus jalan cerita Sri Mersing 2 diadaptasi dari filem itu manakala selebihnya dari drama Anak Damak.

Menurut Keno lagi, filem Sri Mersing mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga merasa terpanggil untuk mengadaptasi karya asal filem ini ke teater.

"Daripada pengucapan dialog pelakon-pelakon asalnya sehingga kepada cara pengarahan, filem ini merupakan sebuah filem klasik Melayu terhebat sepanjang zaman.

"Sayang jika filem sehebat Sri Mersing tidak diangkat menjadi naskhah teater. Dengan kehendak pasaran yang mahukan sebuah karya yang diadaptasi dari filem, saya percaya teater Sri Mersing yang paling dinanti-nantikan oleh khalayak," katanya kepada Hits ketika ditemui baru-baru ini.

Teater Sri Mersing katanya, pertama kali dipentaskan selama dua hari di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun lalu dan berjaya menarik lebih 7,000 penonton untuk menontonnya.

Bagi pementasan di Johor Bahru, dianggarkan kira-kira 10,000 akan menyaksikannya kerana barisan pelakon yang terlibat dalam pementasan kali ini dikenali peminat.

Antaranya Zul Huzaimy sebagai Damak, Elly Mazlein (Sri Mersing), A. Galak (Pak Malau), Rozie Othman (Mak Sri) dan Zulkifli Zain (Pak Sireh).

Istimewanya Sri Mersing 2, ujar Keno, turut menampilkan Yus Jambu, peserta Maharaja Lawak selaku Awang Sulong dan Leez Rosli, bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keempat (AF4) sebagai Sri Melati.

"Zul Huzaimy adalah seorang pelakon yang punya karakter tersendiri dan pemilihannya untuk memegang watak utama adalah tepat sekali. Dia menjiwai watak Damak dapat membawakannya dengan baik.

"Begitu juga dengan pelakon lama, A. Galak yang sinonim dengan drama Melayu bercorak kepolisian.

"Kehadiran Yus Jambu dengan komedinya, menghidupkan lagi teater Sri Mersing 2," katanya.

Teater Sri Mersing 2 mempertaruhkan Rosdeen Suboh sebagai pengarah dan Hairul Anuar Harun selaku pengadaptasi skrip.

Sri Mersing 2 merupakan pementasan terbesar pernah diadakan di luar Kuala Lumpur dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai penaung.

Sebelum Sri Mersing dipentaskan untuk khalayak ramai, hari ini, teater tersebut akan dipentaskan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan kerabat diraja.

Pementasan untuk umum esok akan bermula pada pukul 8.30 malam manakala untuk hari kedua dan terakhir, diadakan pada pukul 3 petang dan 8.30 malam.

Tiket-tiket berharga RM25 dan RM50 dijual dan untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-78807999 atau layari www.tiketpro.com.my.

Teater tersebut mendapat kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Yayasan Warisan Johor.

Gabungan mantap baru dan lama

Posted: 13 Jul 2011 08:37 PM PDT


AKSI menarik M. Daud Kilau sewaktu membuat persembahan pada Festival Muzik Kuala Lumpur 2011 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SEJAK mula diperkenalkan pada 1 Julai 2005, Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) tidak pernah terlepas daripada tumpuan ramai pihak khususnya pencinta muzik tempatan.

Diinisiatifkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Komunikasi menerusi agensinya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), FMKL tidak pernah gagal memberikan persembahan terbaik setiap tahun.

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, JKKN terus mempamerkan kecemerlangan mereka apabila menganjurkan konsert utama selama tiga malam berturut-turut sejak 1 Julai lalu.

Dengan tema Kembara Muzik: Klasik Ke Kontemporari, FMKL 2011 dilihat berjaya melunaskan misi mereka yang mahu mengubah pandangan skeptikal yang merasakan sesetengah genre hanya mampu dinikmati oleh sekelompok peminat sahaja.

Buktinya, pada malam kedua FMKL 2011 lalu, konsert utama menyaksikan gandingan mantap artis baru dan lama yang telah mempamerkan kualiti persembahan yang cukup membanggakan.

Dibahagikan kepada tiga kategori iaitu klasik, sejagat dan kontemporari, konsert malam kedua itu telah dibuka dengan persembahan penuh warna-warni oleh kumpulan Babola yang mempersembahkan lagu Geradong.

Dengan diiringi Orkestra Tradisional Malaysia, persembahan itu diperindahkan lagi dengan permainan muzik kaum-kaum utama negara iaitu Melayu, Cina dan India.

Malam kedua konsert utama FMKL 2011 diteruskan dengan persembahan oleh kumpulan rap dan hip hop popular, One Nation Emcees yang mendapat tepukan gemuruh daripada audiens.

Sambutan yang diberikan itu sekali gus membuktikan bahawa sebenarnya kumpulan itu mempunyai pengikut mereka sendiri.

Malah, terdengar juga bisikan daripada penonton yang mengakui tidak pernah mendengar atau mengikuti perkembangan One Nation Emcees sebelum ini.

Tetapi, menerusi FMKL 2011, mereka mula membuka mata dan memuji kumpulan yang menempa nama selepas menjuarai pertandingan realiti Gang Starz itu sambil menyifatkan mereka wajar diketengahkan lagi.

Terkenal dengan persembahan penuh energetik dan bertenaga setiap kali beraksi di atas pentas, One Nation Emcees telah berjaya menghiburkan audiens dengan rangkaian lagu popular mereka seperti Raja Gelek, Gelora dan Psiko.

Namun, mungkin kerana gugup dan gementar apabila pertama kali membuat persembahan di pentas bertaraf dunia itu, ada kalanya gerak tari One Nation Emcees kelihatan tersekat-sekat seperti ada yang menghalang pergerakan mereka.

Cuma, kumpulan yang dianggotai oleh Mimi, Jojoe dan Zydee itu perlu mempertingkatkan lagi skil komunikasi mereka dengan penonton.

Percaya atau tidak, kemunculan seniman yang seorang ini merupakan yang paling ditunggu-tunggu pada malam itu sehinggakan sewaktu pengacara majlis membacakan pengenalan tentang Datuk M. Daud Kilau, ramai yang sudah bersorak dan bersiul.

Sebaik sahaja beliau muncul dengan pakaian berwarna terang yang sarat dengan perincian labuci yang menjadi identitinya sejak sekian lama, seluruh Panggung Sari menjadi gegak-gempita dengan tepukan gemuruh daripada audiens.

Menariknya, rata-rata audiens yang hadir pada malam itu bukan hanya golongan senior malah, generasi muda yang nampaknya cukup kenal dengan muzik M. Daud.

Walaupun memilih sebuah lagu asli berjudul Laksamana Raja Di Laut sebagai lagu pembukaan, nampaknya ia tidak berupaya meninggalkan kesan besar seperti mana dua lagu yang dipersembahkan selepas itu.

Seperti yang dijangkakan, dua lagu popularnya iaitu Cek Mek Molek dan Gila Judi sememangnya pertaruhan terbaik untuk terus mengekalkan momentum audiens di dalam panggung.

Lebih gamat apabila untuk setiap lagu, M. Daud menukar busana di atas pentas sehingga sorakan yang diberikan bagaikan memberi semangat kepada seniman kelahiran Bagan Datoh, Perak itu untuk terus ligat di atas pentas.

"Saya bersyukur dalam usia saya 73 tahun, saya masih lagi diberi peluang untuk mencari rezeki dalam bidang ini.

"Sesungguhnya peluang membuat persembahan di panggung ini benar-benar membuatkan saya terharu," kata penghibur itu dalam nada terharu.

Selepas beberapa lama mendiamkan diri daripada sebarang publisiti, juara sulung One In A Million, Suki Low tampil mengubat kerinduan peminat yang ternyata merindui alunan vokalnya.

Ternyata, Suki telah menunjukkan peningkatan ketara dan kematangan terutama aspek vokal serta gaya persembahannya.

Lebih-lebih lagi sewaktu pelantun lagu Berdiri dan Usah itu menyampaikan lagu Melayu terbarunya, Terlalu Mencintaimu dengan penuh penghayatan.

Tidak keterlaluan dikatakan, jika kena pada promosinya, lagu balada yang cukup indah itu mampu mengembalikan nama Suki di arena seni suara.

Diiringi oleh Malaysian All Star Band yang diketuai oleh Aubrey Suwito, Suki yang mewakili segmen sejagat itu turut mempersembahkan sebuah lagu Mandarin, Qiao Qiao Hua dan lagu popular Katy Perry, Firework.

Bagi melengkapkan FMKL 2011, penyanyi dan komposer wanita berbakat besar, Najwa Mahiaddin dipilih bagi menyempurnakan segmen kontemporari.

Setidak-tidaknya dengan pentas yang disediakan oleh JKKN menerusi FMKL 2011, ia dapat memperkenalkan nama Najwa kepada khalayak yang mungkin begitu asing dengan muziknya.

Memilih lagu Go 'Head sebagai pembuka selera persembahannya, Najwa berjaya memukau audiens dengan lontaran vokal yang cukup bertenaga.

Tetapi, momentum itu dilihat sedikit menurun sewaktu dia menyampaikan lagu How Long Must I Wait yang dilihat membuatkan penonton berasa resah sehingga mahu dia menghabiskan persembahannya dengan segera.

Namun, momentum itu kembali meningkat apabila Najwa memilih lagu klasik, Getaran Jiwa yang diberi susunan muzik yang lebih kontemporari dan sesuai dengan imejnya sebagai penyanyi soul.

Kelihatan Najwa sedikit gugup di atas pentas dan mungkin ada kaitan dengan kehadiran kedua ibu bapanya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Mengakhiri persembahan, Najwa memilih lagu popularnya yang menjadi siulan anak muda masa kini, Got To Go.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan