Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan
- Akhil Hayy Terjah Orang Awam Sambil Berdakwah
- Sukar lahir ekspresi wajah
- Selena malu jumpa Le Beouf
- Sasar seluruh Asean
- Pawagam teknologi 4D diperluas
- Lakukan apa saja untuk Iqbal
- Jehan, Freddie Bidas Kenyataan Ziana Zain
- Siti Nurhaliza Mahu Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi
- Fikir buruk baik sebelum ambil keputusan
- 16 Lelaki Rebut Gelaran 'The Perfect Gentlemen'
- Harper Seven Beckham Nama Anak Victoria
- Berjaya kumpul pelakon hebat
- Keunggulan jenama Rabbani
- Kenderaan recond ada kelebihan
- Buang bulu lebih cepat
- Khasiat makanan untuk warga emas
- Buku untuk penjara
- Memuliakan penghafal al-Quran
- Ziarah amal Yadim di Semporna
- Naik taraf ILA setanding IPT
- KPT tunggu senarai nama mahasiswa terlibat
- Revolusi DiGiMusic Play bersama Sony Ericsson
- Faizal pernah diugut ah long, pengedar dadah
- Alasan Que kembali berlakon
| Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan Posted: 11 Jul 2011 11:24 PM PDT Cicak Tokek mendapat permintaan yang tinggi di pasaran PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram. Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun. "Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. "Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu," menurut kenyataan yang dikeluarkan itu. Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual. Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya. "Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam. "Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan," katanya. Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina. Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya. | ||
| Akhil Hayy Terjah Orang Awam Sambil Berdakwah Posted: 11 Jul 2011 09:31 PM PDT Akhil muncul dengan program Cubaan di Astro Oasis.KUALA LUMPUR: Pengacara dan pendakwah bebas, Akhil Hayy muncul dengan program terbaru berjudul Cubaan yang menerjah orang awam sambil berdakwah. Program itu akan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini. "Program ini bukan sekadar terjahan dan merakamkan sesuatu keadaan dengan kamera tersembunyi, tetapi secara tak langsung tujuannya adalah untuk mendidik dan berdakwah kepada masyarakat. "Kami sengaja menjadikan program ini berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu. Saya bukan nak tunjuk pandai, sebaliknya mahu memberikan penyelesaian dan kesedaran kepada masyarakat jika sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku kepada keluarga dan diri-sendiri," jelasnya dalam satu sidang media di The Gardens,Mid Valley Megamall, di sini, Isnin. Sepanjang sebulan menjalani rakaman program 13 episod itu di sekitar ibu kota, Akhil akui banyak pengalaman dan cabaran yang dihadapinya. "Semasa kami meminta seorang kru wanita melakonkan sebagai wanita hamil yang mengerang kesakitan, kami lihat tiada masyarakat yang prihatin sehinggalah akhirnya muncul seseorang yang bukan Muslim mengambil tindakan dan meminta orang ramai menolong wanita itu. "Selain itu, berlaku juga kejadian yang tidak diingini ketika kami menguji orang ramai dengan insiden seluk saku. Malangnya, salah seorang kru kami cedera di kepala akibat diserang oleh orang awam yang membantu mangsa pencuri itu," ceritanya. Jelasnya lagi, program yang pertama kali dilakukan berbanding sebelum ini benar-benar memberikan pendedahan baru dan membuatkan Akhil sentiasa beristighfar serta berhati-hati dengan kejadian yang tidak diingini walaupun sentiasa diawasi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis. Suami kepada penyanyi Waheeda ini berharap agar program itu akan menyingkap kebaikan sebenar dan memberikan contoh terbaik kepada masyarakat. "Saya rasa sudah tiba masanya untuk pendakwah mendatangi masyarakat dan bukannya hanya berada di surau atau masjid kerana mungkin ada antara masyarakat yang terlepas pandang tentang beberapa insiden yang berlaku di sekeliling kita," katanya lagi yang bakal muncul dengan album baru selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Menurutnya, album yang akan memuatkan dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasinya dengan penyanyi Mawi dan kumpulan Brothers menerusi lagu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang digubah sendiri oleh Akhil dan isterinya. Selain itu, dia sedang sibuk menguruskan perniagaan pakej umrah ke Mekah melalui syarikatnya, Akhil Network (AN) di Kajang sejak setahun lalu. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 09:25 PM PDT WATAK UTAMA...intan dan Adey sebagai pasangan kekasih dalam Flat 3A. FILEM seram Jangan Pandang Belakang mula melonjakkan nama Intan Ladyana di layar perak pada 2007. Walaupun penampilannya memegang watak utama berganding dengan Pierre Andre untuk filem arahan Ahmad Idham itu dikritik, itu semua tidak mematahkan semangat�nya untuk terus melangkah lebih jauh. Adnan Sempit yang menggandingkan dirinya dengan Shaheizy Sam mendapat sambutan dan Intan terus mengasah bakatnya melalui filem romantik komedi terbitan Metrowealth Pictures (MIG) seperti I'm Not Single, V3: Samseng Jalanan dan Kembar Siang. Kini, gadis tinggi lampai dan berkulit cerah ini kembali dengan filem seram Flat 3A arahan Azhari Zain. Pemilik nama sebenar, Intan Nurladyana mengakui semakin menghampiri tarikh tayangan filem itu pada Khamis ini, semakin kuat debaran dirasakan. Dia memegang watak Fiqah, gadis kampung yang berhijrah ke bandar dan bekerja di kilang demi sesuap nasi.
| ||
| Posted: 11 Jul 2011 09:18 PM PDT SELENA...Ketika menyertai program Fox & Friends di Manhattan minggu lalu. BELIAU mungkin mempunyai berjuta-juta peminat, tetapi Justin Bieber mungkin merasa cemburu kerana satu-satunya gadis yang dia mahu mencintainya sepenuh hati, teman wanitanya Selena Gomez, meminati bintang yang lain. Selena yang berusia 18 tahun begitu meminati bintang filem Transformers Shia Le Beouf, malah beliau dengan berani mengakuinya selepas muat naik video pertemuan yang tidak disangka-sangkanya dengan jejaka yang berusia 25 tahun itu di Youtube. Kawan-kawan Selena telah menipu bintang Disney itu untuk masuk ke bilik persalinan Le Beouf atas alasan bertemu dengan peminat-peminatnya. Walaupun Selena juga seorang bintang terkenal, beliau amat terkejut melihat Le
Namun, Le Beouf, bintang aksi itu terus mengejar Selena dan memeluknya dan kemudian mereka bergambar bersama-sama. "Terima kasih kerana awak baik dengan saya," kata Le Beouf kepada Selena. "Awak memang seorang yang baik." | ||
| Posted: 11 Jul 2011 09:14 PM PDT ABDUL RASHID...bekal transformer ke Indonesia MALAYSIA Transformer Manufacturing Sdn Bhd (MTM), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan untuk menyumbang sekurang-kurangnya 25 peratus kepada jumlah pendapatan MTM bagi segmen eksportnya dalam tempoh tiga tahun lagi. Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata, ketika ini segmen eksport menyumbang 10 peratus daripada pendapatan syarikat yang berjumlah RM200 juta tahun lalu dan pihaknya yakin jumlah itu akan meningkat berikutan mendapat permintaan dari negara luar.
"MTM membekalkan transformer ke Brunei dan terbaru kami mendapat permintaan dari Indonesia. Kami komited untuk memperluaskan lagi pasaran eksport ke seluruh Asean bermula tahun ini termasuk di Timur Tengah yang turut dilihat berpotensi besar," katanya pada majlis penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Bersepadu oleh Sirim QAS International Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.
| ||
| Pawagam teknologi 4D diperluas Posted: 11 Jul 2011 09:14 PM PDT TERBARU...filem Kung Fu Panda 2 4D ditayangkan di Seoul minggu lalu. LOS ANGELES: Disebabkan sesetengah penonton wayang kurang berminat dengan filem tiga dimensi (3D) yang dianggap mahal, Hollywood kini dilaporkan dalam proses mengubah produk mereka kepada format empat dimensi (4D). Bagaimanapun, sebahagian peminat berasa loya atau pening selepas menonton filem 3D seperti Kung Fu Panda 2 dan yang terbaru, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.
Melalui teknologi 4D itu, penonton juga bakal merasai pelbagai kesan khas yang dimasukkan ke filem, seperti angin, kabus, kilat serta bau-bauan.
Jurucakap syarikat itu berkata, jika mendapat sambutan, kemudahan itu akan diperluaskan ke Eropah.
Seorang penonton berkata, dia merasai kesan gerakan di pinggang atau pinggul ketika watak dalam filem animasi berkenaan bergaduh.
Sebahagian penonton pula mengalami masalah pendengaran sementara selepas menyaksikan Transformers: Dark of the Moon. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 09:12 PM PDT KENANGAN...Jamilah sayu merenung gambar kenangan dia bersama Iqbal. SETIAP hari dia pasti bertanya kepada anaknya yang sedang terlantar sakit, "Abang nak makan apa, abang nak minum apa? Biar ibu sediakan." Dan apa saja perkataan yang terpacul daripada mulut anak comel ini pasti akan dipenuhi walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan angka tiga pagi. Bukan itu saja, ibu kepada Iqbal Fahreen Hamdan ini akan menunaikan semua permintaan anaknya walau dengan apa saja cara sekalipun kerana masa sudah semakin suntuk. Inginkan kek hari jadi bentuk lori sampah, menaiki jengkaut, kereta bomba, ambulans dan bas dua tingkat antara keinginan 'pelik' yang sudah dipenuhinya. Malah ketika hari dia meninggal dunia, dengan penuh kesayuan ibunya menunaikan permintaan Iqbal buat kali terakhir iaitu mahu melihat matahari terbenam. Ketika bertemu wanita dan ibu hebat ini, dia bercerita satu persatu dengan lancar dan langsung tiada riak kesedihan pada wajahnya. Malah sesi pertemuan pada petang itu ada kala berubah menjadi lucu dan syahdu.
| ||
| Jehan, Freddie Bidas Kenyataan Ziana Zain Posted: 11 Jul 2011 09:10 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Jehan Miskin menganggap dakwaan penyanyi Ziana Zain yang mendakwa penglibatan golongan selebriti dalam mana-mana persatuan artis sebagai buang masa adalah satu kenyataan yang tidak berasas. Jehan berkata, mana-mana pihak termasuklah Ziana Zain tidak sewajarnya mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh sesebuah persatuan kerana penubuhannya mempunyai objektif tertentu selain memerlukan sokongan daripada banyak pihak terutamanya golongan artis-artis muda. "Saya akui memang agak sukar sesebuah persatuan artis itu untuk beri bantuan terutamanya dari segi kewangan kerana dana yang ada bukan besar tapi sekurang-kurangnya kami mencuba. "Kenyataan tentang penubuhan sesebuah persatuan itu tidak berfaedah dan buang masa adalah tidak tepat sama sekali. Kami sentiasa berusaha untuk mencari jalan membantu golongan artis biarpun sekadar yang kami mampu," jelasnya. ![]() Jehan diminta mengulas tentang kenyataan penyanyi popular Ziana Zain dalam mStar Online pada 8 Julai lalu yang menganggap persatuan-persatuan artis di Malaysia hanyalah buang masa. Dalam kenyataan itu Ziana juga berkata artis boleh bersatu tanpa menyertai pelbagai persatuan yang lebih dilihat hanya mempunyai kepentingan peribadi. Jehan yang juga Ketua Biro Perundangan, Pemantauan dan Aduan persatuan itu berkata, sebagai generasi muda yang aktif dalam persatuan, dia menganggap aktiviti tersebut bukan sesuatu yang buang masa malah lebih mengeratkan silaturahim. "Kita tidak boleh mengatakan dia (Ziana) salah kerana itu adalah pendapat dia tapi bagi saya penubuhan sesebuah persatuan mampu mengeratkan hubungan sesama artis melalui aktiviti yang dianjurkan. "Pernah kami pergi ke rumah seorang artis veteran untuk memberi sebuah kerusi roda sahaja tetapi dia sangat menghargai sumbangan tersebut sehinggakan kami semua mengalirkan air mata," ujarnya yang sudah menjadi ahli Seniman sejak mula membabitkan diri dalam industri seni tanah air. ![]() Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Dingin itu merupakan pandangan peribadi yang keterlaluan. Katanya, dia seharusnya memikirkan kepentingan artis-artis lain yang tidak sepertinya dan tidak hanya berfikir bagi pihak diri sendiri sahaja. "Itu adalah pandangan peribadi dia, mungkin kerana dia tidak mengalami sebarang masalah atau memerlukan bantuan daripada mana-mana persatuan sepanjang bergelar artis. "Memang saya lihat segelintir artis yang bertaraf tinggi seperti dia tidak menghiraukan tentang kegiatan persatuan. Itu adalah hak mereka tapi mereka tidak seharusnya membuat kenyataan keterlaluan dan meminta persatuan dibubarkan," ujarnya kesal. Kata Freddie, biarpun usaha-usaha yang dilakukan tidak memberi impak atau terlihat dengan mata kasar, namun sedikit sebanyak membantu para artis yang memerlukan. "Kami tahu ramai yang tidak sedar tentang apa yang telah kami lakukan tapi sebenarnya kesan usaha kami dilihat dalam jangka masa panjang. "Contohnya memperjuangkan royalti artis, mengurangkan pemutaran lagu-lagu Indonesia di stesen-stesen radio dan memberi bantuan kewangan kepada artis-artis yang memerlukan," jelasnya. Kata Freddie disebabkan pandangan-pandangan dan persepsi artis sebegini boleh mempengaruhi golongan artis muda yang lain. "Persatuan wujud sebagai orang tengah dan tempat untuk artis bergantung, jika dia tidak memerlukan bantuan persatuan masih ada artis lain yang menyokong kami," katanya. | ||
| Siti Nurhaliza Mahu Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Posted: 11 Jul 2011 09:08 PM PDT Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ketika konsert SimplySity di Universiti Teknologi Mara (UiTM).SHAH ALAM: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mempunyai satu hobi baru iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Menurut Siti, hobi tersebut mula diminatinya selepas dia dan suami pulang daripada percutian di Capetown awal Mei lalu. "Memang ini merupakan hobi baru kami. Lagipun sejak kecil lagi saya suka menunggang motosikal di kampung. "Cuma saya dah tak menunggang motorsikal sejak bergelar penyanyi dan aktiviti ini mengimbas kembali zaman saya kecil-kecil dulu," katanya. Tambah anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, aktiviti tersebut memberikan dia dan suami idea untuk membuat pembukaan Konsert Malam Gala SimplySiti dengan menaiki motosikal Harley Davidson yang ditunggang suami ke depan pentas di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, Sabtu. Pada malam tersebut Siti menyambut ulang tahun produk kecantikannya, SimplySiti yang pertama bersama tiga penyanyi undangan iaitu Amy Search, Aizat dan Ana Raffali. Pada malam itu, Siti membawakan sebanyak enam buah lagu iaitu Destinasi Cinta, Bulan Yang Mesra, Biarlah Rahsia, Lagu Kita (duet bersama Aizat), Seindah Biasa dan lagu baru Falling In Love. Siti turut melancarkan dua produk baru koleksi SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition. Siti Nurhaliza bersama artis undangan AizatKedua-dua koleksi terbaru SimplySiti adalah merupakan edisi khas sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. | ||
| Fikir buruk baik sebelum ambil keputusan Posted: 11 Jul 2011 09:07 PM PDT JANGAN JADI BEGINI... jangan jadikan faktor persekitaran sebagai alasan terbabit dalam perkara mungkar sebaliknya salahkan diri sendiri kerana gagal mengawal nafsu. APAKAH agaknya reaksi anda apabila anak atau rakan sebaya menyuarakan hasrat berkahwin sedangkan pada masa sama, dia bergelut dengan tanggungjawab besar sebagai pelajar di menara gading? Adakah anda bersetuju atau menganggapnya tindakan luar jangkauan? Biarpun dipalit pelbagai tanggapan, hakikatnya budaya kahwin ketika belajar sudah lama berlaku di kalangan mahasiswa, malah ramai bertemu jodoh di kampus.
Bagaimanapun, ada beranggapan tindakan itu kurang bijak dan sengaja mengundang nahas kerana memperjudikan nasib dan masa depan yang masih samar.
Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr Melati Sumari berkata, mereka yang ingin berkahwin sewaktu belajar perlu berfikir sedalam-dalamnya selain tidak dikuasai emosi semata-mata.
Beliau berkata, perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat dan bukan keseronokan sementara hanya bagi memenuhi tuntutan biologi.
"Ia bukan keseronokan sementara atau tempat 'menayangkan' kehebatan kepada orang lain.
"Sedangkan mereka juga masih ditanggung ibu bapa, belum bekerja dan mampu menyara diri sepenuhnya, inikan pula mahu menanggung pasangan. Masyarakat menilai dari pelbagai perspektif menyeluruh manakala mahasiswa pula melihatnya dari sisi berbeza.
"Komitmen juga semakin tinggi di samping terpaksa membiasakan diri dengan suasana baru. Mahasiswa yang tidak kuat, pasti tersungkur dan akhirnya menamatkan pengajian semata-mata mahu melunaskan syarat pada awal pengajian," katanya.
| ||
| 16 Lelaki Rebut Gelaran 'The Perfect Gentlemen' Posted: 11 Jul 2011 09:04 PM PDT 16 finalis program pencarian lelaki sempurna The Perfect Gentlemen pada majlis pengumuman di Hotel Parkroyal, Jumaat lalu.KUALA LUMPUR: 16 lelaki daripada 467 calon awal telah disenaraikan untuk merebut peluang bergelar 'lelaki sempurna' dalam program pencarian lelaki The Perfect Gentlemen (TFG) di stesen televisyen ntv7 bermula 17 Julai ini. Menurut Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7, Lai Cheah Yee, program yang diilhamkan daripada idea dan konsep tempatan ini bertujuan untuk memaparkan sikap, karakter dan pesona lelaki Malaysia untuk bergelar seorang lelaki yang sempurna. "Kesemua 16 peserta akhir ini dipilih berdasarkan latar belakang dan profil yang berbeza, menarik dan kriteria tertentu. "Selain memiliki wajah yang kacak, mereka juga dipilih kerana karakter, kebijaksanaan, pesona dan bakat. Setiap peserta mempunyai kelainan dan kekuatan masing-masing," katanya yang ditemui pada pengumuman 16 finalis program itu di Hotel Parkroyal, di sini, Jumaat. Tambahnya, sebagai platform untuk mencari calon lelaki yang sempurna, tugasan mingguan itu juga bakal dilengkapi ujian komunikasi bagi menilai kemahiran peserta berkomunikasi dan bersosial. Pada setiap minggu, seorang peserta yang mendapat markah terendah akan disingkirkan oleh barisan juri yang dipilih mengikut kepakaran masing-masing dalam bidang-bidang berkaitan. Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7, Lai Cheah Yee"Pada setiap minggu, semua peserta akan diberikan tugasan mingguan yang merangkumi soal imej, etiket, memasak dan banyak lagi. "Kita mencari seorang lelaki yang serba boleh. Penilaian bukan saja pada aspek paras rupa dan penampilan, malah kebolehan dan kemampuan mereka melaksanakan tugasan mingguan juga diambil kira. "Mereka perlu melakukan tugasan itu sebaik mungkin dan meyakinkan juri pada setiap episod untuk mengelakkan daripada tersingkir," katanya. Para peserta TPG terdiri daripada Anson, 21, (Selangor), Chris, 21, (Kuala Lumpur), Wilson, 21, (Johor), Vicca, 20, (Kedah), Shyang Wen, 18, (Kuala Lumpur), Ivan, 28, (Selangor), Dennis, 41, (Selangor), Jake, 24, (Johor), John, 19, (Sabah), Ming Yang, 20, (Sarawak), Ryan, 21, (Melaka), Joel, 30 (Selangor), William, 27, (Johor), Fung, 21, (Selangor), Kong Jie, 21, (Sarawak) dan Gir Shen, 21, (Kuala Lumpur). Daripada 16 peserta ini, hanya enam saja finalis yang akan mara ke peringkat akhir TPG pada 9 Oktober depan. Pemenang TPG akan membawa hadiah dan wang tunai sebanyak RM200 ribu selain berpeluang untuk menceburi bidang lakonan dan pengacaraan selaku personaliti ntv7. Program yang dihoskan oleh pengacara Hoong Jia Hui ini akan bersiaran sebanyak 13 minggu bermula 17 Julai. Ia akan ke udara pada setiap Ahad pukul 6 petang di ntv7. Gelagat dan ragam para peserta ini juga boleh ditonton menerusi kapsul berdurasi dua minit bermula 11 Julai pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9.59 malam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi TPG di www.ntv7.com.my/theperfectgentlemen atau Facebook ntv7.perfectgentlemen. | ||
| Harper Seven Beckham Nama Anak Victoria Posted: 11 Jul 2011 09:00 PM PDT Pasangan bahagia ini dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan.SEPANJANG dalam tempoh hamil, beberapa nama telah disenaraikan untuk diberikan kepada bayi perempuan yang masih dalam kandungan Victoria Beckham. Malah nama Justina Bieber turut tersenarai sebagai nama anak keempat pemain bola sepak David Beckham. Bagaimanapun, Beckhem yang sangat teruja dengan kelahiran bayinya itu pada Ahad sempat menulis pada akaun Twitter miliknya. "Saya sangat bangga dan bahagia untuk mengumumkan kelahiran puteri kami yang diberi nama Harper Seven Beckham. Ia lahir pada 7.55 pagi tadi (Ahad) di Los Angeles," tulisnya. Tambah Beckhem, isterinya berada dalam keadaan sihat, manakala anak-anaknya yang lain sangat gembira menyambut kelahiran adik mereka itu. Seperti dipetik dari DailyMail, Harper, nama berkenaan adalah nama Inggeris kuno yang sangat disukai oleh Victoria manakala Seven pula merupakan nombor bertuah iaitu dilahirkan pada pukul tujuh pada bulan tujuh. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 08:24 PM PDT PENGARAH Mamat Khalid menegaskan, filem susulan Rock yang pernah mencuit hati peminat pada 2005 tidak akan dihasilkan seandainya pelakon utamanya, Que Haidar, enggan terbabit sama dalam judul terbabit. Berulang kali dia meluahkan kenyataan itu, membayangkan betapa harapannya begitu tinggi untuk melihat Que kembali memegang watak Amy Mat Piah. Maka tidak hairanlah, apabila baru sekarang kesinambungan filem berkenaan yang dihasilkan menggunakan Rock Ooo... dapat dibikin, walaupun skripnya sudah pun siap enam bulan selepas filem pertama selesai menjalani penggambaran. "Saya mengenalinya sebelum dia terbabit secara langsung di dalam dunia lakonan dan saya tahu kekuatan yang ada pada dirinya. Walaupun dia sudah hampir dua tahun tidak berlakon dan meninggalkan terus aktiviti seni, sudah tentu skil lakonannya merosot. Namun saya bersedia menempuh cabaran itu," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru arahannya itu di Ipoh, baru-baru ini. Menurut Mamat, cukup sukar untuknya mengembalikan semula sentuhan berbisa pelakon utamanya itu selepas hampir dua tahun tidak beraksi di depan kamera dan dia tidak berselindung menganggap Que seperti kayu apabila mula-mula berlakon semula. "Hari pertama, memang saya nampak dia begitu runsing apabila diminta berlakon, memang seperti kayu dan saya tidak menyalahkannya. Saya tahu jiwanya sangat rapuh dan saya harus menjaga seorang yang berjiwa rapuh agar tidak menekan dirinya. "Hari kedua dia menangis kerana masih tidak dapat mencari karakter, tetapi selepas mendapat kata-kata semangat daripada saya dan pelakon lain, alhamdulillah dia kembali mendapat jiwa lakonannya, malah boleh membawanya lebih baik daripada apa yang saya jangkakan," katanya. Biarpun tidak ramai yang menyedari kewujudan filem Rock sebelum ini, namun selepas filem itu disiarkan di televisyen tiga tahun yang lalu, maklum balas cukup positif diberikan masyarakat, lebih-lebih lagi ia ditunjangi pelakon berbakat besar seperti Que, Khir Rahman, Hasnol Rahmat dan ramai lagi. Kata Mamat, keseronokan bekerja apabila hajatnya untuk mengumpulkan kembali pelakon berjiwa besar berjaya disempurnakan dan menjadikan kerjanya lebih ringan. Apabila semuanya sudah berada di hadapan mata, kebebasan membentuk perwatakan terletak di tangan pelakon itu sendiri. "Saya berbangga dan berbesar hati apabila semua pelakon yang sudah saya bayangkan semuanya saya dapat. Mereka antara pelakon yang begitu serius di dalam bidang lakonan. "Apabila saya mengkelaskan mereka sebagai pelakon yang hebat, kerana mereka boleh melakonkan peranan komedi dengan baik, begitu juga mereka boleh melakonkan watak sedih dengan baik. Filem ini bukan saja cerita komedi tetapi pelbagai emosi wujud di dalamnya, walaupun 80 peratus daripadanya bersifat kelakar," katanya mengenai filem yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada pertengahan tahun 2012 itu. Pertaruhkan elemen hiburan HARAPAN menggunung Mamat terhadap filem ini bukan sekadar omong kosong, justeru pengalaman lalu yang mengajarnya mengenai segala hal dalam industri digunakan sebaik mungkin. Ketika yang sama, kejayaan dan kegagalan bukan lagi taruhan, tetapi kepuasan berkarya dan memberi hiburan kepada penonton adalah misi utamanya. "Saya semakin faham hala tuju industri filem tanah air dan sebab itu saya boleh nampak filem ini bakal berjaya apabila ia ditayangkan nanti. "Saya tidak pernah kecewa dengan filem saya, sebaliknya ia banyak mengajar saya. Jika penonton berubah selera, ia sesuatu yang sudah ditakdirkan, namun perlu diingatkan elemen hiburan yang ada di dalam filem ini sangat tinggi dan itulah taruhan saya," katanya. Kata Mamat, Rock Ooo... berdiri dengan sendirinya dan bagi peminat yang tidak pernah menonton Rock dulu, mereka masih boleh memahami keseluruhan cerita kali ini. Ia juga diselitkan dengan babak imbas kembali. Mamat cuba menyelami jiwa dan kemahuan remaja hari ini untuk dimasukkan di dalam filem terbabit. Ujar pengarah berkaliber ini, filem itu juga banyak menceritakan pengalaman remaja berbanding dengan filemnya sebelum ini. Kisah di dalam filem lalu sebenarnya tidak begitu mencukupi, namun penonton cukup meminati paparannya sebagai mengimbas kembali pelbagai kenangan lampau. "Jika saya ingin ketengahkan semua cerita rock ini, sebenarnya ia terlalu banyak, sebab itu jugalah saya tampil untuk sekual Rock Ooo... ini. "Filem kali ini begitu melonjak daripada skrip asal apabila banyak idea dan mood yang perlu kita ceritakan pada sekitar era 80-an lalu. Saya yang merasainya dan sepatutnya sayalah yang harus berkongsi apa yang kami pernah lalui dulu tanpa melupakan nilai hiburan yang perlu ada di dalamnya. "Penggambaran filem ini menjadi lebih baik daripada skrip yang saya buat dengan kehadiran pelakon hebat seperti Que sebagai Amy Mat Piah, disokong pula pelakon lain seperti Khir (Jijo), Soffi Jikan (Zul Kapan), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) dan Azmi Black (Mi Black). "Setiap frame sangat dititikberatkan untuk menjaga kualiti penghasilannya. Setiap filem harus berdiri kukuh untuk menuju ke zaman kegemilangan filem Melayu yang sebelum ini pernah kita rasai. Dengan pungutan filem yang cukup mengejutkan masa kini, saya rasa kita kini kembali menuju ke zaman kegemilangan filem Melayu," katanya yang mengadakan penggambaran filem itu di sekitar Taiping, Kuala Terong dan Ipoh. Sinopsis KESINAMBUNGAN bagaimana watak Amy Mat Piah (Que Haidar) untuk menggabungkan kembali kumpulan Rimba Bara setelah Zul Kapan, penyanyi utama mereka, dilamar oleh Luncai Emas untuk menghasilkan album Black Metal bersama kumpulan Malaikat Maut. Justeru beliau ingin menyatukan kembali Rimba Bara menjadi band yang popular. Semangat ahli kumpulan Rimba Bara dipupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibu kota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian untuk menjadi kumpulan rock terkenal di persada seni tanah air. Di dalam misi mereka itu pelbagai rintangan yang dihadapi dan akhirnya mereka berjaya memasuki ke Anugerah Juara Lagu 1989 bergandingan bahu dengan Search, Wings dan May. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 08:17 PM PDT Album terakhir bersama Ustaz Asri dipasarkan sebulan laluBIARPUN industri nasyid kini dilihat tidak serancak sedekad lalu serta kurang mendapat publisiti meluas, namun kumpulan Rabbani tetap berdiri teguh memperjuangkan muzik pegangan mereka, walaupun selepas dua tahun pemergian penyanyi utama, Mohamad Asri Ibrahim. Berbekalkan pesanan terakhir Allahyarham untuk meneruskan dakwah melalui nasyid, Rabbani kian melebarkan sayapnya bukan saja dalam industri hiburan bahkan dalam perniagaan. Kekal atau bubar sesebuah kumpulan itu di dalam industri muzik yang ada pasang surutnya bergantung kepada kekuatan anggotanya bagi meneruskan muzik mereka tersendiri. "Industri nasyid kini kian malap, tetapi kami masih kuat berdiri serta menerima banyak tawaran persembahan dan yang terbaru, untuk konsert Anna For Gaza pada 30 Julai ini di Stadium Kajang, bergandingan dengan beberapa artis lain. "Kami tahu genre yang kami bawa takkan mampu bertahan lama dalam industri ini kerana muzik ada musimnya. Jadi bagi meneruskan matlamat perjuangan kami, pelbagai aktiviti lain kami turut lakukan termasuk terbabit dalam perniagaan," kata anggotanya yang juga Pengarah Komunikasi Korporat Rabbani Productions (M) Sdn Bhd, Azadan Abd Aziz. Selepas pemergian Asri, Rabbani mengambil masa hampir dua tahun untuk bangkit semula dengan tiga produk baru ketika bersama Allahyarham yang tertangguh pengeluarannya, iaitu album kompilasi Ketika Cinta, Maulaya dan DVD konsert Maulidur Rasul. Album Maulaya yang dirakamkan sepenuhnya di Kuwait empat tahun lalu itu baru dipasarkan di kedai muzik tempatan sebulan yang lalu. Buah tangan yang memuatkan tujuh lagu dalam bahasa Arab itu ialah album terakhir Allahyarham bersama Rabbani, manakala album kompilasi, Ketika Cinta pula menghimpunkan lagu popular Rabbani, Raihan dan Nowseeheart. "Album ini dibuat susunan semula dari segi lagu dan muzik, mengikut kesesuaian vokal Allahyarham, termasuk lagu Ketika Cinta Bertasbih yang dirakam sendiri oleh Allahyarham. "Setelah ketiadaan Allahyarham, kami gagahkan diri untuk bangun semula dan mengambil masa yang panjang untuk mengembangkan apa yang kami usahakan selama ini," katanya. Mula menghasilkan produk minuman sendiri, Rabbani Cafe, sejak tiga tahun lalu, jenama Rabbani kini kian pesat membangun dengan kewujudan Rabbani Travel and Tours Sdn Bhd dan Rabbani Wedding Planner. Bermula daripada satu fasa ke peringkat yang membanggakan, Rabbani turut memberanikan diri dalam menceburi bidang pelaburan emas melalui Rabbani Dinar Emas kira-kira sebulan lalu. Enggan menyerah kalah MASIH menjadikan muzik sebagai tunjang utama penubuhan Rabbani, kumpulan yang dianggotai lapan lelaki ini ingin terus bertapak dalam industri muzik tempatan bersama kumpulan nasyid lain yang tidak pernah tunduk kepada cabaran semasa. "Kami tahu muzik kini mula mengalami perubahan dan peredaran mengikut keperluan pendengar, tetapi kami yakin suatu hari nanti industri muzik nasyid akan kembali seperti kegemilangan era nasyid dulu. "Dengan kekuatan yang ada kami akan meneruskan perjuangan nasyid agar ia tidak luput, bahkan di luar sana nyata masih ramai peminat serta banyak permintaan terhadap lagu-lagu nasyid yang kami bawa," jelasnya. Menganggap industri muzik mempunyai turun naiknya, Rabbani masih mampu mengukuhkan jenamanya melalui bidang lain yang masih banyak untuk diterokai. Melalui syarikat itu juga, Rabbani mempelbagaikan aktiviti seperti pengurusan pameran, pentas dan persembahan, membekal bahan bacaan dan alat bantuan mengajar, perkhidmatan media cetak dan elektronik, perkhidmatan audio visual dan sistem lampu, percetakan baju T dan cenderahati serta kaunseling. "Kami ingin pelbagaikan perniagaan dan tidak tertumpu kepada satu bidang saja kerana banyak lagi peluang yang perlu diterokai di samping mengekalkan muzik yang kami perjuangkan ini. Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihan kami, Rabbani kini tidak dilupakan peminat meskipun menerusi cara perniagaan. "Insya-Allah, kami juga akan menghasilkan album terbaru. Cuma masanya belum ditentukan apatah lagi album Maulaya masih baru di pasaran walaupun ia pada hakikatnya sudah lama dihasilkan," katanya. Walaupun sibuk mengendalikan perniagaan, Rabbani menerima setiap tawaran persembahan yang datang untuk terus kekal bertapak dalam industri hiburan biarpun muzik nasyid kini kian dilupakan. | ||
| Kenderaan recond ada kelebihan Posted: 11 Jul 2011 08:16 PM PDT
EKONOMI negara yang semakin berkembang dari tahun ke tahun turut menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap pelbagai produk. Antaranya ialah sektor automotif dalam bidang perindustrian. Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, rakyat negara ini mempunyai bermacam-macam model untuk dipilih sesuai dengan cita rasa dan kemampuan. Sudah tentu kereta nasional seperti Proton, Perodua dan Naza mendahului senarai dari segi jumlah jualan. Namun, itu tidak bermakna kereta-kereta import sama ada yang dipasangkan di negara ini (CKD) atau unit diimport sepenuhnya (CBU), kurang permintaannya. Tetapi ada satu lagi kategori kereta import yang digemari rakyat negara ini terutama yang membabitkan jenama mewah. Ia dikenali sebagai kereta recond, iaitu kereta terpakai di luar negara terutama Jepun dan Eropah yang telah dibaik pulih dan diimport untuk pasaran negara ini. Mengulas trend kenderaan recond pada masa kini Pengarah Operasi Kumpulaniaga Mahmud Taib Sdn. Bhd. (KNMT) iaitu syarikat penjual dan pemegang permit import (AP), Shazwann Osman berkata, tiga model yang paling digemari di negara ini adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran Toyota dari model Estima, Alphard dan Vellfire. Ia diminati kerana kapasiti kabin yang luas untuk kemudahan pejabat dan keluarga. Model itu katanya, merupakan yang mendapat permintaan tinggi selain jenama-jenama mewah lain termasuk Mercedes, BMW, Lexus, Mazda, Honda, Hummer dan sebagainya. Kelebihan kereta recond terutama dari jenama mewah ialah harganya lebih rendah berbanding kereta baru. Mengenai persepsi negatif terhadap kereta recond, Shazwann berkata, para pembeli tidak perlu bimbang kerana syarikat yang bertanggungjawab selalunya akan memastikan hanya membawa masuk kenderaan yang berada dalam keadaan terbaik. "Bagi setiap kenderaan yang dibawa masuk dari Jepun, kita akan pastikan setiap unit melalui pemeriksaan yang teliti dan mempunyai sijil pengiktirafan dari negara itu. "Pembeli juga tidak perlu bimbang mengenai pengubahsuaian yang dilakukan kerana kelulusan dibuat mengikut kesesuaian dan undang-undang di negara ini," katanya. Selain itu katanya, tiga penyelenggaraan asas akan dilakukan ke atas kenderaan terbabit sebelum diserahkan kepada pelanggan. "Tiga penyelenggaraan itu ialah penukaran pad brek, minyak enjin dan minyak kotak gear," jelasnya. Selain itu, kenderaan tersebut juga tetap ada jaminan tersendiri. Kata Shazwann, jaminan terakhir bagi setiap kenderaan recond yang diguna pakai di Jepun antara tempoh satu hingga lima tahun (maksimum) bagi pembelian selama enam bulan. Sementara itu Shazwann berkata, pihaknya juga berusaha sedaya upaya untuk memendekkan tempoh pelanggan menunggu. Pembelian kenderaan jenis itu menurutnya mengambil masa kira-kira dua minggu jika stok ada dalam simpanan. Manakala untuk tempahan khas, proses mengambil masa sehingga sebulan setengah. "Harga bagi setiap unit kereta recond ditetapkan mengikut usia, spesifikasi dan aksesori. Untuk mendapatkan aksesori tertentu dari Jepun, pelanggan boleh berbincang dengan jurujual," ujarnya. Tetapi yang nyata, kereta recond tetap mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 08:16 PM PDT
MEMILIKI tubuh dipenuhi bulu roma yang lebat mungkin menimbulkan rasa yang tidak selesa bagi sesetengah orang. Tambahan pula bagi mereka yang gemar berfesyen, timbul rasa malu atau tidak selesa jika ingin menggenakan pakaian yang menonjolkan bahagian betis atau lengan. Bagaimanapun masalah ini boleh diatasi jika berkunjung ke Butik HoneyPot Wax yang menawarkan kaedah rawatan pembuangan bulu roma dengan menggunakan salutan lilin. Cara ini bukan sahaja mudah, cepat dan bersih malah tidak menyakitkan. Penasihat Honeypot, Ow Shin Yann, berkata, proses ini boleh dilakukan pada seluruh badan sama ada wanita mahu pun lelaki. Rawatan bermula dengan membersihkan bahagian anggota badan yang terbabit seperti betis, lengan, bawah lengan, muka dan sebagainya. Sebelum lilin cair khas yang diimport dari Australia disapu pada bahagian tersebut, ahli terapi akan menganalisis bulu roma berkenaan kerana panjangnya mestilah sekurang-kurangnya 0.5 meter. Sebelum lilin yang agak suam itu kering, sehelai kertas khas ditekap ke atasnya dan dibiarkan beberapa saat sebelum ditarik pada kadar yang pantas dalam tempoh beberapa saat. "Proses ini tidak begitu menyakitkan malah di sesetengah anggota badan ia tidak terasa langsung. "Kesemua ahli terapi kami adalah terlatih dan amat mengutamakan standard kebersihan yang tinggi termasuk menggunakan sarung tangan dan spatula pakai buang," katanya pada majlis pelancaran Butik terbaru HoneyPot Wax di pusat beli-belah One Utama, di Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Butik ini menyediakan empat bilik rawatan untuk wanita dan lelaki. Untuk rawatan salutan lilin pada badan dan muka ini pula ditawarkan dengan harga dari serendah RM12 hingga RM280. | ||
| Khasiat makanan untuk warga emas Posted: 11 Jul 2011 08:15 PM PDT
BERSYUKURLAH jika anda masih berselera untuk makan. Biasanya seseorang itu akan mula menghadapi masalah tidak berselera makan apabila mula menginjak usia tua. Ia juga berlaku ke atas seseorang yang disahkan menghidap penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung dan sebagainya. Lebih teruk apabila pesakit sudah tidak mampu untuk menelan makanan atau pun air. Pada ketika ini bukan sahaja selera makan berkurangan malah perbuatan yang mudah seperti menyuap makanan ke mulut, mengunyah dan menelan telah menjadi satu perkara yang sukar untuk dilakukan oleh pesakit. Pengurus Perhubungan Perubatan Pemakanan Wyeth, Dr. Shree Jacob berkata, biasanya penurunan selera makan akan berlaku ke atas individu yang berusia 65 tahun ke atas. Sehingga kini, katanya, perangkaan di Malaysia pada tahun 2009 menunjukkan lebih 1. 28 juta atau 4.71 peratus daripada populasi penduduk adalah terdiri daripada golongan tua. ''Pada usia ini deria rasa, menghidu, penglihatan dan percakapan orang tua akan menjadi semakin lemah,'' katanya. Selain itu, katanya, air liur yang berkurangan, pereputan gigi dan pemakaian gigi palsu juga menjadi punca selera makan berkurangan. ''Pada masa ini juga orang tua akan menghadapi masalah gastrousus iaitu berkaitan dengan penghadaman dan penyerapan makanan yang boleh menyebabkan masalah sembelit,'' katanya. Sehubungan itu, kata Dr. Shree, pemakanan tambahan amat diperlukan oleh golongan ini untuk mendapatkan tenaga, protein dan juga mikronutrien. ''Ini menunjukkan pentingnya penambahbaikan dalam pemakanan supaya dapat memperbaiki lagi kualiti kehidupan,'' katanya. Namun katanya, keperluan makanan tambahan ini berbeza mengikut kumpulan iaitu bagi orang tua memerlukan penghidratan yang mencukupi, kandungan fiber yang tinggi dan nilai pemakanan. ''Keperluan bagi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung pula berbeza kerana mungkin baharu selesai menjalani rawatan kimoterapi atau pembedahan yang memerlukan tahap pemakanan yang berbeza,'' katanya. Menurut beliau, golongan ini digalakkan mengambil makanan yang kurang lemak atau rendah kolesterol tetapi perlu dibanyakkan pengambilan protein, vitamin dan garam galian. Biasanya, cara memberikan makanan kepada golongan ini boleh dilakukan dengan cara menyuapkan ke mulut pesakit atau melalui tiub makanan. Katanya, sekalipun dengan menyuap makanan ke mulut pesakit akan mengambil masa tetapi ia sebenarnya dapat menyokong secara fizikal dan pemulihan psikologi. ''Seringkali juga berlaku salah faham di kalangan penjaga di mana akan memberikan pesakit dengan makanan yang lembut, senang ditelan dan selalunya dimasak dengan begitu lama,'' kata Dr. Shree. Beliau berkata, ia bukanlah satu penyelesaian yang betul kerana kebanyakan nilai pemakanan di dalam makanan termusnah dalam proses itu. Berikutan itu baru-baru ini Wyeth Nutrition telah menyumbangkan lebih 100 tin Enercal Plus kepada Persatuan Hopsis Kasih (KHCS) di Petaling Jaya, Selangor, sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya. Wyeth Enercal Plus adalah makanan tambahan berkhasiat yang membekalkan 1.5 kkal/ml kalori dan menyediakan 100 peratus Cadangan Pengambilan Nutrien Malaysia (MRNI) untuk protein, vitamin dan mineral di dalam empat hidangan. Sumbangan Wyeth disampaikan oleh Pengurus Besarnya bagi Malaysia, Singapura, Brunei dan Vietnam, Michaeal Toh kepada Naib Presiden KHCS, Dr. Siow Chih Peng. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 08:14 PM PDT ![]() Baljit Singh Sidhu (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan buku daripada Jawatankuasa Peguam Amalan Jenayah Kuala Lumpur kepada Narander Singh di Penjara Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pepatah Melayu yang luas maknanya ini termasuk dalam hal-hal menimba ilmu. Sememangnya menimba ilmu adalah hak untuk semua insan walau di mana saja waima kepada penghuni penjara juga - segalanya bergantung kepada kemahuan dan usaha. Dalam usaha memupuk semangat tersebut Jawatankuasa Peguam Amalan Jenayah Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyerahkan 3,000 buah buku dan majalah kepada Penjara Sungai Buloh. Kesemua buku tersebut akan ditempatkan di perpustakaan penjara untuk kegunaan penghuninya sekali gus membantu mencetuskan keinginan untuk mencari ilmu di kalangan banduan. Menurut Pengarah Penjara Sungai Buloh, Timbalan Komisioner Penjara Narander Singh, kempen tersebut telah dilaksanakan selama sebulan bermula 25 April hingga 25 Mei lalu. Ia bertujuan untuk membina minda di kalangan banduan-banduan selain mengisi masa lapang yang terluang. "Kempen ini walaupun telah berakhir kami masih mengalukan-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan bahan bacaan untuk Penjara Sungai Buloh. "Walaupun kempen ini merupakan kali pertama dianjurkan, kami amat berharap agar ia merupakan satu kempen yang berterusan agar setiap banduan mendapat manfaat. "Secara tidak langsung, bahan bacaan yang disumbangkan dapat menjadikan banduan-banduan di setiap penjara seorang yang berilmu," ujarnya ketika ditemui pada majlis penyerahan buku dan majalah di Penjara Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Peguam Amalan Jenayah, Datuk Baljit Singh Sidhu, ketika ditemui berkata, kempen tersebut selain dianjurkan oleh pihaknya, ia turut mendapat kerjasama Karangkraf, Hotel Maluri, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Xixili Intima Sdn. Bhd. dan banyak lagi. Tambah beliau, apa yang dilakukan adalah usaha untuk membantu banduan-banduan membaiki diri di samping menjadi warga yang berguna. Katanya lagi, kempen tersebut merupakan langkah awal pihaknya membantu warga penjara dan selepas ini kempen tersebut akan dikembangkan. "Untuk Penjara Sungai Buloh ini, kami berjaya mengumpul lebih 3,000 buah buku dan majalah. Kempen sebegini merupakan satu kempen bersama di mana ia adalah usaha murni masyarakat setempat untuk membantu mereka yang memerlukan. "Kami akan meneruskan lagi kempen ini pada masa akan datang dan memastikan ia tidak hanya terhenti setakat ini sahaja," katanya. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 08:13 PM PDT AL-QURAN merupakan kitab suci yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW lebih 14 abad yang lalu. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Kandungannya tidak berubah sehingga akhir zaman kerana Allah telah berjanji untuk memelihara kitab agung itu sehingga hari kiamat iaitu antaranya dengan meletakkannya di dalam hati-hati orang yang menghafal al-Quran. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr: 9) Al-Quran merupakan mukjizat teragung untuk dipelajari, dijadikan panduan dan diamalkan seluruh umat manusia kerana ia lebih tinggi daripada apa yang dibayangkan oleh manusia. Isi kandungannya dapat menyelesaikan setiap masalah kehidupan yang ada di dunia ini bagi sesiapa yang ingin mengambil pengajaran dan pelajaran daripadanya. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarkannya. (riwayat Bukhari dan Muslim). Berdasarkan kepentingan dan kemuliaan tertinggi kepada golongan pencinta al-Quran itu, maka usaha-usaha dan bentuk galakan harus diberi kepada masyarakat Islam negara ini agar mereka mencintai al-Quran sekali gus dijadikan panduan untuk melayari kehidupan di dunia. Oleh itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memulakan langkah ke arah matlamat itu dengan memperkenalkan skim bantuan galakan hafazan al-Quran. Ia bertujuan menggalakkan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan mencintai al-Quran. Skim yang diperkenalkan sejak tahun 2007 itu ternyata berjaya memberi semangat dan dorongan kepada masyarakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menghafal al-Quran dengan menyaksikan peningkatan penyertaan tahun demi tahun. Bermula hanya 400 penyertaan yang layak menerima bantuan itu pada tahun 2007, jumlah itu meningkat seramai 104 pada tahun berikutnya manakala tahun 2009 menyaksikan pertambahan kepada 128 penerima dan meningkat kepada 114 penerima tahun lalu. Pertambahan jumlah penyertaan itu sekali gus meningkatkan jumlah peruntukan bantuan yang dikeluarkan MAIWP. Pada tahun 2007, majlis itu hanya mengeluarkan dana berjumlah RM44,000; RM295,000 (2008), RM427,000 (2009) dan RM428,500 (2010). Sebagaimana amalan pada tahun-tahun sebelum ini, bantuan diberi kepada mereka yang berjaya melepasi sesi ujian pendengaran bacaan yang diperdengarkan kepada sebuah jawatankuasa ujian. Ia dipengerusikan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad. Pada tahun ini, seramai 159 penghafal al-Quran layak menerima bantuan itu berjumlah RM336,250. Daripada jumlah itu, sebanyak RM27,500 diagihkan kepada 44 penerima mengikut kategori satu hingga 5 juzuk; satu hingga 10 juzuk (RM50,000 untuk 40 orang), satu hingga 20 juzuk (RM45,000 untuk 18 orang) dan satu hingga 30 juzuk (RM213,750 untuk 57 orang). Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Majlis Penyampaian Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran dan Agihan Zakat Baitulmal MAIWP 2011 di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini. Skim bantuan lain yang diagihkan MAIWP adalah skim bantuan perubatan berjumlah RM5.3 juta kepada 550 penerima; skim bantuan deposit teksi (RM2.1 juta kepada 420 penerima) dan skim bantuan musibah (RM334,450 kepada 333 penerima). Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr. Muhammad Yamin Ismail. Terdahulu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata, selain memartabatkan al-Quran itu sendiri agar terus terpelihara dan tersebarnya syiar Islam dengan lahirnya para huffaz, skim itu juga sebagai meringankan beban penerima bantuan untuk menjalani kehidupan mereka. Kepada para huffaz juga diingatkan agar matlamat menghafal al-Quran bukanlah semata-mata untuk mendapatkan bantuan, namun ciptalah sesuatu agar ia memberi manfaat kepada seluruh umat Islam. Para penghafal al-Quran merupakan golongan istimewa yang diangkat kemuliaannya dan diberi ganjaran terbaik di dunia mahu pun akhirat. Mereka merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT. Ia dibuktikan melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya: "Siapakah mereka ya Rasulullah?" Jawab baginda: "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya". (riwayat Ibnu Majah). Kaum kerabat golongan pencinta al-Quran ini juga turut diangkat kemuliaannya di sisi Allah sebagaimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud: l Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini". (riwayat Ahmad dan Abu Daud). l Barang siapa membaca al-Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka. (riwayat Tirmizi). Penghafal al-Quran termasuk mereka yang hanya membaca ayat suci itu layak mendapat bonus berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagai mananya. Aku tidak kata bahawa "alif laam mim" itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf. (riwayat Tarmizi). Al-Quran mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di dalamnya. Banyak rahsia yang terkandung di dalamnya telah diterokai sehingga kini. Begitulah kelebihan yang ada pada al-Quran, tetapi tidak ramai manusia yang ingin mengambilnya sebagai wasilah kehidupan. Rugilah orang yang tidak ada al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah SAW. menganggap orang yang tidak membaca al-Quran dan tidak menghafalnya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya adalah orang yang sangat rugi seperti rumah buruk yang hampir runtuh. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh". (riwayat Tirmizi) Bagaimanapun, masyarakat kita kini telah sedar akan kelebihan menghafal al-Quran. Ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat hafazan atau sekolah-sekolah tahfiz al-Quran yang kini terdapat di seluruh negara. Maka tidak hairanlah, sudah beribu-ribu para penghafal al-Quran dilahirkan di negara ini sama ada mereka menghafal secara sendiri, mengikut kelas hafalan atau produk daripada pusat pengajian kerajaan mahu pun swasta. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 08:12 PM PDT
USIA muda jangan diabaikan begitu sahaja. Sebaliknya, ia perlu digunakan sebaik mungkin untuk menimba ilmu pengetahuan bagi kebahagiaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Demikian antara nasihat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir kepada kumpulan pelajar di Semporna, Sabah, baru-baru ini. Institusi yang menerima kunjungan Yadim adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Sakaran dan Madrasah Inabah di Kampung Semporna. "Para pelajar harus meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jangan melupakan jasa dan peluang yang disediakan oleh kerajaan memberi pendidikan kepada mereka," katanya. Aziz Jamaludin berkata demikian di hadapan 300 guru dan pelajar SMKA Tun Sakaran. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Yadim kepada 21 pelajar yang kurang berkemampuan. Turut hadir ialah Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Tun Sakaran Dandai dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Seri Nasir Sakaran. Ziarah itu diadakan sempena mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim di Sipadan Mabul Resort, Pulau Mabul, Semporna. Semasa mengunjungi Madrasah Ibanah, Aziz Jamaludin turut menyampaikan sumbangan RM1,000 daripada Yadim dan juga sumbangan peribadi Datuk Taip Ali sebanyak RM4,000 kepada madrasah itu. Madrasah yang menempatkan kira-kira 200 pelajar dan guru itu mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Ini termasuk dewan, surau, kelas dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sementara itu, Sakaran merakamkan penghargaan di atas kesudian Yadim menziarahi kedua-dua sekolah tersebut. Katanya, kunjungan itu diharap dapat menyuntik semangat kepada para pelajar untuk meningkatkan usaha menimba ilmu pengetahuan. "Selain itu, kunjungan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan Yadim, USIA dan penduduk Islam di Semporna dan Sabah amnya," tambah beliau. Menyedari kepentingan menyampaikan ilmu walaupun satu ayat, diadakan kuliah maghrib di Masjid Daerah Semporna. Kuliah disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga ahli ALPA Yadim, Prof. Dr. Idris Zakaria. Yadim mempunyai pejabat Zon Sabah yang terletak di Lot E-4-7 & E-4-8, Tingkat 4 Plaza Tanjung Aru, Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 08:11 PM PDT
KUALA LUMPUR 11 Julai - Jabatan Perkhidmatan Awam bercadang menaikkan taraf institusi latihan awam (ILA) kepada institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memberi peluang penjawat awam meneruskan pengajian dan meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bagaimanapun berkata, sebelum cadangan itu direalisasikan, beberapa penstrukturan semula ILA akan dilakukan bagi mewujudkan sebuah pentadbiran kewangan yang cekap dan berkesan supaya kursus di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) juga dapat ditawarkan di institusi tersebut. "Bilangan ILA sangat banyak iaitu 364 buah di seluruh negara menyebabkan pelbagai masalah pada pihak kami dan institusi itu sendiri. "Justeru, sudah tiba masanya ia dikurangkan dan kluster-kluster bersesuaian disusun serta ditempatkan pada kedudukan yang lebih strategik," katanya kepada pemberita pada majlis Wacana Eksklusif Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Intan, Dr. Aminuddin Hassim. Misalnya, jelas Abu Bakar, sekiranya kumpulan penjawat awam itu berada di Sabah atau Sarawak, mereka tidak perlu datang ke Semenanjung semata-mata untuk berkursus, sebaliknya tenaga pengajar akan pergi ke negeri tersebut. "Ini akan menjimatkan kos pengangkutan serta meningkatkan keberkesanan modul latihan tersebut," ujarnya. Kata beliau, penyusunan modul latihan turut akan dilakukan supaya ia memberi kesan kepada golongan itu kerana sebelum ini terdapat banyak rungutan mengatakan modul yang dijalankan institusi tersebut membosankan dan tidak berkesan. Tambah Abu Bakar, tenaga pengajar sebagai pendukung agenda transformasi golongan itu turut akan menggunakan teknik pengajaran yang lebih kreatif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. "Ini adalah hala tujunya, cadangan tersebut dapat direalisasikan melalui penjimatan dan keberkesanan operasi yang mampu menjana dana yang cukup tanpa perlu peruntukan yang lebih daripada kerajaan," kata beliau. Sebelum itu, pada ucapannya, Abu Bakar menyeru semua pengurusan institusi tersebut supaya memikirkan pendekatan terbaik bagi mengekalkan jaringan kerjasama antara satu sama lain serta meningkatkan budaya kerja perkhidmatan awam sejajar kemahuan rakyat. "Peranan ILA sebagai jentera perubahan dalam bidang latihan dan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) memerlukan perancangan dan perlaksanaan cekap oleh institusi itu demi menjayakan agenda yang dirancang kerajaan," jelasnya. | ||
| KPT tunggu senarai nama mahasiswa terlibat Posted: 11 Jul 2011 08:10 PM PDT ![]() MOHAMED Khaled Nordin (belakang, tengah) dan Sahol Hamid Abu Bakar bergambar bersama pasukan bola sepak UiTM yang menjuarai Kejohanan Liga Bola Sepak IPT2011 selepas menewaskan pasukan Kolej Komuniti Kedah dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 11 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan mahasiswa dalam perhimpunan haram yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selepas menerima laporan pihak polis, pihaknya akan menyerahkannya kepada universiti yang terlibat untuk tindakan selanjutnya. "Buat masa ini kementerian masih menanti senarai nama mahasiswa yang terlibat daripada polis untuk diserahkan kepada pihak universiti. "Setelah pihak universiti menerima senarai nama berkenaan, terpulanglah kepada mereka untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini. Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Beliau mengulas mengenai penglibatan mahasiswa dalam perhimpunan haram Sabtu lalu yang telah menggugat ketenteraman awam. Sementara itu, Mohamed Khaled tidak menolak kemungkinan mahasiswa yang dikesan menyertai perhimpunan haram itu akan dikenakan tindakan tegas termasuk menghadapi risiko dibuang universiti. "Kita akan lihat dulu dan jika terbukti mereka terlibat, pihak universiti boleh mengenakan tindakan tegas kepada mereka," jelasnya. | ||
| Revolusi DiGiMusic Play bersama Sony Ericsson Posted: 11 Jul 2011 08:07 PM PDT
BERMULA dengan pelancaran aplikasi DiGi Music Play untuk iPhone pada 2010, DiGi terus mengorak langkah memperluaskan perkhidmatan itu untuk platform Android dan BlackBerry pula. Sejak diperkenalkan, seramai 60,000 pengguna rangkaian telekomunikasi DiGi telah menikmati servis berkenaan dengan jumlah 800,000 buah lagu telah pun dimuat turun. Meneruskan kecemerlangan itu, DiGi baru-baru ini tampil membawa revolusi pada aplikasi DiGiMusic Play menerusi pengenalan beberapa pembaharuan. Antaranya seperti integrasi bersama telefon bimbit pintar versi Android 2.3 (Gingerbread) dan BlackBerry yang mengaplikasi platform sistem operasi OS 6. Di samping itu, perkhidmatan DiGiMusic Play juga kini tersedia bersama koleksi 500,000 buah lagu untuk dimuat turun. Daripada segi kesan bunyi pula, kualiti kesemua fail lagu telah pun dipertingkatkan daripada 88 kilobit sesaat (kbps) kepada 128 kbps. Menurut Ketua Internet Mobiliti dan Perkhidmatan Data Termaju DiGi, Praveen Rajan, pihaknya akan terus membawa aplikasi DiGiMusic Play ke peringkat terbaik pada masa akan datang. ''Tujuannya adalah untuk memastikan para pengguna rangkaian DiGi dapat menikmati pengalaman muzik terbaik tanpa batasan. ''Antara yang kita sedang usahakan adalah untuk mencari peranti komunikasi hiburan yang bersesuai dengan kehendak pengguna. ''Pihak DiGi juga akan mengenalpasti rakan niaga yang berpotensi serta mempunyai sinergi ke arah pembangunan muzik untuk mencipta jalinan kerjasama,' katanya pada majlis pelancaran kerjasama eksklusif DiGiMusic Play bersama Sony Ericsson di Kuala Lumpur baru-baru ini. Melengkapkan tujuan itu, DiGi kini menawarkan telefon bimbit pintar Sony Ericsson W8 Walkman merah berkilat bernilai RM799 hanya pada harga RM99 dengan setiap langganan pelan pasca bayar DiGi DG Smart 68 selama 24 bulan. Untuk jangka masa terhad, setiap langganan pakej tersebut bersama telefon bimbit pintar Walkman Android pertama dunia itu melayakkan pelanggan menerima satu unit pembesar suara stereo mudah alih MS450 berwarna merah berkilat. Untuk kemudahan akses DiGiMusic Play, aplikasi itu telah tersedia secara pra muat turun pada setiap peranti Sony Ericsson W8 Walkman dengan langganan 12 bulan perkhidmatan muzik akan diberikan secara percuma. Bagi pengguna pra bayar pula, mereka akan menerima pek permulaan DiGi Pra Bayar berharga RM16.80 dengan nilai masa berbual RM8 serta kad tambah nilai RM50 secara percuma apabila mereka membeli telefon bimbit itu dengan harga RM799. Maklumat lanjut mengenai tawaran serta pakej yang ditawarkan, sila layari laman web www.digi.com.my. | ||
| Faizal pernah diugut ah long, pengedar dadah Posted: 11 Jul 2011 08:06 PM PDT
Kali pertama berjumpa dengan calon Gaya Polis kali ini pada satu sidang akhbar berkaitan kejayaan pasukan itu menumpaskan sindiket pengedaran antarabangsa warga Nigeria di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Umpama kawan lama, penulis bertegur sapa dan berborak dengan Inspektor Mohd. Faizal Amir berusia 25 tahun. Selepas itu, penulis kerap menemui beliau dalam beberapa sidang akhbar di IPD Petaling Jaya dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa beliau antara pegawai penyiasat (IO) muda IPD PJ yang mempunyai semangat kental dan berdedikasi. Baru-baru ini, setelah beberapa minggu mengatur temu janji, akhirnya penulis dan Faizal bertemu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD PJ di Menara Choy Fook On di Petaling Jaya. Jelas Faizal, dalam menjalankan siasatan sesuatu kes, seorang pegawai perlu berfikiran ke hadapan selain sentiasa menyediakan bukti barang kes yang mencukupi. Jelas anak ke-dua dari empat beradik itu, sepanjang menjadi IO Bahagian BSJN di IPD PJ, rata-rata dia telah diberi tanggungjawab untuk menyiasat kira-kira 300 kertas siasatan. "Separuh daripada kertas siasatan itu telah berjaya dibawa ke muka pengadilan dan suspek telah dihukum mengikut kesalahan masing-masing. "Sebagai seorang IO, apabila sesuatu kertas siasatan diberikan kepada mereka, ketepatan siasatan dan bukti perlu seiring bagi menentukan pelaku terbabit benar-benar bersalah," katanya yang menanam minat sejak kecil untuk menyertai pasukan polis. Tambah Faizal, tugas selaku IO adalah tidak sama dengan anggota atau pegawai yang menjalankan operasi tangkapan. Jelas anak kelahiran Pulau Pinang itu lagi, selaku IO, beliau akan menjalankan siasatan kes berkenaan dari awal hingga ke akhir. "Kalau sesuatu operasi dilakukan, IO di BSJN terbabit tidak terlibat secara langsung dalam serbuan tersebut. "Namun, mereka bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan tempat kejadian, tempoh aktiviti, menemuramah saksi-saksi dan sebagainya," katanya yang gemar meluangkan masa berkaraoke ketika masa lapang. Cabaran Sepanjang dua tahun menjadi IO di IPD PJ, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi Faizal dalam menjalankan siasatan sesuatu kes. Jelas beliau, antaranya melibatkan tangkapan warga asing iaitu Nigeria, Iran dan Myanmar yang sinonim dengan sindiket pengedaran dadah di negara ini. Faizal berkata, kekangan bahasa untuk tujuan soal siasat adalah perkara utama yang dihadapi beliau dan beberapa rakan IO yang lain. "Siasatan perlu diteruskan dan selalunya tempoh tahanan reman akan diminta empat ke tujuh hari dari tempoh tangkapan. "Oleh itu, selaku IO, kami perlu melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada DPP untuk tindakan selanjutnya. "Bagi kes-kes sedemikian, saya akan menggunakan khidmat jurubahasa dalam menyoal siasat kesemua suspek warga asing ini," katanya meneruskan bicara. Selain kekangan masalah bahasa, Faizal memberitahu, kerjasama yang diberikan oleh warga asing tidak memuaskan. Katanya, ini kerana penglibatan mereka dengan sindiket antarabangsa hingga menyukarkan mereka memberi kerjasama kepada pihak polis. Jelas Faizal, mereka seolah-olah ingin melindungi ketua sindiket yang 'membiayai' kehidupan mewah di negara ini. "Jika dilihat kebanyakan mereka akan tinggal di pangsapuri mewah yang dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih bagi mengaburi pihak berkuasa. Bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga," katanya. Dalam pada itu, Faizal memberitahu, sejak menyarung pakaian Polis Diraja Malaysia (PDRM) beliau sudah bersedia dengan risiko yang bakal dihadapi. Menceritakan lanjut, Faizal berkata, beliau pernah menerima ugutan dari beberapa ah long dan ketua sindiket pengedaran dadah tempatan ketika beliau melakukan siasatan kes berkenaan. "Satu tangkapan dibuat awal tahun ini ke atas dua adik beradik di Petaling Jaya, Ketika melakukan soal siasat ke atas jirannya, saya ada dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali supaya tidak meneruskan siasatan kes berkenaan. "Bukan setakat itu, jiran yang saya soal siasat itu juga ada menghubungi saya dan memberitahu terdapat sekumpulan individu datang ke rumahnya memberi amaran agar dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak polis. "Namun, saya anggap semua ini sebagai cabaran dan risiko menjadi warga PDRM," katanya yang menggemari sukan bola sepak. | ||
| Posted: 11 Jul 2011 08:05 PM PDT
KEPUTUSAN yang diambil oleh pelakon hebat ini untuk bersara dari dunia lakonan sejak dua tahun lalu memang mengejutkan ramai pihak. Ketika namanya berada di puncak dan belum puas menikmati kehidupan sebagai seorang aktor ternama, secara tiba-tiba Que Haidar mengambil keputusan drastik seperti itu. Pelbagai tanggapan negatif mula timbul dan sudah pasti salah satunya apabila nama isterinya, Linda Jasmine Hashim dikaitkan sebagai punca segala-galanya. Secara tidak langsung, ramai menganggap Linda telah mengongkong Que selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009. Apabila dapat bertemu dengan Que sewaktu menghadiri majlis pelancaran dan meninjau lokasi penggambaran filem Rock Ooo... di Ipoh, Perak, minggu lalu, peluang itu diambil untuk bertanyakan perihal sebenar kepadanya. "Ingin saya jelaskan di sini, Linda tidak pernah mengongkong mahupun mempengaruhi setiap keputusan yang saya buat. Malah, dia sendiri yang menyokong dan menyuruh saya membintangi filem Rock Ooo... ini. "Semua keputusan yang saya ambil adalah daripada diri saya sendiri dan untuk menjawab persoalan anda (pihak media) mengapa saya mahu bersara, ia adalah sesuatu yang sukar dijawab. "Barangkali ia ada kaitan dengan kehidupan saya sendiri yang sudah dewasa dan matang. Saya kira waktu ini adalah masa untuk bersama dengan keluarga dan menumpukan perhatian kepada mereka," katanya membuka bicara. Namun, jawapan yang diberikan bagaikan tidak memberi kepuasan keada pihak media. Sehinggalah, pengarah filem Rock Ooo..., Mamat Khalid yang turut berada pada sesi temu bual itu 'terlepas cakap' mengatakan Que sebenarnya merajuk dengan beberapa individu yang terlibat dalam dunia seni. Sukar untuk menolak Dek kerana kata-kata pedas yang dilemparkan kepadanya telah membuatkan Que jauh hati lantas mengambil keputusan untuk bersara. Agak terkejut dengan cerita itu, Que terus diasak untuk menceritakan perkara sebenar. Namun, anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor, itu hanya mampu ketawa sahaja tanpa mahu mengulas lanjut. "Biarlah apa yang berlaku hanya saya sahaja yang tahu. Saya sendiri tidak mahu memanjangkan isu ini. Buat masa ini, saya masih berpegang teguh kepada prinsip saya untuk bersara. "Saya lebih selesa untuk membiarkan takdir yang menentukan bilakah saya akan kembali aktif sebagai pelakon sepenuh masa. Ketika ini, saya gembira dengan kehidupan saya bersama keluarga tersayang," kata pemilik nama penuh Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini sambil menutup cerita itu. Jika benar pelakon berusia 32 tahun ini sudah mahu melupakan terus dunia lakonan yang telah mempopularkan namanya itu, apakah menyebabkan Que mengubah pendiriannya apabila mengambil keputusan bersetuju untuk membintangi filem Rock Ooo...? Sambil menghela nafas panjang, Que mengakui skrip filem itu terlalu kuat untuk dia menolaknya selain barisan pelakon dan Mamat sendiri yang membuat Que mengubah keputusannya. "Apabila diberikan skrip, helaian demi helaian saya selak dan merasakan filem ini memiliki jiwa yang sangat besar. Ceritanya adalah tentang naik turun seorang insan yang melalui laluan yang cukup mencabar untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang penyanyi. "Tidak cukup dengan itu, Rock Ooo... mempunyai pengakhiran yang cukup menyentuh jiwa apabila Mamat cuba merangkumi nasib yang perlu dihadapi oleh industri muzik rock pada ketika itu. "Cerita ini bukan hanya sekadar komedi semata-mata tetapi ia mempunyai semangat dan keikhlasan yang cukup murni sehinggakan saya fikir saya perlu berlakon dalam filem ini," jelas aktor yang pernah dijulang sebagai Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia Ke-19 (2006) menerusi filem Castello ini penuh bersungguh. Tidak dirancang Menceritakan detik-detik bagaimana dia 'terjebak' semula ke dunia lakonan untuk filem Rock Ooo..., cerita Que semuanya tidak dirancang. Semuanya bermula sewaktu dia bertemu dengan Mamat di sebuah pusat membeli-belah dan dalam masa yang singkat itu, pengarah kreatif itu sempat menceritakan sinopsis filem terbarunya itu. Kemudian, Que 'diperdaya' pula oleh sahabatnya, Khir Rahman yang mengajaknya untuk berbual santai di sebuah kedai mamak tanpa disedari Que, ia sebenarnya adalah perjumpaan untuk filem Rock Ooo.... "Bayangkan ketika itu, saya seram sejuk dan gementar kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia glamor ini. Jadi, apabila kembali semula dengan melakukan proses yang pernah saya lalui dulu sebelum berlakon sesebuah filem, saya menjadi kaku (ketawa). "Selepas berbincang, saya tidak boleh lagi berkata tidak dan akhirnya saya bersetuju. Sukar untuk menolak pelawaan Mamat yang sudah saya kenali begitu lama iaitu sebelum saya bergelar pelakon lagi. "Begitu juga dengan aktor lain seperti Khir Rahman dan Shoffi Jikan yang telah saya anggap sebagai saudara saya sendiri. Jadi, kerana mereka jugalah, saya kembali berlakon," kata Que yang begitu galak bercerita sehingga terpancar jelas keseronokan dan kegembiraan yang bukan kepalang di wajahnya. Menangis di lokasi Menyambung bicara, Que yang pernah dua kali dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik FFM menerusi filem Maut dan KL Menjerit 1 itu memberitahu dia kekok apabila kali pertama menjejakkan kaki ke set penggambaran filem Rock Ooo.... Que merasakan dirinya seperti orang yang baru kali pertama berlakon sehinggakan dia begitu sukar untuk mencari rentak seperti mana yang dimahukan oleh Mamat dalam menjayakan watak Amy Mat Piah dalam filem itu. Que mengakui dia menangis di hari kedua kerana terasa bagai hilang arah dan gagal mencari jiwa lakonan yang sebelum ini umpama begitu mudah dilakukannya. "Kerana itu jugalah, kami memulakan penggambaran dengan adegan yang mudah terlebih dahulu sebelum sampai ke babak yang sukar dan menuntut permainan jiwa serta emosi," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


























0 ulasan:
Catat Ulasan