Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Kecewa suami curang
- Selebriti Tarik Minat Masyarakat Sertai Askar Wataniah
- Rayuan Intan
- Janda glamor
- Lelaki dibunuh dalam pondok
- Dajal muncul?
- Dilema wajah kacukan
- Perkenal produk baru SimplySiti
- Keluar komponen Typhoon di Malaysia
- Kilafairy Antara Kontroversi dan Godaan VIP
- Angelina, Jessica paling lumayan
- Nazim Pernah Hidup Merempat
- Erra Fazira Mampu Tahan Sabar
- Gempa bumi kuat landa Jepun
- Lebih efektif
- Siti Nurhaliza Bakal Belajar Di UiTM
- Siapa jadi pilihan?
- Bekas banduan rancang bunuh Obama
- Gambar Mendiang Ibu Jadi Semangat Pang Chinn Fei
- Lisdawati Belum Sedia Tegur, Maafkan Nadia Mustafar
- Komedi, Emosi Kekuatan Mak Dara Nyonya
- Virus B, C rosakkan sel hati
- Kampung Puom tiada liputan
- Terkejut lihat anak bergari, tak sedar diri
- YPM sedia kemudahan Anjung Ilmu
| Posted: 10 Jul 2011 09:38 PM PDT PUJUK...Suriani dipujuk suaminya selepas cubaan membunuh diri di Jambatan Kedua Muar, petang semalam. MUAR: "Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri," kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam. Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis. Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.
| ||
| Selebriti Tarik Minat Masyarakat Sertai Askar Wataniah Posted: 10 Jul 2011 09:36 PM PDT Lebih 500 Askar Wataniah yang diraikan semasa Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Persekutuan di Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur, Ahad.KUALA LUMPUR: Penyertaan selebriti dan atlit sukan dilihat berjaya menarik minat masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah (AW). Menurut Panglima 4 Bgd, Brig Jeneral Datuk Zulkifli Kassim, sejajar dengan matlamat penubuhan kompeni Askar Wataniah, golongan tersebut telah memberikan impak yang begitu positif kepada berbagai lapisan masyarakat. Datuk Siti Nurhaliza menyerahkan bendera kepada Datuk Zulkifli Kassim."Kita telah berupaya menarik minat berbagai lapisan masyarakat, individu yang boleh dijadikan ikon seperti selebriti, atlit sukan dan mereka yang telah mengharumkan nama negara dengan kebolehan tertentu. "Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada mereka kerana dengan secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan Askar Wataniah di samping dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat awam terhadap perana Askar Wataniah dalam mempertahankan negara," kata beliau ketika berucap di Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Persekutuan di Rejimen 515 (AW), di sini, Ahad. Yana Shamsudin dan Nurul Hidayah ketika menyanyikan lagu Si Baju Hijau semasa senaman perang.Tambah beliau: "Askar Wataniah telah dapat memberikan pendedahan kepada orang awam tentang sebahagian aktiviti, latihan dan tugas-tugas anggota tetap sebagai orang awam yang dilatih oleh Angkatan Tentera Malaysia. "Selain itu, pembangunan modal insan dan hubungan baik yang sedia terjalin di antara masyarakat dan Angkatan Tentera Malaysia akan terus dipertingkatkan lagi." Majlis tersebut turut dihadiri oleh Panglima 12 Bgd, Brig Jeneral Mohd Nazir Mami. Turut serta adalah selebriti yang menyertai Platun Seni Askar Wataniah iaitu penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, pelakon Yana Shamsudin, pelakon Eric Fuzi dan pengacara Nurul Hidayah yang juga anak kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Lebih 500 Askar Wataniah yang turut diraikan dalam majlis tersebut terdiri daripada Platun Kementerian Pertahanan (Kementah), Platun Media Siber, Platun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Platun Universiti Islam Antarabangsa (UIA). | ||
| Posted: 10 Jul 2011 09:35 PM PDT EMPAT tahun bergelumang sebagai anak seni, Intan Ladyana boleh berbangga kerana sepanjang tempoh itu, dia sudah membintangi 10 filem. Empat daripadanya masih menunggu tayangan termasuk karya seram Flat 3A yang akan mula menemui penonton 14 Julai ini selain Bini-Biniku Gangster, Halim Munan dan Adnan Sempit 2. Mengukuhkan lagi trek seninya, tindakan mengikat kontrak sebagai artis naungan Metrowealth (MIG) antara lesen kebal menjadikan wajahnya antara pilihan menghiasi layar perak dan puluhan drama TV. Tiga filem lakonannya bersama MIG iaitu Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit dan V3: Samseng Jalanan mendapat kutipan pecah panggung. "Saya lebih rela orang kenal dengan apa yang boleh saya berikan kepada industri berbanding cerita kurang manis. Ini kerana saya ikhlas dalam perjuangan seni ini. Saya tak perlu kisah seperti berebut kekasih atau apa saja untuk meneruskan survival dalam bidang ini. "Bukan mendabik dada, tapi memang saya jenis manusia tidak hadap kontroversi murahan. Untuk apa naik sebegitu. Tapi masing-masing mempunyai hak dan cara sendiri untuk membuatkan diri dikenali. Memang orang akan bercakap kalau ada gosip mahupun kontroversi sebegitu, tapi apa produk kita yang boleh dibanggakan," katanya pada pertemuan di Balai Berita, Rabu lalu. Rancak berbual dengan Intan saat wajahnya dioles cantik oleh jurusolek Epie Temerloh, pelakon berbadan ramping ini mengejutkan B*Pop dengan cerita yang pastinya akan mencalar kerjaya seninya selama ini. Baru saja bercakap mengenai bebas kontroversi, cerita terbaru ini ibarat menjerat diri. Tanpa berselindung, dia mengakui sanggup menyerahkan apa saja buat kekasihnya sebagai bukti cinta. Lebih teruk daripada itu, Intan juga sudah pun menggugurkan kandungan. Biar betul? Cerita itu memang betul tapi jangan terkejut kerana ia sebenarnya sekadar watak dalam Flat 3A. "Dalam filem Azhari Zain ini, saya memegang watak Fikah, gadis kampung yang bekerja kilang. Dia berpindah ke Kuala Lumpur dan bertemu kekasih bernama Anas (Adey Syafrien) yang datang dari golongan berada. "Perkenalan dengan Anas membuatkan dia terjebak dalam kancah tidak bermoral. Untuk membuktikan kasih sayangnya kepada Anas, dia sanggup menyerahkan segala-galanya termasuk menggadai maruah diri. Lebih teruk dia sanggup menggugurkan kandungan," kata Intan mengenai wataknya dalam filem seram berkenaan. Flat 3A menjadi filem seram keduanya selepas Jangan Pandang Belakang. Sekalipun mengakui dirinya penakut, Intan memberanikan serta mencabar diri untuk bermain dengan watak dalam filem bergenre sedemikian. "Klimaks kepada filem ini bermula selepas Fikah menggugurkan kandungan hingga berlaku kejadian pelik yang menghantui dirinya, termasuk kejadian di flet yang dihuninya. Filem ini menggambarkan keadaan Fikah yang tertekan selepas melakukan dosa. "Watak ini memang berlainan dan amat mencabar dengan watak yang saya pernah pegang sebelum ini. Filem ini mengupas dan menyelit isu moral yang bagus seperti seks bebas, hamil luar nikah, pengguguran bayi dan penculikan. Ia bukan sekadar filem yang membuatkan penonton menjerit ketakutan tapi turut ada mesej berguna," katanya. Intan juga akan tampil dengan telefilem berjudul Balik Kampung arahan Olyn Khadri bersama kumpulan Senario dan bintang Raja Lawak pada musim Aidilfitri nanti. Mengenai gandingannya dalam Flat 3A iaitu Adey Syafrien, Intan mengakui tiada masalah berlakon dengan aktor baru yang juga adik ipar Eizlan Yusof itu, tapi lumrah pada peringkat permulaan, dia mengakui ada perasaan kekok di antara mereka. "Lama kelamaan, keserasian itu pantas tercipta. Sebelum ke lokasi penggambaran, kami menghadiri kelas lakonan yang diselia Azhari Zain sendiri dibantu jurulatih lakonan yang lain. Berlakon dengan pelakon baru juga bukan satu isu di sini. "Saya sendiri pernah berada di tempatnya. Ia satu fasa biasa yang harus dilalui pelakon. Jadi saya faham apa yang dia rasai. Bagaimanapun saya seronok bergandingan dengannya dan juga pelakon lain yang membintangi filem ini," katanya yang turut terbabit menyertai latihan asas sebagai Askar Wataniah bersama beberapa selebriti lain. Belum sedia jadi milik Kamal Adli SEBELUM pertemuan kami berakhir, Intan tak ketinggalan ditanya mengenai hubungannya dengan Kamal Adli yang sudah berlanjutan dua tahun setengah hingga cerita cintanya bersama pelakon itu juga sudah tidak lagi diperdebatkan seperti sebelum ini. Bagi Intan, dia selesa apabila orang tidak lagi memberi tumpuan mengenai hikayat cintanya dengan Kamal. "Cerita saya dengan Kamal pun sudah kurang hangat lagi. Cerita sudah lama dan berlalu. Sekarang orang bercakap mengenai kisah pasangan lain pula. Jadi senang cerita, saya mahupun Kamal akan terus memberi tumpuan terhadap kerjaya seni. "Kalau ditanya bab kahwin, memang kami belum ada perancangan ke arah itu. Hanya mengikut aliran dalam sesebuah perhubungan. Sesibuk manapun, kami akan cuba meluangkan masa. "Ada kelapangan, kami akan keluar makan atau tengok wayang. Tak pun kami hanya berhubung di telefon," katanya yang selesa diuruskan MIG. | ||
| Posted: 10 Jul 2011 09:35 PM PDT MARANG: Berbekalkan sepotong kain batik yang dipuja dikenali sebagai kain ular berlaki atau mengawan, seorang wanita mendakwa pernah memiliki lebih 200 teman lelaki sepanjang lima tahun dia menjanda, sejak 2003 sebelum berkahwin semula pada 2008. Akibat terlalu mengikut nafsu dan ghairah mendapat kasih sayang lelaki, wanita yang mahu dikenali sebagai Nora, 50, dari bandar ini berkata, ketika zaman 'gemilang'nya itu dia bukan saja berjaya memancing lelaki bujang berusia 30 hingga 60 tahun, malah menjalin hubungan dengan suami orang. Nora yang kini bergelar nenek mendakwa dia memiliki sepotong kain dinamakan kain ular berlaki yang mampu menarik minat lelaki kepadanya selain minat mendalamnya mempelajari ilmu kebatinan sejak remaja bagi menambahkan seri wajahnya.
| ||
| Posted: 10 Jul 2011 09:16 PM PDT SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan kejadian bunuh di belakang Pasar Awam Masjid Tanah, semalam. Gambar kecil, Nasafri. ALOR GAJAH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan menyedihkan dengan parah di muka dipercayai dibunuh dalam sebuah pondok di belakang Pasar Awam Masjid Tanah, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam, mayat Nasafri Ismail, 41, ditemui terbaring berlumuran darah oleh pencari barang terpakai yang juga rakan karibnya. Menurut pencari barang terpakai dikenali sebagai Zali, 50-an, dia mulanya menyangka rakannya itu tidur ketika tiba di pondok berkenaan.
| ||
| Posted: 10 Jul 2011 09:14 PM PDT NAMA dajal kembali menguasai carta berita atau menjadi sebutan, khususnya dalam kalangan mereka yang kaki internet, baru-baru ini yang dikaitkan dengan penyebaran siri video mengenai kemunculan dajal serta kelahiran bayi lelaki bermata satu di India. Biarpun tanpa mengambil kira kesahihan atau mereka di sebalik pembikinan video itu, termasuk kemungkinan perbuatan pihak yang mahu memesongkan akidah umat Islam, hakikatnya ia sudah cukup mencetuskan kekalutan mengenai dajal itu. Lalu timbullah persoalan benarkah dajal sudah muncul dan pertanyaan lain yang sememangnya hanya mampu dijawab oleh alim ulama. Kecacatan atau masalah cyclopia jenis ini cuma terjadi paling kerap pun dalam satu bagi setiap 250 janin yang menjejaskan pembentukan otak ketika pembesaran janin. Dengan cyclopia, mata dan hidung tidak terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keterangan doktor yang dibantu bukti saintifik tidak mampu menamatkan spekulasi yang semakin rancak mengenai kelahiran dajal terutama apabila ia disebut berketurunan Yahudi. Malah, seperti diapi-apikan pihak tertentu yang menggembar gemburkan kemunculan dajal pada 2009 apabila bayi bermata satu dilahirkan di Israel. Baru-baru ini, penyebaran video bertajuk The Arrivals mengandungi 51 episod yang mengisahkan kedatangan Dajal, Imam Mahdi dan Nabi Isa turut mendapat perhatian ramai. Video berkenaan turut menyiarkan banyak teori konspirasi yang berlaku pada hari ini serta menganalisis mengenai orde baru dunia dan motif kumpulan yang mahu melaksanakannya. Video berkenaan didakwa tidak hanya untuk tatapan umat Islam sebaliknya satu pendedahan kebenaran kepada seluruh umat manusia. Siri berkenaan bertujuan menjelaskan salah faham antara Islam dan Barat serta menilai asas kepada perpecahan itu. Siri video pendek itu juga didakwa bertujuan menunjukkan kepada penonton petanda yang ada pada semua agama mengenai kewujudan Dajal, Imam Mahdi dan Nabi Isa. Hakikatnya, memang kemunculan Dajal disebut dalam Hadis sebagai antara tanda besar Kiamat dan digambarkan memiliki satu mata dan perkataan kafir tertulis di dahinya. Dajal juga diperincikan mempunyai pengaruh kuat di dunia yang menarik ramai pengikut dan suaranya boleh didengar di Barat dan Timur. Berdasarkan teknologi sedia ada pada masa ini dalam bentuk televisyen dan internet, ia suatu hujah yang boleh diterima akal. Matlamat utama Dajal ialah meyakinkan manusia ia adalah Tuhan dan cuba memesongkan akidah umat Islam terutama yang lemah. Antara caranya ialah membunuh dan menghidupkan semula orang yang dibunuh itu. Dajal juga disebut mengembara ke seluruh dunia dan cuma dua tempat yang tidak dapat dimasuki iaitu Makkah dan Madinah. Pada ketika itulah Allah mengutuskan Nabi Isa ke dunia untuk membunuh Dajal. Mentakrifkan Dajal, ia berasal daripada perkataan ad-Dajl yang bermaksud menyelubungi daripada segi bahasa. Oleh itu, orang yang pembohong digelar Dajal kerana menyembunyikan kebenaran dengan menunjukkan kebatilan. Perspektif Islam menjelaskan Dajal adalah tokoh amat jahat yang kemunculan dan kerosakan yang dibawanya sudah diingatkan oleh Rasulullah dan peringatan itu tidak pernah dibuat oleh nabi terdahulu. Hadis Rasulullah juga menjelaskan tanda-tanda kedatangan Dajal semakin jelas pada zaman pendusta dipercayai dan orang jujur pula sebaliknya, begitu juga yang terjadi orang tidak amanah diberi kepercayaan manakala orang amanah tidak lagi dipercayai. Menurut Hadis riwayat Muslim pula, Rasulullah bersabda: "Akan keluarlah Dajal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Aku sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajal itu." Satu lagi Hadis lain menyatakan kedudukan Dajal di laut Syam atau Yaman dan akan datang dari arah timur. Sementara Hadis yang diriwayatkan Tirmizi, menyatakan Rasulullah bersabda bahawa Dajal akan muncul dari arah timur bernama Khurasan. Sementara bagi penganut Kristian, Dajal disebut sebagai 'AntiChrist' yang muncul sebagai pemimpin gabungan bangsa akhir zaman untuk menentang Allah manakala di kalangan puak Yahudi, Dajal dikenali sebagai Armilus yang dikatakan menyerang dan menakluk Baitulmaqdis serta menganiayai kaum itu, membuatkan mereka berdepan penderitaan paling teruk. Bagi Yahudi, Armilus adalah pemimpin yang akan muncul pada akhir zaman dan akan dikalahkan Nabi Isa. Apa pun takrifan mengenainya, cerita mengenai Dajal mempunyai pelbagai versi yang sekali gus menimbulkan macam-macam persepsi. Umat Islam sebaiknya merujuk kepada banyak Hadis sahih yang mengisahkan mengenai Dajal kerana hadis palsu juga tidak kurang banyaknya menceritakan mengenainya dan menimbulkan salah faham masyarakat sehingga mudah melabel kecacatan sebagai tanda kelahiran Dajal. Berita kelahiran bayi bermata satu tidak sepatutnya disalah faham kerana salah satu Hadis menegaskan Dajal sudah ada sejak zaman Nabi Muhammad yang usianya dipanjangkan Allah untuk muncul semula pada akhir zaman dengan izin Allah untuk menguji iman manusia. Hadis juga menjelaskan Dajal adalah manusia biasa yang diberikan kekuasaan luar biasa Allah. Sehubungan itu, daripada terpedaya dengan berita yang belum ditentukan kesahihannya serta mempercayai tanpa usul periksa penyebaran video, lebih baik jika umat Islam mengikut panduan Rasulullah untuk mengelakkan fitnah Dajal iaitu menghafal 10 ayat pertama dan terakhir surah al-Kahfi selain doa yang dibaca sebelum memberi salam setiap kali selepas solat yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal." Propaganda, alat pesongkan akidah USAH mudah terpedaya dengan dakyah yang mahu memesongkan akidah. Itulah peringatan dilontarkan ulama mengenai tindakan pihak yang sengaja mahu memperdayakan umat Islam dengan mendakwa kemunculan Dajal ketika ini, khususnya menerusi penyebaran berita di internet. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Muhammad Yusoff Hussein, menyifatkan penyebaran berita dan video mengenai kelahiran Dajal sebagai satu usaha pihak tertentu yang ada kepentingan iaitu mencetuskan keresahan umat Islam. Selain meminta umat Islam mendapatkan pandangan kalangan ulama jika berdepan keraguan mengenai maklumat yang diterima, Muhammad Yusoff berkata, apa yang lebih penting adalah tidak mudah panik dan menerima bulat-bulat apa yang dibentangkan di internet, baik menerusi laman sosial atau pun Youtube. Tidak menafikan ia adalah petanda besar kedatangan Kiamat, Prof Muhammad Yusoff, berkata Dajal seperti yang diperincikan dalam Hadis datang untuk merosakkan alam dengan cara amat menakutkan. "Dajal termasuk dalam perkara sam'iyat iaitu perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat. "Ciri-ciri fizikalnya digambarkan menakutkan seperti juga cara malaikat maut digambarkan. "Bagi saya, penyebaran berita dan video itu satu propaganda pihak tertentu untuk menarik perhatian umat Islam. Nasihat saya, jangan terpedaya kerana apa yang dipaparkan menyimpang daripada konsep sebenar. Saya bimbang punca berita itu diperoleh daripada sumber yang tidak sahih. Ia sekadar ingin menakutkan orang," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, agak keterlaluan melabelkan bayi yang dilahirkan dengan mata satu itu sebagai Dajal kerana hakikatnya ia satu bentuk kecacatan. "Saya rasa agak melampau kenyataan itu. Sudahlah kanak-kanak itu dilahirkan cacat, kita pula melabelnya sebagai Dajal. Itu tidak adil," katanya. | ||
| Posted: 10 Jul 2011 09:09 PM PDT RAMAI yang berangan mahu memiliki seraut wajah tampan, malah tidak kurang yang berasakan adalah satu bonus juga sekiranya mereka turut mewarisi darah kacukan. Namun memiliki wajah Pan Asia juga ada dilemanya sendiri, seperti diluahkan jejaka ini. Sedang rancak berbicara, tiba-tiba nada suaranya berubah apabila kami beralih kepada topik lakonan. Walhal sebelum itu, adik kepada bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, Zain cukup bersemangat bercerita mengenai perancangan untuk melahirkan album rap. "Orang anggap menjadi anak kacukan ini istimewa, sebaliknya ia lebih menyukarkan, terutama untuk pelakon lelaki. Tawaran watak agak terhad, sehingga ada kalanya saya berasakan industri tidak bersikap adil terhadap pelakon berwajah Pan Asia seperti saya. "Produser seharusnya membuka minda mereka. Bagi mereka, pelakon lelaki berwajah Pan Asia hanya sesuai membawakan watak jahat dan playboy, sedangkan kami juga mampu menjadi pelakon versatil, tetapi mereka tidak mahu memberikan peluang. "Bukan tidak timbul keinginan untuk membawakan watak hero, tetapi mereka tidak memberikan peluang itu kepada saya. Memang saya pernah diberikan peluang memegang watak utama, tetapi cuma untuk sekali dua. Selebihnya hanyalah watak sampingan. Saya bukan hendak kata saya terlalu bagus atau berharga, sehingga merugikan mereka jika tidak ambil saya berlakon. Cuma, sekurang-kurangnya janganlah bersikap double-standard. Tiada salah sekiranya produser kita mencuba sesuatu yang baru," kata Zain penuh harapan. Dalam nada kesal jejaka ini bertanya, kenapa penerbit tidak memberikan bimbingan sekiranya mereka berasakan lakonannya masih kurang kerana dia bersedia untuk memperbaiki persembahannya? "Saya akan memberi tempoh tiga tahun saja kepada industri. Jika kerjaya lakonan saya berkembang mekar, mungkin saya akan terus berada di sini. Bagaimanapun, jika penerbit terus enggan memberi peluang kepada saya, mungkin saya akan memikirkan untuk ke Indonesia. "Mereka lebih menghargai bakat seseorang pelakon berbanding orang di sini. Abang ipar saya, Salyo, memang sudah lama menyuarakan cadangan untuk memperkenalkan saya kepada penerbit drama di sana kerana dia mengenali ramai orang yang terbabit dalam bidang seni. Tetapi saya menolak kerana saya sayangkan tanah air saya sendiri. "Tengoklah macam mana nanti, kalau perlu, saya berhijrah. Saya akan pergi walaupun terpaksa bermula dari bawah sekalipun," kata jejaka yang pernah bekerja sebagai jurulatih peribadi sebelum bergelar pelakon. Kagumi karya Syamsul DALAM rancak bercerita mengenai kekesalan terhadap industri lakonan, sempat juga jejaka ini meluahkan rasa kagumnya terhadap karya arahan Syamsul Yusof. Katanya, dia mula mengikuti perkembangan hasil seni anak bujang Datuk Yusof Haslam itu sejak KL Drift lagi. Sejak itu, dia mula menyanjung filem hasil sentuhan pengarah yang sebaya dengannya itu. Karya terbaru Syamsul, KL Gangster yang berjaya memungut RM12 juta paling dikagumi Zain. Malah dia memasang angan-angan agar dapat bekerjasama dengan sutradara muda itu satu hari nanti. "Saya mengagumi Syamsul kerana dia seorang anak muda yang berani mencuba. Saya memang suka karyanya sejak dulu lagi. Filem seram arahannya, Khurafat, sebuah filem yang amat baik sekali dan saya juga menggemari KL Gangster. "Bila menonton filem arahan Syamsul, memang kita dapat rasakan jiwanya kerana kita boleh melihat keikhlasan dan minat Syamsul dalam berkarya. Kekaguman saya pada Syamsul membuatkan keinginan untuk berlakon dengannya begitu membuak-buak. Saya harap diberi peluang oleh Syamsul untuk berlakon dalam filem arahannya satu hari nanti," kata jejaka yang pernah dikaitkan dengan Rozita Che Wan ini. Ingin bergelar penyanyi MEMINATI muzik rap sejak kecil, cita-cita itu tidak pernah padam walaupun kerjaya yang diceburi sekarang agak tersasar dari minat utamanya. Jejaka yang bakat lakonannya dicungkil oleh Zeel Production itu berkata, setelah menceburi dunia lakonan barulah dia berjaya mengumpulkan bajet untuk menghasilkan album. "Saya pernah menerima tawaran daripada sebuah syarikat rakaman, tetapi saya tolak kerana tidak mahu terikat dengan genre yang saya tidak minat. Walaupun terpaksa menunggu lama, saya tidak kisah asalkan akhirnya saya dapat buat benda yang saya suka. "Sebagai pengenalan, saya akan merakamkan album raya terlebih dulu. Walaupun lagu raya, ia masih berkonsepkan rap dan ada unsur kelakar kerana saya sukakan genre itu. Saya percaya jika kita betul-betul minat, hasil yang akan dilahirkan nanti pasti memuaskan," katanya yang akan bekerjasama dengan DJ Anowl. | ||
| Perkenal produk baru SimplySiti Posted: 10 Jul 2011 08:59 PM PDT PADUAN...Siti berduet dengan Aizat mendendangkan Lagu Kita. TATKALA banyak penganjuran program hiburan seperti konsert, teater dan persembahan dibatalkan gara-gara perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di sekitar Lembah Klang, penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, pula punya perspektif berbeza dengan meneruskan persembahan eksklusifnya, malam Sabtu lalu. Konsert Malam Gala dan karnival ulang tahun pertama SimplySiti yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam turut membariskan tiga lagi penyanyi terkenal lain, Amy Search, Ana Raffali dan Aizat Amdan. "Bohong jika saya katakan tidak bimbang atau tidak mengambil peduli akan senario yang berlaku. Namun semua itu tidak langsung mengganggu perjalanan penganjuran majlis ini kerana lokasinya bukanlah di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi sasaran utama perhimpunan itu sebaliknya majlis ini kami lakukan di Shah Alam. "Bukan saja jauh daripada Kuala Lumpur malah kami anjurkan dalam kawasan universiti yang saya yakin tahap keselamatannya tinggi. Proses pembatalan sesebuah pengajuran majlis atau konsert seperti ini bukanlah satu keputusan mudah kerana ia membabitkan banyak pihak. "Malah tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan sudah pun habis terjual. Lantas ia akan berlanjutan kepada masalah lain pula jika mengambil keputusan untuk membatalkannya. Lagipun saya sendiri kagum melihat segala persiapan dan konsep penganjuran oleh pelajar UiTM yang begitu kemas dan tersusun," katanya.
"Saya berpuas hati dengan sambutan yang diterima kerana secara keseluruhannya saya merasakan persembahan ini cukup berjaya baik dalam mencapai objektifnya untuk mengumpul dana mahupun menghiburkan kesemua penonton yang hadir.
"Tidak sekadar pengguna yakin dan percaya dengan produk ini sebaliknya saya turut ingin meraikan semua individu yang terbabit dalam menyumbang kejayaan ini termasuk peminat, pihak media serta rakan kongsi perniagaan yang tidak henti membantu.
Mengangkat matlamat bagi mengisi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM, semua hasil kutipan derma dan tiket yang berharga RM38 pada malam konsert disalurkan terus ke dalam tabung berkenaan. Dana yang terkumpul juga akan digunakan bagi membantu kira-kira 5,000 pelajar cemerlang UiTM yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di dalam dan luar negara. Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid turut hadir menyaksikan konsert itu.
Pada malam itu, penyanyi nombor satu negara itu menyampaikan beberapa lagu termasuk Destinasi Cinta pada awal pembukaan sambil memperkenalkan satu lagi produk terbaru SimplySiti, Lovely Edition diikuti Biarlah Rahsia dan lagu tradisionalnya yang tampak bagai persembahan Citrawarna.
"Kini, kami hanya berjaya menembusi pasaran Brunei lantas seterusnya saya memandang untuk memperkenalkan produk ini hingga ke Singapura dan Indonesia dalam masa terdekat.
| ||
| Keluar komponen Typhoon di Malaysia Posted: 10 Jul 2011 08:56 PM PDT MODEL pesawat Typhoon generasi baru dibangunkan empat syarikat aeroangkasa utama dunia iaitu BAE Systems, EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol). BAE Systems, syarikat pertahanan dan aeroangkasa global berpangkalan di United Kingdom berada selangkah di hadapan pesaingnya dalam perlumbaan mendapatkan kontrak bernilai berbilion ringgit dari kerajaan Malaysia bagi program penggantian pesawat tempur MiG-29N. Syarikat itu mendedahkan rancangannya mendirikan kemudahan pengeluaran komponen untuk pesawat tempur jenis Typhoon generasi baru di Malaysia jika berjaya meraih kontrak pembekalan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) berkenaan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). "Hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom yang akrab terjalin sekian lama, menjadikan Malaysia rakan terdekat British, sekali gus memudahkan kami memindahkan teknologi terbaik," katanya pada temu bual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur minggu lalu. Pesawat tempur Typhoon generasi baru dibangunkan empat syarikat aeroangkasa utama dunia iaitu BAE Systems, EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol). Garwood berkata, Typhoon yang kini digunakan Tentera Udara di Raja British (RAF), tentera udara Jerman, Itali, Sepanyol, Austria dan Arab Saudi, terkenal dengan ketangkasan geraknya, keupayaan bertempur udara, serangan darat, selain dilengkapi empat peluru berpandu baru bagi kedua-dua jarak pendek dan sederhana. Beliau berkata, pesawat tempur itu menerima lebih 700 tempahan setakat ini, selain sudah melengkapkan 100,000 jam penerbangan. Keanjalan Typhoon memberikannya keupayaan melakukan sesuatu kempen dengan pantas dan tepat selain membolehkannya mengatur kedudukan bagi pelbagai operasi daripada kawalan udara, perkhidmatan sokongan dan pertempuran, katanya. Lobi daripada syarikat aeroangkasa antarabangsa bagi bersaing mendapatkan kontrak untuk program penggantian pesawat tempur MiG-29N TUDM mula dirasai. Syarikat aeroangkasa Perancis, Dassault Aviation, baru-baru dilaporkan akan membuka pejabatnya di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat, sekali gus mencadangkan kesungguhan syarikat itu menawarkan pesawat jenis Rafale untuk program MRCA TUDM. Antara pesaing terdekat BAE Systems yang lain ialah Boeing. | ||
| Kilafairy Antara Kontroversi dan Godaan VIP Posted: 10 Jul 2011 08:54 PM PDT Kilafairy sedia hadapi godaan dalam seni hiburan.MEMPUNYAI tiket sebagai anak kepada seorang selebriti, bukan semudah yang disangka oleh pemilik nama Syakila Nisha Jangir Khan atau lebih dikenali sebagai Kilafairy. Belum pun mengukir nama sebagai anak seni, anak kepada penyanyi popular 1980-an, Rohana Jalil ini telah dikenali dengan tempias-tempias gosip. Namanya masyhur sebaris dengan artis popular tanah air yang sudah bertahun-tahun mengukir nama di pentas seni.Mungkin disebabkan pakej lengkap yang dimiliki gadis kacukan ini membuatkan ramai yang cemburu dengannya. Katanya, selepas kejayaan filem sulung Karak yang baru habis ditayangkan di pawagam bulan lalu mendapat kutipan 'Box Office', dia berasa sungguh lega dan puas. Biarpun dibenci kerana watak gedik yang dimainkan dalam filem tersebut, namun dia berjaya membuktikan bakat yang ada bukan hanya bersandarkan kepada populariti dan kejelitaan yang dimiliki semata-mata. "Alhamdulillah semua yang diaturkan dalam kerjaya saya setakat ini berjalan dengan lancar. Apa yang paling saya puas dan lega ialah dapat membuktikan bakat saya kepada masyarakat. "Saya tidak mahu lagi masyarakat mempersoalkan bakat berbanding pelbagai cerita buruk tentang saya. Sekarang terpulang kepada mereka untuk menyukai saya atau tidak," katanya. Kini, misi seterusnya adalah menyusun langkah meneruskan perjalanan kerjaya seni. Dia juga perlu membahagikan masa dengan pelajaran kerana menuntut dalam jurusan Fesyen, Pemasaran dan Pengurusan di Raffles International College, Kuala Lumpur. "Selepas Karak saya akan membintangi filem Muzikal Horey Horey terbitan Tayangan Unggul, filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun hadapan. "Memang banyak tawaran yang datang terutamanya untuk membintangi drama tetapi saya terpaksa menolak kerana masa bertindan dengan kelas saya," ujar gadis tinggi lampai ini. Penat dengan isu botox Kecantikan anak kacukan Melayu-Pakistan berusia 19 tahun ini sering dijadikan sasaran kepadanya untuk dikaitkan dengan kontroversi buruk. Selepas digosipkan dengan pengarah muda Yusry Abdul Halim, dia juga dikatakan memiliki kecantikan palsu iaitu dengan menggunakan suntikan botox dan melakukan pembedahan plastik. "Saya sudah malas untuk menerangkan perkara ini, ia adalah pemberian Allah dan saya tidak pernah melakukan apa-apa perubahan pada wajah dan badan saya. "Saya hanya menggunakan teknik solekan untuk nampak cantik terutamanya di bahagian bibir serta rahang dan bukan pembedahan atau suntikan seperti yang dihebohkan segelintir pihak. "Apa yang mereka bandingkan ialah gambar saya ketika masih kecil dengan gambar saya sekarang memanglah banyak perbezaan," katanya kesal. Tambah Kila, dia sudah penat dan tidak mahu melayan isu remeh temeh yang akhirnya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada dirinya. "Apa yang lebih penting keluarga saya mengenali siapa saya sebenarnya, saya mahu kekal dalam industri ini berlandaskan bakat yang ada dan bukan kecantikan yang saya miliki," katanya. Tolak godaan VIP Seperti artis jelita lain, Kila akui dia turut menerima godaan para VIP untuk mendekati dan mengenali dirinya dengan lebih rapat. Katanya, gangguan yang diterima melalui pesanan ringkas (SMS) yang mengakui dirinya sebagai seseorang yang dikenali dan mempelawanya keluar biarpun tidak pernah mengenali mereka. Bagaimanapun, katanya sejak melangkah kaki ke industri ini dia sudah diberi peringatan dan nasihat secukupnya oleh kedua-dua ibu bapa agar cuba mengawal keadaan tersebut. "Bohonglah kalau saya kata tidak kerana perkara itu adalah lumrah, sebagai seorang yang dikenali pasti ada yang ingin mengenal kita dengan lebih rapat. "Tapi sebagai seorang yang sudah mampu berfikir, ditambah mempunyai latar belakang keluarga yang tahu selok-belok dunia seni ini saya diberi banyak nasihat daripada keluarga. "Kalau kita tidak mahu dan tidak melayan perkara itu, ia pasti tidak akan menjadi," katanya ringkas. Buka butik pakaian Biarpun baru berjinak dalam industri hiburan, Kila sudah pun menyediakan payung sebelum hujan. Dia kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan baju dan fesyen wanita. "Saya dalam proses untuk membuka sebuah butik pakaian wanita. Semuanya sudah sedia tetapi kedai tersebut masih lagi sedang diubah suai. "Insya-Allah ia akan dibuka dalam masa terdekat ini di sebuah kompleks membeli belah baru di Subang Jaya, Selangor," tuturnya. | ||
| Angelina, Jessica paling lumayan Posted: 10 Jul 2011 08:53 PM PDT BINTANG... walaupun aksinya dalam filem The Tourist agak mengecewakan, filem itu berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM843 juta di seluruh dunia. AKTRES terkenal Angelina Jolie yang sering dibandingkan dengan Jennifer Aniston, bekas isteri pasangannya Brad Pitt, pasti tersenyum puas kerana dinobatkan sebagai aktres berpendapatan paling tinggi di Hollywood. Angelina tersenarai sebagai aktres berpendapatan paling tinggi tahun ini, dalam senarai majalah Forbes. Bintang filem The Tourist itu berkongsi tempat dengan Sarah Jessica Parker dengan pendapatan sebanyak AS$30 juta (RM90) juta dari May 2010 hingga May 2011.
Dua filem Angelina, 'Salt' dan 'The Tourist' masing-masing mengaut keuntungan sebanyak RM900 juta dan RM843 juta.
| ||
| Posted: 10 Jul 2011 08:51 PM PDT Nazim ambil ikhtibar dari pengalaman susahnya untuk terus maju.PETALING JAYA: Pelakon yang sedang meningkat naik Nazim Othman, 27, mengakui pernah merempat sebelum bergelar pelakon, tiga tahun lalu. Jelasnya, ketika menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur secara bersendirian pelbagai dugaan yang dilalui termasuk tidur dikaki lima. "Saya mencabar diri sendiri untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa saya boleh berjaya mencapai impian saya di Kuala Lumpur. "Tetapi apa yang saya sudah capai hari ini bukan senang untuk dilalui kerana orang lain termasuk ibu bapa saya tidak tahu saya pernah tidur di tempat letak kereta di bangunan Bank Simpanan Nasional gara-gara takut pulang ke rumah yang disewa di kawasan Bukit Bintang. Jelasnya, rumah yang disewanya sering didatangi samseng dan menjadi mangsa peras ugut. Disebabkan itu juga, dia terpaksa tidur dikawasan tempat letak kereta. "Selepas beberapa kali tidur di situ, akhirnya polis mengetahui aktiviti saya dan menegur saya agar tidak melakukan tabiat itu lagi. "Seterusnya, saya menjadikan sebuah lokasi yang mempunyai sofa mewah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai tempat tidur. "Bila dikenang semula, hidup saya memang benar-benar naif dan susah. Saya jarang meminta wang daripada ibu bapa dan sanggup mengikat perut untuk berjimat," ceritanya panjang lebar. Jelas Nazim, apabila terpandang pemuda-pemudi yang bersenang-lenang melepak di tepi jalan tanpa melakukan kerja berfaedah, hatinya berasa kesal kerana mereka seolah-olah mensia-siakan hidup sendiri. Berkat kesungguhannya itu, dia berjaya menjawat jawatan sebagai pramugara pada usia 19 tahun di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). "Jadi, saya ingin berpesan kepada para belia supaya tidak cepat berputus asa dalam hidup dan sentiasa fokus dengan cita-cita," kata bekas graduan Kolej Taylor ini lagi. Sewaktu hidup susah dulu, kata Nazim badannya kurus kering kerana dia hanya makan roti dan mi segera selama setahun dan nasi dijamah sekali sehari. "Dulu badan saya kurus sebab saya makan makanan yang tak cukup zat. Sekarang, saya lebih menjaga pemakanan seperti mengambil minuman kesihatan tambahan untuk menambah protein disebabkan sibuk bekerja dan terpaksa mencuri masa untuk makan. "Saya juga banyak minum air putih dan mengamalkan vitamin B kompleks dan multi vitamin untuk menambah tenaga. "Selain itu, saya ada terbaca di akhbar bahawa vitamin B dikatakan mampu meredakan perasaan seseorang menjadi lebih tenang kerana saya cepat marah dan sensitif apabila terlambat makan. "Saya juga makan nasi mengikut waktu makan tetapi perlu mengurangkan kuantitinya. "Selain itu, saya suka makan sushi dan makanan Jepun lain yang berkhasiat dan tidak berminyak," katanya yang turut mengamalkan tidur yang cukup untuk segar sentiasa. Bagi mencegah sebarang penyakit kronik, Nazim juga gemar melakukan senaman di gimnasium agar badannya sentiasa sihat. Dia melakukannya selama tiga hingga empat kali seminggu di Celebrity Fitness. "Badan saya mudah mengecil. Bagaimanapun, saya tidak mahu badan yang terlalu besar kerana bimbang karakter lakonan terbatas. "Ini kerana saya pernah mendapat nasihat daripada pengarah supaya tidak memiliki fizikal yang terlalu besar. Saya juga cuba mengelakkan perut menjadi buncit," ujarnya lagi. Katanya lagi, seseorang itu perlu berdisiplin tinggi untuk mengekalkan bentuk badan yang menarik. Ditanya sama ada dia merupakan lelaki metroseksual atau tidak, Nazim enggan memberikan apa-apa label kepada diri sendiri. Bagaimanapun, dia positif menerima setiap komen tentang dirinya. Jawabnya lagi: "Saya rasa cukuplah jika sedap mata memandang."Menyentuh tentang barangan penjagaan diri yang perlu di bawa dalam begnya adalah penyembur rambut, 'wax' rambut, minyak wangi dan pelembap kulit bagi mengelak muka berkilat. "Saya merupakan seorang yang sederhana dan pakai apa sahaja produk tidak mengira jenama asalkan bersesuaian dengan kulit," katanya. | ||
| Posted: 10 Jul 2011 08:50 PM PDT Erra Fazira SUATU masa dulu, Erra Fazira terkenal dengan sikap lasak kerana minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi. Namun naluri keibuan telah mengubah sedikit sikapnya itu lebih-lebih lagi selepas dikurniakan puteri kesayangan iaitu Engku Aleesya Engku Emran. Pelakon filem Sembilu dan Maria Mariana ini mengakui sebelum ini dia sukar menahan sabar dan lebih mementingkan kerja berbanding perkara lain. "Dulu saya seorang yang lasak. Saya tak sangka akan menjadi seorang ibu yang mempunyai sikap sabar dan lebih berlembut menguruskan Aleesya. "Saya juga sebelum ini seorang yang mudah melenting dan jenis kuat kerja tetapi sekarang, saya boleh ketepikan kerja," katanya kepada OopStarz!. Ironinya, perubahan itu turut memberikan kesan positif kepada dirinya dalam memupuk sifat sabar. "Perubahan ketara yang berlaku kepada diri saya apabila berjaya menjadi ibu yang baik. Saya perhatikan ada juga wanita yang berkerjaya tetapi mereka mampu menguruskan rumah tangga dan anak-anaknya," ujarnya lagi. Bagaimanapun, selama mana pun sibuk dia akan memastikan dapat meluangkan masa dengan anaknya walaupun hanya dalam tempoh satu jam. Berikut ini selupuh soalan menarik Erra FaziraMotosikal berkuasa tinggi atau motor kapcai? Motosikal berkuasa tinggi kerana saya puas apabila berkeadaan laju, rasa lebih tegang dan selamat. saya memilih motosikal Harley Davidson. Buku masakan atau majalah? Majalah keram saya suka permainan video tetapi jika perlu membalas e-mel, saya lebih suka menggunakan komputer. Nescafe atau teh? Saya tak boleh hidup kalau tak minum Nescafe. Biasanya, saya akan minum dua kali sehari. Nasi lemak atau roti canai? Nasi lemak kerana saya sukakan sambal. Lagipun roti canai merupakan makanan yang berat. Upin&Ipin atau Shin Chan? Upin &Ipin kerana kartun animasi itu lebih dekat dengan budaya negara ini. Layan wayang atau DVD? Tentulah wayang kerana lebih puas hati apabila menonton di skrin besar yang lengkap dengan sistem bunyi. Tapi saya menonton DVD jika ada filem tertinggal atau bosan di rumah. Gincu atau pelembab bibir? Pelembab bibir. Kampung atau bandar? Saya seorang yang suka suasana sibuk jadi memilih untuk tinggal di bandar tetapi kadangkala saya mahu juga suasana tenang di kampung. | ||
| Posted: 10 Jul 2011 08:49 PM PDT SEKUMPULAN penduduk berkumpul di atas bukit selepas amaran tsunami dikeluarkan di Ishinomaki, Miyagi, semalam. TOKYO: Gempa bumi kuat menggegarkan timur laut Jepun semalam, menyebabkan loji nuklear yang terjejas, Fukushima terpaksa dikosongkan tetapi tiada tanda kemusnahan berlaku di loji itu atau laporan kematian di sepanjang pesisir pantai. Agensi Meteorologi Jepun mengeluar amaran tsunami selepas gempa dengan magnitud 7.1 melanda di kawasan sama yang musnah akibat gempa bumi kuat dan tsunami pada 11 Mac tetapi menarik amaran itu kembali. "Rak buku bergoyang tetapi tiada yang jatuh, kami menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri pantai," katanya. Sekurang-kurangnya 21,000 orang terbunuh atau hilang dalam malapetaka Mac lalu yang turut menjejaskan bekalan tenaga ke loji nuklear Fukushima. Tiada laporan kecederaan atau kemusnahan akibat gempa bumi itu setakat ini. Agensi kaji cuaca berkata gempa bumi berlakui pada kedalaman 10 kilometer di luar timur laut pantai negara itu sebelum jam 10 pagi waktu tempatan. Pegawai syarikat pengendali loji nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power, berkata pekerja di loji berkenaan sudah diarahkan keluar dan pergi ke kawasan tinggi. Beliau berkata, tiada kemusnahan di loji di mana pekerja bekerja keras membina sistem penyejukan untuk menstabilkan reaktor. Syarikat itu berkata, walaupun dengan pengosongan itu, air masih dipam masuk ke rektor dan nitrogen turut dimasukkan ke dalam dua rektor untuk mengelakkan letupan hidrogen. Akhbar Japan Today yang memetik agensi berita Kyodo melaporkan rombakan loji nuklear Fukushima Daiichi termasuk mengeluarkan bahan bakar nuklear, meruntuhkan reaktor dan bangunan di dalam loji itu, dijangka mengambil masa beberapa dekad. | ||
| Posted: 10 Jul 2011 08:47 PM PDT BANK Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) komited mempelbagaikan saluran perkhidmatannya kepada orang ramai terutama konsumer kewangan apabila memperkenalkan cawangan berkonsepkan kios dengan sasaran membuka 10 hingga 20 kios setahun. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Redza Shah Abdul Wahid berkata, pihaknya mengenengahkan konsep kios berikutan lebih efektif dan menjimatkan kos berbanding membuka cawangan kerana bagi satu kios, modal yang diperuntukkan kira-kira RM150,000.
Menurutnya, selain dilengkapi mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM), kios itu turut menyediakan perkhidmatan membuka akaun dan permohonan bagi pembiayaan runcit, rumah, kenderaan serta peribadi. Redza berkata, pada tahun ini juga pihaknya menyasarkan pertumbuhan 15 peratus bagi segmen kewangannya sekali gus mencapai sasaran untuk menjadi peneraju dalam pembiayaan Islam.
| ||
| Siti Nurhaliza Bakal Belajar Di UiTM Posted: 10 Jul 2011 08:46 PM PDT Datuk Siti Nurhaliza TarudinSHAH ALAM: Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini dalam bidang muzik tidak lama lagi. Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lepas. Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan. "Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti. Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan. Dr Sahol Hamid berkata UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya. "Kita akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat Siti, lebih-lebih lagi kesediaannya membantu bersama-sama memungut dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya. Siti Nurhaliza, melalui SimplySiti Sdn Bhd, bekerjasama dengan UiTM sempena konsert Malam Gala bagi meraikan sambutan ulang tahun pertama syarikat milik penyanyi itu, yang diadakan di sini malam Sabtu. Semua hasil jualan tiket konsert itu, yang dianggar berjumlah RM100,000 disalurkan kepada tabung MDAB UiTM, manakala SimplySiti turut menghulurkan RM30,000 selain sumbangan peribadi Siti Nurhaliza sebanyak RM10,000 kepada tabung berkenaan. SimplySiti turut memperkenalkan dua koleksi terkini set kecantikan syarikat berkenaan iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition, yang menampilkan produk baru seperti Gorgeous Lip Color, Shimmer Blush serta Due Eye Shadow. Pada konsert berkenaan, Siti Nurhaliza menyampaikan lima lagu termasuk 'single' terbaru album Inggerisnya, yang dijangka menemui peminat pada 9 Sept depan iaitu 'Falling In Love', selain berduet dengan penyanyi Aizat menerusi 'Lagu Kita'. Selain Siti Nurhaliza, kira-kira 4,500 penonton konsert itu turut terpaku dengan persembahan legenda rock tanah air Amy Search yang menyampaikan dua lagu iaitu 'Kerja Gila' dan 'Isabella'. Persembahan hampir empat jam itu turut diserikan dengan persembahan pelajar sekolah terpilih, penuntut UiTM, Aizat dan Ana Rafali serta diacarakan alumni UiTM Faizal Ismail. Selain itu, Siti Nurhaliza turut menghadiahkan sebuah tas tangan koleksi peribadinya berjenama Prada kepada penonton bertuah menerusi cabutan khas. Konsert berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh empat fakulti UiTM iaitu Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik; Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media; Fakulti Muzik serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. | ||
| Posted: 10 Jul 2011 08:44 PM PDT PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang masih hangat dengan kejayaan Kelantan menjuarai Liga Super minggu lalu, bersedia memikul cabaran skuad Piala Dunia menentang Singapura selepas terlepas aksi di Taiwan sebelum ini. "Kecederaan bahu saya beransur pulih dan saya sedia memikul tanggungjawab pada pertemuan pusingan kedua kelayakan menentang Singapura, 23 Julai ini," kata tonggak skuad Olimpik negara ketika menewaskan Pakistan dan Lubnan pada dua pusingan awal kelayakan. "Saya sendiri akan bekerja keras untuk memastikan prestasi saya berada pada tahap terbaik. Dua perlawanan persahabatan menentang Arsenal (Rabu) dan Liverpool (Sabtu) menjadi medan ujian terbaik sebelum bertemu Singapura." Sepanjang kempen kelayakan Olimpik, Fahmi hanya dibolosi sekali ketika bertemu Lubnan pada timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun aksi cemerlangnya sepanjang 40 minit terakhir selepas Gary Steven Robbat dilayang kad merah, memastikan barisan kendalian Ong Kim Swee itu melangkah ke pusingan ketiga. Sharbinee turut cemerlang menyelamatkan satu daripada tiga sepakan penalti Taiwan dan memastikan Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan bertemu Singapura. | ||
| Bekas banduan rancang bunuh Obama Posted: 10 Jul 2011 08:41 PM PDT GANAS... McVay dibawa masuk ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan membunuh, semalam. PIERRE (Dakota Selatan): Seorang lelaki yang didakwa membunuh seorang wanita warga emas dikatakan turut merancang menamatkan riwayat Presiden Amerika Syarikat. Menurut pendakwa, James McVay menyusun rancangan melakukan pembunuhan ke atas beberapa orang, termasuk presiden dan polis.
Pendakwa berkata, McVay bercadang pergi ke Chicago atau Indianapolis untuk melakukan pembunuhan seterusnya sebelum mencuri kenderaan dan memandu ke Washington.
Tertuduh dikatakan mengelar leher Maybelle menggunakan pisau perkhemahan di rumah mangsa di Sioux Falls.
Tertuduh mengaku mula merancang siri pembunuhan itu dua tahun lalu ketika dia masih meringkuk dalam penjara di Dakota Selatan.
McVay ditahan pada 2 Julai lalu di Madison, Wisconsin. | ||
| Gambar Mendiang Ibu Jadi Semangat Pang Chinn Fei Posted: 10 Jul 2011 08:40 PM PDT Pang sering membawa gambar mendiang ibunya ke mana sahaja di pergi.PETALING JAYA: Personaliti TV3, Pang Chinn Fei mengakui sering bercakap dengan gambar ibunya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Jelas Fei, selepas kematian ibunya pada tahun 2007, dia sering membawa gambar berukuran pasport milik mendiang ibunya kemana sahaja. "Saya sangat rapat dengan ibu, dia banyak mendengar masalah saya dan cuba menyelesaikannya. Ketika saya mula menjadi penyampai berita dialah yang jadi pengkritik dan penasihat saya. "Kini saya hanya boleh bercakap dengan gambar dia yang saya bawa kemana-mana sahaja, biarpun saya hanya bercakap dengan gambar tapi saya dapat rasakan dia mendengar apa yang saya katakan," ujarnya sambil berlinangan air mata. Selain itu, kata Fei, sebelum meninggal dunia ibu sempat memberikan kad ucapan untuk hari jadinya yang ke 27. "Kad ucapan tersebut lain dari setiap tahun yang dia beri, banyak pesanan yang dituliskan dalam kad tersebut. "Antara pesanan yang saya jadikan panduan ialah dia meminta agar saya berfikir dahulu sebelum bercakap kerana tidak mahu orang yang mendengar akan terasa apa yang kita katakan," katanya. Bercerita tentang kerjaya, pembaca berita TV3 ini menganggap peluang tersebut merupakan satu bonus dalam kerjayanya sebagai wartawan penyiaran. Kad harijadi dan gambar mendiang ibunya menjadi sumber inspirasi FeiNamun dia puas apabila berpeluang mewakili seluruh masyarakat bagi menyuarakan soalan dan pendapat kepada pihak tertentu melalui peranannya sebagai wartawan. "Sebagai seorang wartawan kita berperanan sebagai medium untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat dan kita juga mewakili masyarakat untuk bertanyakan tentang sesuatu isu. "Bagi saya kerjaya ini sangat menyeronokkan dn memberi kepuasan kepada saya. Apabila saya menjadi penyampai berita saya lebih memahami apa yang cuba saya sampaikan berbanding hanya sekadar membaca," katanya. Bagaimanapun, kerjaya sebagai wartawan penyiaran yang dikenali masyarakat membuatkan dia melalui pelbagai pengalaman seperti sering diusir atau menerima ugutan apabila berada di sesebuah majlis yang dianjurkan pihak tertentu. "Susah juga apabila dikenali, mereka tahu kita dari mana ada juga yang menghalang saya dari membuat liputan. "Terutamanya ketika pilihan raya kecil, sehinggakan ada berlaku pertelingkahan dan ugutan yang kami terima daripada pihak-pihak yang tidak menyenangi kehadiran kami. "Namun bagi saya itu adalah cabaran dan kita hanya menjalankan tugas kita sahaja," ujarnya. Kata Fei, setiap pekerjaan mempunyai cabaran tersendiri dan apa yang lebih penting bagaimana untuk mengatasinya. Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini, tidak lepas daripada menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Fei berkata, memandangkan tugas wartawan yang tidak menentu, dia perlu bijak membahagiakan masa bersama keluarga seadil-adilnya. "Cuti saya tidak menentu, kerja pula sampai lewat malam. Jadi masa cuti kebiasaannya saya manfaatkan sepenuhnya bersama keluarga sahaja," katanya. | ||
| Lisdawati Belum Sedia Tegur, Maafkan Nadia Mustafar Posted: 10 Jul 2011 08:37 PM PDT LisdawatiPETALING JAYA: Pelakon Lisdawati menjelaskan masih belum bersedia untuk bertegur sapa dan menghulurkan salam pendamaian dengan pelakon Nadia Mustafar biarpun mereka sering berjumpa. Jelas Lisda, dia lebih selesa dengan bersikap profesional iaitu berurusan atas dasar kerja sahaja sekiranya terserempak atau bertemu pelakon itu di sesebuah majlis. "Kenapa saya perlu meminta maaf dan hulurkan salam pendamaian, dia yang sepatutnya melakukan perkara itu. "Bagaimanapun saya dan dia tiada sebarang masalah dan lebih elok rasanya kami hanya bersikap profesional iaitu bertemu atas dasar kerja apabila bertemu. "Suami saya dan suami dia berkawan, kami juga sering bertemu di majlis tertentu cuma tidak bertegur sapa sahaja kerana bagi saya untuk kembali mesra dan melupakan perkara lalu itu adalah hak peribadi," katanya ketika dihubungi mStar Online. Lisdawati diminta mengulas kenyataan Nadia Mustafar dalam laporan akhbar mingguan, Ahad, yang menunggu salam pendamaian dan kemaafan daripada pelakon tersebut. Selain itu, lebih melegakan Nadia apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu telah meminta Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin menarik balik saman fitnah yang difailkan berikutan tuntutan itu melebihi bidang kuasa mahkamah berkenaan. Bagaimanapun menurut Lisda, berhubung kes mahkamah yang dimenanginya pada 15 Disember tahun lalu itu, dia masih belum menerima sebarang surat mahkamah berhubung penarikan saman berkenaan. "Tentang saman, saya sudah berbincang dengan peguam saya dan dokumen tentang kemenangan saya sudah berada di tangan. "Tentang penarikan balik saman itu saya tidak pasti kerana belum ada sebarang surat menyurat dan dokumen tentang perkara itu diterima," katanya yang enggan mengulas berhubung kes berkenaan. | ||
| Komedi, Emosi Kekuatan Mak Dara Nyonya Posted: 10 Jul 2011 08:36 PM PDT Salah satu babak dalam teater Mak Dara NyonyaBAGI yang terbiasa dengan atmosfera teater muzikal, pastinya bayangan sebuah naskhah teater totok atau sejati pantas mengundang persepsi hambar dan bosan. Harus diakui rasa yang sama turut menguasai tumpuan terhadap teater berjudul Mak Dara Nyonya (MDN) ini pada malam Rabu lalu. Karya bersama Siti Rohayah Attan dan Wisran Hadi ini bermula dengan rentak yang longlai seakan memberi petanda kelam terhadap pementasan keseluruhan. Namun, yang menariknya perjalanan MDN terus meningkat daripada satu plot ke satu plot sepanjang lebih dua jam ia dipentaskan. Menjelang 30 minit cerita disampaikan, momentum teater ini makin ampuh dan mula mengikat perhatian untuk turut sama menyertai penceritaannya. Sebagai sebuah teater, MDN bukan sebuah naskhah yang dipentaskan atas kombinasi skrip segar sepenuhnya. Ia dibentuk atas gabungan kejayaan teater Nyonya tulisan Wisran Hadi yang pernah dipentaskan empat kali sebelum ini dan skrip baru yang berinspirasi seorang wanita tabah bernama Halimah Shuib atau Mak Dara nukilan Siti Rohayah Attan. Dalam kaedah penyampaian skrip yang panjang berjela dan meleret pada sesebuah babak itu, sulaman dialog yang mencuit hati dan beremosi berjaya mengimbangi kebosanan itu. Lakonan Farah Fauzana yang memeggang watak sebagai Isteri turut menghagatkan teater tersebut.Mungkin jika hendak dibandingkan antara plot Nyonya dan Mak Dara, kelebihan pastinya menjurus ke arah kisah Nyonya yang lebih diwarnai elemen humor. Pun begitu, nadi kekuatan plot Mak Dara terletak pada perjalanan hidup wanita itu yang beronak-duri dan penuh emosi. Apatah lagi, penceritaannya disampaikan oleh aktres Juhara Ayob yang menggalas watak Mak Dara atau Ibu Halimah dengan berkesan dan penuh jiwa. Walaupun plot Mak Dara sarat dengan skrip dan bergerak perlahan berbanding kisah Nyonya yang lebih ceria, kekuatan lakonan Juhara Ayob adalah nyawa cerita itu. Sementara plot Nyonya yang ditunjangi Sherry Abdullah pula ada kalanya merengsakan juga menerusi beberapa jenaka dan gestur keterlaluan yang dipertaruhkan. Kita mungkin akan ketawa terbahak-bahak dengan dialog komedi tetapi apabila jenaka berbaur seksual itu diungkapkan berulang-kali ia secara tidak langsung menyakitkan hati juga. Sarimah IbrahimSelain Sherry, kelibat pelakon-pelakon seperti iaitu Zaifri Husin (Tuan), Norzizi Zulkafli (Keponakan A) dan Misha Omar (Keponakan C) sahaja yang memuaskan. Sementara, aksi Sarimah Ibrahim (Keponakan B) dan Fara Fauzana (Isteri) pula hanya berada pada tahap sederhana. Persembahan MDN yang disampaikan secara berselang seli antara kisah Nyonya dan Mak Dara adalah satu pendekatan yang layak dipuji kerana berjaya mengimbangi aspek emosi dan jenaka. Jika disukat pada nilai komersial dan material, MDN memang tidak segah mana. Penggunaan peralatan (prop) dan reka letak pentas dibina atas skala minimum tetapi efisien. Bagaimanapun, keutuhan skripnya yang menarik, terperinci dan penuh rasa itu meninggalkan impak tersendiri. Diarahkan oleh pengarah teater Rosminah Tahir, produksi terbitan CTRA Production dengan kerjasama syarikat Jamu Mak Dara Sdn Bhd ini dibintangi oleh Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Zaifri Hussain, Norzizi Zulkafli dan Fara Fauzana. MDN dipentaskan bermula 6 hingga 12 Julai ini pada pukul 8.30 malam di Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. | ||
| Posted: 10 Jul 2011 08:35 PM PDT LANGKAH AWAL...pemberian vaksin seperti yang disyorkan mampu mencegah jangkitan. SEDANG mengira anda yang ke berapa? Pening memikirkannya dan tidak tahu apa harus dilakukan ketika mendapat tahu anda adalah satu daripada 12 orang yang menghidap hepatitis? Sedarkah anda bahawa virus ini pembunuh secara senyap? Tidak? Mulai sekarang anda perlu mengambil berat mengenai bahaya penyakit ini jika sayangkan diri sendiri dan tidak dianggap sebagai penyebar virus hepatitis kepada generasi akan datang. Perunding Hepatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Rosmawati Mohamed berkata, hepatitis adalah radang hati yang digelar pembunuh senyap kerana virus penyebab penyakit ini boleh hidup di dalam tubuh seseorang selama bertahun-tahun lamanya sebelum menimbulkan gejala.
Tempoh untuk pulih antara beberapa bulan hingga setahun. Namun apa yang lebih penting untuk disematkan dalam fikiran, HVB juga menyebabkan jangkitan hati kronik yang boleh berkembang menjadi sirosis atau kanser hati. Kanser hati yang disebabkan HBV antara tiga penyebab pertama kematian penghidap kanser di kalangan lelaki manakala menjadi punca utama di kalangan wanita. Kemungkinan jangkitan HBV menjadi kronik bergantung kepada umur ketika dijangkiti. Lebih muda umur ketika dijangkiti HVB, lebih tinggi risiko untuk jangkitan menjadi kronik. Risiko inilah yang ditanggung 90 peratus bayi yang mendapat jangkitan pada tahun pertama kelahiran dan 30 hingga 50 peratus kanak-kanak yang dijangkiti HVB pada usia satu hingga empat tahun. Namun jika jangkitan berlaku ketika dewasa, 90 peratus kes (di kalangan individu dewasa sihat) akan pulih dan badan berupaya menghapuskan virus berkenaan dalam tempoh enam bulan. Jangkitan kronik yang tinggi juga dilaporkan di Amazon, bahagian tenggara dan tengah Eropah serta India (membabitkan dua hingga lima peratus penduduk) berbanding kurang satu peratus di kalangan penduduk di Eropah Barat dan utara Amerika. "HBV disebarkan melalui bendalir badan seperti darah, air mani dan cecair faraj daripada orang yang dijangkiti. Ini adalah kaedah jangkitan yang sama bagi virus human immunodeficiency (HIV) tetapi HBV 50 hingga 100 kali lebih mudah berjangkit. "Tidak seperti HIV, HBV boleh hidup di luar tubuh sekurang-kurangnya tujuh hari dan dalam tempoh ini, virus masih boleh menyebabkan jangkitan jika masuk ke badan manusia. Di negara maju seperti di Eropah barat dan Amerika Utara, kebanyakan jangkitan di kalangan golongan muda dan dewasa adalah melalui aktiviti seksual dan perkongsian jarum suntikan dadah. Bagaimanapun, HBV tidak boleh disebarkan melalui makanan, air tercemar dan hubungan kasual di tempat kerja," kata Dr Rosmawati. Secara purata, tempoh inkubasi virus (dari saat dijangkiti hinggalah menimbulkan gejala) adalah 90 hari, tetapi boleh mengambil masa antara 30 hingga 180 hari. Ia boleh dikesan antara tiga hingga 60 hari selepas jangkitan. > Hepatitis C Bagi mereka yang dijangkiti HCV, 70 hingga 90 peratus akan mengalami kesan kronik yang dihidapi kira-kira 180 juta orang di seluruh dunia dan daripada jumlah ini, lebih 350,000 pesakit meninggal dunia setiap tahun. Antara kumpulan berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan HCV adalah penagih dadah khususnya yang berkongsi jarum suntikan. Faktor lain ialah penerimaan darah tercemar melalui pemindahan darah sebelum saringan virus hepatitis diperkenalkan, menindik tubuh menggunakan alatan yang tidak dibasmi kuman dan pemindahan virus daripada ibu yang dijangkiti kepada bayinya ketika bersalin. Kelakuan seksual yang berisiko tinggi seperti mempunyai pasangan seks yang ramai dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan HCV. Hepatitis C dianggap sebagai pembunuh senyap kerana ramai orang tidak dapat melihat gejala jangkitan khususnya pada peringkat awal. Bagaimanapun sesetengah pesakit akan mengalami gejala ringan selepas dijangkiti seperti: HCV mempunyai enam genotip utama iaitu satu hingga enam. Bagi genotip pertama, ia boleh dikesan melalui ujian klinikal, namun oleh kerana sukar mendapat keputusan yang tepat menjadi punca utama kelewatan pengesanan kepada 60 peratus jangkitan di seluruh dunia termasuk di Eropah, Timur Laut Amerika dan Jepun. Penting bagi pakar perubatan yang merawat dalam menentukan genotip HCV pesakit kerana maklumat ini mungkin akan memberi kesan kepada keputusan mengenai jenis dan tempoh rawatan. > Rawatan "Pada mulanya, jangkitan menyebabkan hepatitis akut dan jika ia melebihi enam bulan digelar jangkitan kronik. Selepas sekurang-kurangnya 30 tahun, sirosis mungkin berlaku dalam 25 peratus pesakit kronik yang kemudian boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati dan kanser hati. "Rawatan HCV dan HBV boleh diberikan pada masa yang sesuai walaupun dikesan pada peringkat sirosis kecuali pada mereka yang telah sampai tahap terakhir," katanya. Namun tiada rawatan khusus bagi penghidap HBV akut. Pesakit hanya perlu memberi tumpuan pada penjagaan yang harus diberi tumpuan dilakukan bertujuan untuk mengekalkan keselesaan dan imbangan pemakanan yang mencukupi termasuk penggantian cecair yang hilang disebabkan mengalami muntah dan cirit-birit. HBV kronik boleh dirawat dengan ubat-ubatan, termasuk interferon (bahan protein) dan ejen antivirus yang boleh membantu sesetengah pesakit selain kos rawatan menelan belanja beribu-ribu dolar setahun. Ia selalunya boleh membawa maut dan sering terjadi di kalangan mereka pada usia paling produktif dan mempunyai tanggungjawab keluarga. Di negara membangun, kebanyakan penghidap kanser hati meninggal dunia beberapa bulan selepas didiagnos tetapi di negara yang berpendapatan lebih tinggi, pembedahan dan kemoterapi dilakukan bagi memanjangkan umur pesakit sehingga beberapa tahun. HVB boleh dicegah melalui pengambilan vaksin ketika bayi yang diberikan sama ada tiga atau empat dos berasingan. Ia sudah dimasukkan dalam program imunisasi kebangsaan di negara ini sejak 1989. Di kawasan yang mempunyai risiko penyebaran HBV melalui ibu kepada bayi, dos pertama diberikan dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan. Jika mendapat dos lengkap, tahap antibodi meningkat kepada 95 peratus di kalangan bayi, kanak-kanak dan golongan muda. Selepas usia 40 tahun, tahap antibodi menurun kepada kurang 90 peratus dan pada umur 60 tahun, tahap antibodi hanyalah antara 65 hingga 75 peratus saja. Sejak 1982, lebih satu bilion dos vaksin HBV digunakan di seluruh dunia dan dapat mengurangkan kadar jangkitan kronik sehingga satu peratus di negara yang mempunyai lapan hingga 15 peratus kanak-kanak berada pada tahap kronik. Pada Disember 2006, 164 negara memberi vaksin kepada bayi dalam program imunisasi kebangsaan. Ini satu peningkatan memberangsangkan kerana pada 2002, hanya 31 negara yang memberikan vaksin HBV kepada rakyatnya. "Di negara vaksin HBV untuk bayi mula diberikan pada 1989 dan untuk mendapat perlindungan terbaik, setiap bayi memerlukan tiga dos suntikan iaitu dos pertama selepas bayi dilahirkan dan dua dos lagi dalam tempoh enam bulan. "Ia dapat memberi perlindungan kepada 95 peratus saja kerana kadangkala jangkitan masih berlaku jika tahap HBV ibu amat tinggi, vaksin lambat diberikan atau tidak mendapat ketiga-tiga dos seperti dijadualkan," katanya. Menjelang Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai ini, 6,000 pengunjung yang paling awal mendaftarkan diri di laman web rasmi (www.myhepatitisday.com) akan dapat menjalani ujian saringan hepatitis secara percuma di 20 hospital yang mengambil bahagian di seluruh negara. Acara utama Hari Hepatitis Sedunia akan berlangsung pada 16 dan 17 Julai di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pameran foto montaj, pusat kaunseling untuk pemvaksinan hepatitis serta ujian hepatitis. >INFO Golongan terdedah aktiviti di bawah ini berisiko tinggi untuk dijangkiti: Mesej penting yang boleh dijadikan panduan bagi mengelakkan jangkitan virus ini : Kumpulan berisiko tinggi perlu vaksin: | ||
| Posted: 10 Jul 2011 08:00 PM PDT MUHAZROL tercari-cari kawasan yang dapat menerima isyarat telefon bimbit di sekitar rumahnya di Kampung Puom, Jelebu. KUALA KLAWANG: Kebanyakan rumah tidak mempunyai telefon talian tetap, manakala liputan telefon bimbit pula amat teruk menyebabkan Kampung Puom di Titi dekat sini, yang mempunyai kira-kira 250 penduduk seperti berada di dunia lain. Ini berikutan penduduk yang hendak menggunakan telefon bimbit, terpaksa menunggang motosikal ke kawasan tinggi berdekatan ladang getah atau terus ke Kampung Chennah sejauh lima kilometer yang mempunyai liputan baik. "Saya pernah dimasukkan ke hospital dan mahu memberitahu isteri dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 10 malam, tetapi hanya diterima jam 6 pagi keesokan hari," katanya ketika ditemui Sentral. Roslan berkata, penduduk tidak mahu memasang telefon talian tetap dengan mendakwa kabel telefon di kampung itu sering putus akibat dihempap pokok tumbang atau dirosakkan haiwan. Walaupun dibaiki, katanya masalah itu berulang beberapa hari kemudian dan pada masa sama, tetapi telefon tidak boleh digunakan sedangkan bayaran tetap bulanan tetap dikenakan. Ejen hartanah, Muhazrol Muhamad, 30, yang tinggal di Kajang, Selangor, mengakui jarang berada lama apabila bertemu ibu bapanya di kampung ini. Katanya, pekerjaannya menyebabkan dia perlu menggunakan telefon mudah alih setiap masa, tetapi untuk mendapatkan liputan yang baik, terpaksa pergi ke tempat tinggi atau keluar dari kampung. "Masalah ini berlaku kerana tiada menara pemancar telefon mudah alih dan terpaksa bergantung kepada menara di tempat lain, iaitu Kampung Chennah. Jika menara pemancar didirikan di sini, saya rasa masalah ini tidak akan berlaku," katanya. Sementara itu, Ketua Kampung Puom, Baharom Nordin, mengakui masalah itu, tetapi meminta penduduk bersabar kerana sebuah syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan telefon mudah alih akan memasang menara di kampung itu. Katanya, wakil syarikat itu datang ke kampung itu baru-baru ini, untuk melihat lokasi menara yang dijangka dibina bersebelahan Masjid Kariah Kampung Puom. "Apabila siap, penduduk tidak lagi perlu panjat bukit atau keluar ke kampung jiran untuk menggunakan telefon bimbit," katanya. | ||
| Terkejut lihat anak bergari, tak sedar diri Posted: 10 Jul 2011 07:53 PM PDT ZAINUN menunjukkan gambar Mohd Azizul ketika ditemui di rumahnya di Kuala Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU: "Hanya Allah yang tahu sedihnya perasaan apabila melihat Mohd Azizul tidak sedarkan diri dalam keadaan bergari ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, bersama abangnya pada malam Rabu lalu. "Saya juga kecewa apabila bertanya kepada anggota polis bertugas mengapa anak saya begitu, tetapi dijawab anak saya hanya berpura-pura tidak sedarkan diri dan akan sedar setengah jam lagi," kata Zainun Mamat, 52, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di sini, semalam. Katanya, kira-kira setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya supaya datang ke Balai Polis Gong Badak kerana dua anak lelakinya itu ditahan polis dan Mohd Azizul cedera di kepala kerana dikatakan jatuh motosikal. "Saya lihat Mohd Azizul kritikal akibat kecederaan di kepala, malah saya juga tidak mengetahui punca sebenar dia dan abangnya ditahan polis. Selepas berbincang dengan anggota polis di situ, seorang daripadanya memberi jaminan Mohd Azizul akan pulih dan saya diminta pulang tidak lama selepas itu," katanya. Zainun berkata, dia datang semula ke balai polis itu kira-kira jam 9 pagi keesokannya untuk melihat keadaan anaknya, tetapi terkejut apabila mendapat tahu Mohd Azizul sudah dihantar ke HSNZ pagi itu tanpa pengetahuannya. "Saya bergegas ke HSNZ dan terkejut apabila mendapati kepala anak sudah dibedah dan doktor memaklumkan Mohd Azizul meninggal akibat terjatuh motosikal. Saya hairan kerana sebelum ini anggota polis memberi jaminan anak saya tiada sebarang masalah. "Saya kesal kerana permintaan supaya Mohd Azizul dibawa ke hospital tidak diendahkan polis, sebaliknya berbuat demikian apabila dia sudah nazak dan ini menimbulkan keraguan berhubung punca kematiannya," katanya. Zainun berkata, keluarganya bercadang melantik peguam untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya dan mengambil tindakan lanjut. | ||
| YPM sedia kemudahan Anjung Ilmu Posted: 10 Jul 2011 07:51 PM PDT
YAYASAN Pelajaran Mara (YPM) sekali lagi tampil menyalurkan sumbangan kepada sekolah luar bandar dalam usaha mereka untuk menyediakan kemudahan pendidikan dan keselesaan pembelajaran sejajar dengan peranan mereka sebagai "Pelengkap Ilmu Bumiputera". Buktinya, YPM baru-baru ini telah berjaya menyediakan Anjung Ilmu di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemereh, Segamat yang bakal digunakan untuk membantu pelajar memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik serta melahirkan pelajar berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran. Pengurus Projek YPM Realties (YPMR), Zulkarnine Hashim berkata, Anjung Ilmu menyediakan pelbagai inisiatif seperti kelas bimbingan, makmal komputer dan mini perpustakaan bagi mendidik serta meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan murid supaya menjadi pelajar yang berjaya. "Anjung Ilmu ini turut menyediakan kaedah pembelajaran menerusi e-blocks dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. "Kaedah pembelajaran bercorak interaktif ini berupaya membantu pelajar untuk meningkatkan kefahaman dengan lebih mudah dan cepat," katanya pada Program Sirih Pulang ke Gagang di SK Gemereh, Segamat, Johor, baru-baru ini. Menurutnya lagi, sebanyak RM96,000 diperuntukkan bagi melaksanakan program Anjung Ilmu di SK Gemereh yang bermatlamat memberi kemudahan pembelajaran selain memupuk sikap membaca dan cintakan ilmu pengetahuan di kalangan murid. "Program Anjung Ilmu ini merupakan program kali kedua yang dilancarkan oleh YPM selepas majlis pelancaran pertama dilaksanakan untuk rumah anak yatim di Sarawak bertempat di Kompleks Kebajikan Laila Taib. "Pihak YPM akan membuka lebih banyak lagi Anjung Ilmu seperti ini yang akan difokuskan kepada sekolah luar bandar dan rumah anak yatim di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," jelasnya. Program yang merupakan medan perpaduan itu diharap dapat dijadikan tempat untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan agar menjadi perangsang dan motivasi kepada para pelajar untuk berusaha gigih mencapai kejayaan dalam bidang akademik serta bidang yang ingin diceburi. Pada majlis sama, YPM turut menyampaikan bantuan kepada murid miskin serta sumbangan kepada pelajar cemerlang sekolah itu yang terbahagi kepada pra sekolah, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Penilaian Pencapaian Murid (UPPM). |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















0 ulasan:
Catat Ulasan