Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Shahz Jaszle Belum Bersedia Jalin Hubungan Dengan Neelofa
- Shanty letih jadi ibu
- iPad BH No.1
- Ujibakat Bintang Nostalgia Klasik Nasional Kembali
- Beckham Papar Foto Perut Victoria
- Komposer Dakwa John Legend Mencuri Lagu
- Lady Gaga Mungkin Sakit
- Lumayan! RM8 juta
- Keluarga dunia Ayati Tasrip
- Figura bangkit semangat
- Minat datang dengan sendiri
- Pesta bunga di Floria 2011
- Resipi Portugis di Nando's
- Bistro Qaseh satukan hati
- Masyarakat islam terus dibela?
- Ebru - Seni hiasan kertas marmar Turki
- Perkim latih pendakwah
- Kota Shanghai syurga si pengembara
- Ifa Raziah santai di taman tema
- Amanda mahu lebarkan sayap
- Wajah getah Jim Carrey
- Layang-layang gamit nostalgia
- Buat lagu dakwah ilham klip video
- Tanggungjawab sosial Ana Raffali
- Malaysia kekal penerbit terbesar sukuk
Shahz Jaszle Belum Bersedia Jalin Hubungan Dengan Neelofa Posted: 08 Jul 2011 06:35 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Pelakon kacak Shahz Jaszle (Shahz) mengakui keintimannya dengan aktres Neelofa (Lofa) adalah bertitik-tolak daripada kekerapan mereka bekerjasama di dalam beberapa projek drama dan filem. Menurut Shahz, sekalipun mereka menjadi rapat sejak lebih tujuh bulan lalu tetapi mereka tidak menjalin hubungan seperti mana yang didakwa. "Soalan ini (hubungan dengan Neelofa) bukan perkara baru dan sudah banyak kali ia ditanyakan. Hakikatnya, memang kami rapat cuma belum bersedia untuk menjalin hubungan. "Kami menjadi rapat atas dasar keserasian dan banyak berkongsi cerita. Namun, buat masa ini kami selesa berkawan rapat tanpa sebarang hubungan istimewa," katanya. Ujar Shahz lagi, dia tidak keberatan untuk mengakui dan berkongsi kisah peribadinya jika benar dia menjalin hubungan dengan aktres itu. "Saya bukan seorang yang suka berahsia tidak tentu pasal jika benar saya bercinta. Masalahnya, bagi kes saya dan Lofa, kami masih berkawan buat masa ini. "Terus-terang, memang saya sudah bersedia untuk menjalin hubungan selepas satu tahun setengah bergelar solo. "Kalau hendak tahu, saya sukakan kanak-kanak dan tidak sabar untuk berkahwin awal sebenarya tetapi masih belum bertemu dengan gadis pilihan lagi," kongsinya. Bagaimanapun, pelakon filem Azura 2011 ini berkata, keutamaannya pada waktu ini adalah pada kerjaya lakonan yang semakin berkembang. "Apa yang lebih utama sekarang adalah kerja. Sebolehnya saya mahu tumpukan perhatian pada kerjaya lakonan yang semakin berkembang ini. "Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun menceburi bidang ini, saya akui kewangan juga bertambah stabil dan baik. Kalau ada jodoh saya dalam waktu terdekat, saya tidak menolak," tuturnya mengakhiri perbualan. | ||
Posted: 08 Jul 2011 06:22 PM PDT Selepas menikahi Paredes pada 24 Julai 2010, Shanty yang pernah popular di Malaysia dengan lagu duet, Hanya Memuji bersama Marcell nekad meninggalkan dunia yang digelutinya sejak 14 tahun lalu. "Mungkin saya bebas di sana, tetapi itu tidak bermakna saya cuma duduk memeluk tubuh di rumah. Menguruskan anak itu ternyata jauh lebih berat berbanding menjadi anak seni," kata Shanty yang berhijrah ke Hong Kong ketika hamil empat bulan. Bintang Berbagi Suami ini berkata, membesarkan Arjuna menyita sebahagian besar masanya kerana peranan sebagai ibu dijalaninya tanpa henti selama 24 jam. Namun, wanita berkulit hitam manis itu mengakui segala lelahnya hilang tatkala menatap wajah anak tertawa girang dan lincah menyusun gerak. "Jika dibandingkan penggambaran filem dan menjayakan persembahan bergerak di luar Jakarta, menjadi ibu menuntut kekuatan luar biasa. Ini pekerjaan paling meletihkan pernah saya alami. Selagi waktu berputar, ia tidak akan pernah selesai. Tetapi sebaik menatap wajah dan mendengar suaranya, semua perasaan itu hilang. "Arjuna itu syurga buat saya dan suami. Senang melihat dia membesar di depan mata, malah kelahirannya melengkapi hidup kami berdua," kata Shanty mengenai anaknya yang dilahirkan di Hong Kong pada 25 Februari lalu. Meskipun mikrofon dan pentas tidak lagi menjadi mainannya, namun keghairahan Shanty untuk bernyanyi masih belum pudar. Sesekali suaranya akan terus berkumandang. Namun itu cuma terbatas sekadar menghiburkan hati anaknya yang menurut Shanty ialah penggemar setia nyanyiannya. "Dia akan segera memberi tindak balas apabila saya melontarkan suara. Mungkin saya tidak lagi menyanyi di depan orang ramai tetapi saya masih punya penonton setia. Bila pun saya menyanyi, Arjuna setia mendengar dan itu cukup membahagiakan saya," kata wanita periang yang mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan Indonesia sejak 12 September lalu. Shanty yang kali terakhir muncul dengan filem komedi, Madame X berkata, dia berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan industri hiburan. Perkara itu katanya, sering bermain di fikirannya malah akur keputusannya menikahi Paredes akan memberi kesan besar kepada perkembangan kariernya. "Saya wanita yang memikirkan sesuatu perkara untuk jangka masa panjang. Sejak awal 2010, sebelum menyatakan kesediaan untuk bergelar isteri, perkara itu sudah saya fikirkan semasak-masaknya. Menutup fasa hidup saya sebagai anak seni yang dijalani selama 14 tahun bukan sesuatu yang mudah. Bayangkan awal pagi saja sudah padat pelbagai acara, selepas itu terbang ke sana sini untuk menghiburkan peminat. "Jelasnya bukan semudah itu untuk saya menutup sesuatu yang pernah sebati dalam hidup ini. Malah, saya mengambil masa untuk mempersiapkan fizikal dan mental supaya benar-benar bersedia meninggalkan lapangan yang saya cintai ini," katanya. Pasangan lucu TATKALA diaju pertanyaan mengenai perkahwinan beza budaya, Shanty menjelaskan, segala yang dijalaninya genap setahun bersama lelaki kelahiran Equador meninggalkan pelbagai momen indah. Akuinya, perbezaan mengeratkan cinta mereka malah ada saja hal yang mengundang tawa yang dilalui bersama lantas menyuntik keserasian kepada pasangan itu. "Perbezaan budaya juga membuatkan kami saling melengkapi, malah tidak pernah menjadi masalah besar kerana ia memperindahkan suasana rumah tangga kami," katanya. Tiga tahun menjalin cinta sebelum melanjutkan keindahan perasaan itu ke alam rumah tangga, Shanty menerima segala kelebihan dan kekurangan suaminya. Bahkan sejak mula menjalin cinta, Shanty sudah belajar menyesuaikan diri untuk menjadi isteri kepada pengurus bank berkenaan. "Saya ingin belajar bahasa Sepanyol tetapi terlalu susah. Jauh berbeza daripada belajar bahasa Inggeris. Sekarang pun saya cuma boleh sedikit-sedikit berbahasa Sepanyol," kata Shanty yang pernah menghasilkan empat album. | ||
Posted: 08 Jul 2011 06:21 PM PDT MIOR KAMARUL SHAHID melancarkan iPad BH (iBH) pada majlis sambutan ulang tahun Berita Harian ke-54 di Balai Berita, semalam. Ia berdasarkan maklumat diperoleh daripada App Store sejak semalam yang mana aplikasi The Star menduduki tempat kedua, diikuti National Geographic, tempat ketiga. Dalam pada itu, Berita Harian Online (BHOnline) mencatatkan sejarah semalam apabila merekodkan lebih 400,000 peminat Facebook mendaftar dalam laman sosial itu, iaitu peminat paling ramai bagi akhbar di Malaysia sejak dilancarkan 25 November 2009. | ||
Ujibakat Bintang Nostalgia Klasik Nasional Kembali Posted: 08 Jul 2011 06:20 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Selepas dua tahun berehat, stesen radio Klasik Nasional akan menganjurkan pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 (BNKN 2011). Pertandingan tersebut diadakan untuk menghargai lagu-lagu Melayu lama yang pernah mewarnai persada muzik zaman dahulu dan memperkenalkannya kepada golongan muda. Justeru itu peserta yang berusia 35 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk menyertai BNKN2011 mencuba nasib dalam bidang seni suara. Sesi ujibakat yang bermula pada hari ini (9 Julai) akan diadakan melalui rakaman audio di stesen-stesen negeri dan penyertaan mestilah disertakan bersama sekeping gambar bersaiz poskad dan borang penyertaan pertandingan. Tarikh dan lokasi ujibakat Pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 bermula di RTM Kedah, RTM Perak dan RTM Johor (9 Julai 2011), RTM Melaka (16 Julai 2011), RTM Pulau Pinang Angkasapuri, Kuala Lumpur (16 - 17 Julai 2011), RTM Perlis dan RTM Negeri Sembilan (17 Julai 2011),RTM Kelantan (19 Julai 2011), RTM Terengganu (23 Julai 2011), RTM Langkawi dan RTM Sabah (23 – 24Julai 2011) dan RTM Pahang (24 Julai 2011). Lagu-lagu untuk sesi ujibakat disediakan dalam format 'minus one' dan panel juri yang dilantik akan memilih 24 peserta ke Peringkat Separuh Akhir. Sebanyak 12 senarai lagu disediakan termasuklah lagu bagu peserta lelaki iaitu Hatiku Kecewa (R.Azmi), Puteri Remaja (Jasni), Taman Puspawarna (Tan Sri P.Ramlee), Cincin Belah Rotan (Ahmad CB) dan Hanya Nyanyian (S.Effendy). Manakala peserta wanita pula diberikan lagu Jikalau Abang Merindu (Nona Asiah), Cahaya (Normadiah), Pandang Kasih (Puan Sri Saloma), Jangan Air Mata (Jamaliah Shariff) dan Ikatan Janji (Asiah Tuah). Hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM28,500 menanti pemenang pertandingan peringkat akhir beserta piala iringan dan sijil penyertaan. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan serta borang penyertaan, sila hubungi 03 2288 7841 atau layari laman rasmi Klasik Nasional, laman sesawang : http://www.rtm.gov.my juga facebook : http://facebook.com/klasik.nasional. | ||
Beckham Papar Foto Perut Victoria Posted: 08 Jul 2011 06:20 PM PDT ![]() SEBELUM ini, fashionista Victoria Beckham pernah menyatakan bahawa dia tidak ingin mengambil foto bogel ketika hamil seperti yang dilakukan oleh kebanyakan selebriti lain. Bagaimanapun, suaminya, David Beckham tidak dapat menahan perasaannya untuk menunjukkan perut isterinya itu kepada umum. Diam-diam pemain bola sepak LA Galaxy itu telah mengambil foto Victoria yang sedang berbikini dan memaparkannya menerusi akaun Facebook miliknya tanpa pengetahuan isterinya itu. ![]() "Saya ambil foto Victoria tanpa dia sedar. Saya kagum dengan tubuh badannya lebih-lebih lagi ketika dia sedang sarat mengandung. Saya harap dia tak marah," katanya. Foto hitam putih itu menunjukkan bekas ahli kumpulan Spice Girls sedang mengenakan kain lebar menutup bahagian bikini dengan mengenakan cermin mata hitam. Foto tersebut diambil Beckham beberapa hari selepas pengakuan Victoria yang enggan mengambil gambar bogel. | ||
Komposer Dakwa John Legend Mencuri Lagu Posted: 08 Jul 2011 06:19 PM PDT ![]() NEW YORK: Bintang R&B, John Legend telah didakwa oleh komposer Anthony Stokes atas tuduhan mencuri lagu demo miliknya yang pernah dipinjamkan kepada penyanyi itu. Menurut laporan portal tmz.com, Stokes yang telah memfailkan kes itu di New Jersey mendakwa bahawa dia pernah memberikan pita demo lagu berkenaan kepada Legend pada 2004 selepas sebuah konsert. Legend yang berjanji untuk memulangkan semula pita berkenaan selepas mendengarnya, bagaimanapun tidak berbuat demikian sehingga hari ini. Sebaliknya, komposer itu menegaskan lagu Legend yang berjudul Maxine's Interlude yang dikeluarkan pada 2006 mempunyai persamaan dengan lagu demo Where Are You Now? yang pernah diberikan kepada penyanyi itu. Stokes dilaporkan telah membuat tuntutan sejumlah ganti rugi yang enggan didedahkan. | ||
Posted: 08 Jul 2011 06:18 PM PDT ![]() TATKALA ramai yang memuji kehebatan nyanyian serta fesyen pelik penyanyi Lady Gaga, seorang wartawan Kanada, Ian Halperin, memberitahu bahawa penyanyi itu mungkin sedang menderita penyakit Lupus. "Mereka yang pernah bekerja dengan Gaga memberitahu saya bahawa dia hampir tidak makan selama berminggu-minggu supaya dapat mengenakan kostum dan dia dikatakan terlalu obses dengan berat badannya. "Malah Gaga sanggup menghabiskan masa berjam-jam menatap tubuh badannya di cermin seperti biasa dia akan mengkritik di mana-mana bahagian tubuh jika dilihat tidak menarik," kata Halperin kepada Star Magazine. Halperin juga berkata yang Gaga turut mengambil dadah seperti heroin, kokain dan ekstasi sejak zaman remaja lagi. "Dia seolah-olah tidak asli dan sudah berubah dengan personaliti Lady Gaga. Gadis bernama Stef yang dieknali oleh teman-teman dan keluarga sudah tidak ada lagi," katanya. Pada awal Jun tahun lalu, penyanyi berusia 25 tahun itu mengaku bahawa dia hampir ke arah positif daripada dadah tetapi tidak mengalami penyakit Lupus seperti yang digembar-gemburkan. | ||
Posted: 08 Jul 2011 06:03 PM PDT ANGKA lumayan - RM2 juta menunggu dua skuad bola sepak negara andai melaksanakan misi - menang pingat emas Sukan SEA, November ini dan mempertahankan Piala AFF Suzuki pada 2012. Dengan kemajuan terpuji disajikan skuad Harimau Malaya pimpinan Datuk K Rajagobal dan skuad Olimpik di bawah Ong Kim Swee, satu lagi perkhabaran menggembirakan, semalam adalah Telekom Malaysia (TM) dengan tajaan RM6 juta setahun sehingga 30 Jun 2015 dengan peningkatan 10 peratus setiap tahun, serta barangan bernilai RM150,000. "Menerusi penajaan ini, skuad kebangsaan akan berpeluang mengadakan latihan di luar negara seperti yang dilakukan Harimau Muda di Slovakia. Tajaan ini juga akan membantu FAM menguruskan skuad kebangsaan dengan lebih baik. "FAM akan menubuhkan satu unit khas bagi menguruskan pasukan kebangsaan, dan saya juga mencadangkan supaya satu yayasan untuk bekas pemain kebangsaan ditubuhkan bagi menjaga kebajikan mereka." Selain tajaan berkenaan, kehadiran TM sebagai rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan juga membuka laluan buat pemain tempatan menyertai kem latihan yang dikendali kelab gergasi Eropah, Manchester United. Dua pemain akan dihantar setiap tahun ke kem latihan berkenaan yang akan diadakan sama ada di United Kingdom, atau Dubai. Bagaimanapun butiran lanjut mengenai latihan itu akan ditetapkan kemudian oleh TM dan Manchester United. | ||
Posted: 08 Jul 2011 06:01 PM PDT
Kehadiran Ayati sebagai penyanyi di era 1980-an yang pernah mengecap kehidupan penuh glamor kini sudah berlalu. Setelah mendirikan rumah tangga dengan Zulkifly Halim, 52, mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua daripada empat orang anaknya, Mohd. Fazli, 26 dan Mohd. Faizal, 24, sudahpun mendirikan rumah tangga. Hanya Siti Nurfazlina, 22 dan yang bongsu, Siti Nurdalila, 16 sahaja yang belum berkahwin. Hari ini, Ayati sudah bergelar opah (nenek) dengan kehadiran dua orang cucu. Justeru, kata Ayati, kebanyakan masanya banyak dihabiskan bersama keluarga di rumah. S3 berkesempatan menyusuri kehidupan Ayati yang kini menetap di Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya, Ampang, Selangor. "Inilah kehidupan saya yang lebih tertumpu kepada keluarga. Namun jika ada undangan menyanyi, saya tidak tolak. "Lazimnya undangan adalah secara solo untuk menjayakan makan malam tetapi kalau ada undangan ghazal, kami anak beranak akan menjayakannya. "Lagipun, darah seni itu memang mengalir dalam diri saya dan keluarga saya pula adalah sebuah keluarga seni. "Kalau persembahan ghazal, nama kumpulan kami ialah Bakawali," kata bekas penyanyi Orkestra Tentera Darat atau Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) bersama Salih Yaccob, Norsheila Amin dan Sharifah Mona. Ayati berbangga apabila bercerita tentang kebolehan anak-anaknya bermain alat muzik. Katanya, anak sulungnya bermain akordian dan double bass, anak keduanya pula boleh bermain biola dan menyanyi, sementara anak ketiga pula bermain cello, gendang, tamborin dan gong manakala yang bongsu, boleh bermain biola. "Daripada bapa sampai ke anak-anak, mereka semua boleh bermain alat muzik. Hanya saya seorang sahaja yang tidak cenderung untuk bermain alat muzik. "Semasa awal perkahwinan, pernahlah saya cuba belajar bermain piano daripada suami tetapi dia garang sangat. "Saya terus jadi malas hendak belajar. Lagipun, biarlah saya sekadar jadi penyanyi dalam Bakawali," katanya sambil ketawa. Melihatkan kepada keluarga seninya, Ayati berkata, adalah satu kelebihan apabila mereka sekeluarga boleh membuat latihan di rumah sebelum tampil membuat persembahan. "Lebih mudah begini dan anak-anak juga tidak membantah apabila bapa mereka mendesak agar mereka membuat persembahan ghazal. "Anak-anak pernah menyertai pertandingan muzik asli pada tahun 2007 anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan mereka berjaya mendapat tempat kedua. "Kalau nak ikutkan kehendak anak-anak, mereka lebih cenderung ke arah genre pop tetapi biarlah disuntik semangat muzik asli atau tradisional dalam diri mereka. "Lagipun, ghazal adalah warisan Melayu kita dan janganlah ia mati begitu sahaja tanpa kesinambungan oleh generasi muda hari ini," katanya. Sambil tangannya rancak menyenduk kuah bihun sup untuk dijamu kepada wartawan dan jurufoto bertugas, Ayati memberitahu, anak-anak perempuannya merupakan anggota Orkestra Remaja Istana Budaya. "Memang kami menggalakkan anak-anak bermain muzik. Bahkan dua anak lelaki saya juga menganggotai Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Orkestra DBKL). "Lagipun, lebih mudah apabila anak beranak bermain muzik kerana jika perlu buat latihan, kita boleh adakan pada sebelah malam dan masing-masing sudah tahu peranan sendiri," katanya. Ayati yang turut menjalankan perniagaan katering berkata, dia masih berhubungan dengan rakan artis seangkatan seperti Zur Eda, Rohana Jali, Salwa Abdul Rahman, Nassier Wahab dan Azizul Khamis. Katanya, jika ada masa terluang, rakan-rakannya akan berkunjung ke rumahnya untuk berbual-bual sambil menikmati apa sahaja juadah yang dihidangkan. | ||
Posted: 08 Jul 2011 06:01 PM PDT
PAHLAWAN Melayu terkenal dengan kegagahan mereka di seluruh dunia. Dalam sejarah, keberanian mereka telah dibuktikan sehingga kebanyakan daripada mereka sanggup mengadaikan titisan darah terakhir demi melihat bangsa Melayu hidup tanpa dijajah. Tanpa meminta apa jua balasan, semangat juang mereka wajar diingati agar ia dijadikan semangat buat hari yang mendatang. Pahlawan Melayu bukannya ayam jantan yang hanya tahu berkokok ataupun bermegah-megah dengan kekuatan mahupun kekayaan yang dimiliki sebaliknya mereka telah menjelajah dunia suatu ketika dahulu. Walaupun demikian, hanya segelintir pahlawan sahaja yang diberi penghormatan tertinggi contohnya Hang Tuah yang telah mendapat penghormatan dari Maharaja Cina. Malangnya, biarpun pengorbanan mereka tidak ternilai demi mempertahankan kedaulatan negara, kisah sejarah di sebalik pengorbanan mereka amat sedikit. Bagaimanapun, buat Bayu Utomo Radjikin, karya-karya yang dihasilkan beliau banyak merekodkan figura pahlawan Melayu yang kini semakin dilupai. Menyentuh mengenai figura tersebut, kerja terbarunya, 'Face With Out Name' itu turut diberi pendedahan mengenai kegagahan pahlawan Melayu. Bayu Utomo nyata bijak dengan kombinasi lukisan wajah-wajah pahlawan Melayu dengan juruterbang-juruterbang jet pejuang. Secara tidak langsung, beliau berjaya mencipta satu siri kerja berdasarkan identitinya sebelum ini dalam siri kerja Hiroshima Never Again, One World – No War, Mencari Pahlawan dan Tuboh. Bayu Utomo berkata, subjek lukisan terbarunya itu tidak asing lagi kerana beliau pernah menghasilkan beberapa lukisan yang menceritakan mengenai Perang Teluk pada tahun 1990. "Kali ini saya hasilkan lukisan berdasarkan apa yang sedang berlaku di Asia Barat. "Dalam persembahan kesenian yang diadakan di Singapura baru-baru ini, saya hasilkan 11 karya dan ia mengambil masa selama tiga bulan," katanya ketika ditemui di House of Mata Hati (HOM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ketelitian dan kedalaman makna yang tersirat dalam kandungan karya tersebut membawa maksud yang tersendiri bergantung kepada mereka yang melihatnya. Bagi penulis, pahlawan Melayu kini semakin dilupai jika dibandingkan dengan juruterbang jet pejuang pada masa kini. Peliknya, mengapa Bayu Utomo menjadikan pahlawan Melayu sebagai sumber inspirasi yang dilukis dalam kebanyakan karyanya. Ketika ditanya mengenainya, jawapan yang diberi oleh Bayu Utomo amat mudah iaitu kerana faktor beliau syok sendiri. "Saya tidak terlalu sentimental dalam menghasilkan sesuatu karya. Jika saya tidak syok sendiri sudah tentu saya tidak akan menghasilkannya. "Bagi saya, persepsi syok sendiri tidak jadi masalah. Lagipun kalau kita terlalu meuar-uarkan karya kita pun untuk menjualnya ia berada di luar bidang kuasa pelukis itu sendiri," jelasnya. Boleh dikatakan hampir 80 peratus karya pelukis yang berasal dari Tawau, Sabah ini dihasilkan berdasarkan warna hitam dan putih. Selebihnya hanya sedikit calitan warna yang menonjolkan lagi pemilihan warna tersebut di atas kanvas. "Dalam seni, lukisan hitam dan putih dipanggil sebagai lukisan asas. Zaman dahulu kala, manusia melukis menggunakan arang dan teknik itulah yang saya gunakan. "Teknik tersebut memberi kesan yang tersendiri malah kebanyakan orang juga berpendapat sedemikian," ujarnya. Menurutnya, elemen kebudayaan yang diselitkan dalam karyanya itu sering kali dijadikan pilihan berdasarkan persepsi masyarakat di negara itu sendiri. "Bezanya saya beri idea dan ruang kepada penonton untuk berfikir. Lukisan itu seolah-olah memberi sumber inspirasi selepas mereka melihatnya. "Ada penonton suka berfikir dan apabila mereka melihat lukisan saya pelbagai mesej boleh disampaikan. "Sebagai pelukis, saya tidak sempitkan bidang ini dengan bidang lain kerana seni tidak sama dengan sains dan saya akan berpuas hati apabila orang lain suka melihat gambaran saya," katanya. Berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang ini, Bayu Utomo kini mengambil langkah berani untuk melebarkan sayapnya. Katanya, beliau kini sedang giat mengadakan pameran kesenian di luar negara antaranya seperti Singapura, Indonesia, Vietnam, India, Amerika Syarikat dan United Kingdom. "Buat masa ini, saya berhenti sementara untuk mengadakan pameran lukisan di Malaysia kerana saya rasa tidak ada apa yang ingin dibuktikan lagi. "Saya sudah tunjukkan semuanya di Malaysia dan sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kami mengadakan persembahan di luar negara. "Semua pelukis sudah tentu inginkan kepuasan lebih-lebih lagi apabila orang asing melihat karya kita dan saya gembira dengan perkembangan ini," jelasnya. Tambahnya, faktor utama mengapa beliau mengadakan pameran di luar negara ialah kerana peminat seni dan kolektor kesenian di negara ini lebih tertarik dengan karya antarabangsa. "Pameran di luar negara merupakan salah satu cara untuk menaikkan nilai lukisan itu sendiri disamping menambah kenalan dan bekerjasama dengan pelukis yang lain," ujarnya. | ||
Posted: 08 Jul 2011 05:56 PM PDT
Bagaimanapun, tidak semua graduan berjaya mendapat tempat atau pekerjaan dalam bidang yang dipelajari selepas tamat pengajian di universiti ataupun kolej. Ini kerana bagi mendapatkan kerja dalam bidang dipelajari, kebolehan dan kepakaran amat diperlukan selain bergantung kepada nasib yang baik. Bercerita mengenai kerjaya, S3 minggu ini bertemu dengan Senior Sous Chef, Hasmadi Razali yang pada mulanya tidak berminat dengan kerja-kerja di bahagian dapur. Begitu pun, ramai yang mungkin senasib dengan Sous Chef, Hasmadi. Berasal dari Temerloh, Pahang, Sous Chef Hasmadi pada mulanya tidak pernah mengimpikan bekerja di hotel atau berada di dapur sekali pun. "Saya ceburi bidang ini bukan kerana saya berminat. Ketika mula-mula bekerja di hotel dulu, saya tidak tahu apa-apa pun mengenai masakan kerana minat saya bukan ke arah itu. "Apabila sudah kenal dengan mendalam mengenai bidang ini barulah minat tersebut datang dengan sendirinya," katanya ketika ditemui di Restoran Junction Bistro di tingkat dua, Seri Cempaka Service Suites, Menara PGRM, Cheras Kuala Lumpur, baru-baru ini. | ||
Posted: 08 Jul 2011 05:55 PM PDT
ESOK pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya sekali lagi bakal ditransformasikan dengan keindahan bunga-bungaan yang berwarna-warni sempena Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2011). Bertemakan Mawar Untuk Selamanya, Floria 2011 menampilkan penyertaan daripada 15 negara yang diwakili oleh para penggubah bunga terkemuka di peringkat antarabangsa. Sepanjang sembilan hari Floria 2011, pastinya Putrajaya bakal diwarnai dengan pelbagai rekaan taman dan gubahan bunga indah lagi mempersona dari negara-negara Eropah dan Asia. Ia yang diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya juga bakal memberi ilham kepada para pengunjung untuk menampilkan terutamanya rekaan seni tanam untuk kediaman peribadi mereka. Ilham dan keindahan hasil sentuhan para pereka tersohor dari seluruh pada Floria 2011 sudah tentu akan memberi kepuasan kepada mereka yang mencintai keindahan seni taman dan gubahan bunga. Matlamat festival yang diadakan buat kali keempat itu ialah untuk menonjolkan Putrajaya sebagai bandar dalam taman dan menjadikan Floria itu sendiri sebagai ikon yang sinonim dan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu. Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pemilihan mawar atau rose pula kerana ia bunga yang dikaitkan dengan elemen cinta dan kasih sayang. "Elemen kasih sayang dilambangkan oleh mawar boleh diterjemahkan sebagai usaha murni kerajaan untuk memupuk dan menyuburkan kasih sayang antara rakyat berbilang kaum," kata dalam satu temu bual dengan pihak media baru-baru ini. Pada masa sama katanya, Floria 2011 juga bakal menyediakan peluang perniagaan untuk usahawan tempatan sekali gus membantu menggerakkan ekonomi negara. Sempena festival itu, Samsudin berkata, pameran mawar terbesar merupakan tarikan utama membabitkan lebih 60 jenis. Dengan sasaran 800,000 pengunjung lebih 200 aktiviti harian telah dirancang selain persembahan hiburan dan kesenian untuk orang ramai. Malah kata Samsudin, Floria 2011 juga bakal mencatatkan hasil jualan yang menarik dari 50 gerai, 55 khemah jualan produk seni dan kraftangan tempatan serta 40 gerai makanan dan minuman. Pada tahun lalu katanya, Floria menjana RM1.6 juta. Untuk tahun ini selari dengan temanya juga, sebanyak 12,000 pokok mawar dari pelbagai spesies akan dipamerkan. Pameran bunga dan taman pula terdiri daripada 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni. Selain itu produk-produk hortikultur dan landskap, pertunjukkan taman, demonstrasi oleh pereka dan pertunjukkan bunga-bungaan akan turut menjadi tarikan. Bagi penyertaan antarabangsa, ia membabitkan 13 taman dan susunan bunga New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Hong Kong, Kanada, Korea Selatan, Taiwan, Jepun, Pakistan, Kenya, Indonesia, Macau dan Thailand. Dua penggubah terkenal yang pasti menarik tumpuan pengunjung di Floria 2011 ialah Andy Djati Utomo dari Indonesia dan Joel Marc Frappier dari Kanada. Frappier yang berpengalaman luas pernah dianugerahkan La Palme d'Or pada 2007. Dia juga pernah menjadi penggubah kepada artis terkenal seperti Celine Dion, Shania Twain, Lara fabian dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Sebelum datang ke Malaysia Frappier juga telah menggubah bunga untuk Putera William dan Kate Middleton yang berkunjung ke Kanada. Turut diadakan sempena Floria 2011 ialah perarakan di tasik Putrajaya yang dinamakan 1Malaysia International Tourisme Night Floral Parade 2011 yang pertama kali dianjurkan. Bagi penggemar bonsai, heliconia dan orkid, Floria 2011 juga menyediakan pameran spesies unik itu. Yang pasti, bagi penggemar bunga dan seni taman, Floria 2011 menjanjikan 1,001 tarikan untuk mereka nikmati dan hayati. Seperti kata Samsudin, Floria 2011 akan terus mencetuskan pelbagai peluang dan potensi dalam bidang-bidang yang berkaitan ekonomi, perniagaan dan keusahawanan. | ||
Posted: 08 Jul 2011 05:55 PM PDT
TERCARI-CARI tempat sesuai untuk merehatkan fikiran sambil menikmati hidangan sihat yang sedap lagi menyelerakan? Apa kata selepas seharian di pejabat singgah sekejap di mana-mana cawangan Nando's yang menyediakan hidangan ayam panggang yang sihat dan menggunakan bahan-bahan berkualiti. Ketua Pegawai Eksekutif Nando's, Mac Chung Lynn berkata, pembaharuan turut dibuat selepas menyedari selera pelanggan yang sentiasa berubah. "Untuk hidangan terbaru, kami menyediakan hidangan istimewa yang menggunakan resipi istimewa Portugis yang menggunakan ayam sebagai menu utama,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Hidangan sihat itu diberi nama Petisco yang bermaksud snek dalam bahasa Portugis turut mengandungi roti pita dan juga kepak ayam sebagai hidangan utama. Bagi pelanggan yang sukakan rasa pedas, boleh menambah sos pedas pada hidangan mereka. Bukan sekadar itu, pelanggan juga boleh mencuba minuman baru yang unik dan sedap. Didatangkan dengan empat jenis minuman, Crimson Cola, Citrus Bliss, Redbush Refresher dan Madeira Red, pelanggan boleh mencuba minuman yang unik lagi sedap. Pertama kali mencuba minuman, pastinya pelanggan berasa pelik kerana kesedapan dan keunikan airnya yang dihidangkan bersama buah delima dan juga sebatang serai yang diletakkan bersama air. Sementara itu, bagi yang sukakan hidangan berat, Nando's tetap tidak menghampakan pelanggannya kerana turut menyediakan hidangan berasaskan nasi. Sekali lihat, rupanya seperti nasi beriani yang dicampur bersama hidangan kari ayam dan juga sayur-sayur segar. Dihidangkan di dalam mangkuk klasik, menampakkan lagi hidangan ala Portugis ini seperti sesuatu hidangan yang berkhasiat. Diberikan nama Cataplana ia adalah makanan tradisional portugis yang dihidangkan bersama campuran ayam panggang bersama sayur-sayuran segar. Bagi kanak-kanak pula, Nando's tetap tidak melupakan. Didatangkan dengan hidangan yang berkhasiat dan segar ia sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Menyediakan tiga pilihan hidangan berkhasiat, Little Grow Up membolehkan si kecil memilih makanan kegemaran mereka. | ||
Posted: 08 Jul 2011 05:52 PM PDT
SEBAIK sahaja anda melangkah ke dalam restoran ini, anda pastinya terliur melihat pelbagai hidangan yang disajikan untuk dinikmati. Begitupun, apa yang menarik untuk dikongsi bersama mengenai restoran ini ialah, selain menampilkan konsep kontemporari, dekorasi restorannya berbentuk hati bersesuaian sekali dengan namanya Bistro Qaseh. Dekorasi berbentuk hati tersebut dapat dilihat pada lapik pinggan, cermin, kertas dinding serta lapik gelas. Menurut pemilik restoran tersebut, Kemalawati Yahaya, 41, ciri-ciri kasih sayang amat ditekankan bagi menampilkan sesuatu keunikan agar lebih segar untuk dijadikan kenangan bagi setiap pengunjung. Dalam pada itu, Kemalawati tidak berseorangan mengurus restoran tersebut malah dia berganding tenaga bersama Azhar Zainal, 30, yang mempunyai pengalaman dalam bidang makanan. "Alhamdulillah, walaupun saya tidak punya sebarang pengalaman dalam bidang ini tetapi pengalaman terlibat dalam perniagaan francais 1901 sebelum ini sedikit sebanyak turut membantu. "Memandangkan saya juga merupakan seorang individu yang tidak pandai memasak, sebab itulah rakan kongsi saya merupakan seorang tukang masak yang berpengalaman. "Dengan ini secara tidak langsung saya dapat mempelajari selok belok bidang ini sedikit demi sedikit," ujarnya ketika ditemui di premisnya di No. 2, Jalan Boling Padang F, 13/F, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Dibuka pada 11 Jun 2008, Bistro Qaseh menawarkan pelbagai masakan yang bersesuaian dengan cita rasa pengunjung yang mahukan pelbagai masakan yang berbeza. Masakan ala kampung merupakan keistimewaan di restoran ini selain beberapa lagi masakan Melayu seperti patin tempoyak, asam pedas parang, lemak udang galah, lemak siput sedut, kerabu pucuk paku, pajeri jantung dan pelbagai lagi. Terdapat juga promosi masakan yang dibuat secara bulanan yang berbeza misalnya menu ekor lado dan ketam bercili sepanjang Julai ini. Selain itu, bagi peminat-peminat ikan bakar serta masakan barat, Bistro Qaseh tidak ketinggalan menawarkan gerai ikan bakar, masakan barat, char kuetiau dan sate di bahagian luar premis itu. Kemalawati juga memberitahu bahawa menu di Bistro Qaseh sentiasa berubah mengikut selera pelanggan. Untuk itu para pelanggan yang datang menikmati masakan di Bistro Qaseh tidak akan 'menjumpai' menu yang serupa setiap hari. Katanya lagi, bahan-bahan yang digunakan juga merupakan bahan segar yang dihantar oleh pembekal setiap hari malah segala jenis sayur dan ulam-ulaman dibeli sendiri di pasar borong yang berhampiran. Ini kerana, selain ingin memberi kepuasan kepada para pelanggan, Kemalawati juga ingin memberikan masakan yang terbaik agar ia sentiasa diingati. Bagaimanapun, ia dibuka mengikut masa yang ditetapkan seperti makan pagi, tengah hari, malam dan minum petang dengan memulakan operasi bermula 7.30 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Bistro Qaseh turut menawarkan bufet Ramadan yang akan bermula 1 Ogos ini. Sebanyak 50 jenis hidangan yang berkonsepkan gerai akan disediakan. Bistro Qaseh sedia menerima sebarang tempahan makanan di talian 019-2172737. | ||
Masyarakat islam terus dibela? Posted: 08 Jul 2011 05:51 PM PDT
PILIHAN raya Thailand yang lalu menyaksikan kemenangan besar parti Pheu Thai di bawah pimpinan adik perempuan Thaksin Shinatwatra, Yingluck selepas mengalahkan Parti Demokrat pimpinan Abhisit Vejjajiva. Kemenangan Yingluck sudah diramalkan dan sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan mahupun kerisauan dalam kalangan penduduk Islam di selatan Thailand mengenai masa depan mereka. Persoalannya, adakah nasib mereka terus dibela dengan perubahan kepimpinan negara? Mereka sebenarnya mengharapkan perubahan dasar yang lebih drastik dengan tidak meminggirkan mereka daripada arus pembangunan. Semuanya bakal terjawab nanti. Diharapkan umat seagama ini mendapat pembelaan sewajarnya dan seterusnya mewarnai kehidupan dengan lebih selesa lagi sejahtera. "Luka dalam hati masyarakat Islam di selatan Thailand masih belum terubat sepenuhnya. Luka ini mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. "Perhatian kerajaan dan bantuan yang dihulurkan kepada kami akan mengubati luka ini," demikian luahan rasa kecewa diucapkan oleh Imam Masjid Sultan Ismail Shah Kampung Parit Mukim Barahoum di Pattani, Mohamad Wan Idris, 60,yang menjentik emosi penulis dalam pertemuan sempena lawatan tersebut. Daripada riak wajah yang agak sayu mengenangkan nasib lebih lima juta umat Islam meliputi wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, Satun dan Songkhla di selatan negara gajah putih itu, mereka mengharapkan sinar kedamaian. Juga hak kesamarataan dalam pelbagai bidang termasuk sosioekonomi dan pendidikan. Umat Islam di wilayah berkenaan tidak pernah melupakan peristiwa berdarah yang berlaku di Masjid Krue Se, Pattani pada 28 April 2004 menyebabkan 32 orang yang didakwa pemberontak, terbunuh selepas pihak berkuasa menyerbu masjid berusia 300 tahun itu. Enam bulan kemudian, ketika umat Islam melaksanakan ibadat puasa Ramadan, berlaku pula peristiwa Tak Bai, Narathiwat pada 24 Oktober 2004. Seramai 85 orang terbunuh akibat sesak nafas kerana ditindih beramai-ramai di dalam trak askar. Peristiwa pahit itu sememangnya tidak dapat dilupakan mereka yang ketika itu di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Mereka berasa agak tersisih sebelum ini tetapi segala-galanya kian berubah sejak dua tahun lalu atas keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang mahukan pembangunan ekonomi seimbang. Memberi kebebasan pendidikan agama di selatan Thai dan bantuan kepada pengetua sekolah pondok dan sekolah aliran agama swasta serta masjid sedikit sebanyak telah menjelmakan 'ubat' bagi mengubati luka tersebut. Apa yang terbuku di hati dinyatakan dengan ikhlas kepada rombongan 16 wakil media dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Bangladesh, Pakistan dan India yang menyertai program tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar masyarakat di wilayah terbabit. Ketua Kampung Peret Sultan Ismail Shah, Pattani, Nik Razali Nik Mat Amin, 50, pula memberitahu, masyarakat Islam di kampung itu terus dibela dengan adanya program pembangunan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup mereka seperti bercucuk tanam dan ternakan. "Kebanyakan keganasan dan tindakan agresif seperti pembunuhan lebih kepada bersifat peribadi berkaitan dengan dadah dan urusan perniagaan," katanya. Sambil menegaskan, masyarakat Islam di Pattani khususnya percaya perjuangan secara kekerasan bukanlah jalan penyelesaian konflik yang berlarutan berpuluh-puluh tahun lamanya, malah mengambil pendekatan perbuatan membunuh sesama manusia bukanlah dituntut oleh agama. Kata Nik Razali, setakat ini umat Islam bebas beribadat, belajar agama dan itu sepatutnya berlaku seperti mana termaktub dalam perlembagaan Thailand yang memberi kebebasan beragama. Pendekatan berlembut kerajaan sedia ada sedikit sebanyak membalut 'luka' yang terpahat dalam roh dan jiwa mereka. Sekali gus menjadikan keadaan suasana kehidupan yang lebih aman serta sejahtera. Lebih 4,000 orang termasuk 400 pegawai kerajaan terbunuh sejak kempen menuntut pemerintahan sendiri (autonomi) dilancarkan di wilayah Selatan sejak kira-kira tujuh tahun lalu. | ||
Ebru - Seni hiasan kertas marmar Turki Posted: 08 Jul 2011 05:51 PM PDT
MARMAR ialah sejenis batu kapur yang mempunyai corak dan warna semulajadi yang sangat menarik. Keunikan corak marmar menjadikan ia pilihan untuk digunakan di bahagian lantai, dinding dan tiang dalam sesebuah bangunan. Dalam kesenian Islam terdapat sejenis teknik hiasan kertas yang dikenali sebagai marmar. Teknik kertas marmar dipercayai bermula di China. China yang mempunyai sejarah penulisan yang panjang telah menghasilkan hiasan kertas marmar bagi mempelbagaikan bahan yang diperlukan dalam bidang tersebut. Antara kertas marmar tertua yang dihasilkan di China ialah yang digunakan dalam manuskrip dihasilkan seawal abad ke 10 Masihi. Dalam dunia Islam, terdapat beberapa wilayah yang mempunyai kepakaran dalam penghasilan seni hiasan kertas ini seperti Asia Tengah, Iran dan Turki. Kesemua wilayah ini mempunyai sejarah sebagai tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan merupakan pusat penghasilan manuskrip kajian dan karya sastera Islam yang ulung. Dalam kesenian Islam terdapat sejenis seni hiasan kertas yang dikenali sebagai kertas marmar atau ebru dalam bahasa Turki yang bermaksud berwarna-warni manakala dalam bahasa Parsi ia dipanggil abru-bad yang bermaksud awan dan angin. Turki yang merupakan pusat pemerintahan empayar Islam yang terakhir iaitu Uthmaniyah telah menghasilkan teknik hiasan kertas marmar yang dikagumi di Barat. Orang Eropah mula mengenali seni hiasan kertas ini apabila mereka datang ke Asia Tengah khususnya Turki pada abad ke 17 Masihi. Contoh kertas hiasan ini telah dibawa pulang ke Eropah dan diberi nama sebagai marbled paper atau kertas marmar. Sejak dari itu, teknik hiasan kertas ini telah digunakan sebagai hiasan barangan kraf seperti kulit buku dan kertas hiasan untuk mengalas rak atau laci. Berlainan pula dengan penggunaan kertas marmar ini diwilayah Islam. Seperti di China, kertas berhias ini digunakan dalam penulisan kata-kata hikmah dan puisi Islam. Keindahan tulisan kaligrafi Islam terserlah dengan berlatarkan corak marmar. Seorang seniman Perancis, Francis Bacon menjelaskan tentang teknik hiasan ini seperti berikut: "Orang Turki mempunyai sejenis hiasan kertas marmar yang cantik yang tidak kita perolehi. "Mereka meletakkan warna di dalam minyak berulang kali dan menitikkannya di dalam air. Kemudian ia dikacau perlahan-lahan dan ahkir sekali melembapkan kertas dan diletakkan di atas air dan seterusnya mengangkat kertas tersebut bersama corak yang terdapat di dalam air." Proses penghasilan corak marmar sebenarnya berlaku sewaktu proses meletakkan warna dan mengacau warna di dalam air. Kekreatifan seniman terserlah dengan gerakan tangan yang mencampurkan warna di dalam air. Warna tidak mudah bercampur di antara satu dengan yang lain kerana terdapatnya minyak di dalam air. Terdapat pelbagai corak yang boleh dihasilkan menggunakan teknik ebru. Antara corak yang selalu dihasilkan ialah seperti tompokan minyak di atas air, bunga tulip, bunga teluki, kipas dan sebagainya. Teknik hiasan kertas ini telah berkembang dengan cepat di Turki dan ia masih dihasilkan oleh seniman di sana. Sekarang teknik ebru bukan sahaja menjadi penghias manuskrip malah ia turut dikagumi sebagai karya seni tersendiri dalam kelasnya. Di Muzium Kesenian Islam Malaysia, teknik hiasan kertas marmar ini boleh dilihat pada manuskrip yang berasal dari Turki dan Iran di dalam galeri manuskrip dan al-Quran. | ||
Posted: 08 Jul 2011 05:46 PM PDT
BAGI memantapkan lagi pengetahuan agama Islam dan uslub dakwah untuk melahirkan saudara Muslim yang berkualiti dan cemerlang, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Program Metodologi Dakwah Saudara Muslim India Peringkat Kebangsaan 2011 di Pulau Pangkor, Perak pada 24 hingga 26 Jun lalu. Program tersebut menghimpunkan 86 saudara Muslim India dari seluruh negara termasuk Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) dan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (Pusba) serta mendapat kerjasama dari Perkim Bahagian Negeri Perak. Penyelaras Program, Amran Abdullah berkata, program itu untuk membina sahsiah mukmin dan melahirkan para pendakwah yang sanggup menghadapi rintangan perjuangan dalam kehidupan. "Program tersebut dilihat sebagai satu medan utama yang dapat mengumpulkan saudara Muslim dari pelbagai peringkat dengan objektif mewujudkan ukhuwah silaturahim dan juga perkongsian ilmu di kalangan peserta," katanya. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak merangkap Pengerusi Tetap Perkim, Datuk Dr. Abu Bakar Shaari. Amran yang juga Penolong Pegawai Dakwah dan Kebajikan Hal Ehwal Sosial Perkim berkata, program itu juga menyediakan ruang untuk peserta mendalami Islam secara lebih berkesan. Katanya, ia melalui pendekatan dan penggunaan bahasa ibunda mereka sendiri iaitu bahasa Tamil bagi melancarkan komunikasi dan kefahaman. "Ia bukan sahaja memupuk semangat kekeluargaan antara peserta malah berpeluang memperkemaskan keimanan dan keperibadian Muslim dalam semua aktiviti sekali gus melahirkan pendakwah profesional dan serba boleh," kata beliau. Antara objektif program adalah melahirkan fikrah Islamiah peserta dengan mempertingkatkan kefahaman serta kesedaran mengenai Islam, selain memantapkan keimanan dan mewujudkan pendekatan dakwah yang berkesan, aktif serta lebih bersistematik. Secara tidak langsung, program ini dapat mengenal pasti permasalahan besar oleh pendakwah dalam menangani masalah di kalangan saudara Muslim India yang lain. Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan pada program itu iaitu Teknik-Teknik Dakwah Yang Berkesan oleh Pengasas Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Kamaruddin Abdullah. Satu lagi kertas kerja bertajuk Kebesaran Hati Seorang Pendakwah disampaikan oleh penceramah bebas, Abdul Raof Abdullah. Mohd. Zulkarnain Abdullah dari Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pula menyampaikan kertas kerja bertajuk Sifat Rasulullah SAW. Kertas kerja keempat disampaikan oleh Mohd. Zainuddin Abdullah dari Perkim cawangan Kolej Islam Malaya dengan tajuk Kami Dengar Kami Taat. Turut diadakan, forum perdana bertajuk Penyampaian Dakwah Di Kalangan Masyarakat India, Persepsi dan Realiti. Ia dibincangkan oleh Abdul Latif Satharan Abdullah yang merupakan Pengerusi Persatuan Dakwah Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (Al-Hidayah) dan Muhammad Naim Islam Abdullah dari Pusba. Ia dipengerusikan oleh Abdul Rahman Siva Abdullah dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Peserta kumpulan turut bersama-sama membuat persembahan dalam pertandingan sketsa yang bertajuk mualaf murtad, samseng jalanan, keluarga bukan Islam, sahabat pelbagai kaum dan poligami tauhid. Selain itu, turut diadakan persembahan pertandingan pidato dengan tajuk Adab Kepada Bukan Islam, Peranan Seorang Pendakwah, Halangan dan Cabaran Pendakwah, Rasulullah SAW Model Pendakwah Terbaik dan Kerohanian Pendakwah. Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin. Dalam ucapannya, beliau berkata, bukan mudah untuk menjadi pendakwah yang berjaya jika ia tidak bermula daripada diri sendiri yang menjadi perangsang bagi memantap dan memperkasakan imej pendakwah Islamiah. "Seorang pendakwah mestilah mempunyai kekuatan ilmu yang tinggi untuk berhujah dan menghadapi golongan sasar dengan menanamkan cintai ilmu agama, memupuk semangat membaca dan mengikuti isu-isu semasa serta global," katanya. Pada majlis itu, Razali turut menyampaikan sijil penghargaan dan hamper beserta piala kepada pemenang sketsa, pidato dan tilawah al-Quran. | ||
Kota Shanghai syurga si pengembara Posted: 08 Jul 2011 05:44 PM PDT
BERMULA dari hanya sebuah perkampungan nelayan kecil, Shanghai berkembang kepada sebuah bandar pelabuhan dan kini menjadi kota metropolitan yang paling pantas membangun di dunia. Peluang ke Shanghai baru-baru ini memberi peluang kepada penulis menyelongkar keindahan kota yang dipenuhi bangunan pencakar langit dan serba-sedikit sejarahnya. Kepesatan dan keunikan Shanghai bukanlah sesuatu yang baharu dikenali tetapi telah lama dikagumi dunia sebagai pusat pertembungan budaya asing seperti Inggeris, Perancis dan Amerika. Perkembangannya bermula selepas kekalahan China kepada Inggeris dalam Peperangan Candu pada 1842 yang memaksa China melepaskan kuasa pentadbiran di Shanghai. Pentadbiran Shanghai kemudian diserahkan kepada lapan kuasa asing iaitu Inggeris, Jerman, Amerika, Itali, Perancis, Jepun, Austria dan Hungry. Kawasan penempatan dan pentadbiran antarabangsa yang dibentuk melalui Perjanjian Pelabuhan kemudian menjadi titik tolak kepada pembangunan yang lebih terbuka dan maju sehingga hari ini. Sebagai kota di mana undang-undang China tidak berkuasa, Shanghai menjadi tumpuan pengembara yang datang dari seluruh dunia untuk mencuba nasib. Dikatakan, 'kota kebebasan' itu menjadi syurga persembunyian pesalah yang melarikan diri dari pihak berkuasa. Selain itu pembangunan yang rancak akibat kemasukan pedagang dari Timur dan Barat turut mengundang masalah apabila kebanyakan kawasan di kota itu bertukar menjadi sarang ahli-ahli kongsi gelap yang mengambil kesempatan terhadap para peniaga. Suasana itu pernah digambarkan melalui drama popular, The Bund yang dilakonkan oleh Chow Yun Fat pada awal 80-an. Pada masa kini, budaya samseng berkapak itu menjadi sebahagian daripada kebudayaan Shanghai yang dipertontonkan kepada pelancong melalui persembahan tarian dan fesyen. Shanghai moden Pada masa kini kota kedua terbesar di China yang didiami oleh lebih 23 juta penduduk itu dibahagikan kepada dua wilayah utama oleh Sungai Huangpu. Wilayah Pudong di sebelah timur dan Puxi di barat. Peluang menetap di Hotel Gran Melia Shanghai yang terletak di tepi Sungai tersebut baru-baru ini memberi peluang kepada saya menyelongkar beberapa kawasan tumpuan pelancong di Pudong dan Puxi. Tarikan utama semestinya bangunan pencakar langit yang terletak tidak jauh dari situ. Untuk merakam keindahan kota berprestij itu, saya ke Waitan iaitu lokasi tumpuan pelancong untuk menaiki bot persiaran yang lebih dikenali dengan nama Inggerisnya, The Bund. Selain bangunan moden, kawasan tebingan sungai itu juga dihiasi keindahan bangunan zaman kolonial. Pemandangan pada waktu malam dari atas bot memperlihatkan susunan bangunan yang dihiasi lampu neon berwarna-warni. Setiap bangunan juga berfungsi sebagai 'papan iklan' gergasi yang berubah warna dan imej sepanjang masa. Berdiri paling gah di situ adalah tiga struktur paling tinggi di Shanghai iaitu Menara Oriental Pearl, Menara Jin Mao dan Pusat Kewangan Dunia. Pusat Kewangan Dunia setinggi 492 meter merupakan bangunan tertinggi di China dan ketiga di dunia. Itulah Shanghai, kota yang dipenuhi dengan 'alat-alat permainan' kerajaan. Ia digambarkan sebagai bandar contoh republik itu seratus tahun akan datang. Landskap konkritnya pula berubah secara drastik setiap tiga tahun. Selain pencakar langit, Shanghai juga memiliki rangkaian kereta api Maglev yang merupakan kereta api terpantas di dunia. Jika berpeluang ke sana, pecutan selaju 430 kilometer sejam itu mungkin antara pengalaman yang tidak ingin dilepaskan. Bagi yang bercadang untuk meneruskan perjalanan ke Beijing dari Shanghai, sistem rel magnetik yang dibangunkan oleh teknologi Jerman itu hanya memakan masa lima jam berbanding lapan jam sebelum ini. Kelancaran lalu lintas di bandar itu juga diurus teratur dengan enam terowong bawah sungai. Namun pembangunan yang pesat bukanlah sesuatu yang dibanggakan oleh setiap penduduknya. Ungkapan yang paling popular di situ mengatakan 'Shanghai adalah syurga untuk si kaya dan neraka bagi si miskin'. Kehidupan di kota serba mewah itu bukan sahaja memberi tekanan kepada yang berpendapatan rendah bahkan golongan yang berpendapatan sederhana turut tertekan dalam meneruskan kehidupan. Bayangkan jika harga sebuah pangsapuri bertaraf kos sederhana boleh mencecah harga jutaan Yuan. Namun hakikatnya, peluang pekerjaan yang menanti di kota itu tetap menarik rakyat dari serata dunia untuk mencuba nasib. Penulis juga berkesempatan ke lokasi pelancongan terkemuka iaitu Bandar Lama Shanghai (Yuyuan). Bagi yang tidak kisah berbelanja, Yuyuan adalah peluang terbaik untuk menikmati keenakan makanan cina di salah sebuah restoran paling popular di Shanghai, iaitu Restoran Lu Bo Lang. Untuk kunjungan lebih bermakna, tetamu boleh menempah persembahan The Changing Face iaitu tarian opera seorang perwira yang menukar topeng sepantas kilat (sebanyak enam kali). Di dinding restoran itu tertera gambar-gambar individu ternama yang pernah bertandang termasuk Fidel Castro, Bill Clinton, Queen Elizabeth dan ramai lagi. Walaupun Shanghai sebuah bandar mahal, peluang untuk membeli-belah dengan harga yang berpatutan masih ada. Penulis ke pasar raya bawah tanah Plaza AP yang terletak di bawah laluan Metro 2. Di sini pelawat boleh mendapatkan barang-barang tiruan yang berkualiti. Jangan terlalu teruja membayar kerana harga bagi setiap barang boleh dikurangkan lebih separuh daripada harga yang ditawarkan. | ||
Ifa Raziah santai di taman tema Posted: 08 Jul 2011 05:40 PM PDT ![]() KELUARGA BAHAGIA... Dari kiri, Mohd. Yani, Sharifah Putri Umairah, Muhammad Shakir Aqili dan Ifa Raziah sewaktu bersantai di Taman Tema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. ILI... jangan lari. Kita kena tangkap gambar dulu. Nanti baru Qili boleh naik kereta tu (honey bump)," jerit Ifa Raziah pada anaknya, Muhammad Shakir Aqili Mohd. Yani, 6. Dari riak wajah Qili, S3 dapat lihat yang kanak-kanak itu tidak sabar-sabar untuk mencuba pelbagai permainan sebaik sahaja mereka sampai di Taman Tema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kata Ifa, begitulah gelagat Qili, setiap kali mereka sekeluarga berkunjung ke taman tema kerana anak lelakinya itu amat meminati kereta terutamanya bump car. Malah Qili sempat bergambar dengan kakaknya, Sharifah Putri Umairah, 12, di sudut foto berlatar belakangkan karikatur watak daripada filem Cars. Menurut Ifa, di rumah banyak koleksi kereta mainan Qili yang dibelinya. "Cuba bayangkan, dalam sebulan dua tiga buah kereta Ifa dan papanya, terpaksa beli. Kalau sebuah kereta berharga RM30, kiralah berapa banyak wang Ifa melayang. "Entahlah, Ifa tengok si Qili memang suka sangat dengan model kereta. "Dia juga pandai menjaga kereta-kereta mainannya itu," cerita Ifa tentang gelagat anaknya itu. Katanya, selain membeli barang mainan mengikut minat anak-anak, dia juga sering membawa mereka bersantai di taman tema bagi mengisi waktu lapangnya. Mengetahui minat anak-anaknya yang suka bermain di tama tema, justeru itu setiap kali mendapat undangan persembahan di Kota Keriangan Genting Highlands, Ifa akan membawa anak-anaknya bersama. "Setakat ini sudah beberapa kali mereka berrmain di Genting Highlands. Antara kami anak-beranak, hanya suami Ifa, Mohd.Yani sahaja yang penakut sikit. Kalau kami main games yang ekstrem sikit, dia tunggulah di bawah," katanya. Selain ke Genting Highlands, Ifa juga pernah membawa anak-anaknya ke Sunway Lagoon dan terbaru ke Universal Studio, Singapura. Kata Ifa, dia suka naik roller coaster kerana permainan itu mampu membuatkan dirinya hilang perasaan takut. "Mula-mula naik roller coaster, memang takut... rasa nak gugur jantung. Lama-lama biasa sahaja sebab waktu. itulah kita menjerit sepuas hati," katanya yang muncul dalam Gulai Tempoyak Chicken Chop, yang disiarkan dalam slot Senda Pagi, di TV3. Ifa yang turut dikenali sebagai Datin dalam Datin Oppss Dato, yang disiarkan di Saluran Astro Warna (Saluran 132, Astro) berkata, kalau sudah berkunjung ke taman tema, dia boleh lupa waktu kerana leka melayan telatah anak-anak. Sewaktu di Taman Tema Berjaya Times Square, Ifa dan ahli keluarga yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Eksekutif Muda Promosi dan Pemasaran, Stephen Ho, berkesempatan bermain Robo Crash (kereta berlaga), carnival games iaitu bowl & ball yang menawarkan hadiah patung buaya. Selain itu, mereka juga sempat menaiki Molly - cods swing, botanic drive, buddy go round dan flying bumble bee hinggakan Ifa terpaksa memujuk Qili untuk berhenti bermain. Ifa yang bakal menjalani penggambaran drama Peah Murai, pertengahan bulan ini berkata, sehingga kini dia belum mendapat tawaran melakonkan watak protagonis. "Entahlah, sekarang ini wajah Ifa dicop sebagai pelakon komedi. Ifa memang tidak kisah diberi watak apa kerana itu semua rezeki. Cuma kalau boleh Ifa ingin menjadi pelakon serba boleh. "Dulu asyik jadi wanita jahat atau penggoda, sekarang ini lawak pula. "Kalau dapat bawa watak wanita yang teraniaya atau sedih, pasti ianya mencabar sebab Ifa jarang diberi peranan sebegitu," luahnya. Dalam sibuk melayan karenah Qili, Ifa sempat memberitahu S3, yang dia bakal muncul dengan single baru, Luar Biasa yang dicipta oleh Sharon Paul dan lirik oleh Nurfatimah. Katanya, lagu Luar Biasa dirakam tahun lalu dan disebabkan lagu tersebut diterbit sendiri maka ia lewat diperkenalkan kerana bergantung kepada bajet. "Maklumlah buat lagu guna duit sendiri, jadi apa-apa pun kena tengok bajet. Kalau bajet ada, sudah lama lagu itu diperdengarkan di corong radio. "Lagu ini tidak ada kena menggena dengan lagu dendangan Shahir AF9 kerana ia berbeza sama sekali. Mungkin judul lagu sahaja kebetulan sama," jelasnya. | ||
Posted: 08 Jul 2011 05:40 PM PDT
PENYANYI muda ini cukup optimis dengan hala tuju hidupnya. Dia semakin yakin dengan apa yang dikehendakinya. Usianya yang bakal mencecah angka 20 pada Disember ini bukanlah penghalang buat Amanda Imani untuk mengorak langkah sebagai salah seorang penyanyi berjaya dalam arena muzik tempatan dan antarabangsa. Seharian bersama anak gadis berbibir seksi itu, ternyata Amanda rupa-rupanya seorang yang aktif dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi memenuhi masa santainya. Jika mempunyai kelapangan, Amanda akan ke Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), Mont Kiara, Kuala Lumpur untuk melakukan aktiviti kegemarannya seperti bersenam di gimnasium dan bermain boling. Ujar Amanda, lokasi kelab tersebut yang berdekatan dengan rumah memudahkan perjalanannya untuk ke situ kerana tidak perlu mengambil masa yang agak lama. Lebih setahun memegang kad keahlian di situ, Amanda memberitahu, kelab tersebut mempunyai pelbagai kemudahan yang memberinya pilihan untuk melakukan aktiviti pilihannya. "Lagi pun di sini, pengunjungnya tidak begitu ramai kerana ia hanya dibuka untuk pemegang kad keahlian sahaja. "Jadi, ia lebih privasi untuk melakukan apa jua yang saya mahukan. Tidak perlu berebut-rebut. Selalunya, saya akan datang ke sini dua kali dalam sebulan pada sebelah pagi. "Saya rasa selesa datang ke sini kerana ia agak jauh daripada hiruk-pikuk kota dan udaranya menyegarkan memandangkan terdapat banyak pokok yang menghijau di sekelilingnya," katanya kepada S3. Memulakan aktivitinya pada hari itu dengan bersenam di pusat gimnasium yang terdapat di situ, Amanda menjelaskan, pelbagai alat senaman disediakan buat ahli kelab tersebut. Tambah Amanda, mesin treadmill lazimnya menjadi pilihannya untuk memulakan senaman. "Saya datang ke gim bukanlah untuk angkat besi. Cuma nak berlari atau pun berbasikal. Kadang-kadang, kalau ada mood, barulah saya akan 'main' mesin senaman yang berat-berat. "Lepas berpeluh-peluh dalam gim ini, saya akan berenang di kolam renang yang ada di sini. "Kemudian, barulah saya pergi bersarapan di restoran yang berada di tingkat bawah kelab itu. "Roti bom yang dijual di situ sangat lazat dan mengenyangkan. "Jika banyak masa lagi, sesekali saya akan bermain boling pula," tambah Amanda yang baru sahaja memenangi anugerah di Festival Muzik Pop Antarabangsa ke-20 yang berlangsung di Varna, Bulgaria pada 13 hingga 15 Mei lalu. Di festival berkenaan, Amanda diumumkan sebagai Bakat Muda Terbaik, pengiktirafan daripada World Association of Festivals and Artists (WAFA) serta Lagu Asli Terbaik menerusi singlenya, Selamilah Cinta. Dalam perkembangan lain, baru-baru ini, Amanda dicalonkan untuk merebut anugerah Vokal Terbaik Artis Baru Wanita pada Anugerah Planet Muzik 2011 yang bakal berlangsung di Max Pavilion, Singapura pada 15 Julai ini. | ||
Posted: 08 Jul 2011 05:39 PM PDT
KALAU hendak memperkatakan tentang aktor yang seorang ini, memang tiada lain yang menjadi perhatian selain kepakarannya menghasilkan pelbagai ekspresi. Maka itu, tidak hairanlah apabila Jim Carrey dilabelkan sebagai rubber face atau wajah getah oleh pihak media dan peminat di Hollywood sejak sekian lama. Jim yang cukup popular dengan filem-filem komedi baru sahaja muncul dengan filem terbarunya, Mr. Popper's Penguins yang kini ditayangkan di pawagam. Lihatlah sahaja gelagat Jim seperti mana yang dirakamkan oleh jurufoto AP, MATT SAYLES sewaktu aktor komedi itu menerima anugerah Pelakon Lelaki Paling Lucu pada Anugerah Spike TV Guys Choice di California, Amerika Syarikat, baru-baru ini. | ||
Posted: 08 Jul 2011 05:38 PM PDT
TIDAK dinafikan, zaman kanak-kanak adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Pelbagai insiden yang berlaku dalam tempoh masa tersebut sehinggakan ia tidak mampu dikikis daripada memori seseorang. Bagi penyampai berita stesen Astro Awani (Saluran 501, Astro), Ashwad Ismail, 26, aktiviti bermain layang-layang benar-benar mengembalikan nostalgia zaman 'hingusannya' ketika masih menuntut di bangku sekolah lagi. Kata Ashwad, sekembalinya dari sekolah, dia bersama beberapa orang rakan akan meluangkan masa untuk sama-sama membuat layang-layang menggunakan batang lidi dan juga akhbar lama sebelum berkumpul di kawasan lapang memulakan permainan. "Namun, zaman moden sekarang ini, kanak-kanak tidak lagi merasai pengalaman membuat layang-layang sendiri kerana semuanya telah siap tersedia. "Bahkan, bermacam-macam pilihan diberikan peniaga dengan pelbagai rupa bentuk layang-layang yang amat menarik dan berwarna-warni," kata Ashwad kepada S3 ketika sesi fotografi bersamanya di Taman Metropolitan, Kepong, Selangor baru-baru ini. Tambah jejaka kelahiran Alor Setar, Kedah itu, kerjaya sebagai wartawan penyiaran yang saban hari tidak lekang berkejaran ke sana sini untuk mendapatkan bahan berita membuatnya berasa penat dan tertekan. Lantaran itu, tatkala melihat layang-layang berterbangan di langit biru yang luas terbentang, Ashwad berkata, ruang mindanya berasa lapang tanpa perlu memikirkan beban kerja yang sentiasa 'mengejarnya' setiap hari. "Fuh...! Lega rasanya dapat bermain layang-layang. Walaupun terpaksa 'berhempas-pulas' dengan arah tiupan angin yang tidak menentu sebelum menaikkannya, namun saya puas dan seronok setelah melihat layang-layang itu berada di ruang udara. "Begitu santai dan menenangkan. Selepas ini, entah bila lagi saya berkesempatan untuk melakukan aktiviti ini," soalnya kepada diri sendiri. Menceritakan keseronokannya pada petang itu, Ashwad memberitahu, cuaca yang baik melancarkan 'penerbangan' layang-layang yang baru sahaja dibelinya di pintu masuk taman rekreasi berkenaan. Ashwad menambah, percubaan menerbangkan layang-layangnya itu tidak semudah yang disangka. "Selepas tiga kali mencuba, barulah layang-layang saya naik tinggi hingga ke tahap maksimum. "Mula-mula tu memang geram jugalah sebab layang-layang kanak-kanak sebelah saya naik tinggi walaupun pertama kali bermain," ujar Ashwad yang merupakan graduan Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) itu. | ||
Buat lagu dakwah ilham klip video Posted: 08 Jul 2011 05:35 PM PDT
Biarpun sinonim dengan lagu-lagu rock tetapi CD Naz berubah angin selepas lebih dua dekad melekat dengan genre muzik yang bingit dan keras itu. Gitaris berusia 39 tahun itu kini berubah arah menerusi lagu-lagu ketuhanan. Menurut CD Naz yang berasal dari Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis ini, dia tidak terfikir suatu akan beralih arah daripada membawakan lagu-lagu ketuhanan. Ini kerana jiwanya begitu kental dengan genre rock. Namun, kekentalan jiwanya yang tebal dengan pengaruh muzik dari Barat itu akhirnya cair selepas dia menonton sebuah klip video lagu kumpulan rock dari Indonesia. Itu adalah langkah awalnya menghasilkan lagu berunsur ketuhanan. "Tahun lalu saya secara tidak sengaja menonton sebuah klip video kumpulan Ungu di U-Tube. Saya lupa judul lagu itu tetapi cerita di sebalik klip video yang memaparkan satu adegan kemalangan jalanraya amat menyentuh hati saya. "Saya sedih, gerun dan tersentuh apabila melihat adegan itu yang sangat sesuai dengan melodi lagu itu. Ia bukan sahaja menginsafkan saya tetapi juga memberi idea baru. Daripada situlah timbulnya idea saya mencipta lagu baru. "Tidak lama selepas itu saya mendapat idea mencipta lagu bertajuk Perlu Kembali yang lebih ke arah lagu-lagu dakwah. Saya mencipta lagu, lirik dan menyanyikan sendiri lagu itu," katanya. Pada pertemuan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu, duda anak satu ini tidak menafikan ramai peminatnya yang terkejut apabila dia tampil dengan album single. Bapa kepada Naylie Carmiela, 11, ini berkata dia sendiri pada mulanya berasa agak kekok menyanyikan lagu itu kerana rentaknya yang sangat berbeza daripada muzik rock yang pernah dimainkannya selama ini. "Ramai juga peminat saya di Facebook yang bertanya dan tidak percaya dengan perubahan dalam lagu-lagu terbaru ciptaan saya. Bagi saya, lebih senang untuk berubah ke arah lagu-lagu ketuhanan kerana saya kini penyanyi solo. "Kalau bersama-sama dalam satu kumpulan agak sukar saya menarik perhatian anggota-anggota lain ke arah lagu dalam genre ini. Maklumlah hati manusia tidak sama dan setiap orang tahap pemikiran dan kesedarannya juga berbeza. "Saya dapati lagu-lagu ketuhanan banyak memberi kepuasan kepada saya. Selain itu, saya juga boleh berkongsi perasaan dan kesedaran itu dengan para pendengar. Apatah lagi lagu-lagu ketuhanan semakin popular sekarang ini," ujarnya. Dia yang pernah muncul dengan album solo pertamanya berjudul Bara Rasa pada tahun 2005 di bawah syarikat rakaman Inter Global Music (M) Sdn. Bhd., itu kini berusaha untuk menyakinkan para peminat akan album singlenya itu. Namun, pada masa sama gitaris berusia 39 tahun ini tidak menafikan sukar untuk mengikis imej rock yang ada pada dirinya, selain menyakinkan para pendengar bahawa tidak mustahil pemuzik rock sepertinya juga boleh bertukar rentak muzik. "Di sini saya mahu menekankan bahawa saya bukannya pejuang muzik. Sebaliknya, saya adalah pencinta muzik. Saya hanya akan membawakan lagu-lagu yang bagus termasuklah mesej dalam lirik lagu-lagu yang saya nyanyikan. "Saya harap, para pendengar faham dengan pendirian saya itu. Ini kerana, bukan saya seorang tetapi ramai penyanyi lain juga berubah dan beralih konsep muzik mereka termasuklah Cat Stevens dan Akhil Hayy. Ia bukannya trend. "Semua itu datangnya dari hati masing-masing. Setiap orang ada pengalaman sendiri termasuklah saya. Siapa sangka lagu Perlu Kembali itu ideanya tercetus daripada klip video lagu rock," tuturnya lagi yang telah menduda sejak 11 tahun lalu. | ||
Tanggungjawab sosial Ana Raffali Posted: 08 Jul 2011 05:34 PM PDT ![]() Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan pembabitan artis kerana pengaruh mereka yang cukup besar dalam kalangan masyarakat. Setiap tindak tanduk dan perbuatan artis sering kali dijadikan panduan untuk diikuti oleh peminat. Penyanyi yang terkenal dengan imej berbaju kurung, Ana Raffali misalnya, tidak terkecuali menyertai beberapa aktiviti sosial. Walaupun popularitinya Ana mencanak naik setelah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 25, awal tahun ini, namun bukan alasan untuk dia melupakan tanggungjawabnya melakukan kebajikan. Dalam program Sinar Kasih Ramadan yang dianjurkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Sinar Harian dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Ana adalah artis yang memberikan sokongan. Menurut Ana, secara peribadinya dia sudah lama berhasrat untuk terlibat dengan program yang menyeru ke arah kebaikan seperti ini. "Mungkin ramai di antara kita yang masih belum mengetahui mengenai program ini walaupun sudah memasuki tahun keempat penganjurannya. "Saya berharap penglibatan saya dapat membuka mata masyarakat untuk lebih peka dan seterusnya membantu golongan yang memerlukan," katanya. Melalui program tersebut, sumbangan kepada YBK akan digunakan untuk keperluan makanan bagi diagihkan kepada keluarga miskin terpilih sepanjang Ramadan. Sumbangan boleh disampaikan melalui cek di atas nama 'Yayasan Basmi Kemiskinan' ditulis di belakang cek 'Program Sinar Kasih Ramadan 1432H/2011M' atau melalui tabung yang diletakkan di restoran makanan India Muslim di seluruh Semenanjung. Selain Sinar Kasih Ramadhan, Ana sebelum ini terlebih dahulu turut terlibat dalam kempen membaca bertemakan 'Baca Selalu, Sayang Buku' di Sekolah Kebangsaan Seksyen 2, Bandar Kinrara, Selangor. Dalam program tersebut, Ana turut menyumbangkan beberapa buah buku dan mengadakan sesi bercerita bersama murid-murid sekolah berkenaan. Menurut platun lagu Tolong Ingatkan Aku ini, menjadi hasratnya untuk memupuk amalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda. "Saya memang suka membaca kerana dengan amalan ini kita akan memperoleh pelbagai ilmu berguna yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. "Saya berharap sumbangan saya yang sedikit ini dapat menarik minat pelajar untuk membaca dan menyayangi buku," katanya. | ||
Malaysia kekal penerbit terbesar sukuk Posted: 08 Jul 2011 05:34 PM PDT ![]() seperti Sudan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Brunei, Pakistan dan Indonesia. Bagaimanapun, untuk pasaran sukuk jangka pendek (matang dalam tempoh setahun atau kurang), Sudan mendahului terbitan sukuk tempatan, diikuti Bahrain, Brunei dan Malaysia. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM) Ijlal Ahmad Alvi berkata bagi pasaran sukuk tempatan, Malaysia memperoleh bahagian terbesar dari segi jumlah dan nilai. Beliau berkata, minat untuk sukuk jangka pendek lebih besar berbanding tempoh yang lebih panjang seperti yang dialami oleh kebanyakan penerbit. "Trend untuk menerbitkan sukuk tempoh yang lebih pendek semakin meningkat dan sekali lagi dipacu oleh penerbit negara menerusi bank-bank pusat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan