Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Memey Semakin Berdebar Tunggu 24 September
- Belum puas curah kasih buat Keisha
- 700 kesal terima notis singkat henti perniagaan
- Penjimatan berganda
- Cabaran matangkan diri
- Nora Danish Mahu Anak Belajar Tahfiz
- 'Persatuan Artis Hanya Buang Masa' - Ziana Zain
- Noh, Mizz Nina Berbulan Madu Di UK
- 'Artis Jangan Terlibat Perhimpunan Bersih' - Jurey Latif
- ‘Hotel’ gelandangan
- Heliza Helmi Utamakan Bidang Perniagaan
- Indo Pek Untuk Penggemar Drama & Filem Indonesia
- Harga emas RM202.57 segram
- Jengka dibangun secara sepadu
- Sarapan RM2 di 728 premis
- Saluran khas ulang kaji subjek PMR, SPM
- 4 pelatih nekad cabut lari
- 30 kanak-kanak, guru jadi tebusan
- 4 remaja maut berlumba haram
- Fadilah teruja sertai Cabaran Daisy
- Tidak balik tiga hari ke Genting
- Bersatu jadi Mizz Noh
- Rezeki Imam Muda Hassan
- Facebook lancar panggilan video
- Stadium bola di Belanda runtuh
| Memey Semakin Berdebar Tunggu 24 September Posted: 07 Jul 2011 06:50 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Pasangan selebriti Memey Suhaiza Suhaimi dan Norman Hakim yang bakal mendirikan rumah tangga pada 24 September depan sedang sibuk membuat persiapan terakhir menjelang tarikh bersejarah itu. Tambahnya, dia sedang menghabiskan penggambaran drama berjudul Adi Karya Azizah sebelum bercuti panjang bagi membuat persiapan majlis perkahwinan mereka. "Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar dan hanya tinggal beberapa persiapan terakhir yang belum siap. Insya-Allah akhir bulan ini kad undangan perkahwinan kami akan diedarkan kepada semua. "Saya sedang menghabiskan penggambaran drama Adi Karya Azizah selepas itu akan ke Bandung untuk membeli beberapa barang perkahwinan di sana," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Ketika ditanya tentang perasaannya menghitung tarikh keramat itu, kata Memey, dia berasa berdebar, takut dan bimbang terutama apabila menguruskan segala persiapan perkahwinan itu sendirian. "Ini pengalaman pertama saya menguruskan majlis untuk diri sendiri, jadi macam-macam benda yang saya risaukan terutamanya untuk majlis di Kota Tinggi nanti. "Saya pula sibuk dengan kerja dan sukar untuk balik ke kampung. Jadi emak yang terpaksa turun sini (Kuala Lumpur) untuk berbincang tentang majlis tersebut," katanya. Dalam pada itu, majlis persandingannya yang bertemakan perkahwinan dalam taman moden itu mendapat khidmat Ezuwan Ismail sebagai pereka busana bagi majlis nikah, Hatta Dolmat untuk majlis persandingan dan Rizman Ruzaini bagi acara potong kek. "Alhamdulillah terlalu ramai yang ingin menaja perkahwinan kami. Ia termasuk daripada segi pakaian, pelamin dan macam-macam lagi sehingga saya rasa serba salah pula untuk tidak menerimanya. "Saya minta maaf ada yang terpaksa ditolak kerana saya tidak mahu majlis ini dibuat secara besar besaran, cukuplah secara sederhana dan meriah," katanya yang juga membuka majlis tersebut kepada peminatnya di sana. Majlis persandingan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan pada 25 September manakala majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki pada keesokan harinya di Wangsa Maju, dekat sini. | ||
| Belum puas curah kasih buat Keisha Posted: 07 Jul 2011 06:46 PM PDT PERNAH sekali si manis ini bersuara menyata�kan perasaan rindu�nya setiap kali berjauhan dengan puteri kesayangan, Keisha Laila yang kini baru menjengah usia setahun lebih. Namun memikirkan soal tanggungjawab mencari rezeki dan perjuangan seninya yang masih jauh, Nabila Huda Suhaimi akur dan cuba mencari alternatif lain bagi menangkis kerinduannya. Mengenali si manis yang mesra disapa Abil, dia seorang yang 'gila-gila' dan mudah mengatur bicara tersentuh juga apabila jauh di dalam sanubarinya, tersembunyi sifat keibuan yang cukup tebal. Jelasnya, ibu muda seperti�nya lebih kuat dipalit rasa rindu terutama�nya baru punya seorang cahaya mata. Biarpun suami, Zaidy Zailani yang dikahwini�nya Disember 2008 lebih banyak masa bersama anak, Abil tidak sesekali melepaskan saat indah untuk mendakap Keisha setiap kali ada peluang.
| ||
| 700 kesal terima notis singkat henti perniagaan Posted: 07 Jul 2011 06:40 PM PDT BERKUMPUL...sebahagian peniaga pasar malam Taman Sri Rampai berbincang. KUALA LUMPUR: "Puluhan tahun saya berniaga tanpa gangguan tiba-tiba kami diberi notis hanya seminggu untuk menghentikan perniagaan serta-merta tanpa alasan," kata peniaga makanan, Faheizal Besah, 32, mengenai sikap lepas tangan penganjur pasar malam Taman Sri Rampai, di sini, yang dihentikan operasinya bermula semalam. Menurut Faheizal, penganjur seharusnya berbincang dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memberikan notis lebih awal sekurang-kurangnya sebulan sebagai persediaan peniaga untuk mencari tapak gerai di tempat lain.
"Sebagai peniaga yang bergantung rezeki dengan berniaga di pasar malam, saya berasa teraniaya. "Di mana kami hendak mencari tapak berniaga baru dalam tempoh singkat dengan urusan lesen yang mengambil masa lama. Ia merugikan kami," katanya.
"Penganjur menyatakan kerap kali ke pejabat DBKL untuk berbincang, namun sehingga kini tiada apa-apa perkembangan yang memaksa kami mengadakan perbincangan untuk meminta tempoh berniaga dilanjutkan di samping berusaha mencari tapak baru. "Jangan aniaya kami begini. Di mana tanggungjawab penganjur? Jika begini sikap mereka sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai," katanya. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 06:35 PM PDT LANCAR...Lim (tiga dari kiri) bersama wakil MAS dan American Express memegang dua replika kad baru yang dilancarkan semalam. MALAYAN Banking Bhd (Maybank) mengadakan pakatan strategik dengan Penerbangan Malaysia (MAS) dan American Express untuk memperkenalkan kad perniagaan penerbangan pertama di negara ini, MAS American Express. Kad berkenaan menawarkan pelbagai ganjaran setiap kali melakukan penerbangan dan memberikan penjimatan berganda.
Naib Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat berkata, setiap perbelanjaan perniagaan boleh diteliti semula menerusi penyata bulanan terkumpul dan ringkasan caj akhir tahun untuk perbandingan lebih mudah serta tujuan penilaian cukai.
Sehubungan itu, Maybank menyasarkan untuk menarik 30,000 ahli kad terbabit dalam masa tiga tahun dan yakin dapat mengukuhkan lagi penguasaan pasaran bagi segmen kad berbanding 17 peratus ketika ini. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 06:33 PM PDT BANGGA...ketika menerima Anugerah Kecemerlangan Industri 2011 BARU...Fatin dan Ibrahim ketika memperkenalkan produk sos segera, nasi goreng kampung dan nasi beriani. "SAYA masih teringat nasihat guru sewaktu berada di sekolah menengah dulu, jangan terlalu mengikut kawan-kawan jika mereka ajak bermain atau melepak sedangkan peperiksaan akan tiba. "Cikgu kata, waktu senang memang ramai kawan tetapi sekiranya kita gagal dalam peperiksaan, tiada siapa yang akan hulur bantuan. Selepas dewasa barulah saya faham, inilah realiti kehidupan dan sebab itulah kita perlu sentiasa memastikan untuk sediakan payung sebelum hujan," katanya mengimbas kembali nasihat gurunya yang masih kukuh dalam ingatan walaupun sudah lama meninggalkan alam persekolahan. Bukan mudah mendekati wanita ini kerana sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Dewina Holdings Sdn Bhd (Dewina), Nur Fatin Datuk Ibrahim sentiasa sibuk dan kesibukannya itulah juga membuatkan temu janji dengannya terpaksa ditunda.
| ||
| Nora Danish Mahu Anak Belajar Tahfiz Posted: 07 Jul 2011 06:32 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish, 29, mahu anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 2, memasuki sekolah tahfiz pada seawal usia empat tahun. Menurut Nora, sejak mengandungkan Rayqal lagi, dia mahu anaknya itu mendapatkan pendidikan agama secukupnya sebelum melangkah ke alam dewasa. "Di zaman ini macam-macam masalah sosial yang kita boleh lihat dan bayangkan apa akan berlaku pada masa akan datang? "Sebab itu saya mahu Rayqal diberikan pendidikan agama secukup-cukupnya supaya bila dah besar nanti dia tahu apa yang baik dan buruk dalam melalui sesebuah kehidupan. Saya mahu dia masuk syurga," katanya. Tambah Nora, jika mengikutkan kata hati, terlalu banyak perkara yang ingin diaturkan buat anak tunggalnya itu. "Kalau nak ikutkan saya nak rancang macam-macam untuknya, tetapi saya pun kena fikir, dia pasti mempunyai minat yang tersendiri. "Apa-apa pun, saya tidak boleh menghalang keinginannya. Tidak kisahlah sama ada dia mahu bekerja dengan jabatan kerajaan, swasta, membuka perniagaan atau menjadi seorang pelakon. Yang penting, saya mahu dia menjadi seorang lelaki yang cukup ilmu agama dan bertanggungjawab," tegas Nora. Bagaimanapun, kata pelakon itu, bekas suaminya, Rizal Ashram juga mempunyai impian yang tersendiri buat Rayqal di mana dia mahu Rayqal mengikut jejak langkahnya menceburi bidang sukan polo dan lumba kereta. Malah Rizal sudah pun membeli barangan sukan Polo untuk anaknya itu. Namun kata Nora, setakat ini dia dapat melihat anaknya itu lebih ke arah meminati sukan bola sepak serta lumba kereta. "Entahlah, saya pun tak tahu apa dia nak jadi besar nanti, tetapi berdasarkan kelakuannya, dia suka bermain bola. "Malah apabila saya memandu, dia suruh saya bawa kereta lebih laju lagi," seloroh pelakon drama "Khurafat" ini. | ||
| 'Persatuan Artis Hanya Buang Masa' - Ziana Zain Posted: 07 Jul 2011 06:31 PM PDT Ziana ZainKUALA LUMPUR: Penyanyi Ziana Zain menganggap penyertaan selebriti dalam mana-mana persatuan artis adalah satu pembaziran masa. Menurut Ziana, semua persatuan yang antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan dan Papita harus dibubarkan kerana kebanyakannya adalah untuk kepentingan peribadi mereka yang memegang jawatan di dalamnya. "Maaf kalau ada yang terasa tetapi pada pendapat saya persatuan-persatuan yang tersedia ada sekarang ini haruslah dibubarkan. "Cuba fikir secara logiknya, jika kita sebagai artis mahu bersatu dalam segala hal, perlukah kita mempunyai pelbagai persatuan? Malah dengan persatuan yang ada, masing-masing asyik bercanggah pendapat dan ada yang menubuhkan persatuan semata-mata untuk kepentingan diri, sampaikan ada yang berebut jawatan," tegasnya. Tambah Ziana kerana hal tersebut, dia tidak pernah menyertai mana-mana persatuan artis sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai seorang penyanyi. Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Dingin itu menyarankan kepada para selebriti untuk merujuk kepada satu agensi sahaja iaitu Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) jika berhadapan dengan masalah. "Saya sarankan para artis untuk sertai Kopstar kerana ia boleh banyak membantu kita daripada pelbagai segi termasuklah hak-hak royalti artis. "Memang ramai yang tidak tahu tentang koperasi tersebut kerana ia kurang diberi publisiti yang meluas tetapi, Insya-Allah, segala kesulitan yang berlaku boleh diatasi," katanya. Beritahu Ziana lagi, dia tidak kisah jika bersuara lantang tentang hal-hal tersebut kerana tidak mahu masalah industri hiburan yang ada dirumitkan lagi dengan adanya banyak persatuan artis. | ||
| Noh, Mizz Nina Berbulan Madu Di UK Posted: 07 Jul 2011 06:30 PM PDT Pasangan ini diraikan dengan tema Jepun kerana kedua-dua mereka meminati muzik dan animasi Jepun.KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti yang baru sahaja diijabkabulkan pada 1 Julai lalu, Noh Salleh dan Mizz Nina merancang untuk berbulan madu di United Kingdom (UK) dan Rome pada 17 Julai depan. Jelas Nina, mereka merancang untuk berbulan madu di negara itu berikutan kedua-dua tempat tersebut merupakan destinasi impian yang sering diimpikan untuk berbulan madu bagi pasangan yang baru berumah tangga. "Kami merancang untuk ke United Kingdom dan Rome selama dua minggu dan akan bertolak pada 17 Julai ini iaitu selepas selesai majlis persandingan di Miri, Sarawak. "Kedua-dua tempat itu merupakan destinasi yang memang saya impikan untuk pergi berdua berbulan madu," katanya pada sidang media selepas majlis persandingan mereka di DoubleTree Hotel, di sini, Rabu. Majlis persandingan yang diadakan untuk media dan rakan-rakan artis itu bertemakan pakaian Jepun. Manakala pakaian pengantin berwarna krim keemasan dengan gabungan ciri-ciri budaya Melayu dan Jepun direka khas oleh pereka fesyen terkenal Micheal Ong. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah keluarga kedua-dua belah pihak termasuk rakan-rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Jiwa, Yuna, Faizal Tahir dan Ella. Pasangan pengantin diarak menuju ke pelamin dengan paluan gendang tepat pukul 9 malam dan seterusnya dihiburkan dengan lagu dari kumpulan muzik Indonesia Sore. Pelamin berkonsepkan Jepun dipilih oelh pasangan mempelai ini.Kata Nina, pemilihan konsep tersebut adalah kerana kedua-dua mereka meminati muzik, animasi, budaya dan makanan negara matahari terbit itu. "Kami berdua memang meminati dunia kepada muzik, kartun animasi dan budaya masyarakat Jepun. Lagi pula moyang saya juga berketurunan Jepun," kata Nina. Sementara itu, Noh berkata, selepas bergelar suami dia kini lebih bahagia biarpun sedar tanggungjawabnya kini bertambah. "Saya gembira kerana semuanya berjalan lancar dan saya kini saya sudah mempunyai komitmen serta tanggungjawab baru yang perlu dipikul. "Bapa mertua saya ada meninggalkan pesanan agar menjaga Nina dengan baik dan mereka menyokong kerjaya kami dari belakang," ujarnya. Dalam pada itu, Noh berkata dia berasa bersalah kerana tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada kumpulan Hujan kerana sibuk dengan persiapan perkahwinan. "Saya rasa bersalah kerana banyak masa dihabiskan dengan persiapan dan terpaksa mengabaikan mereka seketika. Nasib baik juga mereka memahami situasi ini. "Insya-Allah selepas semuanya selesai dan selepas pulang dari berbulan madu saya akan fokus kepada album baru kami," katanya. | ||
| 'Artis Jangan Terlibat Perhimpunan Bersih' - Jurey Latif Posted: 07 Jul 2011 06:29 PM PDT Jurey LatifPETALING JAYA: Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latif Rosli menasihati para artis supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram Gabungan Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan Sabtu ini. Jurey berkata jika ada mana-mana artis yang terlibat dalam perhimpunan itu ia akan menjejaskan reputasi serta boleh menjatuhkan moral dunia hiburan. "Saya harap tiada artis yang terlibat dengan perhimpunan tersebut kerana ia ternyata merugikan diri dan menyusahkan masyarakat lain. "Jika mereka nekad untuk sertai Bersih, fikirlah semasak-masaknya apa faedah perhimpunan itu kepada semua," tegasnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Tambah Jurey lagi, kerana perhimpunan tersebut, dia yang juga penerbit dan pengarah drama terbarunya, Maharani, terpaksa membatalkan penggambaran yang sepatutnya diadakan di satu lokasi di Kuala Lumpur. "Kerana perhimpunan ini, banyak jalan yang telah ditutup termasuklah lokasi penggambaran drama saya. "Bagaimanapun, saya akan mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk babak lain pula," katanya. Drama 13 episod lakonan Maimun Khalid, Ako Mustapha dan Zaidi Omar akan disiarkan pada September depan di TV1. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 06:28 PM PDT SEDIA BANTU...Anjung Singgah bantu masyarakat luar bandar yang gagal mencari kerja di ibu kota. KUALA LUMPUR: "Ada yang datang untuk memohon kad pengenalan, ada juga meminta bantuan kewangan bagi membiayai majlis perkahwinan. "Peranan kami membantu, tetapi tak sangka ada pula yang salah faham," kata Pegawai Operasi, Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Ahmad Daniel Pui Abdul Rahim Pui.
Antara agensi terbabit termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).
"Kami sentiasa mengemaskini senarai pekerjaan bagi membantu golongan gelandangan yang mahu membaiki kehidupan mereka terutama lelaki berusia 19 hingga 78 tahun.
Menurutnya, Anjung Singgah tidak menetapkan sebarang syarat dan bayaran terhadap individu yang memerlukan bantuan termasuk penginapan dan makanan, kecuali mengajukan kad pengenalan dan berkongsi masalah mereka.
| ||
| Heliza Helmi Utamakan Bidang Perniagaan Posted: 07 Jul 2011 06:22 PM PDT Heliza HelmiKUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Nur Heliza Helmi, 25, (Heliza) ingin mengurangkan aktiviti seni demi memberikan tumpuan terhadap perniagaan syarikatnya Heliza Helmi Production (HHP) yang kian berkembang. Kata Heliza, dia lebih selesa untuk mengamalkan sikap memilih terhadap tawaran seni yang diterima kerana kesibukan jadual hariannya. Ia meliputi bisnes pakaian, penerbitan buku-buku ilmiah dan agama serta aktiviti ceramah motivasi. "Saya lebih senang untuk menumpukan perhatian pada perniagaan. Kini, saya semakin cenderung untuk memberikan ceramah motivasi dan perbincangan ilmiah. "Jika diberikan pilihan antara perniagaan dan seni, saya utamakan perniagaan. Sebab itu, saya lebih selektif terhadap tawaran nyanyian. Bukan tidak mahu menyanyi langsung, cuma saya akan terima jika ada kelapangan dan bersesuaian," katanya. Tambah Heliza, sasarannya pada tahun ini adalah untuk mengembangkan lagi skop perniagaan dan merebut apa jua peluang yang terhidang. Bagaimanapun, apa jua cabang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikatnya itu haruslah memberikan manfaat kepada masyarakat di dunia dan akhirat. "Saya ingin meluaskan lagi cabang perniagaan ini dan tidak mahu terhad pada satu-satu jenis produk saja. "Namun, apa yang penting setiap produk atau perkhidmatan itu mestilah bermanfaat kepada masyarakat di dunia dan akhirat," katanya yang masih belum mempunyai teman lelaki ekoran kesibukan kerja. Beralih ke perkembangan terbaru, Heliza berkata, dia dan penyanyi Hattan bakal bergandingan dalam projek Makan Malam Amal anjuran Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM) pada 17 Julai ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Mengulas tentang projek itu, Heliza tertarik hati untuk menerima jemputan tersebut kerana ia adalah sebuah projek amal yang bermanfaat untuk membantu golongan memerlukan. "Saya mengakui anak-anak muda dan kanak-kanak sering menjadikan golongan artis sebagai idola mereka. "Sebagai artis, saya melihat penglibatan dalam aktiviti sebegini sebagai medium terbaik untuk membantu, mendekati dan menggalakkan mereka belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita masing-masing," katanya yang masih belum memutuskan jumlah lagu dan bentuk persembahan pada malam itu kelak. | ||
| Indo Pek Untuk Penggemar Drama & Filem Indonesia Posted: 07 Jul 2011 06:17 PM PDT Majlis pelancaran Indo Pek yang menawarkan dua saluran program televisyen dan filem Indonesia iaitu Bintang (saluran 141) dan Pelangi (saluran 142).KUALA LUMPUR: Stesen televisyen berbayar Astro dengan kerjasama pembekal kandungan Broadway Media Sdn Bhd telah melancarkan dua saluran baru iaitu Bintang (saluran 141) dan Pelangi (saluran 142) dalam pakej Indo Pek untuk penggemar program televisyen dan filem Indonesia bermula 16 Julai ini. Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, pengenalan dua saluran yang dikenakan caj RM12 sebulan itu adalah bertujuan untuk menawarkan lebih banyak pilihan kandungan kepada para pelanggan. "Berdasarkan kajian, kami mendapati terdapat kira-kira 20 juta penonton program berbahasa Melayu di negara ini tetapi kita kekurangan pilihan kandungan program televisyen yang boleh ditawarkan kepada mereka. "Berbanding dengan penonton Cina dan India yang mempunyai banyak pilihan menerusi pelbagai saluran yang ditawarkan, penonton Melayu di Astro hanya ada beberapa saluran saja seperti Ria, Prima, Oasis, Citra dan Warna saja. "Kami dedikasikan dua saluran ini agar ia menjadi saluran khusus untuk program berbahasa Melayu dari Indonesia yang sememangnya diminati ramai di sini," katanya yang ditemui pada sidang media selepas pelancaran Indo Pek di Hotel Legend, di sini, Rabu. Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar SallehTambah Khairul, dua saluran itu akan menjadi platform khusus bagi pelbagai program televisyen dan filem Indonesia yang sebelum ini disiarkan secara rawak di merata saluran Astro. "Dengan adanya dua saluran ini, kami dapat mengumpul dan menempatkan semua program dan filem Indonesia yang disiarkan secara rawak di pelbagai saluran sebelum ini dalam satu platform. "Bermula 16 Julai ini, program-program seperti sinetron, bual bicara, sketsa dan filem Indonesia hanya akan bersiaran di dua saluran ini kecuali beberapa program yang akan terus dikekalkan penyiarannya di Astro Ria atas sebab-sebab tertentu," katanya. Sementara itu, Pengerusi Broadway Media Sdn Bhd, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed berkata, kewujudan pakej tersebut adalah bagi memenuhi permintaan penonton program-program Indonesia di sini. Pengerusi Broadway Media Sdn Bhd, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed"Selain masyarakat tempatan, di negara kita juga ada banyak pembantu rumah, pelajar dan pekerja dari Indonesia yang dahagakan program-program dari sana. "Apa yang dipaparkan seperti sinetron di mana-mana stesen televisyen sedia ada adalah tidak memadai kerana kekangan waktu siaran. "Menerusi dua saluran ini, kita mahu hidangkan lebih banyak program televisyen Indonesia untuk penggemar di sini," katanya. Saluran Bintang (saluran 141) akan menyiarkan sinetron, berita hiburan, sketsa, program realiti dan bual bicara terbaru manakala saluran Pelangi (saluran 141) pula akan menayangkan filem-filem Indonesia dari era 1970-an hingga hari ini. Sebagai permulaan, para pelanggan berpeluang untuk menonton dua saluran yang bersiaran selama 24 jam sehari ini secara percuma untuk tempoh sebulan dari 16 Julai hingga 14 Ogos depan. Pakej Indo Pek boleh dilanggan bermula 15 Ogos melalui dua cara iaitu perkhidmatan butang merah di saluran 130, 141 dan 142 (untuk tempoh 16 Julai hingga 14 Ogos saja) atau hubungi 1300-82-3838. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 05:59 PM PDT HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global. Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa. "Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai," katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam. Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi. Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas. "Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif," katanya. Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu. "Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012," katanya. Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya. Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya. Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos. Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 05:25 PM PDT NAJIB bersama Mohd Isa melihat gambar Tun Abdul Razak ketika melawat projek Felda Jengka Tiga Segi tahun 1972 selepas mengisytiharkan Bandar Tun Abdul Razak pada sambutan Hari Peneroka 2011 di Jengka, semalam. BANDAR TUN ABDUL RAZAK: Datuk Seri Najib Razak berkata, Bandar Jengka yang diberi nama baru Bandar Tun Abdul Razak akan dibangunkan secara bersepadu dalam tempoh lima tahun akan datang dengan peruntukan RM250 juta. Perdana Menteri berkata, antara pembangunan dirancang termasuk pembinaan kompleks sukan, stadium mini, pusat beli belah mini, pusat perniagaan, tempat letak kereta dan pelbagai kemudahan lain untuk masyarakat FELDA. "Untuk tiga tahun pertama, sebuah kompleks sukan, stadium dan dewan akan dibina dengan peruntukan RM87.9 juta serta. Di Jengka, 500 unit rumah akan dibina menerusi perumahan warga FELDA generasi baru dengan kos RM50 juta dengan FELDA menyumbang subsidi antara RM20,000 hingga RM25,000 bagi setiap unit rumah," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2011 di sini, semalam yang dihadiri kira-kira 30,000 orang. Projek lain diumumkan termasuk membaik pulih rumah kakitangan FELDA (RM50 juta), pelaksanaan komuniti berpagar (RM10 juta) dengan penambahan keanggotaan RELA daripada 20,000 kepada 40,000 orang dan kompleks terminal pengangkutan bersepadu Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk menaik taraf Terminal Nadi Kota dengan kos RM10juta. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Yusoff Noor. Najib berkata, dewan serba guna akan dibina di 13 FELDA Jengka dengan peruntukan RM10 juta dan sumbangan enam mesin hemodialisis akan ditempatkan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Jerantut dan Jengka. Beliau berkata, lima teras FELDA yang digariskan ketika sambutan perayaan 50 Tahun FELDA kini menjadi kenyataan apabila masyarakat FELDA menjadi contoh kemajuan masyarakat luar bandar kerana berjaya meningkatkan taraf hidup daripada berpendapatan rendah kepada menengah berikutan kenaikan harga komoditi getah dan sawit. FELDA juga, katanya, menjadi pemain global apabila aktivitinya diperluaskan ke 13 negara di dunia. Najib turut mencadangkan sambutan Hari Peneroka tahun depan diadakan di pusat bandar raya Kuala Lumpur sempena pembukaan bangunan baru FELDA setinggi 50 tingkat. "Bangunan FELDA itu menjadi kemegahan keluarga FELDA di seluruh negara dan simbol kejayaan kita. Sehingga 31 Mei ini, aset FELDA berjumlah RM30 bilion, termasuk mudah tunai RM10.1 bilion dan selebihnya dalam bentuk aset RM20 bilion," katanya. Sehubungan itu, beliau menyifatkan cadangan pembangkang membubarkan FELDA sebagai tidak masuk akal kerana entiti itu kini mampu berdikari dengan bajet tahunan sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Malah, katanya, FELDA mampu menjelaskan hutang Bank Dunia dan Kerajaan Pusat 14 tahun lebih awal daripada jadual, selain Koperasi Permodalan FELDA (KPF) mampu memberi dividen 15 peratus setahun kepada ahlinya. Sementara itu, Perdana Menteri sebak ketika menyampaikan ucapan pada majlis mengenang jasa negarawan ayahandanya Tun Abdul Razak, selepas itu. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 05:20 PM PDT PELANGGAN Suzanna Sahrom menunjukkan pakej nasi kandar di 'Q' Bistro Nasi Kandar Cheras yang terbabit Program Menu Rakyat 1Malaysia. KUALA LUMPUR: Rakyat kini boleh menikmati sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4 di 728 premis makanan di seluruh negara, mulai semalam, melalui Program Menu Rakyat 1Malaysia. Sarapan RM2 adalah bagi pakej satu roti canai dan teh tarik, manakala pakej makan tengah hari termasuk nasi, sayur, telur dadar, air sirap atau teh 'O' ais. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua restoran yang menyertai program itu akan mempunyai bunting yang dipasang di hadapan kedai masing-masing. "Kita juga akan memasukkan senarai penuh nama kedai terbabit dalam portal KPDNKK iaitu Portal 1Malaysia Pengguna Bijak. "Restoran yang mahu menyertai program ini boleh memaklumkankepada kementerian atau Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri supaya kita dapat masukkan dalam senarai serta portal, selain memberi bunting program itu," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran 'Q' Bistro Nasi Kandar di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, semalam. Hadir sama, Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom; Presiden PRESMA, Noorul Hassan Saul Hameed dan Pengarah Urusan Restoran 'Q' Bistro Nasi Kandar, Riyasudin Mohamad Dunkif. Sementara itu, Noorul Hassan berkata sebanyak 80 restoran milik ahlinya di Lembah Klang juga bercadang memperkenalkan kad diskaun kepada pelanggan mereka. Pekerja swasta, Shamsul Saban, 35, berkata program memberi banyak memberi manfaat kepada rakyat, terutamanya meringankan beban mereka untuk menjimatkan perbelanjaan. | ||
| Saluran khas ulang kaji subjek PMR, SPM Posted: 07 Jul 2011 05:19 PM PDT ![]() TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (tengah) bersama Tan (tiga kiri) bergambar bersama para guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Menengah Seafield, Subang Jaya pada majlis pelancaran Tutor TV PMR dan SPM di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Astro All Asia Networks Plc. (Astro) melancarkan dua saluran baharu iaitu Tutor TV PMR (Saluran 602) dan Tutor TV SPM (Saluran 603) yang bertujuan membantu para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, kedua-dua saluran tersebut akan mula disiarkan kepada semua pelanggan Astro dan sekolah-sekolah kerajaan bermula 10 Julai ini. "Saluran ini merupakan saluran ulang kaji peperiksaan pertama di Malaysia yang khusus untuk para pelajar sekolah menengah. "Kandungan kedua-dua saluran ini berpandukan sepenuhnya kepada sukatan pelajaran sekolah Malaysia dan akan memaparkan contoh dan panduan soalan peperiksaan serta nota pembelajaran bagi membantu penonton," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Menjelas lanjut, Tan berkata, Tutor TV PMR disasarkan untuk para pelajar tingkatan satu hingga tiga dengan memberikan tumpuan kepada subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 05:17 PM PDT ![]() SEBUAH kereta Perodua Kancil yang diletakkan di hadapan pintu Puspen rosak selepas dirempuh oleh lori yang dinaiki empat pelatih ketika melarikan diri di Besut semalam. BESUT – Empat pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di sini bertindak nekad dengan merampas sebuah lori dan merempuh pintu pagar hadapan pusat itu ketika melarikan diri semalam. Kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi apabila keempat-empat pelatih tersebut menyusup masuk ke dalam sebuah lori tiga tan ketika pemandu dan kelindannya menurunkan barang di pusat itu. Pelatih berusia di antara 25 hingga 32 tahun itu kemudian memandu lori tersebut dan melanggar pintu pagar sebelum terlanggar sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di luar pusat berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kesemua pelatih tersebut kemudian memandu lori itu menuju ke Kelantan. Ujarnya, apabila tiba di Bukit Jong, Pasir Putih iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian, lori tersebut telah merempuh sekatan jalan raya menyebabkan seorang anggota polis cedera di tangan. | ||
| 30 kanak-kanak, guru jadi tebusan Posted: 07 Jul 2011 05:16 PM PDT ![]() ANGGOTA polis membawa keluar murid-murid tadika selepas berakhir drama tebusan di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar semalam. MUAR – Seramai 30 kanak-kanak dan empat guru di Pusat Jagaan Serikids, Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong di sini berhadapan saat-saat cemas semalam apabila dijadikan tebusan oleh seorang penagih dadah selama hampir tujuh jam. Lelaki berusia 30-an yang dipercayai kurang siuman itu bagaimanapun cedera parah ditembak polis dan meninggal dunia pada pukul 9.15 malam tadi ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu dikatakan menceroboh pusat jagaan berkenaan yang berupa banglo dua tingkat pada pukul 9.15 pagi melalui pintu belakang bangunan berkenaan. Katanya, sebaik berjaya masuk, lelaki berkenaan yang bersenjatakan sebilah parang dan tukul besi mengarahkan guru dan kanak-kanak terbabit diam jika tidak mahu dicederakan. "Suspek kemudiannya mengunci kesemua tiga pintu pusat jagaan berkenaan dengan mangga yang dibawanya sebelum mengarahkan semua mangsa naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam sebuah bilik," katanya. Jelasnya, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 10 pagi. "Polis cuba berunding dengan suspek mulai pukul 11 pagi hingga 3 petang dan ahli keluarganya iaitu bapa saudara, kakak dan adiknya turut datang memujuk suspek agar menyerah diri tetapi gagal," katanya kepada pemberita. Katanya, sepanjang rundingan, suspek mengemukakan beberapa permintaan yang tidak munasabah seperti sepucuk pistol dan peluru. Jelasnya, polis mendapat petunjuk keadaan mangsa apabila seorang guru mencampak sekeping nota dari bilik berkenaan. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 05:15 PM PDT ![]() ORANG RAMAI melihat mayat empat remaja yang terlibat dalam kemalangan di Banggol Chicha, Pasir Mas kelmarin. PASIR MAS – Empat remaja termasuk dua pelajar dipercayai berlumba haram terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Banggol Chicha dekat sini petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, keempat-empat mangsa, Mohd. Fikri Mat, 19, dari Kampung Banggol Stol, Rantau Panjang, Abdul Muhaimin Makhtar, 21, dan Raja Ahmad Muzzammil Raja Mansor, 18, dari Kampung Kubang Panjang serta Mohamad Amirul Afiq Baharon, 17, dari Kampung Kubang Pak Amin mati di tempat kejadian selepas dipercayai cedera parah di kepala dan badan. Mohamad Amirul merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tendong di sini, manakala Abdul Muhaimin pula pelajar Politeknik Kota Bharu. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, kemalangan itu berlaku ketika Mohd. Fikri yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 berlumba haram dengan motosikal lain tiba-tiba kenderaan itu meletup dan terbakar. Menurutnya, pada masa sama, dua motosikal lagi yang masing-masing datang dari arah bertentangan dikatakan hilang kawalan sebelum bertembung antara satu sama lain. "Akibat pertembungan itu, keempat-empat mangsa dikatakan tercampak ke jalan raya dan mati di tempat kejadian. Keempat-empat mereka disahkan mati selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan. "Kejadian tersebut berlaku di sebatang jalan raya berhampiran Banggol Chicha yang belum siap dibina sepenuhnya. Jarak jalan raya tersebut yang digunakan untuk berlumba sepanjang satu kilometer," katanya ketika ditemui di sini semalam. | ||
| Fadilah teruja sertai Cabaran Daisy Posted: 07 Jul 2011 05:14 PM PDT ![]() FADILAH menunjukkan Kek Coklat Moist D'la ketika ditemui di Kulaijaya semalam. KULAIJAYA – Pengusaha kek, Fadilah Mustafa, 49, amat teruja untuk menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 bagi Zon Selatan yang akan berlangsung di pasar raya Giant, Tampoi, Johor Bahru pada Ahad ini. Menurut Fadilah, kali terakhir dia menyertai pertandingan seumpama itu adalah pada 12 tahun lalu. "Saya terkenang semula keseronokan ketika menyertai pertandingan yang pernah saya sertai dahulu dan kali ini, atas dorongan rakan, Rogayah Mat Taib, saya masuk cabaran Daisy ini dengan begitu teruja," katanya ketika ditemui semalam. Katanya, dia tidak menaruh harapan tinggi pada cabaran itu nanti tetapi akan berusaha bersungguh-sungguh bagi menarik minat juri dan orang ramai terhadap keknya. "Saya akan mempertaruhkan kek coklat moist D'la yang merupakan antara kek yang mendapat sambutan hangat pelanggan di kedai kek saya di Kulai Besar, Kulaijaya," jelasnya. | ||
| Tidak balik tiga hari ke Genting Posted: 07 Jul 2011 05:12 PM PDT
SHAH ALAM – Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya didakwa memberitahu sahabat baiknya, Habishah Bahari (gambar) bahawa dia tidak dapat pulang selama tiga hari kerana akan pergi ke Genting Highlands. Habishah selaku saksi ke-16 memberi keterangan berkata, perkara itu dimaklumkan ahli perniagaan tersebut menerusi satu panggilan telefon kepadanya pada malam, 30 Ogos 2010 selepas dia berbuka puasa di rumah rakan. Tukang jahit itu disoal Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani dalam perbicaraan bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, yang dituduh membunuh Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam, 30 ogos 2010. Mereka berhadapan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan jika sabit kesalahan. Idham: Kamu ada terima panggilan lagi dari Sosilawati pada malam kejadian? Habishah: Lepas solat Maghrib, dia (Sosilawati) ada telefon lagi iaitu 10 minit selepas panggilan kedua, dia cakap, Kak Wati tidak balik tiga hari pergi Genting. Wanita itu kemudiannya menangis teresak-esak sehingga perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini semalam ditangguhkan sebentar. Habishah: Saya tidak dapat menahan sebak apabila Sosilawati menggunakan perkataan Kak Wati dengan nada lembut itu bermakna dia berada dalam kesusahan. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 05:09 PM PDT ![]() MEREKA dari latar belakang yang berbeza, namun takdir telah mempertemukan kedua-duanya. Sejak itu, Noh atau nama sebenarnya Mohammed Noh Salleh, 27, sudah terkena panahan asmara Mizz Nina, 31. Bekerjasama untuk single mereka yang berjudul Kurnia pada bulan Disember 2009, hubungan yang pada mulanya sekadar rakan sekerja itu lantas berputik menjadi pasangan kekasih sekitar bulan Januari 2010. Dibajai kasih dan sayang, cinta mereka itu mekar subur sehinggalah tiba detik penyatuan jiwa, hati dan nurani mereka menjalani akad nikah pada Jumaat lepas. Jelas sekali, hubungan cinta yang disirami kemesraan selama setahun lima bulan itu akhirnya menjadi ikatan perkahwinan sekali gus melengkapkan mereka sebagai suami isteri dengan panggilan baharu iaitu Mizz Noh. Sebuah cinta pasti ada faktor penyebabnya tidak terkecuali pasangan Mizz Noh ini. Saat diajukan soalan kenapa memilih Noh sebagai teman hidupnya, anak bongsu kepada Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad, Tan Sri Azman Hashim itu memberitahu, sifat humor dan rendah diri Noh melengkapkan dirinya yang tenang dan pemalu. Bagi Noh pula, dia menganggap isterinya itu sebagai wanita sempurna. "Dia cool dan tidak berdrama. Sebab itu kenapa saya cintakan Nina," tutur Noh bersahaja tetapi penuh bermakna. Berpeluang bersua dengan pasangan pengantin pada majlis resepsi khusus untuk para media dan sahabat handai kelmarin di Hotel DoubleTree by Hilton, The Intermark, Kuala Lumpur, jelas terpancar sinar bahagia di wajah mereka yang sudah kira-kira enam hari bergelar suami isteri. Menariknya, majlis resepsi itu agak santai dan unik dengan tema Jepun yang disuntik elemen Melayu kontemporari. Nina muncul penuh elegan dengan sepersalinan baju ala kimono manakala Noh pula segak dengan sepersalinan baju Melayu ala Jepun. Pakaian pasangan pengantin yang direka pereka terkenal tanah air, Micheal Ong itu bagaimanapun masih menerapkan ciri-ciri kemelayuan. Suasana dalam dewan begitu meriah dengan pepohon sakura dan tanglung-tanglung yang menjadikan perkahwinan pasangan itu nyata begitu unik sekali. ![]() KOSTUM unik Noh dan Nina yang menggabungkan elemen fesyen Jepun dan Melayu kontemporari. Lebih unik, para tetamu yang hadir tidak disediakan meja bebas, yang menyebabkan mereka bebas bergerak dan bersantai bersama menikmati juadah yang terdiri daripada makanan Melayu dan Jepun. Minat anime Ilham mengadakan majlis sebegitu dikatakan timbul apabila Nina dan Noh mempunyai minat yang sama dan satu terhadap anime (animasi Jepun). Persamaan itu menyebabkan mereka itu saling jatuh cinta. "Kami sangat sukakan anime, gemar mendengar muzik Jepun dan sangat berselera menikmati sushi. Sebab itu mengapa tema Jepun ini dipilih sebagai majlis resepsi buat para media dan sahabat handai," ungkap Nina kepada media selepas majlis resepsi tersebut. Balas Noh pula: "Kami memang mahu buat majlis resepsi untuk media dan kawan-kawan secara fun. Tidak mahu mereka tertekan dengan majlis yang begitu formal." Selepas ini, Nina dan Noh bakal terbang ke Miri, Sarawak bagi melaksanakan majlis resepsi di sebelah keluarga Noh yang bakal diadakan di Eastwood Golf Resort pada 15 Julai nanti dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Menurut Noh, sebelum mengadakan majlis resepsi pada 15 Julai depan di Miri itu, satu majlis doa selamat sempena perkahwinannya serta hari jadi Nina yang jatuh pada tarikh yang sama iaitu 1 Julai lalu dan sambutan kelahiran anak buah Noh bakal diadakan di kediaman keluarganya. Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti tidak lengkap jika tidak menyentuh tentang lokasi bulan madu. Pasangan Mizz Noh juga tidak terkecuali. Mereka merancang untuk berbulan madu selama dua minggu bermula 17 Julai ini di United Kingdom, Rom, Itali dan Kepulauan Maldives. Selepas berbulan madu, Nina dan Noh masing-masing bakal sibuk di studio untuk rakaman lagu. Nina bakal keluar dengan lagu single berjudul Take Over manakala Noh pula bakal sibuk menyiapkan album penuh Hujan. Bercerita mengenai Take Over, ia merupakan single terbaharu penyanyi R&B itu selepas berjaya dengan single terdahulunya, What Waiting For, kolaborasi bersama Colby O'Donis. "Take Over adalah single terbaharu Nina bersama artis Flo Rida. Ia sudah ke udara di stesen-stesen radio tetapi klip videonya bakal disiapkan menjelang bulan Ogos ini," katanya mengenai kolaborasinya bersama Flo Rida yang pernah bekerjasama dengan ramai penyanyi tersohor global seperti Justin Timberlake, Madonna, Katy Perry dan Lady Gaga. Bagi Noh pula, album terbaharu Hujan dikatakan lewat dihasilkan kerana dia begitu sibuk menguruskan majlis resepsinya bersama Nina sejak tujuh bulan yang lalu. Rancak bercerita mengenai majlis resepsi, bulan madu dan rakaman album, tiada sebarang rancangan memiliki anak yang terpacul di bibir Noh mahupun Nina. Cincin cinta Ditebak persoalan tentang anak, Noh dan Nina mengakui merancang ingin memiliki anak selepas masing-masing selesai menjalani rakaman lagu dan album. Namun, mereka menerima seadanya andai rezeki anak dikurniakan Tuhan lebih awal.
"Kalau boleh kami ingin fokus pada lagu dan album dahulu sebelum memikirkan anak. Tetapi, jika kami dikurniakan anak dalam masa terdekat ini, kami menerimanya," kata Nina yang merancang memiliki tiga orang anak manakala Noh hanya menginginkan dua orang anak sahaja. Seperkara yang menarik tentang pasangan Mizz Noh adalah apabila melihat cincin masing-masing yang tersarung di jari manis. Ada beberapa perkataan indah yang terselit di situ. Cincin yang tersarung di jari Nina tertera perkataan Nina Love Noh dan begitu juga sebaliknya pada cincin di jari Noh tertera pula perkataan Noh Love Nina. Tidak gah dan terlalu mencuri pandangan, cincin Nina dikatakan dipilih sendiri oleh Noh. Kata Nina, dia sangat sukakan cincin pemberian Noh itu kerana ia ringkas dan boleh dipakai sentiasa. "Noh yang pilih sendiri cincin ini tetapi saya suka. Saya tidak mahu yang gah sebab susah hendak buat kerja. Saya juga boleh memakainya setiap hari," kata Nina yang merancang untuk memasak makanan kegemaran Noh buat pertama kalinya menjadi isteri kepada lelaki itu. | ||
| Posted: 07 Jul 2011 05:06 PM PDT
HANYA dengan perbezaan lima markah, pensyarah Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, berjaya melayakkan dirinya sebagai juara Imam Muda musim kedua (IM2) yang berlangsung Jumaat lalu di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. Kemenangan anak kelahiran Lumut, Perak itu dikhabarkan berpihak kepada Hassan kerana pemuda itu mempunyai suara yang sedap ketika bertaranum selain banyak menyimpan senyum dan mendapat markah ujian teori yang tinggi saban minggu. Penghuraian kemenangan itu dijawab tenang oleh Mudir (Pengetua) Imam Muda 2, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, saat kemenangan Hassan disoal para media ketika sidang akhbar usai malam kemuncak Iman Muda 2. Katanya, keputusan kemenangan Hassan yang dinilai para juri juga adalah telus tanpa sebarang pakatan. "Penilaian pertandingan ini adalah telus daripada setiap juri. Tiada pakatan yang wujud dalam pertandingan Imam Muda 2.. Kedua-duanya mempamerkan persembahan yang mantap di malam kemucak Imam Muda 2 tetapi kelebihan lima markah berpihak kepada Hassan. "Hassan juga mempunyai kelebihan pada ujian teori yang konsisten setiap minggu. Hassan juga pernah dinobatkan sebagai pelajar contoh sebanyak dua kali sepanjang 10 minggu program dijalankan," katanya bagi mengulas mengenai kemenangan Hassan. Bagi Hassan sendiri, dia tidak menyangka kemenangan pada malam itu berpihak kepadanya. Menurutnya, ia ibarat mimpi yang menjadi nyata. Bahkan ujian tazkirah, hafalan ayat al-Quran dan sesi soal jawab sangat mencabar baginya. "Kemenangan ini bukan untuk saya seorang tetapi juga buat ibu dan arwah ayah. Saya sangat bersyukur dan tidak menyangka dengan kemenangan ini. Kemuncak malam IM2 sangat mencabar apabila kami berdua perlu bertazkirah, berselang seli menghafal ayat al-Quran dan menjawab soalan yang diberikan," kata Hassan yang juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Al-Quran dan Hadith), Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Ditebak dengan soalan peserta paling beremosi kerana sering mengalirkan air mata, menurut Hassan, sejak ayahnya meninggal dunia dia terlalu rapat dengan ibunya. Selama tiga bulan tidak bertemu ibu dan mengetahui akan dunia luar, jiwanya menjadi tidak keruan. Maknya juga banyak mengharapkan yang terbaik buat dirinya. Sementara itu, kekalahan Nazrul tidak bermakna diri anak kelahiran Segamat, Johor itu tidak hebat tetapi nasib tidak menyebelahinya. Nazrul turut dipuji pengetua Hassan kerana mempunyai kelebihan tersendiri. Katanya, pemenang tempat kedua Imam Muda 2 itu mempunyai jiwa pendidik dan pandai berkata-kata. ![]() SERAMAI sepuluh peserta Imam Muda termasuk pemenangnya Mohd. Hassan Adli Yahaya (lima dari kiri) bebas berkhidmat untuk masyarakat selepas ini. "Beralih pada Nazrul, walaupun dia tidak menang tidak bermakna dia tidak hebat. Nazrul mempunyai kelebihan tersendiri. Dia berjiwa pendidik dan sangat pandai bercakap," kata Hassan. Ditanya mengenai perancangan kedua-dua Imam Muda itu selepas ini, menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, sepuluh peserta Imam Muda termasuk pemenang bebas berkhidmat untuk masyarakat. "Apa yang pasti, sebaik mereka habis Imam Muda 2 ini, semuanya sudah bersedia memikul tanggungjawab membimbing masyarakat. Objektif utama program Imam Muda juga bagi mengetengahkan golongan belia yang mempunyai ilmu agama untuk berdakwah," katanya. Juara Imam Muda 2 mendapat tajaan penuh biasiswa pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah oleh Yayasan Al-Madinah, sebuah kereta Proton Exora tajaan Proton Edar, pakej haji dan umrah tajaan Salamfone, wang tunai sebanyak RM30,000 berserta iPad tajaan Astro, wang tunai sebanyak RM25,000 berserta telefon bimbit tajaan Bank Islam, baucar perabot Jati bernilai RM15,000 oleh Jatimas, sebuah Macbook tajaan Infotech Quest Sdn. Bhd., pakej percutian ke Vietnam tajaan Hiraq Marketing, sebuah kamera digital tajaan Brother In Racing dan sebuah trofi serta dua sijil penghargaan dan pentauliahan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Selain Hassan dan Nazrul, lapan lagi peserta Imam Muda 2 yang bertanding adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, Wan Najdi Wan Mohd. Noh, 20, Mohd. Fakhrruzi Husin, 27, Ammar Wan Harun, 27, Mohd. Azlan Zulkarnain, 25, Abdul fattah Riddzwan, 21, Mujahid Suhaimi, 20, dan Zulfadli Awang, 24. | ||
| Facebook lancar panggilan video Posted: 07 Jul 2011 05:05 PM PDT ![]() MARK ZUCKERBERG (kiri) melihat perbualan video Facebook di ibu pejabat parti itu di Palo Alto, California kelmarin. NEW YORK Amerika Syarikat (AS) - Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video. Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype. Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna. Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka. Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan. Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini. | ||
| Stadium bola di Belanda runtuh Posted: 07 Jul 2011 05:04 PM PDT ![]() BEBERAPA kakitangan perubatan melihat bumbung stadium bola sepak kelab FC Twente yang runtuh di Enschede, Belanda semalam. ENSCHEDE - Seorang lelaki mati manakala 10 yang lain cedera akibat dihempap sebahagian bumbung sebuah stadium bola sepak yang runtuh di Belanda semalam. Datuk Bandar Enchede, Peter den Qudsten berkata, kejadian berlaku ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan ke atas stadium bola sepak FC Twente. Menurutnya, secara keseluruhan seramai 14 orang cedera apabila bumbung bahagian selatan stadium berkenaan tiba-tiba runtuh dengan dua daripada mereka parah. Mangsa yang maut dan cedera katanya, terdiri daripada pekerja binaan di lokasi kejadian. Setakat semalam, beberapa ekor anjing pengesan dan kamera digunakan untuk mencari jika terdapat mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan itu. "Punca kejadian masih disiasat," kata Qudsten. Menurutnya, kerja pembinaan dilakukan untuk meningkatkan kapasiti stadium itu kepada 30,000 orang berbanding 24,000 orang sekarang dengan menambah barisan tempat duduk dan membina beberapa tingkat baharu. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





























0 ulasan:
Catat Ulasan